Monday, November 26, 2012

My 7th Year of Marriage Life (^_^)

Assalamualaikum.

27/11/2005-27/11/2012

Siapa kata pejam celik pejam celik tiba2 dah tujuh tahun berkahwin?

Takkkkk.....

Puas celik dan pejam untuk tempoh yang lama...nak menyampaikan ke usia 7 tahun ni boleh kira semput jugak.

Semalam attend wedding sepupu di Klang. Bila tengok beliau dan pasangan berposing bermacam2 gaya (sampaikan yang tak masuk dek akal pun ada huhu) serta merta terkenang saat diri sendiri bergelar pemantin tujuh tahun lalu.

Rasanya kami antara pengantin tegar yang keras hati gile dan tak berjaya dipengaruhi oleh jurukamera mahupun sesiapa saja yang ada pada majlis itu yang berniat nak mengenakan pengantin (yes, cousins I am talking to you).

Cousin2 saya memang tugas hakiki mereka mengenakan pasangan pengantin di mana2 majlis sekalipun. Macam dah berjanji-janji pulak dengan encik suami, kami sepakat untuk ignore je permintaan orang lain dan tidak rela diri diperkotak katikkan ketika diri bergelar raja sehari. Dalam hati saya..."padan muka korang...kau ingat aku ni apa...muahhahaa".

Pleaselah, malu lah benda2 cenggini dan semua orang akan ingat sampai mati...jadi saya nak tinggalkan memori yang baik2 je pada hari perkahwinan saya. Ini berkait rapat dengan reputasi you know...

Padahal bila orang lain jadi pengantin aku pun sama jugak tumpang sekaki mengenakan pengantin. Well, saje nak test...

Sampai ke tahap...orang suruh makan dan minum bersuap2an pun kami boleh buat dek aje. Ahahah. Lama-lama diorang yang tension. Sampailah ke hari ini, tiap kali ada cousin mousin lain kawin...mesti cerita lama kami akan naik semula. Diorang kata, "kak shana dengan abg sham ni susah betul....puas kitorang paksa makan bersuap dan macam2 gaya diorang boleh ignore je....grrrr".

Hahahaha. Ini salah satu perkara saya paling bangga setiap kali teringat memori majlis perkhawinan sendiri.


Perkara paling besar yang menghalang saya ialah rasa malu. Malu itu sebahagian dari iman. Kalau hari kita jadi pengantin rasa malu dah hilang...........cemana gayanya tu? Hari pernikahan ialah hari kebesaran maka besarkanlah diri kita di mata khalayak dengan maruah dan harga diri yang tinggi.

Personally I think, being 'sporting' pada hari anda 'diangkat menjadi raja' is not an excuse to let your maruah diperkotak katikkan insan-insan lain pada hari itu tambahan pulak ramai mata yang memandang. Well you know sikap orang Melayu...depan kita diorang hanya senyum melihat, dalam hati berkata macam-macam.

Rasulullah SAW pun terkenal dengan sikap malu baginda yang tinggi. Baginda seorang lelaki, seorang Nabi tetapi sangat pemalu laksana anak dara sunti. Jarang sekali dalam hayat baginda bercakap sambil memandang mata insan-insan yang berbual dengan baginda. Sifat malu ini satu benda yang mahal...yang saya sendiri tak yakin memilikinya tetapi sedang berusaha keras menggapainya.

Masa hari saya kahwin, malu tu ada juga tapi taklah macam Rasulullah SAW. Yang selebihnya ialah ego hehehe. Naturally saya takkan melakukan sesuatu kerana 'orang lain suruh' tetapi saya akan lakukan apa yang saya rasa betul dan baik untuk diri sendiri sambil imagine kesannya beberapa puluh tahun akan datang.

Situasi ini sama macam satu komen seorang wartawan hiburan yang pernah saya baca. Katanya, senang je nak menilai seorang artis yang bermaruah. Iaitu, apabila jurugambar menyuruh mereka melakukan aksi bukan2 mereka menolak...dan akan beraksi sederhana mengikut cara mereka.

See? 

Mereka bukan memaksa kita. Kadang2 lebih kepada menguji pendirian kita. Kalau tersilap langkah, kita hanya jadi bahan ketawa orang lain. 

7 tahun usia perkahwinan, alhamdulillah semua berjalan baik. Dan harapnya semakin baik dari sehari ke sehari. 

Kalau tujuh tahun lalu kami tak romantik macam pasangan lain, hari ini kami masih sama. Tak romantik bukan bererti tak bahagia tetapi lebih kepada menunjuk kasih sayang secara yang lebih profesional. Pada saya kalau selepas tujuh tahun...sambil bersembang di meja makan restoran masih boleh bergelak ketawa membuat lawak sambil mengunyah roti canai...itu jauh lebih bererti daripada seorang suami yang setiap pagi celik mata je, "I love you, sayang", tapi bila anak berak nak tolong cebok punggung anak pun susah....

On top of that, selamat ulang tahun perkahwinan yang ketujuh buat kami sekeluarga!

Malam semalam puas explain dengan Wifaq apa itu ulang tahun perkahwinan. Boleh dia tanya, "oh, maknanya esok mama dengan baba kahwin sekali lagi ke?". Hmphhhhhhhhh


Sunday, November 25, 2012

Festival Hijab @ Anggerik Mall, Shah Alam

Festival Hijab!

Pertama kali di adakan di Anggerik Mall, Shah Alam. Selama ni tengok bangunan Anggerik Mall tu pandang sebelah mata je...tapi mulai kelmarin dah mula pandang dua-dua bijik mata.

Sebab apa? 

Disebabkan Festival Hijab ni, buat pertama kalinya kaki melangkah masuk ke sini. Rupanya ada beberapa butik menarik dalam ni selama ni. Nanti saya cerita kat bawah eh hehe (boleh pulak main reserve2 story....:P)

Kami pulang ke Shah Alam harini salah satu sebabnya nak deliver air zam2 kepada rakan2 yang nak ambik sekitar Shah Alam. Kerana air zam2 ni akhirnya bertemu kembali rakan2 dari sekolah rendah yang selama ni contact kat fesbuk saje. Alhamdulillah.
Kanak2 tengah buat persembahan lompat si katak lompat
Buat pengetahuan pembaca, saya tak jual air zam2. Hanya bantu bawa balik dari Makkah untuk close friends sahaja dan diorang kena ambil sendiri di rumah. Dengan harga RM90 per 10liter kami tak include kos delivery dalam tu, hanya kos pengangkutan sahaja. 

So while menunggu kawan2 ni free mengikut masa mereka untuk datang ambil, kami jalan2 dulu jenguk Festival Hijab. Festival Hijab ni diorganize oleh Nasyeed.com~company yang buat event management yang diasaskan oleh sepupu saya Waie Ramly bersama adik2 dan rakan2nya. Abang Waie sangat buzy...ingatkan boleh bagi air zam2 kat beliau masa kat Festival Hijab rupanya beliau takde....

Anak2 pulak sibuk nak tengok 'Wardah' (Wardah ialah watak yang dipegang oleh Heliza Helmi dalam drama yang tengah ditayangkan lani di TV AlHijrah bertajuk Warkah Cinta~adaptasi dari novel Warkah Cinta Berbau Syurga karangan A Ubaidlillah Alias....saya baca novel ni last year...best!). 

Kecomelan Heliza Helmi telah membuatkan anak2 saya tak sabar2 nak tengok beliau secara live. Malangnya, beliau datang petang...masa kami datang tu pagi menjelang tengahari dan yang ada ialah Diana Amir. Maknya memang minat sangat Diana Amir, tapi anak2 tak kenal. 

Bagi saya, program ni OK cuma tak cukup happening lagi. Sebab namanya Festival Hijab so I expect banyak butik2 dari jenama besar ada di sini malangnya takde. Antara nama besar yang ada pun cuma Najjah, Jubah Souq dan Aidijuma, yang lain ialah butik2 biasa2 je dan ada juga butik2 online. Tapi baju2 dan tudung2 suma cantik2 sampai rambanglah mata gue.....tsskk. 
Ramai serbu kiosk Aidijuma...teringin nak beli selai sebab kaler cantik tapi labuh tak memenuhi piawaian...:(
Kat dalam membeli...

Next time kalau ada lagi event ni, i hope to see the stalls of Sugarscarf, Cala Qisya, Pearl Haya (ofkos....heheh walaupun dah selalu terjah butik), Saraya Zahret (ofkos jugak...), Radiusite, Allya Mysara, RNR Concept, Modish Mode House etc etc...
Kat luar pun membeli...kt luar panas mujur ada satu stall jual air. Untunglah stall tu semua serbu gerai dia beli air sebab takde orang lain jual air. Tu anak dara saya...Shopaholic in the making (^_^)
Mula2 si kecik tidur dalam kereta, so husband tinggal dalam kereta jaga si kecik Tebi. Saya masuk dalam dengan anak teruna dan anak dara no.2. Jalan2 kat dalam tengok show sekejap, tengok Diana Amir jadi emcee...lepas tu round tengok stall dan butik2 yang selama ni ada dalam tu tapi saya tak tau menau pun sobss.

Antaranya...butik PERSIAN. Perghh baju2nya memang taste saya le. Cuma harganya je bukan tase saya. Rata2 harga RM500 ke atas. Baju2 ni semua import dari Iran. Kebanyakannya potongan mini jubah dan menggunakan kain cotton dan cutting very exclusive. Tak bawak cash banyak masa jadi dah aim nak datang sambar selai ujung bulan ni. Saya dah try sarung selai kaler hitam...potongan ala2 executive casual dan macam trench coat pun ada. Material cotton dan detailings dia memang menampakkan yang harganya sepatutnya mahal. Sekali tengok pun tau memang mahal....huhuhu
Diorang tak kasi ambik gambar dalam...maka ambiklah dari luar...promosi free ni

Saya sebenarnya bukan selalu beli barang mahal. Hanya sesekali kalau dirasakan sangat sesuai dengan diri ini dan selesa sampai rasa taknak tanggal setelah menyarungnya dan ada sebab kukuh kenapa ia mahal. 

Saya ni sangat petite, jadi selalunya dah sarung saiz XS pun masih besar lagi. Hanya jenama2 tertentu je yang boleh saya pakai dengan selesa. That's why....kalau murah dan selesa takyah fikir panjang. Tapi sebab mahal..kena cuba 2-3 kali...pastu balik rumah dulu. Kalau teringat2 dan termimpi2 sampai takleh tdo tu maknanya kena beli lettew....hik hik

Kat Festival cenggini le boleh tengok live anak gadis berhijab yang trendy yang berpakaian macam kita selalu tengok dalam magazine Hijabista tu. Dengan lilitan shawl yang bermacam gaya, dan maxi skirt lengkap dengan belt...dengan gaya color block...dengan blouse macam2 design....

Sebagai warga yang lebih dewasa (tak muda dan tak tua...) saya takde nak komen apa2. Memang ada antaranya yang nampak macam tak betul2 menutup aurat but still...looking at positive side, itu lebih baik dari tidak menutup aurat langsung (^_^). Bermula dengan berhijab...kemudian imrpove sedikit demi sedikit dari masa ke semasa, Insya Allah.

Siapalah saya nak menilai apa yang betul dan apa yang tak betul. Namun secara general, kita semua tahu yang betul dala menutup aurat ialah pakaian yang longgar, tidak menampakkan bentuk tubuh secara melampau (bak kata Ustaz Don..siapa dalam dunia ni yang tak nampak langsung susuk tubuhnya?), tak kiralah apa jenis tudung nak pakai...shawl lilit gaya macam mana pun...the rule is: labuh menutup 'tutttt' dan dada (seeloknya paras pusat)..

On top of that, cover your aurah...and cover your behavior and akhlaq! 

Pengalaman saya di Makkah, walaupun kesemua wanita di sana bertutup dari atas ke bawah serba hitam dan secara general kelihatan baik, tapi tak semua mereka berakhlak selari dengan apa yang dipakai. Ada sekali saya dikatakan 'gila' semata2 kerana ambil wudhuk di tempat yang tak sepatutnya. Masa itu kat sebuah shopping complex di Aziziyyah, orang sangat ramai...dan ada satu paip berhampiran yang available. Sangka saya memang untuk ambik wudhuk...tapi tak pasal2 kena jerkah dengan makcik Arab. Katanya: "Anti Majnunah?" (Awak dah gila....?). Sabar jelah....ingatkan dah berpakaian molek cenggitu akhlak pun baik...rupanya..........

Masa berjalan2 ni sempatlah sambar beberapa items untuk diri sendiri dan anak2. Wifaq beli buku Ana Muslim. Anak dara dua orang dapat t-shirt Sayang Muslim. Diri sendiri...hehe...beli benda berikut: buttoned shawl kaler biru turquoise gelap with choc lining...brand: NEDA, 3 layer hijab kaler green turquoise (nak pakai untuk kaler tema wedding sepupu kat Dungun this week), maxi skirt kaler Dark Dusty Pink rm45 saje ye.....design macam RNR Concept...masa tu hanya tinggal kaler pink dan dark blue-grey....nak yang hijau tiba2 ada orang dah pegang...so cepat2 ambik yang pink. Ini jelah saya beli. Kalau dah jalan2 mana sah window shopping saje....isk2

Hope to see this festival again next year. Nak cakap dengan Abg Waie selaku orang kuat Nasyeed.com untuk buat lebih besar next year....Insya Allah. (dan bolehle aku perabih duit lagi kat sini....(^_^))









Saturday, November 17, 2012

"Sorry Mama..." (^_^)

Entah kenapa terasa nak catat cepat2 sebelum terlupa.

Hari ini..ye hari inilah...

Lepas mandikan Tebi petang tadi (di rumah Atuk), di muka pintu toilet ketika saya sedang membalutkan towel ke seluruh tubuh kecil itu...Tebi berkata:

"Sorry....".

Ingatkan salah dengar. "Tebi cakap apa?".

"Sorry...", Tebi ulang. 

Saya senyum lebar. Eh eh anakanda yang belum pun berusia 3 tahun ni dah pandai cakap sorry lah. Mari test dia faham tak makna dan fungsi perkataan 'sorry' tu?

"Kenapa..?", saya menguji.

"Cebab baby terpijak kaki mama..."

Oh baru perasan yang Tebi terpijak kaki saya. Tak perasan pun maybe sebab kakinya yang masih kecil jadi tak terasa apa-apa pun (atau mungkin sudah terlalu biasa) (^_^)

Alhamdulillah...satu lagi peningkatan dalam hidup Tebi.

Tebi dah pandai meminta maaf dan mama sangat happy!!! (^_^)

Apology accepted Tebi!!!
This pic is taken today (^_^)

“Sorry" can not change the past but can change the future.” 

(Sladjana Savić)


Friday, November 16, 2012

Hijrah Mode: Konsert Jom Hijrah @ UiTM Shah Alam


"The believer's time has three periods: the period when he is in communion with Allah, the period when he manages for his livelihood, and the period when he is free to enjoy what is lawful and pleasant. And the last part is a tonic and refreshing for the other parts." (Saidina Ali R.A)


Salam Hijrah buat semua.

Saya dah set azam baru sempena tahun hijrah 1434 ini.

Dalam setahun ada 2 kali masa untuk set GPS azam baru buat diri sendiri: Sekali pada malam nisfu Sya'ban ketika buku amalan kita diganti baru...dan sekali lagi menjelang waktu Maghrib 1 Muharam.

Namun yang lebih aula bagi seorang Islam untuk set GPS azam baru ialah pada malam nisfu Sya'ban..kerana penggantian buku amalan baru itulah erti hijrah yang sebenar.

Tutup buku lama. Buku buku baru. Kalau catatan di buku baru sama saja dengan buku lama dan tiada improvement macam mana ye....*seram memikirkannya ya Allah....*

Hari ni dah masuk 2 Muharam. Lepas Maghrib kami semua bersiap2 di rumah parents di Shah Alam untuk ke konsert Jom Hijrah. Ada kumpulan Rabbani. Pagi tadi ada tertengok promo program ni rancangan Nasi Lemak Kopi O, Rabbani jemput datang beramai2.

Kebetulan anak2 semua tak pergi daycare, jadi diorang dah sibuk2 ajak pergi konsert kat Shah Alam malam ni (kebetulan memang nak balik Shah Alam petang ni). Wifaq terus call Atuk cakap nak pergi tengok konsert. Oh ye, semenjak dua menjak ni Wifaq dah pandai dail telefon untuk call ahli keluarga terdekatnya dan sudah hafal nombor mama, baba, atuk dan opah. 

Konsert ni anjuran department Atuk, maka Atuk agak busy ke sana ke mari malam ni sebagai komiti yang mengiringi VIP. Yang lainnya diuruskan students rasa saya sebab masa sampai tu nampak ramai anak2 muda bertudung agak labuh (ramai rupanya komuniti bertudung XL di UiTM ni ye...bagus) berwarna maroon duk ke hulu ke hilir dan jaga pintu. Semuanya manis2 dan segak2 belaka...mengingatkan saya ke zaman rajin involve program dan jadi komiti masa di UIA dulu2...(^_^)

Venue konsert ni dewan yang masih baru siap di UiTM ni, iaitu Dewan Agung Tunku Canselor. Saya membesar bersama UiTM. 
Dewan Agung Tunku Canselor dari luar
Walaupun tak masuk UiTM tapi saya sudah biasa dengan kawasan UiTM ini sebab ayah orang lama sejak 80-an lagi di UiTM Shah Alam ni.

Masa zaman saya dulu, UiTM masih lagi 'ITM' dan belum ditambah U di hadapannya. Jadi bila ayah kata, lepas SPM masuk ITM...saya berkeras tak nak. Sebabnya cita2 saya nak masuk U dan bukan masuk 'I'. Boleh tak guna alasan tu...ahahaha. Cita2 asal saya nak ke Jordan sebenarnya. Tapi disebabkan kegawatan ekonomi, maka saya pilih UIA. 

Saya merasa juga jadi pelajar UiTM sekitar 2004 setelah selesai chambering (latihan dalam kamar untuk menjadi Peguambela dan Peguamcara...ya, wahai pembaca blog sekalian selamat berkenalan. Tuan rumah ialah seorang peguambela dan peguamcara dan merupakan bekas seorang peguam tetapi kini sudah melupakan dunia kepeguamannya dan tidak skema lagi ahahaha....) dan mengambil advance dip di law faculty UiTM.

Ada cerita kelakar masa saya belajar di UiTM ni selama setahun. Salah seorang pensyarah saya rupanya dalam diam2 tanya pada ayah saya adakah saya sudah berpunya? Kalau belum beliau nak kenenkan dengan seseorang. Masa itu saya sudah bertunang (tapi tak pernah pakai cincin sebab tak suka barang kemas padan muka kau....). Nasib baik encik suami sudah datang bawa rombongan cepat2 kalau tidak...........................(^_^)

Dah kenapa melalut ke cerita bertunang pulak ni. Agaknya sebab tengok wajah2 suci adik2 IPT ni terimbau kenangan lalu le pulak...hik hik 

Budak2 ni syok la tu tengok dewan sebegini luas
Masing2 rambang mata nak cop tempat

Masa kami sampai, dewan masih banyak kosong. Mula pilih seat bawah sikit, lepas tu anak2 nak duduk belakang kami. Makin lama makin naik ke atas. Atuk dah hilang ke mana ntah. Dewan ni cantik maybe sebab baru kot.
Atuk sibuk sebagai komiti
Tebi rilek je yang penting duduk mesti 'tebelah' mama, masalahnya tiga2 nak duk sebelah mama haruuu
Wifaq n Rihaab
Budak2 ni excited nak tengok konsert nasyid. Seingat saya, semenjak Rihaab lahir kami dah tak pernah bawa anak ke konsert nasyid. Kali terakhir ialah masa Wifaq kecik dulu. 
Tebi seronok dengar nasyid...tepuk tangan sambil pejam2 mata kau ye
Hajat hati nak tengok Rabbani. Tapi tengok tentatif, ada slot motivasi ala2 Halaqah Sentuhan Qalbu pulak dulu. Masalahnya motivator bercakap panjang sangat sampai jadi boring. Dapat tengok Rabbani sampai dua lagu je lepas tu motivator tu lagi. Lama2 anak2 pun dah tertdo tak sempat nak tengok Rabbani...Rabbani yang tengok anak2 saya :P

Antara performance terbest malam ni...dasat diorang ni anak2 ku sampai tergedik2 dengar bunyi drum ni

Akhirnya yang dinanti: Rabbani...malangnya anak2 sume dah zzzzzzzzzzzzzzzz 
Lenguh badan meriba Tebi yang tidur dan kepala Wifaq. Rihaab pulak dan terbaring atas kerusi. Akhirnya malas nak tunggu sampai habis kami balik sekitar jam 11.30 malam waktu motivator masih pot pet pot pet atas stage. Aku nak tengok Rabbani bukan nak tengok kau, kata hatiku...hehe

Lebih baik keluar sekarang sebelum jalan keluar jammed. On the way nak sampai rumah, kawan Atuk call ajak minum lewat malam bersama VIP. Atuk kata, 'aku dah balik cucu aku semua dah tidur....'. Alasanlah tu Atuk nak balik awal (*_^)




Saturday, November 10, 2012

Jalan Jepun, Klang: Nostalgia Beli Baju Sekolah

from facebook IdleHearts :)

Jalan Jepun, Kelang...

I am not so sure sama ada nama Jalan Jepun ini nama yang digazette atau sekadar panggilan penduduk tempatan. Tetapi  inilah nama yang saya tahu sejak kecil...tapi bila tengok google map, nama jalan ini ialah Jalan Stesen 1.

Terkenal dengan deretan kedai lama yang menjual pakaian dan keperluan sekolah dan juga cendol sedap bawah jambatan bertentangan dengan Gedung Raja Abdullah.
Gambar pinjam dari www.my-rummy.com
Bawah jambatan tulah kedainya...gambar ihsan www.my-rummy.com juga...
Semenjak saya pertama kali nak melangkah ke darjah 1 (tahun 80-an) hinggalah hari ini...apabila giliran saya membawa anak sulung yang nak masuk darjah satu sesi 2013 untuk beli baju sekolah di sini...
Kalau ada siapa2 nak jenguk, di sini lokasinya....yang bertanda A itu
Seingat saya dah berbelas tahun tak jejak kaki ke sini..and guess what? Kedainya masih sama...gerai cendol masih sama (masih di lokasi berhampiran bawah jambatan)...owner kedai dan gerai cendol juga masih sama dan masih hidup! 

Adui sungguh nostalgia tempat ini...

Masa kecik2 dulu...sebaik pulang dari Mesir dan emak dapat posting mengajar di KISAS (masa itu KIK), maka menetaplah saya di Kelang. Rumah nenek saya di Kampung Jawa. Waktu emak pergi kerja...saya tinggal dengan arwah nenek di rumah. 

Nenek saya...walaupun buta huruf rumi (arwah hanya boleh membaca jawi dan Arab) yang hairannya boleh pula membaca dan mengenal signage pada bas...arwah tau bas mana pergi ke bandar dan yang mana bukan!

Masa itu saya belum sekolah (sekitar usia 4-5 tahun) dan sering meneman nenek ke bandar untuk membeli barang keperluan. Lokasi yang biasa kami pergi inilah dia...Jalan Jepun dan jalan2 lain di sekitarnya.

Kadang2 nenek nak beli kepala alat memarut kelapa, kadang2 nak beli lesung batu...dan tiap kali lepas shoping nenek akan belanja saya minum semangkuk cendol di bawah jambatan itu.

Paling den banggo...bila nenek announce kat semua orang (terutama jiran-jiran) yang senang betul bawak saya jalan2 ke mana-mana pun sebab saya takde meminta-minta apa2 gula2, cekedis atau aiskrim dan yang seumpama dengannya. 

Macam anak2 saya sekarang asal jalan dengan Atuk dengan Opah mintak benda bukan2...hmmphh tengoklah mak kau dulu budak berjurus...dan juga tidak banyak ragam atau hal. Mana nenek pergi saya ikut aje tak banyak soal...

Masa itu saya dah boleh membaca sikit2, jadi kadang2 nenek akan tanya saya betul ke bas yang berhenti tu nak ke bandar Klang...

Arwah nenek sangat tabah (baru hari ini sedar perkara ini). Nenek bercerai dengan Atuk dan hidup sendirian di Kampung Jawa membesarkan 8 dari 9 anak (anak bongsu meninggal dunia lemas di Sungai Kelang...masa itu ayahanda saya masih study di Mesir)...dan tambah lagi satu anak saudara kesayangannya yang dijaga hingga besar macam anak sendiri..iaitu...YB Dato' Hassan Haji Ali...(tetapi hubungan kami purely kekeluargaan dan tiada kena mengena dengan unsur politik ye....*saya tak suka dan tak minat bicara hal politik so please...*

Arwah nenek agak tegas dan garang tetapi penyayang...

Hari ini bila menatap wajah tua pemilik gerai cendol...semua kenangan masa kecil saya datang menyerbu tiba-tiba. Antara kenangan lain, saya makan cendol di sini dengan mama dan cousin  kamceng saya si Siti Zakiah...masa itu ikut emak pergi jaga exam SPM di SAMT Sg. Bertih. Hari ini...Siti dah pun bernikah dengan Yaseen yang juga anak jati Kelang...yang katanya masa kecik2 juga selalu makan cendol bawah jambatan...

Saya mengusik Siti...'agaknya masa kita makan cendol kat sini kecik2 dulu kau dengan Yaseen dah penah jumpa...' (*_^)

Hari ini...

Hari pertama cuti sekolah hujung tahun 2012, kami dahpun pergi membeli keperluan sekolah si Wifaq yang tubuhnya bersaiz XXS. Kami ke Kelang sebab ada kenduri...dan masa kenduri itu, sepupu saya nasihatkan kalau nak pergi beli baju sekolah saiz kecil kena pergi awal sebab saiz kecik sangat laris!

Jadi, tengahari tu on the way balik ke Shah Alam...saya ajak ayahanda dan bonda 'jenguk2' dulu Jalan Jepun. Kalau tak jammed baru singgah. Sebabnya, Jalan Jepun ni lokasinya tak jauh dari Little India yang sekarang ini sesak kerana Deepavali makin hampir. Alhamdulillah area Jalan Jepun tak jammed.
Jalan Jepun aka Jalan Stesen 1. Disebabkan mama sibuk jd fotografer maka si kakak jalan dgn Atuk (depan sana tu ha) dan Tebi berdukung dengan Opah.
Sepanjang Jalan Kenangan....*tajuk lagu ke eh....*
Proses membeli baju sekolah Wifaq agak mudah sebab orang tak ramai dan stok kecik masih ada. Cuma kasut dan stokin agak susah nak dapat yang kecik...jadi hanya beli 3 pasang stokin dan sepasang kasut hitam dulu. (*Wifaq akan masuk ke SRAI yang memakai kasut hitam sebagai uniform).

Teringat nasihat sahabat saya Kak Zaini yang rekemen agar beli 4 pasang baju sekaligus senang kalau tak sempat basuh, jadi saya pun beli 4 pasang baju dan seluar...berserta sepasang baju Melayu dan sampin untuk hari Jumaat.

Alahai anak aku nak sekolah dah....*detik hati saya ketika melihat Wifaq menerai baju...huhuhu...tua dah aku...tua dah aku ~sambil menggeleng2 takleh terima hakikat...~*

Barang2 Wifaq harini semua fully sponsored by Atuk dan beg sekolah oleh Opah. Jadi mak kau hanya berfungsi sebagai tukang bagi arahan dan fotografer je hari ini...(^_^). 
Atuk deal siap bercekak pinggang...patut pun dapat murah...hehe
Bukan senang nak snap pic ni...tunggu takde orang lalu baru boleh. Betapa mencabarnya proses penggambaran....*ayat ala2 wartawan Majalah 3 pergi buat liputan kat Palestin*
Biasanya kedai2 ni memang penuh dengan orang esp bila dah dekat nak buka sekolah. Murah dan mudah nak tawar menawar. Untuk sepasang baju sekolah Wifaq dapatlah RM25...lepas tu mintak less lagi...melampau ke tak....semua Atuk yang dealkan.

Masa beli beg Wifaq...emak panggil nak tunjuk seseorang. Guess who? Rupanya tokey kedai berbangsa Cina yang emak selalu deal masa saya nak masuk darjah satu (tahun 1987) dulu masih sihat dan bertenaga. Except rambutnya dah putih semua...

Lepas beli barang2, makan cendol dulu kat tepi bangunan usang bawah jambatan itu. Tengah2 makan tiba2 mendung....kesian Wifaq dan Rihaab yang nak makan lagi tapi kena makan laju2 dan berhenti sebelum kenyang sebab hujan dah mula rintik2...

Sambil makan sempat la cerita dengan anak2, dulu masa kecik mama selalu datang sini dengan arwah moyang kau orang...dan beli baju sekolah dan makan cendol kat sini....masa tu mama sebaya Wifaq...bla bla bla...sambil menghirup cendol dengan nikmatnya.

Wifaq kata cendol kat sini sedaplah mama...nanti kita datang lagi tau!
Tengok dinding belakang yang compang camping tu...klasik kan...ditambah pulak sambil pandang dinding sambil hirup cendol memang sungguh nostalgia....(^_^)
Cepat2 kami berjalan ke kereta dan sebaik masuk kereta paksa Wifaq ucap terima kasih kat Atuk dan Opah yang telah meng'sponsor' sepenuhnya pakaian sekolah Wifaq.

Alhamdulillah lega dan selesai satu urusan. Terus text husband di Madinah bagitau barang2 sekolah anakanda dah settle.

Langkah seterusnya Wifaq...kau kena belajar rajin2...(^_^) Kalau tidak kau kena bayar balik duit Atuk dan Opah...uhuhuhu

Sekian dan TQ sudi baca...

OK gambar ni takde kaitan dengan beli baju sekolah, tapi ada kaitan dengan hari pertama cuti sekolah.  Apalagi kalau bukan kenduri berderet2 setiap minggu...................*terganggu tesis...terganggu tesis....:(...*




Friday, November 9, 2012

Dinner @ Verandah Pan Asian Restaurant, Cyberjaya.

Ada dinner malam ni.

Lokasinya di Verandah Pan Asian Restaurant, Cyberview Lodge Resort n Spa, Cyberjaya.
gambar ihsan www.cuti.com.my

Sebenarnya bukan dinner saya, tapi dinner opis emak dan saya bersama anak2 hanya menempel sahaja hehehe.

Dah orang ajak dan bayarkan...takkan nak menolak. Rejeki jangan ditolak.

Bertolak seawal jam 6 petang, ambik kawan emak kat opis dan off to Cyberjaya ikut jalan kampung. Setelah sesat barat dan berpusing2 akhirnya selamat sampai...elok je kami turun, hujan pun turun dengan lebatnya.

Resort ni cantik. Pertama kali saya sampai di sini. 
pic from www.eats.my
Interior design dan architecturenya juga menarik. Tapi sebab malam dan hujan pula tak dapat nak ambik gambar outdoor banyak2. Ditambah pulak Tebi demam panas...jadi asyik nak berdukung dan terpaksalah kamera duduk diam2 dalam beg.
Verandah Restaurant's dining area...
The Table..........
Tempat makan dengan surau agak jauh. Sampai2 Opah register dan terus kami pilih meja yang paling dekat dengan buffet sebab senang nak ulang alik ambik makanan and not being too obvious...heh
Budak demam yang meragam...sian Tebi
Vanissa Choc Fudge...rupa dan rasa selari...(^_^)
Dining areanya cantik dan selesa. Makanan ada bermacam jenis pilih aje yang mana nak asalkan masih ada ruang dalam perut. Walaupun saya lebih suka makanan gerai (yang lebih sedap pada tekak saya dan murah pula...) tetapi makan di hotel punya suasana tersendiri...dengan deko yang menarik dan ambience yang relaxing, bersih...makan di hotel memang best. Tambah2 pulak kalau free ngeheheh.
Buffet...
Mama saya...
Beginilah nasib malang fotografer...selalu je berada dalam gambar yang kurang berkualiti...*gegar*
Ada banyak makanan...tapi Wifaq hanya makan roti dan mushroom soup. Yang lain dia tak teruja pun...

Kakak Rihaab makan sikit je malam ni...
Budak demam lagi sedih...hanya makan menjilat2 butter je...benda lain sume tanak
Makanan banyak, tapi saya hanya ambik yang betul2 feveret saja. Bread Pudding sangat sedap.  Pasta Carbonara pun sedap (walaupun rupa sama...tapi tak sama macam yang pernah saya rasa di Catamaran Beach Resort, Negombo, Sri Lanka....that one is superb! Saya ambik pasta malam ni sebab teringat memori di Negombo...).

Ambik grilled lamb...tapi hanya dapat jamah sikit je sebab Tebi meragam dan nak BF je memanjang. 
Ambik macam2 tapi tak habis pun sebab Tebi meragam...hilang terus selera makan..tskk

I love those creamy things...(^_^)
Masa nak solat maghrib...on the way ke surau, kami terserempak dengan sekumpulan anak muda pelbagai bangsa tetapi majoritinya Melayu. Yang amat menyedihkan...tatkala orang lain berpusu2 ke surau untuk solat menghadap yang Esa...kumpulan anak muda ini ke dewan lain.


Akhirnya budak demam tertidur setelah kenyang menyusu...:(
Saya tak kisah kalau mereka ke dewan lain. Tetapi pakaian mereka Masya Allah. Yang lelaki bersuit macam biasa...yang perempuannya semua memakai little black dress....dan spaghetti strap...kalau dah nama little silalah imagine sendiri.

Yang bersaiz XXXXL pun tak ketinggalan memakai dress pendek paras paha...bahu terdedah...Subhanallah. Anak muda Melayu Islamkah ini? 

Berdasarkan circumstantial evidence dan bukti2 lain, maka saya pasti mereka Islam. Ada juga terdengar perbualan mereka. Sebab si dara bersaiz XXXXL tadi macam malu2 sebab kami berjalan di belakang mereka. Dia nampak tak selesa memakainya tapi mungkin 'terpaksa' setelah dicabar atau dipengaruhi rakan2 yang bersaiz lebih kecil...dan tidak mahu kelihatan out of place. Kejap2 si gadis menoleh2 ke arah kami tersipu2. Ada seorang dua yang bertudung juga.

Entahlah. Perasaan saya amat terganggu melihat perkara ini. 

Sayangnya. Lahir dalam Islam, tinggal di negara Islam yang aman...tapi tak menggunakan segala nikmat yang ada untuk benar2 hidup sebagai seorang Islam. Berilah hidayah kepada anak2 muda ini, ya Allah!

Lepas solat, cepat2 saya explain pada anak2...yang mereka lihat tadi adalah perkara tidak elok. Walaupun ada orang sekeliling berpakaian begitu...kita tak perlu ikut kerana kita ada pendirian dan iman...dan Allah yang Maha Melihat.

Duduk sebentar dalam surau...saya tanya anak2, kalau kita tunjuk walau sehelai rambut pada bukan muhrim apa hukumnya? Apa balasan Allah bagi pada kita kat akhirat nanti...? Nak rasa kena bakar dengan api neraka...?

Saya hanya mampu berdoa agar zuriat dan keturunan saya dijauhkan dari perkara2 seumpama ini. Semakin lama anak2 semakin besar dan makin terdedah dengan pelbagai perkara...

Saya tak mahu jadi ibu yang mengongkong dan memaksa anak2 dengan suatu peraturan tanpa menjelaskan sebab dan akibat melanggar peraturan tersebut. Oleh itu, setiap kali saya rasa anak2 ada melihat perkara2 yang bertentangan dengan prinsip kami...saya akan cepat2 explain dan fahamkan mereka. Bimbang kalau bertangguh2....mereka akan anggap itu perkara biasa and it's okay to behave like that. 

Tapi mungkin kerana anak2 saya sudah biasa ke luar negara...dan melihat bermacam ragam manusia perlbagai bangsa dan agama, mereka lebih terbuka tetapi analitikal dan kritis dalam menilai apa yang terhidang depan mata. 

Namun dalam masa sama, saya cuba mendidik mereka terbuka tetapi tidak terikut dengan arus...anak2 Muslim harus menjadi sebatang pokok yang akarnya kuat mencengkam ke tanah. Tak kiralah apa jenis badai atau banjir melanda....akar itu harus kuat agar tidak rebah. Akar itu adalah prinsip dan iman di dada....yang sepatutnya dari kecillah harus ditanam dalam diri mereka.

Kuncinya: sedarkanlah mereka bahawa ada Kuasa besar yang Maha Melihat setiap tindak tanduk kita. Muslim yang baik ialah yang kekal melakukan kebaikan walaupun tiada seorang manusia pun melihatnya....kerana sedar Allah Maha Melihat, dan malaikat sentiasa mencatat!

Tapi...perkara ini bukannya mudah. Semua ibu bapa tahu perkara ini bukan mudah.

Ya Allah...kalaulah daku memang tidak berupaya hendak menjaga semua orang dari hal2 yang Kau benci...sekurang2nya berilah daku kekuatan untuk memelihara zuriat, keturunan dan insan2 berhampiran denganku.

Amin ya rabbal alamin!

Cukupkah amalan kita untuk di bawa ke akhirat..............?
(from facebook Islamic Quotes)