Thursday, December 1, 2011

Pengasuh Baru, Permulaan Baru dan Asam Pedas

Salam sejahtera semua pembaca aktif dan pembaca senyap :)
Hari ini dah masuk 1 December...(whaaatttt?)
Ini bererti target tesis saya semakin hampir....dan jantung saya semakin laju sehingga kehilangan rentak....
Saya yang letak target ini sendiri...supaya menjelang Januari 2012 tinggal sikit2 saja lagi yang perlu saya lakukan untuk menyiapkannya
Dengan suami yang selalu ke luar negara...dan 3 kanak2 kecil yg sedang membesar...
Segalanya terasa menyesakkan nafas....
Tapi takpe....
Just do it gracefully...
Cerita hari ini ialah tentang pengasuh yang mula bekerja hari ini.
Beliau dikenali dgn nama Zuraidah, dipanggil Kak Zu oleh anak2 saya.
Beliau ialah pelajar Sarjana Kaunseling di UKM dan sengaja cari kerja part time untuk isi masa lapang...
Pertama kali bertemu saya tahu budak ini budak bijak.
Saya ada minta Zu hantarkan resume sebelum ini...and guess what...beliau memiliki degree Biology dari UiTM.
(wahh ini sudah bagus...ada kaitan sikit2 dengan tesis saya...mungkin sayalah yg akan banyak belajar dari beliau)
Sangat berminat dengan kanak dan psikologi...sehingga beralih bidang ke Kaunseling.
Saya nampak beliau bawa buku Perkembangan Awal Kanak-kanak...yang isinya dihiglight sana sini...

Yang kelakarnya anak sulung saya, Wifaq siap interview Kak Zu.
"Macam mana eja nama Kak Zu? Z.U ke Z.O.O? Macam Zoo Negara je bunyinya..."
Suami saya yang jarang ketawa pun terketawa. Mujur Zu supporting...dan ketawa sama.

Agaknya doa emak saya makbul di Makkah. Ketika ini emak belumpun pulang dari menunaikan haji...
Emak doakan agar saya mendapat bantuan dari segenap sudut demi meneruskan pelajaran dan menjaga sendiri anak2 pada yang sama.
Janganlah tanya mengapa saya tidak hantar saja anak2 saya ke nursery...
Hantar ke nursery memang jalan mudah.
Tetapi saya akan menyesal sepanjang hayat saya...
Pada saya, ini sajalah peluang yang saya miliki untuk betul2 mendidik dan membesarkan anak2 dengan tangan saya 100% (terutamanya si kecil Nehal...) sementelah saya cuti belajar
Sebelum dan selepas ini saya hanya sibuk dengan kerjaya....
Sebelum ini anak2 saya duduk dengan Bibik...lepas Bibik balik ke Bandung, mereka duduk pula dengan jiran kami yg sudi mengasuh mereka...
Tetapi...semacam ada kepedihan di hati saya...setiap kali meninggalkan mereka di muka pintu rumah orang lain...
Melihat air muka mereka ketika saya memasuki kereta dan berlalu ke pejabat
Wajah2 itulah yang...kalau boleh saya mahu elakkan dari melihatnya lagi
Jadi bila lagi...

Mulanya agak sukar untuk saya bahagikan masa dan menyesuaikan keadaan tubuh badan dengan kelesuan dan tidak cukup tidur..
Tapi alhamdulillah, after a year I am doing fine...
Saya hanya tidur 2-3 jam sehari..adakalanya bila letih sangat saya tumbang juga

Tadi bila Zu lihat ada mangkuk aluminium tertiarap atas singki dapur saya...terus beliau bertanya: "Mana akak dapat ni?".
Maka bermulalah cerita kami tentang Korea Selatan...
Rupanya Zu pernah training selama 2 bulan di Daejeon pada tahun 2010.
Dan kami pula ke sana pada March tahun ini....

Saya harapkan ukhuwah ini berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Jadi, hari ini mood saya sedikit baik...
Maka saya rasa macam nak masak Asam Pedas hari ini...
Ya. Asam Pedas Gaya Saya...
Sejak ada kamera baru ni....Asam Pedas pun kelihatan tempting dalam gambar..
Nampak merah menyala betul...


Ini resipinya...lantak p lah walaupun semua org dh tahu macam mana nak masak asam pedas kan...

ASAM PEDAS MY STYLE (untuk 2-4 orang makan)
Bahan2:

1 senduk cili boh
3 keping ikan tenggiri/parang/kembung
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tangkai bunga kantan
1 tangkai daun kesum
3 tangkai daun limau purut
segenggam ikan bilis-dicuci dan dibelah
1 inci halia
1 sudu kecil halba
4 batang bendi
1 biji tomato
Air asam jawa
Garam
Gula
Air

CARA MEMASAK:
-Tumis cili boh hingga garing.
-Masukkan halba.
-Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis yg sudah ditumbuk lumat
-Masukkan ikan.
-Masukkan air yang dicampur asam jawa agak2 separas ikan.
-Masukkan garam dan sedikit gula.
-Masukkan bunga kantan yang dihiris kasar, daun kesum dan daun limau purut.
-Masukkan bendi dan tomato.
-Agak2 ikan sudah masak..boleh tutup api dan hidangkan panas2.

Mari makan dengan nasi panas2 !

Wednesday, November 30, 2011

Testing Kamera Baru...

Salam 'Alayk...
Sebelum dapat, bukan main termimpi2...
Bila dah dapat..menggigil2 tangan nak memegang....huhu...

Saya baru cuba2 snap sekitar rumah je...

Still lots to be explored....

shoot to kill..heheh

mouse pn jadi mangsa


Anak dara saya...Rihaab

Rihaab lagi

mug pun boleh

henpon

Bunga bakal pengantin cik Siti Zakiah Idris..

Bunga kemboja bonzai depan rumah saya


Ada lagi tapi malu nak tunjuk...:)

Cukuplah dulu ye. End.

My New Toy!


Assalamualaikum :)

Sempena Anniversary ke 6...saya mendapat new toy...alhamdulillah..
Terima kasih buat en.suami yang selalu menunaikan permintaan saya...


Nak warna merah jugak...xnak kaler lain. Dh survey NIKON d3100 kaler merah yang limited edition tu tp dh sold out...






Jadi dah boleh mula menembak sekarang!

Sunday, November 27, 2011

Paella Malaysiana

Salam alaik...
Entry sebelum ini menyebut tentang ulangtahun perkhawinan kami yang ke-6.
Jadi inilah harinya....
Tiada apa2 aktiviti istimewa.
Cuma jamuan makan kecil...yang dihasilkan tangan saya sendiri.

Alhamdulillah.
Rasanya semakin sederhana, semakin terasa barakahnya.
Asalnya keluarga Mak Uda nak datang hari ini dari Kuala Kubu Bharu untuk melengkapkan barang2 hantaran sepupu saya yang secara tiba2 disahkan bakal menikah 23 Disember ini..
Begitulah jodoh...jika sudah ditakdirkan, kita cuba lewatkan akan jadi cepat juga.
Kami sekeluarga gembira kerana akhirnya sepupu kesayangan saya ini bakal bergelar Puan.
Sedikit sebanyak kami akan terasa kehilangan...kerana selama ini apa2 hal dalam keluarga, beliaulah yang jadi orang kuat...atau penyelamat...
Jika emak, ayah atau suami tiada...
Beliau sekeluargalah yang akan bertindak menyelamatkan saya anak beranak.
Cukup besar jasa mereka sejak saya masih dalam buaian lagi....
Inilah sepupu yang amat rapat dengan saya...kembar saya sejak kecil...

Hari ini sekali lagi saya buat Paella. Kebetulan semalam suami saya pulang dari KL, ternampak ada gerai tepi jalan menjual kupang.
Dah nak jadi rezeki.biasanya agak payah nak dapatkan di sini. Bukannya ada laut di Bangi ni...
Sebaik saja beliau serah pada saya...dalam kepala dah terfikir: "Paella".
Kebetulan pula, malam harinya menonton Master Chef Malaysia...Kuliah Master Chef menunjukkan masakan Paella Valenciana!
Macam tahu2....:P
Itu yang terkeluar dari mulut suami saya: "Alahai, Chef ni setaraf wife aku je..".
Saya sengih saja. Tapi saya anggap itu pujian.
I take it as: "Wife aku memasak dah setaraf Chef...". Hihi.

Saya memang pernah buat Paella sebelum ini. tp disebabkan ada bahan2 yang kurang...jadi kurang menjadi.
Kali ini baru saya puas hati sangat.
Berapa kali entah pujian keluar dari mulut suami...alhamdulillah.
Lepas itu kata beliau: "Apa kata kita bukak restoran..."
Dah ke situ pulak.
Saya kurang minat nak buka restoran..kerana dunia kerjaya saya adalah akademik.
Saya boleh beri idea, tp untuk run the business would definitely be...not me.
Saya suka menyampaikan ilmu dan bertemu students.
Pakai cantik (bukannya pakai apron) untuk ke pejabat dan bergaul secara ilmiah (walaupun hakikatnya saya seorang gila-gila...)

Berbalik kepada sambutan anibeseri kali ini...
Kami sekeluarga bukanlah pemakan kek..tapi teringin juga nak beli sikit2..
Jadi kami hanya beli beberapa potong...dan pelbagaikan perisanya...
Cukuplah....
Lebih sempoi lebih baik :P

Jadi inilah rupa Paella Malaysiana saya yang telah saya ubah2 resipinya:

Paella Malaysiana sebab ada bubuh cili padi...(ala2 Master Chef..)
Jangan risau. Resipi seperti berikut:

Bahan2: (untuk 4-6 orang)

2 pot beras Basmathi-rendam setengah jam.
1 labu bawang merah/ Holland-hiris
3 ulas bawang putih-diketuk
1 batang celery / leek
1 biji capsicum-dibakar atas api, dihiris.
1/2 biji lobak merah-dihiris
3-4 biji cendawan butang-hiris nipis
1 pokok daun sup / daun bawang
1 pokok daun parsley
2 sudu besar sos spaghetti / tomato paste
3-4 biji cili padi-hiris.
Kupang-beberapa ekor
Udang-beberapa ekor (saya xbuang kulit)
Sotong-buang kulit, tulang dan hiris bentuk gegelung.
Garam
Paprika
Lada sulah
Minyak zaitun
Lada hitam
Saffron
Serbuk pati ayam / stok ayam buatan sendiri
1 biji Lemon-belah 4

Cara2: 
-Saya tiada oven besar, jadi sebagai alternatif...saya perapkan terlebih dahulu KUPANG (yang telah dibelah dan buang banagian sebelah yang tiada isi), UDANG (saya xbuang kulit pun) dengan menggunakan GARAM, SERBUK PATI AYAM, PAPRIKA dan LADA SULAH.

-Perapkan selama setengah jam.
-Kemudian bakar kesemua yang diperap tadi atas grilling pan. Jangan lupa, percikkan sedikit MINYAK ZAITUN (saya merasmikan GRILLA yang dibeli di IKEA minggu lepas..hehe).

Kupang yang sedang dibakar atas GRILLA
-Rendamkan beras selama setengah jam.

-Tumiskan BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH hingga naik bau.

-Kemudian masukkan CAPSICUM, CILI PADI, CARROT, CELERY/LEEK, CENDAWAN BUTANG  Biarkan sedikit kering.

-Masukkan SOTONG.

-Masukkan SPAGHETTI SAUCE / TOMATO PASTE.

-Perasakan dengan GARAM, LADA SULAH, LADA HITAM, SERBUK PATI AYAM, PAPRIKA.

-Masukkan DAUN SUP yang dihiris kasar.

-Masukkan beras dan gaul sebati.

-Masukkan 6 cawan air (saya gunakan bekas yg sama anda cedok beras tadi).

-Masukkan SAFFRON. Kemudian tutup kuali dan tunggu hingga nasi masak.

-Agak2 air dh agak kering, susunkan cantik KUPANG, UDANG dan PARSELY di tengah2 kuali. Percikkan lagi sedikit PATI AYAM, LADA SULAH dan PAPRIKA.

-Tutup semula hingga nasi benar2 kering.

-Tutup api dan susunkan LEMON yang dipotong baji. Hidang panas2.

*Jangan pandai2 senduk dan kaut Paella ke bekas lain. Hidang panas2 dengan kuali leper yang anda gunakan.

Selamat mencuba :P

Dah pun siap...


Habis berselerak meja...lantaklah janji happy!

Zoom sket....

Ini yang dalam pinggan saya...jemput makan ye :P






CANON atau NIKON?

Salam alaik semua...

Terpanggil menulis entry ini setelah membaca entry di blog sahabat saya Ernie Suraya. Sila klik sini.

Tahniah Ernie, kamera idaman kamu sudah dalam genggaman. Tinggal saya masih termimpi2... 

Saya memang 'hantu' fotografi sejak kecil. Kamera pertama saya ialah jenama YASHICA. Tak pasti zaman lani ada lagi ke tidak.

Saya memang suka mengambil gambar...tetapi bukan gambar diri sendiri. Standardlah...profesional photographer biasanya low profile dan hanya menunjukkan hasil kerja tangannya. Hanya sesekali membuat cameo appearance. Hehe.
Selepas Yashica itu, ada beberapa jenama lain lagi...yang terbaik semasa zaman menggunakan gulungan filem pernah saya miliki ialah Canon yang jenis lens boleh zoom keluar dan masuk. Waktu itu rasa macam dah hebat sangat dah...:P

Kamera digital pertama, suami beli di Saudi. Dah jahanam pun. Kemudian kami beli lagi secara online jenama NIKON...
Saya pilih NIKON atas cadangan arwah sepupu saya, Raihana Zainuddin...kata arwah, yang terkenal dan top di Jepun ialah NIKON. Arwah belajar di Jepun dan tinggal di sana 5 tahun.

Jadi kamera inilah saya gunakan hingga kini. Saya beli dengan harga RM500 saja.

Disebabkan minat dan rajin explore, maka setting di kamera ini sering jugalah berubah...akhirnya hanya saya seorang yang tahu bagaimana menggunakannya. 

Tapi ada sesuatu yang saya kurang puas hati dengan NIKON. Hasil tangkapan gambar sering mengecewakan saya...

White balance selalu tidak kena dengan apa yang saya mahu. Jadi kena selalu mengubah setting. Berbanding dengan Canon, gambar dan pencahayaannya lebih soft.

Saya lihat gambar2 yang di'tangkap' oleh Canon selalu kelihatan cantik dan 'kena' pencahayaannya.

Oleh sebab itulah...saya masih dalam dilema. Dah bertahun2 saya survey...
antara NIKON dan CANON..umpama memilih antara Mercedez dan BMW...
Dua2 bagus...dua2 ada kelebihan masing2.
Ayahanda saya memiliki Mercedez dan Canon.
Jadi bagaimana pula dengan saya....hmmm

Sekarang saya duk termimpi2 kamera berwarna merah sama ada NIKON D3100 atau CANON 1100D.
Saya hanya mahukan yang entry level...memandangkan ada anak kecik...dan nak travel ke dalam dan luar negara...
Saya mahukan yang mudah digunakan, x banyak songel dan boleh hasilkan gambar yang memuaskan hati....

Ongkosnya sudah ada...
Yang belum ada keputusannya...
Inilah masalah saya....selalu ambil masa terlalu lama untuk buat keputusan...

Sekali lagi...Canon atau Nikon?

Lepas tu ada pulak rakan promote Olympus E-PL...
Function dia mcm DSLR...cuma dia bersaiz compact and functions mmg best
Boleh edit gambo terus xpayah edit kt PC pun
Lagilah saya semakin dilanda dilema....
Kalau fikirkan....bg yang ada anak kecik mcm saya memang elok benar ambik Olympus ni...
Cuma designnya xlah cantik sangat...cuma gambar2nya mmg superb...
Saya sudah survey kedua2nya dan masih dalam dilema...

Ini ialah CANON 1100D..yang Yuna jd spokeperson tu


Ini pulak NIKON D3100...isk2...cantik sungguh la....

Jangan pandang rendah kamera ini. Siri Olympus PEN memberikan gambar2 yg cantik seperti DSLR juga...



Friday, November 25, 2011

Our 6th Anniversary

Assalamualaikum :P

Mula2 tadi niat di hati nak tulis benda lain...kenapa benda lain pulak yang keluar? (garu kepala)

Lusa is our 6th Wedding Anniversary..that is on 27th November 2011.

This was 6 years ago...when I was 25...

Enam tahun yang membahagiakan, alhamdulillah.
Enam tahun dengan tiga kanak2 memeriahkan rumah dan tangga ini...syukur alhamdulillah.
Saya teringat kisah enam tahun lalu...terdapat suara2 sumbang yang mengatakan anak tunggal seperti saya sukar nak dapat zuriat.
Well, sudah terbukti sangkaan mereka salah.
Saya pun tak nafikan banyak persepsi negatif tentang anak tunggal...
Tapi percayalah...saya bukanlah typical anak tunggal seperti yang selalu anda lihat dan dengar.

And this is us in 2011...



Adik ipar saya sendiri pun pernah kata: "Tak sangka akak pandai masak, hias rumah, menjahit..bla bla bla...ingatkan anak tunggal tak pandai semua ni".
Saya hanya ketawa. Saya tak salahkan orang kerana persepsi itu...sebab hakikatnya mmg kebanyakan anak tunggal dimanjakan berlebihan hingga tak reti berdikari.

Terima kasih kepada Mama dan Baba saya...yang telah mendidik saya menjadi orang yang boleh berdiri atas kaki sendiri.
Sejujurnya, saya sudah dilatih memasak sejak sekolah rendah...seawal darjah dua...
Sering ditinggalkan sendirian di rumah (mak dan ayah sering outstation) selama seminggu atau lebih...dan thank God saya baik2 saja tanpa apa2 bencana menimpa.
Sewaktu ayah bertugas di UiTM Melaka dan emak di Shah Alam, saya sering diimport ke Melaka untuk jadi tukang masak ayahanda...
Jadi soal masak memasak dan mengurus rumahtangga alhamdulillah saya boleh handle dengan baik2 saja.

Saya bukan anak tunggal yang manja!
Saya juga pernah ditali pinggangkan oleh ayah sewaktu darjah 4 akibat main perang2 dalam hutan dengan budak2 lelaki di kampung arwah nenek di Kg. Jawa, Kelang.
Sekarang hutan itu dh jadi taman perumahan. Sungguh tak best jadi kanak2 zaman ini...kenalkah mereka dengan biji getah?

Berbalik kepada kisah perkahwinan saya..
Suami saya akui sedikit mencabar nak memperisterikan anak tunggal.
Ayahanda saya meletakkan pelbagai syarat....sampaikan ada yang menyangka ayahanda saya sengaja letakkan syarat2 begitu supaya perkahwinan kami tak terjadi.
Tetapi saya dapat lihat kini ayahanda saya sangat sayangkan menantu tunggalnya...
Malah suami saya akui, kalaulah beliau punya anak perempuan tunggal maka beliau akan lakukan perkara yang sama!
Alhamdulillah syukur untuk segala2nya....

Sejak sekolah rendah saya berdoa semoga Allah temukan jodoh saya dengan lelaki yang WAJIB lepasan sekolah agama, yang mempraktikkan ilmu2nya, yang mampu menjadi IMAM dan membimbing keluarganya.
Hari ini setelah enam tahun berlalu...beliau masih lelaki yang sama saya kenali dahulu...
Yang sabar, tidak pernah meninggi suara dengan sesiapa hatta anak2, tidak berkata yang buruk2 tentang orang lain...
Sentiasa tenang dalam apa jua situasi
Dan aura positif beliau telah terlampias kepada kami sekeluarga.

Kata orang, 5 tahun pertama adalah fasa ujian. Jika berjaya melalui 5 tahun pertama dengan baik, maka tahun2 seterusnya Insya Allah...(dengan izin Allah jua)

Saya tidak mahu bercerita terlalu banyak di sini...bimbang orang meluat pula macamlah kita sorang yang bahagia nak bercerita sangat itu dan ini.
Semoga tahun2 akan datang menjanjikan kebahagiaan kekal abadi buat kami sekeluarga...dikurniakan kesihatan, kejayaan dan kemurahan rezeki.
Tidak penting untuk mendapat pasangan kaya...tetapi yang sangat penting ialah pasangan yang mampu membimbing kita ke syurga...

Memetik kata2 dari Majalah Solusi:
"Orang yang kaya hati akan merasa cukup walaupun miskin dan serba kekurangan. Tetapi orang yang miskin hati akan sentiasa merasa kekurangan walaupun hakikatnya mereka kaya raya".

Salam Maal Hijrah.



Thursday, November 24, 2011

"Ikan Paus Mak Ilai Ilai..."

Satu malam, terdengar perbualan anak teruna saya si Wifaq (yang bakal genap 5 tahun Disember ini) dan adiknya Rihaab (yang juga akan genap 3 tahun Disember ini)

Waktu itu dah lewat malam, lampu pun dah dipadamkan...saya pun dah bersedia untuk tidur dan bangun awal keesokan harinya.

"Abang Ipak, macam lagu yang Mak Ilai Ilai tu? Ikan Paus Mak Ilai Ilai ke...?" Tanya Rihaab dengan suara sedikit confuse (tak dapat lihat ekspresi wajah sbb sudah gelap)

"Aah Ikan Paus...." Jawab Wifaq malas.

Lepas itu saya dengar Rihaab menyanyi2: "Ikan Paus Mak Ilai Ilai...". dengan gembiranya.

Saya ketawa sendirian. Lepas itu, saya tanya: "Kenapa Wifaq tak cakap betul2 dengan adik? Kan lagu tu tak de sebut ikan paus...ikan kekek dengan ikan gelama je ada kan...".

"Ala, kalau Ipak cakap ikan paus ke..ikan apa ke Yab bukannya tau..." Bagus betul jawapan kamu.

Sebenarnya banyak lagi yang nak saya komen, tapi mata sudah mengantuk...jadi entry ini sampai sini saja.
:)