Salam 'alaik.
Lama rasanya tak menjengah blog. Sangat bizi dengan macam2 hal dari tesis ke wedding adik ipar. Hilang terus mood nak update belog..........huhu.
Lately, macam satu fenomena pulak drama Warkah Cinta yang ditayangkan di TV AlHIjrah jam 8.30 malam Selasa-Khamis. Sampaikan anak2 kecik saya pun sibuk la menunggu tayangan drama ni.
Masa mula2 tengok episod 1 aritu rasa macam familiar je jalan ceritanya. At the end baru tau adaptasi dari novel Warkah Cinta Berbau Syurga....karangan Ustaz A Ubaidillah Alias yang saya dah khatamkan pembacaannya tahun lepas. Huii...bila dah jadi drama lagi best rupanya. Masa baca novel tu biasa2 je rasa...
Anak2 saya dari tak kenal Heliza Helmi terus la jadi kenal. Sampai sanggup la ajak mama dan baba pergi Festival Hijab aritu semata2 nak jumpa 'Kak Wardah' yang comel.
Nak dijadikan cerita, last week kami balik Kelantan (kampung suami). Disebabkan lapar, singgahlah kami brekfes di Leha Kelfood, Taman Melati (yeke Taman Melati eh...confuse...). Tengah2 makan, macam ternampak satu muka yang familiar........terus cuit Wifaq: "Nampak tak orang tu....?" saya tunjuk kat anakanda.
"Eh bapak Wardahlah....". Terus si Wifaq cam. Nampak tak betapa minatnya drama Warkah Cinta sampaikan watak bapak Wardah yang bukan watak utama pun dia boleh cam. Nama pelakon yang melakonkan watak bapa Wardah ialah Che Kem. Masa tu Che Kem tengah brekfes dengan family dia. Wah tetiba Che Kem pun jadi glemer penangan Warkah Cinta....(*_^)
Lepas tu sampai Kelantan je, tunjuk kat anak2 Maahad Tahfiz Pulai Chondong~tempat Amir Mukhlis belajar yang dia kena rotan sebab tolong tulis surat cinta untuk kawan dia Zaki.
Lalu pulak dekat APIUM Nilam Puri tempat Wardah belajar lepas SPM (tempat ayah saya belajar jugak dulu sebelum ke Mesir), then nampak restoran New Horizon Garden...tempat Rahim sepupu Wardah tanya perasaan sebenar Amir Mukhlis pada Wardah...lepas tu Wardah curi2 dengar pakai niqab kat belakang...sekali terkantoi kat toilet sebab Wardah lupa tutup balik muka dia...hahaha...
Lalu pulak dekat APIUM Nilam Puri tempat Wardah belajar lepas SPM (tempat ayah saya belajar jugak dulu sebelum ke Mesir), then nampak restoran New Horizon Garden...tempat Rahim sepupu Wardah tanya perasaan sebenar Amir Mukhlis pada Wardah...lepas tu Wardah curi2 dengar pakai niqab kat belakang...sekali terkantoi kat toilet sebab Wardah lupa tutup balik muka dia...hahaha...
Alahai sweet betulla drama ni...sweet dalam keterbatasan.
Rasanya ni lah drama Islamik pertama di Malaysia yang betul2 Islamik...dan yang melakonkannya pun memang2 orang yang betul2 Islamik. Selama ni bosan yang amat tengok muka orang tak alim tapi melakonkan watak orang alim...sebab nur dan cahaya keimanan di wajah seseorang bukan boleh dibuat-buat.
Bila tengok watak Amir Mukhlis ni kan..........................nak cerita sikit ni. Kenangan zaman kanak-kanak saya dulu.
Amir Mukhlis ni kan seorang jejaka yang melanjutkan pelajaran ke Mesir. Well, Mesir ialah negara kelahiran saya. Saya dilahirkan di Misr El-Jadidah, Cairo. Lepas balik Mesir...emak terus mengajar di KISAS since 1985-2008.
Dalam tempoh ini...saya sebagai kanak-kanak...(tapi tak berfikiran macam kanak-kanak hehehe) dalam diam-diam menanam impian...satu hari nanti bila dah besar, nak cari suami yang lepasan sekolah agama dan warak macam abang2 KISAS yang bakal berangkat ke Mesir ni.
Kalau sebutkan nama abang2 tu memang panjang...............tapi saya memang admire betul la dengan abang2 ni. Dalam ramai2 tu, ada la sorang yang paling hensem. Saya namakan Abang H la ye sebab beliau dah kahwin pun masa belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Seingat saya, saya mula menulis novel cinta Islami sejak darjah 3 (tahun 1995). Agaknya kalau aku publishkan novel tu...mau aku jadi penulis novel Islami termuda di Malaysia hehe. Sebabnya da sekali saya terlupa simpan manuskrip novel tu....*tulis atas kertas kajang je....masa tu mana ada komputer lagi*...dan ada salah sorang kakak form 5 yang tumpang solat kat bilik terbaca....
Dia tak percaya saya yang tulis novel tu. Ye, bakat menulis ini telah wujud sejak azali....dan saya akan jadi pening2 lalat kalau tak menulis. Sebab watak novel tu dikisahkan di luar negara....apa ingat budak darjah 3 tak de bakat menulis ke?
Saya rasa masih simpan manuskrip berharga dalam kotak barang2 lama..
Back to the story, abang2 yang warak tersbebut merupakan anak angkat emak saya...jadi depa selalulah datang ke rumah. Masa tu saya masih sekolah rendah jadi mana la abang2 ni nak tau aku suka tengok diorang....cis cis...malunya aku nak ngaku...hahaha
Bila diorang datang, saya pun nyorok je dalam bilik. Tapi selalu curi2 dengar perbualan diorang sebab kuarters KISAS tu kecik je pun.
Kagumnya tengok peribadi dan akhlak abang2 ni. Cakap lembut, sopan santun dan selalu menundukkan pandangan terutamanya abang H.
Ada satu malam tu, emak dan ayah takde. Sekali dengar la ketukan di pintu. Saya pun bukak (nasib baik dah ready pakai tudung)...rupanya abang H nak hantar bakul yang dipenuhi gelas2 yang dipinjam untuk satu program. Dengan segan silu aku pun ambik jelah bakul tu dan ucap terima kasih.
Lepas abang H pergi...bau wangi perfume dia melekat kat bakul tu. Huhuhu. Dahla ensem...wangi pulak tu. Rasa macam jatuh chenta la kat abang H (masa tu...). Advance sungguh darjah 3 dah pandai jatuh chenta...tsk tsk...
First crush la konon2 hik hik.
Lepas tu abang H pun pergi Mesir.
Tahun 1996 Abang H balik Malaysia dan datang raya ke rumah kami di Sekyen 6 Shah Alam (masa tu duk seksyen 6). Saya pun macam biasa nyuruk kat dapur je tolong emak masak. anak dara pingitan gitu.
Dah duduk kat dapur...malaslah nak pakai tudung sebab takde sape masuk.
Sekali tiba2...abang H masuk...terkejut gile masa tu tapi nak lari ambik tudung pun tak sempat. Tapi abang H patah balik dan keluar semula ke depan.
Aduii..................masa tu rasa semakin la minat dengan abang H. Sebab apa? Sebab...tindakan dia patah balik setelah tengok wanita ajnabi sedang dalam keadaan tak bertudung adalah sangat ohsem!!!!!!!!!!!
Kalau lelaki tak beriman dia akan buat tak tau je dan buat macam takde apa2. Grrr...
Ciri-ciri lelaki seperti inilah yang kucari2 dalam diri seorang pemimpin rumahtangga. *Walhal dalam keluarga saya memang hampir kesemua lelaki seperti ini..............pakcik2, sepupu2 lelaki...*
Akhirnya sekitar tahun 2003 daku mendapat perkhabaran Abang H dah bernikah di Mesir. Huhu...sebab masa tu dah matured enough, daku pun dah boleh terima dan sedar dirilah abang H bukan jodohku...............lagipun sapelah daku nak bersuamikan penuntut Al-Azhar yang warak itu. (walaupun emak dan ayah adalah lepasan Al-Azhar.................)
Ada sekali tu, tahun 2004 masa saya chambering kat legal firm....(masa ni saya pun dah besar....dah bertunang pun dengan encik suami)...abang H call henfon emak tak berjawab. Akhirnya beliau call henpon saya....beliau call dari Mesir dan terputus2...tapi saya dapat tangkap apa beliau suruh sampaikan pada emak: isteri beliau baru lahirkan baby dan baby tu meninggal dunia..............
Huhuhu. Sedihnya la rasa....kesian Abang H. Berat sungguh dugaanmu.
Lani bila dah kahwin, abang H dan isteri selalu jugak datang beraya ke rumah kami.
Yang herannya...sekarang ni saya nampak abang H ni takdelah hensem macam manalah aku boleh had the 1st crush dengan beliau dulu..huhuhu.
Sekarang abang H dan semakin kurus dan cengkung, dan saya perasan sebatang gigi beliau telaj hilang dan beliau tak kisah pun nak pakai gigi palsu mungkin kerana sedar yang kehenseman telah luput. (^_^).
Insan2 macam Amir Mukhlis tu.....ramai yang saya kenal sepanjang kehidupan saya. Ada yang memang OK...dan ada juga yang pura2 OK...tapi kebanyakan mereka memang baik...dan saya amat beruntung mengenali mereka.
Sekarang bila dah kahwin....bapa mertua saya pun lepasan Univeristi Al Azhar begitu juga arwah ibu mertua saya. Kiranya saya dan suami sekufulah....sebab background family kami sama...
Sebelum berundur...silalah nikmati alunan OST Warkah Cinta dendangan UNIC dan Imam Muda Nazrul...semoga anakanda saya si Wifaq pun mampu membesar dengan akhlak mulia macam2 Imam Muda ni...amin
*Lirik ada di bawah
WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
Lirik oleh Ustaz A. Ubaidillah Alias
Nyanyian UNIC & Imam Muda Nazrul
Sebuah jiwa terbentang seluas sahara,
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa,
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Menjadi warkah cinta berbau syurga.
Sempadan batinku hampir terbelah,
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa,
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota Cinta dari Syurga
Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.
Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu,
Bila saat aku pergi…biarlah cintaku tetap di situ.
No comments:
Post a Comment