Monday, October 29, 2012

Tersentuh Hati

Puisi ni saya pinjam dari facebook Ustazah Norhafizah Musa seorang pendakwah yang sedang meningkat naik.

Sebak betul membacanya.

Baca dan renungkan...


Kakak Dah Makin Lancar Membaca

Alhamdulillah.

Malam semalam cek bacaan si kakak, dah semakin lancar.

Sekarang kakak membaca Bacalah Anakku 3 dan officially berusia 3 tahun 10 bulan.

Walaupun letih nak kena mengadap beliau setiap malam, namun usaha mama (yang busy ini) sudah mula menampakkan hasil.

Sejak akhir-akhir ni pun, kakak dah jarang sangat menangis bila bangun pagi.

Dah seronok pergi sekolah.

Dan hafal bacaan dalam solat dan beberapa surah lazim.

Syukur (^_^)

Amboi kemain kau ye....dalam toilet pun baca paper (^_^). Gambar pinjam dari photobucket.

Monday, October 22, 2012

Young Khalifah Camp (YKC) 2012

Assalamualaikum.

Seperkara yang sangat saya gemor dengan taska Al-Fatih Integrated Preschool ni ialah modulnya yang jarang ditemui di taska-taska lain.

Seingat saya tahun ni je dah banyak outdoor activity yang anak-anak saya sertai. Bila saya update status di fesbuk, maka ramailah parents lain bertanya tentang modul al-fatih ni sama ada boleh diadaptasi di sekolah lain.

Terbaru, Young Khalifah Camp (YKC) yang disertai anak-anak berumur 6 tahun sahaja. Si Wifaq memang suka bebeno aktiviti macam ni. YKC berlangsung pada 27/9/2012 (Khamis) hingga 28/9/2012 (Jumaat).

Dah namanya camp, jadi mestilah bermalam kan. Tapi bermalam kat sekolah je. Wifaq excited siap pinjam sleeping bag Opah yang dipakai masa musim haji 2011. Yuran kem ni ialah RM50.

Dalam banyak2 aktiviti, paling saya kagum ialah...petang Khamis tu saya ke kedai di kawasan berdekatan. Tiba-tiba terserempak sekumpulan kanak-kanak Al-Fatih tengah approach orang awam dan serah brosur korban...dan kanak2 ni kena explain brosur tu mengenai apa.

Masa tu Wifaq di kumpulan lain dan ditugaskan untuk pergi ke KUIS (sah budak ni cakap ni opis mama ni...hehe).
Apa yang bagus, kanak-kanak ni dilatih untuk improve communication skill dan   develop confidence level. 

Antara aktiviti: 

Khamis:
~Young Khalifah Care and Share (trip to Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Semenyih for Kanak-kanak OKU)
~Young Khalifahs Find Out (fun science experiments)
~Young Khalifahs in Action (Community Work Part I and Part II~around Bandar Seri Putra...masa nilah terjumpa kanak-kanak ni. Lepas tu the public pun macam impressed dan berminat nak tau lebih lanjut pasal Al-Fatih ni)
~Young Khalifahs Unite (practice sessions group)

Jumaat:
~Young Khalifahs Get Fit (swimming and leadership circle at Bukit Mahkota Clubhouse)
~Young Khalifahs Have Fun (group performance)

Berikut adalah gambar2 sekitar hari pertama (Khamis):

Sampai di SM Pendidikan Khas, Setapak (jauh jugak budak2 ni per



Turun bas kena beratur
Wifaq cenonet mesti depan sekali
Dengar taklimat
Merasa pegang dan lihat buku braille
Teacher tunjuk mesin braille


Pergi pasar edar risalah kat public. good to develop their  confidence and communication skill.

Day 2: Friday


Wifaq yang baju renang hitam merah
Terjun!
Group activity
Tutup mata.
Wifaq masuk group Hamzah dan alhamdulillah grup Hamzah juara antara juara . Hadiahnya dapat buku dan macam-macam lagi. Teacher kata group binding dan teamwork Hamzah sangat bagus sebab tu boleh menang.

Petang Jumaat ambik Wifaq nampak letih sangat. Asyik nak meragam je. Mengantuklah tu.

Semua gambar ni dipinjam dari facebook Al Fatih  Integrated Integrated Preschool (^_^).

Ada banyak gambar aktiviti tapi saya ambik yang muka anak teruna saya je. Masalahnya anak teruna tak suka bergambar jadi ada la beberapa keping je buat kenangan.

Next year Wifaq dah nak darjah satu...semua ni akan tinggal kenangan.

Untung kamu ada mak yang rajin nak menulis aktiviti yang maknya sendiri tak pergi. Esok dah besar update sendiri lah ye..hehe.

Sekian.

Saturday, October 20, 2012

Ada Apa di Seksyen 7 Shah Alam?

...jawapannya: Macam-macam ada!!!

Hari ni saya pergi Seksyen 7 buat keberapa puluh kali la entah semata-mata nak beli kain cotton corak Paisley.

Dua tiga menjak ni termimpi-mimpi pulak corak paisley yang cute itu (sampaikan blog background pun usaha nak tukar ke corak paisley tapi tak jumpa yang berkenan di hati)

Orang perempuan memang suka kalau dapat datang sini.

Segala mak nenek butik tersohor ada kat sini especially online butik yang dah tak online lagi sejak wujud di sini.

Tapi harini kawasan ni jammed teruk sebab ada banyak kereta dan bas dari Kelantan menyerbu sini sementara nak tengok perlawanan bola malam ni.

Sampaikan masa nak beli cotton kat Jakel pun ada sorang kakak ni puas menawar harga kain dengan alasan dia datang dari jauh ni nak tengok bola. 

Teringat beberapa tahun lalu...masa tu kawasan ni masih kawasan lapang yang berdebu. Satu-satunya bangunan yang ada ialah sekolah tamil yang agak uzur. 

Masa tu banyak kali jugak duk ulang alik datang area ni pergi developer office...sebab ayahanda saya ada beli 2 bijik buah apartment di kawasan ni. Memang bijak la ayahanda saya buat investment kat sini...tengok apa jadi dengan kawasan ini sekarang?!

Memang tak jangka langsung kawasan ni boleh jadi begitu femes macam sekarang. Secara tak langsung rumah sewa pun jadik mahal sebab dekat pulak dengan UiTM. (Ayahanda saya orang lama UiTM).

Oit nak cerita pasal butik, pegi cerita pasal rumah sewa pulak...heh

Baiklah. Antara butik2 terkenal yang ada kat sini....

eh malas nak tulis banyak-banyak, sila tengok gambar jelah sekejap lagi. Tapi  antara yang selalu saya masuk ialah Pearl Haya, Ustazah, Jakel dan Bazaar @ 7. Butik2 lain saya pernah masuk sekali dua je dan tak beli apa-apa pun.

Contoh butik lain yang glemer ialah D'Haja, Radiusite (yang selalu kuar TV dan majalah Hijabista tu), Saidatulnisa (ala kakak Ella tu) dan banyak lagilah. 

Tempat makan pun banyak kat sini. Cuma yang susah nak solat je...patut kena buat surau besar atau masjid je kat sini senang.

Saya suka datang sini bila encik bos outstation. Rasa macam release betul tengok deretan butik-butik kat sini macam satu dunia yang indah je hehehe. 

Malam semalam saya bangun seawal 4 pagi untuk study...rasa macam nak reward diri sendiri dengan beli kain corak kegemaran dan kegeraman.


Yang kanan sekali tu pehaya feveret saya. Kelihatan dalam gambar ini: Fareeda, Sugarscarf (atas Fareeda), ada restoran Big Taste yang pernah kuar rancangan Safiyya tu...dan macam-macam butik lagi kat depan kat belakang...atas bawah...etc etc..tak cukup satu hari nak round sume 
Ok di sebelah kanan ada butik Radiusite (yang glemer dgn shawl paddlepop dan selalu keluar TV jugak), Qish Qish Butik, Jemari, D'Haja dan banyak lagi. Bazaar @ 7 pun ada di situ...dan wajib singgah kalau ke sini sebab di sini ada macam2 pilihan dengan harga lebih murah.

Dalam banyak-banyak ni...antara yang terbest (pada saya) ialah Bazaar @ 7. Orang lain maybe kata tak best.

Sebab kat sini, walaupun dia hanya kedai kecik-kecik di celahan butik2 glemer...tapi design2 online butik terkenal kita boleh jumpa kat sini dengan harga 'mampu milik' (terpulang kepada definisi anda mengenai mampu milik...). Tapi ofkos, perbezaan harga juga bermaksud perbezaan kualiti. Tapi oklah untuk student-student UITM dan UNISEL nak datang shopping sini...

*bergayaah kau orang pergi kelas ye...~komen seorang lecturer seraya menurunkan kacamata dan memandang dengan mata kecik...~*


Macam maxi dress ala-ala The Poplook (saya sambar selai harini isk isk), yang macam Amy Hakim pun ada. Ada maxi skirt ala-ala Modish Mode House dengan concept colour block. (Saya beli skirt kaler mustard dengan blouse kaler merah cili...uih...entah bila nak pakai entah...(^_^) tapi boleh mix n match dengan yang sedia ada...

...ada juga cardigan, ada shawl, ada bawal, ada macam-macamlah...memang boleh pitam tak tau nak pilih yang mana kalau bawak wang terhad. Kalau bawak wang banyak memang takde masalah...heh. Kat butik-butik lain boleh guna kad tapi tidak di Bazaar @ 7.
Pendek kata, kalau anda rajin membelek majalah Hijabista tu...kat sinilah kemungkinan besar boleh ketemu outfit macam dalam majalah tu. Boleh pilih. Nak yang mahal, masuk butik. Nak yang murah, masuk kedai-kedai kecik macam Bazaar tu. Tapi sometimes kualiti tak sama (sebab tu harga pun tak sama) tapi masih OK. Setiap benda itu mahal bersebab...dan murah pun bersebab (^_^)

Lepas soping, pergilah singgah makan di restoran berdekatan. Ada restoran Ikan Bakar Bubu, Haji Sharin Low, Wong Solo, Big Taste, Upin Ipin (Upset~masa kami datang dua kali masuk sampai jam 12 tengahari makanan tak ready..last2 anak2 merajuk tak makan langsung terus balik) macam-macamlah ada. Tapi kami cuma pegi Tutti Frutti je sebab budak2 dah bising nak makan yogurt. Ini memang tempat wajib...once a week mesti pergi makan yogurt.

Budak2 nak makan TF (nak ambik sendiri pulak tu)...layan jelah
Anak dara ni tak control langsung...

Saya ni bukan hijabista sangat...tapi saya pemerhati setia perkembangan dunia fesyen wanita berhijab ni. Ada yang boleh ikut, ada yang tak boleh sebab tak kena dengan karakter saya. Apa-apa pun menutup aurat kerana Allah SWT...dan ikutlah peraturannya.

Jangan sampai orang bukan Islam pulak tak berminat nak masuk Islam selepas tengok pembawaan diri dan cara kita berpakaian. Comot, tak bersih dan unpresentable. 

Tapi...jangan pulak sampai orang bukan Islam ketawakan kita kerana nampak sangat u are trying very hard nak ikut fesyen tapi terikat dengan terma 'hijab' maka yang ketat metat pun disarung asal kepala masih 'berhijab'. Kalau begini caranya dah jadi tak betul.

Sederhana itu yang terbaik!

Cakap pasal brand ni kan, lepas shoping balik rumah lepak atas katil baca buku. Maka datang anak bujang saya ajak main teka teki tekuk.

Wifaq: "Mama jom main teka teki tekuk nak?".

Saya: "Okay...(fikir sejenak)...tudung jenama apa feveret mama?" (Ada ke dengan anak bujang pun main teka teka bran tudung...huhu)

Wifaq: (tak fikir panjang) "Pearl Haya...".

Saya: "OK. Baju jenama apa feveret mama?".

Wifaq: (Tak fikir panjang jugak) "Saraya Zahret".

K. It's that obvious sampaikan budak 5 tahun pun mampu teka tak memikir-mikir, isn't it?   

Sekian.

Thursday, October 18, 2012

HAJJ FEVER 2012

Salam alayk.

Alhamdulillah semalam Mr.Zauj sudah selamat sampai di bumi Makkah.
Semoga beliau dapat menjalankan tugas mengurus jemaah dengan sabar dan tenang.

Tiap kali terdengar lagu ni (yang jadi latarbelakang montaj Al-Adha di TV AlHijrah) rasa sayu je.

Sayulah...sebab teringat:

Makkah...

Madinah...

dan 'orang tu' yang duk ulang alik pergi sana macam pergi KL (^_^)




Harap adalah rezeki saya menunaikan ibadah haji tak lama lagi.

Wifaq pun pandai. Tiap kali tengok montaj TV ALHijrah tu dia kata: "Mama, setiap kali dengar lagu ni Ipak teringaaaat sangat masa Ipak kat Mekah"
(eh eh ayat kau ni macam orang tua-tua pulak...teringat Mekah...hehe)

Labbaikallahummalabbaik.

Formula Matematik Wifaq Yang Pertama

Nak taip laju-laju sebelum terlupa dan nak sambung buat kerja.

"Children are remarkable for their intelligence and ardour,

 for their curiosity, their intolerance of shams, the clarity and 

ruthlessness of their vision." - Aldous Huxley


Pada 18/10/2012...Wifaq tiba-tiba mengeluarkan idea formula Matematiknya yang pertama. Officially 5 tahun 10 bulan now.

Rasanya formula ni simple je dan taklah hebat mana...tapi saya rasa ia 'big thing' bagi kanak-kanak seusianya sebab saya tak pernah ajar pun teknik itu.

Kali pertama saya tengok dia duduk mengadap latihan Maths ialah tahun lepas (2011). Saya tengok dia ambil encyclopaedia Maths milik saya (yang Opahnya belikan masa umur saya seusia Wifaq...5-6 tahun la gitu) dan saya tengok dia cuba selesaikan masalah-masalah Maths itu.

Saya tak expect apa-apa, dan tak fikir apa-apa. Hanya biarkan dia buat...sampai taknak tidur mengadap soalan Maths.

Emaknya ni bukan otak Maths. Saya lebih kepada sastera dan bahasa. Bila tengok nombor je pening heh. Rasanya otak Maths ni diwarisi dari suami saya kot.

Ok. Formulanya:

Untuk selesaikan pemasalahan tolak (minus).

Soalan semalam: 12-4= ?

Cara yang saya ajar sebelum ni: biasalah, ambik buku conteng dan kira...heheh (cara zaman dulu-dulu, nak lagi terer pakaila kalkulator hik hik)

Cara yang Wifaq ajar: Dia kata susah dan lambat nak tulis atas kertas. Jadi dia kira pakai otak. Dia imagine dalam kepala ada 12, dan di jari ada 4...lepas tu dia kira secara terbalik...11,10,9,8...jawapannya 8.

Tak kiralah kalau formula ni simple dan takde apa sangat macam adik Adi Putra, tapi pada saya ia satu permulaan kepada perkara yang lebih besar nanti.

Susah atau senang, formula tu dia cipta sendiri..itu yang lebih penting. Hasil inovasinya sendiri.

Sebelum tidur (macam biasa, dia suka tidur di kaki saya), saya pergi kat dia dan bisik: "Tahniah tau sebab Ipak dah berjaya cipta formula Maths sendiri. Nanti lain kali boleh cipta formula yang lagi susah dan hebat...ok? Dah, selamat malam". Saya gosok dan cium kepalanya dan biarkan dia tidur.

Tapi saya rasa dia bukan terus tidur tapi memikirkan perkara lain...

Kadang-kadang i wonder apa yang ada dalam kepala anak ini. Kalaulah otak manusia Allah SWT ciptakan lutsinar...agaknya kita boleh nampak cetusan elektrik dan letusan kecil antara sinaps, dendrit...(betul ke ni? main sebut je..)..sel-sel otak apa-apalah saling berhubung sesama sendiri (ala macam dalam iklan Anmum Essential tu...(^_^).

Tahniah nak...itu je yang mama boleh ucapkan dan terus berdoa semoga kamu boleh menyumbang sesuatu kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara kelahiran kamu, Malaysia yang terchenta!

(Dah habis menaip ni baru terfikir...patut ke tak aku catat perkembangan ni kat blog eh? ke tak payah...tsk tsk)

Mula-mula formula simple camni dulu...lepas tu..
Satu hari nanti agaknya jadi camni. Insyaallah


Sekian.



Wednesday, October 17, 2012

Susuk Moden: IMPLANON

Percaya tak saya pakai 'susuk'? *kontroversi tak? hahaha*

Baiklah. Hari ni saya nak cerita pasal susuk moden. 

Perkataan 'implant' dalam bahasa Melayu  bermaksud susuk *tapi tidak merujuk kepada susuk tradisional yang kau nak pakai kena jumpa tok moh...yang ni canggih, kau kena buat apoinmen dengan pakar perbidanan*

Implanon. Bukan dari segi saintifik but more to self experience sebab saya bukan doktor.

Yang putih kecik macam dawai kat bawah tu ialah rod yang akan dimasukkan kat bawah kulit lengan kita (gambar ihsan Photobucket Images)
Kecik je pun...tu pun nak takut ke? *provoke*
Setiap kali balik kampung atau pergi kenduri dan jumpa saudara mara, mesti ada yang tanya pasal Implanon sampai saya perasan macam dah jadi duta Implanon pulak behehehe. Dan soalan yang kerap diajukan ialah: "Sakit tak pasang implan?" dan juga "Apsal kau tak gemuk pun pakai implan?". 

Bagi yang belum clear apa itu Implanon, ia adalah salah satu method merancang keluarga dan menjarakkan kehamilan.
Pada saya ia yang paling mudah setakat ini. Sekali pasang je lepas tu kau boleh lupakan ia hinggalah selepas 3 tahun. 

Sebab tak kuasa nak makan pil (kalau terlupa atau tak ikut timing..habis!), atau tak kuasa nak pergi klinik untuk cucuk kat...u know where dan sakit la jugak.
IUD pulak...kena sopan santun dan dah banyak kawan2 pakai tapi terpregnen jugak.

Saya sendiri memilih memakai implan sebab...sob sob..sebelum ni makan pil tapi pil itu tidak mampu melawan genetik saya dan suami yang amat sihat dan juga takdir Allah SWT. 

Jadi, dalam duk patuh makan pil ikut jadual...lekat jugak dua orang baby bernama Rihaab dan Nehal. Itu semua rezeki...tapi, perancangan keluarga masih penting demi kesejahteraan dan kesempurnaan hidup anak-anak yang sedia ada.

Pendapat saya tentang perancang kehamilan. Sila imagine, katakan pendapatan anda dan suami sebulan memang cukup dan boleh sediakan kehidupan yang selesa, let's say, untuk 2 orang anak.

Dengan pendapatan itu, anak boleh dapat susu berkualiti, diapers jenama yang baik, pakaian yang bagus, makanan terbaik, pendidikan dan penjagaan yang baik, perubatan yang baik (asal demam jumpa paed, asal demam sikit jumpa paed sebab nak yg terbaik untuk anak kan?), insuran kesihatann dan pelajaran...permainan..etc.

Tapi, disebabkan kegagalan anda merancang kehamilan...anda hamil lagi. Maka kos perbelanjaan yang sedia ada semua kena reduce dan terpaksa dibahagikan kepada 3 orang anak. Elok-elok anak no 1 dan no 2 ada semua benda yang sempurna dan selesa, sekarang dah kena kurangkan sikit untuk beri laluan kepada anak no 3. Asal demam jumpa doktor biasa jelah padahal makan ubat doktor biasa tak baik-baik pun...last2 kena jumpa paed jugak. Membazir kat situ.

Akhirnya nanti, susu kena beli susu murah. Diapers pun kena beli yang murah. Nursery dan sekolah kena cari yang murah je sebab nak jimat. Makanan pun kena pilih-pilih. Nak holiday selalu pun tak boleh sebab nak berjimat. Nak beli mainan? ah tak payah beli sebab kalau nak beli kena beli 3 (tak cukup bajet)...nanti berebut. akhirnya tak payah beli...kesian kat anak-anak. Paling kesian tengok anak terkebil-kebil tengok kawan-kawan lain nak itu ini semua dapat...ini cabaran membesarkan anak di zaman sekarang. Kita kena fikir emosi anak-anak sepanjang tumbesaran mereka juga.

Paling penting: masa dan tumpuan kita untuk anak-anak. Bila masa kita nak mengajar mereka dan cek kelemahan mereka di sekolah kalau tiap tahun kita sibuk dengan adik kecil mereka?

Betul. Anak-anak dalah rezeki dan rezeki datang dari Allah SWT. Tapi Allah SWT juga suruh kita ikhtiar dan beri kehidupan yang baik pada anak-anak. Allah SWT tak larang kita merancang. Bila Allah SWT suruh kita menyusukan anak sampai dua tahun, itu indikasi bahawa Allah SWT mahu kita plan baik-baik dan jarakkan kehamilan.

Tubuh badan kita pun perlu pulih sepenuhnya sebelum ready untuk pregnen lagi kan? Menzalimi tubuh badan sendiri pun dilarang dalam Islam.

Bila pil dah tak berkesan (saya ambil Noriday atas cadangan gynae sebab b-feeding), sebulan selepas melahirkan anak ketiga, saya terus cakap dengan gynae (masa itu Dr. Noraini di Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bandar Baru Bangi) yang saya nak pakai implan.

Ramai orang takut pakai implan sebab kesan negatifnya tubuh akan jadi 'comel' dan montel. Kebanyakan rakan dan saudara yang pakai implan saya tengok memang jadi 'comel' mendadak sebaik pasang implan.

Sebenarnya senang je nak tau pakai implan jadi montel atau tidak. Kalau cucuk atau makan pil badan kita naik, then pakai implan pun BIASANYA naik. Tapi kalau cucuk atau makan pil badan kita maintain, BIASANYA kesan sama jugak kalau pakai implan.

Tapi saya tak peduli...nak montel pun montellah asalkan tak preggy lagi dalam masa terdekat. Saya nak berikan tumpuan dan perhatian secukupnya pada anak yang sedia ada...dan juga pada study sebab masa itu, alhamdulillah, semasa dalam pantang saya dapat offer study leave selama 3 tahun!

Jadi cuti bersalin saya bersambung sehingga 3 tahun! Sujud syukur saya masa tu. 
Walaupun kehamilan Nehal tak dirancang...dan bibik tiba-tiba balik, Allah SWT mudahkan urusan saya dengan cara lain.
Akhirnya dapat jugak saya merasa membesarkan anak dengan tangan sendiri. (^_^)

Dan sekarang Nehal...(atau glamer dengan nama Tebi) dah 2 tahun setengah pun. Dah pergi tekolah pun.
Anak saya yang paling montel mungkin sebab senang hati maknya ada depan mata 24 jam.

Saya mula pasang implan sebulan lepas bersalin. Masa postnatal check up pertama.
Memang taknak tunggu lama-lama dah. Fobia.

Sebenarnya masa tu memang zero dan had no idea at all apakah itu implan? Sakit ke? Kena belah apa-apa ke? Takut oii sebab selama ni bersalin semua normal.
Blurrr.....
Tapi ketidakinginan untuk hamil lagi dalam masa terdekat mengatasi ketakutan nak pakai implan.
Lagipun bersalin lagi sakit dari pakai implan heheh.
Dah tak kisah la nak gemuk ke...apa ke...

Masa jumpa doc tu, cakap dengan doc saya nak pakai implan.
Doc okay je.
Doc kata, setakat ni dalam banyak2 jenis perancang kehamilan...implan yang paling berkesan.
99% kemungkinan tidak hamil, dan baki 1% kemungkinan untuk hamil plus takdir Allah SWT.
Tapi kesan negatif ialah badan boleh naik. *saya tak peduli...*

Rupanya tak sakit pun pakai implan ni.
Doc ambik satu rod (macam dawai halus) kecik...lepas tu doc pegang tangan kiri saya...sapu anasthetic sikit...lepas tu kebas dah tak rasa apa-apa.
Ni bukan gambar tangan saya ye. aurat tau nak tunjuk lengan. (^_^). Saya pinjam gambar dari Photobucket Images
Sepanjang proses tu, saya pandang kanan je...rasa sikit2 doc masukkan rod tu tapi tak sakit pun.
Tiba-tiba..."okay, dah siap".

Oh? Itu je ke? Kejapnya. Ingatkan lama. *garu kepala*
Lepas tu doc tampal plaster dan kasi sekeping kad yang tertera tarikh pasang, tarikh buka dan lengan sebelah mana implan dipasang.
Pasang: 24.5.2010. Bukak balik: 24.5.2013.
Kad ni make sure simpan dalam purse dan jenguk selalu takut lupa hehe.
Sebelah belakang kad
Kos masa itu RM500 untuk 3 tahun pemakaian. Kalau di hospital kerajaan mungkin murah sikit kot.

Sekarang setelah 2 tahun setengah implan ni duduk dalam tangan saya:

#Alhamdulillah saya tak gemuk, tapi makin kurus ada. Semua tegur saya makin cengkung...heran pulak diorang, orang lain pakai jadi 'comel' tapi saya pakai jadi makin sekeping...apahal?

Pada saya, berat badan boleh dikawal. Makanlah banyak mana pun, yang penting pilih-pilih apa yang dimakan. Makan makanan yang sihat, kalau sesekali nak makan yang tak sihat pun...rajin-rajin bersenam. Kalau malas bersenam, kena bergerak aktif. Kalau malas bergerak, kena banyak membaca dan berfikir.

Saya jenis yang bersenam sesekali je. Makan pun boleh tahan banyak. Tiap kali makan nasik mesti 3 kali tambah. Cuma, kebetulan benda-benda yang saya suka makan memang tidak menggemukkan kot. Contohnya makan sayur...dari dulu lagi, kalau ada sayur yang dimasak dan ulam-ulaman, saya akan pilih ulam. 

Tapi otak sentiasa ligat berfikir. Perkara baru setiap hari.
Orang yang otaknya tak reti diam memang susah nak gemuk...sebab hampir semua zat makanan pergi ke otak.

Pernah dengar tak, kanak-kanak genius kebanyakannya punya saiz tubuh badan yang kecil. Sebab kebanyakan zat pergi ke otak...untuk support aktiviti di otaknya yang sangat aktif.

#Saya tidak hamil buat masa ini, alhamdulillah. Dan tumpuan diberikan secukupnya pada anak-anak yang ada.

#Ada orang kata pakai implan hormon terganggu. Saya memang jenis yang tak period selepas melahirkan sejak dari anak sulung mungkin kerana BF. (ajaibnya 15 hari lalu saya tiba2 period balik setelah habis sekotak Beauty Umaira. Yang ni kena buat entry lain pulak...hohohoh)

#Doc kata boleh naik selera makan. Tapi saya memang kuat makan sejak dulu pun...

#Ada yang kata boleh dapat mirgrain. Sejak pakai implan memang saya ada migrain...tapi tak pasti kerana implan atau kerana stress PhD. Tapi, sejak makan Beauty Umaira migrain sudah lenyap. Sahabat saya kak Liza Mohd Said pun sejak makan Beauty Umaira dah tak migrain lagi. *Ok, Memang nak kena buat enry lain pasal Umaira ni...heh*

Setakat ni jelah review saya mengenai implan. 
Harap boleh membantu rakan-rakan membuat penilaian dan keputusan.

On top of that, consult your gynae habis-habisan dan tanya pengalaman ibu-ibu lain yang dah pakai implan.

Timekasih (^_^)



Tuesday, October 16, 2012

Istiqamah Dalam Kebaikan

Salam alayk.

Sumber: Facebook Lukisan Dakwah Islam.

Subhanallah. Peringatan yang baik.

Kadang-kadang bila kita buat baik dan tak dihargai manusia, kita mudah rasa letih dan jemu.

Padahal kita terlupa Allah sedang mencatat amal kebaikan itu dan dihitung semula di akhirat nanti.

Betullah. Rasa letih akan hilang...tapi kebaikan itu akan kekal.

Ya Allah. Semoga kami sentiasa dalam kebaikan hingga ke akhir hayat kami.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, October 15, 2012

Bila Anak Nak Jadi Macam Kita

Saya punya dua orang anak dara.
Tapi lately saya perasan si kakak Rihaab macam nak tiru semua perbuatan saya.

Malam sebelum tidur biasanya saya akan cuci muka, kemudian pakai toner dan night cream. Adalah sesekali saya malas dan skip je rutin tersebut, contohnya malam tadi.
Bila tengok mama terus tidur, si kakak tanya: "Mama tak pakai toner dengan night cream ke malam ni?".
"Malam ni mama malas...nak tidur awal". (Lepas tu baru sedar...alamak, kenapa la aku guna alasan 'malas'?. Tak semenggah betul...*tepuk dahi*)

Lepas tu kata si kakak: "Nanti kakak dah besar bolehlah kakak pakai toner dengan night cream macam mama...kakak nak pakai baju mama, tudung mama...kakak nak jadi macam mama...nak jadi lecturer".

Gulp!
"Nak jadi macam mama"~~dalam maksudnya dan agak menakutkan bila diamati.

Anak ini mungkin masih kecil dan belum sedar yang emaknya banyak kekurangan dan cacat cela terutama dari segi akhlak.
Di kebanyakan masa, sebagai manusia biasa kadang2 ada juga saya meninggikan suara pada anak-anak...terutama setelah tak jalan cara lembut.
Saya memang tabik spring kepada kaum ibu yang boleh sentiasa berlembut dan sabar dengan kerenah anak-anak terutama di masa-masa 'degil' mereka.

Saya bukan ibu yang sempurna. Jauh sekali manusia yang sempurna.

Saya menghabiskan zaman remaja saya dengan memerhati kerenah anak-anak orang lain.

Banyak yang saya lihat, emak dan bapanya terlalu lembut dan tak ambil kisah perangai anak-anaknya...terutamanya bila ke rumah orang.
Budak-budak tu dah melompat-lompat, usik barang tuan rumah, koyakkan majalah tuan rumah...mak bapaknya hanya komen begini: "ala biarlah budak-budak".

Bila balik mak bapak dan anak2 yang nakal tersebut, tuan rumah mengomel pada kami. "Tengok anak si XXXX tu. Anaknya buat apa pun dibiarnya...sampai orang punya majalah koyak pun dia tak kisah. Majalah ni aku beli ni guna duit...".

Bermula dari situ, apa yang saya tanamkan dalam kepala ialah...biar kita marah anak kita dulu, jangan sampai orang lain marah anak kita dan kata kita tak pandai mengajar anak!

Anak-anak saya ada jugak perangai nakalnya.
Kadang-kadang bukan dia tak tahu dan tak dengar larangan kita...tapi...yelah, kat rumah orang biasanya emak dan ayah takkan marah-marah sangat.

Biasanya balik rumah, saya takkan lupa perbuatan tu. Kadang-kadang, pappp...!!! kena sekali kat punggung...tiba2 tanpa warning sebaik sampai rumah.
"Kenapa mama ni tiba2 pukul Ipak?". Biasanya si Wifaq yang kena sebab akal dia panjang sikit.
"Ini untuk kesalahan tadi kat rumah orang. Sebab usik barang orang...mama tak lupa tau. Nak buat lagi?".

Ya. Begitulah.
Saya pun tak pasti cara saya betul atau salah tapi setakat ini cara inilah yang berkesan.

Kalau boleh saya nak anak-anak saya jadi insan yang jauh lebih baik dari saya. 
Kadang-kadang saya lupa dan lalai.
That is why, saya perlu sentiasa membaca buku2 motivasi parenting from time to time sebab bila lama tak baca je jadi lupa.
Melayu saya memang mudah lupa isk isk.

Parents yang bagus hakikatnya tak perlu rujuk mana-mana. But not in my case.
Saya kena sentiasa diingatkan...bila lama tak diingatkan saya akan lupa.
Bila lupa mulalah saya jadi emak yang entah apa-apa...

Pada saya menjadi ibu dan bapa hari ini perlukan ilmu yang amat tinggi dan sentiasa bersikap analitikal terhadap situasi dan perkembangan anak-anak.
Banyakkan menggali ilmu, baca buku dan belajar dari orang lain yang lebih berpengalaman.

Buku motivasi parenting agak boleh tahan jugak harganya.
Kalau nak ikutkan, sama harga sebungkus diapers dan setin susu.
Tapi isinya kalau kita baca dan amalkan...nilainya jauh lebih berharga dari sebiji permata.

Jangan sesekali sombong dan rasa ilmu kita dah cukup. Pernah sekali, rakan saya memperlekeh tindakan saya yang memborong buku-buku motivasi dan parenting...termasuklah buku adik NADIAH yang cemerlang SPM tu. 
Kawan saya kata: "Buat apa beli buku budak ni? bukan hebat sangat pun". 

Saya diam. Tak jawab apa-apa. Rasanya kalau explain pun dia tak faham kenapa saya beli buku itu.
Saya mengidamkan anak yang hebat macam itu. Jadi, sama ada muda atau tua bukan soalnya.
Walaupun dia hanya seorang budak, tapi mesti ada ilmu dan pengalamannya yang boleh kita kongsi dan ambil iktibar.
Manusia hebat dijadikan Allah SWT tidak sia-sia.
Hampir semua buku-buku biografi anak-anak cemerlang SPM ada di rak buku saya.
Setiap kali menatap wajah anak-anak ni, saya berdoa semoga anak-anak saya jadi macam mereka. Lepas tu mesti air mata nak bergenang dan menitik...sambil imagine betapa terharunya ibu bapa yang melahirkan anak2 begini.
Dan kalau boleh saya hendak belajar dari ibu bapa anak2 hebat ini.

Pada saya ini kata-kata orang sombong. Hatta makcik cleaner yang selalu kita jumpa pun sebenarnya ada ilmu pada mereka yang perlu kita hargai...
Sewaktu masih bekerja, setiap pagi waktu nak masuk bilik...akan ada sorang makcik atau kakak cleaner yang menyapu depan bilik saya dan beri salam pada setiap pensyarah yang lalu.


Kalau dia tak tegur saya, saya akan tegur dia dulu.
Lama-lama bila start saya cuti belajar, dan sesekali datang ke pejabat...beliau dulu yang tanya: "lama tak nampak puan...ingatkan dah pindah".
Walhal selama ni saya rasa makcik ni tak perasan pun kewujudan saya. Tapi disebabkan kata-katanya yang simple itu...saya rasa amat dihargai (walaupun beliau bukanlah Dekan Fakulti dan hanya seorang cleaner).

Kesimpulannya: hargailah setiap insan dan setiap perkara yang lalu dan singgah dalam hidup anda. Anda takkan tahu apa signifikannya di masa hadapan.
Mungkin satu hari anak makcik cleaner itu jadi Pegawai atasan tempat di mana anak-anak saya memohon kerja...mana tahu kan?

Adakala kebaikan yang kita buat, balasannya bukan ke kita...tapi kepada anak-anak kita.

Kalau difikirkan, huiii penatnyalah being analytical terhadap setiap anak. Imagine kalau ada 9 anak...nak analyze sembilan-sembilan tak ke semput?
Tapi memang itu jelah caranya.
Nak ke taknak ke...mesti ambil tanggungjawab ini setelah kita melahirkan mereka ke dunia.

Kadang2 saya terlalu analitik, hinggakan setiap kali anak lahir...dekat hospital lagi saya dah cek apa jenis darah anak.
Anak yang jenis darahnya sama...biasanya punya perangai yang hampir sama.
Dan anak itu ikut darah siapa? ayahnya atau saya?

Kalau ikut darah saya, biasanya anak itu tahap immune-nya tinggi...tak mudah sakit...mudah sakit dalam situasi bagaimana..etc etc etc...
Anak yang ikut darah saya ialah Rihaab. Darah A+..memang tak mudah sakit kecuali yang sakit itu ialah orang sama jenis darah dengan beliau.

Itu satu contoh being analytic.
Ada banyak situasi lagi kita sebagai ibu bapa perlu peka dan rajin analisis perkembangan anak.

Being a parent, u have to love the children unconditionally. That's hard...but there's no other way than that.

Sebenarnya suami saya seorang yang penyayang dan tak garang dengan anak-anak. Amat susah nak meninggikan suara dengan anak-anak...tapi...yang amat herannya...anak2 kata baba tak best, mama best.

Padahal babanya tak garang, pun boleh kata tak best.
Mama yang garang ni dikatanya best! *garu kepala*. Yelah tapi itulah kelebihan seorang ibu.
Walau pun muka tak cantik macam Siti Nurhaliza...anak2 tetap akan kata kita cantik...dan pandang wajah kita macam idola terhebat abad ini.

Ini muka manusia yang mula2 ditatap sebaik lahir ke dunia.
Ini muka manusia yang menyuskannya, memandikannya, mendodoinya sampai tidur...takkan anak2 ini boleh lupa kan?

Nak tidur dengan mama. Kalau pergi kenduri, semua nak duduk atas riba mama. Nak makan, nak duduk sebelah mama. Nak mama suap. Nak mandi dengan mama...semua mama. Patutlah mama susah nak gedebab.

Padahal emaknya di kebanyakan masa lebih singa dari singa! *serius*

Dan dua tiga hari kebelakangan ni, yang paling ketara ialah si kakak asyik meniru semua perbuatan saya.
Makan di restoran, dia akan order air yang selalu saya order...dan makanan yang selalu saya makan.
Berpakaian macam saya pakai.
Berdiri depan cermin dan konon-konon bersiap ikut gaya mama.

Tindak tanduk saya semua ditirunya...

Waduh budak ni.

Ini peringatan buat diri sendiri: sila improve diri anda mulai sekarang kerana dah ada yang mula meniru gerak geri anda.

Tak lama lagi mungkin si Tebi pun akan jadi macam kakak...

Ya Allah hiasilah diriku dengan akhlak mulia. Amin!
*Sebenarnya dah penat menaip hiksss*

Walaupun dua-dua keluar dari perut mama, tapi sikap kalian berbeza.  Kakak agak pemalu, manja dan drama queen! si adik lebih agresif, outspoken dan kalau meniru perbuatan orang...dia akan tiru tapi disampaikan dengan cara yang lebih baik (macam orang Jepun pulak, tiru...tapi diimprove segenap segi to be a better version!). Persamaan: dua2 mulut becok hmmm
Sekian. Thanx for reading.

Saturday, October 13, 2012

Wifaq and Rihaab's 2nd Term Assesment Report Result

Salam Alayk.
Mula-mula rasa macam malas nak update tapi sebelum cerita menjadi basi eloklah di update segera.

Hari ini kami kena ke sekolah Wifaq dan Rihaab untuk ambil 2nd Term Assesment Report. Untuk kisah 1st Term Assesment Report, boleh baca SINI.

Wifaq dan Rihaab bersekolah di Al Fatih Integrated Preschool, Bangi.
Si kecik Tebi (currently 2 tahun setengah umurnya) sekolah di Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM).
Pagi ni kami bangun awal macam hari kerja juga sebab budak2 ni dah tak sabar nak pergi ambil result (haiyoo)
Wifaq di Al Fatih 1 dan Rihaab di Al Fatih 2. Jadi ada dua tempat nak kena pergi mujur dekat2.
Dulu Wifaq di Al Fatih 2, tapi alhamdulillah dapat masuk advance class di Al Fatih 1 yang dinamakan kelas Arafah.
Advance class adalah untuk kanak-kanak yang disifatkan otak mereka macam 'gam gajah'.
Sekali diberi maklumat, terus melekat tak tanggal-tanggal dah...kata seorang cikgu.

Agak ramai jugak dalam kelas Arafah ni bererti ramai budak2 sekarang memang bijak-bijak belaka.
Dan kebetulan anak-anak yang sekelas dengan Wifaq ni juga adalah anak-anak kepada rakan sekerja saya.
Jadi selalulah kalau terjumpa kawan2 saya tengah jalan...diorang kata anak2 mereka selalu cerita pasal Wifaq.

Dulu memang rasa cuak.
Masuk tahun kedua ni dah OK and get used to it.
Sesekali bolehlah aku berangan...mana tau kot satu hari nanti si Wifaq jadi somebody ke...semua orang kenal dia dan nak kenal emaknya..hahahaha.
Kenalah berlatih dari sekarang hik hik. *boleh ke berangan sampai sini...ish2*

Banyak kali juga ada parents yang datang jumpa saya semata-mata nak tanya: ni emak Wifaq ke? Anak saya selalu cerita pasal Wifaq....

Sebenarnya dalam hati saya bukan gembira anak aku glamer tapi risau kalau2 anak2 mereka cerita yang bukan-bukan atau kot2 ada perlakuan anak2 saya yang menyusahkan mereka. Tiap2 hari anak-anak ke sekolah saya berdoa janganlah anak-anak saya menyusahkan orang atau disusahkan oleh orang lain. 

Pagi masa sampai kat sekolah tu sempatlah budak berdua ni berbalah nak pergi sekolah sape dulu. Wifaq kata pergi sekolah Rihaab dulu. Rihaab kata sekolah Abang Ipak dulu...
Tebi pulak sampai je depan gate dia siap cakap: "Eiii baby tanak turun...ni bukan tekolah baby la...tekolah baby beinybanch (Brainybunch)...".
Jenuh la nak kena explain kat Tebi harini holiday datang sekolah abang dengan kakak nak jalan-jalan je...bukan nak sekolah.
Lepas tu baru dia nak turun bila cakap: "ada kuih kat dalam...Tebi nak makan kuih tak?". *Budak ni kalau umpan dengan makanan laju sajeee patutla mulat*

Untuk kedua-dua anak ini, saya punya perasaan sama iaitu gembira dan syukur alhamdulillah tetapi dengan penilaian dan perancangan berbeza selepas ini.

Saya cerita sorang-sorang dululah ye.

WIFAQ

Overall keputusan adalah Excellence. Maksudnya, result maintain dari tahun lepas (Wifaq pestaim masuk taska masa umur 5 tahun).

Instinct seorang ibu biasanya tepat. Dulu, ada yang tanya saya kenapa tak masukkan Wifaq sekolah masa umur 4 tahun?
Biasanya kita sebagai ibu kalau betul2 perhati perkembangan anak...kita boleh agak umur berapa yang sesuai untuk hantar anak ke sekolah.
Masa Wifaq mula sekolah tahun lepas (2011) memang sepatutnya umurnya 5 tahun...tapi sebab lahirnya hujung tahun (Disember) jadi umurnya masa mula2 masuk sekolah ialah 4 tahun.

Bayangkan kalau saya masukkan dia ke sekolah tahun 2010 (ikut tahun 4 tahun) tapi umur sebenarnya ialah 3 tahun...kesian...dahla badan kecik...umur pun kecik.
Dan lagi satu sebab...saya tengok anak yang ini sangat cepat pick up dan cepat pula bosan belajar benda sama lama-lama.

Hari ni kami datang ke sekolah untuk ambil Assesment Report yang terakhir sebelum Wifaq masuk darjah 1 tahun depan (2013).
Alhamdulillah Wifaq dah pun dapat surat tawaran darjah 1 di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) BBB.

Result Wifaq alhamdulillah maintain macam 1st Term jugak.

Berikut merupakan komen Teacher Hilal (guru kelas Wifaq):

"Keputusan Wifaq alhamdulillah overall excellent..maintain macam sebelum ni jugak. Sebab dia dah lama habis syllabus jadi kami pun tak tau nak ajar apa lagi except bagi latihan..."

"Nampak gaya Wifaq dah ready sangat dah nak masuk darjah 1...saya pun tumpang banggalah puan ada anak macam ni. Insya Allah dia boleh berjaya, saya doakan".


"Wifaq ni semua okay kecuali ada masalah sikap sikit. Masalahnya, bila kawan2 tak dapat  jawab soalan cikgu, dia nak tolong jawab. Suaranya kan nyaring...lama2 kelas jadi bising...tapi niat dia bagus nak tolong kawan" (huhu tebal muka mama Wifaq oii~masa ni terus panggil Wifaq and told him: "Wifaq meh sini mama nak cakap sket...kan mama dah pesan banyak kali dalam kelas kalau kawan tak dapat jawab biarkan je...lepas teacher habis mengajar baru boleh kalau nak ajar kawan2...nanti kelas jadi bising Wifaq ganggu orang lain belajar...."

"Puan dekat rumah memang bercakap Inggeris sepenuhnya ke?". Kami jawab: "Jarang sangat..kenapa ye?". Teacher macam terkejut sikit. "Oh yeke. Saya ingatkan memang Wifaq cakap Inggeris sepenuhnya kat rumah...sebab nampak dia memang boleh faham apa kita cakap, boleh bercakap dan boleh buat semua soalan dalam bahasa Inggeris...yelah budak memang dah pandai kan, sekali ajar je dia terus boleh tangkap".


*Masa ni dalam kepala terfikir, yang membuatkan Wifaq boleh pick up bahasa Inggeris dengan baik ialah exposure kot. Saya dan suami memang cuma sesekali berbual dalam bahasa Inggeris. Paling kerap pun anak2 dengar kami berbahasa Inggeris dengan baik ialah bila ke luar negara bercakap dengan bangsa asing...mungkin budak2 ni lihat dan dengar perbualan kami...dan catch up dari situ.

Selain tu, kami memang takde subscribe Playhouse Disney yang konon-kononnya boleh memberi anak2 pendedahan bahasa Inggeris dengan baik. In fact, kebanyakan kartun di'ban' dalam rumah kami kecuali kartun2 sopan macam Upin Ipin. Yang banyak adalah buku bahasa Inggeris macam Grolier dan Gogo's.

Lepas tu saya jawab lagi: "Rasanya dia mahir English banyak melalui pembacaan. Dia memang suka membaca dan buat latihan. Main computer games juga macam budak2 lain...tapi kami hadkan waktu sejam saja. (Selalunya dia sendiri akan stop bila masa dah cukup...dan takkan cuba melebihi had waktu yang ditetapkan...saya pun tak tau dari mana datangnya disiplin sebegitu rupa...). Tapi bila habis je main games...dia tetap akan cari buku latihan. Kalau tak main, dia akan duduk buat latihan sampai habis semua buku...dia akan suruh beli lagi...."


Lepas tu, kalau tengok TV...dia akan tengok rancangan TUTOR TV yang untuk UPSR, PMR dan SPM...dan selalunya dia memang boleh jawab dan cuba faham semua benda yang ditonton. Begitu juga rancangan Oh My English. Rasanya dari situ dia banyak belajar. *Kesimpulannya anak ini memang skema dan very the academic...hehe*

"Oh patutlah. Macam ada sorang lagi kawan dia nama Alaudin pun macam tu. Ayahnya memang selalu suruh buat latihan...dua orang ni, Wifaq dengan Alaudin memang terkedepan sangat berbanding budak2 lain. Buat kerja cepat, faham pun cepat...tapi si Wifaq ni lagi laju sebab dia yang pertama habis syllabus....".

(Waktu ni saya teringat kelakuan saya waktu mengandungkan Wifaq malah semua anak-anak. Tiap2 kali tengok insan2 berjaya kat kaca TV...atau wajah2 anak2 cemerlang SPM..saya mesti akan doa: "Ya Allah jadikanlah anak2 aku cemerlang dunia akhirat macam mereka2 ni...anak2 yang sukakan ilmu...amin". Agaknya Allah SWT sedang memakbulkan doa saya kot....

Lepas sekolah Wifaq kami pergi sekolah Rihaab pulak.

RIHAAB

Kisahnya Rihaab hanya masuk sekolah bulan Jun 2012. Dah tengah tahun baru masuk. Kes yang sama macam abangnya...sebab lahir hujung tahun...umurnya kecik dan badan pun kecik, maka mama tunggu besar sikit.

Walaupun baru 5 bulan sekolah...alhamdulillah Rihaab dah masuk Bacalah Anakku 3 dan boleh membaca sikit-sikit berbanding rakan2 sebaya yang masuk sejak awal tahun dan sekarang pun sedang membaca Bacalah Anakku 3. Sekarang umur Rihaab ialah 3 tahun setengah...kira oklah pencapaian kakak ni pada mata mama.

Komen Teacher Aqilah (guru kelas Rihaab):

"Rihaab ni pendiam sangat dalam kelas. Dekat rumah pun pendiam jugak ke...?". (Masalahnya tidak sama sekali. Kat rumah dia paling bising...ah tapi tiga2 pun memang bisinglah...rumah kami memang tak pernah senyap pun)

"Pencapaian Rihaab OK sangat ni. Baru 5 bulan dah masuk Bacalah Anakku 3...kawan2 yang lain pun masuk awal sekarang baca Anakku 3 jugak...".


"Rihaab nampak sangat kecenderungan dalam hal agama. Cuma sebab dia kecik lagi banyak lagi hafazan surah2 yang dia masih konfius dan bercampur2 antara surah" (memang pun...kadang2 baca ayat Kursi tercampur dengan surah lain...bolehlah kakak...tapi bacaan dalam solat kakak memang excellent la...memang dah boleh solat sepenuhnya)

"Al Barqy Rihaab OK. Dia memang dah kenal huruf..."


"Self Confident Rihaab agak kurang. Dia pendiam dan pemalu sangat dalam kelas tapi very polite. Mungkin puan kena bagi dorongan untuk dia jadi lebih berani...".
(Ya, mama pun akui berbanding abang dan adik, Rihaab agak pemalu sikit dan paling manja. Mungkin kesan dapat adik terlalu awal...dan mama sendiri tak sempat nak layan kakak dengan sempurna...kakak pun banyak duduk dengan bibik.

Macam kesal jugak bila fikirkan hal ni...masa mula2 terpregnen awal perkara inilah yang saya tak mahu sebenarnya....kalau boleh taknak mana2 anak terabai walau sedikit pun huhuhu...mama kena cover balik dan perbetulkan keadaan...beri lebih tumpuan pada kakak. Sebab tu masa mula2 dapat cuti belajar....mama usaha jaga kakak dengan tangan sendiri supaya kakak tak rasa diketepikan...alhamdulillah nampak OK je kakak sekarang kecuali kalau kat tempat2 baru memang kakak agak lama nak sesuaikan diri...)


"So far oklah untuk budak berusia 3 tahun lebih macam Rihaab..". 

Sebenarnya Rihaab boleh dikira advance juga sebab dia berjalan ketika usia 9 bulan dan bercakap jelas pada usia 1 tahun. Cuma...sebab diapit oleh si Wifaq dan Nehal yang terlebih advance maka nampak macam Rihaab ni slow...padahal kat sekolah dia cepat. Kesian jugak dekat Rihaab...

Patutlah bila mama beli supplemen untuk otak, encik suami dan Opahnya kata: "Kau nak beli supplemen otak buat apa? Anak2 kau semua dah terlebih bijak...si Tebi tu apa benda yang dia tak tau? Kalau nak bagi pun Rihaab sorang sudahlah..." 

Alhamdulillah. 
Kesimpulannya, saya sendiri kena segera tamatkan pengajian untuk bagi tumpuan pada anak2. Setiap malam kena cek dan mengadap anak2 ni belajar (walaupun kepala serabut dengan hal study sendiri...dan encik husband jarang di rumah).

Mencabar memang mencabar. Nak membesarkan anak2 macam2 benda kena korbankan. Duit, masa, tenaga.
Sebab anak2 ni semua amanah yang amatlah berat...

Sekarang barulah saya faham kenapa...bila ada anak2 yang berjaya dengan cemerlang, orang selalu berkata: "Sebenarnya emaknyalah yang berjaya" (tapi kalau gagal...orang akan salahkan ibunya jugak..............nauzubillah)

Sekian.


shana-alhana.blogspot.com
Tiga kanak-kanak tengah buat kerja beramai-ramai diselangi pergaduhan dan tangisan
shana-alhana.blogspot.com
Study sama-sama, main sama-sama, gaduh pun sama-sama