Salam alaik.
The Compact Sewing and Embroidery Machine*pic from welcome.brother.com.* |
Rasanya macam dah benar-benar jadi golongan mak mak sejak ada sewing machine sendiri ni....(*_~)
Encik bos yang belikan...
Puncanya: asik duk tengok ada je parcel sampai ke rumah. Beli shawl lah, baju lah etc etc...semuanya berkaitan dengan fabrik. Last2 encik bos orderkan sewing machine dengan kawan beliau yang punya kedai kraf kat Bandar Baru Bangi. Hoho...
Sajalah tu kan. Lepas ni kalau rajin jugak beli barang online...bila tertengok je mesin jahit ni duk sengih, mesti akan rasa bersalah. Pandai jugak bos mem'psiko' isterinya ini.....
Akhirnya Selasa kelmarin, kami ke bank untuk ambik duit nak bayar mesin dan seterusnya ke kedai mesin untuk ambik barang.
Memula sampai, tokey kedai tu buat demo dulu. Nak ajar apa2 yang patut so that takdelah tersilap operate once nak guna.
What can I say about this model of sewing machine? Lepas je habis demo...husband cakap: Wah macam ni dia pun boleh menjahit. Because hampir semua mesin yang buat....kita hanya bagi arahan saje.
Lepas taruk benang kat tempat dia, takyah susah la nak jilat benang pastu tertunduk2 nak masukkan benang ke mata jarum....semua mesin boleh buatkan.
Senang cakap, dari proses nak masukkan benang sampailah nak gunting benang semua mesin buat. Kaki pun takyah guna untuk tekan dan control mesin...(walaupun dia masih bagi paddle untuk pijak...tapi tokey kata, rugilah beli mesin kalau masih nak guna padel kaki kan...). Semua boleh setting dengan button2 yang ada. Pendek kata...senang je nak guna mesin ni.
Lepas letak fabrik yang kita nak jahit...hanya pegang kain tu sikit2 je untuk adjust. Speed pun boleh set pada mesin, nak slow ke...nak medium speed ke...nak laju ke....
And semua arahan ada terpapar pada skrin. Kita hanya ikut je.
Model INNOV-IS ni sesuai untuk yang suka berkreatif dalam jahitan...suka buat sulam2 atau design yang comel2. Yet harganya masih mampu milik sekitar RM2k+ sikit. Tapi bila tengok harga asal kat website brother: RM4,299.
Betullah kot ni harga offer...I am not so sure...sebab saya ni selalu je prejudis. Kalau orang kata harga offer, dalam hati saya: Haa yelah tu offer...sekali tengok sampai bebila pun harga ni...silap2 boleh dapat lagi murah....:P
Kalau sekiranya pattern sulam yang kita nak takde...kita boleh design sendiri on the spot pada skrin sentuh (touch screen)...atau...boleh download dari internet, save pada pendrive dan upload ke mesin melalui USB port yang disediakan. Model yang ni hanya ada 1 je USB port. Kalau model yang lagi mahal...ada sampai 3 USB port....pueh hati betul...
Zaman lani sampaikan mesin jahit pun ada USB port...
Kalau anda tanya kenapa saya pilih model ini? senang je jawapannya. Sebab masa ni tengah offer heheh dan kebetulan masih dalam bajet kami. Dan lagi satu reason kukuh...kami kenal orang persendirian yang memang pakar dalam menservis mesin brother ni..jadi apa2 hal...senang.
Dan lagi satu sebab ia kompak dan ringan.
Lepas ambik mesin ni, tokey kedai kasi souvenir 10 benang sulam percuma. Saya boleh pilih la warna apa yang saya nak. Rupanya benang sulam ni ada benang special rupanya...ingat boleh belasah je benang biasa. Maka saya pun pilih la semua kaler pastel yang kiut miut...
Saya taklah expert sangat hal jahit menjahit...tetapi biasalah juga menjahit masa zaman anak dara dulu. Jahit kusyen, sarung kusyen, langsir....design sendiri wedding dress masa nak kahwin dulu....jahit manik pada wedding dress...
So agaknya melihatkan kebolehan isterinya ini, suami rasa amat rugi kalau bakat ini tak digilap semula. memandangkang pengajian PhD saya sudah di tahun akhir....lepas ni bolehlah bergiat aktif semula....
Orang pmpuan dengan mesin jahit ni....ibarat perasaan orang lelaki terhadap kereta dan motor dan gadjet. Tergedik2 dan excited....hehe
Tapi sementara nak habiskan study, danlah mesin ni berabuk dulu...
Ada cerita kelakar masa nak bayar mesin ni. Kami dh siap bawak cash cukup2. Tapi waktu nak bayar...husband kata pakai credit cardlah. Sebab kami ada credit card tapi tak pernah guna....teringinlah nak swipe CC kan. Tapi lepas swipe terus p bank bayar balik. hihihi....
reason being saya tak suka berhutang. Bila berhutang rasa stress memikir ada benda tak setel. Tetiap bulan dapat stetmen kosong je dari bank. mesti bank rasa ruginya ada pemegang CC macam kami....tak pernah guna langsung...
Seeloknya janganla diamalkan berhutang ni. Bila ada duit yang cukup baru beli barang yang kita nak. Kalau takde duit duduk diam2 dulu. Cukuplah kita hanya berhutang untuk benda2 besar yang tak dapat nak elak macam hutang study PTPTN, MARA...hutang kereta dan rumah...yang lain2 elakkan.
Bebas hutang, hati tenang.
Insya Allah.
#Masa nak balik, dapat pulak katalog untuk aksesori tambahan. Pergh meleleh ayaq liuq ni...kalau nak complete pakej ni mau berapa ribu lagi nak kena keluar. Takpe...kita himpun duit sikit-sikit....sekarang kome tau kenapa sampai lani aku masih takde gadget mahal2...dan takleh nak berwassap dengan aku. Duit aku habis ke benda2 seperti ini...
Sekian. Wassalam.
No comments:
Post a Comment