Solat subuh pagi ni bawak Rihaab (ketika ini berusia 3 tahun 2 bulan) dan pergi sama2 dengan Kak Nursiah.
Alhamdulillah anak dara saya tak buat hal mahupun meragam.
Elok aje dikejutkan seawal jam 4 pagi dan diajak ke Masjid Nabawi...sarung telekung, stokin dan berjalanlah kami berpimpin ke Masjid yang beberapa langkah je dari Hotel Elaf Taiba ni.
|
Subuh yang dingin |
Tapi cuaca pagi ni agak extreme ditambah angin kuat. Huiii sejukkkk...
Anak dara saya terbaring je kesejukan dan tak mampu nak berdiri untuk solat.
Kesian pulak dia.
Kami solat di luar saja harini sebab dah planning nak ambik gambar. Kalau bawak masuk takut kena tahan memandangkan DSLR ni yang besar gedabak dan tak boleh disembunyikan.
(di Masjid Nabawi tak boleh bawa masuk kamera)
Tebi dan Wifaq ikut baba solat di bahagian lelaki.
Macam biasa usai solat, macam2lah bebudak ni dapat...cekelat, gula2, air kotak....ada je yang bermurah hati nak bersedekah especially bila tengok kanak2.
|
Lepas solat Subuh lepak kat lobby. Peminat Rihaab duk snap gambar... |
|
Kakak dan adik (^_^) |
Petang ni dah nak bertolak ke
Mekah tapi baju belum siap packing lagi disebabkan keletihan semalam.
Tangan pulak dah mula pecah2 dan berdarah...asal terkena air jadi pedih maka bertambahlah malas nak mengemas.
Saya memang alergik dengan musim sejuk walau hakikatnya saya lahir pada musim sejuk! Sadis betul.
Encik suami kata biarkanlah nanti beliau kemaskan semua. (Terima kasih encik suami...(^_^)
Oh ye baru teringat, jubah yang di alter semalam sepatutnya siap selepas Subuh harini.
Tadi waktu nak pergi solat memang Madinatul Azya' belum bukak lagi.
Lagipun encik suami sudah janji mahu tolong ambilkan, jadi saya terus naik ke bilik untuk berkemas dan pergi breakfast.
Pagi ni kami pergi ziarah Masjid Quba' sekali lagi.
Mula2 tak faham jugak kenapa nak ziarah tempat sama dua kali.
Tapi bila teringat hadith ni, oooo now I get it. Nak dapatkan pahala ini rupanya:
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, maka ganjarannya sama dengan pahala ibadat Umrah."
(At Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad. Musnad Makkiyyin: 15414)
|
Baru dapat peluang bergambar sekeluarga...itupun Wifaq sorok muka (geram betul tgk teruna sorang ni) |
Maka saya pun tak lepaskan peluang nak dapatkan pahala umrah sekali lagi.
Pagi ni keadaan bertambah2 sejuk berbanding semalam.
Disebabkan tak tahan sejuk, maka saya minta encik suami belikan glove. Tiba2 rasa menyesal tak angkut semua gloves dan stokin wool yang elok tersimpan dalam almari back in Malaysia.
Semalam dah beli sweater, harini melengkapkan set pula huhuhu.
|
Entrance Holy Qur'an Printing Complex |
Lepas tu kami ke Holy Quran Printing Complex (Kompleks Percetakan Al-Qur'an) pulak.
Orang perempuan hanya boleh stay kat lobby dan tak dapat Al-Qur'an free. Kalau nak kene beli (sebab dia tau hal soping moping serahla kat kaum wanita hik hik)
Hanya kaum lelaki je boleh masuk dalam dan lihat proses pencetakan malah dapat senaskah free lagi.
Boleh pilih nak saiz besar ke...kecil ke...Wifaq dapat Muqaddam.
|
mesin-mesin cetak... |
Untung Wifaq dapat masuk dalam tengok bagaimana proses pembuatan Al-Qur'an yang selalu dibaca kat rumah dari A-Z.
Masa mama sebaya Wifaq hanya dapat pergi kilang cetak buku cerita aje (^_^) ikut rombongan sekolah Opah.
|
Wifaq @ Kilang cetak Al~Qur'an |
|
Wifaq dan Abang Amirul yang rajin melayan |
|
Jalur Pengunjung...bahasa Indonesia jugak di mana-mana |
|
Jemaah lelaki Yaskin Travel semua dah dapat Al-Qur'an free (^_^) |
Lepas dapat terus duduk baca kat lobby dengan suara yang kuat sampaikan makcik dari Indonesia yang duduk sebalah dia tanya: "Berapa umurnya? Bagus betul bacaannya mengikut tajwid...". (^_^)
Kak Nur yang kebetulan duduk sebelah Wifaq tolong jawabkan: "5 tahun" sambil bagi signal kat saya 'bagus bacaan budak ni'.
Alhamdulillah...
|
Bergambar depan potrer Raja Saudi (tapi tak sure yang mana satu tsk tsk) |
|
Keciknya dunia. Terjumpa kawan Kak Nur yang duduk di kejiranan sama dengan kami. Kat Malaysia tak pernah jumpa, kat sini baru terjumpa. |
|
Budak2 dah mula sibuk nak turun. Camnila gayanye kalau berjalan dengan bebudak ni |
|
Dah dapat Qur'an free. Moh balik ke hotel bersiap2 untuk ke Makkah pula. |
Lepas ziarah, bergegas balik hotel untuk solat Zohor.
Tak janji pun pergi dengan Kak Nur tapi alhamdulillah terjumpa jugak dalam ribuan orang tu.
Mula2 saya dan Rihaab dah elok duduk kat dalam masjid berdekatan pintu. Tapi disebabkan makcik2 Turki duduk menghimpit kami sampaikan saya nak duduk pun tak selesa....lepas tu siap dia angkut lagi geng2 dia, maka saya decide untuk mengalah dan cari tempat di luar je.
Lepas Solat Zuhur kami selesaikan Ziarah Wida'.
Sedih rasa hati nak mengucapkan selamat tinggal pada Rasulullah SAW.
Baginda walaupun wafatnya tetapi hakikatnya terus hidup dan beribadat di dalam kubur masing2.
Ya Rasulullah........doakan segala yang terbaik untuk kami sekeluarga ya!
Kami bakal merinduimu...berada di sini rasa lenyap segala masalah dan hal keduniaan......T________T
|
Bas menuju ke Makkah al-Mukarramah. Perasaanku bercampur aduk anatara masam manis pahit dan kelat (^_^) |
Kami bertolak ke Makkah jam 5 petang dan berhenti solat Maghrib kat R&R sekitar jam 7 malam.
Jam 7.27pm (waktu Saudi) bertolak ke Makkah al Mukarramah.
Mula2 tu planning malas nak pakai telekung since travel dengan anak2 kecik ni susah sikit tambah lagi Tebi masih lagi BF. Planning asal nak pakai tudung labuh je tapi since husband insisted jugak suruh pakai telekung saya ikutkan jelah.
Beliau kan dah berpuluh kali ke sini tentulah beliau lebih tahu buruk baiknya.
Maybe jugak nasihat tu berdasarkan pengalaman dengan jemaah lain sebelum ni. Jadi saya akur saja dan ambil telekung dalam beg.
Telekung pun telekung pinjam...hehe.
Telekung Siti Khadijah yang saya pinjam mama punya memang best sesuai dengan harganya yang beratus ringgit itu.
On the way ke Mekah, kami melalui kawasan elit (ala2 Bukit Bintang kalau kat Malaysia) kalau tak silap namanya As-Sultaniyyah (yeke ek..ingat2 lupa).
Macam2 butik dan kedai barangan branded ada di sini.
Kebanyakannya dari negara barat...hmm i wonder kenapa orang Arab pun sibuk2 nak agungkan jenama barat...
Antara penyumbang terbesar kekayaan barat sebenarnya orang2 Arab dan orang2 Islam sendiri.
Lepas tu dana tu digunakan untuk apa ye........? Lu pikirlah sendiri (^_^)
|
SUBWAY |
|
Brand Malaysia pun ada lah: BONIA |
|
Starbucks pun ada? hemmmm....*musykil* |
|
NEXT |
Kami
singgah bermiqat di Bir Ali, malangnya wudhuk saya terbatal akibat tersentuh
encik suami..adeii....satu hal nak p ambik wudhuk balik dahle bukan main ramai
manusia queue nak masuk toilet.
Sabar....ini
ujian kecik je ni, saya ingatkan diri.
|
Wifaq dah mula kelaparan. Pisang pun pisangla mama.....(^_^). 1st time pakai ihram sampai terkeluar2 kepala lutut hehehe |
|
Perjalanan masih jauh. Mula2 riuh makin lama makin sunyi... |
Perjalanan
ke Makkah ambil masa 7 jam menaiki bas (tapi rasanya 5 jam kami dah sampai Makkah).
Baru
kali inilah saya dapat menyaksikan encik suami bertugas menguruskan para jemaah
yang bermacam ragam.
Memang kena sabar tahap gaban (kalau saya boleh tak eh?)
Ini
baru umrah....kalau musim haji tak boleh nak imagine macam mana beliau melayan
kerenah 400-600 jemaah dalam satu masa.
(FYI,
encik suami saya bertugas sebagai Hajj Operation Manager bagi syarikat milik ayahanda mertua saya, Yaskin Travel and Tours setiap tahun).
What
can I say, nak bekerja begini memang memerlukan kesabaran yang super duper tinggi.
Patut
le encik suami saya selalu cool di rumah.
Melayan
kerenah 3 anak plus seorang isteri apalah sangat berbanding melayan kerenah
beratus jemaah.
Ada
yang sangat toleransi, sabar....tak kurang jugak yang cerewet, sombong...dan
macam2 perangai lagi.
Sepanjang
perjalanan takde apa yang nak dilihat.
Cuma
pemandangan padang pasir yang tandus...berdebu...dan sesekali ternampak bukit
dan ladang unta.
Terfikir
saya bagaimana Rasulullah SAW berhijrah dengan para sahabat menaiki
unta....dalam keadaan panas dan kering ini.
Sementelah
jarak dari Makkah ke Madinah bukanlah dekat.
|
Jauh lagi Makkah~beratus2 kilometer lagi...beginilah dahulu Rasulullah SAW berhijrah dengan menaiki unta dan berjalan kaki bersama para sahabat (insaf) |
|
Kenapa eh tulisan selawat kat signboard tu nampak bercahaya... |
Wifaq
kata: "Ma, jalannya kosong....takde apa2...". Ye memanglah begini
keadaannya bumi tempat lahirnya Islam.
Lahir
di tempat yang kering, tandus dan tidak berpenghuni tetapi berkembang luas ke
seluruh pelusuk dunia.
Ada
hikmahnya Allah SWT memilih tempat ini sebagai tapak munculnya cahaya bagi
seluruh alam
(tiba2
terbayang montage Al Quran The New Dawn yang melodinya sangat menyentuh
hati............. )
|
Dah rupa pakai towel dah... |
|
Semoga jadi anak soleh, berjaya dunia akhirat. Dan ahli ibadah juga. amin. |
|
Sambil2 baca buku doa dan zikir....Tebi pun tumpang baca sama |
|
Dah boring la tu... |
Kesian
juga tengok Wifaq pakai ihram. Itupun dah pakai yang saiz kecik (ihsan
pemberian Atuk Andak). Kadang2 hampir terburai tapi kagum tengok semangatnya
yang nak jugak berihram.
Mungkin
sebab tengok orang lain semuanya pakai ihram, dia pun excited.
Anak
teruna saya ni kalau bab2 ni memang dia excited nak cuba.
Bila
lapar, anak2 saya makan pisang yang ditapau dari hotel tadi.
Jam
7 pm kami singgah solat Maghrib dekat mana ntah.
Tapi............agak
sedih bila melihat keadaan RnR di sini....dhaif, kotor, berpasir...sampai
tempat solat pun penuh pasir...but still, alhamdulillah masih ada air....kenapa
ye govt Arab Saudi tak ambik berat perkara ni. Berjuta orang luar datang untuk
bersolat di tempat macam ini....
Negara
Islam sepatutnya jauh lebih bersih dan selesa...
|
Para jemaah encik suami yang ramah mesra semuanya dan rajin buat lawak juga |
Sepanjang
perjalanan tak boleh nak tidur dek kerana lenguh tangan memangku Tebi. Rihaab
pulak tdo kat seat sebelah.
Kaki
pun dah mula crammed sebab tak tau nak sangkut kat mana.
Saya
ni kecik, jadi bila naik bas selalu erba salah~nak juntai kaki ke lantai tak
sampai. Nak sangkut kat dinding jadi lenguh...huhu
Sepanjang
perjalanan, ada jugak jemaah yang hulur2 makanan termasuk cekedis.
Berderau
darah saya bila Ustaz Mat hulur kat anak2 saya.
Mujur
husband saya cepat2 jawab: "Budak2 ni tak makan benda2 ni...".
Phew
legaaaa..........saya memang jaga sangat pemakanan anak2 and junk food is a BIG
NO NO.
Tapi
saya tengok orang Arab ni makanan dan minuman ringan bersepah2 sana sini.
Cheetoz...Pepsi....etc
Mungkin
depa fikir nampak high class makan benda2 camni...tapi hakikatnya orang Barat
sendiri dah mula menjauhi makanan2 tak sihat ni.
Inilah
jadinya bila kemajuan tak seiring dengan pengetahuan dan pendidikan.
Bila
dah nak dekat dengan Makkah al Mukarramah, jalan mula sesak. Hon pun semakin
bingit tak macam kat Madinah.
Perasaan
waktu ni bercampur baur...tanyalah sape2 yang 1st time nak sampai Makkah.
Waktu
ni jam 10 malam.
Huu
cerah dan meriah betul kota Makkah..nampak menara jam dari jauh lagi...nampak
Masjidil Haram...Ya Allah nak nangis.....tapi belum nampak Kaabah. Yelah Kaabah
kan kat tengah2....tak boleh nampak dari jalan.
Husband
minta driver bas turunkan jemaah yang kat Hotel Al~Saraya Iman dulu tapi driver
dah tersilap paham dan dah tersalah masuk jalan.
Marah2
pulak driver ni....jadi kami turun dulu kat Hotel Al-Wafi Jadid.
Yang
duduk Hotel Al~Saraya Iman tu yang ambik pakej mahal sikit dan hotel lebih
dekat dengan Masjidil Haram.
Tapi
dekat2 pun 300 meter jugak jalan kaki. Lani takde dah hotel yang betul2 dekat
kecuali hotel yang harga ribu riban tu.
Jalan
naik ke hotel kami agak berbukit jadi terpaksa upah orang2 Yaman angkutkan
beg.
Kesian
jugak tengok depa kerah sepenuh tenaga angkut beg2 kami yang berat...sampai
senget2 badan depa pikul beg2, tapi dah camtu cara diorang cari rezeki...
Pendek
kata di Makkah ni, asal ada kudrat dan usaha untuk bekerja, Insya Allah ada
rezeki dan boleh teruskan kehidupan.
Takkan
ada orang mati kebuluran di sini, Insya Allah.
Paling2
kalau takde duit sangat nak beli air...ada ir zam-zam free yang Allah SWT bagi
untuk umat Islam dan mengalir sepanjang tahun.
Ajaib
kan? Maha Suci Allah untuk bumi penuh barakah ini.
Hotel
al Wafi ni agak ke belakang sikit dan kena mendaki bukit. Mula2 dalam hati cuak
jugak camne nak ke Masjid sorang2 kalau ada budak2 ni...hotel ni taklah dekat
sangat...Ya Allah permudahkan semua urusanku sepanjang di sini.
Bila
sampai di Makkah, janganlah kita duk mengeluh dan komplen itu ini. Apa jua yang
Allah takdirkan untuk kita, terima dengan redha dan lapang dada.
Inilah
tempat terbaik untuk mentarbiyah diri jadi manusia yang lebih baik...and
nowhere else in this world, believe me!
Lama
jugak nak tunggu check in sementara menunggu encik suami bertekak dulu dengan
pekerja2 Yaman tu.
Puncanya
rate upah angkut beg. Mula2 depa kata asyara riyal (10 riyal), dah sampai atas
lain pulak....
Kagum
jugak saya tengok encik suami bergaduh cakap Arab, sampai puak2 Yaman tu
terdiam.
Selama
ni tak pernah tengok cik abang gaduh dengan sape2 pun apatah lagi meninggikan
suara dengan saya dan anak2
Dalam
hati: "Terer jugak husband aku ni gaduh dalam bahasa Arab pulak lagi
tu...".
Dengan
Arab ni kadang2 kena pandai gaduh sikit kalau tak habis la kita kena ketuk.
Bilik
kami level 101 dan bilik kak Nur level 201. Tak dapat sama level sob sob.
Sebenarnya
dalam hati ni cuak memikirkan sesuatu...macam mana nak pergi tawaf malam ni eh?
Rihaab dan Tebi tidur ni...Ya Allah bantulah hambaMu ini.
Takkan
nak berihram sampai esok pagi...huhu
Sekali
tu...terus je Allah SWT selesaikan masalah dan kerisauan saya
Encik
suami beritahum adik ipar saya Khairudin dah datang dengan anak sulungnya Faris
dan diorang akan tengok2kan anak2 saya sementara saya pergi selesaikan umrah
pertama.
Ya
Allah! Syukur..............dah banyak Kau bantu dan permudahkan urusanku.
Banyak
sangat2...tak terkata...
Maka
pergilah saya menuju ke Masjidil Haram buat pertama kali dengan membawa anak
teruna saya si Wifaq. (ketika ini umur Wifaq 5 tahun 2 bulan)
Jam
menunjukkan pukul 12 malam.
Kami
jalan kaki ke masjid sama2 dengan jemaah Yaskin yang lain.
Makcik2
dan Pakcik2 semuanya, dan ada sorang kanak2 nama Amirul dalam 10-11 tahun gitu
yang jadi kawan Wifaq sepanjang berada di bumi Saudi ni.
|
Langkah kali pertama menuju Masjidil Haram. Masa ni asik terbayang2 (dan excited tak boleh nak cakap) macam mana rupa Kaabah bila tengok live? sikit lagi...sikit lagi...kat sana tu Kaabah...(^_^) |
Sebelum
pergi, husband bagi taklimat sikit dan minta para jemaah cam betul2 jalan
kembali ke hotel sebab kerap berlaku warga emas tersesat waktu nak kembali ke
hotel.
Makkah
agak panas tak macam Madinah.
Kain
ihram Wifaq saya tengok dah nak terburai setelah beberapa jam...kesian pulak
tengok...
Sebaik
je mata ni menatap Kaabah..........huuuuuu speechless....tak tau nak cakap
camne perasaan...walau hanya binaan kotak hitam 4 segi, tapi macam ada tarikan
untuk kita terus menatapnya...lagi2 di waktu malam, sangat cantik dilimpahi
cahaya lampu...
Di
sekeliling Kaabah, masih ramai orang bertawaf. takde tanda2 akan surut pun. Ada
yang bersolat...ada yang duduk saja menatap Kaabah...macam2 ragam manusia.
|
Alhamdulillah. Selesai tawaf 7 pusingan kali pertama....(^_^) |
Siang
atau malam sama je keadaannya.
Waktu
bertawaf, saya pegang kak Nur, Kak Nur pegang Abg Mi.
Wifaq
tawaf dengan Baba sambil pegang buku doa
Syukur
sangat anakanda saya dah boleh membaca kalimah2 Arab dengan baik jadi dia dah
boleh hayati sikit2 ibadah tawaf ni.
Itupun
sepanjang tawaf ramai la pulak orang nak snap gambar Wifaq pakai ihram.
Ada
yang sanggup berpatah balik semata2 nak snap gambar. kelakar betul. sah ke
tidak la tawaf tu siap patah2 balik....macam2...
|
Alhamdulillah selesai juga tawaf pertama Wifaq. Mama so proud of you, son. Walau letih digagahkan juga habiskan 7 pusingan sambil baca doa2 dalam buku doa. |
Selesai
je tawaf 7 pusingan, dapat solat sunat kat depan Multazam. Alhamdulillah.
Itupun sebab Kak Nur banyak ajar itu dan ini. Kak Nur dah pernah menunaikan haji pada 2008.
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami teman musafir yang baik.
Kalau nak tahu seseorang insan itu benar2 baik atau tidak, cubalah bermusafir dengannya.
Kadang2 manusia nampak baik di luar, tapi waktu bermusafir barulah kita nampak belangnya yang sebenar.
Semoga Allah SWT juga jadikan saya teman musafir yang baik buat orang lain, Insya Allah.
Entah
kenapa dalam hati ni tak putus2 berdoa agar semua ibadah diterima. Kadang2 kita
rasa kita buat dah betul, tapi mungkin ada kot celah2 mana yang kita tersilap
yang buat ibadah kita jadi cacat....tak boleh over confident sebab kita datang
sini bukan berbelanja seringgit dua...tapi beribu2 RM....
As
in my case, saya datang fully sponsored by husband lagilah kena ibadah betul2.
Kena betul2 jadi hamba yang bersyukur sebab Allah SWT dah sampaikan hajat saya nak jejak kaki ke bumi Haramain walaupun dalam keadaan saya tidak miliki wang simpanan yang mencukupi.
Maka nikmat Allah SWT yang mana lagi yang mahu saya dustakan? (Ibrah dari Surah Ar-Rahman)
Depan
Multazam saya berdoa sebanyak2nya. Segala hajat dan keinginan dilampiaskan di
sini.
Waktu ni macam tak percaya tengah menjejak kaki di dataran Kaabah.
Tempat yang juga pernah dijejak oleh baginda Rasulullah SWT kekasih Allah.
Lepas
solat, sambil minum air zam2 duduk kejap tengok Kaabah lepas tu pergi Saie.
Kagum
tengok Wifaq boleh habiskan saie 7 pusingan.
Sepanjang
saie dapat gula2, cekelat...air kotak oren....macam2 la...
Ada
sekali tu, ada orang berlari2 ke arah kami ingatkan kenapa rupanya nak bagi air
kotak dekat Wifaq.
Masuk
round ke-5, Wifaq mula nampak letih dan mengadu kaki penat tapi masih
bersemangat nak habiskan jugak 7 pusingan.
Tapi
jauh di sudut hati saya rasa tak sempurna je saie ni tak tau kenapa...next time
azam nak buat lagi khusyuk dan bersungguh....
Saya
tengok ada jugak yang saie sambil berjalan semata2 tanpa baca apa2 zikir.
Memang
tak salah tapi rugi yang teramat sangat.
Akhirnya
kami selesai mengerjakan umrah jam 3 pagi.
Alhamdulillah.
Umrah pertama saya. Umrah pertama Wifaq ketika berusia 5 tahun (^_^)
Balik
hotel naik teksi sebab kaki dah lenguh. Silap saya tak pakai stokin yang tebal
sikit.
Saya
tengok ada jemaah, Kak Ni namanya, siap bawak selapis lagi stokin tebal khas
untuk bertawaf dan bersaie. New lesson for me though.
Sampai
je hotel, Khairudin kata ada jugak Rihaab terbangun mintak susu tapi tak nangis
pun. Rihaab ni kadang2 kalau terjaga dan tengok mama takde mulalah dia.
Tebi pun alhamdulillah tidur lena.
Alhamdulillah...Allah
SWT dah susun segalanya dengan baik.
Kisahnya,
bertahun2 Khairudin (adik ipar suami) tak pernah balik Malaysia, tiba2 sebulan
lepas beliau balik dan bermalam di rumah kami. Jadi secara tak langsung, anak2
saya yang tak kenal Khairudin jadi kenal dan mesra....memang Allah nak mudahkan
urusan umrah kami...
Tiada
kata lain melainkan syukur!!! (^_^)
Alhamdulillah.
Selesai
umrah pertama..............
pssst.......:
Nanti saya sambung lagi dalam entry seterusnya ye! Terima kasih sudi baca.