Friday, April 29, 2011

Dearest the Special One: The Late Raihana Zainudin- Part I

Al Fatihah for the late Raihana Zainudin who passed away on September 2010.

Aku hidup dalam kenanganmu Nana...that is all I can say now.
Well, there are too much to write about this special person yet the idea only came after she's gone.
Untuk mereka yg pernah mengenali dan rapat dengan arwah, pastinya sangat terasa dengan pemergiannya. Aku hanya ingin menulis mengenai insan hebat ini...dan berkongsi rasa tentang betapa kami sekeluarga sangat terasa kehilangannya...dan apakah yang menyebabkan kami terasa seperti itu.

Arwah Raihana atau lebih rapat dengan panggilan Nana merupakan sepupuku dari sebelah ibu iaitu anak kepada Pak Andak Zainudin. Tidak keterlaluan jika kukatakan kami tak pernah berpeluang untuk bena2-benar rapat dengan arwah kerana sejak kecil arwah tinggal jauh dari kami mengikut Baba dan Mamanya yg ditugaskan di Utara dan Selatan tanah air. Jadi peluang untuk kami berjumpa hanya sekejap-sekejap pada Hari Raya atau kenduri. Penghujung 90-an, arwah mengikut keluarganya ke Kanada. Pulang dari Kanada, arwah tinggal di Pulau Pinang dan selepas itu beberapa negeri kerana Pak Andak merupakan pegawai besar kerajaan. Arwah bersekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang~Sekolah Menengah St.Georges. Jika diikutkan sebenarnya tidak pernah memasuki sekolah agama tetapi akhlak yang ditunjukkanya jauh lebih cemerlang dari mereka yang bersekolah agama.

Kami betul-betul rapat setelah arwah belajar di Kolej YPM, Bangi untuk kursus persediaan ke Jepun. Waktu itu aku di UIA Gombak. Memandangkan keluarga arwah tinggal di Kuantan ketika itu, jadi setiap hujung minggu arwah kerap 'balik' (istilah yang arwah gunakan..,dan sesungguhnya aku merasa amat terharu kerana penggunaan istilah ini menunjukkan arwah menganggap rumah kami seperti rumahnya juga). Jadi kami sering berjanji pada setiap Jumaat untuk bertemu di KL Sentral. Arwah ambil komuter dari Bangi dan aku dari Gombak. Biasanya aku tak lupa membeli sedikit minuman dan makanan untuk kami berdua 'ratah' sambil bersembang sepanjang perjalanan ke Shah Alam. Oh sungguh indah waktu itu.

Malam hari biasanya kami akan tidur bersama-sama. Sebelum tidur, bersembang panjang dahulu tentang macam2 hal. Yang paling aku suka ialah memaksa arwah mengajar aku bahasa Jepun. Adakalanya kami bercerita kisah2 yang menyentuh hati sehingga sama2 menangis...saat ini akan kukenang sepanjang hayat.

Sebenarnya aku kagum dengan arwah yang berjaya menguasai bahasa Jepun yang tersangat asing padanya dalam tempoh singkat. Arwah insan cemerlang sejak kecil~semua ahli keluarga kami mengetahuinya. Selalu mewakili sekolah dalam pertandingan matematik dan debat yang biasanya dimonopoli kaum Cina di Pulau Pinang. Dan ia terbukti dengan keputusan SPM yang cemerlang. 

Pada aku arwah seorang yang next to perfect..kalaupun tidak perfect. Dianugerahkan wajah yang comel (iras2 Siti Nurhaliza), senyuman menawan, akhlak yang baik, personaliti menarik, otak yang sangat bijak dan sangat positif dalam setiap perkara..aku kira aku bertuah punya sepupu sepertinya. Arwah Nana orangya penjimat...dan susah amat mahu berbelanja. Tidak seperti aku dan gadis2 lain...arwah Nana agak lokek berbelanja barangan seperti alat solek, pakaian atau wangian yang berjenama ataupun tidak. Pada aku ini memang personaliti budak bijak.Dan arwah juga tidak pernah terjebak dalam cinta monyet.

Arwah ke Jepun ketika aku sedang bergelar pelajar Master di UIA pada tahun 2004. Dengan itu kami hanya berhubung melalui YM sahaja. Ada juga sesekali aku kirimkan hadiah dari sini. Belajar di Tokai University, Jepun tanpa ditemani keluarga arwah Nana sentiasa positif. Tidak akan sesekali kita mendengar keluh kesah atau kata2 berbaur negatif dari mulutnya. Maka aku pun terfikir amat bertuah siapa yang menjadi suaminya satu hari nanti.

Selepas tamat degree, arwah sambung pula Sarjana di Uni yang sama. Di penghujung2 pengajian Masternya barulah kami terdengar2 desas desus mengenai jejaka istimewa di hati arwah. Jejaka itu sama2 belajar di Jepun dan khabarnya sama-sama aktif dalam pertubuhan jamaah di sana. Aku lihat arwah Nana banyak berubah sejak ke Jepun. Tudungnya semakin labuh dan arwah sentiasa berstokin. Bagi orang yang tidak berlatarbelakangkan agama kukira perubahan ini tersangat baik. Dan aku pasti bakal suaminya juga sebaik arwah.

Arwah kembali ke Malaysia pada 2009 dan inilah kali pertama arwah beraya bersama kami di sini. Dan dalam pada itu juga arwah sudahpun bertunang dengan jejaka pilihan hatinya. Walau menempuh berbagai dugaan, akhirnya arwah diijabkabulkan juga pada 21/3/2010. Takkan kulupa tarikh ini..kerana sehari sebelum itu aku sepatutnya ditahan di hospital untuk melahirkan anak ke-3 ku Nehal tetapi aku berkeras juga mahu pulang dan menghadiri walimah arwah. I think I have the right decision ever. Kalau tidak tentulah aku terkilan hingga ke saat ini. Kami antara yang paling sibuk untuk persiapan kahwin beliau. Banyak kenangan manis berlaku pada tarikh ini.

Beberapa bulan selepas itu, aku mendapat perkhabaran bahawa arwah Nana hamil anak sulung. Aku masih ingat, kata2 arwah di YM...kalau boleh mahu anak yang bijak seperti Wifaq. Aku jawab, dia xperlu bersusah payah untuk mendapatkan anak yang bijak macam Wifaq (itupun kalau betul Wifaq bijak...) kerana mak dan ayahnya mmg dh bijak...dua2 belajar di Jepun. Dan selepas itu sms susulan tentang betapa beliau rindukan suaminya....(ketika itu arwah ditugaskan di Petronas Kerteh, Terengganu dan sering berulang alik hujung minggu menaiki bas atau menumpang kereta rakan). Jarang2 aku dengar arwah mengucapkan kata2 seperti rindu dan sewaktu dengannya. Aku kata, ada perasaan juga Nana ni. Arwah pun jawab: "Apa ingat selama ni Nana xde perasaan ke?". Dan sms itu masih tersimpan dalam telefon Samsung ku...

Arwah pernah beberapa kali ke rumahku sejak Nehal lahir. Dan kali terakhir kami bertemu ialah sebulan sebelum arwah dijemput Ilahi...bulan 8 ketika majlis perkahwinan Fariz dan Fizi di KKB. Entah mengapa ketika itu tergerak aku nak ambil gambar bersama2 arwah...ada juga gambar arwah memegang Nehal. Sesekali aku meraba2 perut arwah dan tanya : "Baby dah gerak ke?". Arwah dijangka melahirkan bayi lelaki.
 Kali terakhir aku bertemu arwah...entah kenapa tergerak hati nk bergambar bersama

Nehal dan arwah Nana (dan baby dlm kandungan)...sweet memories remain forever!

Seminggu sebelum Hari Raya Puasa menjelang...jam 5.00pagi...aku dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan arwah terkorban dalam kemalangan ngeri. Lepas itu berduyun2 panggilan lain dari sepupu2ku masuk. Hidangan sahur pagi itu tiba terasa pahit dan kelat. Termenung seketika aku. Lalu dengan kadar segera kukemaskan baju2 dan lepas sahur kami bergegas ke Kuala Kubu Bharu kampung datukku sebelah emak. Buat Siti Zakiah dan Ra Haslina...tanpa seorang Raihana Zainudin akhirnya kita tinggal bertiga!