Monday, December 17, 2012

Teruskan Pelayaran Hingga Bertemu Daratan!!!

"In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure"
                                                      
    ~Bill Cosby~

Ada kisah lepas jumpa SV dan Co-SV last week.
Dengan ketibaan Disember, mulanya saya dah nampak harapan nak submit thesis. Saya bermimpi pelayaran saya sudah hampir ke daratan. Tapi lepas jumpa Co-SV, rupa2nya beliau mahu saya kecilkan skop research. Saya dah 80% hampir siap dan beliau mahu saya kecilkan skop...

Bererti, saya perlu rombak semula dari awal....dan kaji secara in depth salah satu chapter dalam kajian ini. Alhamdulillah Allah SWT beri saya fikiran yang rasional. Saya berbincang dgn beliau dan hargai segala pendapat beliau, dan saya kata saya akan study dulu sebelum berkata Yes or No dan tidak terus menolak.
Kalau saya kata Yes, bererti: rombak dari awal, lambat siap dan belum ada sesiapa pernah melakukan kajian ini di Malaysia. Kalau saya kata: No...saya boleh siap awal, tetapi saya mungkin berdegil dengan ilmu yang sedikit sedangkan ilmu beliau lebih banyak dan akan meletakkan situasi bahaya ketika viva.
Hingga ke hari ini, saya menerima semua ini dengan positif. Berjuanglah Shana' hingga ke titisan darah terakhir, menangislah tapi bangkit semula. Tegakkan semula layar....dan mendayunglah walau perlahan hingga tiba ke daratan.
Kadangkala perkara yang tidak kita ingini itulah yang terbaik buat kita. Kadang2 orang lebih nampak perkara yang kita tak nampak.

Jangan mengalah kerana masalah, fokus kepada peluang yang datang bersama masalah itu.

Kejayaan memang tidak datang dengan mudah.
Think Positive, Shana'...think positive (^_^)

Wahai encik semut, kau jangan banyak cakap. Angkat daun tak sama dengan buat PhD tskk


No comments:

Post a Comment