"To do a really good interview, you have to be truly interested in the person"
~Daisy Fuentes~
Alhamdulillah done with the research interview yesterday.
Interview semalam bukan first time sebenarnya. Sebelum ni dah pernah interview officer from a private company related to my research. And yesterday the other one, another private company.
Sorry to say lah ye....tapi memang jauh bebeno bezanya prosedur nak interview private sector dan government sector. Dah 2 kali interview private sector. Once kita call, diorang akan send email and an interview session is arranged by their secretary. It took only 1-2 days and tetiba dan set date untuk interview session....
Dah 2 kali juga try contact govt sector....sampai sekarang payahnya nak dapat reply dan set date.
Saya nak cerita pasal interview session semalam yang sangat wonderful.
My PhD journey banyak menemukan dengan insan2 berjaya yang sangat wonderful dan down to earth. And I am so glad Allah sent them to me to make the journey even smoother. Alhamdulillah.
Interview semalam sedikit berbeza dengan interview sebelum ni (last year). Sebelum ni hanya interview pegawai kecik...a nice Chinese lady yang sangat cooperative. She even came to my house sebab kebetulan dia memang berada di area berdekatan on that date. So the interview went in my own house....(^_^). Allah dah banyak mudahkan urusan saya.
Interview semalam went smooth as well. Bezanya: kali ni nak interview pegawai besar....the Director of Clinical Research.
Masa mula2 survey sape yang saya nak terjah untuk interview....rasa teragak2 sebab the company ada 3 directors. Setelah memilih antara 3 orang, the Director of Clinical Research yang paling relevan sebab pada agakan dan pengamatan saya mestilah beliau yang paling ada hands on experience dalam bidang itu.
Prosedurnya sangat cepat. I just gave them a phone call. The receptionist directed me to the Secretary. Then petang tu the Secretary terus suruh send emel. Lepas emel, esoknya terus set date. And semalam...Alhamdulillah dah selesai.
The Director yang saya interview semalam datang dari India. Sebelum datang dah google habis-habisan mengenai beliau dan institusi yang beliau ketuai itu.
Ada 9-10 soalan semuanya.
Sehari sebelum interview tu, disebabkan sibuk macam2 hal baru teringat: nanti nak record conversation tu guna recording device apa? Another question, zaman lani orang record guna apa ye?
Hhohohoh. Nampak sangatlah aku ni kuno....
Jam 5 petang baru keluar p kedai letrik sekitar Bangi duk cari recording device. Kalau zaman dulu ada la tape recorder. Cari punya cari, takde satu kedai pun jual sebarang recording device apatah lagi tape recorder.
Rasanya kebanyakan orang sekarang guna gajet canggih manggih macam iPhone, iPad, Tab atau smartphone je. Malangnya saya yang primitif ni takde semua itu.
Dalam pencarian kami tu, nyaris2 dah nak keluar duit terbeli iPad atau Galaxy Note...tapi lepas diskus panjang dengan suami eloknya tak payahlah dulu. Saya duk risaukan anak2 sebenarnya. Kalau dh ada benda2 tu semua haruslah budak2 tu asyik nak main game dan kurang masa dengan buku...macam lagi banyak keburukan dari kebaikan je.
Memang ada yang kata, dia boleh gak baca buku kat iPad. Sebenarnya adalah sangat tidak baik biarkan anak2 selalu sangat main gajet2 tu semua sebab ada kesan radiasi. Dan juga akan menjejaskan hubungan dan komunikasi sesama manusia....saya lagi rela bawak bebudak ni keluar bersama2 atau habiskan masa dengan main board games macam Monopoly, Saidina, Scrabble. Vocable etc yang mendidik anak2 ni berinteraksi dengan baik dengan orang lain.
Akhirnya....saya hanya beli Sony Walkman kaler pink sahaja seraya menambah lagi koleksi barang2 pink saya. Dari laptop, handphone sampailah ke walkman pun nak pinky jugaaa.
Rasa macam dah tua sangat bila tengok alahai keciknya walkman zaman sekarang ni. Besar tapak tangan je. Zaman dulu2 masa saya form 3 pernah la beli walkman jenama SONY yang besar gedabak itu (tapi masa tu tak pulak rasa gedabak kan...) sambil mendengar lagu2 Barry Manilow (forgive my old fashion music sense...saya suka lagu lama2 yang liriknya jelas dan punya pengertian....). Pelik ke budak form 3 dengar lagu Barry Manilow dari era 70-an?
So, back to the interview story....
Kalau takde husband tak taulah interview ni boleh terjadi atau tak. Dalam hati rasa cuak dan macam2. Tapi husband banyak membantu....walaupun dia tak faham research PhD saya mengenai apa sebenarnya (dan saya pun tak kuasa nak explain..hehe) tapi beliau banyak kasi moral support contohnya tolong drive ke tempat yang saya nak pergi...dan tunggu sampai selesai interview session.
The interview session diadakan di salah satu building di Technology Park Malaysia. First time sebenarnya saya menjejak kaki ke kawasan ini.
|
Welcome to TPM. Ada banyak company dalam ni rupanya |
Rasa asing dan pelik tengok insan2 yang ada dan bekerja dalam kawasan ni. Macam...peliklah tak tau nak habaq camne. Muka nerd2 dan bijak pandai semuanya. Tiba2 terbayang anak sulung saya Wifaq yang very particular dan skema macam agak sesuai kerja dalam lab dan kawasan begini. Agaknya selalu tengok kuman dan cell je sekali tengok ada orang asing yang muka tak berapa nerd diorang macam menghadapi alarming situation...
Saya tengok diorang pelik. Diorang tengok saya pelik. Tapi my husband budak Engineering ada kaitan sikit2 dengan Sains so mesti tak pelik sangat.
Dalam TPM ni ada banyak sangat company2 yang berkaitan bidang sains dan biotek. PhD research saya adalah bidang Law yang berkait rapat dengan Medic, Science and Biotech....sebab itulah saya perlu ke sini untuk dapatkan data dan maklumat.
|
Ada Inkubator tuu... |
Oh ye...astro pun terletak di sini tau. Masa lalu depan buidling atsro tu terjenguk2 jugak kot2 boleh nampak retis ke...kalau tak nampak Remy Ishak, Pahrin pun ok hihi. Anak2 saya kalau nampak muka Remy Ishak atau Fahrin Ahmad kat TV diorang cakap: "macam baba la". Wauu anak2 saya membuat saya percaya bahawa encik suami saya adalah kombinasi wajah Remy dan Fahrin.....except versi yang lebih warak (*_^)
Well actually, kebanyakan data saya sudah ada...it's more to nak kuatkan hujah dan confirmkan apakah data yang saya miliki itu tepat.
Bagi seorang yang takde scientific background, masa mula2 dulu memang rasa payah sangat tapi saya sangat suka cabaran ini. Now, dah absorb dah dengan medical and biotech terms...bila orang sebut je saya dah tau apa dia. Eh tetiba je perasan jadi budak Sains and Medic...hehe.
Saya sampai agak awal semalam. Sempat ziarah toilet dulu. Dalam bag ada DSLR, konon2 nak la curi2 snap gambar signage sebagai proof dah sampai sini. Sekali lepas snap baru tau...cameras are strictly prohibited dan...alamak ada CCTV. Berdebor jugak. Dalam kepala duk terbayang tetiba ada je pegawai2 keselamatan duk kejar saya atas kesalahan mengambil gambar..mampuih!
Masuk ke main office, jumpa receptionist. Duduk kejap dalam 10 minit baca suratkabar omputeh (takkan jumpa suratkabar Melayu sbb company ni dari India dan dianugerahkan Bio Nexus status oleh Govt of Malaysia okay...hebat tak hebat tu).
|
I went to this company... |
Tak lama lepas tu, diorang pun panggil masuk bilik Dr. Das.
Apa yang boleh saya katakan, he was so humble and kind. Dia jawab semua soalan saya slowly and carefully knowing that I come from legal background. So apa je benda2 yang saya tak faham semua saya tanya terus....
Saya minta izin beliau to record the conversation. So saya letak je my cute pinky sony walkman atas meja beliau sementara saya mencatat sikit2.
|
Sekarang netbook pink dah ada kawan pink jugak...welcome to the club Sony Walkman |
His explanation was very clear. Alhamdulillah I got all the information I wanted to know. Cuma yang tak bestnya aku ni ha yang tak berapa pakar dalam interview skill. Tersekat2 dan kadang2 xtau camne nak soal...sebab kadang2 rasa nak menyoal benda2 yang takde dalam list for further clarification.
Harap2 takdelah beliau kutuk daku di dalam hati...........ngehehe
Habis je interbiu tu...saya pun kasilah souvenir yang tak seberapa berbalut dalam kotak comel kaler emas dan diikat riben emas. Sebenarnya kotak tu kebas kotak isi duit syiling si Wifaq. Abisla kalau lepas ni dia cari....hohoho
Dr. Das kata laaaa kenapa susah payah nak bagi souvenir ni? Saya tak kisah pun (selepas ditranslate mengikut bahasa kampung hik hik).
Lepas tu, he said...nanti kalau dah siap tesis please bagitau beliau apa outcomenya. He would like to know.
Saya pun mintak izin beliau...boleh tak kalau lepas ni saya nak contact beliau kalau perlukan apa2 bantuan. He said of course and terus kasi biz card for me to keep. And he asked me to leave my contact number....manalah tau kot2 lepas ni nak nak ambik saya jadi Legal Advisor ke kan...hahahaha berangan. Sanggup ke nak kerja dengan company ni silap2 kena hantar pi India meraung....
Overall, the interview went very well.
Cuma yang rajinnya nak extract balik segala point dalam interview tersebut...
Good luck to me.
*On the way nak balik rumah~anak2 call. Masing2 nak bercakap:
Wifaq: "Mama tadi Ipak dapat jawab soalan ujian Feqah...tapi tak taulah dapat markah 100 ke tak" (Amboi tingginya target....amin)
Rihaab: "Mama nanti belikan Honey Star ye nak bawak bekal pegi sekolah esok (Honey Star-----> Nestle--->produk Al-Yahud...haruskah ku belikan juga?) ni mesti pengaruh kawan kat sekolah ni
Nehal: "Mama...mama kat mana? Mama nak balik pukul berapa? Tebi pun nak Honey Star jugak...".
Singgah kejap nak makan kat restoran Azura kat Bandar Baru Bangi. Bengkek je rasa. Dahla perut lapar tak makan nasik satu hari. Budak yang ambik order tu tanya nak air apa? Lepas mintak air dia berlalu pergi langsung tak tanya nak makan apa. Pastu panggil pun dia tak dengar (atau memang buat dek..?). Takpelah...redha. Yang penting intebiu dah setel dan senang hati lalalalalala (^_^)
Sekian.
|
hihihi |