Tuesday, January 1, 2013

Tiba-tiba Wifaq Dah Darjah Satu!!!

Assalamualaikum.

Sebenarnya hati ni takdelah sangat nak mengupdate entry baru...tapi sayang takut terlupa memori ini.

Akhirnya anak sulung saya dah sekolah betul-betul.

Dua tiga hari sebelum Wifaq memulakan orientasi...hati ini gundah gulana. Tak tau kenapa. Rasa berserabut satu macam. Adakah perasaan ini normal bagi ibu bapa yang anak dia masuk darjah satu?

Dalam kepala memikirkan macam2 perkara terutamanya: sempatkah diri ini nak memantau pelajaran si anak? Dan dua lagi adik2 nya....plus diri sendiri masih belum tamat pengajian.


Alhamdulillah setelah menduduki ujian kelayakan, akhirnya anakanda Wifaq diterima dengan izin Allah SWT untuk masuk ke Sekolah Rendah Agama (Integrasi) Bandar Baru Bangi. Intake tahun 2013 ni, seramai 190 murid tahun satu diterima masuk.....dan senarai rayuan masih panjang lagi.

Hari Orientasi SRAI ialah pada 31 Disember 2012. Hari nilah kali pertama si Wifaq menyarung pakaian seragam sekolah....yang dipercayai tak lama akan kehilangan warna asalnya....(^_^).

Lepas tengok senarai nama pada pintu kelas, rupanya Wifaq masuk kelas 1 Benar. Nama guru kelas ialah Nurul Izzati (kata Wifaq selepas habis sesi orientasi harini...). Sementara anak2 ditinggalkan dalam kelas...ibu bapa kena pergi dengar taklimat dari Guru Besar.

Antara kata2 GB yang melekat dalam kepala saya: SRAI ni bukan nursery. Jadi niat parents hantar anak2 ke sini mesti betul iaitu nak berikan pendidikan agama yang sempurna, dan bukan semata2 niat nak memudahkan urusan emak ayah yang bekerja....hantar jam 7.30 pagi...petang jam 4 ambik. Bukan itu.

Sebabnya menurut GB, SRAI ni bukanlah sekolah kebangsaan yang dimasukkan silibus agama. Sebaliknya ia adalah sekolah agama yang dimasukkan silibus akademik sekolah kebangsaan...diintegrasikan sekali dalam satu sesi. 


Jadi jelasnya niat ibu bapa kena betul. Kebetulan, pada hari kejadian...saya perasan ada satu dua ibu bapa yang berpakaian agak kurang sesuai. GB jugak ada pesan, pendidikan di rumah mesti selari dengan pendidikan di sekolah..............antara parents dan guru kena ada teamwork.

Teamwork? Baiklah....sila simpan no HP guru kelas anak anda dalam henfon anda sekarang. 

Masa mula2 hantar Wifaq masuk kelas dan nak pilih tempat duduk...ada sorang budak lelaki duk sorang2 kat belakang. Wifaq pun duduk sebelah anak itu. Saya pun pesan, salam kawan tu dan tanya nama dia. Hehe macam kelakar pun ada tengok adegan budak2 ni berkenalan. Rupanya si Wifaq memang kenal anak itu...namanya Muhammad. Muhammad dulu sekolah di Al Fatih jugak tapi center lain dan deme pernah bertemu masa program (program? wah bunyi macam budak besar.....:P). Masa di Al Fatih memang banyak program luar yang Wifaq join....
Masa ni kawan sebelah keluar pergi cari mak ayah...

Lepas taklimat, agak lama jugaklah menanti giliran nak bayar yuran. Masa ini saya tengok wajah para ibu bapa. Masing2 datang dengan harapan, dengan pengorbanan masa dan wang ringgit. Syukurnya Allah beri peluang kepada kami untuk merasa pengalaman bergelar ibu dan bapa.

Masing2 datang dengan wang tunai untuk membayar yuran. Dari mana datang wang sebanyak itu? Ada yang datang dari keluarga mewah maka wang bukan masalah. Ada yang datang dari keluarga susah...makanya Allah SWT saje yang tahu bagaimana wang itu diusahakan. 

Tiba2 je, selepas 32 tahun hidup....akhirnya saya faham erti pengorbanan dan harapan seorang ibu dan seorang bapa. 

Dulu, masa emak nak mendaftarkan saya ke darjah satu di SK Klang, ayah masih belajar di Mesir dan belum pulang ke Malaysia. Maka emaklah seorang diri mengusahakan pendaftaran dan mencari beca untuk membawa saya ke sekolah setiap hari. 

Yang pasti kehadiran anak ke sekolah ini diiringi dengan doa dan harapan. 

Tarikh mula persekolahan bagi sesi 2013 ialah pada Rabu (2 Januari 2013). 

Hari ini seawal jam 5.30 pagi saya dah gerakkan si Wifaq untuk mandi dan bersiap. Budak ini memang excited nak sekolah agaknya. Dari semalam asyik memaksa mama telefon Teacher Zati nak tanya....buku2 latihan tu semua nak buat kat sekolah ke kat rumah? Walhal minggu orientasi lagi 2 minggu baru berakhir....

Minggu orientasi bukan hanya untuk anak2. Tapi jugak buat ibu bapa untuk membiasakan diri dengan rutin baru. Hakikatnya tahun 2013 ni menyaksikan anak2 saya semuanya di tempat baru: 

Wifaq di sekolah baru.
Rihaab di sekolah sama tapi berpindah ke center baru.
Nehal (Tebi) di sekolah baru sama dengan kakak....tapi di center berlainan.

Tak boleh nak imagine tiap pagi harus ke 3 arah berlainan menghantar anak2. Ye. Inilah namanya pengorbanan.

Oh ye. Semasa taklimat di SRAI baru2 ni, YDP PIBG ada memaklumkan bahawa bermula tahun 2012, lepasan SRAI dah layak masuk ke SBP. Alhamdulillah. Ini petanda saya telah membuat pilihan yang betul. Sebabnya WIfaq dapat tawaran dari sebuah lagi sekolah swasta tetapi atas alasan tertentu SRAI menjadi pilihan utama. Rezeki anak2 SRAI nampaknya.

Sebabnya, sebelum ni semacam ada diskriminasi sebab pelajar2 SRAI tak boleh masuk ke SBP walaupun result cemerlang dalam UPSR dan SPRA (yang telah dibuktikan setiap tahun....SRAI BBB antara yang terbaik di Selangor....). 

Masa datang sekolah hari pertama, waktu nak memilih tempat duduk saya pesan dengan si anak, pilihlah tempat duduk di hadapan. Sebab kalau duduk belakang...kita akan terkeluar dari lingkaran dan gelombang ilmu. Ini yang pensyarah saya ajar masa di Universiti sebab itu setiap kali lecture saya akan sentiasa memilih tempat duduk depan sekali....kerana sedar diri ini memang tak pandai mana.

Wifaq pulak kebetulannya bertubuh kecik...kalau duduk belakang tenggelam terus!

Masa mula2 masuk kelas...katanya dia nak jadi Ketua Kelas. Hmpphhh. Bercita2....tapi biarlah guru kelas yang memilih itu lebih baik daripada menaclonkan diri sendiri.....(^_^)

Apa pun, semoga kehadiran si anak ke sekolah bermula, berjalan dan berakhir dengan cemerlang...Insya Allah.

Sebelum terlupa, malam sebelum hari pertama sekolah, jenuh la mengisi buku Rekod Kesihatan Murid. Patutlah masa Wifaq baby dulu....Paed dok pesan jaga elok2 buku rekod imunisasi baby ni nanti sampai masuk sekolah nak guna. Paed pesan setelah melihat buku rekod si Wifaq agak lusuh...hehe...rupanya inilah sebabnya....

Pesanan kepada parents yang anak masih kecik: Jagalah rekod kesihatan baby anda sebaik  mungkin dan jangan skip imunisasi demi kesejahteraan masa hadapan. Duli BAYI, sekarang MURID...cepatnya anakku dah besar....saya pun makin tua....sobsss

Kisahnya lepas habis Orientasi, dengan baju2 sekolah bawak si Wifaq dan adiknya pergi UIA: sekolah mama....nak jumpa 'cikgu' mama pulak. Lepas hantar dokumen kat SV...eh eh tekak ngada2 la nak makan Korean Food....maka kami pun berusaha mencari restoran Korean Muslim kat area Sri Gombak yang dah dua kali saya terbaca dalam magazine....

Entry mengenai Korean Food saya sambung kat entry lain eh....

Til then....ma'assalamah!






4 comments:

  1. Salam kenal. kebetulan terbaca pasal brainy bunch di sini. anak puan di brainy bunch putra mahkota ke utk sesi 2013 ni? anak saya di sana juga

    ReplyDelete
  2. Wsalam. Untuk sesi 2013 anak saya dah dipindahkan ke sekolah lain untuk disekalikan dengan kakaknya. Duduk di BSP juga ye...(^_^)

    ReplyDelete
  3. aah sy penduduk BSP juga. sy dh bca entry akk pasal alfatih. utk makluman, kami mmg berminat hantar anak ke alfatih pada mulanya tp dsbbkan sy register feb 2012 jd tiada tempat kosong utk anak sy wktu itu. ada dpt pnggilan dari alfatih nov 2012 tp kbtulan waktu tu kami telah daftar ke BBIM. jd mungkin utk sesi akan datang sbb masih ada masa lg sbb anak kami baru 3thn sesi 2013 ni

    ReplyDelete
  4. ZERO VENDETTA: Insya Allah ada rezeki anak kita sama2 belajar di alfatih. Anak saya yg bongsu (setakat ini hehe) pun 3 tahun juga....(^_^)

    ReplyDelete