Showing posts with label Covering the 'Aurah. Show all posts
Showing posts with label Covering the 'Aurah. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Terbeli................ @ Hijrah Couture

Habislah...........lari bajet bulan February.

Sebabnya...


Terbeli 2 pasang baju dari Hijrah Couture...(alhamdulillah dah bayar dan tunggu dipos sahaja...*tak sabar*)

Silalah imagine saya duduk ayu dan sopan begitu (kerana tidak akan dilihat dgn mata kasar sampai bebila  :P). This one is: Kurung Modern Fusion *pic ihsan FB Hijrah Couture*
Dan ini...
This one is: Koleksi ALL ABOUT COTTON~PAISLEY SERIES...daku grab sekali dengan shawl dia...pandai2 la kan nak ejas bagi labuh....asalnya saya nak kaler yang di bawah ni tapi dah sold out *nangis* pic ihsan FB Hijrah Couture
Yang ni dah sold out....teringin la nak baju kaler kuning2 sket...jarang pakai kaler cerah *pic ihsan FB Hijrah Couture*
Konon2 end of this year dah planning nak masuk kerja balik, so berdikit2 la mengumpul baju kurung balik untuk dipakai ke opis...

Bajet asal sehelai sebulan. Ni terbeli 2 helai sebulan apa kes.....

*konfiden la kan by end of year dah setel tesis...insya allah doakan...mudah2an amin Ya Rabb....nak masuk kerja cepat letih dah study...*

Student zaman sekarang bukan boleh tengok lecturer dia pakai baju sama ulang-ulang...mesti ada yang menegur...kalau tak menegur, mesti mengumpat dengan kawan sebelah....heh 'puan X tu asik pakai baju sama je aku tengok...boringlah....'

Jadi nak mengurangkan dosa mengumpat tu eloklah saya membuat persediaan rapi...

Masa saya belajar di Uni dulu pun paling suka kelas sorang lecturer yang baju dia sume cantik2...rasa segar je masuk kelas bila tengok penampilan lecturer sangat presentable.

sedikir mengenai Hijrah Couture ni...pertama kali kenal masa baca blog blogger terkenal Fatin Liyana Asri @ honeykoyuki.blogspot.com

Rupanya Hijrah Couture ni nama online dia. Nama butik dia ialah FZ Hijrah...

Laaa FZ Hijrah ke...kalau gitu sejak zaman student dulu lagi saya selalu beli baju butik ni di Kompleks PKNS Shah Alam.

Tak tau pulak ada online boutique sbb selalu pakai walk in je...butiknya pula agak tersorok tapi takde hal sebab baju2 Hijrah Couture ni mmg cantik2 dan cepat je sold out di alam maya esp yang saiz kecik molek.

Last month sekali lagi saya walk in ke butik (sebab dah bajet nak beli sebulan selai baju kurung takdelah semput sangat nak beli banyak2 sekaligus)....belilah selai baju kurung dari material Taffeta...macam kain Shantung jugak rupa dia. Nantilah bila dah pakai baru boleh upload gambar.

Hijrah Couture is famous with their cotton modern, tradisional and fusion kurung...tapi saiz dia gak besar. Saya yang dah sedia kecik pakai SS pun masih besar. Famous blogger yang kelihatan memakai baju2 HC ialah Shea Rasol (my-amethyst) dan Fatin Liyana (honeykoyuki).

Alhamdulillah belian hari ni dapat less banyak jugak sbb HC tengah buat sale sampai 28 February 2013. All three items saya dapat RM350 sahaja (^_^)

Hijrah Couture boleh dilawati di facebook dan juga laman web: www.hijrahcouture.com.

Sekian terima kasih....*bulan depan jangan ngengada nak beli baju kurung lagi sebab bulan ni dah terbeli 2 pasang....*





Tuesday, September 25, 2012

From Jenna to Jo @ Saraya Zahret

Assalamualaikum.

Rupanya From Jenna to Jo ni adik kepada Saraya Zahret.

Belek2 majalah Hijabista baru2 ni macam rasa nak terjah butik SZ buat kesekian kalinya sambil jenguk2 skirt From Jenna to Jo...smart casual i like!

Sukalah tengok skirt kembang...

Ada sape2 nak join saya ke butik SZ?


Cantiknye skirt bintik polka ituu....(^_^)

Monday, July 16, 2012

Queen Control? Not me.

Salam alayk.

Beberapa hari lagi dah nak menjelang Ramadhan kan? Bagaimana persediaan anda fizikal dan mental?

Tamar untuk berbuka dah beli? Stok makanan dah top up?
Baju raya dah settle? Apa theme colour tahun ni?
Saya punya....eheh nantilah tengok gambar raya ye. Biarlah rahsia (eceh).

Ahad lepas kami sekeluarga suahpun menyetelkan urusan membeli belah baju raya anak2. Boleh juga dikatakan Annual Shopping sebab kami memang renew stok baju anak2 setahun sekali saja. 

Bulan Februari lalu ketika berada di Makkah, ada juga kami ke Aziziah cari baju anak2...walaupun cantik2 tapi kualiti kain tetap tak sama dengan yang di sini dan agak tebal tak sesuai cuaca di Malaysia.

Tapi dalam tak sesuai tu rembat juge 10 pasang di Al-'Aelah Shopping Mall...isk2.


Lepas tu di Al-Faisaliyyah Mall, Riyadh pun banyak baju2 branded cantik2. Design sume unik2. Ada la beli sikit je. Al-Faisaliyyah ni setaraf bukit bintang di Malaysia. Kopakkk

Kalau kat Malaysia ni kami selalunya ke AEON Alpha Angle (dahulunya JUSCO Wangsa Maju) tempat membuang masa dan duit ketika zaman UIA dahulu kala bersama rakan2 seperjuangan) atau ke SOGO saja. Tapi SOGO tak best bila shopping banyak2 sebab takde troli. Jadi dah malas nak pegi kalau bawa anak2.

Bercerita bab shopping...semua pakaian yang dipilih sama ada anak2 punya atau husband punya...WAJIB dapat pengiktirafan daripada saya selaku fashion advisor baik dari segi design, kaler mahupun cutting.

Melampau ke tak melampau eh? Rasanya semua ibu macam saya kot.

Peraturan ini bukan saya yang buat. Ia dah jadi tradisi. Puncanya...setiap kali anak2 atau suami memakai baju yang saya pilih mesti akan ada orang tanya: "eh cantiknya design beli kat mana? eh cantiknya kombinasi warna, jarang jumpa. eh uniknya tolong belikan sekali kalau jumpa yg macam ni ye..."

Hakikatnya benda ini memang selalu terjadi pada saya juga dan apa yang saya pakai. Maka selalulah terjadi insan2 rapat di sekeliling saya mengirim itu dan ini dan menyerahkan bulat2 kepada saya untuk buat pilihan terbaik. Duh!!!!

"Ala kau pilih selalunya cantik....kau pilihkan jelah...".

Susah tau nak pilihkan untuk orang sebab apa yang kita suka kadang2 orang tak suka. 

Apa yang orang tengok saya pakai sesuai dan cantik...ia kerana...pakaian itu dipilih setelah meneliti kesesuaian dengan karakter, personaliti dan fizikal saya sendiri. Dan lain orang lain pula citarasanya kan?

Penyakit suka menyuruh saya memilih ni dah berjangkit juga kepada husband saya.

Kisahnya, masa baru2 kahwin dulu, ada sekali dua dia minta saya pilihkan kemeja dan kasut. Ajaibnya, kedua2 benda yang saya pilihkan itu menjadi perhatian orang lain yang melihat hinggakan mereka berpesan kalau jumpa lagi tolong belikan.

First time cousin2 lelaki saya tengok encik husband pakai kemeja BONIA kaler hijau itu, teruslah mereka bertanya beli kat mana..cantik gile design? 
Encik husben terus je berkata: "Tanya Kak Shana' kau...dia yang pilih". (ahaha den banggo ni...kembang kempis idung ni ha).

Lalu...baru2 ini waktu nak pilih baju raya pun, apabila anak teruna saya pegang je sehelai baju yang dia berkenan, terus encik husband kata: "Tanya mama dulu. Kalau mama kata OK baru ambik...". (pengiktirafan tuuu...terima kasih terima kasih).

Kebetulan benda2 yang jadi pilihan saya selalunya either Best Seller (biasanya lepas beli baru tahu), tinggal satu je atau Sold Out. 
Encik suami kata kemahiran saya menilai dan membuat pilihan ni sebenarnya satu anugerah yang patut digunakan sebaik-baiknya. Tapi jadi pening sebab orang selalu suruh saya buat pilihan. Baik ayah, emak, suami, anak2, cousins, makcik dan pakcik juga. Kadang2 baju opis ayah pun dia suruh saya pilihkan.


Ada sekali kami ke Kota Bharu, Kelantan. Ayahanda nak kirim kemeja. Tapi awal2 beliau dah pesan biar saya pilihkan dan bukan emak saya. Boleh gitu? 

Waktu di Seoul, Korea, cousin saya nak pilih kasut pun dia suruh saya pilihkan. "Halil tau kalau kak shana pilih mesti terbaik...". katanya. Adei. Akhirnya aku sendiri tak sempat nak rembat kasut yang aku berkenan sob sob.

Maka jadilah encik suami takkan beli apa2 kalau tak bawa saya bersama.

Baru2 ini, encik suami bercadang beli pakaian kerja setelah beberapa lama tak membeli. Beliau serahkan bulat2 pada saya untuk memilih. 

Maka, yang berikut semuanya adalah pilihan saya. Semuanya. Walaupun beliau sudah jatuh hati tapi kalau saya kata tak cantik, beliau takkan beli.
 Saya bukan queen control tapi keadaan memaksa saya jadi begitu muahaahahaha *devil kan*

Kalau dah perempuan yang pilih mesti nak kaler2 feminin, but believe me this is not the first time...encik suami sesuai sangat pakai kaler camni.
Dua daripadanya ada percikan warna merah jambu gitu....

Close up sket....

Pale pink and Grey  by Emmer Zecna
A nice combination of black, chilli red and grey by Alain Delon
Color block of Black, Beige and Hot Turquoise by D'Urban
Pink and white printed macam nak habis dakwat (i like)..by  Guy's Creative
Yang ni incik husband pilih sendiri...Purple and White

Setelah melihat pilihan pakaian lelaki yang hanya ada stripes and checkers, sesungguhnya saya bersyukur dilahirkan sebagai wanita.
Please dun mention kemeja bercorak floral ye...memang tak berapa nak berkenan lelaki pakai corak berbunga2 ni...

At the same time kagum...designer pakaian lelaki tak jemu2 sejak zaman dahulu berkreatif dan berkarya dan memerah otak menghasilkan sesuatu yg berbeza hanya dengan bermain dengan garisan dan kekotak...unik kan kalau difikir2kan.

Dengan sedikit imaginasi, corak kekotak dan jalur itu sukar nak jumpa yang sama kombinasi warna dan susunannya walaupun di antara jenama berbeza. Tak percaya cuba cek...

Wassalam (^_^)

Monday, July 2, 2012

I Heart Pehaya & Saraya


Assalamualaikum. Semoga hari ini menjanjikan kebaikan buat semua.

Harini tiba2 je rasa nak bercerita tentang fashion (padahal bukanlah fashionable sangat pun (^_^). Saya memang follow perkembangan fesyen tapi sedar bukan semuanya kita boleh ikutkan sangat. Asal tak melanggar batasan syarak, tidak ketat, tidak jarang, tidak pendek it is ok with me

Mungkin kerana mood shopping raya sudah mari kot. 
Dua tahun kebelakangan ni saya dah tak berapa rajin nak terjah shopping complex di bulan Ramadhan. Mungkin sebab terlalu ramai orang, sesak dan tak puas nak membelek baju. 

Another reason...hakikatnya pakaian yang dijual di ramadhan bazaar ni sebenarnya harganya lebih mahal dari hari2 biasa. Bila dah ramai sangat orang dan bersesak2 dalam keadaan panas dan berpuasa...kadang2 boleh dapat migraine. Jadi eloklah diselesaikan hal soping moping di sebelum Ramadhan Kareem menjelang tiba.

Lagipun, kalau boleh eloklah kita melalui Ramadhan dengan fokus yang lebih kepada ibadah. Sayang kalau tak manfaatkan sepenuhnya tempoh 30 hari yang penuh barakah ini yang menemui kita hanya sekali setahun.
Ok, now back to the story. 

Saya ni bukanlah seorang yang fashionista sangat pun. Cuma, sesekali membeli pakaian saya suka yang selesa dan berkualiti. Dan gaya pilihan saya ialah casual. Bukan tak pernah beli pakaian murah, tapi end up kaciwa sebab kualiti tidak memuaskan hati.

But what do u expect...sesuailah dengan harganya kan? Kalau nak yang selesa dan kualiti terbaik tak boleh lokek keluar duit lebih sikit (walaupun hakikatnya benda mahal tak mesti bagus....tapi kalau pandai pilih dan kena dengan gaya kita, Insya Allah puas hati).

Sebut tentang casual...saya memang obses dengan dua brand ini: Pearl Haya dan Saraya Zahret. 
PH & SZ my fave...
Bila sebut je pasal pehaya ni mulalah rasa nak lompat2, ceria dan nampak kaler pelangi (heh melampau sungguh). Kata Pehaya, "Feel it, Wear it, Love it". Saraya Zahret pulak kata: "Zahret Your Closet". (kalau nak fully Zahret my Closet memang kopak le....hohoho)

Mula2 saya kenal pehaya dulu. Asal balik umah parents kat Shah Alam mulalah hati (dan kaki) asik terarah ke Seksyen 7 yang penuh dengan segala mak nenek butik pakaian. Pendek kata, memang heaven on earth bagi para fashionista. Orang demam pun boleh sihat balik kalau datang sini selepas melihat betapa banyaknya butik2 popular semua terkumpul di satu tempat (tiap kali datang sini mesti lupa je nak bawak kamera nak snap bukti kemeriahan bagi mereka yang tak pernah datang sini)

Antaranya Sugarscarf, Radiusite, Alya Sarah, Hatta Dolmat, Fareeda, Ariani, Hajra, Jakel (terbesar di Malaysia), Altelia Amani, Gulatis, Ustazah (wajib juga terjah sini sebab tudung2nya labuh...) dan macam2 lagilah tak boleh nak ingat sebab banyak sangat2....dan semestinya PEARL HAYA *wink wink*

Masa mula2 memakai pehaya beberapa tahun lalu, saya macam agak kaciwa jugak sebab tudung saiz paling besar dan labuh (P3) tak berapa banyak design yang vogue. Tapi tahun demi tahun....design untuk P3 semakin banyak dan cantik2 setanding dengan tudung2 saiz lain.

Cuma saya nak komen...saya ni kira rezeki Allah SWT jadikan bertubuh kecil dan kurus, jadi agak mudah nak jumpa tudung yang betul2 covering the aurah...dan menutup aurat sambil berfesyen. 
Tapi kesian dekat emak saya...dia suka juga tudung2 PH ni tapi selalunya dia masuk dan tak beli apa2 sebab bila sarung je tudung ni...yang paling labuh pun tak boleh nak cover betul2 apa2 yang sepatutnya ditutup sesuai tuntutan syariat. Kalaulah boleh pehaya keluarkan range yang lebih labuh lepas ni tentulah lebih baik (^_^).

Kali terakhir saya jengah butik pehaya ialah semalam. (sebenarnya selalu je menjengah sebab kalau nak latest design memang kena rajin jenguk selalu...kalau terlewat memang sold out dan takkan berulang design yang sama sob sob)
Sampai hati encik suami kata: 'banyak ni je beli...?'.
Agaknya sebab dah selalu sangat datang staf2 pehaya dah kenal saya kot. Saya perasan selalunya mesti ada sorang staf yang akan follow, layan dan tolong pegang tudung2 yang saya dah shortlist. 

But, yesterday.......staf diorang cuma senyum dan biarkan saya pilih sendiri ditemani anak bujang saya si Wifaq yang sibuk jugak nak folo mama beli tudung. Mula2 saya dah terpegang yang Slim Cut...tapi tiba2 staf tu tegur: "Akak, yang tu slim cut...yang akak suka sebelah sini..".

See? Diorang memang dah cam muka gue. Oh sangat segan okay. Tiba2 rasa next visit nak pakai topeng muka Siti Nurhaliza hahahaha. Macam takde muka lain je balik2 muka ni je yang datang isk2. Agaknya depa cam sebab...selalunya saya datang shot list bukan main punya banyak....tapi end up beli selai je. Sebab saya ni boleh tahan jugak la cerewet memilih....dan lagi satu sebab design cantik selalu sold out jadi bila datang yang saya nak tu dah out of stock. T_______T

Apa yang saya suka...diorang belum pernah lagila buat muka malas ke...penat ke...atau malas nak layan customer. Kalau dah ambik banyak2....pastu beli satu je pun diorang senyum je. Harap2 staf pehaya kekalkan prestasi kurangkan kontroversi hehe...

Selalunya saya ziarah pehaya dengan encik suami. Beliau tunggu dalam kereta jaga anak dan kasi can saya pilih tudung puas2. Saya kalau memilih memang tak boleh sekejap...banyak aspek perlu diambil kira cewahhh
 
Encik suami saya dah faham benar dengan obsesi saya terhadap pehaya ni. Memang kalau diikutkan harganya boleh tahan mahal. Sehelai yang paling murah pun RM90++...tapi sebab encik suami tengok mahal pun saya kerap pakai (malah kadang2 p buang sampah pun sarung pehaya jugak sebab sedap dan mudah menyarung) jadi encik suami tak kisah. Yang penting labuhnya menepati hukum syarak.

Semalam saya masuk pehaya angkut sekali baju raya yang baru siap...matchkan dengan tudung. Malangnya banyak yang saya suka tak kena pun dengan kaler baju....semuanya latest design yang sangatlah ohsem dan kalau tak ambil boleh demam sebulan hehe.

Akhirnya saya ambil 5 pasang saje semua yang latest design iaitu Chiffon Dwi Ruffles. Lagipun dah lama tak pegi soping mana2 disebabkan kesibukan study. Sesekali dapat soping camni memang rasa....hilang dan lapang segala stress...(*_^). Tapi sekejap saja, kena back to work jugak akhirnya.

Beberapa bulan lalu, barulah saya tau owner Pearl Haya adalah juga owner Saraya Zahret. Patutlah macam kena je bila pakai baju SZ dengan tudung pehaya ni. Mula2 tengok butik ni dekat Bangi dulu saya ingatkan ownernya orang Turkiye disebabkan nama Zahret tu...(saya duk berkenan jubah2 ala coat dari Turkiye jenama Zuhre Pardesi. Nak dekat sama kan? Zahret~Zuhre...(^_^)

Saya suka SZ sebab suka gaya kasual macam blouse dan skirt labuh. Design2 blousenya so up to date and my feveret yang jenis ada draping. Bila tengok baju2nya tak boleh tengok dengan mata....tapi kena tengok dengah hati (eceh) sebab kena imagine pakai dengan skirt apa...design camne...kaler apa...dan kena sarung kat badan baru nampak cantik atau sesuai.
1st buy...terus jatuh chenta...(*_^) Black Draping Blouse and Fuschia Six Panel Skirt
Again, saya beruntung kerana punya fizikal petite dan kurus jadi agak mudah nak cari baju yang kiut, labuh dan longgar walaupun orang lain pakai kadang2 nampak ketat dan nampak bentuk badan. Speaking of bentuk badan, biasanya baju2 saya kena dapat approval encik husband dulu. Kalau rasa2 menampakkan susuk tubuh dengan agak melampau maka pakai kat rumah sajalah.

Kali pertama saya pakai blouse hitam draping SZ dan tudung pehaya dipadankan dengan skirt takde jenama (see? tak perlu branded dari atas sampai bawah pun..........) ramai pulak bertanya mana saya beli. Cousin saya tegur...'cantiknya design...'. Makcik pulak tegur 'nampak selesa je kau pakai baju ni...'...dan ..'tudung ni beli kat mana? cantik dan labuh'. Terima kasih pada yang bertanya...silalah berkunjung ke butik.
first buy couple of months ago...i like! tapi kalau selalu boleh kopak juge..ngeee. Rasa nak pakai selalu blouse ni sebab selesa sangat tapi takut jadi tak exclusive bila pakai selalu
Last saya pergi SZ pulak ialah kelmarin (Sabtu) sehari sebelum saya pegi pehaya. Itupun, kakak yang jaga tu masih ingat saya. Dia kata: "u yang datang dengan mak u dulu kan? u join member kan?". walaweh dasat betul memori diorang ni...padahal baru kali ke2 aku ziarah SZ ni...dan bukan aku sorang yang rajin terjah sini. SZ ada sale dan sehari sebelum saya terjah, menurut kata staf situ...memang ramai sangat yang datang dan banyak saiz S sold out sampaikan diorang tak cukup rehat. waktu saya datang saiz S dah tak banyak choice sangat tapi saya dapat sehelai yang berkenan di hati...jadilah buat melepas geram lama tak soping huhu.

SZ ni harga boleh tahan jugak. Rasanya paling murah pun RM150 kot...dan skirt2nya juga cantik2 especially yang 6 panel. Tapi dalam banyak2 design saya lagi suka 3 panel design je dan selalunya saya beli kat kedai2 biasa dengan harga murah dan kualiti sama sebab pada saya SZ punya skirt agak berat dan saya kurang selesa. Mungkin sebab saya kurus sangat kot jadi pakaian2 berat macam tak best je nak dipakai.

Saya ni tak rajin nak rekemen apa2 pada sesiapa. Sebab selalunya saya hanya stick dan suka pada sesuatu brand setelah buat sedikit research dan ada sebab yang kukuh untuk menyukainya dan sanggup pula mengeluarkan wang untuk mendapatkannya. 
Apa yang saya suka tak mestinya orang lain pun suka....but above all I'd love to share apa2 jua product yang bagus (^_^).
Cuma yang tak syok semalam encik suami saya tengok paper bag pehaya...dia boleh komen: 'banyak ni je beli...?'. Komen beliau ni disebabkan beliau dah lama tak tengok saya shopping dan melalui stress mengadap tesis setiap hari sampai tak serupa orang sudah! hahaha 

Takpe...takpe...aktiviti soping akan bersambung lagi (jangan risau) hingga hari terakhir sebelum Ramadhan. Ada masa lagi ni ngehe.

Ya Allah! Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Amin (^_^).

Sekian. Sharing is Caring.

pssttt: bagi sesape yang berminat nak beli online (tapi not recommended sebab pegi tengok dan belek kat butik sendiri lagi banyak choice dan lagi best) boleh ketik sini: Saraya Zahret dan juga Pearl Haya.