Showing posts with label Ingatan Buat Diri. Show all posts
Showing posts with label Ingatan Buat Diri. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

Oh Allah, Please Guide Him and His Family (and Us)!

Ada sesuatu mengganggu fikiran saya akhir-akhir ini.



Listen... 

Saya bukanlah baik sangat hinga layak hendak berdakwah pada orang lain but every Muslim has a role as a daie. Untuk betulkan diri sendiri and at the same time...jika berpeluang, membimbing orang lain ke jalan yang boleh menyelamatkan mereka.

Di kejiranan saya ada satu keluarga bangsa Cina. Beragama Buddha. 

Kami baru rapat sejak akhir2 ni kerana buah kuini. 

Satu hari di beberapa minggu yang lalu, Uncle Cina (saya tak tahu nama beliau...kerana selalu nampak beliau berjoging dan lalu depan rumah saya.) tegur pokok kuini depan rumah saya sangat lebat sedangkan di rumah orang lain semuanya tak berbuah langsung. 

Pokok ni developer yang tanam dan lepas suami siram air zam2 barulah berbunga dan berbuah lebat. Uncle kata bau kuini sedap sangat, lalu saya janji nanti saya akan bungkuskan buah2 yang elok untuk beliau. Bila masak saya akan hantar ke rumah.


Banyak buah saya bungkuskan utk uncle, malangnya Jumaat lepas ada pihak  tak bertanggungjawab mencurinya. 

Tinggal 2 biji je untuk Uncle. Saya pun ke rumah Uncle dan minta maaf sebab hanya boleh beri 2 biji saja, yang lain semua dah kena curi. (Saya sendiri tak makan kuini, hanya simpankan untuk orang lain).

Masa ke rumah Uncle, saya lihat tempat sembahyang yang besar dalam rumahnya. Dalam hati saya, sayangnya...Uncle ni baik. Dah berusia sekitar 60-70 tahun tapi masih kuat maybe kerana rajin bersenam

...kalau boleh janganlah beliau mati dalam keadaan tidak Islam. Di akhirat kelak, mereka yang tidak Islam takkan dikira langsung amalan baiknya sebaiknya segala dosanya tetap ditimbang. Sayang sangat2...kebaikan di dunia sia2 hanya kerana silap pilih agama...dan juga kerana orang Islam di sekeliling tak sudi menunjukkan jalan yang benar.

Dua tiga menjak tergerak hati nak berdakwah pada beliau...tapi taknak terang2an sebab kami sekeluarga baru nak rapat.

Logik tak kalau saya langgankan majalah SOLUSI atas nama beliau dan alamatkan ke rumah beliau. Saya cuma risau beliau takkan membacanya.....apa cara lain yang boleh saya lakukan? Mungkinkah dengan mengepos keratan2 artikel dakwah dalam bahasa Inggeris? 

#Ya Allah berikanlah hidayah buat Uncle sekeluarga sebelum beliau meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Sayang jika baik di dunia tapi kebaikan itu tak dapat menyelamatkannya dari siksaan neraka....semata2 kerana beliau bukan Islam#

*pic from www.jazakallah.in*

Friday, February 22, 2013

Kisah Air Zam-Zam dan Pokok Limau Purut (^_^)


Assalamualaikum.....salam Jumaat saiyidul ayyam.


Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah air Zam-zam, padanya terdapat makanan (yang mengenyangkan) dan padanya juga terdapat penawar yang menyembuhkan penyakit.” 


(Hadith Riwayat Ath-Thabrani, Al-Mu’jam al-Kabiir, no. 11167. Al-Jami’ ash-Shaghir, no. 5633. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Kehidupan agak bizi lately. Curi masa sikit lepas 'berkunjung' ke Uni jumpa SV. Rupanya SV tak available tiba2 ada urgent matter. Punyalah ketaq lutut sejak semalam...dengan tak cukup tidurnya...........

Nampaknya ke'ketaq'an lutut ni terpaksa diextend ke tarikh lain...hohohoh.

Harini nak cerita tentang air zam-zam.

Ada ke orang Islam yang tak tahu apa itu air zam-zam? Kalau tak tahu, silalah google dan singkap sejarahnya sejak zaman Nabi Ismail a.s hingga ke hari ini.

Alhamdulillah stok air zam-zam yang berkotak2 sejak Novemner 2012 dah selamat diedarkan kepada rakan terdekat yang membuat pesanan. Dengan harga RM90 sebotol, memanglah ramai yang berebut. Tapi order ini hanya dibuka kepada rakan-rakan terdekat sahaja sebab tiada perkhidmatan delivery disediakan stok adalah terhad.

Bagi yang belum tahu, suami saya selalu berulang alik ke Makkah 2-3 kali setiap tahun, terutamanya pada musim haji. Ramai juga yang bertanya tentang air zam2 sebelum ni tapi agak 'malas' nak melayan permintaan rakan2 dek kerana harganya yang mahal (RM100-RM140). 

Kalau ada yang tertanya2 kenapa harga air zam2 di pasaran Malaysia agak mahal...sebenarnya kos pengangkutan air zam2 dalam Makkah sendiri pun memang sudah agak mahal, kecuali kita pergi sendiri dan mengangkutnya pulang ke Malaysia.

Kebetulan, selesai musim haji tahun lepas (2012), encik suami tiba2 call dari Makkah tanya ada ke siapa2 kawan2 nak air zam2? Kebetulan ada stok murah berharga RM90 untuk 10 liter....itupun sangat terhad.

Surprisingly, lepas beberapa minit saya buka order (buat rakan2 terdekat sekitar Lembah Kelang sahaja), berduyun2 rakan2 PM saya nak order air zam2. Ada yang order mencecah 8 botol. Kesimpulan yang dapat saya buat, rupanya ramai yang nak consume air zam2 secara regular tetapi harganya yang mahal dan susah pula nak dapat regular stok membuatkan hasrat itu terbatal.

Alhamdulillah, niat kami nak 'tolong bawa balik' air zam2 ke Malaysia dipermudahkan. Kebetulan bekas staf suami di Makkah kini bekerja dengan syarikat kontena di Makkah offer pada kami, nak ke air zam2 yang stok murah? (Kenapa murah? Sebab caj kontena pada masa itu murah. Mahal atau murah air zam2 bergantung pada caj pengangkutan sebenarnya...)

Menjelang Januari 2013, stok yang murah itu sudah pun habis. Tak tahulah bila lagi ada air zam2 murahnya...

Eh tadi kan nak cerita pasal the amazing zam-zam water kan?

Well, air zam2 memang ajaib. Rugilah jadi orang Islam kalau tak gunakan sepenuhnya kesempatan dan peluang untuk meneguk dan menikmati khasiat air zam-zam. Air terbaik di dunia yang Allah anugerahkan buat kita umat Nabi Muhammad SAW.

Saya rasa...orang yang diletakkan di hadapannya sebotol air zam-zam, free pulak tu....dan dia boleh buat tak tahu adalah orang yang angkuh dan sombong.

Sebab sepanjang pemerhatian saya, bila ada peluang untuk minum dan orang itu tak minum, bila tiba masa dia ditimpa penyakit dan kepingin sangat nak berubat dengan air zam2...masa itulah stok susah sangat nak dapat.

Apabila ada air zam2 depan mata kita, grablah ia segera. Sebab yang membezakan antara seorang mukmin dengan seorang munafiq ialah kesudian mereka memperbanyakkan meminum air zam-zam. Bila kita buat tak tahu kewujudan air zam2 depan mata kita, itu tanda kesombongan kita dengan nikmat yang Allah SWT beri.

Rasulullah pernah bersabda:

إِنَّ آيَةً مَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْمُنَافِقِيْنَ، إِنَّهُمْ لَا يَتَضَلَّعُوْنَ مِنْ زَمْزَمَ

“Sesungguhnya di antara tanda yang membezakan antara kami dengan orang-orang munafiq adalah bahawasanya mereka tidak sudi memperbanyak minum air Zam-zam.”  (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Kadang2 jadi pening, bila orang asik call tanya ada ke stok air zam-zam? Nak sangat2 ni, kalau ada mahal pun sanggup beli. Masa air zam2 tengah available depan mata, beliau boleh buat tak tahu. Lepas je disahkan mengidap kanser oleh doktor...kelam kabutlah cari air zam-zam. Subhanallah Maha Suci Allah.

Apa signifikan air zam2 dalam kehidupan saya pulak?

To me, sehari tanpa air zam2 seolah2 macam tak complete hidup. 

Bermula dengan kehamilan pertama sekitar tahun 2006, masa tengah teruk kena morning sickness...saya hanya boleh minum air zam2 sahaja. Kalau minum air masak biasa akan muntah dengan teruk. Kalau terpaksa jugak minum air masak, terpaksalah campur sikit dengan apa-apa perisa...maka minumlah saya air zam2 sampailah si Wifaq selamat lahir ke dunia.

Apabila anak sulung lahir, saya memang membiasakan beliau dengan minum air zam2 dan sentiasa ada bekalan kalau nak ke mana2.

Sama jugak dengan kehamilan kedua dan ketiga, saya hanya boleh teguk air zam2 sepanjang pregnancy. Tapi yang paling ketara, lepas lahirkan anak kedua saya langsung tak boleh minum air masak biasa. Kalau takde air zam2, saya hanya boleh teguk air mineral yang rasanya agak hampir2 dengan air zam2. Air minuman pun tekak tak boleh nak terima.

Bila difikir2, Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dengan stok air zam2 yang tak pernah putus dalam rumah kami. Saya kira itu rezeki anak2 untuk merasa minuman yang pernah dinikmati para Nabi dan penduduk Makkah yang dirahmati.

Sampaikan dalam hati, takpelah tak kaya asalkan Allah mudahkan access kepada air zam2 yang menjadi tonggak dan sumber kesihatan yang sejati.

Memang diakui anak2 dan seisi rumah kami amat jarang2 ditimpa sakit. Kalau ada pun hanya sesekali dan tidak teruk. Terutama kalau anak2 demam panas, malamnya kalau dibasahkan kepala dan diberi minum air zam2...esoknya alhamdulillah demam dah kebah. 

Setiap hari bangun pagi, saya akan teguk air zam2 dahulu yang botolnya memang ada disediakan dalam bilik tidur. Lepas minum air zam2 barulah teruskan dengan mandi, solat Subuh dan tugas2 lain.

Nak dijadikan cerita....

Selama ni tak berapa perasan sangat keajaiban air zam2 ni pada kami. Hinggalah pada satu hari, anak2 saya tak habis minum air zam2 waktu sarapan pagi sebelum ke sekolah. Nak minum rasa tak lalu sebab minyak anak2 makan cekodok dah bercampur pulak dengan air zam2 tu...

Maka, saya pun siramkan ke pokok limau purut yang selama ni hidup segan tapi belum ready nak mati lagi. Sebelum ni puas dah siram pagi dan petang dan diberi baja, si limau purut kemain liat nak keluarkan walaupun satu pucuk baru. Kalau tengok rupa parasnya memang kesian...ada lah dua tiga kerat daun itupun dimakan ulat.

Selalunya teragak2 nak petik untuk dibuat masak tomyam, sebab sekali petik terus tak tumbuh-tumbuh dah *nangis hiba*

Ajaibnya, sehari selepas saya siramkan dengan air zam2...guess what? Saya nampak ada satu pucuk baru! Yipeee...

Eh, wait. Bukan satu...tapi tiga pucuk baru. Dan kali ni takde ulat pun yang berani dekat. 

Lepas pucuk2 tu membesar, tak berhenti2 pulak muncul pucuk2 baru....sukanya sukanya!
gigih la pulak pegi mengambik gambar pucuk limau purut. Tengok tu, kaler hijau muda dan ada ada pucuk baru  tumbuh  tak sudah-sudah....alhamdulillah. 
Oh pucuk...kamu sangat sweet like a baby (^_^)
Lihatlah paras rupa sebenar pokok ini...sedih je kan...dahle kurus, botak pula. 

Kalaulah kesan air zam2 pada pokok sebegini hebat, silalah imagine betapa hebat kesannya untuk kesihatan tubuh manusia. Apa yang dapat saya simpulkan, air zam2 menyuburkan dan menggalakkan pertumbuhan sel induk sesuatu organisma. Kalau pada tumbuhan ia menghasilkan pucuk baru, pada manusia? 

(Masalahnya pokok2 ni macam tau2 lah pulak tuan dia ada stok air zam-zam. Puas dibagi baja, taknak makan. Elok je siram air zam2, semua mencanak2 tumbuh....kau orang ni saje je kan....)

Eh takkanlah manusia nak tumbuh pucuk juga.....dengan cell regeneration, mestilah manusia akan jadi awet muda. Kesannya sama macam makan collagen juga, insyaallah berkat khasiat air zam2.

Kalau ada sesiapa yang tak berapa maklum khasiat air zam2, atau selama ni memang tak terasa nak ambil tahu~tahu pun sebab setiap kali jemaah haji atau umrah balik Makkah, mesti hidang air zam2...maka hiruplah sikit...lepas ni kene ambil tahu sungguh2 ye.

Saya pun dulu macam tu juga masa budak2. Tak tahu khasiat dan kepentingan air zam2, tapi sekarang I cannot live wihtout it lah. Kenangan paling nikmat minum air zam2 mestilah masa di Makkah dan Madinah. Sudahlah free...........sejuk pulak. Yang tak bestnya bila dah melambak2 depan mata takleh nak minum banyak2 sebab tak larat berulang alik ke tandas. Tandas kan jauh (^_^)

Kawan-kawan....sedikit peringatan: tiada benda yang kekal di dunia ini. Begitu juga air zam-zam, satu ketika dahulu ketika zaman jahiuliah dan maksiat berleluasa, telaga zam-zam pernah hilang dan hanya ditemui semula ketika hampir2 detik kelahiran Rasulullah SAW.

Selepas Rasulullah SAW wafat pun, telaga zam2 pernah hilang seketika juga akibat perilaku buruk umat Islam. Jadi sementara nikmat yang besar ini masih ada, hargailah ia. Jagalah akhlak dan perilaku kita sebagai tanda syukur kepada rezeki kurniaan Allah SWT yang amat besar ini...jangan sampai telaga zam-zam hilang sekali lagi dari muka bumi, nauzubillah.

Pernah satu ketika beberapa tahun dahulu, saudara saya mengedarkan air zam2 secara percuma di sebuah hospital kerajaan. Beliau merupakan seorang usahawan syarikat logistik, jutawan yang pemurah. Tak disangka2 seorang lelaki India mengaku Muslim semata2 hendakkan khasiat air zam-zam. Selepas itu barulah tahu bahawa beliau bukan seorang Islam. Yep, khasiatnya diakui sekelian umat manusia.

Air zam-zam itu ubat bagi segala penyakit.

Nabi Muhammad SAW bersabda: 

Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
    (Hadith Riwayat Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah dari Ibnu Abbas)

Marilah kita umat Islam sama2 memelihara kesihatan dengan air zam-zam dan menghargai nikmat kewujudan air zam-zam. Lagipun di Malaysia sekarang mudah nak dapat air zam2, cuma satu yang jadi masalah...adakah air zam2 yang dijual di merata tempat itu tulen?

Oh ya, kalau lepas ni kawan2 nak beramal dengan air zam2, jangan lupa baca doa ni ye: 


اَللَّهُمَّ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعَا، وَرِزْقًا وَاسِعًا، وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ

“Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan dari segala penyakit”. (Sunan ad-Daruquthni, no. 2738. Mushannaf ‘Abdurrazzaq, no. 9112).

Dan beradablah ketika meminum air zam2 iaitu minum dengan menyebut nama Allah, mengadap kiblat dan bernafas tiga kali. 

Wallahua'lam.


Sungguh indah molekul air zam2 yang masuk ke badan kita dan bertindak menyucikan jasmani dan rohani (pic pinjam dari SINI)
Oh ini ke rupanya molekul air yang di'minum' oleh pokok2 dan anak2 saya...patutlah taknak air lain kan....(*_^)




Tuesday, December 4, 2012

Tinggalkanlah Masa Muda Yang Manis!

Sekitar tahun 1999.

I was a University student at that time. Baru nak menyesuaikan diri sebagai 'budak Law'.

Masuk matric UIA 1998, by the next year eh eh dah masuk Main Campus kat Gombak. Baru betul-betul jadi Mahasiswi.

Alhamdulillah berjaya melalui zaman matrik setahun saja (sepatutnya dua tahun) sebab Allah bagi rezeki exempted English and Arabic...so masuk2 matric terus kena ambik core course. 

Seingat saya masa itu express student hanya ada satu kelas, dan kelas itu dinamakan L9. Saya pun tak tau macam mana boleh tercampak dan terperosok di celahan budak2 pandai dalam L9 tu sebab hakikatnya saya memang tak pandai pun.

Budak2 express ni hebat2 belaka...disebabkan aku gerun dapat result corot di kalangan insan hebat, maka aku terpaksa struggle gila-gila untuk berada di tahap yang sama dengan diorang. 

Antara geng2 L9 yang masih ada dalam memori ialah: 

Kak Ipar Noorul Intan (panjang cerita dapat gelaran kakak Ipar ni...and she owns a legal firm called Noorul Intan & Raja Norhajjah di Ipoh, 
Hasanah (sekarang pegawai di SUHAKAM baru habis Master di UK), 
Mahmud Hamdi (khabarnya wat PhD di UKM), 
Intan Mawarni (my besfren til now...a lawyer at Azlin Shaharbi)
Aklima (Magistrate di Terengganu selalu dengar nama beliau kat TV3 kalau ada kes jenayah...lani sambung Master)
Pojie (lawyer)
...dan ramai lagilah tak boleh nak recall semua.

Namun, pada masa inilah...ketika berusia 18 tahun...saya mencari2 identiti terbaik buat diri. Alhamdulillah dikelilingi kengkawan yang baik dan thiqah...saya tidak hanyut dalam mencari diri.

Cuma...ada sekali masa mula2 masuk Main Campus, entah macam mana saya boleh terjebak dalam dunia chatting. Masa tu chatting tengah fofuler dan saya pun tak ketinggalan mengikut arus.

Tak tahulah cemana saya boleh terkenal dengan sorang senior lelaki. Tak berniat pun nak berboyfren atau apa. Cuma rasa nak berkawan...dan mungkin juga masa itu saya belum jumpa identiti yang dicari...nak jadi wanita yang bagaimana...yang solehah...atau yang so-sial..?

Jadinya...macam orang takde akal, lepas dapat no phone tu saya tanpa rasa bersalah cuba mengecall sahabat baru tersebut. 

Alhamdulillah....Allah SWT taknak saya hanyut dan sesat dalam dunia remaja yang penuh pancaroba. Seorang kakak yang sangat baik dengan saya nampak saya pergi ke public phone...kebetulan panggilan saya tak berjawab malam itu. Saya pergi ke public phone tu dengan seorang rakan sebenarnya...dan perbualan kami di dengar oleh kakak tersebut (saya namakan Kakak A di sini).

Malam tu jugak....Kakak A panggil saya dan ajak duduk2 kat tepi hostel.

Dengan lemah lembut...kakak A tegur saya dengan kata2 berhikmah. Dia kata: "Kak A tau Shana budak baik. Mungkin Shana tak sedar apa yang Shana cuba buat tu salah...kita perempuan kena ada harga diri yang tinggi...jangan terlalu murah pada pandangan lelaki".

Zuppppp!!!

Masa tu terus tersentak. Subhanllah...Astaghfirullah...apa yang cuba aku lakukan sebenarnya?

Dan terima kasih kepada kakak A kerana menegur saya. Kalau tidak tak taulah apa jadi...dan bagaimana dengan saya hari ini...?

Pesanan Kakak A tu saya pegang sejak detik itu sampai ke hari ini.

Hari ini, setelah berbelas tahun zaman remaja itu saya tinggalkan jauh di belakang...saya nampak satu perkara: kadang2 remaja dan anak muda melakukan sesuatu yang salah...bukan kerana sengaja. Tapi sebab tak nampak apa yang dilakukan itu boleh merosakkan diri...dan perkara itu salah.

Sebab itu pentingnya rakan2 yang rajin menegur dan membimbing supaya anak muda boleh 'buka mata' dengan apa yang berlaku...dan apa yang bakal berlaku.

Dengan teguran kakak A, akhirnya setelah bertemu dengan 'bakal suami' tak lama selepas itu...alhamdulillah saya melalui semuanya dengan baik.

Kadang2 bila menoleh ke belakang....syukur sangat saya telah melalui zaman muda dengan, boleh kata, cemerlang.

Bila tengok anak muda berkapel...berpegang-pegang tangan....saya amat bersyukur tidak pernah melakukan semua itu. Kalaulah semua itu terjadi pada saya....bayangkan bagaimana nanti saya nak menegur dan menegah anak2 saya dari melakukan semua itu....sendangkan di masa muda saya sendiri pun 2x5???

Saya belum boleh dikategorikan sebagai manusia yang baik sangat. Tapi, dalam banyak keadaan Allah sentiasa memberi teguran kepada saya. Masa zaman berkawan2 dengan encik husband, alhamdulillah kami tidak 'dating' berdua. Sebagai manusia biasa, keinginan itu ada...tetapi dengan akal yang waras....alhamdulillah kami berjaya mengelaknya.

Jika ada urusan nak bertemu, biasanya adalah kawan yang kena 'paksa' ikut sekali menemankan saya. Ya semua tahu, jika berdua dengan yang bukan muhrim...yang ketiga itulah syaitan. Kalau nak ikutkan, bila ada kawan (kadang2 sepupu perempuan encik suami...) rasa tak privasi kan? Tapi peranan pihak ketiga itu amat penting untuk mengelak kita dari berbual perkara2 yang tidak patut...

Sebagai perempuan juga, masa itulah hendak menguji calon suami. Kalau dia lelaki yang baik, mesti dia akan setuju jika kita berusaha melakukan kebaikan.

Dan bagaimana pula hasilnya zuriat yang saya miliki sekarang...(Wifaq, Rihaab dan Nehal...anak2 saya) jika sebelum berkahwin emak dan bapanya terlibat dengan perkara2 tak sepatutnya...?

Kadang2 merenung kembali perjalanan kehidupan keluarga kami sekarang, semuanya berjalan lancar alhamdulillah mungkin berkat kami menjaga hubungan sebelum perkahwinan dahulu.

Saya nak anak lelaki, Allah beri anak lelaki.
Saya nak anak pandai, Allah beri anak pandai.
Nak anak perempuan, Allah beri anak perempuan...
Nak anak yang sihat...Allah beri anak yang sihat...
Nak penjagaan terbaik untuk anak2...pun Allah beri....

Maka nikmat Allah yang mana lagi yang harus didustakan? Tapi sebelum mendapat nikmat Allah ini ada sesuatu yang perlu dikorbankan: iaitu keinginan masa muda.

Bila tengok orang berdating berduaan, berpegangan tangan...tahanlah diri. Nafsu selalu menipu. Benda yang nampak macam nikmat itu hanya merosakkan diri dan menipu kita. Jadilah remaja yang bijak...berfikir banyak kali sebelum melakukan sesuatu.

Betullah kata orang, berusahalah memperbaiki diri...dan anda akan ditemukan dengan insan2 yang baik.

Dunia saya dikelilingi insan2 yang baik. Mungkin berkat doa emak yang sentiasa mendoakan saya sentiasa berada di jalan-Nya.

Mungkin kita pun patut mendoakan perkara sama buat anak2 kita...zuriat dan keturunan kita. Sebagai orang dewasa, tegurlah kesilapan orang muda. Dan sebagai orang muda....terimalah teguran orang lain....kerana teguran Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.

Tinggalkanlah masa muda yang manis, adik-adik...kerana masa muda hanya sekali. Hanya sekali....dan lakukanlah yang terbaik ketika melaluinya!!!

Salam Ukhuwwah!





Friday, November 9, 2012

Dinner @ Verandah Pan Asian Restaurant, Cyberjaya.

Ada dinner malam ni.

Lokasinya di Verandah Pan Asian Restaurant, Cyberview Lodge Resort n Spa, Cyberjaya.
gambar ihsan www.cuti.com.my

Sebenarnya bukan dinner saya, tapi dinner opis emak dan saya bersama anak2 hanya menempel sahaja hehehe.

Dah orang ajak dan bayarkan...takkan nak menolak. Rejeki jangan ditolak.

Bertolak seawal jam 6 petang, ambik kawan emak kat opis dan off to Cyberjaya ikut jalan kampung. Setelah sesat barat dan berpusing2 akhirnya selamat sampai...elok je kami turun, hujan pun turun dengan lebatnya.

Resort ni cantik. Pertama kali saya sampai di sini. 
pic from www.eats.my
Interior design dan architecturenya juga menarik. Tapi sebab malam dan hujan pula tak dapat nak ambik gambar outdoor banyak2. Ditambah pulak Tebi demam panas...jadi asyik nak berdukung dan terpaksalah kamera duduk diam2 dalam beg.
Verandah Restaurant's dining area...
The Table..........
Tempat makan dengan surau agak jauh. Sampai2 Opah register dan terus kami pilih meja yang paling dekat dengan buffet sebab senang nak ulang alik ambik makanan and not being too obvious...heh
Budak demam yang meragam...sian Tebi
Vanissa Choc Fudge...rupa dan rasa selari...(^_^)
Dining areanya cantik dan selesa. Makanan ada bermacam jenis pilih aje yang mana nak asalkan masih ada ruang dalam perut. Walaupun saya lebih suka makanan gerai (yang lebih sedap pada tekak saya dan murah pula...) tetapi makan di hotel punya suasana tersendiri...dengan deko yang menarik dan ambience yang relaxing, bersih...makan di hotel memang best. Tambah2 pulak kalau free ngeheheh.
Buffet...
Mama saya...
Beginilah nasib malang fotografer...selalu je berada dalam gambar yang kurang berkualiti...*gegar*
Ada banyak makanan...tapi Wifaq hanya makan roti dan mushroom soup. Yang lain dia tak teruja pun...

Kakak Rihaab makan sikit je malam ni...
Budak demam lagi sedih...hanya makan menjilat2 butter je...benda lain sume tanak
Makanan banyak, tapi saya hanya ambik yang betul2 feveret saja. Bread Pudding sangat sedap.  Pasta Carbonara pun sedap (walaupun rupa sama...tapi tak sama macam yang pernah saya rasa di Catamaran Beach Resort, Negombo, Sri Lanka....that one is superb! Saya ambik pasta malam ni sebab teringat memori di Negombo...).

Ambik grilled lamb...tapi hanya dapat jamah sikit je sebab Tebi meragam dan nak BF je memanjang. 
Ambik macam2 tapi tak habis pun sebab Tebi meragam...hilang terus selera makan..tskk

I love those creamy things...(^_^)
Masa nak solat maghrib...on the way ke surau, kami terserempak dengan sekumpulan anak muda pelbagai bangsa tetapi majoritinya Melayu. Yang amat menyedihkan...tatkala orang lain berpusu2 ke surau untuk solat menghadap yang Esa...kumpulan anak muda ini ke dewan lain.


Akhirnya budak demam tertidur setelah kenyang menyusu...:(
Saya tak kisah kalau mereka ke dewan lain. Tetapi pakaian mereka Masya Allah. Yang lelaki bersuit macam biasa...yang perempuannya semua memakai little black dress....dan spaghetti strap...kalau dah nama little silalah imagine sendiri.

Yang bersaiz XXXXL pun tak ketinggalan memakai dress pendek paras paha...bahu terdedah...Subhanallah. Anak muda Melayu Islamkah ini? 

Berdasarkan circumstantial evidence dan bukti2 lain, maka saya pasti mereka Islam. Ada juga terdengar perbualan mereka. Sebab si dara bersaiz XXXXL tadi macam malu2 sebab kami berjalan di belakang mereka. Dia nampak tak selesa memakainya tapi mungkin 'terpaksa' setelah dicabar atau dipengaruhi rakan2 yang bersaiz lebih kecil...dan tidak mahu kelihatan out of place. Kejap2 si gadis menoleh2 ke arah kami tersipu2. Ada seorang dua yang bertudung juga.

Entahlah. Perasaan saya amat terganggu melihat perkara ini. 

Sayangnya. Lahir dalam Islam, tinggal di negara Islam yang aman...tapi tak menggunakan segala nikmat yang ada untuk benar2 hidup sebagai seorang Islam. Berilah hidayah kepada anak2 muda ini, ya Allah!

Lepas solat, cepat2 saya explain pada anak2...yang mereka lihat tadi adalah perkara tidak elok. Walaupun ada orang sekeliling berpakaian begitu...kita tak perlu ikut kerana kita ada pendirian dan iman...dan Allah yang Maha Melihat.

Duduk sebentar dalam surau...saya tanya anak2, kalau kita tunjuk walau sehelai rambut pada bukan muhrim apa hukumnya? Apa balasan Allah bagi pada kita kat akhirat nanti...? Nak rasa kena bakar dengan api neraka...?

Saya hanya mampu berdoa agar zuriat dan keturunan saya dijauhkan dari perkara2 seumpama ini. Semakin lama anak2 semakin besar dan makin terdedah dengan pelbagai perkara...

Saya tak mahu jadi ibu yang mengongkong dan memaksa anak2 dengan suatu peraturan tanpa menjelaskan sebab dan akibat melanggar peraturan tersebut. Oleh itu, setiap kali saya rasa anak2 ada melihat perkara2 yang bertentangan dengan prinsip kami...saya akan cepat2 explain dan fahamkan mereka. Bimbang kalau bertangguh2....mereka akan anggap itu perkara biasa and it's okay to behave like that. 

Tapi mungkin kerana anak2 saya sudah biasa ke luar negara...dan melihat bermacam ragam manusia perlbagai bangsa dan agama, mereka lebih terbuka tetapi analitikal dan kritis dalam menilai apa yang terhidang depan mata. 

Namun dalam masa sama, saya cuba mendidik mereka terbuka tetapi tidak terikut dengan arus...anak2 Muslim harus menjadi sebatang pokok yang akarnya kuat mencengkam ke tanah. Tak kiralah apa jenis badai atau banjir melanda....akar itu harus kuat agar tidak rebah. Akar itu adalah prinsip dan iman di dada....yang sepatutnya dari kecillah harus ditanam dalam diri mereka.

Kuncinya: sedarkanlah mereka bahawa ada Kuasa besar yang Maha Melihat setiap tindak tanduk kita. Muslim yang baik ialah yang kekal melakukan kebaikan walaupun tiada seorang manusia pun melihatnya....kerana sedar Allah Maha Melihat, dan malaikat sentiasa mencatat!

Tapi...perkara ini bukannya mudah. Semua ibu bapa tahu perkara ini bukan mudah.

Ya Allah...kalaulah daku memang tidak berupaya hendak menjaga semua orang dari hal2 yang Kau benci...sekurang2nya berilah daku kekuatan untuk memelihara zuriat, keturunan dan insan2 berhampiran denganku.

Amin ya rabbal alamin!

Cukupkah amalan kita untuk di bawa ke akhirat..............?
(from facebook Islamic Quotes) 


Tuesday, November 6, 2012

Mengapa Berhijab?


Amatlah besar bezanya antara wanita berhijab dan yang tidak...


Gambar pinjam dari SINI


Dan begini cara berhijab yang sebenar:

Pic pinjam dari: destination-jannah.com

Renung-renungkan dan selamat beramal! (^_^)


Monday, October 29, 2012

Tersentuh Hati

Puisi ni saya pinjam dari facebook Ustazah Norhafizah Musa seorang pendakwah yang sedang meningkat naik.

Sebak betul membacanya.

Baca dan renungkan...


Tuesday, October 16, 2012

Istiqamah Dalam Kebaikan

Salam alayk.

Sumber: Facebook Lukisan Dakwah Islam.

Subhanallah. Peringatan yang baik.

Kadang-kadang bila kita buat baik dan tak dihargai manusia, kita mudah rasa letih dan jemu.

Padahal kita terlupa Allah sedang mencatat amal kebaikan itu dan dihitung semula di akhirat nanti.

Betullah. Rasa letih akan hilang...tapi kebaikan itu akan kekal.

Ya Allah. Semoga kami sentiasa dalam kebaikan hingga ke akhir hayat kami.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, August 8, 2012

Siapa Sahabat Kita...?

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan...dahpun tiba ke 10 hari terakhir Ramadhan.

Cepat sangat masa berlalu, kalau boleh nak repeat balik ke hari pertama Ramadhan.

Hari ni...saya terjumpa majalah Solusi edisi ke-4 yang berbicara soal seketul daging dalam diri kita yang bernama H.A.T.I.

Berikut ialah intipati dari majalah Solusi yang saya cubit sikit2 sana dan sini buat peringatan diri sendiri.

Ya. Saya mahu bicara Soal Hati *bukan filem Soal Hati tu ye...*

gambar ambik dari SINI
Siapa kita ditentukan oleh hati kita. 

Bukan itu saja. Siapa kita ditentukan juga oleh siapa 'rakan-rakan' kita. 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Jika kita hendak kenal seseorang itu, kita kenal rakannya" (Solusi isu 4 hlm.21).

Saya rasa hadith ini sangat tepat kerana biasanya siapa kita ditunjukkan oleh siapa kawan kita.

Maka siapakah teman yang baik?

Bilal bin Saad seorang tokoh tabiin di Syam berkata:
"Seorang teman yang setiap kali berjumpa memberitahu keburukanmu...lebih baik daripada seorang teman yang setiap kali bertemu memberimu wang".

Tepat sekali. Teman yang baik ialah yang bukan hanya memberitahu hal2 yang ingin kita dengar dan memuji2, tetapi juga memberitahu apa kesalahan kita, di mana silap kita dan menunjukkan kelemahan kita. Itulah teman yang ikhlas.

Pernah terjadi satu keadaan di mana, apabila seorang teman memberi teguran demi teguran di facebook...teman yang memberi teguran itu terus di'delete' dari senarai rakan kerana dituduh menjatuhkan maruah dan menghentam rakannya.

Saidina Umar Al Khattab pula pernah berkata:
"Orang yang paling saya cintai ialah seseorang yang menunjukkan kesalahan2 saya".
Subhanallah. Seorang khalifah pun sanggup merendahkan diri dan menerima teguran..apatah lagi kita yang biasa2 ni (^_^)

Jiwa besar Umar mendorong beliau untuk sentiasa bermuhasabah, mencari dan bertanya orang lain akan kelemahan diri beliau.

Bukan mudah hendak mengakui kelemahan dan mengikis sifat ego. Kebanyakan kita, pantang ditegur terus melenting....walhal bukankah lebih baik kita duduk sejenak...bertafakur dan cek semula mungkin ada kesilapan2 kita di mana2.

Untuk mengaku kesilapan...memerlukan hati yang baik dan bersih.

Untuk 'mencuci' hati memerlukan mujahadah. Ubat kebiasaannya pahit, begitulah juga dengan mujahadah. Ia sangat pahit, perit dan menyeksakan. Tetapi...mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis!

Jalan ke syurga memang bukannya mudah.

Sebab itu...Imam al Ghazali pernah berkata:
"Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu membaca Al Quran. Jika tidak kau temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika bertafakur mengingati mati. 
Jika kau tidak temui juga, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati".

Maka, rawatlah hati dengan mengingati mati. Hati yang mati akan hidup, dan hati yang melupakan mati akan mati sebelum waktunya.

Maka jagalah hati. Kerana hati bukan saja menentukan kualiti amalan seseorang, bahkan nilai seseorang itu secara keseluruhan.

Jom kita 'clorox' hati. Campak ego ketepi...muhasabah diri.

Salam Ramadhan....sayang anda semua !!!(*_^)

Sunday, July 8, 2012

BETUL ke TAK BETUL eh..?



Assalamualaikum wbt.

Renungan hari ini:



ambil dari Alif.cz's Page



Kadangkala sukar nak tentukan sama ada perbuatan kita harus atau tidak di sisi syarak terutamanya dalam hal-hal syubhah yang hukumnya kurang jelas. Contoh paling simple menonton panggung wayang di pawagam...menonton konsert (selain konsert nasyid)..menonton bola sepak di stadium dan lain lain.

Sangat banyak hikmah memulakan sesuatu dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim.

Ia membantu kita menentukan molek atau tidak molek sesuatu perkara itu untuk dilakukan.

Mala eloklah diamalkan dalam kehidupan kita seharian.

Jom sama2 kita....(^_^)



Thursday, July 5, 2012

Selamat Datang Separuh Syaaban



Salam 'alayk.

Hari ni nisfu syaaban. Nisfu=separuh.

Bermaksud pada pertengahan bulan Syaaban Allah SWT menukar buku rekod kita dengan yang baru.
 
Allahuakbar. Macam mana ye rupa buku rekod amalan saya yang lepas (cuak). Harap2 yang baru ni bermula dan berakhir dengan baik.

Sepatutnya azam tahun baru kita bermula ketika bertukarnya buku rekod amalan kita ni...dan bukannya menjelang tahun baru Masihi (insaf).

Sangat besar hikmah bila Allah SWT tukar buku rekod amalan kita ni ketika hampir menjelangngya bulan Ramadhan.

Waktu2 begini, mood Ramadhan hampir tiba, kebanyakan orang gigih berpuasa sunat...ada yang berpuasa kerana belum habis qadha'...ada yang dah mula bertatih2 meningkatkan amalan sempena kedatangan Ramadhan...

Pendek kata, timing yang Allah SWT pilih tu cantik sangat2 dah. Maka kebiasaannya buku amalan kita dibuka dengan catatan dan amalan yang baik...lepas tu masuk pulak bulan Ramadhan biasanya kita akan lebih memelihara tingkah laku.Yang selebihnya bergantung kepada diri kita sendiri untuk terus istiqamah.

Semua ni petanda Allah SWT sayangkan kita. Dan mahu kita masuk syurgaNya.

Cuma kadang2 kita je yang tak nampak kasih sayang Allah SWT pada kita.

Memetik kata-kata dalam majalah Solusi baru-baru ini: Kalau boleh biarlah malaikat yang mencatat amalan kebaikan kita sangat bizi...(tak sempat nak rehat malah kene overtime lagi) dek kerana sibuk mencatat amalan kebaikan kita. Dan malaikat yang catat amalan keji rileks sangat sampai takde kerja nak buat.

Jom kita sama-sama ke arah yang lebih baik (^_^)

Oh ye, lupa pulak.

Hari ini besday encik husband terchenta (yuck geli~i am not the romantic type okay) yang ke 34.

encik suami camera shy...jadi gambar ni je yang ada...

34 tahun~consider tua ke muda eh? Kalau berusia 34 sudah punya tiga anak, kira OK la kot kan.

Doa saya, semoga encik suami kekal menjadi suami saya sampai akhir hayat, kekal jadi suami yang baik, seorang Imam, seorang pemimpin dan seorang bapa yang cemerlang. Dipanjangkan usia dalam keberkatan, Insya Allah.

Encik suami banyak cita2 dan perancangan (sama ada yang saya tahu atau saya agak2 saja), dan saya doakan semuanya berjaya dan berjalan lancar.

Amin.


Tuesday, May 22, 2012

22 May: Happy Birthday Arwah Raihana...:)

Assalamualaikum.


Patutlah harini rasa sayu sangat.

Cuaca di luar yg selalunya panas dan hangat harini berubah mendung dan suram.
 
Entry ini bersempena hari kelahiran arwah sepupu kesayangan saya Raihana Bt. Zainudin, yang kembali ke rahmatullah pada bulan Ramadhan tahun 2010 akibat kemalangan di Kuantan. Arwah hamil 4 bulan ketika itu dan baru juga bernikah dengan suami tercinta selama 5 bulan.

Kami yakin Allah SWT sangat...amat...menyayangi arwah.

Sepanjang hayat arwah, beliau merupakan antara individu terbaik dan terhebat pernah saya jumpa, kenal...dan rapat dalam hidup.

Sungguh saya amat bertuah Allah SWT meminjamkan arwah buat seketika kepada keluarga kami.

Harini saya hanya ingin mengenang yang indah2 dan detik2 yang menggembirakan kami sebagai sepupu yang amat rapat.

Setiap kali menyebut tentang tarikh lahir arwah, saya teringat satu detik ketika kami sama2 lepak atas 4 postures bed di rumah saya di Shah Alam.

Waktu itu sekitar tahun 2004...sebenarnya sebelum itu saya tak ingat langsung tarikh besday arwah Nana.

Malam itu kami sembang2 hal besday dan zodiak.

Arwah kata beliau lahir bulan May..."twenny second May..." arwah sebut dengan slang omputeh sikit. Saya tergelak2. Cara arwah menyebut tulah yang membuatkan saya ingat besday arwah sampai hari ini.

Arwah lahir pada 1984, kalau tak silap di Kedah. Masa kecil kami jarang jumpa sebab arwah mengikut ayah dan emaknya yang sering bertukar tempat kerja ke merata tempat di Malaysia.

Tapi sesekali jumpa pun kami tetap rapat. Memang nature keluarga kami begitu. Rapat antara sepupu macam rapat adik beradik.

Lepas tu arwah ikut pula ayahnya sambung belajar di Canada beberapa tahun, dan lepas tu baru kembali ke Malaysia. Tinggal pula di Penang. 

Lepas SPM, arwah mengikuti kursus persediaan ke Jepun di JAD, betempat di Kolej YPM, Bangi (sekarang Kolej Polytech Mara, Bangi).

Waktu arwah di Bangi...kami semakin rapat. Sebab family arwah tinggal di Kuantan. Emaknya di Kuantan dan ayahnya di Kubang Kerian, Kelantan.

Jadi, hujung minggu arwah dan saya sama2 pulang ke Shah Alam. Hari Ahad, ayah saya hantar arwah ke Bangi dulu lepas tu baru hantar saya ke UIA.
Macam2 bekalan ayah bekalkan untuk arwah sama seperti bekalan saya jugak.

Lepas tu arwah melanjutkan pelajaran ke Tokai University, Numazu, Jepun.
Waktu ini kami selalu berhubung melalui Yahoo Messenger saja. Kadang2 arwah call saya (dan sepupu2 lain juga) dari Jepun...

Saya masih ingat saya ada kirimkan pashmina yang saya minta arwah guna sebagai muffler ketika musim sejuk di Jepun.

Tahun 20o9 arwah pulang beraya bersama kami (kalau tak silap).

Beberapa bulan sebelum arwah pergi...terjadi satu peristiwa pelik.

Di rumah bapa arwah di Shah Alam, tiba2 frame2 gambar di dinding semuanya di makan anai2. Tapi hanya gambar arwah yang tinggal. Hanya selepas pemergian arwah baru kami sekeluarga perasaan hal ini...

Kadang2 Allah SWT beri petunjuk dengan pelbagai cara hanya kita yang tak perasaan kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia.

Sesiapa yang mengenali arwah, pasti akan mengatakan beliau antara jenis manusia yang jarang2 kita jumpa. Lahir dengan pakej. Rupa paras yang elok, kepintaran, berani, sentiasa berfikiran positif dan tegas.

Saya banyak belajar dari arwah tentang berfikir secara positif.

Dan dari arwah juga saya mengenali buku2 ilmiah dan dakwah. Waktu itu arwah lebih mudar dari saya tetapi beliau terlebih dulu terdedah dengan buku2 yang saya klasifkasikan sebagai...taraf pemikiran tinggi...

Arwah sangat aktif dengan kegiatan dakwah dan usrah sekitar Jepun dan Korea, walaupun asalnya arwah bukanlah lepasan sekolah agama.

Selepas bernikah pun agak sukar bertemu arwah pada hujung minggu (arwah ketika itu bekerja di Petronas KLCC) kerana aktif dengan pertubuhan IKRAM dan lain2.

Pakaian arwah ke mana2 memang sempoi. Cukup slack, t-shirt atau blaus labuh, tudung yang agak labuh dan kasut ala2 sport. *Saya berkenan betul kasut Reebok arwah yang dibeli di Jepun....*

Kalau bersandal, arwah mesti akan pakai stokin. Sempoi tapi aurat tetap terjaga.

Lepas tu arwah suka bawa backpack. Lepas nikah je baru arwah ada handbag (hadiah hantaran).

Handbag hantaran arwah berjenama Carlo Rino putih...asalnya arwah berkenan tengok handbag Carlo Rino putih yg saya pakai, jadi arwah beli yang serupa cuma saiz kecil sedikit.

Banyak kali kami plan nak keluar sama2 hujung minggu beli barang hantaran arwah tapi tak sempat. Akhirnya arwah beli sendiri sedikit2.

Hujung2 minggu nak dekat dengan tarikh nikah arwah (waktu itu saya tengah sarat pregnenkan Nehal) kami berkumpul di rumah arwah sambil siap2kan door gift, bunga telur, etc.

Saya janji yang saya akan sponsor bunga pahar arwah warna hijau. Rasanya itulah sponsor terakhir saya buat arwah...

Rumah ayah arwah dan rumah emak ayah saya cuma beberapa langkah saja di Shah Alam. Jadi hujung2 minggu, kalau keluarga arwah tak ke rumah saya...kamilah yg akan ke rumah arwah.

Tambahan pula masa tu arwah tengah gigih belajar bahasa Arab dengan emak saya...dan emak belajar bahasa Jepun dengan arwah.

Kerana arwah...saya sentiasa suka dengan Jepun. Apa2 pun tentang Jepun saya suka. 

Oh ada satu peristiwa lagi...sebelum arwah ke Jepun pada 2004, kami geng2 sepupu perempuan (Saya, CT, Lina dan arwah Nana) naik kereta pegi shopping sekitar Shah Alam...lepas tu terdengar lagu Khayalan (kumpulan Ruffedge ke?)...lagu tu feveret kami...kira lagu tema kami ber4 lah...

Masa tengah tunggu lampu merah kat simpang Seksyen 9, kami empat2 orang menyanyi tak hengat donia. Jerit2 sekuat hati (tapi tutup tingkap)...waktu tu yang drive kereta adalah si CT.

Sampai sekarang saya teringat2 kenangan ini...

Apapun, semoga roh arwah dan bayi yang dikandung (dah nampak jantina..lelaki) aman dan tenang di sana.

Kami yakin arwah pergi dalam keadaan tak merasa sebarang kesakitan disebabkan sedang tidur ketika kemalangan tersebut.

Malah, malam sebelum pergi...emak arwah kata wajah arwah berseri2 dan tak macam selalu sampaikan emaknya bertanya arwah pakai bedak jenama apa?

Arwah juga sempat menunaikan solat tarawih di sebuah masjid dalam perjalanan ke Kerteh.

Semua ini merupakan petanda baik buat arwah. 

Yang pergi tetap akan pergi, kita yang hidup ni entah bila dan bagaimana pula caranya.

Al Fatihah untuk arwah dan baby...

Kak Shana' yakin Nana dan baby sedang aman di sana...:)

Love, your cousin.

The last time we met...2010 waktu wedding our cousin Aish @ Fariz Sharifuddin

Selalunya susah nak jumpa arwah di hujung minggu. Waktu ni arwah datang...dan inilah kali terakhir kami bertemu...Allah gerakkan pula hati untuk bergambar bersama. Subhanallah.

Aung Nana dan Tebi...