Sunday, April 29, 2012

Sepetang Bersama Melayu Urban & Gadis Kurung Biru

Assalamualaikum kawan-kawan.




Nampaknya musim kenduri kahwin sudah bermula. Yeah it's May already. 

Cuti sekolah pun dah nak dekat. Ada 2 perkara dalam hidup saya yang benar2 menzahirkan bahawa cuti sekolah dah dekat:

1. Kad jemputan kenduri kahwin makin penuh atas meja.
2. Encik suami semakin sibuk dengan umrah departure. Kadang2 pergi airport tak kira waktu. *penat tapi masyuk takpe...wahaha*

Nak cerita sikit pasal kenduri kahwin yang saya hadiri harini. Ada 2 tempat. Satu di Bangi dan satu lagi di Kelana Jaya.

Yang di Bangi ni tak ada cerita menarik sangat except saya memang sejak azali tak boleh gi dengan lauk pauk kenduri area KL ni *walaupun saya anak jati KL*

Balik-balik lauk yang sama...nasi minyak, dalca sayuran, acar buah, jelatah, rendang daging, ayam masak kurma...aduh....

Saya tahu mungkin ramai yang suka lauk pauk begini dan mungkin juga pakej begini agak murah. 

Masalahnya kalau 5 buah rumah kenduri pada hari yang sama...bayangkanlah terpaksa telan 5 kali lauk yang sama. Lagipun to be honest lauk jenis ini tak ada yang istimewa pun.

Apalah salahnya kalau sertakan sekali lauk pauk harian biasa macam kari ikan, sup ayam, ulam2an *senang tak payah masak pun*, ikan masin, masak lemak ikan masin...pendek kata lauk pauk yang mudah dimasak dengan skala besar dan konfem ramai peminat dan tak berlaku pembaziran.

Tak sedih ke bila tengok tetamu pulang dengan pinggan yang masih separuh penuh.

Nak cerita tentang kenduri di Kelana Jaya. Sebenarnya ia kenduri jiran berdekatan rumah kami di Shah Alam, tapi atas permintaan anak daranya maka lokasi majlis terpaksa dibuat di salah sebuah dewan terkenal di Kelana Jaya.

Perkara pertama yang mengejutkan kami....masuk2 je dewan kami dengar bunyi macam bising dan riuh.

Rupanya...pasangan mempelai bersama 3-4 orang tetamu sedang sakan menari gelek ala John Travolta di atas pentas yang di belakangnya ada pelamin putih. 

Di bawah pentas ada seorang tetamu undangan tengah menyanyi lagu Staying Alive *suara sebijik tu macam the Bee Gees~aku kenalla sebab aku peminat lagu lama*.

Penyanyi undangan yang botak itu menari2 ala John Travolta jugak..."ah a..a...a...Staying Alive...Staying Alive" sambil tangan kiri ditunjuk ke atas dan tangan kanan di pinggang.

Si pengantin lelaki dengan bersampin berbaju Melayu pun turut sama. Aduhai. Si pengantin perempuan yang bertudung hanya senyum dan ketawa mungkin bangga suami yang baru dinikahi sangat cool dan open tak segan silu menari depan tetamu.

Disebabkan tuan rumah adalah jiran kami, maka kami masuklah jugak dan cari tempat duduk. 

Saya tengok air muka tetamu ada bermacam rupa. Ada yang senyum suka, ada yang meluat, ada yang takde ekspresi apa2...*akulah tu*

Saya dudukkan anak2 membelakangkan pentas supaya anak2 kecil yang innocent dan suci ini tak melihat apa sebenarnya belaku. Biarlah anak2 ni ingat bunyi tu datang dari radio.

Dalam hati saya teramat sedih. Melayu Islam Urban. Inilah dia yang melanda masyarakat Islam di Malaysia hari ini.

Tak rasa rugi ke? 

Majlis akad nikah dah tentu2 dimulakan dengan doa yang memohon agar kedua mempelai diberkati, dikekalkan joodoh ke akhir hayat...dikurniakan zuriat yang soleh solehah....tapi akhirnya disudahi dengan lagu2 dan berjoget2 di hadapan tetamu.

Adakalanya bila rumahtangga tak bahagia...puncanya adalah kita sendiri yang memasukkan unsur2 maksiat sejak hari pertama diakadnikahkan.

Suami saya macam terkejut. "Memang ada ke orang Melayu macam ni?". 

Saya kata kepada encik suami: "Ramai. Dekat sekeliling rumah kita pun ramai..." 
*kita merujuk kepada rumah emak ayah saya di seksyen 9 Shah Alam yang kebanyakannya Tan Sri dan Dato'...yang kereta Mercedez dan BMW bersepah dan parking tepi jalan saja sebab dalam pagar pun dah ada 2-3 biji kereta jenama sama. Mungkin kamilah yang paling miskin di kawasan itu sebab ayah cuma ada sebiji saja Mercedez Benz*

Pernah sekali, seorang jiran yang kematian ayah....terpaksa panggil ayah saya untuk membaca tahlil walhal anak lelaki arwah ramai dan kerja besar belaka.

Ramai dan berpendidikan tapi seorang pun tak boleh nak uruskan jenazah arwah si ayah dengan baik tanpa campur tangan orang luar. 

Simpati saya dengan keluarga ini. 

Biar kita tak glamer di dunia tapi glamer di kalangan penduduk langit dan penghuni syurga. 

Waktu itu meja agak penuh. Agak lama jugak kami berjalan cari meja kosong, akhirnya dapat juga duduk semeja dengan sepasang pasangan muda *nampak macam baru kahwin* dan seorang lagi rakan si suami. 

Mereka dengan sopan mempersilakan kami duduk. 

Agaknya kesian tengok saya susah nak makan dengan meriba si Nehal (yang kami gelar Tebi), si gadis manis bertudung berbaju biru sebelah saya offer nak tolong ribakan Tebi sementara saya makan. Alhamdulillah. Bantuan Allah tak disangka-sangka.

Nak tergelak saya bila dengar soalan pertama adik berbaju biru ini: "Anak akak dah 3 orang tapi akak kurus je...".

Saya ketawa. "Sebab tigalah boleh kurus". 

"Yeke? Selalunya saya tengok orang lepas bersalin je badan naik tak boleh turun dah".

Saya tak anggap ia pujian sebab dia kata budak2 ni 'anak saya'. Lainlah kalau dia kata 'adik' saya, yang ni barulah pujian. Hehe.

"Alah jaga je betul2 dalam pantang....Insya Allah boleh slim balik". *padahal kau tak tau rutin harian aku yang sangat memenatkan tubuh dan otak*.

Dan our conversation stops there.

Lepas habis makan, tergerak hati saya nak bertanya memandangkan adik ni sungguh baik. Lepas pegang Tebi, dia pegangkan Rihaab pulak.

"Awak duduk mana?". Tanya saya sekadar berbasa basi je.

"Duduk Gombak, Sg.Pusu...dekat dengan UIA tu". *like I dont know where UIA is...*

"Oh yeke? Ke ex-UIA ni?".

"Haah. Saya UIA. Ambik Law". Hmmm now this is really interesting! 

"Akak pun ex-UIA jugak...".

"Akak mesti IRK kan?", budak ni mesti judge aku dari tudung aku yang agak labuh.

"Tak. Law jugak....". Saya senyum.

"Yeke kak?"...berseri2 muka adik baju biru ni. "Akak kerja apa sekarang?".

"Akak lecturer...".

"Oh dulu akak chambering tak? Saya actually final year dan baru habis attachment. Saya masih confuse nak chambering ke tak...macam susah je. Saya plan nak sambung Syariah".

Waktu ni, aku rasa akulah the God Sent Guidance untuk adik ini yang sedang dalam dilema. wawawa...

Dari riak mukanya yang inesen itu, dapatlah saya menelah seribu kemelut dalam hatinya. Keliru dengan langkah seterusnya....keliru dengan masa depan. Mungkin ini terjebak dengan bidang undang2 secara tak sengaja.

Melihat adik ini, rasa macam melihat diri sendiri beberapa tahun lalu. Ketika saya juga masih kabur dengan masa depan...apa nak buat seterusnya...nak jadi apa....dan rasanya saya perlu bantu adik ni.

"Saya takut nak chambering....", katanya dengan wajah suram.

"Kenapa? Awak dah pregnant ke?", saya menelah. Dia geleng.

"Macam nilah...", saya mulakan proses memberi petunjuk *cewah*. 

"Akak nasihatkan awak go on dan buat chambering. Nak habiskan Syariah dulu ke...nak jadi lawyer ke...taknak jadi lawyer ke...awak buat je chambering tu. Pedulikan rasa takut. Memang mula2 kita takut sebab tak pasti apa benda kita bakal hadapi...akak dulu pun macam awak *even sekarang tengah buat PHD pun bermacam2 ketakutan saya hadapi....tapi redah saja...overcome your fear*

"...sebab bila awak chambering, ilmu yg awak dapat selama 9 bulan tu sangat2 berguna dan awak akan gunakan even tak jadi lawyer. Dan kalau nak mintak kerja pun...awak ada kelebihan berbanding law student yang tak chambering..." 

Saya bercakap melalui pengalaman sendiri. Kadang2 Ketua Jabatan ada minta pandangan saya setiap kali kami nak hire new lecturer untuk Law Department...kami prefer those yang ada Advocate and Solicitor...

"Habis tu akak kahwin bila? Masa belajar ke?". Tanya adik baju biru. Dia macam syok pulak dengar kisah hidup aku.

Eh, aku sendiri lupa bila aku kahwin. Sebabnya perjalanan hidup saya bersambung2....lepas degree, master...lepas master, chambering...lepas chambering, DLSA di UiTM. In fact beberapa hari lepas final exam...barulah saya nikah dan selamat jadi isteri orang. *tarikh nikah tu terpaksa di adjust mengikut timing final exam saya..memang serabut sungguh waktu tu. Saya study untuk final paper di celah timbunan bunga2 hiasan untuk majlis nikah...*

"Habis bila akak lahirkan budak2 comel ni?". soalnya lagi. 

"Lepas habis belajar baru budak2 ni lahir. Akak dapat kerja pun beberapa bulan sebelum nikah je..."

Entahlah bila2 dikenang2 balik betapa Allah membantu menyusun hidup saya dengan baik dan cantik sekali.

Segalanya berlaku mengikut turutan dan timing yang baik. Alhamdulillah. Mungkin juga berkat istikharah sejak dari mula mengetahui 'kewujudan' bakal suami. *Waktu melakukan istikharah saya tak kenal dan tak pernah jumpa bakal suami...memang betul2 pasrah la kononnya haha*

Suami si baju biru senyum je bila tahu kami pun ex-UIA jugak. "Dah dapat petunjuk ke?", tanya si suami kepada isterinya. 

Lalu sebelum kami berpisah dan bersalam-salaman, saya pesan buat kali terakhir: "Buat je chambering tu. Awak tak menyesal punya....".

Hari ni saya rasa gembira. Gembira sebab diberi peluang memberi sedikit petunjuk buat seorang adik yang masih kabur masa depan...sama seperti saya beberapa tahun dahulu.



Good Luck adik baju biru. Semoga kita ketemu lagi di mercu kejayaan!

Salam sayang! ^_^




Tuesday, April 24, 2012

Chicken Soup for (MY) Soul ^_^

Assalamualaikum.
The book I am currently reading...usually before sleep. Bangun je the next day terasa sungguh bermotivasi wuwu

 It's late at night already.

Everybody's asleep and I'm alone.

My little baby Tebi is sleeping back there accompanying me...studying.

Selalunya apabila otak terasa letih dan mata terasa penat merenung skrin netbook...saya akan capai mana-mana buku berdekatan untuk rehatkan minda.

Sekejap pun tak apa.

Dan biasanya sebelum tidur saya akan membaca sesuatu yang positif...yang membuatkan saya bangun esok hari sebagai insan yang lebih baik.

Anda tahu siri buku motivasi Chicken Soup for The Soul? 

Kali pertama saya dengar tajuknya, sepupu kancing kamcing saya si Siti Zakiah sangka saya cari buku resipi di KLIBF beberapa tahun lepas *waktu itu saya belum mahu kahwin*

Ia adalah buku motivasi dan self help antara yang terlaris di Amerika.
Saya mula membaca siri Chicken Soup for the Soul sejak usia 18 tahun. Ketika itu saya baru bergelar budak U di matrik UIA Lembah Pantai.

I just fell in love with this book.

Dan masih membacanya hingga sekarang.

Buku ini mempunyai lebih 200 siri untuk sepanjang kehidupan dan pelbagai lapisan masyarakat.

Ditulis oleh Jack Canfield dan Mark Victor Hansen, ia merupakan himpunan 101 cerita pendek hasil sumbangan orang ramai yang menceritakan pengalaman sebenar mereka.

Semuanya berjaya menyentuh hati dan mengubah perspektif saya tentang kehidupan. 

Walaupun ada beratus2 siri tapi saya tak mampu beli kesemuanya.

Waktu usia 18 tahun, saya baca Chicken Soup for the TEENAGE Soul. Yang ini ada banyak siri.

My first book. Masih elok tersimpan atas rak. Beli waktu usia sweet 18, sekarang sweet 31-an *gambar ihsan amazon.com*

Kemudian, masuk ke main campus...saya baca pula Chicken Soup for the Writer's Soul. Sebab waktu itu saya tengah gila menulis novel.


Buku ni saya beli used-book yg dh agak lusuh. Dialah yang paling buruk berbanding rakan2nya yang lain. Masa tu poket tak berapa nak tebal jadi saya beli di kedai buku terpakai saja sob sob..biar rege murah, yang penting ilmu di dalam mahal *gambar amazon.com*

Dan juga Chicken Soup for the Woman's Soul *masa itu baru nak menginjak jadi woman*

bukan senang nak jadi wanita...*gambar ihsan amazon.com*
Kemudian bila dah jadi isteri orang...belum serik lagi. Saya baca pula Chicken for the Mother's Soul ketika hamil anak sulung *patut pun si Wifaq pantang jumpa buku*
Nak jadi ibu pun kena motivated *gambar amazon.com*
Kemudian...bila further study lagi dan perlukan motivasi...saya baca Chicken Soup for the Parent's Soul *walaupun tajuknya for parents tapi saya sorang je yang baca huhu*

Dan sekarang saya sedang baca Chicken Soup for the Soul: Think Positive.  

Satu lagi Chicken Soup for the Soul: Devotional Stories for Tough Times saya baru scan gitu-gitu aje sebelum ada orang bising *buku ini saya beli di KLIBF 2011 dah nak masuk KLIBF 2012 belum baca lagi...padahal rak buku dah tak muat..alasanlah tu nak beli rak baru*

Yang ni beli di KLIBF 2011 tapi belum baca...*saya buzy body*

Buku-buku ini sangat banyak membantu saya.

Lately baru saya tahu PTS ada menterjemah buku ini ke Bahasa Melayu tapi pada saya kurang feel bila baca dalam bahasa Melayu compared to the English version.

Nanti dah tua kena baca pulak dua buku di bawah ini:
Nanti dah ada cucu kena baca buku ni...
Dan ini juga:


Entry ini bersempena mood KLIBF 2012 yang akan menjelma beberapa hari saja lagi.

Oh sungguh tak sabar ^_^





Our Childrens' Milestones

Assalamulaikum.

Entry hari ini terpaksa saya tulis disebabkan tak sempat update diari.

Alhamdulillah setelah semalaman menahan kesakitan (migrain di kepala sebelah kiri) akhirnya setelah menelan 3 biji pil akhirnya sakit pun pergi.

Lepas telan pil saya rasa kesal.

Terpaksa makan pil bererti I am no longer a healthy person.

Sebelum2 ni saya jarang sakit...dan kalau sakit pun saya akan bertahan tanpa drugs atau ubat-ubatan.

Tapi kali ini saya menyerah kalah.

Harap2 lepas habis study migrain pun hilang.

Cukup2lah...rasa nak pecah kepala. Tidur malam tapi rasa mata terbukak sampai pagi.

Lepas telan ubat rasa bertenaga la pulak *terus mengadap lappy balik dan sambung kerja*.

Encik suami yang tak pergi opis harini utk jaga saya...beliau pulak yg beria-ia tidur. Errr...sapa jaga sapa sebenarnya ni?

Hari ini...si Tebi sudah genap 2 tahun 1 bulan 2 hari.

Antara kalimat baru yg Tebi sudah boleh guna ialah: "kalau".

Contoh ayat: "Kalau nak kuar umah...kena pakai tudung".

Yeay! Bravo Tebi.

Mula2 mama ingat Tebi xpandai guna perkataan 'kalau' tu.

Masa abang Wifaq sebaya Tebi pun dia dah pandai guna perkataan 'kalau'. 

Kakak Rihaab pulak dh 3 tahun 4 bulan.  Memanglah dah banyak cakap.
Lately dia kakak Rihaab suka cakap:
"Mama, kakak dah doakan dekat Kaabah supaya Mama tak mati"~kadang2 tiap2 hari.

Si Wifaq pulak 2-3 harini terlalu asyik dengan exercise books yang kami belikan sebagai persediaan dia nak ambil ujian kemasukan ke SRAI bulan Mei ini. Ikhtiar...memandangkan kami tak sempat nak memantau 24 jam. 

Wifaq teramat tekun. Sebaik balik dr kedai buku, waktu orang lain tidur pun dia sibuk siapkan latihan. Pagi petang siang malam itu yang dihadapnya selagi tak siap.

Lepas tu paksa pula mama cek mana2 yang salah dan bagi markah.

Saya agak risau kalau budak sekecil ini tertekan tapi tidak...saya nampak dia memang enjoy dengan benda2 ilmiah seperti ini.

Saya perasan Wifaq sejak umurnya 7 bulan (sebaik pandai duduk), kalau dibukakkan kartun di TV dia buat tak tahu. Tapi bila buka rancangan Al-Kulliyyah atau rancangan ilmiah lain dia akan duduk diam terpaku mengadap TV.

Setiap anak lain caranya...jadi layankan saja mengikut nature masing2.

Harap2 kami tak tersilap langkah dalam mencorak kehidupan anak2...

Amin Ya Rabbal Alamin.

Shana-alhana.blogspot.com
Buat konsert tertutup dalam rumah...*rasanya satu taman boleh dengar suara bebudak ni*

Saturday, April 21, 2012

Back To Mama and Baba's (Old) Skool

Assalamualaikum wbt.
 Kebetulan saya terpaksa ke UIA jumpa supervisor pada hari cuti untuk hantar dokumen.

Terpaksa bawak tiga-tiga budak kenit ini.

Alang-alang dah bawak mereka, encik suami konon mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat beliau menghabiskan zaman muda remajanya sewaktu bergelar mahasiswa.

Kulliyyah of Engineering.

Kisah perkenalan Mama dan Baba off record *hihi*

Tunggulah satu masa bila budak2 ni dah besar baru kami ceritakan kisah pertemuan unik kami (konon)

Nostalgia sungguh tempat ini.

Saya pesan kepada anak-anak...tempat ni namanya 'Universiti'. Kalau malas belajar jangan harap nak masuk sini. 

Kemudian saya pandang Wifaq: "Kalau Wifaq tak dapat belajar dekat Jepun atau Korea, mama hantar Wifaq belajar UIA" (saje nak test Wifaq dengan harapan Mama padahal tak kisah pun mana dia nak belajar asalkan berjaya)

Wifaq angguk. "OK", katanya. Memang taat anak sulung aku ni hehe.

UIA menyimpan banyak nostalgia zaman remaja saya.

Nostalgia dengan rakan2, dengan besfren saya Intan Mawarni, dengan boypren saya masa itu yang kini bergelar suami dan ketua keluarga. Wallaweh...tempat tersungkur lagi dikenang...:)

Bila dikenang2 balik macam manalah aku boleh graduate entah padahal aku bukannya budak pandai pun.

Impian saya nak masuk UIA bermula sewaktu usia 17 tahun. Tahun tu form 5 merangkap calon SPM.

Kami pergi satu bengkel SPM anjuran Berita Harian yang diadakan di UIA Petaling Jaya.

Biasalah bila attend kursus mestilah dapat fail. Saja-saja saya tulis dekat fail tu: SHARIFAH HANA ABD RAHMAN~Fakulti Undang-undang, UIA
(Ini kes teruja la tengok abang dan kakak UIA lalu lalang nampak kelasss je jadi mahasiswa dan mahasiswi..pulak tu speaking je manjang*angan2 seorang remaja*)

Tahun 1998 bila saya berjaya masuk UIA dan ambik Law, baru terjumpa balik fail tu. Tak sangka angan2 biasa jadi kenyataan.

Sepatutnya saya fly ke Jordan, tapi tahun 1998 tahun kegawatan ekonomi dan semua biasiswa untuk ke luar negara dihentikan.

Sepanjang bergelar mahasiswa sumpah saya memang tak berapa baik dengan mana-mana pelajar lelaki kecuali seorang dua dari sekolah yang sama, sama ada from the same faculty atau lain-lain.

Malah dalam hati dah set siap2, kalau lepas grad pun aku tak jumpa jodoh dan orang asyik tanya kenapa belum kahwin...aku dah sedia dengan jawapan maut. Haha

Tetapi perjalanan hidup Allah jua menentukan.

Jodoh. Tak cari pun dia datang sendiri.

Dah tiga orang anak pun...itu yang macam eksaited je nak tunjuk dekat budak2 ni tempat Mama dan Baba study dulu.

Semoga anak-anak saya (dan anak2 Muslim yang lain) punya keazaman yang kuat untuk berjaya. Insya Allah.

Si Tebi pilih baju dia sendiri. Masih dalam mood umrah. Mentang2 baru balik dari Makkah.

Kalau dah pakai spek mcm ni sila jangan jalan dengan mama dan jarakkan diri 100 meter dari mama...*anak sapolah ni*

Tuesday, April 17, 2012

Our First Nasi Lemak!

Assalamualaikum

Sebenarnya otak agak letih beberapa hari ini.

Release tension dengan blogging dan revamping my blog with fresh new look.

Tak ada kena mengena dengan azam tahun baru pun.

Ahad lepas en.suami tiba-tiba rajin nak masak nasi lemak.

Perhatian. Kami sekeluarga bukanlah peminat nasi lemak.

Kalau beli nasi lemak pun, ada je yang tak berkenan di hati...sambal xsedap, timun sikit etc etc.

Jadi...

Dengan bangganya Ahad lepas kami secara 'teamwork' ketika anak2 masih tidur telah berjaya memasak Nasi Lemak Tumis.

Ehem, kami?

Memanglah en.suami yang punya rancangan, tapi kalau setiap 5 minit bertanya 'nak buat apa?'..'lepas ni nak buat apa?', akhirnya saya jugalah kena turun padang.

Kebetulan emak dan ayah saya datang dari Shah Alam pagi itu.

Alhamdulillah, kenyang dengan hasil tangan sendiri *wink* 


Kali pertama setelah 31 tahun hidup saya masak Nasi Lemak :P

Monday, April 16, 2012

Sanah Helwah SHARIFAH NEHAL RIDAAN


Assalamualaikum semua.

It's Tebi's birthday again. The 2nd one.
22 March 2012.

Nehal is 2 already. Mama getting older *sob sob*

Tebi's birthday marks the timeline of my study leave. 2nd year of my PhD life.
Stressful yet wonderful.

There's a story behind the birth of this cute (mulat!) little 3rd baby.

My 3rd pregnancy was unplanned. In fact, I was on contraceptive pills when I suddenly realized that I was pregnant again. I accepted the news with mixed feelings.

At 7 months of pregnancy, our bibik went back to Bandung forever leaving me so sad thinking how was I to handle these 3 kids while both of us working?

But Allah knows best.....

After Tebi's birth and during confinement, the office where I am working now called informing that my application for 3 years study leave has been approved!!!!

Alhamdulillah. Allah is great.
He knows what's best for me, right?



So, Tebi's second year birthday marks my second year of study leave.
And two years of full breastfeeding. Bravo for myself!
And yet she's still a breastfed baby up until today...


And she has been so talkative since she was one year and a half.
And people who heard her talking would be so surprise...like...'eh, baru setahun setengah dah boleh cakap tak pelat pulak tu...'.

Maybe it's the breastfeeding that do all the wonders.
She can make up to 6-7 words in a sentence...and no pelat-pelat.
If she wants to say 'mangkuk', then it will sound as 'mangkuk' and not 'akuk' 
and if she meant 'mandi', she would say 'mandi' exactly how it is supposed to be sounded.
like her brother and sister used to be when they were at her age.

And she loves saying: 

"Kenapa abang Ipak kacau bantal bibi? Bi nak tido...". Uhu..
or...

"Ma, abikkan tudung bibi ma...Bi nak ikut baba pegi kedai".

or...

sometimes I found her terkedek2 memanjat tangga to go upstairs, before I get my hand to touch her, she would say:

"Mama jangan kacau bibi...bi nak naik cedi" (sendiri *yang ini dia pelat*)

"Jangan kacau beg bibi, nanti bibi marah!"

Kadang-kadang terasa macam cakap dengan budak besar!

I admit, I am a bit tired juggling between study, nursing the kids and etc etc...but I guess this is the only opportunity I have to raise my own child.

I am a career woman. I fall in love with my career and there is no way I am going to resign what so ever Insya Allah(*selagi tiada alasan kukuh*)

Dua hari selepas itu my cousins datang selebret sama2. Mama has no siblings but very lucky to have close like adik beradik cousins. 

Birthday cuppies. Credit to Aromaz Cottage :)

Close up sket...ada Crocs, hairbrush, crown and all the girlish and baby-ish stuffs. Mama like! *wink*

Letih jugak nak menyediakan hidangan

Rich Choc Pudding

So Happy Birthday my lil' cupcake Sharifah Nehal Ridaan.
You truly teached me the meaning of motherhood.


Sunday, April 15, 2012

Umrah With Kids~Part 4: Ziarah Madinah

Day 4: 20 Februari, Isnin (Day 3 @ Madinah)

Dahpun masuk hari ke3 di Madinah Kota Yang Bercahaya.

Husband kata plan harini nak pergi ziarah sekitar kota Madinah. Berkumpul di perkarangan hotel jam 7 pagi lepas breakfast.

Breakfast menu Melayu.

Pagi di Madinah. View from dining area. Nampak sangat aku ni ke sana ke mari duk angkut DSLR.
Namun faham-faham sajalah kami dengan anak kecil 3 orang ni...lepas breakfast turun balik ke bilik untuk ambil 'bekalan'.
Segala makanan, minuman dan diapers nak kena angkut juga.
Alang2 dah masuk bilik...ada lah yg ambik kesempatan masuk toilet dulu.
Waktu husband dalam toilet...pintu kami diketuk orang.
Rupanya kenalan en.suami berbangsa Arab yang in charge bahagian pengangkutan datang bagitau bas dah sampai...


Saya faham dengan baik kata-kata beliau..bererti bahasa Arab saya masih OK.
Tapi yang jadi masalah time nak reply....lambat dan tersangkut-sangkut
Rasa nak hantuk kepala kat dinding sebab rasa kesal sangat ilmu yang pernah dimiliki makin pudar disebabkan jarang diamalkan.........rugi kan?
Belajar bahasa Arab dari sekolah rendah kemudian di sekolah menengah dan masuk Universiti pun even ambik Law still terpaksa mengadap kitab2 Arab macam Fiqhul Islami Wa Adillatuh....
Tapi akhirnya...en.suami yg waktu di UIA ambil Engineering (langsung tak ada kena mengena dengan bahasa Arab) lebih fasih bertutur daripada saya...

Geram!
I have to do something to gilap balik my Arabic speaking ability.

Sementara tunggu bas depan hotel, saya tengok ada satu bas dah penuh dgn jemaah dari Turki. 
Yang kelakarnya...tapi ada satu makcik sanggup turun balik semata-mata nak ambik gambar anakanak saya
Agaknya lama dah orang2 dalam bas tu perati gelagat kami kat depan hotel tu especially anak2 saya yang macam2 kerenahnya.
Maybe sebab nampak kiut je tengok si Wifaq  berjubah berkupiah berblazer...dan anak dara dua org tu bertudung.
Lagipun tudung awning Malaysia kan stylo compared to Turki punya design.

Deretan bas jemaah Turki

Tok Mi dan Mak Tok pun duduk depan jugak..senang nak ambik gambar

Mak Tok duk layan budak2. Tengok tudung Tebi jadi besar sebab dh ada topi kt dalam dia nak pakai tudung kt luar

Kids with Tok Mi dan Mak Tok..jiran merangkap travel partner :)
Apa-apalah janji aku kenyang!

Thursday, April 12, 2012

UMRAH Backpack Part III ~ Madinah al Munawwarah


Day 3: 19 Februari, Ahad

Hari ini adalah hari ke 3 kami meninggalkan tanah air...juga merupakan hari ke 2 kami di Madinah. Alhamdulillah saya diberi kekuatan dan kesihatan untuk memulakan rutin ibadah seawal pagi di Masjidil Haram. 

Saya bangkit tidur seawal jam 4 pagi ketika suami dan anak-anak masih lena dibuai mimpi. Sejak semalam saya mohon pada suami, kali ini izinkan dan berilah saya peluang untuk fokus kepada hal-hal ibadah. Beliau sudah berpuluh kali datang ke bumi Haramain malah ada kalanya 4-5 kali dalam setahun. Jadi kali ini berilah peluang untuk isterinya pula untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala di sini. 

Walaupun alat hawa dingin sudah dimatikan, kedinginan di luar tetap terasa di dalam kamar kami. Sebetulnya musim dingin masih belum berakhir. Saya anak Malaysia sejati. Tidak selesa jika memulakan rutin harian tanpa mandi. Jam 4.30 turun keluar ke lobi hotel dan menanti Kak Nursiah di situ. Sebelum melangkah keluar saya beritahu suami yang saya nak ke masjid...beliau angguk dan menyambung tidur. Saya kurang pasti jam berapa suami tidur semalam memandangkan ada jemaah yang baru tiba jam 3 pagi.

Inilah langkahan kaki yang pertama menuju Masjid Nabawi.
Saya akan ingat saat ini sampai bila-bila.

Gambar ini diambil dari hadapan pintu hotel Elaf Taiba...sebelum melangkah ambil gambar dulu :)

Indahnya suasana apabila di kedinginan sepertiga malam ini ramai umat manusia berpusu-pusu melangkah kaki ke masjid.
Semuanya menuju arah yang sama...dengan tujuan yang sama.
Beruntungnya saya menjadi salah seorang umat Muhammad dan beragama Islam..dan berpeluang melalui pengalaman indah ini.


Subuh di Masjid Nabawi....sangat dingin...semua orang berpusu2 untuk menyembah Allah yang Esa...

Alhamdulillah anak dara saya, Rihaab (3 tahun) tak menangis ketika dibangunkan untuk ke Masjid...
Tiang-tiang Masjidil Haram yang bercahaya-cahaya...serta ukiran-ukiran indah di dinding-dinding masjid bagai menyambut kehadiran saya dan beribu orang lagi untuk sama-sama beribadat di dalamnya.
Merebut peluang mengaut ganjaran pahala yang sangat banyak...beratus ribu kali ganda berbanding ibadat di tanah air sendiri.

Subuh di Madinah sangat dingin. Saya hanya memakai jubah nipis tanpa baju panas. Sambil berjalan saya berbual-bual dengan Kak Nur yang sudah kali kedua ke sini.
Alhamdulillah ruang solat di dalam masih kosong jadi dapatlah kami masuk ke dalam.
Seperti biasa ada yang memeriksa beg di pintu-pintu masuk.
Dapatlah saya menunaikan beberapa solat sunat sementara menanti masuknya waktu Subuh...serta mengira-ngira bilakah saya akan ke Raudhah.
Subuh masuk lebih kurang jam 5 pagi.

Mesti ada yg hairan tengah solat boleh ambil gambar? Sebenarnya waktu ini para jemaah sedang solat jenazah...saya tidak menyertainya sebab dah terbatal wudhu'...huhu

Usai solat Subuh

Usai solat Subuh, saya lihat anak-anak saya Wifaq, Rihaab dan Nehal semuanya ada di lobi hotel sedang bermain-main.
Rupanya suami berjaya membangunkan mereka awal pagi dan membawa mereka solat di masjid.
Anak-anak nampak gembira betul. Nampak saya dari jauh mereka mula melompat-lompat.
Lega hati saya kerana pada mulanya terasa bersalah juga  meninggalkan anak-anak dengan suami.
Nampaknya beliau dapat handle anak-anak dengan baik sekali!
Alhamdulillah...

Kata suami, membawa budak-budak ni ke masjid serupa macam bawa artis.
Setiap beberapa langkah terpaksa berhenti kerana ada saja yang menegur dan ambil peluang mencium kanak-kanak ini.
Ada juga yang mahu bergambar.
Ada yang beri coklat, gula-gula, biskut dan air kotak.
Terutamanya jemaah dari Turki yang banyak sungguh stok biskut dan gula-gula dalam beg mereka.
Saya dapat rasakan aura kebahagiaan buat setiap orang di bumi Haramain ini.
Semua orang di sini berada dalam mood yang baik...dan sangat gembira melihat kanak-kanak di bawa bersama ke bumi yang mulia ini.

Saya lihat anak-anak lengkap berbaju sejuk walaupun hanya yang nipis. Mujur suami jumpa di mana saya simpan baju sejuk anak-anak.
Terasa menyesal juga tak bawa baju-baju tebal anak-anak yang saya tinggalkan di rumah.
Baju-baju musim dingin yang kami guna di Korea tahun lepas masih elok dan masih muat.
Alasan utama mengapa saya tinggalkan ialah..barang kami sudah terlalu banyak dan tiada ruang untuk pakaian tebal.

Suhu di Madinah berangin. Terasa sangat kulit muka dan tangan mengering secara melampau. Pedih dan tangan saya mula pecah-pecah serta mengeluarkan darah.
Tahun lepas di Korea pun saya mengalami masalah sama.
Saya ini nama je lahir di luar negara pada musim dingin..tapi lebih sesuai dengan udara Malaysia yang panas dan lembam lembap.

On the way to the breakfast room. Kebetulan bersebelahan dengan ruang makan jemaah Hizmet Turizm dari Turki...depa ni suka tengok kanak2 kot...berebut nak ambik gambar le pulak
Lepas sarapan pagi, kami berehat di bilik hotel saja. Keletihan semalam masih bersisa. Hari ni kami mahu mengumpul tenaga untuk aktiviti seterusnya.
Jam 11 pagi saya dan Kak Nur dahpun melangkah ke Masjid Nabawi.
Sementara menanti waktu Zohor, saya dan Kak Nur merancang untuk cuba masuk ke Raudhah selepas solat Zohor.
Kak Nur lebih expert, saya hanya menurut disebabkan ini pengalaman pertama saya di sini...jadi perlu merujuk yang lebih pakar.

Bertempur di Raudhah

Sebaik selesai solat Zohor, kami melangkah masuk ke dalam masjid menuju ke Raudhah.
Dalam hati tak putus-putus berdoa agar urusan kami dipermudahkan hari ini.
Kami datang dari jauh...dengan niat yang baik. Maka permudahkanlah Ya Allah.
Alhamdulillah nampaknya doa saya pantas terjawab.

Biasanya, jemaah yang mahu masuk ke Raudhah akan dikumpulkan mengikut negara.
Orang Malaysia biasanya akan disekalikan dengan jemaah dari Indonesia dan Brunei.
Dan kebiasaannya jemaah dari negara-negara seperti Turki, Iran dan negara Timur Tengah yang lain akan diberi peluang terlebih dahulu.
Namun nak jadi rezeki kami...belum beberapa minit kami duduk, jemaah Asia Tenggara dipanggil dahulu.
Tak tunggu lama, kami terus bangun dan berjalan pantas menuju Raudhah.

Raudhah~tempat himpun segala doa dan Insya Allah doa2 akan termakbul dengan izin Allah. Gambar ihsan google pic. Jemaah wanita tak dibenarkan masuk ke dalam namun masih boleh berdoa dan bersolat di kawasan Raudhah.



Makam Rasulullah SAW. (Gambar ihsan Google images)
Makam Rasulullah SAW. Sesungguhnya para Nabi dan wali tidaklah mati tetapi terus beribadat kepada Allah di dalam kubur2 mereka (gambar ihsan Google images)
Jemaah agak ramai dan sedikit berasak-asak. Tetapi masih OK selagi jemaah Turki belum masuk.
Lama kami berdiri sebaik masuk ke kawasan Raudhah.
Seperti yang semua orang sedia maklum, kawasan Raudhah ini kecil sahaja namun di sinilah antara tempat mustajab untuk berdoa.
Terharu...apabila mengenangkan di sinilah Rasulullah pernah berlegar-legar, bersolat dan melakukan aktiviti harian baginda.
Tempat ini penuh barakah.
Di sebelah kiri terdapat makam Rasulullah...ya! Di situlah jasad baginda bersemadi.
Mungkin juga baginda sedih memerhatikan umatnya yang kurang berdisiplin hingga sanggup menganiaya orang lain semata-mata untuk masuk ke Raudhah.

Pernah satu ketika dahulu ada pihak yang cuba mencuri mayat baginda Rasulullah namun gagal dengan kuasa Allah SWT.
Mungkin si pelaku menyangka jasad Rasulullah sama seperti Firaun yang rangkanya boleh dipindah-pindah sesuka hati.

Sepanjang berada di Raudhah yang merupakan salah satu taman syurga ini, berbakul-bakul doa saya panjatkan hinggakan apa saja, dan sesiapa saja yang terlintas di fikiran akan saya doakan.
Di sinilah segala doa akan menjadi mustajab dan diperkenankan Allah SWT.
Maka berdoalah sebanyak-banyaknya...
Inilah istimewanya bumi Haramain..hinggakan dalam keadaan merangkak-rangkak pun manusia sanggup datang ke sini.

Saya perhatikan masih ada juga yang percaya dengan perkara khurafat seperti menyapu-nyapu kain ke tiang-tiang yang terdapat di sini.
Kawasan Raudhah sebenarnya sempit sahaja beberapa meter antara mimbar dan rumah Rasulullah.
Ia ditandakan dengan karpet berwarna hijau lumut.
Jika tidak dapat sangat solat di sini, berdoalah sebanyak-banyaknya.

Sebaik saja berjaya memasuki kawasan Raudhah, kami berdiri agak lama di situ bagi mencari sedikit ruang untuk menunaikan solat sunat. Rupanya tindakan kami berdiri lama itu disalah ertikan oleh mereka yang bersolat di belakang kami sebagai...menjaga mereka ketika mereka sedang bersolat.
Sekali lagi, syukur alhamdulillah.
Sebaik usai solat, orang di belakang kami itu dengan pantas memanggil kami untuk masuk ke ruang yang mereka solat tadi.
Saya mengangguk dan mengucapkan "Syukran".
Agak lama juga kami duduk memohon doa sebaik selesai solat seolah-olah tiada orang lain yang nampak kami duduk berlama-lama di situ.

Semakin lama, keadaan semakin sesak.
Saya pernah terbaca dalam satu blog mengenai pengalaman mereka yang pernah memasuki Raudhah sebelum ini...apabila pintu Raudhah dibuka untuk jemaah wanita...maka akan kedengaranlah satu bunyi seperti 'stampede' seolah-olah bunyi gajah atau lembu (atau mana-mana haiwan bersaiz besar) dilepaskan dari kandang...
Tersenyum saya sebaik terdengar bunyi itu.
Tetapi bunyi tersebut sebenarnya hanya kedengaran apabila jemaah2 dari Turki, Algeria dan seangkatan dengannya merempuh masuk...

Sebaik saja mereka masuk, terasa keadaan makin sesak dan rempuhan dari belakang.
Saya peluk Kak Nur sekuat hati...sementara Kak Nur sudah melekat pada sebatang tiang.
Yang lucunya, di tiang-tiang sudah ada tali diikatkan untuk kita berpaut saat dirempuh.
Nak ketawa pun ada mengenang kisah ini.
Selepas tiang sebelah kanan, kami bergerak sedikit-sedikit ke tiang sebelah kiri selari antara mimbar dan rumah Nabi.
Kami berdiri lama-lama di situ dan berdoa sebanyak-banyaknya...

Selepas berjaya keluar dari Raudhah, kami meneruskan iktikaf di masjid memandangkan sudah hampir waktu 'Asar. Waktu itu hampir jam 3 petang.
Sebenarnya perut kami sudah berkeroncong tapi saya tahankan juga dengan air zam-zam.
Lepas solat Asar, ada program lain pula iaitu Ziarah Dalaman Masjid Nabawi...nampaknya lepas 'Isyak lah baru saya dapat makan.

Gambar ihsan kamera Kak Nursiah Junid :)
Langit biru mamayungi Masjid Nabawi
Selesai Solat Asar, suami mengarahkan para jemaah berkumput di Car Park No. 8 berhampiran Dauratul Miah Lirrijal (Men's Toilet).
Ziarah Dalaman ini diketuai oleh Ustaz Muhammad Wado..atau digelar Ammu (pakcik) Mat oleh anak-anak saya.
Ust. Mat Wado merupakan staf Syarikat Pelancongan Yaskin di Makkah dan Madinah yang merupakan penduduk tetap kelahiran Makkah al Mukarramah dari etnik Patani.


Sementara menanti jemaah Yaskin Travel yang lain datang berkumpul untuk ziarah dalaman.

Dengar taklimat.
The Zuriats (macam nama kumpulan nasyid tak...hehe)




Syahdu rasanya apabila berdiri di hadapan kubah hijau itu. Ya. Kubah hijau yang amat saya rindui itu.

Assalamualaika Ya Rasulullah...
Ustaz Mat Wado mengetuai bacaan selawat dan kami ikut beramai-ramai.
Saya beritahu Wifaq, inilah Makam Rasul yang selalu dinyanyi-nyanyikan dalam lagu Panggilan Haji itu~"Masjidin Nabawi terletak makam Rasul...Taman Raudhah tempat himpun doa".
Sekarang Wifaq sudah tahu...apa itu Masjidin Nabawi, Makam Rasul dan Raudhah.
Kebetulan, sebelum menunaikan umrah pun anak-anak saya selalu mendengar CD Panggilan Haji dendangan kumpulan Hijjaz dalam kereta.
Jadi serba sedikit mereka sudah ada basic tentang tempat yang akan mereka kunjungi ini...terutamanya doa-doa ketika tawaf.
Wifaq yang paling hafal sekali doa-doa dan nasyid2 yang ada dalam album itu.

Di bawah kubah hijau terletak makam Rasulullah SAW

Ramai orang melepak di perkarangan masjid
Jemaah dari negara lain kalau boleh makan tidur di masjid taknak balik hotel
Kak Nur posing dekat dipsenser air zam-zam. Jauh diorang angkut air zam-zam dari Mekah untuk bagi jemaah di Madinah minum free. Terima kasih kerajaan Arab Saudi.

Sepanjang ziarah, kami ditegur oleh beberapa pekerja Masjid. "Malizia?". Kami angguk. Malaysia selalu mendapat reputasi yang baik di sini. Bangga rasanya jadi rakyat Malaysia (dalam sesetengah hal).
Kemudian kami ke Perkuburan Baqi'....sekali lagi perasaan sayu melanda entah datang dari mana.
Kubur di negara Arab tidaklah ditanda dengan batu nisan seperti di negara kita. Jadi kita tidak tahu yang mana satukah ahli keluarga kita sekiranya mereka ditakdirkan meninggal dunia di sini.
Namun...alangkah bertuahnya jika dapat mati di sini...tempat di mana syafaat Rasulullah sudah pasti buat kita.


Gambar ihsan mohamadazhan.com

Serta merta saya teringat peristiwa jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkap 10 hotel Al Haram, Madinah.
Suami ada tunjukkan pada saya yang mana satu hotelnya dan di mana arwah jatuh.
Arwah merupakan sepupu kepada teman baik saya.
Sewaktu arwah meninggal dunia, suami serta beberapa staf menyaksikan kejadian tersebut.
Tetapi apa yang tidak dilaporkan media Malaysia ialah...
Tubuh arwah jatuh tidak seperti manusia biasa. Ia jatuh dalam keadaan melayang-melayang seperti bulu ayam...dan jatuh mendarat dengan baik tanpa setitik darah pun.
Subhanallah Maha Suci Allah.
Yang pasti, arwah pergi di tempat yang mulia.
Nasib kita bagaimana pula?

Selesai ziarah dalaman, saya sudah lembik benar akibat tidak makan tengahari.
Jadi kami semua berjalan kaki (termasuk Kak Nur dan Abg Mi) pergi membeli Nasi Arab dan jus buah versi Arab yang sangat pekat lagi manis.
Waktu itu sudah hampir Maghrib.
Pergi ke kedai pertama, jualan sudah dihentikan. Kedai akan ditutup apabila tiba mastu solat.
Kami cepat-cepat ke kedai kedua dan suruh suami membelinya..kerana beliau lebih fasih berbahasa Arab berbanding saya...dan beliau boleh bertutur dengan cepat, itu yang paling penting.
Saya dan Kak Nur bersolat Maghrib di bilik saja hari ini...dan suami pula ke Masjid.

Pulang dari Masjid, suami bawa pulang bermacam-macam jenis aiskrim sebagai meraikan permintaan saya yang asyik meminta aiskrim sebaik tiba di bumi Saudi ini.

Sepatutnya selepas Isya', jemaah Yaskin akan dibawa secara rasmi oleh Ibu Ririn (salah seorang staf berbangsa Indonesia yang menetap di sini) masuk ke Raudhah.
Tetapi kerana keletihan, saya terlena sebaik selesai solat Isya'. 
Kempunan saya nak bertemu Ibu Ririn yang selalu disebut-sebut suami saya.
Kami dahpun membelikan oleh-oleh buat beliau dari Malaysia...dan suami mahu perkenalkan saya dengan beliau, namun belum rezeki hendak bertemu.


OK Samapai sini dulu. 
Tungu next entry OK?