Wednesday, January 2, 2013

Spring Potato: The Korean Muslim Restaurant

Kisah ini terjadi pada hari terakhir tahun 2012 iaitu 31 Disember 2012.

Menutup tirai 2012 dengan makan di Restoran Korean Muslim. Tak berniat pun nak ke sini. Kebetulan berada sekitar sini lepas jumpa SV di UIA....lepas habis orientasi darjah satu Wifaq. 

Menjelang tengahari perut mulalah terasa lapar...lepas tu teringat semalam ada terbaca dalam paper Ahad pasal restoran Korean Muslim di area Sri Gombak. Nama restoran ni ialah: Spring Potato (namanya tak menggambarkan restoran Korea pun kan...:P)

Masa mencari ni, blur dan tak tahu arah langsung sebab takde simpan alamat. Kebetulan masa belajar UIA dulu husband agak biasa dengan area ni maka kami pakat redah je dalam keadaan perut berbunyi-bunyi.

Ni entah kenapa la pulak nak makan makanan Korea...walhal masa kat Korea dulu kami bukan boleh telan sangat pun especially Kimchi. Cium je bau dia...uweek...rasa nak terkeluar isi perut sebab pada hidung saya baunya macam ala2 hanyir....tak taulah pada hidung orang lain.

Dalam mencari2 tu, husband SMS staff dia kat opis mintak googlekan alamat. Di waktu2 beginilah terasa macam perlunya smartphone yang ada internet....hehe. Tak lama lepas tu staf pun SMS kan alamat. Kebetulan kami memang dah berada di jalan yang benar betul...........

Jalan depan sikit, tada....terus jumpa.

Restoran Spring Potato ni patut lokasinya ke depan sikit kot. Tempat ni macam agak ke dalam dan terpencil. Mungkin sewa murah.

Seingat saya, kali pertama baca kat surat khabar pasal restoran ni...kalau tak silap....ownernya wanita Melayu Islam...dan suaminya lelaki Korea Islam. 

Memang Islamik sungguhla sebab dari mula kami melangkah masuk yang kedengaran hanya alunan ayat Al-Qur'an. Sambil makan sambil dengar kalimah2 suci....best betul. Siapa kata asal Korea je mesti nak kaitkan dengan K-Pop? Kat Korea pun Islam tengah pesat berkembang sekarang....

Suasana kat dalam
Tak besar sangat pun restoran ni tapi agak ramai jugak harini. Restoran ni sebenarnya taklah mengkhususkan kepada makanan Korea semata2....ada jugak Menu Melayu dan Western sebab orang Melayu bukan semua boleh telan makanan Korea.

Menu Korea pun agak terhad....mungkin owner dah boleh agak apa yang sesuai dan tak sesuai dengan tekak orang Melayu. Walaupun terhad, tapi masakannya sedap. 

Lepas belek2 menu....akhirnya kami decide nak order set Bulgogi (stir fried black pepper beef with vegies). Dalam set ni dah ada Kimchi sekali. Kalau ada nasi kaler biru (macam yang asli di Korea) lagi bagus. Rupa dia macam ala2 nasi lemuni...makan pulak dalam bekas steel....dengan sudu dan chopstick steel barulah feel hehe....takpe owner restoran boleh upgrade kemudian.
Menu terhad tapi sedap. Maybe boleh tambah lagi nanti. Ada: Bibimbap, Kalguksu, Bulgogi, Jajang-Myeon, Sundubu-Jigae dan Jab-Chae.
Masa makanan sampai....kami mintak chosptick. Hehe ngada2 betul. Agaknya depa tak kasi chosptick sebab kebanyakan orang melayu tak pandai makan nasi dengan chopstick. Nasi Korea ni agak melekit sikit so boleh kepit dengan chopstick dan cepat kenyang maka cepatlah mata menjadi layu....(hasilnya masa naik kereta lepas makan kami semua tersengguk2....adui....)
Our Bulgogi set. Tak cukup la nasik...kena tambah lagi satu mangkuk...*kuat  makan*

Harini, kali pertama dalam sejarah...saya dah boleh makan Kimchi!!! Saya tanya....kenapa KImchi kat sini sedap pulak eh? Masa kat Korea saya tak boleh makan pun. Kimchi kat sini langsung takde hanyir....dan boleh makan camtu sajalah. Menurut pekerja restoran, diorang buat sendiri Kimchi ni. Terbaiklah...
At last I can telan Kimchi! Yipeee
Bulgogi sedap. Kimchi pun sedap. Next time nak try Sundubu Jigae pulak! Dalam pada tu, terliur pulak tengok Asam Pedas, maka orderlah Asam Pedas. Sedap jugak nasi Korea makan dengan Asam Podeh...kalau dah tekak Melayu tu, tekak Melayulah jugak kan.

Ada satu lagi menu yang takde ialah telur dadar ala Korea...rupa dia lain sikit dr telur dadar di Malaysia tapi amat sedap dan banyak sayur.

Harap restoran ni boleh pindah ke tempat lebih terbuka dan lebih besar satu hari nanti, Insya Allah. Pleaselah bukan branch kat Bangi atau Shah Alam...atau kat depan rumah saya jelah habis cerita. Hihihi.

Til then. Ma'assalamah.

1 comment:

  1. terbaiklah restorent spring potato mmg sdap sgt2

    ReplyDelete