Cakap tentang online shopping ni....rasa bersinar-sinar bijik mata.
Saya suka online shopping kerana dua sebab. 1) Tak perlu keluar bersesak-sesak...(dan tak payah bawa anak) 2) Boleh dapat benda2 dengan design yang unik dan sukar ditemui di luar....
Tapi encik bos saya tak berapa prefer online shopping sebab katanya barang jadi lebih mahal disebabkan kos pengeposan.
Saya ni kira online shopper tegar juga. Si Tegar pun tak tegar macam saya...oleh itu saya yang dulu memang bukan saya yang sekarang. Sebab dulu..dulu dulu...saya jarang online shopping...sejak akhir2 ni je agak extreme terutama di kala stress.
Sampaikan adik posmen yang hantar parcel pun dah tak kuasa tanya nama dan no IC. Nampak je muka saya keluar pintu terus hulur kertas suruh sign....hohoho. Segan jugak sebenonya.
Lately kakak jiran sebelah pun perasan yang saya suka online shopping sebab hampir setiap hari ada parcel sampai. Satu hari Kak D (jiran sebelah) tanya saya selalu beli apa atas talian? Saya kata macam2lah.
Adik Kak D minta Kak D tanya....mana saya beli tudung anak2 saya yang cantik2 tu? Oh jawapannya tentulah online shop juga.....kalau tak boleh jumpa yang memuaskan hati di physical shop.
Semalam saya nampak jiran sebelah pun terima parcel...mula2 ingatkan posmen tu nak ke rumah saya...rupanya ke rumah jiran sebelah.
Ada orang sudah terjebak nampaknya.
Seorang sahabat saya pernah cerita pengalaman buruknya mengenai online shopping.
Sebenarnya kalau nak online shopping tak boleh semberono.
My experience, saya hanya akan beli online sekiranya di dunia fizikal saya sudah biasa dan maklum dengan kualiti sesuatu produk. Kalau berdekatan, seboleh mungkin pergi jenguk physical shop...pegang dan lihat produk itu sendiri. Dengan pergi tengok sendiri at least kita sudah ada general idea bagaimana rupa produk....tekstur....pengurusan kedai tersebut sama ada boleh dipercayai atau tidak.
Biasanya kedai2 yang popular punya reputasi yang baik dan kurang kemungkinan kita ditipu. Tapi juga tak semestinya kedai2 yang kurang popular tak bagus...
Setakat ni pengalaman saya alhamdulillah...mungkin sebab membeli dengan penuh hati2 dan setelah berfikir panjang...dan membelek betul2 produk yang dijual.
Contohnya kalau nak beli dress atau shawl...baca betul2 description yang tertera...material..saiz...warna...syarat2...dan silalah jadi pembeli yang jujur dan amanah agar nama anda tidak di blacklist.
Kalau anda agak particular dari segi warna pakaian....sebolehnya belek produk menggunakan PC atau laptop dan jangan guna smartphone. Sebab resolusi warna di smartphone lebih tinggi dan warna berkemungkinan jadi sedikit terang dari warna sebenar...biasanya di PC atau laptop warnanya lebih pudar.
Kebiasaannya tokey kedai akan jelaskan bahawa actual colour might slightly differ...jadi pandai2lah mengagak warna sebenar dan jangan pula salahkan tokey apabila barang yang sampai tidak menepati kehendak kita.
Apa-apa pun...the key is berhati2 dan berfikir panjanglah sebelum membuat keputusan membeli apa2 produk. Belek dan telek habis2 because it's your right to have the best product....
Berikut adalah online shop yang selalu saya terjah dan Insyaallah pemiliknya jujur (sebab saya tak ada akaun Maybank untuk transfer secara online dan biasanya tokey2 ini akan pulangkan duit baki dalam parcel. Kesian kan saya....husband tak bagi buka akaun Maybank sebab takut duit lebih cepat habis....guna cash deposit pun bukan main gigih..kalau ada akaun Maybank tak boleh nak imagine kesannya...hahahah).
Husband ada akaun Maybank...dan kadang2 saya minta beliau yang bayar. Anggap saja sebahagian dari nafkah, hujah saya. (*_~).
Shawl, Wide Shawl, Big Shawl and Tudung Labuh:
FB Rina Salleh Clothing (RSC) - butik fizikal: Seksyen 7, Shah Alam.
FB FlowyHijabist
FB Shawlbyvsnow
FB Big Shawl Effa Elegance (Effa Elegance Scarf)
FB Leya Rahman House of Fashion
FB Kedai Tudung Labuh Ibu Humaira'
FB Proper Hijab Collections
FB Syazara
FB Butik Inspirasihana
FB Bikaya.com
FB NEDA
Baju Kurung
FB Hijrah Couture - butik fizikal: Kompleks PKNS, Shah Alam.
Dress and Maxi Dress and Cardigan
FB Eight Design Boutique (EDZ) ~ butik fizikal: Seri Bangi Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
FB Kedai Tudung Labuh IbuHumaira'
FB Cattleya (Cattleya Couture)
FB Hijabs...Love at First Sight
FB Maxi.Dress.Republic
FB Rina Salleh Clothing (RSC)
FB thepoplook.com
Telekung Colourful:
FB Telekung Lycra
FB Muslimah Attire (Salsabeela Muslimah Attire)
FB Mia Mikhail
Kain Cotton:
FB D'amanicottontherapy
FB Cottonlicious
Buttons:
Buttonplanet
Girl's Dress:
FB Fathiyah's Dreams
FB The Jellikids
Girl's Hijab:
Butik Alesya
Fathiyah's Dreams
No comments:
Post a Comment