Monday, January 7, 2013

Kindie Hunting Part II: Al Fatih Integrated Preschool Bandar Seri Putra

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih di awal tahun 2013. 

Tahun baru, rutin pun baru.

Entry kali ini sebenarnya ingin menjelaskan kepada rakan2 yang sudi menjenguk blog ini serba sedikit mengenai taska yang anak saya hadiri tahun ini.

Buat rakan2 yang bertanya, mengenai Brainy Bunch sebelum ini...mulai sesi 2013 ni anak2 saya si kakak dan si adik dah pun dipindahkan ke taska Al Fatih Integrated Preschool, Bandar Seri Putra.

Saya pun baru terperasan saya belum pernah beri review secara khusus mengenai Al Fatih Integrated Preschool ni sedangkan anak sulung saya dah masuk darjah satu pun (bekas pelajar Al fatih sekarang belajar di SRAI Bandar Baru Bangi)...dan adik2nya semua dah dipindahkan ke sini.

Sebenarnya sejak awal, pilihan hati nombor satu saya di BSP ni ialah Al Fatih. Kenapa? Ada banyak alasan.

Dari feedback kawan2 yang pernah menghantar anak ke sini, graduan Al Fatih ni boleh dikatakan berkualiti. Punca utama ialah modulnya yang amat...amat...amat bagus (saya berani berkata begini kerana anak saya dah 3 orang di sini...pernah ke sekolah lain sebelum ini maka saya boleh buat sedikit perbandingan).

Berbanding Taska Islamik lain di kawasan ini (perhatian: perbandingan ini saya buat hasil survey taska lain di kawasan ini sahaja ye....di kawasan lain saya tak buat research tau....), modul Al Fatih adalah terbaik setakat ini. Malah, Al Fatih mendapat ranking no.1 di BSP dan Bukti Mahkota....hingga memaksa pemiliknya, Teacher Iman membuka 3 lagi cawangan baru bagi sesi 2013 di sebabkan permintaan yang amat tinggi.

Boleh kata...sekali hantar, pasti mahu lagi (melampau...hehe). Tapi nak masuk sekolah Al Fatih ni bukanlah mudah. Namun once sorang anak dah masuk, Al Fatih akan beri keutamaan kepada adik2 kepada pelajar sedia ada dahulu barulah orang lain....ini untuk memudahkan parents meninggalkan anak2 di satu tempat saja.

Seorang sahabat saya merayu sejak awal tahun 2012, akhir tahun baru dapat jawapan dan alhamdulillah anak2 dapat juga masuk ke sini. Jiran sebelah saya pulak, terpaksa menggunakan kabel si Wifaq untuk dapat tempat di Al Fatih....imagine that...so kalau bercadang nak masukkan anak ke sini sebelum awal tahun (sekitar bulan 11 dan 12) dan kena pergi ambil borang...

Main reason anak2 saya masuk ke BBIM sebelum ni ialah...sebab kuota di Al Fatih dah full sangat. Jadi sementara nak tunggu Al Fatih...saya hantar ke BBIM disebabkan modul yang hampir serupa except ada beberapa aspek yang lebih sedikit di Al Fatih ni, apa pun setiap taska ada lebih dan kurang di mana2, terpulang kepada apa yang kita hendak dalam membuat pilihan kan....

Review saya mengenai Al Fatih ialah:

1) Yuran: Yurannya ialah RM350 sebulan termasuk daycare...agak murah berbanding Taska Islamik lain yang wujud ketika saya membuat survey tahun lepas. 

2) Modul di Al Fatih. Penekanan roh Islam dalam diri anak2 ni menjadi...contohnya dalam bulan Ramadhan, mula2 ada aktiviti countdown untuk ingatkan anak2 ni tentang bulan Ramadhan. Lepas tu, bila masuk je Ramadhan...sapa yang berjaya puasa penuh termasuk hari cuti (yang ni perlukan kerjasama parents) akan diberi badge 'Ramadhan Heroes' (boleh jenguk entry sebelum2 ni bertajuk Wifaq the Ramadhan Heroes dalam tag Parenting-lah Sangat....ni kes malas nak link la ni..huhuh). Lepas tu bila berjaya puasa...akan diraikan macam pengantin siap bunga manggar bagi yang jadi Ramadhan Heroes ni...so yang tak berjaya puasa penuh, taun depannya mesti akan usaha nak dapat badge tu....menjelang usia 6 tahun biasa anak2 ni memang dah ready nak puasa penuh..


Anak saya pun sama. Masa umur 4 tahun, dia tak berjaya puasa penuh...tapi bila tengok abang dan kawan2nya berjaya dan diraikan macam pengantin...dia azam nak puasa penuh next year....bagus kan pendekatan teachers di Al Fatih ni.


Lepas tu, seingat saya jarang2 taska mengadakan outdoor activity dan activity charity dan kemasyarakatan...tapi di Al fatih ni memang kerap. So, anak2 ni dah dibiasakan dengan kerja2 amal...dan biasa bersosial dan bekerja dalam teamwork. Antara aktiviti yang ada saban tahun ialah Young Khalifah Camp (boleh tengok entry sebelum ni di mana si Wifaq dan grupnya dilatih untuk approach the public dan explainkan mengenai risalah korban...imagine budak2 6 tahun dah biasa berjumpa public....)

Dalam cuti sekolah pun biasanya ada camp macam School Holiday Camp. Biasanya si Wifaq akan insist nak join program2 ni sebab seronok pergi sekolah....kalau boleh hari Ahad pun nak sekolah jugak...

Ada banyak lagi camping yang dianjurkan oleh Al Fatih yang membuatkan anak2 ni sentiasa excited nak follow program. Bila dah dibiaskaan berprogram, anak2 ni akan jadi Muslim yang aktif dalam kerja2 kebajikan dan dakwan. 

Al Fatih jugak selalu join venture dengan the Charity Shoppe esp pada bulan Ramadhan. Paling best, tiap kali menjelang Ramadhan, anak2 ni akan ada tabung sendiri dan kutip sendiri derma dari saudara mara dan kenalan dan serahkan sendiri hasil kutipan pada fakir miskin. Malah, ada jugak lawatan ke rumah anak yatim dan fakir miskin untuk menyerahkan sumbangan....memang seronok budak2 ni join aktiviti macam ni.

Dan banyak lagilah outdoor aktiviti...boleh refer entry2 sebelum ni yang saya tag sebagai: Wifaq dan juga Parenting-lah Sangat

Di Facebook saya selalu update aktiviti anak2 saya di Al Fatih....maka ramailah yang bertanya kenapa Al Fatih takde cawangan di tempat lain. Pada saya, setakat ni di Malaysia modul dan pendekatan Al Fatih ni memang terbaik. Tapi saya faham...Teacher Iman belum ready nak buka cawangan jauh2 sebab beliau nak pantau sendiri perjalanan taska ni....sebab biasanya bila dah franchise kualiti akan terencat sedikit.

Kebiasaannya di Al fatih, setakat ni tak ada lagilah anak2 yang grad dari sini dalam keadaan belum boleh membaca, mengira dan mengaji. Setakat inilah ye....

Teachers di sini pun biasanya baik2, aurat terjaga dan kenal setiap anak2 dan parents anak2 ni. Kebanyakan kami parents yang dah hantar anak ke sini akan rasa nak hantar anak seterusnya ke sini lagi.

Apa pun, jangan mengharapkan kesempurnaan dalam segala hal. Takde taska yang sempurna di dunia ni tapi pilihlah yang terbaik sesuai kehendak kita...dan boleh memberikan impak kepada kehidupan anak2 kita. 

Setakat ni saya berpuas hati dengan Al Fatih....dah 3 orang anak saya di sini dan saya rasa modulnya berjaya impart nilai2 Islamik dalam diri anak2 dengan baik.

Sistem pembelajaran di sini ialah individual meaning, anak2 akan dinilai mengikut pencapaian individu dan tidak dipaksa untuk sama cepat dengan rakan yang lebih advance...atau anak itu memang advance, maka dia akan dibiarkan advance untuk gilap the potential.

Apa yang saya suka sekali...yang saya perasan....(juga komen dari parents lain), waktu bermain2 mesti akan terkeluar zikir2 atau doa2 dari mulut anak2 ni...instead menyanyi lagu bukan2.....sejuknya lah hati melihatkan perkembangan anak2 ni...

Di BSP ni saja, cawangan Al Fatih ada 4 buah. 3 Taska dan 1 Taska Tunas (playschool). Dan di Bukit Mahkota baru dibuka 2 cawangan: 1 Taska dan 1 Taska Tunas. 

Untuk tahun lepas, walaupun anak2 saya Wifaq dan Rihaab diletakkan di center berlainan...tapi ada van yang membawa anak2 ni untuk disekalikan di satu center...jadi memudahkan parents nak ambil pada waktu petang.

Tahun ni pulak, Teacher Iman arrange supaya Rihaab dan Nehal di letakkan di center berdekatan untuk memudahkan parents....saya sangat terharu dengan rasa prihatin owner Al Fatih yang akan usaha memudahkan urusan ibu bapa. 

Untuk itu, saya mendoakan Teacher Iman and team Al Fatih di Bandar Sri Putra akan terus maju dan menambah cawangan ke seluruh Malaysia satu hari nanti...

Kesimpulannya kalau ada next baby....Insya Allah saya akan hantar ke Al Fatih juga.

Untuk maklumat lanjut boleh tengok web Al Fatih  di SINI dan juga Facebook Al Fatih di Al Fatih Integrated Preschool.

Gambar pinjam dari Facebook Al Fatih (^_^). Salah satu center Al Fatih di BSP. Kelebihannya ialah while kebanyakan Taska baru di BSP semua dalam shoplot, Al Fatih masih kekal dalam kawasan perumahan dan berdekatan juga dengan padang permainan so that anak2 boleh ada aktiviti luar. Si Kecik Nehal pun seronok dengan sekolah baru ni sebab boleh bermain di luar dan bernafas bebas




4 comments:

  1. alhamdulillah...(^_^) ada tempat untuk budak2 ni belari dan bermain

    ReplyDelete
  2. Assalam shana... Seronok baca blog awak. Saya dpt rasakan ada kesamaan kita dua. Boleh kita jadi kawan? Saya tinggal di SP5. Boleh panggil Olin.
    Http://rozailin-rahman.blogspot.com
    FB: rozailin rahman
    Whatsapp : 0193334454.

    ReplyDelete
  3. Olin...terima kasih. Agaknya kita pernah terserempak di mana2 kan. Kalau terjumpa silalah bertegur sapa...

    ReplyDelete