Monday, January 21, 2013

The Hero in Me

"It's not easy being a mother.  If it were easy, fathers would do it. " 

~From the television show The Golden Girls~

Kalaulah Tuhan tidak menjadikan saya seorang ibu, saya pun tak tahu yang saya mampu menjadi seorang hero(ine)! (^_^)

There are times when you cannot show the fear in you...especially in front of your kids!

Hari demi hari...tahun demi tahun....saya belajar bahawa satu lagi parenting lesson yang amat penting ialah: untuk menjadi ibu dan bapa, anda mesti berani! You cannot be a coward.

Berani dalam segala aspek. Berani dalam setiap tindakan yang anda ambil, tetapi tidaklah tergopoh gapah. Kerana setiap tindakan kita hari ini akan menjadi pelajaran yang besar buat anak2 yang memerhatikan setiap tindak tanduk kita melalui mata kecil mereka.

Saya masih ingat masa kecik2 dulu. Saya menghabiskan kebanyakan waktu dengan emak (saya panggil mama...tapi untuk tujuan penulisan blog, saya lebih gemar menggelarkan mama sebagai emak~well suka hatilah blog aku, bukan blog kau....hehehe)

Ada banyak situasi yang membuat saya sebagai anak kecil...memandang emak sebagai hero! Saya memandang emak sebagai orang yang berani. Sebagai insan yang...kalau beliau tidak wujud, saya tak tau apa akan jadi dengan diri saya sekarang...

Bila tiba masa anak saya nak masuk darjah 1, emak pun tak lokek bercerita pengalaman membesarkan saya. Emak kata, masa penghujung tahun 1985...ketika emak nak daftarkan saya ke TAKIS, Kg. Jawa, Kelang...emak bukanlah berani sangat pun. 

Masa itu umur emak ialah 25 tahun (muda kan? emak kahwin masa umur 18 tahun). Ayah (saya panggil baba...tp lebih suka menulisnya di sini sebagai 'ayah') masa itu masih di Mesir menghabiskan pelajaran dan emak balik dulu sebab dah tamat belajar dan dah dapat tawaran kerja. Ye, sebagai guru Bahasa Arab di Kolej Islam Kelang (KIK). 

Emak masih muda masa itu. Sebagai ibu muda, emak masih kurang pengalaman. Dalam berani tak berani, redah ke sekolah dan daftarkan saya ke tadika. Kemudian tahun depannya ke darjah 1 pula. Emak kata dia bukanlah jenis yang berani sangat....tetapi terpaksa nekad redah semuanya demi saya!

Habis sekolah saya akan transit di rumah Makcik Minah (kakak ayah di belakang Masjid Sultan Sulaiman Kelang) di mana saya menumpang makan dan mandi. Saya malu, tapi saya tau saya takde pilihan dan taknak susahkan hati emak. Mengenangkan bagaimana emak meminta bantuan kakak iparnya menjaga saya sementara emak bekerja pun sudah cukup membuat hati saya sebak. Tapi berkat suapan nasi Makcik Minah, saya membesar dan berjaya sampai ke hari ini...Makcik Minah memang insan yang baik dan sentiasa ikhlas.

*Rasa nak nangis la bila kenang2 balik semua ni....*

Saya tak boleh imagine bagaimana emak hadapi  semuanya membesarkan saya seorang diri sementara menanti ayah menamatkan pengajian di Mesir.

Ada beberapa peristiwa lagi yang menampakkan emak sebagai hero di mata saya.

Hari ini, mengenang kembali apa yang emak korbankan untuk saya...saya willing untuk berkorban untuk anak2. 

Situasi saya tak jauh beza dengan emak, except anak saya 3 orang...dan suami kerap tiada di tanah air kerana tugas dan mencari rezeki.

Asalnya saya bukanlah superwoman sangat. Tetapi keadaan memerlukan saya berani...dan sanggup berkorban demi anak2. 

Saya tak boleh dilihat lemah dan lembik oleh anak-anak. Sebab mereka mengharapkan saya~ibu mereka! Kalau bukan saya, siapa lagi?

Saya bersungguh menjaga kesihatan sebenarnya bukanlah demi diri sendiri tetapi lebih kepada untuk anak2. Kalau saya sakit, siapa yang akan jaga anak2 saya. 

Sejak jadi ibu, barulah saya tahu...menjadi ibu pun kadang2 perlu bertindak dan berlagak sebagai hero walaupun dalam hati cuak memikirkan pelbagai kemungkinan. Superman yang memakai seluar dalam bukanlah hero sebenarnya, ajarlah anak2 anda bahawa ibu lah hero sebenar dalam hati mereka (ketika ketiadaan bapa)!

Seorang hero perlu bijak mengawal situasi, mengawal diri sendiri, mengawal emosi (walau jiwa kacau dan sedih di dalam, silalah jangan tunjuk depan anak2).

Hari ini bila saya melangkah ke sekolah dan kelas si anak untuk menyelesaikan masalah 'pau mengepau' duit belanja sekolah beliau oleh rakan sekelas, saya bukannya datang dengan hati yang bulat.

Umpama sebiji epal yang sudah digigit sedikit, begitulah hati saya. Sedikit cuak, sedikit gabra...tapi saya tahu saya perlu bertindak demi kemaslahatan si anak. Saya bukannya jenis parent yang suka sangat menayang muka di sekolah anak. Kalau boleh biar invisible dan orang tak kenal, tapi anak dapat belajar dengan baik. 

Adakah kau ingat mak kau ni berani sangat? Sebenarnya mak kau ni pengecut jugak in certain situations. Tapi terpaksa belajar to overcome fears.

Kalau saya nak buat tak tahu, memang boleh. Tapi anak tentu akan memandang saya sebagai emak yang tak boleh di harap langsung. Yang tak boleh nak protect beliau ketika dilanda susah.

Sebab saya percaya, ikatan kekeluargaan hakikatnya terikat dengan janji ikrar bahawa we're gonna protect each other during hard times dan bukannya sekadar berkeluarga ketika masa2 senang saja.

Tapi...agaknya disebabkan emak kau orang ni hero sangat, sampaikan anak2 sikit2 'nak mama'...nak mama buat itu, nak mama buatkan ini, nak mandi dengan mama, nak mama suapkan....semuanya mama.

Hero pun akan mati satu hari nanti. Untuk itu, kau orang kenalah belajar berdikari dan menjaga diri sendiri dari sekarang. 

Sekian.

Camnilah rupa sebenar seorang super mom meheheheheh. *adrienhedger.com* 






No comments:

Post a Comment