Friday, January 25, 2013

Menepis Ego

Cuba baca dan fahami ini:
Sebuah perhubungan umpama sebatang kuku yang melekat pada sebatang jari. Apabila kuku semakin panjang...kita memotong kuku, dan bukannya jari. Begitu juga apabila salah faham merebak, hapuskanlah ego...dan bukannya perhubungan itu.

Bukan mudah oiii nak menghapuskan ego. Sebab ego dan diri manusia umpama adik beradik. 

Ego ni macam api. Apabila kecil, ia berguna. Tapi bila besar....boleh memusnahkan dan memakan diri. 

Terutamanya dalam perhubungan sehari-harian. Dengan rakan2, dengan pasangan, dengan saudara mara, dengan ahli keluarga. Kadang2 soal sape makan sape basuh pinggan pun sebenarnya melibatkan ego...

In fact dengan makcik cleaner yang kau lalu lalang depan dia setiap hari pun ada melibatkan ego. Kau ego kalau menyombong taknak senyum atau bagi salam langsung pada makcik cleaner...........

Baru-baru ini sedikit salah faham timbul.

Salah faham ini melibatkan situasi di pejabat yang melibatkan saya dengan insan atasan. Saya mendapat khabar dari pihak ketiga....khabar yang mengecewakan dan meremukkan hati.

Dua tiga hari saya berfikir dan melayan perasaan marah, berprasangka buruk. Akhirnya saya merasakan prasangka tak akan menyelesaikan apa-apa malah akan memburukkan keadaan sebab kita sering merasakan apa yang kita sangka itu betul tanpa duduk berbincang dan bertanya isu sebenar.

Ya. Dalam keadaan inilah biasanya sang syaitan memainkan peranan. Disimbahnya kita dengan minyak agar rasa marah lebih marak....dan akhirnya boleh memusnahkan hubungan yang dibina bertahun-tahun...hanya kerana isu kecil, yang... kalau dibawa berbincang akan selesai dengan baik, mudah dan tanpa memusnahkan apa-apa.

Tetapi hendak bersemuka dan bertanya isu sebenar menuntut kita meruntuhkan ego. Inilah bahagian paling sukar.

Adakah kita bersedia menerima apa jua kemungkinan jawapan dari pihak lagi satu? Adakah pihak sebelah sana mahu berdamai sepertimana kita mahu berdamai dan menyelesaikan masalah?

Di sinilah masalahnya. Adakalanya kita tak bersedia menerima feedback negatif dari orang lain....kerana manusia biasanya mahu mengawal keadaan, dan mahu setiap perkara berlaku mengikut kehendak kita.

Saya mengambil masa bertahun2 untuk jadi seperti hari ini. Hari di mana, saya punya ego....tapi ego itu saya letakkan di tangan dan bukan di hati. 

Gara2 terbaca salah satu topik di majalah Solusi yang berbicara mengenai hati. Hati Emas. Hati yang pemaaf. Hati yang jarang dimiliki oleh manusia tetapi tidak mustahil untuk diraih....dengan jalan mujahadah.

Mujahadah itulah bahagian paling sukar. Mujahadah itu pahit tapi hasilnya amat manis. Mujahadah pada saya....yang paling mudah mencapainya ialah dengan mengingati mati.

Hanya ingat, esok, lusa, atau sekejap lagi...kita mungkin tak bernyawa lagi. Hidup ini bukannya lama. Janganlah meletihkan diri dengan memikir keburukan orang dan menghitung kehendak kita yang belum tercapai.....sebaliknya fokuslah pada perkara apa yang belum kita lakukan.

Penatlah weh asik memikirkan silap orang pada kita....otak letih memikir, orang tu tetap tak berubah. Dan kita pun menimbun dosa.

Jika sekarang kita belum memaafkan sesiapa, maafkanlah...............kerana kalaulah seminit selepas itu ditakdirkan kita pergi, kemaafan itu boleh menjadi markah tambahan di saat2 akhir 'ujian' kehidupan.

Serupalah macam di dewan exam. Bila ketua pengawas announce...'Masa yang anda ada hanya tinggal 5 minit. Sila habiskan perenggan terakhir anda....". Biasanya last minute itulah macam2 idea timbul, macam2 jawapan bernas lagi kita nak tuliskan supaya dapat mengutip markah sebanyak mungkin..............malangnya tidak sempat! 

Bezanya di dewan exam, kita tahu bila masa akan berakhir. Tapi dalam kehidupan? Allah sengaja tak beritahu bila kita akan dijemputNya...supaya kita sentiasa bersedia....dan mengumpul pahala sebanyak mungkin hatta dengan cara yang paling simple.

Nak memaafkan orang dan mengetepikan ego memang susah. Susah gile aku cakap dengan kau. Tapi benda itu bukannya mustahil....

Oleh itu baru2 ini, satu masalah saya dapat diselesaikan dengan bersemuka, berbincang dan berdiskusi. Saya amat terperanjat yang hasilnya sangat baik dan menakjubkan. Tiba2 hati saya terasa lapang............dan segala masalah lain pun terasa selesai.

Saya rasa masa ini syaitan mesti menangis tergolek2 meraung2....

Saya masih belajar dan masih berusaha menampal cacat cela pada diri. Sekarang usia dah menjangkau 30-an dan saya tak pasti berapa banyak lagi sisa umur yang Allah beri. 

Ego ni macam habuk yang melekat di mata (atau cermin mata..kalau anda kategori rabun macam saya (^_^). Tanpa membersihkan habuk tersebut, kita takkan dapat melihat dengan jelas akan kebenaran. Maka, sapulah habuk itu....dan lihatlah dunia dari lensa yang bersih dan jernih.

Sekian. 

jangan gelak aaaaa






2 comments: