Tuesday, May 29, 2012

Potty Training Berjaya!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Secara rasminya semalam pada 2_/5/2012 (sila isi tempat kosong sebab saya betul2 lost tentang tarikh harini dan semalam~tapi yang pasti SEMALAMlah anak dara saya totally diapers free! yiha)...anak dara saya Rihaab sudah berjaya dalam 'latihan mangkuk tandasnya'.

Tak sia-sia jugaklah hantar ke sekolah mahal sikit, dalam seminggu je depa dah berjaya train anak dara saya. Padahal selama ni berbulan2 saya cuba train sendiri tidak berjaya.

Kenapa tidak berjaya? Sebab terlalu banyak komitmen lain sehinggakan separuh jalan potty training akhirnya.."kakak pakai jelah diapers mama ada kerja nak buat..." huhuhu.

Anak orang lain mungkin berjaya dalam latihan mangkuk tandas lebih awal kot. 

Rihaab dah 3 tahun setengah pun, banyak cakap tapi selalu taknak cakap bila nak buang air.

Lepas ni kurang sikit bajet beli diapers.

Again, alhamdulillah.

Tahniah. Tiba2 terasa anak dara mama dah besar....

Tuesday, May 22, 2012

22 May: Happy Birthday Arwah Raihana...:)

Assalamualaikum.


Patutlah harini rasa sayu sangat.

Cuaca di luar yg selalunya panas dan hangat harini berubah mendung dan suram.
 
Entry ini bersempena hari kelahiran arwah sepupu kesayangan saya Raihana Bt. Zainudin, yang kembali ke rahmatullah pada bulan Ramadhan tahun 2010 akibat kemalangan di Kuantan. Arwah hamil 4 bulan ketika itu dan baru juga bernikah dengan suami tercinta selama 5 bulan.

Kami yakin Allah SWT sangat...amat...menyayangi arwah.

Sepanjang hayat arwah, beliau merupakan antara individu terbaik dan terhebat pernah saya jumpa, kenal...dan rapat dalam hidup.

Sungguh saya amat bertuah Allah SWT meminjamkan arwah buat seketika kepada keluarga kami.

Harini saya hanya ingin mengenang yang indah2 dan detik2 yang menggembirakan kami sebagai sepupu yang amat rapat.

Setiap kali menyebut tentang tarikh lahir arwah, saya teringat satu detik ketika kami sama2 lepak atas 4 postures bed di rumah saya di Shah Alam.

Waktu itu sekitar tahun 2004...sebenarnya sebelum itu saya tak ingat langsung tarikh besday arwah Nana.

Malam itu kami sembang2 hal besday dan zodiak.

Arwah kata beliau lahir bulan May..."twenny second May..." arwah sebut dengan slang omputeh sikit. Saya tergelak2. Cara arwah menyebut tulah yang membuatkan saya ingat besday arwah sampai hari ini.

Arwah lahir pada 1984, kalau tak silap di Kedah. Masa kecil kami jarang jumpa sebab arwah mengikut ayah dan emaknya yang sering bertukar tempat kerja ke merata tempat di Malaysia.

Tapi sesekali jumpa pun kami tetap rapat. Memang nature keluarga kami begitu. Rapat antara sepupu macam rapat adik beradik.

Lepas tu arwah ikut pula ayahnya sambung belajar di Canada beberapa tahun, dan lepas tu baru kembali ke Malaysia. Tinggal pula di Penang. 

Lepas SPM, arwah mengikuti kursus persediaan ke Jepun di JAD, betempat di Kolej YPM, Bangi (sekarang Kolej Polytech Mara, Bangi).

Waktu arwah di Bangi...kami semakin rapat. Sebab family arwah tinggal di Kuantan. Emaknya di Kuantan dan ayahnya di Kubang Kerian, Kelantan.

Jadi, hujung minggu arwah dan saya sama2 pulang ke Shah Alam. Hari Ahad, ayah saya hantar arwah ke Bangi dulu lepas tu baru hantar saya ke UIA.
Macam2 bekalan ayah bekalkan untuk arwah sama seperti bekalan saya jugak.

Lepas tu arwah melanjutkan pelajaran ke Tokai University, Numazu, Jepun.
Waktu ini kami selalu berhubung melalui Yahoo Messenger saja. Kadang2 arwah call saya (dan sepupu2 lain juga) dari Jepun...

Saya masih ingat saya ada kirimkan pashmina yang saya minta arwah guna sebagai muffler ketika musim sejuk di Jepun.

Tahun 20o9 arwah pulang beraya bersama kami (kalau tak silap).

Beberapa bulan sebelum arwah pergi...terjadi satu peristiwa pelik.

Di rumah bapa arwah di Shah Alam, tiba2 frame2 gambar di dinding semuanya di makan anai2. Tapi hanya gambar arwah yang tinggal. Hanya selepas pemergian arwah baru kami sekeluarga perasaan hal ini...

Kadang2 Allah SWT beri petunjuk dengan pelbagai cara hanya kita yang tak perasaan kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia.

Sesiapa yang mengenali arwah, pasti akan mengatakan beliau antara jenis manusia yang jarang2 kita jumpa. Lahir dengan pakej. Rupa paras yang elok, kepintaran, berani, sentiasa berfikiran positif dan tegas.

Saya banyak belajar dari arwah tentang berfikir secara positif.

Dan dari arwah juga saya mengenali buku2 ilmiah dan dakwah. Waktu itu arwah lebih mudar dari saya tetapi beliau terlebih dulu terdedah dengan buku2 yang saya klasifkasikan sebagai...taraf pemikiran tinggi...

Arwah sangat aktif dengan kegiatan dakwah dan usrah sekitar Jepun dan Korea, walaupun asalnya arwah bukanlah lepasan sekolah agama.

Selepas bernikah pun agak sukar bertemu arwah pada hujung minggu (arwah ketika itu bekerja di Petronas KLCC) kerana aktif dengan pertubuhan IKRAM dan lain2.

Pakaian arwah ke mana2 memang sempoi. Cukup slack, t-shirt atau blaus labuh, tudung yang agak labuh dan kasut ala2 sport. *Saya berkenan betul kasut Reebok arwah yang dibeli di Jepun....*

Kalau bersandal, arwah mesti akan pakai stokin. Sempoi tapi aurat tetap terjaga.

Lepas tu arwah suka bawa backpack. Lepas nikah je baru arwah ada handbag (hadiah hantaran).

Handbag hantaran arwah berjenama Carlo Rino putih...asalnya arwah berkenan tengok handbag Carlo Rino putih yg saya pakai, jadi arwah beli yang serupa cuma saiz kecil sedikit.

Banyak kali kami plan nak keluar sama2 hujung minggu beli barang hantaran arwah tapi tak sempat. Akhirnya arwah beli sendiri sedikit2.

Hujung2 minggu nak dekat dengan tarikh nikah arwah (waktu itu saya tengah sarat pregnenkan Nehal) kami berkumpul di rumah arwah sambil siap2kan door gift, bunga telur, etc.

Saya janji yang saya akan sponsor bunga pahar arwah warna hijau. Rasanya itulah sponsor terakhir saya buat arwah...

Rumah ayah arwah dan rumah emak ayah saya cuma beberapa langkah saja di Shah Alam. Jadi hujung2 minggu, kalau keluarga arwah tak ke rumah saya...kamilah yg akan ke rumah arwah.

Tambahan pula masa tu arwah tengah gigih belajar bahasa Arab dengan emak saya...dan emak belajar bahasa Jepun dengan arwah.

Kerana arwah...saya sentiasa suka dengan Jepun. Apa2 pun tentang Jepun saya suka. 

Oh ada satu peristiwa lagi...sebelum arwah ke Jepun pada 2004, kami geng2 sepupu perempuan (Saya, CT, Lina dan arwah Nana) naik kereta pegi shopping sekitar Shah Alam...lepas tu terdengar lagu Khayalan (kumpulan Ruffedge ke?)...lagu tu feveret kami...kira lagu tema kami ber4 lah...

Masa tengah tunggu lampu merah kat simpang Seksyen 9, kami empat2 orang menyanyi tak hengat donia. Jerit2 sekuat hati (tapi tutup tingkap)...waktu tu yang drive kereta adalah si CT.

Sampai sekarang saya teringat2 kenangan ini...

Apapun, semoga roh arwah dan bayi yang dikandung (dah nampak jantina..lelaki) aman dan tenang di sana.

Kami yakin arwah pergi dalam keadaan tak merasa sebarang kesakitan disebabkan sedang tidur ketika kemalangan tersebut.

Malah, malam sebelum pergi...emak arwah kata wajah arwah berseri2 dan tak macam selalu sampaikan emaknya bertanya arwah pakai bedak jenama apa?

Arwah juga sempat menunaikan solat tarawih di sebuah masjid dalam perjalanan ke Kerteh.

Semua ini merupakan petanda baik buat arwah. 

Yang pergi tetap akan pergi, kita yang hidup ni entah bila dan bagaimana pula caranya.

Al Fatihah untuk arwah dan baby...

Kak Shana' yakin Nana dan baby sedang aman di sana...:)

Love, your cousin.

The last time we met...2010 waktu wedding our cousin Aish @ Fariz Sharifuddin

Selalunya susah nak jumpa arwah di hujung minggu. Waktu ni arwah datang...dan inilah kali terakhir kami bertemu...Allah gerakkan pula hati untuk bergambar bersama. Subhanallah.

Aung Nana dan Tebi...


Thursday, May 17, 2012

Kindie Hunting Part I: Perlu Ke?

Assalamualaikum wbt
Budak2 ni apalagi kalau bukan main travel2...dan shopping2....
It's Friday again. Jumaat penuh barakah. Sayyidul Ayyam.
Dan di hari Jumaat yang mulia ini saya telah melakukan satu keputusan yang sebenarnya tak adalah apa sangat...tapi besar pada saya. 

Setelah berkali-kali melakukan solat Istikharah akhirnya saya nekad memasukkan Rihaab ke sekolah yang pada mulanya saya agak reluctant nak pilih disebabkan harganya yang mahal. RM500 per month (setelah dapat diskaun dari ownernya yang merupakan rakan sejabatan saya dan beliau juga merupakan ex-student emak saya di KISAS dulu).

Saya percaya, the best education comes with high price. Kalau mampu, maka elok sangatlah memilih yang terbaik untuk anak-anak.

Mungkin ada orang kata, apahal kau nak susah2 istikharah padahal nak pilih taska untuk anak je pun.

But no. To me, every single decision you make in life (hatta perkara sekecil memilih baju apa nak pakai untuk hari ini pun) will leave some impact in your life no matter small or big.

Saya rasa ralat sekiranya membuat satu keputusan tanpa meminta petunjuk Ilahi. Sebab kalau terjadi apa2 kemudian hari I can't help blaming my self for the silly mistake I've done.
Kita hamba yang lemah. Allah SWT yang mencipta kita tentu suka jika kita berserah kepadaNya dan sentiasa minta guidance daripadaNya. Dia yang mencipta kita...maka tentulah Dia juga tahu apa yang terbaik untuk kita.

Pendek kata, istilkharah ni dah jadi habit saya sejak dulu. In fact sehingga malam nak nikah dengan encik bos pun saya masih tetap dengan istikharah.

Sepaking speaking of choosing the best kindie for your child, Ripley's believe it or not, saya dan encik bos dengan semangatnya telah menerjah semua kindie di kawasan perumahan kami di Bandar Seri Putra ni. 

Dari semurah-murah hingga semahal-mahal semuanya kami ketuk, masuk, tanya dan survey..kemudian analyze whether environment kat kindie tu sesuai atau tak dengan anak-anak kami dan sama ada modul dan silibusnya parallel dengan roh Islam yang kami tekankan dalam diri anak2.

Jadi dengan itu, kindie yang pakai skirt semua terkeluar dari list. 

Percaya atau tidak, hasil survey (wah hasil survey gitu...) kami mendapati, semua kindie yang masih sanggup menerima pelajar di tengah2 tahun ni (hampir masuk bulan Jun) semuanya yang bukan bercirikan Islamik.

Yang Islamic semuanya penuh. Jadi, kami buat kesimpulan di zaman ini parents memang mahukan anak2nya dididik dalam suasana keIslaman memandangkan mereka sendiri agak sibuk dengan kerjaya. Jadi beban mendidik anak2 bab2 akhirat dikongsi 50-50 dengan pihak sekolah. Ringanlah sikit beban tu kan....walau tak boleh serah pada sekolah seratus peratus.

Lagi satu, kalau dah hantar anak ke Islamic kindie....parents sendiri pun kena terapkan the same Islamic values kat rumah. Janganlah anak pergi sekolah bertudung, belajar bab aurat tapi emak di rumah tayang rambut dan ambil mudah soal aurat. Ini satu contoh mudah. Anak2 akan jadi confuse dengan apa yang dipelajari di sekolah dan apa yang dilihat di rumah.

Saya pernah lihat situasi di mana anak lelaki dihantar ke sekolah rendah tahfiz, pergi sekolah pakai kopiah...tapi si emak yang mengambil anak hanya pakai tudung itik dan seluar capri paras betis. Kan tak kena gaya tu...

Last week kami cuba masukkan Rihaab (3 tahun setengah) dan Nehal (2 tahun) ke taska lain yang lebih murah. 3 days trial. Nehal OK...hari mula2 lagi lagi dah menonong masuk sekolah bawak beg.

Tapi Rihaab tak OK. Tiap hari waktu ambil mesti menangis. Tengok muka Rihaab menangis hati saya jadi tak keruan. Ditambah pulak terkeluar dari mulut Rihaab...katanya...bila dia menangis, teacher jerit : "Diam...kalau nangis masuk bilik gelap". Adui lagi pening kepala saya. Sekolah jenis apa ugut budak sampai begitu sekali?

Masa mula2 istikharah, saya memang lebih cenderung ke arah sekolah lain yang agak mahal. Tapi saya keliru: takkan Allah beri jawapan positif pada benda yang kami tak mampu? Tapi bila dah jadi macam ni...rasanya petunjuk yang Allah beri tu dah jelas.

Mungkin Allah SWT nak beritahu saya: Kau dah minta petunjuk pada Aku, Aku dah beri jawapan...selebihnya Kau yakin dan tawakal. Tentang rezeki anak2 Kau serah pada Aku. *saya imagine inilah yang Allah ingin sampaikan pada saya*

Akhirnya...kami nekad hari ni hantar Rihaab dan Nehal untuk 1 day trial di sekolah ini...
  
Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM). 
Nak tahu lebih lanjut, tengok SINI.


Ada banyak sebab kenapa saya berlapang dada dengan pilihan ini:
1. Modul Islamic Montessori yang merupakan pilihan bijak buat anak-anak.
2. Pemilik branch ini merupakan rakan sekerja dan rakan sejabatan saya yang saya tahu fikrahnya.
3. Manager branch ini adalah ex-student saya yang merupakan antara pelajar terbaik saya (suaminya juga ex-student saya dari kelas yang sama).
4. Anak-anak saya suka dengan layanan yang ditunjukkan ex-student saya ini. Sangat motherly.
5. Saya kenal siapa yang menjaga anak-anak saya sepanjang hari.
6. Walaupun setelah dicongak2 kos menghantar anak2 ke sini sekitar RM1k sebulan (sebab saya ambil fullday programme) tetapi wang simpanan kami mencukupi. kalau tidak, duit akan habis juga untuk travel ke luar negara dan benda2 lain. Jadi lebih baik berhabis untuk the best education.
 7. Mendapat feedback yang positif dari rakan2 yang pernah hantar anak ke sini *terkejut juga mula2 dapat tau even mahal tapi kebanyakan parents sanggup enroll anak2 ke sini*
 8. Selepas meninggalkan anak2, saya SMS ex-student saya tu dan tanya how was my kids doing...and this is her reply:

"Menangis kejap je tadi sebab Diana tinggal. Sekarang OK dah. Anak2 puan terbaik..lebih bagus dari new student yang lain sebelum ni"

Alhamdulillah. Lagipun masa tinggalkan Rihaab tadi...dia tak sedih macam selalu. Nehal pulak terus je masuk line dan join kanak2 lain tengah menyanyi nursery rhyme apa ntah. Rihaab mula2 malu2...lepas tu dia OK dan join games...

Maybe suasana pun mempengaruhi minat anak2 nak ke sekolah. Macam BBIM ni, suasananya kondusif, teratur dan tak duduk dalam kelas yang sama je. Jadi takdelah budak2 ni boring. Lepas tu ada swimming class...gardening...cooking...arts...crafts...etc...Iqra'...doa2...etc...solat...

And on top of that, they deliver everything in English. So lepas ni dengan aku-aku sekalilah kena speaking kat rumah*padahal selama ni pegi oversea je baru beria speaking*

Lepas tinggalkan anak2 kat BBIM, encik bos ajak breakfast. Lepas tu ajak pulak ke kedai survey tiles, pebble stones etc. Terluka betul perasaan ni. 

"Abang ajak tengok tile ni nak buat apa? Kan 10 tahun lagi baru mampu nak renovate rumah? Please la jangan bagi harapan palsu...".

"Takpelah survey awal2...mana tau tiba2 ada duit pulak".

OK. Itu macam satu hint. Manalah tau tiba2 ada rezeki nak renovate even after bajet nak renovate rumah dah pergi ke children's education.

Saya tak kisah. Asal anak2 dapat yang terbaik in education lain2 planning boleh hold dulu.

I believe the first 6 years of a child's life is the most crucial. Waktu inilah otak2 kanak2 macam span yang cepat menyerap apa2 juga maklumat (whether good or bad).

Jadi pilihan di tangan kita, mahu mencorakkan anak2 menjadi apa: Islam, Nasrani atau Majusi?
Jika Islam, alhamdulillah dan Insya Allah mereka inilah aset kita ke syurga yang bakal mendoakan kita.
Jika kita sendiri mencorakkan mereka menjadi Nasrani atau Majusi...maka bersedialah dengan apa yang bakal kita terima.

Kesimpulannya, bukan semua orang hantar anak sekolah mahal kerana nak jaga status. In our case, kami dah mohon petunjuk dari Allah SWT...dah try yang biasa tapi Dia mahu kami hantar anak ke sini juga. Sebab Dia tahu kita mampu berikan yang terbaik untuk anak2. Setakat ini, inilah pilihan terbaik.

Wallahua'lam.

UPDATE: Bagi sesi 2013, Rihaab dan Nehal dah pun berpindah ke sekolah yang menjadi igauan ramai di kawasan BSP ni iaitu Al Fatih Integrated Preschool. Reason being, masa itu Al Fatih sudah penuh maka sementara menanti kekosongan di Al Fatih, saya mendapati modul di BBIM yang paling hampir dengan Al Fatih. Selepas sebulan bersekolah...alhamdulillah anak2 sudah boleh memahami arahan2 dalam Bahasa Inggeris dengan baik...dan bercakap juga dalam simple English.

Hanya selepas anak2 berpindah, barulah kedengaran beberapa feedback parents yang komplen kebanyakan  kanak2 berusia 6 tahun di BBIM masih belum mahir 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Dan ada juga guru di BBIM sendiri merungut anak2 di sini tatkala usia mencecah 6 tahun masih belum mampu berpuasa penuh mungkin kerana kurangnya penekanan dan paksaan (sesuai dengan motto BBIM 'Follow Your Child Fitrah).
Wallahua'lam mungkin tidak di semua branch tetapi seeloknya parents buat survey betul2 di branch terdekat dengan anda dan tanya diri modul dan impak bagaimana yang anda inginkan pada diri anak anda. Ini disebabkan BBIM lebih menekankan aspek EQ.

Boleh juga merujuk entry seterusnya KINDIE HUNTING Part II (*maaf kerana busy melampau tak sempat nak link....)

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Lecturer!

Assalamualaikum.

Teruja la baru pandai buat screenshot. Senang je pun.

Oleh itu...saya nak ucapkan Selamat Hari Lecturer untuk diri sendiri dan rakan-rakan.


Ucapan pertama sebaik saja bukak FB harini datang dari ex-student saya Siti Khalijah..

dan lepas itu ucapan2 dari rakan2 lain yang menceriakan hati saya yang gundah.

Terima kasih.

Adakalanya kata2 yang baik bisa menyejukkan tiga musim yang panas!

Tuesday, May 15, 2012

Wifaq Bucuk Bacam Ada Test Harini :)

Assalamualaikum.

Saje nak take a break setelah mengadap lappy straight dari jam 9 pagi sampai 1 tengahari. Otak sudah tepu.

Wifaq (anak sulung saya berusia 5 tahun) ada test bermula harini.

Semalam baca surat, tertulis that there would be no written tests what so ever. Only verbal assesment. 

Saya pun macam confuse macam mana menilai2 bebudak ni secara verbal? Kalau Matematik macam mana pula?

Mama tak expect apa2. Cuma harap Wifaq buat yang terbaik.

Tapi...Wifaq pulak terbalik. Semalam pergi pasar malam, terjumpa kawan Wifaq dan emaknya. Saya dengar kawannya sebut: "Jangan lupa esok exam". Dari situlah baru saya tau esok Wifaq ada ujian.

Risau la jugak.

Malamnya, saya tengok Wifaq duk baca Iqra' 6 dan satu english storybook dengan penuh konsentrasi. Sambil tu mulutnya kumat kamit berkata: "Ipak mesti tau semua....Ipak tak boleh gagal...".

Lagi la bertambah risau saya tengok gelagat budak ini. Saya takut Wifaq jadi orang yang tak boleh terima kegagalan langsung.

Anak sulung saya ni ada perangai pelik sikit. Perfectionist melampau.

Dia tak boleh tolerate dengan benda yang kurang sempurna pada pengamatannya.

Kalau pergi rumah orang lain dan lantai agak kotor, dia taknak masuk. Begitu juga toilet...kalau toilet kotor, dia taknak masuk...atau kalau terpaksa masuk dengan muka tak puas hati dan kaki terjengket2.

Bab selipar tandas pulak satu hal. Dia takkan pakai kalau selipar tu comot dan bertahi lalat. Sampai satu ketika, Wifaq pakai selipar mama (sebab mama punya bersih)...dan Mama terpaksa pulak pakai yg saiz kanak2 sebab takde pilihan.

Kalau nak pegang berus gigi dia, Wifaq biasanya akan tanya: "Mama dah basuh tangan ke belum?".

Bab pelapik kaki pulak. Kalau ada pengelap kaki depan pintu toilet yang kelihatan bertahi lalat *padahal bersih sebab mama basuh seminggu sekali* Wifaq tak akan pijak. Dia lebih rela melompat terus atas karpet dari pijak pengesat kaki.

Itu baru sedikit. Ada banyak lagi kisah betapa cerewetnya anak bujang saya.

Time nak minum susu, lagilah satu hal. Kalau tak kena gaya membancuh...terpekat sangat atau tercair...atau tak cukup panas...dia akan pulangkan balik botol. Kalau kena timing mama tengah 'panas' memang meletup jugak kadang2....huhuhu

Lebih kurang seminggu lagi. Wifaq akan ambil ujian kemasukan ke SRAI. 
Waktu mula2 dia tau dia akan ambil ujian...(kira2 2 bulan lepas) Wifaq pulun siang malam buat latihan dan soalan past year sampai mama naik takut.

Waktu orang lain tidur...dia tak tidur. Sampai habis satu buku baru dia tidur. Bangun je tidur, paksa pulak mama cek dan bagi markah. Wadui.

Ya Allah berkatilah anak-anakku.

Kerenah anak2 memang ujian. Banyak2 lah sabar menanganinya.


Sunday, May 13, 2012

Sunyi!

Assalamualikum wbt

(Tarikh di blog ni salah...tarikh sebenar entry ialah 14.5.2012, Monday)

Ya Allah sunyinya rasa harini.

Dua tahun setengah Tebi duduk bawah ketiak mama...tak pernah berenggang dengan mama...

Tiba2 harini Tebi dengan Kakak Rihaab 'terpaksa' pergi playschool *atas banyak sebab sob sob*

Kalau tak terpaksa mama takkan hantar kamu berdua ke sekolah.

Nak buat macam mana...mama kene siapkan kerja mama cepat2.

Nak habiskan study cepat2.

Tapi selalunya siang2 hari...sambil mama study sambil layan kamu berdua...

Harini rasa sunyi sangat!

Sampai tak boleh study.

Susu bengkak *even Tebi dah 2 tahun lebih*...terngiang2 suara Kakak dan Tebi main2 dalam rumah dan tolong mama sidai kain kat belakang.

"Ma nak cidai kain ke ma? Bi nak tolong mama ye...", kata Tebi selalunya.

"Kakak tolong mama sidai kain ye...kakak bagus. kakak dah besar nak tolong mama", kata Kakak Rihaab pulak.

Aduh.

Mama emo harini. Mama call cikgu tanya macam mana anak2. Teacher kata Tebi dengan Kakak OK. Tebi yang selalunya refuse minum susu botol, akhirnya harini terpaksa minum sebab takde pilihan. *Aduh pedihnya dengar...*

Selalunya, bila nak tidur, Tebi datang kat mama, "Bi nak nenen", sambil ajak mama baring sama. Lepas tu mama susukan Tebi sambil gosok2 kepala Tebi sampai Tebi tertidur...

Kakak pulak baring dekat kaki mama sambil minum susu.

Sebenarnya pagi tadi Abang Wifaq suruh ambik gambar 1st day semua pergi sekolah...tapi mama lupa. *tepuk dahi*

Mama nak study...tengok skrin netbook ternampak muka Tebi dan Kakak.

Walhal sekolah kakak taklah jauh dari rumah pun.

Cuma mama terkilan tengok keadaan sekolah yang agak kalut...ramai kanak2...dan sah2 takde orang nak layan Tebi secara eksklusif macam mama selalu buat!

Kesiannya Tebi...kesiannya Kakak! *nangis*

Inilah harga yang terpaksa dibayar hari ini...demi kerjaya, demi kejayaan, demi menaikkan taraf hidup...anak2 terpaksa ditinggalkan dengan orang lain...Kerajaan Malaysia please do something untuk ubah senario ini.

Saya tengok...ada bayi yang merangkak entah ke mana2 takde orang layan dia...anak siapalah agaknya...macam mana perasaan ibunya tinggal anak sekecil itu di tempat begini? 

Ya, para ibu tiada pilihan. Demi survival keluarga para ibu pun terpaksa kerja juga...tinggalkan anak2 di tangan orang lain.

Inilah sebabnya saya ambil masa begitu lama sebelum betul2 kuat untuk serah anak untuk dijaga orang lain...

Tebi dah 2 tahun...kakak 3 tahun setengah...kurang sikit kebimbangan bila anak2 dah besar sikit.

Mama rasa macam tak boleh study...makin tak boleh study bila2 anak2 takde depan mata.

Ya Allah, beri kekuatan buat diriku *untuk cepat2 habiskan study* begitu juga buat anak2ku....

Amin!

~Ibu Yang Gundah Gulana~


Tuesday, May 8, 2012

Stressed!

Assalamualaikum wbt

There's no word to describe my feeling now...

except this comic strip I found here 






Ya Allah segerakanlah berakhir semua ini...dengan pengakhiran yang baik dan cemerlang.

Amin!

Monday, May 7, 2012

So true...

Assalamualaikum wbt

Waktu ni kepala terasa nak pecah.

Selsema, batuk campur migrain.

Lalu mencari semangat di blog orang lain...

This is my PhD life...

speechless...tetapi kartun di bawah ini menggambarkan segala2nya...



 Ya Allah permudahkan segala urusanku...


Thursday, May 3, 2012

Sehari di KLIBF 2012

Assalamualaikum wbt.

Antara hasil rampasan di KLIBF 2012. Bajet yang diperuntukkan habis licin.

Alhamdulillah. Semalam pada tarikh 2 May 2012, tercapai juga hajat saya untuk menjejak kaki ke KLIBF 2012.

Mengunjungi KLIBF memang aktiviti tahunan 'kami' *merujuk kepada sepupu2 sebelah emak* sejak dari zaman anak dara sampailah ketika anak 3.

Malangnya tahun ini...disebabkan 2 lagi cousin kamcing dah selamat bergelar isteri orang, maka akhirnya tahun ini kami 'terpisah' dan pergi dengan pasangan masing2.

Kesian encik suami terpaksa 'cuti' seharian menemankan saya dan 2 anak dara, Rihaab dan Nehal di KLIBF tahun ini.

Sudahlah lenguh tangan mengangkut buku...lenguh pulak nak mendukung si kecik Nehal yang taknak duduk dalam stroller.

Last2, buku yang duduk dalam stroller.

Hasil rampasan saya sama banyak je macam tahun2 sebelumnya.

Penuh 2 buah beg beroda...plus atas stoller lagi.

Lepas hantar satu trip buku ke kereta, kami solat Zohor dan sambung lagi round.

Dah nak dekat maghrib baru kami sudah round dan singgah makan malam di Kampung Baru dan solat di Masjid Kg. Baru.

Leka mengadap buku sampai makan pun lupa...

Harap2 tahun depan saya ke KLIBF 2013 dengan status berbeza, Insya Allah. 

Nak tidur malam barulah terasa sakit dan lenguh tangan.

Badan Nehal pun terasa panas...kesian anak aku ikut mama pegi beli buku sampai demam.

Sudahnya cepat2 saya jaramkan kepalanya dengan air zam2 berserta doa, alhamdulillah menjelang pagi suhu badan Nehal dah OK. Risau jugak sebab anak2 dah lama tak sakit....

Saya perasan menjelang umur 30an ni, tiap kali ke KLIBF saya dah kurang beli novel.

Ehem. Tapi novel2 Norhayati Berahim memang saya tak boleh miss. Saya beli juga yang latest Dari Milan ke Maran...dan...Roti Canai Salad Taco. Siap dapat tudung free lagi sebagai souvenir.

Cuma tahun ni tak dapat nak jumpa dan ambik signature Kak Yati macam tahun2 sebelumnya.

 Karya Kak Yati belum pernah mengecewakan saya *yang sangat cerewet dengan cara garapan penulis*.

Kali pertama saya beli novel Kak Yati masa zaman belajar U dulu. Terus jatuh hati dengan cara penulisannya.

Lagi seorang penulis yang saya suka sangat ialah Noor Suraya (Kak Sue) yang saya dapat jumpa dan ambil signature 2 tahun lepas.

Tapi lately macam susah nak nampak novel terkini Kak Su di pasaran kecuali untuk kanak-kanak. 

Cuma dua orang penulis ni je yang saya betul2 follow dan boleh masuk dengan cara penulisan mereka.

Sorry to say, memang ramai penulis novel di Malaysia...kebanyakan mereka 'minat' menulis tetapi tiada 'natural talent' untuk menulis.

Akhirnya saya rasa sungguh membazir membeli novel2 mereka ini...

Selain sedikit novel, kebanyakan buku yang saya rembat ber'genre' motivational dan inspirational...juga spiritual.

Lepas tu...macam biasalah saya akan borong semua majalah lama feveret saya di karangkraf macam IMPIANA, APARTMEN, LAMAN, DAPUR, NUR dan PA n Ma. Pendek kata cukuplah stok setahun (lepas) disebabkan lately saya teramat bizi dan takde masa nak ke kedai untuk jenguk majalah pun....

Dengan ini secara otomatik, koleksi tahun lepas saya dan separuh tahun ini telah lengkap :)

Kalau tak ada orang macam saya tak hidup la KLIBF hihihih.

Sampai jumpa lagi.