Thursday, June 23, 2011

Kembara Sonata Salju Korea 2011~Part 2

DAY 2 in Korea~ Tuesday 15/3/2011

Alhamdulillah kami tidur lena disebabkan keletihan dan kedinginan.
Memang ada morning call dari front desk jam 5.30 pagi tapi lepas solat Subuh semua tidur balik. 

Rupanya si Khalil kat bilik sebelah dah siap bukan main awal. Kami, dahla bangun lewat...nak siapkan anak2 lagi satu hal. Sejuk sejuk pun nak mandi jugak sebab rasa tak selesa. Jam 7 pagi baru mandi.

Dalam sejuk-sejuk tu, degil nak mandi jugak jugak...
Walaupun tahu tak berapa elok mandi time2 winter begini...nanti boleh terkena arthritis...tapi org Malaysia tak biasa tak mandi...rasa semacam je bila sehari tak kena air.

Suhu hari ini ialah 1C. Brrr...rasa macam duduk dalam freezer!
Ikutkan hati macam malasnyeee nak keluar pegi jalan2
Rasa nak tarik duvet dan tidur sebab tak tahan terkena angin sejuk. 
Paling tak tahan bila bibir terasa numb sangat2...
Lain nak dicakap, lain yang keluar...Subhanallah.
Sehari entah berapa kali apply lip balm. 

View depan hotel. Cool morning breeze!

Semalam Mr. Jed dah bagitau yang breakfast tak ada pagi ni. Jadi kami keluar cari breakfast dan checkout hotel terus.





Untuk pengetahuan, selama 5 hari disini kami duduk di hotel yang berlainan. Jadi setiap pagi kami akan keluar dan angkut beg terus.
Bayangkanlah kami yang terpaksa angkut 4 biji beg ni...tak termasuk beg galas yg diisi segala mcm diapers..susu dan biskut
Mujur Wifaq dan Rihaab berkongsi beg. Memandangkan beg semuanya bersaiz gedabak belaka.







Rumah orang Korea di kawasan luar bandar





Dah siang baru perasan, rupanya Incheon ni adalah sebuah pulau. Perjalanan ke kota Seoul ambil masa lebih kurang 1 jam. Pemandangan sekeliling cantik...ada kapal-kapal besar...kebanyakannya ada tulis HYUNDAI.




Train yang menghubungkan Incheon dengan bandar2 lain
Incheon Island
Disebabkan semalam Mr. Jed dah informed yang hotel tak sediakan breakfast, so dia bawak kami pegi breakfast kt satu fastfood restaurant yang dia dah pastikan tiada bahan-bahan tak halal.

Mula2 ingatkan agashee (cik) ni nak lintas jalan, rupanya dia yg jaga lalulintas. Tengoklah uniform, stylo!


Khalil (cousin), me *yang berlagak taknak pakai wintercoat~hanya sarung pink trench coat (yang tak iron) and blazer saja* and my kids
Jadi pagi ini kami pergi breakfast di satu restoran fastfood namanya Lotteria. Restoran ni tertelak dalam bangunan Gimpo International Airport.
Terdetik dalam hati, dekat sinilah orang selalu ambil flight untuk ke Jeju Island.

Breakfast kat Lotteria. Tawakkal.
Tapi saya hampir pasti yang takde rezeki kami nak ke Jeju...disebabkan kekangan masa dan kalau nak ke Jeju, terpaksa cancel plan nak ke Mt. Seorak. Oh tidak!
Antara pulau dan gunung...saya lebih rela melepaskan pulau! *walaupun pulau Jeju tersenarai antara new 7 wonders of the world*

Dengan penuh alert kami baca menu yang ada dibantu Mr.Jed.
Seperti mana orang Jepun, jangan risau kita takkan ditipu. Kalau ada bahan2 yang kita tak boleh makan...diorang akan beritahu kita.
Ini satu sikap terpuji orang Korea. Mereka jujur dan amanah dan perkara ini memang berakar umbi dalam budaya kehidupan harian mereka.
Tak macam kita di Malaysia yang konon2nya Islam tapi logo Halal pun sanggup tipu!

Kat Lotteria ni, kami terpaksa tawakal je. Itupun Mr.Jed panggil suruh tengok sendiri apa yang kami boleh makan dan tidak.
Lotteria ni xserve khinzir...alhamdulillah..
Kami cuma pilih fried sweet potato (potato bersaiz XS yang sangat manis dan sedap), french fries and shrimp burger je untuk lapik perut sementara menanti makan tengahari di Seoul. 
Air pun air mineral je. 
Tak risau bab makan sebab dalam stok beg makanan ada banyak air kotak. 

Seperkara paling mencabar ialah bila si Nehal nak breastfeed. Aduyai nak menyelak berlapis2 pakaian punyalah seksa.

Ayah saya (yang sangat particular bab makan) pulak dah mula buat muka. Perut lapar tapi hati was was.
Kami makan dan ayahanda tahan lapar.
Sebenarnya saya memang dah google dan tanya pengalaman mereka yang dah pernah ke sana sebelum ni, memang ada tempat2nya yang kita boleh makan dan tak payah ragu2.
Tapi saya malas nak explain dengan ayah.
Contohnya macam Lotteria ni dia cuma serve seafood dan ayam goreng. Tak ada khinzir.
(Kesimpulan: Klu nak mudah cari makanan Halal, tinggal di Seoul saja. But what's the purpose of travelling kalau semuanya nak mudah saja kan? 
Travellers want edventures...in fact they me seek adventures.


Purak2 snap si Khalil walhal nak snap 2 orang Korean pilots nun di belakang sana.


Mula2 anak saya Wifaq sibuk nak makan ayam goreng.
Tapi saya slow talk...saya kata, kita sekarang kat negara bukan Islam jadi ayamnya tak sembelih...tak sebut nama Allah. Tak halal.
Lepas tu saya suruh dia cari sendiri ada tak logo halal macam yang kita selalu nampak kt Malaysia?
Akhirnya Wifaq akur. "Ooo tak halal ye...tak boleh makan nanti masuk neraka. Okay Wifaq nak fries je...".
Alhamdulillah si anak memudahkan urusan kami hari ini.

Tengah makan tu, kami nampak ada satu pasangan Melayu duk terjenguk2 dari luar macam tak sure nak masuk ke taknak.
Bila nampak kami barulah diorang masuk.
Kami bertegur sapa. Rupanya si isteri baru je sampai dari Malaysia datang bercuti nak jumpa suami yang baru je beberapa hari ditugaskan bekerja di Incheon.
Si isteri baru sampai semalam. Si Suami pulak masih belum mahir selok belok di Korea.
Seronoknya jumpa orang Malaysia!
Seronok jumpa orang Malaysia yang ramah.
Diorang pun konfem seronok jumpa org Malaysia yang over-ramah macam kami.

Kagum dengan kesungguhan Mr. Jed melayan kehendak kami. Malam semalam mula2 sampai nampak macam bolayan je Mr.Jed ni...tp hari ni OK. Terover OK.
Saya agak Mr. Jed ni x mandi pagi...dan nampak macam bangun2 tdo terus je tunggu kami kat lobby. Dalam hati mcm nak cakap...awak nampak busuk la Mr.Jed! Hewhewhew
Biasalah winter time camni memang local people tak mandi...(eiii xrimas ke...)

Saya perasan jenama LOTTE dan SAMSUNG adalah dua jenama yang sering kelihatan di mana-mana kat Korea ni.
Mungkin dua jenama besar ini saling bersaing.
Rasanya LOTTE WORLD (tempat shooting drama Stairway To Heaven tu) pun dimiliki oleh Lotte group ni jugak.


Sebaik je habis makan, saya tengok semua orang lain dan Mr.Jed ambil semua sisa pembungkus makanan, masukkan ke dulang dan humban dalam tong sampah khas.
Oh??? Rupanya style di sini...fastfood restaurantnya berkonsepkan self service.
Maksudnya, kau reti makan maka retilah kemas dan buang sendiri sampah sarap.
Bagus betul. Orang Korea memang berdisiplin. Maka amat sesuailah restoran yang berkonsep sebegini.
Kalau kat Malaysia boleh tak nak buat macam ni?
Boleh ke orang kita mematuhinya?
Sedangkan di tempat yang DILARANG MEMBUANG SAMPAH pun ada sampah...inikan pula.....well...lu pikirlah sendiri!

Saya rasa hampir semua benda la canggih termasuk toilet. Kalau kat malaysia, nak tau toilet occupied ke tidak, tengoklah dekat selak pintu tu. Itupun kadang2 jammed takleh nak tengok.
Dekat sini, nak tulis OCCUPIED pun computerized. 
Lepas tu, WAJIB ada make-up area. Siap cermin besar, sikat, counter top untuk letak make-ups...cuma cosmetics je dia tak sediakan.

Ambik kau tempat bermekap sakan macam kat hotel kan? Padahal ini cuma public toilet dekat airport je pun.
Di sini, saya nampak depa tak berapa nak heran dengan bayi dan kanak2.
Tak mcm di Beijing last year ke mana2 kami pergi ada yang mencuit dan kerumun Rihaab *masa tu Rihaab baru 5 bulan dan terbaring je dalam stroller*


Mr. Jed kata populasi rakyat Korea Selatan semakin drop kerana most of the teenagers tak nak kawin dan tak nak anak. Cuma tahu nak enjoy saja. Ruginya.
Patut pun dekat kawasan luar bandar susah betul nak nampak pedestrian berjalan di tepi2 jalan. Seolah2 tak ada orang.
Tanah banyak yang terbiar kosong. Rumah dan bangunan jaraknya jauh2. Saiz tanah luas tapi saiz bangunannya kecil2 (seolah2 kos membuat rumah sangat mahal).
Jadi, kerajaan Korea buat satu polisi mana-mana keluarga yang ada 2 orang anak dan ke atas, kerajaan akan tanggung segala perbelanjaan keluarga itu.
Macam tu sekali.... 

Sebaik je mula masuk ke kota Seoul, nampak Han River di sebelah kiri.
Han River ni macam nadi utama kota Seoul. Namanya sungai tapi luas macam laut.
Dari jauh nampak jambatan besar merentasi sungai.

Han River *google pic* masa ni pakai kamera murah jadi malas nk snap pic tengah bergerak konfem blur
Han River at night *google pic*


Lepas breakfast kami ke Gyeongbok Palace tapi kami cuma jalan kat sebelah luar je sebab tutup pulak on Tuesday. 
Hai Mr. Jed ni kata dh 10 tahun bawa tourist takkan tak ingat lagi kan.
Gyeongbokgung palace ni istana lama yang rupanya ala-ala yang dalam drama Jewel In The Palace...The Princess Man tu.
*Tapi sebelum saya ke Korea saya tak berapa follow Jewel In The Palace. Banyak kali tayang tapi tak sempat nak follow. Awal tahun ni (2012) barulah saya betul2 kenal watak Janggeum dan Min Jungho yang ensem ala-ala Imam Muda itu*
Sempat la jugak kami tengok guard changing ceremony di tengah2 kota Seoul tu.
Ala yang macam dalam Jewel In The Palace tu *terbayang wajah kudus Min Jungho*


Gyeongbkgung Palace *pic by bayimages.net*




Guard changing ceremony*pic by bayimages.net*
Kami dah pun berada di kota Seoul. Alhamdulillah.
Kota yang moden dan ramai penduduk.
Sempat kami tengok film shoot dekat tengah2 dataran tengah2 kota2 Seoul tapi tengok dari dalam kereta je...drama apa agaknya ye? Sape heronya?




shoplots


Lepas tu kami straight ke Itaewon sebab ayahanda dah lapar sangat dan nak makan sangat-sangat.
Itaewon adalah tempat ramai Muslim berkumpul. Ada banyak restoran Muslim dekat sini. 
Masjid terbesar di Seoul pun ada di sini. Seoul Central Mosque, Itaewon.


Lorong-lorongnya kecil-kecil dan berbukit. Restoran dan kedai-kedai pun comel-comel tapi sangat banyak kedai Halal di sini.
Heaven!
Yang seronok, bila kita berjalan je ada je yang bagi salam ^_^ sama ada dari rakyat Korea sendiri atau orang luar yang berhijrah ke sini macam orang India dan Pakistan.

Qiblat direction *malas rotate*

Direction to Wudu' area. Jauh kat bawah.





Seoul Central Mosque, Itaewon

Waktu berjalan ke tempat wudhu', terjumpa beberapa orang Melayu dari Singapura. 
Sorang tu budak perempuan dalam usia sekitar 18-19 tahun kot dengan cousin dan makcik2 datang ke Seoul untuk jumpa ayah. 
Ayahnya kerja sebagai captain kapal...yang selalu memilih untuk berlabuh di Seoul. Jadi budak ini dah banyak kali datang ke Seoul. Bestnya!
Di sini juga ada Islamic School. Prince Sultan Bin Abdulaziz Islamic School.
Comel je tengok anak orang Islam Korea berlari-lari. Ada sorang tu nama Sumayya *saya terdengar cikgunya panggil*

Prince Sultan Islamic School...untuk anak2 Muslim Korea..


Tengok topi dia...cute kan?


Sebenarnya rule di sini dilarang ambik gambar sesuka hati...tapi ku snap juga curi2...


Kami makan di restoran Pakistan, Wazwan namanya 
Bukanlah makanan tersedap di dunia tapi sebab lapar bedal sajalah. Itu rezeki kami hari ini. Syukur dapat jugak makan nasik!
Sementara tunggu makanan siap, ayahanda dan suami berjalan kaki ke Salaam Bakery memborong roti. 
Di sini ramai warga Pakistan dan India merantau dan buka kedai. 

Wazwan~Royal Taste of India. Biasa2 je pun

Tandoori Chicken in Korea
Korean eating Indian foods!
Tebi dengan Cik Alil. Yang belakang tu nampak mcm kipas tapi pegi dekat2 takde pulak bilah2 mcm kipas. Rupanya heater! Tipah tertipu....
Us @ Itaewon
Solat di masjid Itaewon ni terasa mcm ada jin. 
Sebab apa? Sebab...masjid ni time tu cuma ada sorang lelaki je solat kat bawah tapi saya terdengar suara ramai sayup2 mengaminkan bacaan si lelaki tadi.
Waktu tu Nehal tidur dan emak saya ke toilet ambil wudhuk.
Tengah2 solat, ada bunyi siren. 
Argh sudah...perang dengan Korea Utara ke ni? 
Seram la pulak tiba2.
Mana nak lari kalau perang? Jauhnya nak mati di Korea...dan macam2 doa minta Allah jauhkan dari sebarang kesulitan.
Tapi tak pulak dengar sebarang kekecohan kat luar masjid.
Tapi takpe jugak kalau mati dalam masjid *cuak* 

Sejuk2 ni memang sedap tido..
Lepas tu baru dapat tau, setiap Selasa tentera akan buat latihan peperangan macam yang real punya.
Mungkin persediaan in case tiba2 Korea Utara menyerang macam baru2 ni Korea Utara bedil Pulau Yongpyong (tempat idamanku nak main ski...tapi xberkesempatan sbb bulan March ski resort dah closed walau snow masih ada)

Lepas ambik wudhuk...Ya Allah! Kaki rasa keras macam lumpuh.
Ni akibat terkena air sejuk macam air batu. Rasa tak boleh berjalan dan hilang tapak kaki. 
Wifaq pulak time tu la dia nak poopoo dan nak dukung pulak. Adeh.
Rasa handicapped sekejap
Cuma...yang dikesali~di merata tempat dalam Korea semuanya tandas bersih berkilat. 
Tapi di masjid ni...huhu...tandasnya agak kotor. Pelik betul.
Bukanke Islam itu agama kebersihan?

Lepas solat, ayahanda kata dia baru lepas sembang2 dgn local Korean Muslim.
Depa kata, Insya Allah kalau seafood restaurant di sini memang Halal.
Sebenarnya dah cakap dengan ayahanda...tp dia tak nak dengar. 
Itu sebab kt Lotteria tadi dia  tak nak jamah langsung last2 dia sorang kelaparan.
Bila berjalan ni, kena dengar pendapat orang di samping cari maklumat sendiri dan lagi satu~silalah jangan cerewet sangat ye.

Destinasi seterusnya ialah ke Theme Park. Yihaaa! *padahal kat Malaysia takde la aku heran nak pergi mana2 theme park hatta Genting Highland sekalipun*
Mr. Jed tanya, nak ke Lotte World atau Everland



Dah sampai Everland




Lotte World dekat je dalam Seoul jugak. Dan dah pernah tengok rupanya dalam drama Stairway to Heaven.


Tapi Everland jauh sikit ambil masa 1 jam sebab berada di luar Seoul dan kena lalu area bukit bukau. Wah mestilah nak pergi yang jauh dapat la tengok tempat baru.
We chose Everland dengan sebulat suara. *senang bila semua kepala adventure ni* 

Kedai cute dalam Everland, malangnya tutup!
Everland Resort terletak di Yongin, dalam daerah Gyeonggi-do. Merupakan amusement park terbesar di Korea Selatan, dan diuruskan oleh syarikat Samsung Everland (anak syarikat Samsung Group).

Us at Everland Resort, South Korea

entrance


Setiap tahun, 8.6juta tourists akan datang ke sini tak kira musim *aku pun termasuklah dalam statistik tu*.
Dalam Everland ni ada zoo dan waterpark namanya Caribbean Bay. Tapi waktu ini keadaan masih sejuk maka Caribbean Bay ditutup kepada pengunjung.
  


With dad and son...

Brrrr...it's too cold!!!




Mr. Jed dah remind awal-awal: "I think ur children's going to suffer...because the temperature's going to drop today". 
Lagipun Everland ni hanya ada outdoor games...compared to Lotte World yang ada both indoor and outdoor.
But no problem. To Ever...Everland we go!!!! 


Giant Squirrel at Aesop's Village

at Aesop's Village




Ramalan mr. Jed sangat la tepat.
Memang betul sejuk yang teramat sangat sebab angin kuat harini.
Dekat entrance lagi dah terasa dah kebas mulut dah. Itupun asyik tutup dengan muffler memanjang.
Bercakap pun dah berasap-asap.

Rihaab dah mula menangis.   
*Dua minggu lepas balik ke M'sia, saya terbaca snow turun di Everland. Lahai kenapalah tak turun masa aku ada kat sana? kempunan aku. Bilalah winter nak berakhir? Winter tahun 2011 dragged agak lama jugak sampai penghujung April*


gadget canggih untuk register something...kalau kt M'sia lama dah jahanam
Tapi yang heran tu ramai lagi yang pakai seksi. Pakai seluar pendek dan mini skirt. Pakai tight nipis.
Tebal betul epidrmis diorang ni
Saya yang pakai tebal pun dah kejung. 
Paling tak boleh lupa si Nehal sampai terdiam tak berkutik dalam stroller. Menangis tidak, bergerak tidak...mata je bergerak2. Kesian anak Mama!



one of the souvenir shops yg jual cute stuffs Made in Korea


Kami bergambar sakan la kat sini sebab tempatnya cantik dan comel. Tapi kesian Khalil kami asyik guna kamera dia. 
Sebabnya, kamera Nikon kami *saya dan emak punya* jadi jammed disebabkan suhu sejuk melampau. Kejap2 dia off lens. Hadui. Khalil punya Canon OK je. Ni rasa nak marah dengan Nikon ni.




Apa yang best, Everland ni sepanjang permainan-permainan tu bergerak lagu2 tema dinyanyikan secara LIVE oleh staf2 di situ. Diorang ada microphone kecik dekat mulut.
Kalau kat Malaysia harapkan rakaman jelah.
Lepas tu, staf-staf yang jaga permainan tu pun menari ikut rentak lagu dengan comelnya.
Tapi orang Korea memang sediakala kiut. Aku tak boleh nak imagine kalau orang Melayu berjoget tergedik2 macam tu nampak beno peliknya.


cute je agashee ni menari dan menyanyi lagu tema permainan

Agashee yang comel

sejuk punya pasal layan jelah...
Uniform diorang pun kiut. Ada yang pakai ala Harry Potter, Peter Pan dll.
Honestly kat Malaysia tak teringin langsung la nak main2 benda camni, tapi kat jadi sini teruja pulak sebab suasananya sangat best! 
Terpaksa main sebab nak panaskan badan.
Permainannya pun kebanyakannya tak ada di negara kita mungkin sebab mereka guna teknologi mereka sendiri dan tak diimport dari mana2 negara luar
Kawasan Everland ni luas betul sampai rasa tak daya nak berjalan. Dengan sejuknya, dengan penatnya.
Kejap2 cari bangku atau mana2 restoran tertutup yang ada heater nak tumpang hangatkan badan.

nak balik dah....babai Everland!


kat sini la Wifaq tiba2 tergolek ke belakang...

time kami nak lalu dia tunduk hormat...oh so sweet!

Cerita lawak ni. Mama nak naik itik dengan Khalil dan Wifaq. Nampak dari bawah permainan tu macam kereta bentuk itik tapi duduk atas rail keretapi. Tinggi pulak tu.
Sekali sampai atas, rupanya itik tu kena kayuh sendiri. Wahaha nasib baik aku tak join. Boleh tercabut lutut dahla kaki tengah kebas.
Khalil cerita emak saya mengayuh punyalah slow sampaikan traffic jam panjang belakang emak.
Saya tunggu kat bawah je sebab Tebi tidur dalam stroller.
Saya cuma naik permainan cawan besar dan merry go round jek. Yang lain tu tak teruja sangat pun nak naik.
Sempat beli souvenir dan sempat la bergambar ramai2 diambil oleh jurugambar Everland. Kiosk nak ambik gambar tu pun tersangatla cumil sampai rasa nak nak nangis.



 
Sekeliling Everland ni banyak gunung ganang. Cantik sangat. 
Nehal dah menangis due to extreme cold dan angin kuat. Bercakap pun tak betul dah bibir kebas dan keras. Budak2 apatah lagi. 
Sempat beli souvenir berus gigi budak2 dan mouth cover dekat salah satu souvenir shop yang cute.Semua kedai kat sini cute lah. Geram je tengok.







On the way out, bagus betul depa sediakan macam escalator. Nak masuk takde escalator pulak maybe sebab perjalanan keluar kena mendaki bukit sikit.
Kat situlah Wifaq jatuh tergolek ke belakang. Agaknya kakinya dah crammed sangat tak boleh nak control dah.
Mula2 sampai tadi kami macam hairan, kenapa depa buat isyarat tangan yang digoyang2~yang bermaksud 'dah habis' kalau kat Malaysia.
Oh, rupanya itu bermaksud "Selamat Datang". 
Hairan masa mula2 sampai kat entrance, tengok2 depa buat isyarat macam tu. Ingatkan maksudnya tiket untuk hari ni dah habis ke apa. Hohoho..lain padang lain belalang.


Keluar dari Everland...

nak naik gunung...

kat sini selalu ada heli tentera...mungkin we're heading to the north yg bersempadan dgn Korea Utara
Malam, dinner kat sebuah restoran Korea di kawasan agak pedalaman. 
Sunyi. Gelap. Walaupun tepi jalan tak banyak kereta lalu.
Kami singgah dalam perjalanan menuju ke kawasan pergunungan Mountain Seorak (atau Seorak-san dalam bahasa Hangul).


simple je mesin cashier letak atas rak kecik
macam Japanese resto pun ada kan
mula2 meal sampai...alahai...apa benda ni tapi sebab lapar redha jelah tengah2 gunung camni mana nk cari restoran Halal

Malam ni menu betul2 style org Korea. 
Ada kimchi (yg saya xberapa suka baunya tapi bolehlah dan sayur2an yang cuma direbus atau digoreng tawar). 
Ada ikan bakar yang diperap dengan garam saja. Tak ada kunyit ke apa. Sebab kat sini macam susah je nak dapat rempah ratus. 
(Dalam hati: Silalah datang ke Malaysia..makanan kami jauh beratus kali ganda lebih enak dan berasa. Konfem lepas ni kamu boikot makanan sendiri)
Thanx to Mr. Jed yang sungguh2 tanya owner restaurant apa bahan yg ada dalam makanan...
Dan kami harap Mr. Jed pun belajar something mengenai 'Harar (Halal) Food'...seksa beno dengar Mr. Jed nak sebut 'halal'


ada kimchi...sup telur...sup ikan....ikan bakar...alhamdulillah rezeki harini

senyum tp dalam hati terbayang bantal dan tilam
Tapi tak baguslah kan nak judge budaya orang begitu kan. 
Style pemakanan depa nilah yang terbaik sebenarnya. 
Sedikit nasi, banyak sayur. Tapi dari segi rasa...dekat Beijing lagi best!






Nasinya seakan pulut..kaler biru pulak tu macam nasi lemuni. Diisi dalam mangkuk stainless steel saiz kecik. Chopstick pun stainless steel dan lain bentuknya dari chopstick China atau Jepun bersama sudu.
Nampak macam stainless steel murah kat Korea ni. Cawan minum air pun sainless steel juga.*dalam hati dah berazam nak beli mangkuk, cawan, chopstick dan sudu steel ni sebagai kenangan utk diri sendiri*


Kami minta air kosong tapi yang dapat air sejuk. Maklumlah musim sejuk..air pun otomatik jadi sejuk.
Nasi dimakan dalam portion yang sedikit dan hidangan sayuran ada dalam 5-6 jenis. Wah gitu. Banyaknya sayur.
Now u know mengapa susah terjumpa orang Korea bersaiz XL dan ke atas.




Restoran ni kecik je tapi kemas dan bersih. Kebersihan memang budaya mereka.  
Sempat la masuk ke tandasnya. Subhanallah. Walau restoran ni jauh dari bandar dan bersaiz kecil, tapi tandas dan bahagian belakangnya sangat2 bersih. 
Tak nampak sebarang kekotoran, sampah sarap atau apa2 yang menyakitkan mata dan hidung.
Kagum betul saya. Sistem lampu pun mereka guna yang energy saving. Di mana2, lampu akan menyala bila ada orang lalu dan terpadam sendiri bila tak ada orang. 
Kat Malaysia ada tapi tak digunakan secara meluas.


Saya tanya, "Mr.Jed, why are Korean restaurants mostly built in small scale and size?" (Kenapa ye restoran di Korea (rumah pun sama) kecik2 je saiznya?)
Mr.Jed cakap mostly yang buka restoran ni orang tua-tua yang pencen lepas kerajaan Korea buang pekerja pada tahun 1998. 
Kecik tapi comel, canggih, bersih…that's what I really love about Korea. 
Suka sangat2 sampai terdetik dalam hati nak hantar anak-anak belajar di sini someday...wah jauhnya angan2.

Gunung dan terowong


Bentuk muka bumi Korea bergunung ganang. Oleh itu, sepanjang journey sekejap2 jumpa terowong. 
Walaupun perjalanan merentas gunung, tapi langsung takde rasa pening atau mabuk sebab highwaynya yang dibuat secara lurus (tak ikut lereng gunung) dan memerlukan kepada banyak terowong.
Bayangkan berapa banyak gunung ditebuk untuk buat terowong2 ni.


Kalau di Malaysia cuma ada beberapa terowong besar (yang nak ke Ipoh dan ke Pahang) di sini tak terkira banyaknya. 
Teknologi mereka bagus. Bila tebuk gunung, perjalanan jadi smooth...tanpa perlu bengkang bengkok lalu lereng bukit..sampai ada yang muntah hijau macam nak ke Fraser's Hill tu... 
Jadi orang pun seronok sebab nak ke kawasan pergunungan pun jalan lurus dan rata...isn't this lovely...

Bila lalu je dekat tol, saya nampak ada jugak alat seakan2 Smartag tapi jauh la lebih ohsem. The so called 'Smartag' diorang nipis je tak macam Malaysia punya besar gedabak dan kalau tertinggal dalam kereta ada can la nak kena pecah kan.
Diorang punya 'smartag' ni dilekat jugak kat cermin kereta bahagian atas depan pemandu tapi konfem tapi bersaiz sekeping kad berwarna hitam.

Malam ni kami check in pulak di Gapyung Sorak Tourist Hotel. 
Katilnya cukup besar, tapi sebab Wifaq pun tidur bilik kami malam ni..maka si Tebi terjatuh katil. 
Mujurla tak apa2 si kecik ni. Risau jugak. 

Masuk hari ke2 ni, saya dh pandai dh guna door stopper. Masa mula2 tengok semalam tak faham apadan macam mana nak guna. Emak yang ajar saya camne nak guna.
Depan hotel ni ada bukit2 dan agak jauh di pedalaman. 
Mr. Jed bising2 siapa la yang susun itinerary nib sebab hotel sume jauh dari kota Seoul. 
Actually kami suka je. Asal dapat jalan2 tengok tempat orang. 
Kalau duduk di Seoul je rasa macam rugi asyik lihat suasana yang sama selama 5 hari. 
Setakat nak tengok bangunan tinggi dan shopping kat Malaysia pun boleh.

Malam ni suhu drop lagi to -2. Memang sejuk tak tau nak kata dah.
Dahla sampai tu malam.
Tak tahan dah masuk2 hotel terus mandi (mandi lagi...), salin pakaian (gatal dah badan duk pakai thermal wear), tarik duvet dan zzzzzzzzz tak ingat dunia.
Berjalan ni memang letih sebab jadual pack sebab itu stamina kena kuat.


Lupa nak cerita. Sepanjang perjalanan harini, Mr. Jed bagi aku guna henpon dia suruh call Mrs. Annie kat Malaysia tanya pasal nak pergi Mt. Seorak.
Mrs. Annie kata boleh tapi kena tambah duit sikir bayar kat Mr. Jed je.
Jadi akhirnya impian kami (impian aku sebenarnya orang lain follow itinerary aku je wahaha) nak ke Mt. Seorak hampir termakbul


Alhamdulillah. Praise be to Allah!

Esok nak jalan lagi...
Mountain Seoraksan...here we come.
Tidak lari gunung dikejar...betul tak?

Nanti saya sambung lagi!

Salam.

































No comments:

Post a Comment