Day 4: 20 Februari, Isnin (Day 3 @ Madinah)
Dahpun masuk hari ke3 di Madinah Kota Yang Bercahaya.
Husband kata plan harini nak pergi ziarah sekitar kota Madinah. Berkumpul di perkarangan hotel jam 7 pagi lepas breakfast.
Breakfast menu Melayu. |
Pagi di Madinah. View from dining area. Nampak sangat aku ni ke sana ke mari duk angkut DSLR. |
Namun faham-faham sajalah kami dengan anak kecil 3 orang ni...lepas breakfast turun balik ke bilik untuk ambil 'bekalan'.
Segala makanan, minuman dan diapers nak kena angkut juga.
Alang2 dah masuk bilik...ada lah yg ambik kesempatan masuk toilet dulu.
Waktu husband dalam toilet...pintu kami diketuk orang.
Rupanya kenalan en.suami berbangsa Arab yang in charge bahagian pengangkutan datang bagitau bas dah sampai...
Saya faham dengan baik kata-kata beliau..bererti bahasa Arab saya masih OK.
Tapi yang jadi masalah time nak reply....lambat dan tersangkut-sangkut
Rasa nak hantuk kepala kat dinding sebab rasa kesal sangat ilmu yang pernah dimiliki makin pudar disebabkan jarang diamalkan.........rugi kan?
Belajar bahasa Arab dari sekolah rendah kemudian di sekolah menengah dan masuk Universiti pun even ambik Law still terpaksa mengadap kitab2 Arab macam Fiqhul Islami Wa Adillatuh....
Tapi akhirnya...en.suami yg waktu di UIA ambil Engineering (langsung tak ada kena mengena dengan bahasa Arab) lebih fasih bertutur daripada saya...Geram!
I have to do something to gilap balik my Arabic speaking ability.
Sementara tunggu bas depan hotel, saya tengok ada satu bas dah penuh dgn jemaah dari Turki.
Yang kelakarnya...tapi ada satu makcik sanggup turun balik semata-mata nak ambik gambar anakanak saya
Agaknya lama dah orang2 dalam bas tu perati gelagat kami kat depan hotel tu especially anak2 saya yang macam2 kerenahnya.
Maybe sebab nampak kiut je tengok si Wifaq berjubah berkupiah berblazer...dan anak dara dua org tu bertudung.
Lagipun tudung awning Malaysia kan stylo compared to Turki punya design.
Sebenarnya saya dah berwudhuk siap2 sebelum keluar hotel. Tapi terbatal dalam perjalanan dek kerana tersentuh tangan si suami. Adui.
Since dah trbatal wudhuk dan orang bukan main ramai...saya tak plan la nak meneruskan niat untuk solat sunat. Deretan bas jemaah Turki |
Tok Mi dan Mak Tok pun duduk depan jugak..senang nak ambik gambar |
Mak Tok duk layan budak2. Tengok tudung Tebi jadi besar sebab dh ada topi kt dalam dia nak pakai tudung kt luar |
Kids with Tok Mi dan Mak Tok..jiran merangkap travel partner :) |
Apa-apalah janji aku kenyang!
Ziarah Masjid Quba
Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina oleh orang Rasulullah SAW. Terletak di Kota madinah kira-kira dua batu dari Masjid Nabawi.
Masjid ini diasaskan oleh Rasulullah SAW sebelum Baginda tiba di Madinah selepas berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh para sahabat Rasulullah SAW.
Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Rasulullah SAW biasanya akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali RA di sini.
Semasa hayatnya, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.
Kisahnya, Rasulullah SAW sering menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Adakalanya baginda pergi pada hari Isnin.
Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
Telah diriwayatkan juga bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. Untuk bacaan lanjut, sila lihat sini
|
To Qubaa Street (Syari' Qubaa'). Di sebelah kanan ialah Ali Bin Abi Talib Road |
Tebi tidur. Kakak Rihaab posing @ Masjid Qubaa' |
Tapi en.husband insisted suruh solat jugak.
Since beliau yang sponsor saya sampai ke sini saya turutkan la jugak...walaupun malasnya nak bersesak2 ambik wudhuk balik.
Namun mengenangkan berkat ikut perintah suami, saya pegilah jugak bawak Rihaab sekali.
Selesai solat tahiyyatul masjid dan solat sunat Dhuha..saya keluar dan pergi dekat tempat husband dan anak2 tunggu.
Entah kenapa...en.suami jalan laju teramat hinggakan saya tak terkejar. Selesai solat tahiyyatul masjid dan solat sunat Dhuha..saya keluar dan pergi dekat tempat husband dan anak2 tunggu.
Wifaq dan Rihaab berpaut pada saya menongkah arus orang ramai datang dari arah depan.
Sampai satu simpang saya dah confuse tak tau mana nak pergi.
Dalam hati rasa nak marah jugak. Tapi saya diamkan saja.
Saya tak pasti suami masuk ke ruang solat lelaki...atau ke kiri atau ke kanan?
Jadi saya ambik keputusan tunggu je tengah-tengah dekat tiang. Tunggu sampai husband cari kami.
Itu lebih baik daripada kami merayau ke mana-mana akhirnya hilang dan menyusahkan semua orang.
Lama jugak kami tunggu dekat situ.
Letih...saya ajak anak2 ke kiri sedikit dekat tembok batu yang ada. Mujur cuaca sejuk..kalau tak confirm dah berpeluh rejat.
Cuaca sejuk ni hati tak boleh nak panas....jadi kurang la rasa nak marah huhu.
Lepas setengah jam baru suami datang cari kami.
Beliau datang seorang dan tinggalkan Nehal dengan ustaz Mat Wado.
Beliau macam sedikit marah kot dan tanya kenapa kami tak follow dia?
I said kami follow tapi beliau laju sangat dan orang ramai..mana nak tarik anak2 lagi.
Mungkin ini ujian buat suami.
Selama ni beliau mungkin boleh bersabar dengan kerenah jemaah2 yang hilang...kali ni anak dan isterinya hilang boleh tak beliau bersabar?
Saya jawab manalah kami tau mana nak pergi? Kanan ke
kiri ke masuk dalam ke?
Melihatkan wajah saya sedikit kelat...mungkin beliau sedar hati saya sudah tersinggung..kemudian en.suami tarik tangan saya dan peluk saya erat untuk berjalan celahan orang ramai.
Sampai dekat bas semua orang dah masuk. Malu jugak...isteri tokey pulak hilang dan menyusahka orang~mungkin itulah kata2 mereka dalam hati.
Tapi saya nampak makcik dan pakcik semua okay...di sini kena jaga hati tak boleh nak berprasangka pada orang lain.
Hati masih cemberut.
Singgah
di kebun tamar saya dh tak ada mood. Saya stay dalam bas.
Disebabkan saya duduk seat hadapan sekali, ternampak seorang jemaah Indonesia memakai seluar fesyen berlubang-lubang di kaki….berselendang nampak rambut dan berbaju jarang…
Macam-macam pulak
perangai manusia yang datang ke Tanah Haram ni.
Jemaah-jemaah lain dalam bas pun nampak perkara yang sama dan hanya mampu menggeleng kepala.
Lepas tu kami ke perkuburan Syuhada Uhud.
Cedapnya tamar free! Untung jadi kanak-kanak pegi mana pun dapat benda free |
Heaven. Tamar dan cekelat free seplastik tuuu |
Posing dengan Tok Mi di bawah pepohon tamar |
Gaya bebas |
Di sini tak terkata perasaan saya.
Sayu. Sebak. Semua ada.
Melalui tembok cermin yang ada saya menjengah ke dalam.
Cuba membayangkan apa berlaku di sini beribu tahun lalu.
Cuba membayangkan apa berlaku di sini beribu tahun lalu.
Ada beberapa ekor burung merpati
bermain-main atasnya. Tiada batu nisan. Hanya batu dan tanah.
Tak penting untuk membina binaan2 hebat di atas kubur yang penting di bawah kubur itu kenikmatan yang tak terhingga menanti kita.
Selama ini belajar sejarah Islam tanpa perasaan. Zero. Belajar sekadar untuk lulus periksa tapi penghayatan tiada.
Menuju ke makam Syuhada Uhud. Excited. |
Hari ini barulah saya benar2 dapat menghayatinya.
Sungguh hebat perjuangan para sahabat.
Ustaz Mat Wado lead kami untuk mengucapkan salam kepada para syuhada'.
Ustaz Mat Wado bagi taklimat |
Time kami tengah duk baca doa sebut nama sorang2 syuhada' tu...ada la Pak Arab yang jaga tempat tu datang sound tak payah la nak specify nama sorang-sorang.
Sebut je secara general kan senang, katanya (cewah nak tunjuk masih faham bahasa Arab nih..:)
Last-last Ustaz Mat Wado pun malas nak teruskan.
Suhu
masih sejuk. Kering muka. Tangan pun pecah-pecah even dah lumur krim elhajj.
Kebetulan dekat kawasan Jabal Uhud ni ramai orang berjualan, kami singgah juga beli apa-apa yang patut.
Terpaksa beli stoking tambahan untuk diri sendiri dan anak-anak. Nak pakai dalam bilik hotel malam nanti.
Shopping Jubah @ Madinatul Azya'
Selesai ziarah Madinah, kami bergegas balik hotel disebabkan nak catch up solat Zohor.
Time kami sampai hotel, ada sedikit masa lagi sebelum masuk Zohor. Jadi saya ajak husband 'tengok-tengok' jubah sekejap dekat kedai jubah Madinatul Azya' yang terletak betul2 menghadap hotel Elaf Taiba
Sebenarnya setiap kali nak pergi dan balik Masjid mesti mata melirik ke situ tapi x berkesempatan.
Rupanya sebelum2 ni en.suami selalu masuk kedai ni. Cumanya dia tak tahu nak beli design yang macam mana memandangkan isterinya ini sangat cerewet.
Saya pun setiap kali en.suami datang ke sini dan tanya ada nak kirim apa2, akhirnya saya jawab tak payahlah...nanti satu hari saya akan datang dan pilih sendiri.
Dan...inilah harinya. *senyum excited*
Madinatul Azya' (Fashion City) ni boleh dikatakan menjual jubah2 high class.
Designnya agak sukar nak jumpa di kedai-kedai lain, material dan kualiti fabrik pun berbeza.
Ada sesetengah design tu macam night dress yang artis2 selalu pakai pegi majlis anugerah...ada flair dan kainnya nampak berat dan jatuh. Very exclusive.
Saya suka!!!!
En.suami kata setiap kali datang design berubah-ubah.
Itu maknanya apa? Maknanya..kalau dah berkenan terus rembat saja.
Harganya memang diakui agak mahal berbanding tempat lain.
Masuk kedai memang rasa nak menangis!
Terharu sebab tengok design cantik tapi poket tak berapa nak tebal. Sob sob
Masalahnya, setiap kali saya tarik sehelai...bila tengok harga mesti SR 400 ke atas. Huhuhuhu...
Benda cantik memang mahal.
Akhirnya saya pilih sehelai yang berbutang hadapan dari atas ke bawah.
Dengan perincian silver dan lengan kedut ala2 Tok Ti.
Lepas tu saje2 pegang lagi sehelai...yang ni lagi la cantik.
Ada flair kt bahagian paha ke kaki dari material chiffon.
Kt tangan pun ada kedut2 ala Tok Ti dengan perincian batu2 warna pink dan turquoise.
Yang ni lagilah taste gue...waduh...
Sementara saya tengah duk pilih2 jubah tu, si Wifaq duk bergurau senda dengan tokey kedai.
Kemudian datang sorang gadis Turki (cantik!) tanya saya, boleh tak kalau nak ambik gambar dengan anak dara comot saya yang dua orang tu?
En.suami kata, kenapa dia taknak bergambar dengan abang sekali? Caitt...
Saya pun ambik jugak la gambar budak berdua tu dengan gadis Turki tersebut memandangkan DSLR ni sentiasa ada tersangkut di leher bersedia untuk men'capture' momen-momen penting.
Akhirnya setelah buat muka kesian, en.suami kata ambik jelah dua-dua. Beliau bayarkan.
Alhamdulillah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Rezeki.....*senyum sampai telinga*
Disebabkan en.suami pandai cakap Arab dan bijak ber'kawtim' dengan jurujual..maka akhirnya dapatlah 2 pasang jubah dengan harga SR600.
Saya mintak diorang alterkan sikit bahagian kaki. Almaklum saja saya kan bersaiz XS dan tak berapa cukup ketinggian.
Diorang kata esok 'ba'da Subh" boleh datang ambik jubah yang dh siap altered.
Yeke...boleh percaya ke janji Arab ni?
Kalau tak siap esok anggap jelah takde rezeki saya.
Lepas itu kami masuk ke bilik dan siap-siap untuk ke masjid.
Time solat zohor rezeki pulak dapat solat kat dalam.
Mula-mula tunggu Kak Nur tak jumpa.
So saya decided pergi je dengan Rihaab. Malas nak berebut kami cari port depan pintu.
Tiba2 guard yang berkelubung hitam tu melambai-lambai.
Dia panggil sebab katanya aku ada ‘baby’. "Yes, you with the baby", katanya bila saya tunjuk diri sendiri dengan pertanyaan: "What? Me?".
Saya pun apalagi terus tarik Rihaab. "Kakak, jom...orang tu panggil kita".
Alhamdulillah. Rezeki bawak anak.
Sementara tunggu azan Zohor, ada wanita Palestin dan anak perempuannya duk tengok-tengok Rihaab.
Anak daranya tersenyum-senyum dekat Rihaab.
Akhirnya dia menegur: "Your girl is beautiful..”. I said thanks and u too.
Padahal aku tengok anak dara Palestin tu berganda lebih cute dari anak dara aku…tang mana dia kata anak aku comel ntah.
Sempat saya bertanya nama si anak dara Palestin itu.
Namanya Naghab.
Sedapnya!
Kagum jugak bila dengar dia boleh berbahasa Inggeris.
Palestin negara yang sentiasa dalam peperangan.
Orang-orang Saudi yang aman pun susah nak jumpa yang boleh speaking.
Kebetulan dekat kawasan Jabal Uhud ni ramai orang berjualan, kami singgah juga beli apa-apa yang patut.
Terpaksa beli stoking tambahan untuk diri sendiri dan anak-anak. Nak pakai dalam bilik hotel malam nanti.
Dah sampai. Jom kita turun. |
Jabal Rumaat (Bukit Pemanah) di belakang. |
Jabal Uhud. Besok budak2 ni dah sekolah bolehla recall balik. Bila ustazah ajar pasal Perang Uhud...otomatik budak2 ni ingat...oo Jabal Uhud dah penah pergi...:) |
Di sana ada Saidina Hamzah RA. |
Anak dara kecik yang tak mahu didukung |
Shopping Jubah @ Madinatul Azya'
Selesai ziarah Madinah, kami bergegas balik hotel disebabkan nak catch up solat Zohor.
Time kami sampai hotel, ada sedikit masa lagi sebelum masuk Zohor. Jadi saya ajak husband 'tengok-tengok' jubah sekejap dekat kedai jubah Madinatul Azya' yang terletak betul2 menghadap hotel Elaf Taiba
Sebenarnya setiap kali nak pergi dan balik Masjid mesti mata melirik ke situ tapi x berkesempatan.
Rupanya sebelum2 ni en.suami selalu masuk kedai ni. Cumanya dia tak tahu nak beli design yang macam mana memandangkan isterinya ini sangat cerewet.
Saya pun setiap kali en.suami datang ke sini dan tanya ada nak kirim apa2, akhirnya saya jawab tak payahlah...nanti satu hari saya akan datang dan pilih sendiri.
Dan...inilah harinya. *senyum excited*
Madinatul Azya' (Fashion City) ni boleh dikatakan menjual jubah2 high class.
Designnya agak sukar nak jumpa di kedai-kedai lain, material dan kualiti fabrik pun berbeza.
Ada sesetengah design tu macam night dress yang artis2 selalu pakai pegi majlis anugerah...ada flair dan kainnya nampak berat dan jatuh. Very exclusive.
Saya suka!!!!
En.suami kata setiap kali datang design berubah-ubah.
Itu maknanya apa? Maknanya..kalau dah berkenan terus rembat saja.
Harganya memang diakui agak mahal berbanding tempat lain.
Masuk kedai memang rasa nak menangis!
Terharu sebab tengok design cantik tapi poket tak berapa nak tebal. Sob sob
Kau bodek-bodekla tokey kedai tu Wifaq, mudah-mudahan mama dapat diskaun lebih sikit! |
Kakak Turkiye nak ambik gambar |
Tebi boleh main cak-cak pulak |
Pose terbaik kakak Turkiye, Rihaab dan Nehal (aka Tebi) |
Masalahnya, setiap kali saya tarik sehelai...bila tengok harga mesti SR 400 ke atas. Huhuhuhu...
Benda cantik memang mahal.
Akhirnya saya pilih sehelai yang berbutang hadapan dari atas ke bawah.
Dengan perincian silver dan lengan kedut ala2 Tok Ti.
Lepas tu saje2 pegang lagi sehelai...yang ni lagi la cantik.
Ada flair kt bahagian paha ke kaki dari material chiffon.
Kt tangan pun ada kedut2 ala Tok Ti dengan perincian batu2 warna pink dan turquoise.
Yang ni lagilah taste gue...waduh...
Sementara saya tengah duk pilih2 jubah tu, si Wifaq duk bergurau senda dengan tokey kedai.
Kemudian datang sorang gadis Turki (cantik!) tanya saya, boleh tak kalau nak ambik gambar dengan anak dara comot saya yang dua orang tu?
En.suami kata, kenapa dia taknak bergambar dengan abang sekali? Caitt...
Saya pun ambik jugak la gambar budak berdua tu dengan gadis Turki tersebut memandangkan DSLR ni sentiasa ada tersangkut di leher bersedia untuk men'capture' momen-momen penting.
Akhirnya setelah buat muka kesian, en.suami kata ambik jelah dua-dua. Beliau bayarkan.
Alhamdulillah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Rezeki.....*senyum sampai telinga*
Disebabkan en.suami pandai cakap Arab dan bijak ber'kawtim' dengan jurujual..maka akhirnya dapatlah 2 pasang jubah dengan harga SR600.
Saya mintak diorang alterkan sikit bahagian kaki. Almaklum saja saya kan bersaiz XS dan tak berapa cukup ketinggian.
Diorang kata esok 'ba'da Subh" boleh datang ambik jubah yang dh siap altered.
Yeke...boleh percaya ke janji Arab ni?
Kalau tak siap esok anggap jelah takde rezeki saya.
At last ada jugak gambar depan hotel walaupun tak berapa nak proper. Sila lihat anak dara berdua itu! |
Kecoh sekejap setiap kali anak-anak saya lalu |
Tebi buat hal. Tengoklah tu. Mak dia malas nak melayan. |
Mula-mula tunggu Kak Nur tak jumpa.
So saya decided pergi je dengan Rihaab. Malas nak berebut kami cari port depan pintu.
Tiba2 guard yang berkelubung hitam tu melambai-lambai.
Dia panggil sebab katanya aku ada ‘baby’. "Yes, you with the baby", katanya bila saya tunjuk diri sendiri dengan pertanyaan: "What? Me?".
Saya pun apalagi terus tarik Rihaab. "Kakak, jom...orang tu panggil kita".
Alhamdulillah. Rezeki bawak anak.
Sampai je kat pintu dia cek beg sambil tanya: "Apa nama
baby?"
Baby ke pun? Dah 3 tahun dah.
Saya cakap namanya Rihaab.
Dia pun berkata dengan penuh mesra: "Faddhali ya Rihaab…”.
Entah mengapa sedap bebeno pada pendengaran telinga saya bila perempuan Arab ni menyebut nama anak saya...dengan sebutan dan lahjah Arab yang betul.
Nama Rihaab ni sebetulnya memang a purely Arabic name which sejak saya masih kanak-kanak dah mengidam kalau dapat anak perempuan akan kutaruk nama ini!
Sementara tunggu azan Zohor, ada wanita Palestin dan anak perempuannya duk tengok-tengok Rihaab.
Anak daranya tersenyum-senyum dekat Rihaab.
Akhirnya dia menegur: "Your girl is beautiful..”. I said thanks and u too.
Padahal aku tengok anak dara Palestin tu berganda lebih cute dari anak dara aku…tang mana dia kata anak aku comel ntah.
Sempat saya bertanya nama si anak dara Palestin itu.
Namanya Naghab.
Sedapnya!
Kagum jugak bila dengar dia boleh berbahasa Inggeris.
Palestin negara yang sentiasa dalam peperangan.
Orang-orang Saudi yang aman pun susah nak jumpa yang boleh speaking.
Yang hairan tentang si Rihaab ni, pergilah mana pun ramai je
org kata dia comel.
Tahun 2009 di Beijing, penduduk republik rakyat China itu duk mengerumuni stroller kami nak tengok si Rihaab. Mungkin kerana di sana susah nak jumpa baby.
Tahun 2010 di Bandung sambutan agak OK tapi tak sehangat di Beijing. hehe
Tahun 2011 di Korea...wah Rihaab macam artis. Kejap-kejap ada orang berhenti ambik gambar dia.
Wadui...pada mata mama Rihaab hanyalah anak perempuan yang kuat nangis. Maafkan mama kerana tak perasan di mana letaknya kecomelanmu nak...*sambil kesat air mata*
Lepas tu...ada pulak makcik Algeria yang duduk line belakang kami tepuk saya.
Rupanya dia
minta nak cium Rihaab.
Aku pulak naik rimas sebab masa itu ada sikit kesan selsema kering bawah hidung Rihaab. Isk
Sejuk sangat udara di Madinah sampai selsema anak dara saya cuma alhamdulillah tak teruk.
Makcik tu bagi duit syiling matawang Algeria dua keping.
Lepas tu dia gurau2 mintak telekung Rihaab…dia kata cantik….
Tapi rasanya makcik tu memang serius berkenan telekung Rihaab yang ada gambar strawberry tu.
Saya pura-pura tak faham je...kalau saya bagi takut Rihaab yang menangis meraung dalam masjid lagi haru.
Usai solat, jumpa husband di dining area dengan Wifaq dan Nehal.
Laporan yang hampir serupa.
Bawak budak berdua ni sama…macam bawak artis.
Kejap-kejap orang nak ambik gambar.
Lepas Zohor aktiviti bebas.
Jadi saya keluar jalan-jalan dengan Kak Nur dan Abg Mi. Kak Nur nak beli jubah untuk anak-anaknya...saya tumpang sekaki jalan-jalan.
Yang tak tahan tu, para peniaga asyiklah suruh Kak Nur belikan jubah untuk aku...mesti diorang ni ingat aku anak Kak Nur.
Kak Nur pun boleh tahan. Bila peniaga tanya berapa umur anak (akulah tu)..sekejap katanya 17 tahun, sekejap 15 tahun.
Senang nak berjual beli.
Cakap Melayu saja.
Malam pulak lepas solat Maghrib sementara tunggu Isya', saya dan Kak Nur meneruskan misi lagi.
Kalini masuk ke Bin Dawood pulak sebab saya dah tak tahan tak ada sweater yang lebih tebal.
Cuaca bukannya semakin panas tapi makin sejuk.
Itulah nak sangat umrah musim sejuk.
Sebelum berangkat saya asyik berdoa kalau boleh biarlah musim sejuk belum berlalu.
Hambik kau sampai pecah-pecah berdarah tangan.
Saya dapat belian hebat.
Sebuah cashmere sweater warna hitam dengan diskaun 70%.
Sementara nak bayar sweater, sembang-sembang dengan budak Indon pekerja Bin Dawood tu.
Katanya nak kahwin tapi tak boleh kahwin dengan wanita Arab...belanjanya mahal sangat.
Dia nak cari cewek Indo juga.
Sebenarnya hati ni duk berkenan macam-macam benda.
Ada telekung warna pink jenama Fulla (Barbie versi Muslimah). Rihaab dan Tebi mesti suka. Malangnya saya belum tukar duit lagi. Duit yang ada ni husband sponsor.
Lepas tu...berkenan sangat tapestry dekat satu kedai jual segala mak nenek cushion, cadar, alas meja bermotifkan tapestry.
Dalam hati kata...alah en.suami kan selalu datang sini...lain kali boleh kirim.
Selalunya tak tau apa nak dikirim...sekarang tapestry dah boleh masuk list. Hihi
Lepas shopping kami kembali ke Masjid untuk solat Isyak.
Nak rest cukup-cukup...esok nak bertolak ke Makkah pula.
Labbaikallahumma labbaik!
seronok tgk all your photos here.. :) seronok kan dapat pergi sama2 dgn family :)
ReplyDeleteAlhamdulillah dimurahkan rezeki...tq sudi singgah blog yg marhaen ini...(^_^)
ReplyDeletebest citer yg mneronokkn.. teringin 1hr nnt nk bwk ank g sana
ReplyDeleteterima kasih...sekadar catatan takut terlupa...:)
ReplyDeletesalam. sy nak tanya suhu di mekah dan madinah semasa pertengahan februari tu berapa ya sebelah siang n malam. sy akan ke sana insyaallah membawa anak2 n mencari2 info umrah musim sejuk n jumpa coretan puan.
ReplyDeleterasa mcm nk bw byk beg sbb nk bw baju2 tebal. mohon puan dapat share dgn saya. terima kasih
Wsalam. Masa saya pergi Februari 2012: suhu di Madinah masih sejuk terutama Subuh dan malam. Waktu tengahari nyaman2 macam di Cameron Highland jd tak perlu baju tebal sangat. Di Makkah panas macam di Malaysia jadi tak perlu baju tebal kecuali kalau ada berjalan2 keluar sedikit dr Kota Makkah memang masih sejuk.....jadi cadangan saya bawa sehelai dua baju sejuk dah mencukupi...Insya Allah. Tapi takut2 pulak suhu tahun 2013 berubah....wallahua'lam.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletemaaf tumpang tanya...kat mana beli blazer si teruma comel tu? nk cari jugak sbb jaket yg ada semua ada gambar kartun besar2, rasanya tak sesuai kalau nk bawak ke Madinah nnt in shaa Allah.
Wsalam sis Shila Razlan. Kalau tak silap saya, blazer tu saya beli di PONEY Jusco Taman Equine....tapi yang versi reject....:( murah je pun....
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeleteanak kecil pergi umrah perlu suntikan seperti org dewasa ke?