Sunday, April 14, 2013

Shawl Suri by Saraya Zahret

Salam alayk.

Rasanya nak dekat beratus kali google tentang review shawl Suri by Saraya Zahret tapi tak ketemu.

Mungkin yang membeli tak kuasa nak review...dan yang rajin review pula tak terbeli.

Sebenarnya...

Dalam banyak2 jenis shawl di Malaysia ni, this range yang dinamakan Suri oleh Saraya Zahret yang betul2 memikat hati saya.

Malangnya kalau pergi ke butik...selalu je sold out. Harganya sehelai sekitar RM109++...

Menurut salesgirl, kaum wanita di Bangi ni bila tau je ada shawl Suri baru release diorang memang tak berkira2 berbelanja...kadang2 ada yang beli shawl saje nak mencecah RM satu ribu!!!

Apa yang saya suka ye tentang shawl Suri ni....(sebab dah banyak kali saya beli shawl dari company lain...takde yang sebest Suri...huhu)


Material~high quality chiffon........pakai pun tak panas. Sesuai la dengan harganya. Kalau ada yang komplen satu2 jenama jual tudung agak mahal...try pergi kedai kain, pilih sendiri material yang berkualiti...akhirnya anda akan dapati kalau buat sendiri pun lebih kurang harga kat kedai jugak...

Kombinasi warna~koleksi shawl Suri saya ada beberapa helai. To me kombinasi warnya memang menarik....cantik2 semuanya...


Labuh~yes ini yang paling penting when speaking about hijab. Mestilah labuh dan tidak jarang. Shawl Suri sangat labuh....malah ia adalah 2 layer shawl yang berlainan warna dan boleh diejas mengikut labuh yang kita mahu. Boleh pakai dua2 belah ikut mood anda hari itu...company lain ada juga keluarkan design 2 layer tapi labuh tak menepati piawaian saya iaitu mesti mencecah bawah pusat dan belakang mesti mencecah punggung....kalau setakat paras dada itu bukan labuh sebab bila kita mengangkat tangan atau bergerak still ternampak bahagian yang sepatutnya ditutup.......

Cutting~saya memang peminat halfmoon shawl...dan Suri ialah halfmoon shawl yang mudah digayakan.

Embellishment~shawl Suri disertakan sekali dengan pemberat...jadi bila pakai eloklah ia terletak dan tidak terbang2....(^_^)

Terpaksa buat review disebabkan ramai yang bertanya..........eh korang jangan la beli banyak2 tinggalkan saya sikit....hihu

Sekian Wassalam.

Ini adalah kombinasi Grey dan Yellow Green...dan ada piping Pink. Inner kaler sedondon tu daku beli di pasar malam dengan harga RM10 dapat 3.....hihi *siapa kata semua perlu mahal?*





No comments:

Post a Comment