Sebenarnya selagi tak buat entry ni...selagi itu akan rasa bersalah. Sekarang pengantin baru masih lagi hangat malah baru balik dari honeymoon last week...maka molek benarlah entry ini disiapkan sekarang.
Cousin yang paling rapat...merangkap adik kandung saya, Khalil sudah selamat bernikah pada 14hb September 2013 (ye kot? Akak kau ni ingat2 lupalah....mujur tak tunggu lagi lama...kalau tak lupa terus...).
Nikahnya malam di Ayer Molek, Melaka. Pada pagi itu...encik suami saya pun telah selamat fly ke bumi Makkah atas urusan kerja. Memang selalu macam ni. Asal ada je orang kenduri dia pun takde. Selalu sangat kena attend majlis tanpa suami di sisi...
Pagi jam 7 lepas hantar encik suami ke KLIA kami pun terus la menuju ke Melaka. Padahal nikahnya malam. Boleh check in di homestay pun jam 3 ptg. Tapi sebab banyak tempat nak dituju kat Melaka maka tak kisahlah sampai awal pun. Lagipun nak elak jam dekat Seremban.
Jam 9.30 pagi kami sampai Melaka. Pergi cari sarapan. Sebenarnya jam 11 pagi kami dah janji dengan penyewa di Alor Gajah nak datang ziarah. 2 in 1..ziarah sambil menjenguk rumah yang disewakan. Karang kalau cakap nak cek keadaan rumah ketar lutut pulak kan...
Ayahanda saya pernah bertugas di UITM Lendu selama beberapa tahun sebelum ni. Instead of menyewa...beliau beli terus rumah kat Melaka habis cerita. Sebab kata beliau, menyewa pun keluar duit...beli pun keluar duit. Jadi lebih baiklah keluar duit dan jadi aset terus. Kalau tak silap rumah di Melaka ni ayah taruk nama saya...(@_@ lupa....).
Sementara menanti jam 11 pagi....demi nak membuang masa terlebih dahulu...kami lepak2 dekat muzium Alor Gajah~yang selama ni tak pernah pun aku perasan kewujudannya.
Antara koleksi wide shawl yang saya miliki dari Effa Elegance Scarf:
Hok ni macam yang saya pakai di atas: Candy Tribal |
Candy Tribal |
Spring Flower |
Kaffe Paisley |
Kaffe Paisley |
(ni kes malas nak buat entry khusus pasal Wide Shawl...)
Maka masuklah kami ke dalam dengan bayaran RM5 untuk melihat sejarah Alor Gajah. Oklah jugak since anak2 saya yang bertiga ni memang tak pernah jejak kaki ke muzium pun. Sempat la jugak bergambar dengan meriam...
Apa kelas kan kalau pergi Melaka takde gambar dengan meriam. Yang herannya anak sulung saya taula pulak itu meriam walhal nilah first time dia melihatnya.
Lepas tu jam 11 gerak ke rumah penyewa. Penyewa ni rupanya muda 2 tahun dari saya. Mula2 dia berawak2 je....last2 dah tau saya ni lebih tua maka terus tukar status jadi 'akak'....
Jam 12 cousin saya Siti dari Johor call bagitau yang beliau dah sampai Ayer Keroh tapi tak tau yang homestay boleh cek in jam 3 petang. Terpaksalah makcik ni tidur dulu dalam kereta. Akhirnya kami bertemu di homestay.
Family saya sangat ramai sebenarnya. Yang datang rombongan kali ini baru 15 biji kereta....ramai lagi yang tak dapat hadir. Kami semua tinggal di homestay sama~Rumah Rehat Umbai....banglo 5 bilik. Cepat2 aku cop bilik yang ada aircond....
Malamnya Khalil nikah. Khalil dan saya memang rapat sejak kecik lagi. Sampai besar ni pun...kalau ada apa2 hal Khalil banyak membantu. Sampaikan rumah saya pun Khalil jugalah yang mengecatnya. Memang budak ini tak berkira langsung kalau diminta bantuan. Oleh itu..kakakmu ini by hook or by crook nak jugak datang tengok Khalil nikah...walaupun 2 minggu sebelum tu ditimpa musibah sehingga terlantar tak boleh nak buat apa.
Alhamdulillah luka cepat sembuh...maka Allah SWT perkenankan jugak hajat saya nak pergi Melaka untuk wedding Khalil and Murni.
My cousin....and my new cousin (^_^) |
Esoknya majlis resepsi jam 2 petang. Sebelah kami sempat merayau2 sekitar Bandar Melaka. Inilah sebenarnya first time saya betul2 jadi pelancong di Melaka. First time naik muzium Samudera...first time jugak naik Menara Taming Sari. Sebelum ni hanya lalu2 saja.
Plan asal nak menginap di Casa Del Rio....sambil menikmati pemandangan indah Kota Melaka. Tapi disebabkan encik husband tiada maka segala rancangan ditunda....bukan dibatalkan ye! (^_^).
Kami ronda Kota Melaka dengan cousin saya Ammar dan emaknya Makcik Aminah together with anak2 saya dan 2 orang cousin sebagai escort. Cuaca sungguh nyaman...hujan renyai2 pulak tu....sampai2 terus singgah beli payung untuk kanak2. Lepas turun dari Muzium Samudera...saya singgah shopping lagi beli Gula Melaka, Tudung Saji (yang dekat rumah sudah hancur budak2 buat sampan....@_@)..dan dalam perjalanan pulang ke Ayer Molek singgah pulak gerai tepi jalan beli bakul laundry. Stok cencaluk masih banyak kat rumah jadi tak terasa pulak nak beli.
Tebi yang tak mau dipegang...nak jalan sendiri tapi melelong2 ke tengah jalan...haru betul |
Benda2 yang dianyam ni memang my feveret okay....
Sangat2 suka...
Pernah tengok kat hotel mana entah semua benda dalam bilik hotel guna bahan2 yang dianyam macam bakul. Sangat cute!!!
Till then....Selamat Pengantin Baru Mohd Khalil dan Zahidatul Murniza. Semoga berbahagia ke akhir hayat kalian. Akak sayang korang. Kalau sebelum ni pergi mana2 Khalil tukang jaga anak2 saya...harap2 lepas ni anak2 saya dapat kawan baru pula (^_^)
Isteri Khalil bukan calang2 orang. Seorang Engineer graduan universiti dari German okay. Tetapi sangat humble dan sempoi orangnya...dan cantik jelita pula.
Untunglah.......
~Sekian~
No comments:
Post a Comment