Salam alaik...
Entry sebelum ini menyebut tentang ulangtahun perkhawinan kami yang ke-6.
Jadi inilah harinya....
Tiada apa2 aktiviti istimewa.
Cuma jamuan makan kecil...yang dihasilkan tangan saya sendiri.
Alhamdulillah.
Rasanya semakin sederhana, semakin terasa barakahnya.
Asalnya keluarga Mak Uda nak datang hari ini dari Kuala Kubu Bharu untuk melengkapkan barang2 hantaran sepupu saya yang secara tiba2 disahkan bakal menikah 23 Disember ini..
Begitulah jodoh...jika sudah ditakdirkan, kita cuba lewatkan akan jadi cepat juga.
Kami sekeluarga gembira kerana akhirnya sepupu kesayangan saya ini bakal bergelar Puan.
Sedikit sebanyak kami akan terasa kehilangan...kerana selama ini apa2 hal dalam keluarga, beliaulah yang jadi orang kuat...atau penyelamat...
Jika emak, ayah atau suami tiada...
Beliau sekeluargalah yang akan bertindak menyelamatkan saya anak beranak.
Cukup besar jasa mereka sejak saya masih dalam buaian lagi....
Inilah sepupu yang amat rapat dengan saya...kembar saya sejak kecil...
Hari ini sekali lagi saya buat Paella. Kebetulan semalam suami saya pulang dari KL, ternampak ada gerai tepi jalan menjual kupang.
Dah nak jadi rezeki.biasanya agak payah nak dapatkan di sini. Bukannya ada laut di Bangi ni...
Sebaik saja beliau serah pada saya...dalam kepala dah terfikir: "Paella".
Kebetulan pula, malam harinya menonton Master Chef Malaysia...Kuliah Master Chef menunjukkan masakan Paella Valenciana!
Macam tahu2....:P
Itu yang terkeluar dari mulut suami saya: "Alahai, Chef ni setaraf wife aku je..".
Saya sengih saja. Tapi saya anggap itu pujian.
I take it as: "Wife aku memasak dah setaraf Chef...". Hihi.
Saya memang pernah buat Paella sebelum ini. tp disebabkan ada bahan2 yang kurang...jadi kurang menjadi.
Kali ini baru saya puas hati sangat.
Berapa kali entah pujian keluar dari mulut suami...alhamdulillah.
Lepas itu kata beliau: "Apa kata kita bukak restoran..."
Dah ke situ pulak.
Saya kurang minat nak buka restoran..kerana dunia kerjaya saya adalah akademik.
Saya boleh beri idea, tp untuk run the business would definitely be...not me.
Saya suka menyampaikan ilmu dan bertemu students.
Pakai cantik (bukannya pakai apron) untuk ke pejabat dan bergaul secara ilmiah (walaupun hakikatnya saya seorang gila-gila...)
Berbalik kepada sambutan anibeseri kali ini...
Kami sekeluarga bukanlah pemakan kek..tapi teringin juga nak beli sikit2..
Jadi kami hanya beli beberapa potong...dan pelbagaikan perisanya...
Cukuplah....
Lebih sempoi lebih baik :P
Jadi inilah rupa Paella Malaysiana saya yang telah saya ubah2 resipinya:
|
Paella Malaysiana sebab ada bubuh cili padi...(ala2 Master Chef..) | |
|
Jangan risau. Resipi seperti berikut:
Bahan2: (untuk 4-6 orang)
2 pot beras Basmathi-rendam setengah jam.
1 labu bawang merah/ Holland-hiris
3 ulas bawang putih-diketuk
1 batang celery / leek
1 biji capsicum-dibakar atas api, dihiris.
1/2 biji lobak merah-dihiris
3-4 biji cendawan butang-hiris nipis
1 pokok daun sup / daun bawang
1 pokok daun parsley
2 sudu besar sos spaghetti / tomato paste
3-4 biji cili padi-hiris.
Kupang-beberapa ekor
Udang-beberapa ekor (saya xbuang kulit)
Sotong-buang kulit, tulang dan hiris bentuk gegelung.
Garam
Paprika
Lada sulah
Minyak zaitun
Lada hitam
Saffron
Serbuk pati ayam / stok ayam buatan sendiri
1 biji Lemon-belah 4
Cara2:
-Saya tiada oven besar, jadi sebagai alternatif...saya perapkan terlebih dahulu KUPANG (yang telah dibelah dan buang banagian sebelah yang tiada isi), UDANG (saya xbuang kulit pun) dengan menggunakan GARAM, SERBUK PATI AYAM, PAPRIKA dan LADA SULAH.
-Perapkan selama setengah jam.
-Kemudian bakar kesemua yang diperap tadi atas grilling pan. Jangan lupa, percikkan sedikit MINYAK ZAITUN (saya merasmikan GRILLA yang dibeli di IKEA minggu lepas..hehe).
|
Kupang yang sedang dibakar atas GRILLA |
-Rendamkan beras selama setengah jam.
-Tumiskan BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH hingga naik bau.
-Kemudian masukkan CAPSICUM, CILI PADI, CARROT, CELERY/LEEK, CENDAWAN BUTANG Biarkan sedikit kering.
-Masukkan SOTONG.
-Masukkan SPAGHETTI SAUCE / TOMATO PASTE.
-Perasakan dengan GARAM, LADA SULAH, LADA HITAM, SERBUK PATI AYAM, PAPRIKA.
-Masukkan DAUN SUP yang dihiris kasar.
-Masukkan beras dan gaul sebati.
-Masukkan 6 cawan air (saya gunakan bekas yg sama anda cedok beras tadi).
-Masukkan SAFFRON. Kemudian tutup kuali dan tunggu hingga nasi masak.
-Agak2 air dh agak kering, susunkan cantik KUPANG, UDANG dan PARSELY di tengah2 kuali. Percikkan lagi sedikit PATI AYAM, LADA SULAH dan PAPRIKA.
-Tutup semula hingga nasi benar2 kering.
-Tutup api dan susunkan LEMON yang dipotong baji. Hidang panas2.
*Jangan pandai2 senduk dan kaut Paella ke bekas lain. Hidang panas2 dengan kuali leper yang anda gunakan.
Selamat mencuba :P
|
Dah pun siap... |
|
Habis berselerak meja...lantaklah janji happy! |
|
Zoom sket.... |
|
Ini yang dalam pinggan saya...jemput makan ye :P |