I am not so sure sama ada nama Jalan Jepun ini nama yang digazette atau sekadar panggilan penduduk tempatan. Tetapi inilah nama yang saya tahu sejak kecil...tapi bila tengok google map, nama jalan ini ialah Jalan Stesen 1.
Terkenal dengan deretan kedai lama yang menjual pakaian dan keperluan sekolah dan juga cendol sedap bawah jambatan bertentangan dengan Gedung Raja Abdullah.
Gambar pinjam dari www.my-rummy.com |
Bawah jambatan tulah kedainya...gambar ihsan www.my-rummy.com juga... |
Semenjak saya pertama kali nak melangkah ke darjah 1 (tahun 80-an) hinggalah hari ini...apabila giliran saya membawa anak sulung yang nak masuk darjah satu sesi 2013 untuk beli baju sekolah di sini...
Kalau ada siapa2 nak jenguk, di sini lokasinya....yang bertanda A itu |
Seingat saya dah berbelas tahun tak jejak kaki ke sini..and guess what? Kedainya masih sama...gerai cendol masih sama (masih di lokasi berhampiran bawah jambatan)...owner kedai dan gerai cendol juga masih sama dan masih hidup!
Adui sungguh nostalgia tempat ini...
Masa kecik2 dulu...sebaik pulang dari Mesir dan emak dapat posting mengajar di KISAS (masa itu KIK), maka menetaplah saya di Kelang. Rumah nenek saya di Kampung Jawa. Waktu emak pergi kerja...saya tinggal dengan arwah nenek di rumah.
Nenek saya...walaupun buta huruf rumi (arwah hanya boleh membaca jawi dan Arab) yang hairannya boleh pula membaca dan mengenal signage pada bas...arwah tau bas mana pergi ke bandar dan yang mana bukan!
Masa itu saya belum sekolah (sekitar usia 4-5 tahun) dan sering meneman nenek ke bandar untuk membeli barang keperluan. Lokasi yang biasa kami pergi inilah dia...Jalan Jepun dan jalan2 lain di sekitarnya.
Kadang2 nenek nak beli kepala alat memarut kelapa, kadang2 nak beli lesung batu...dan tiap kali lepas shoping nenek akan belanja saya minum semangkuk cendol di bawah jambatan itu.
Paling den banggo...bila nenek announce kat semua orang (terutama jiran-jiran) yang senang betul bawak saya jalan2 ke mana-mana pun sebab saya takde meminta-minta apa2 gula2, cekedis atau aiskrim dan yang seumpama dengannya.
Macam anak2 saya sekarang asal jalan dengan Atuk dengan Opah mintak benda bukan2...hmmphh tengoklah mak kau dulu budak berjurus...dan juga tidak banyak ragam atau hal. Mana nenek pergi saya ikut aje tak banyak soal...
Macam anak2 saya sekarang asal jalan dengan Atuk dengan Opah mintak benda bukan2...hmmphh tengoklah mak kau dulu budak berjurus...dan juga tidak banyak ragam atau hal. Mana nenek pergi saya ikut aje tak banyak soal...
Masa itu saya dah boleh membaca sikit2, jadi kadang2 nenek akan tanya saya betul ke bas yang berhenti tu nak ke bandar Klang...
Arwah nenek sangat tabah (baru hari ini sedar perkara ini). Nenek bercerai dengan Atuk dan hidup sendirian di Kampung Jawa membesarkan 8 dari 9 anak (anak bongsu meninggal dunia lemas di Sungai Kelang...masa itu ayahanda saya masih study di Mesir)...dan tambah lagi satu anak saudara kesayangannya yang dijaga hingga besar macam anak sendiri..iaitu...YB Dato' Hassan Haji Ali...(tetapi hubungan kami purely kekeluargaan dan tiada kena mengena dengan unsur politik ye....*saya tak suka dan tak minat bicara hal politik so please...*
Arwah nenek agak tegas dan garang tetapi penyayang...
Hari ini bila menatap wajah tua pemilik gerai cendol...semua kenangan masa kecil saya datang menyerbu tiba-tiba. Antara kenangan lain, saya makan cendol di sini dengan mama dan cousin kamceng saya si Siti Zakiah...masa itu ikut emak pergi jaga exam SPM di SAMT Sg. Bertih. Hari ini...Siti dah pun bernikah dengan Yaseen yang juga anak jati Kelang...yang katanya masa kecik2 juga selalu makan cendol bawah jambatan...
Saya mengusik Siti...'agaknya masa kita makan cendol kat sini kecik2 dulu kau dengan Yaseen dah penah jumpa...' (*_^)
Hari ini...
Hari pertama cuti sekolah hujung tahun 2012, kami dahpun pergi membeli keperluan sekolah si Wifaq yang tubuhnya bersaiz XXS. Kami ke Kelang sebab ada kenduri...dan masa kenduri itu, sepupu saya nasihatkan kalau nak pergi beli baju sekolah saiz kecil kena pergi awal sebab saiz kecik sangat laris!
Jadi, tengahari tu on the way balik ke Shah Alam...saya ajak ayahanda dan bonda 'jenguk2' dulu Jalan Jepun. Kalau tak jammed baru singgah. Sebabnya, Jalan Jepun ni lokasinya tak jauh dari Little India yang sekarang ini sesak kerana Deepavali makin hampir. Alhamdulillah area Jalan Jepun tak jammed.
Jalan Jepun aka Jalan Stesen 1. Disebabkan mama sibuk jd fotografer maka si kakak jalan dgn Atuk (depan sana tu ha) dan Tebi berdukung dengan Opah. |
Sepanjang Jalan Kenangan....*tajuk lagu ke eh....* |
Proses membeli baju sekolah Wifaq agak mudah sebab orang tak ramai dan stok kecik masih ada. Cuma kasut dan stokin agak susah nak dapat yang kecik...jadi hanya beli 3 pasang stokin dan sepasang kasut hitam dulu. (*Wifaq akan masuk ke SRAI yang memakai kasut hitam sebagai uniform).
Teringat nasihat sahabat saya Kak Zaini yang rekemen agar beli 4 pasang baju sekaligus senang kalau tak sempat basuh, jadi saya pun beli 4 pasang baju dan seluar...berserta sepasang baju Melayu dan sampin untuk hari Jumaat.
Alahai anak aku nak sekolah dah....*detik hati saya ketika melihat Wifaq menerai baju...huhuhu...tua dah aku...tua dah aku ~sambil menggeleng2 takleh terima hakikat...~*
Barang2 Wifaq harini semua fully sponsored by Atuk dan beg sekolah oleh Opah. Jadi mak kau hanya berfungsi sebagai tukang bagi arahan dan fotografer je hari ini...(^_^).
Atuk deal siap bercekak pinggang...patut pun dapat murah...hehe |
Bukan senang nak snap pic ni...tunggu takde orang lalu baru boleh. Betapa mencabarnya proses penggambaran....*ayat ala2 wartawan Majalah 3 pergi buat liputan kat Palestin* |
Biasanya kedai2 ni memang penuh dengan orang esp bila dah dekat nak buka sekolah. Murah dan mudah nak tawar menawar. Untuk sepasang baju sekolah Wifaq dapatlah RM25...lepas tu mintak less lagi...melampau ke tak....semua Atuk yang dealkan.
Masa beli beg Wifaq...emak panggil nak tunjuk seseorang. Guess who? Rupanya tokey kedai berbangsa Cina yang emak selalu deal masa saya nak masuk darjah satu (tahun 1987) dulu masih sihat dan bertenaga. Except rambutnya dah putih semua...
Lepas beli barang2, makan cendol dulu kat tepi bangunan usang bawah jambatan itu. Tengah2 makan tiba2 mendung....kesian Wifaq dan Rihaab yang nak makan lagi tapi kena makan laju2 dan berhenti sebelum kenyang sebab hujan dah mula rintik2...
Sambil makan sempat la cerita dengan anak2, dulu masa kecik mama selalu datang sini dengan arwah moyang kau orang...dan beli baju sekolah dan makan cendol kat sini....masa tu mama sebaya Wifaq...bla bla bla...sambil menghirup cendol dengan nikmatnya.
Wifaq kata cendol kat sini sedaplah mama...nanti kita datang lagi tau!
Sambil makan sempat la cerita dengan anak2, dulu masa kecik mama selalu datang sini dengan arwah moyang kau orang...dan beli baju sekolah dan makan cendol kat sini....masa tu mama sebaya Wifaq...bla bla bla...sambil menghirup cendol dengan nikmatnya.
Wifaq kata cendol kat sini sedaplah mama...nanti kita datang lagi tau!
Tengok dinding belakang yang compang camping tu...klasik kan...ditambah pulak sambil pandang dinding sambil hirup cendol memang sungguh nostalgia....(^_^) |
Cepat2 kami berjalan ke kereta dan sebaik masuk kereta paksa Wifaq ucap terima kasih kat Atuk dan Opah yang telah meng'sponsor' sepenuhnya pakaian sekolah Wifaq.
Alhamdulillah lega dan selesai satu urusan. Terus text husband di Madinah bagitau barang2 sekolah anakanda dah settle.
Langkah seterusnya Wifaq...kau kena belajar rajin2...(^_^) Kalau tidak kau kena bayar balik duit Atuk dan Opah...uhuhuhu
Sekian dan TQ sudi baca...
Kak shana, aduhhh nostalgianya kelakar part mak berjurus tp mmg btl pun, uwaa nk mkn cendol juga nnti sis bw hanis g mkn situ eh hehe verangan tak hengat
ReplyDeleteHahahaha hanis, mak dia mmg perasan berjurus hik hik. Nanti bila dh balik Malaysia datang KL, akak bawak makan cendol sini eh...tp tempat dia comot la sikit (^_^)
ReplyDeleteDulu kat situ ada pasar malam bawah jambatan tak silap hari Rabu malam Khamis. Lupa lah.. nostalgia sangat!
ReplyDeleteSelamat berkenalan :)
Selamat Berkenalan dan thanx sudi ziarah. Bila mama-syira sebut pasal pasar malam tu baru teringat.........kenangan yg sangat jauh ditinggalkan ut remains...:)
ReplyDeletegambar yang last tu tak macam ibu dan anak la..macam adik dan kakak je..look young
ReplyDeletecutemama: thanx for leaving a comment. kalau dh jadi mak orang tu, tetap mak oranglah jugak...hihihi
ReplyDelete