Showing posts with label Wifaq. Show all posts
Showing posts with label Wifaq. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Monolog Seorang Ibu: Satu Hari Di Minggu Ke-3 Persekolahan...

Monolog seorang ibu:

"Pertama kali dalam sejarah aku bangun jam 2 pagi semata2 nak update belog. (Entry kali ni terpaksa menggunakan kata ganti nama 'aku' just to get....y'know...the feeling....huhu)

Harini ialah Selasa entah berapa belas haribulan Januari...dah tak boleh nak ingat hari kerana kepala berselirat dengan masalah behaviour si anak teruna yang semakin hari semakin tak seronok pergi sekolah.

1st week of school Wifaq happy sangat pergi sekolah. Siap beliau tanya: Mama berapa lama lagi Ipak akan sekolah sini? I said: 6 tahun....terus Wifaq kata: "Yeay...". Well, itu kenangan minggu pertama...

2nd week: Mengadu tak best pergi sekolah. Especially selepas dia kena marah dengan cikgu mana entah setelah dia tak pakai nametag sementara. Kisahnya, Wifaq masuk toilet dan nametag terjatuh terkena air...kertasnya basah dan koyak. Dalam menangis2, Wifaq serah nametag tu kat guru kelas Cikgu H. Cikgu H dah ambik dan janji nak ganti yang baru...tapi belum sempat dapat yang baru ada cikgu lain sibuk2 pergi marah. Akhirnya suami pergi jumpa guru kelas dan guru kelas kata sebenarnya takpe je takde nametag sementara tu....ramai je budak lain tak pakai. The thing is: tema minggu orientasi ialah 'Guru Penyayang'....then you should prove it especially kepada budak darjah satu yang masih penuh insecurities...kau jerkah budak2 ni memang la terus diorang taknak pergi sekolah....*cerdik....*

Jumaat: Wifaq insist mama datang sekolah maka sebab harini balik awal jam 12, maka daku terus ambik dia. Untuk tenangkan fikiran dan buat dia happy, aku yang banyak kerja tesis terbengkalai ni dengan gagah memandu jugak dan tanya dia nak makan apa for lunch sebab mama nak bawak Wifaq jalan2 harini. Dia kata nak KFC....walaupun KFC termasuk senarai boikot aku terhadap Jews product (walau kurang strict berbanding McD) maka aku izinkanlah jugak dia makan KFC. Siap belikan bantal Doraemon walaupun tau bantal tu takkan dipedulikan pun.....tapi demi anak....lepas tu bawak dia jalan2 dan aku pun ambik la kesempatan jenguk Saraya Zahret kot2 ada shawl Suri latest.....memang ada (^_^)

3rd week: Hari Isnin masih OK even sampai dalam sekolah menangis. 

Selasa (today...or should I say semalamlah sebab sekarang dah jam 2 pagi nak masuk hari Rabu)...Opah yang menghantar Wifaq call bagitau apa terjadi pagi ni masa sampai sekolah. Opah hantar Wifaq sebab sekolah Wifaq dekat sangat dengan opis Opah kat IPG Bangi. Masa sampai sekolah OK lagi....pagi tadi masa kat rumah Wifaq happy je....tapi masa Opah nak tinggalkan je, Wifaq dah mula buat muka. Opah pun terus je berjalan ke pagar sekolah....sekali sampai je luar pagar rupanya Wifaq kejar dari belakang sambil menangis2. 

Opah yang baik hati pun hantar Wifaq masuk balik sampai kelas, tunggu sampai Wifaq dah mula aktiviti PJ kat padang....kemudian slow2 Opah pergi. Mujurlah Opah kau lecturer Wifaq....yang masanya agak fleksible...kalau Cikgu jangan le harap Opah nak teman kau. 

Lepas Opah call, aku pun mulalah rasa sakit kepala....rasa susah hati. Inilah antara kelemahan aku. Perangai dan ragam anak2 boleh buat aku collapse. Kebetulan harini husband tengah duk bersiap2 nak terbang ke Kuching untuk set up new office...there's so much things to do there dari nak siapkan pejabat, nak interview staff, nak beli peralatan pejabat etc etc....memang aku tak boleh nak ikut sebab anak sekolah....(kecewa)...

Jam 11 pagi aku keluar hantar husband ke LCCT where he meets my father in law there. Then aku drive sorang2 waktu balik....dalam keadaan takde mood dan down memikirkan hal Wifaq di sekolah. Last2 aku halakan kereta tak lalu highway but instead aku lalu jalan dalam dari KLIA ke Nilai.....dan beberapa minit lepas tu I found myself tersesat di shopping kompleks....*tepuk dahi*.

Daku beli beberapa barang untuk storage nak kemaskan rumah since this Thursday my adik ipar and 2 staff dari HQ Kota Bharu nak tumpang menginap di rumah....aku pun jadi stress kalau2 tetamu tak selesa maka dengan ini aku membeli barang2 yang boleh menyebabkan rumah aku kelihatan lebih kemas dari biasa....especially kat my study area.....

Harini memang rasa amat letih. Letih otak ke letih badan ke....letih apa ke....tak tau....sebelah petang rasa sakit perut pulak. Bila sakit perut memang rasa lebih stress (orang perempuan memang macam ni. Nak cerita pasal anak tapi melalut sampai sakit perut....but part sakit perut ni akan membuat kisah seterusnya lebih dramatik believe me :P)

Malam....lepas Maghrib bermulalah punca yang menyebabkan aku tak boleh tidur and end up menulis blog jam 2 pagi ini....

Lepas Maghrib Wifaq mula buat homework. 1st homework ever semenjak sekolah betul. Aku tengok homework dan aku rasa nak ketawa: Ini ke homework kau Wifaq? *cakap dalam hati...kalau cakap kuat2 langsung le anak aku taknak buat kerja...*.

Homeworknya Bahasa Inggeris tetapi hanya suruh trace bentuk2 ikut garis putus2 dan mewarna. Padahal masa di taska homweworknya jauh (believe me....jauhhhh) lebih mencabar dari ini. Ye. Inilah hakikatnya sistem pelajaran dan pembelajaran di Malaysia.....

Budak yang advance....atau yang slow dipaksa berada dalam sistem dan aliran yang sama which I dreaded so much. 

Wifaq mula buat muka boring. "Ipak malas nak buat ni...Ipak tak suka kaler2....". Yelah budak dah boleh membaca novel dan suratkhabar, menulis dan mengarang disuruh mewarna manalah dia suka...ini aktiviti budak2 baru nak masuk taska....

Makin lama makin Wifaq taknak buat. Menangis2....dan akhirnya campak buku dan pensel pemadam semua....time ni aku tengah makan kat dapur. MUlalah rasa nak mendidih ditambah dengan sakit perut (see kan aku kata sakit perut ni is an integral part of the story) dan sakit kepala sekali...suara aku pun meninggi la sikit tapi tak tinggi sangat sebab ada anak jiran datang tuition Arab dengan Opah. "Nak buat ke taknak buat ke, Ipak kena buat jugak....". Akhirnya aku tarik si Wifaq dan alat tulisnya ke dapur....

"Buat sekarang..mama nak tengok". Wifaq dah mula menangis menjerit2. Apa masalah sebenarnya budak ni? Homework simple tu...kalau dia buat je takde masalah. Bukannya dia tak reti buat. The thing is dia boring. Lagi aku nak ketawa bila Wifaq keluarkan buku Iqra' dari beg dia. Iqra'? Anak aku dah baca Qur'an beberapa juzuk sejak last year...kat sekolah baru nak belajar Iqra'? Memang hebatlah sistem pendidikan di Malaysia....

The things is, budak bijak tak digilap potensinya. Dan budak yang kurang pick up terpaksa bersaing dengan kanak2 yang advance. Kedua2 situasi ini memberikan tekanana kepada kedua2 golongan kanak2.....sepatutnya diorang dibiarkan develop mengikut kemampuan masing2 tanpa dipaksa dan disumbat dalam sistem yang sama.....*sigh*

I was trying to help him with his homework. Puas pujuk2, Wifaq taknak jugak buat. Yang aku tunjuk ajar pun dia taknak ikut dan taknak dengar...dahla mama kau tengah sakit perut mulalah rasa nak mendidih....lepas tu Opah naik angin agaknya, Opah marah: "Suka hatilah Wifaq...suka hati..kalau rasa nak kena marah dengan cikgu esok tak payahlah buat!!!".

"Buat...mama tengokkkan...Ipak buat...".
"Taknak buat....Ipak taknak usaha...Ipak taknak pergi sekolah". Dengan suara yang kuat dan terperosok tepi dinding dapur. What is happening to my kid....yang selalunya suka buat homework????

Sejak usia 6 tahun kehidupannya, baru inilah kali pertama Wifaq melawan dan menjawab macam ni. Nampak macam dia tertekan sangat dengan kerja rumah dan sekolah baru ni. Bila dia sebut: "Ipak taknak sekolah...Ipak tak nak usaha.." kepala aku rasa semakin berdenyut....yang sebenarnya aku terkejut anak aku dah pandai menjawab macam tu. Adakah sebab dia dah besar...? Atau sebab Allah nak tunjuk kat aku masa kecik2 kalau aku melawan emak...macam ini yang emak rasa? Atau apa?....

Masa ni airmata aku dah bergenang dan tak boleh nak berkata2.
"Kalau taknak sekolah Ipak nak jadi apa? Nak jadi tukang sapu..?" kataku dengan sebak.
Wifaq angguk.
"Dahtu esok pagi tak payah pakai baju sekolah...pergi pakai baju buruk pegang penyapu je...tak payah susah2 pergi sekolah...".
"Taknak...."
"Kenapa taknak...?"
"Ipak nak mama....".
"Kalau nak mama kena belajar...siapkan kerja....Ipak suka mama marah ke suka cikgu marah?".
"Suka cikgu marah".
"Dah tak payah la siapkan kerja..." Aku ambik buku kerja dia dan buat2 nak koyak....dia menjerit lagi kuat.
"Ipak taknak usaha....Ipak taknak sekolahhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! Mama yang carik pasal dengan Ipak....mama yang buat Ipak marah...".
"Bukan Ipak ke yang buat mama marah? tadi masa Ipak buat homework mama tak marah kan...lepas Ipak campak buku baru mama marah. Sape yang buat sape marah ni?".
"mama yang buat Ipak marah".
"Dah kalau tak suka mama.....takpe....mulai esok mandilah sendiri, pakai baju sendiri....uruskan diri sendiri...cari duit belanja sendiri.....".
"Takpe Ipak ada duit...".
"Ada duit sangat.....pergi pasar malam nak beli mainan pun mintak duit mama...." Wifaq terdiam seribu bahasa. Tapi masih tersedu2....dan mukanya yang sangat tension itu belum pernah aku tengok sebelum ni. 

Wifaq menangis. Aku pun menangis sama. Sebaknya rasa....1) bila anak dah mula pandai menjawab dan melawan kata2 kita sebagai ibu 2) Mengenang perangai sendiri masa kecik mesti pernah melawan emak macam ni...macam nilah yang emak rasa...sobsssss

Dalam air mata aku menitik tengok Wifaq tersedu2 tu, aku hulur tangan (aku rasa cara terbaik ialah aku yang kendurkan ketengangan....dan aku nak test adakah hati anak ni masih lembut terhadap aku sebagai ibunya.....sobsss).

Guess what? Terus Wifaq sambut tangan aku seolah2 itulah yang dinanti2nya....Wifaq peluk aku, cium pipi aku dan minta maaf. Lagi laju pulak airmata aku menitik. Akhirnya aku peluk Wifaq, aku kata: "Mama mintak maaf ye sebab marah Ipak. Kalau Ipak malas belajar....kalau mama dah takde nanti macam mana? Sape nak jaga Ipak? kalau takde ilmu macam mana Wifaq nak survive nak hidup senang macam sekarang....?

Sob...sob....Wifaq menangis, aku pun menangis jugak. Apakah drama airmata malam2 ni.

"Ipak belajar rajin2 ye? Pergi sekolah ye esok? Kalau homework susah mama ajarkan, Ipak jangan risau (even aku tau masalahnya bukan homework susah...tapi dia boring dengan homework yang tak mencabar minda langsung....huhu). Wifaq ni agak susah nak masuk dengan rakan sebaya dia, ini lagi satu masalah. Kalau dengan budak besar Insya Allah takde masalah. The problem is, sekarang no more sistem lompat kelas.....

Adakah ini yang emak Adi Putra alami? Bila anak boring ke sekolah....emak dan ayah jadi risau, goyah pendirian dan mula mencari alternatif untuk si anak. Untuk adik Adi, aunti doakan semoga masa depan adik cerah dan ilmu itu dimanfaatkan sebaik mungkin....

Isu persekolahan dan pendidikan anak2 ni memberikan tekanan yang agak kuat pada aku. Sampai ke satu tahap aku tak tahu apa nak buat....jalan yang boleh aku fikirkan ialah solat Hajat setiap minta Allah SWT lembutkan hati Wifaq biar dia suka dan seronok pergi sekolah. Mana nak fikir anak, nak fikir tesis..............I just hope I can handle everything nicely if not greatly.

Itupun, doa aku belum termakbul setakat ni. Wifaq masih macam tu. Maka mulalah aku terfikir...kenapa doa aku belum makbul? Adakah kerana aku ada termakan benda2 haram atau syubhah yang menyebabkan doa aku tak sampai ke langit? Another thing to risau...........Ya Allah ampunkan hambaMU

Until the time comes, aku kena stick to the current education system. Tapi dalam masa yang sama, kena mencari ruang dan peluang untuk develop talent si anak dengan cara sendiri....sistem pendidikan di Malaysia masih belum advance walau dah banyak perubahan dilakukan....

Walaupun si anak boring terpaksa belajar semula dari level bawah (sedangkan potensi yang ada kalau dilonjakkan boleh menghasilkan sesuatu yang besar....) tetapi...terimalah hakikat Shana', sistem pendidikan di sini memang begini............................................

Wifaq kena bersabar, mama pun kena banyak2 bersabar!".

Solat Subuh 1st day nak pergi school. Setiap hari beginilah keadaannya, masa solat OK. Dalam kereta pun OK lagi...tapi sampai je sekolah........haru

Monday, December 3, 2012

Wifaq Enam Tahun Yang Gemilang!


Tanggal 2 Disember 2012..genaplah usia anakanda sulung saya WAN AHMAD WIFAQ ARHAM 6 tahun.

Hari lahir Wifaq menandakan usia enam tahun juga saya bergelar ibu...kami bergelar ibu dan bapa.

Terasa macam sekejap sangat pulak Wifaq dah besar....dah nak masuk darjah 1 next year. Kadang2 kesian kat anak2 yang lahir bulan Dismber....kena catch up semua benda dengan cepat semata2 untuk mengejar rakan2 seusia yang lahir lebih awal.

Wifaq pun akan masuk darjah 1 pada usia 6 tahun.

Cuma alhamdulillah Allah anugerahkan beliau otak yang agak baik dan cepat pick up, maka takdelah emaknya ni risau sangat. Cuma perlu risaukan saiz badannya je...(^_^)

Terasa nak mengimbau kenangan dari Wifaq lahir sampai besar dalam entry kali ni. 
2 Disember 2006: Ye hari inilah secara rasmi saya menjadi ibu.  Buruk betul muka keletihan selepas melahirkan si Wifaq...anak yang selepas 6 tahun dah pandai menjawab dan membalas balik kata-kata kita....T_______T
Disember 2006: Newborn
                                       
6 months
2007: 1 year old oredi! Dan mama sudah pregnenkan Rihaab
                                              
                                         2008: 2nd birthday!

2009: Beijing, China (3 years old)
2010: Bandung, West Java, Indonesia (4 year old)
2011: Mount Seoraksan, South Korea (almost 5 year old)

2012: Negombo, Sri Lanka
2012: Makkah al Mukarramah, Saudi Arabia

2012: Madinah al-Munawwarah
Kamu dah mengakhiri zaman prasekolah dengan baik. Hope to see more great achievement from you son...dan itu semestinya menuntut pengorbanan yang tinggi dari mama dan baba. Kejayaan tidak datang bergolek, ia mesti diusahakan. 
Selamat Ulang Tahun yang ke-6 buat Wifaq dan buat diri sendiri yang dah enam tahun menjadi mak kepada manusia lain. Ya Allah beratnya amanah-Mu! (kek sponsored by Acu Ijat (my cousin) kebetulan kami berada di KKB on Wifaq's birthday nak tengok anak Izzat yang baru 2 hari dilahirkan...next year besday Wifaq dan baby Fayyadh dekat2 (^_*)
       Mama wish u all the best...semoga terus berjaya dunia dan akhirat dan menjadi anak soleh yang mendoakan mama dan baba. Amin! 

Thursday, November 8, 2012

Wifaq's New Obsession: SUDOKU!!!


“Children must be taught how to think, not what to think.” 
~Margaret Mead~

Rentetan daripada entry sebelum ni iaitu: Formula Matematik Wifaq Yang Pertama, maka saya pun berusaha mempelbagaikan jenis permainan matematik untuk si anak.

Akhirnya saya decide nak memperkenalkan SUDOKU kepada anakanda. At a glance, SUDOKU ni macam sepenuhnya melibatkan Maths.

Tapi hakikatnya ia lebih kepada logik dan mantik. Walaupun bermain dengan nombor, ia sebenarnya tak melibatkan pengiraan. Yang bagusnya ia memaksa kita berfikir dan menyelesaikan masalah secara logik akal.

Masa mula2 introduce SUDOKU ke Wifaq sekitar Oktober lepas, saya hanya bagi dia main online SUDOKU yang 4 columns sahaja. Dalam masa setengah jam dia dah boleh master....I decided to introduce him to 9 columns SUDOKU pulak.

Masa mula-mula nak intro Wifaq SUDOKU saya sendiri pun tak tau apa bendanya SUDOKU ni. Because they say: 

"Make it a rule never to give a child a book you would not read yourself.” (George Bernard Shaw)

Saya pun google cara main...dan saya mahirkan diri sendiri dulu baru boleh ajar anak. Patut orang selalu kata...bila ada anak, kita yang dewasa ni lebih banyak belajar dari mereka.

Semalam ke Alamanda, cari lagi buku SUDOKU untuk Wifaq. Selain SUDOKU, since beberapa bulan lepas anakanda saya telah dilanda 'Word Search' fever. Word Search ni permainan cari kata...lepas mahir Word Search, saya introduce Teka Silang Kata pulak (TSK susah sikit sebab kena banyak vocab baru boleh jawab...jadi sepanjang proses dia nak dapat jawapan tu banyaklah vocab dia belajar....)

Jadi lani...ada 3 jenis buku yang dikeleknya ke sana ke mari: Words Search, Teka Silang Kata dan SUDOKU.

Saya sendiri pun dah mula seronok main Sudoku...tapi agak rimas jugak le bila si anak asik mengekor kita ke hulu ke hilir bila dia tak tau jawapan.

Tapi betul...kata orang...apa guna belikan anak2 permainan jika kita sendiri tak bermain bersama mereka. (^_^).

Sekian.

Sajelah kali ni beli SUDOKU KBSR...padahal SUDOKU ni takde format apa2 pun tetap sama...SUDOKU is always SUDOKU and the rules are always the same.



Sunday, November 4, 2012

Sekalung Tahniah Untuk Wifaq!

Entry ni sekadar nak mengucapkan tahniah kepada anakanda Wifaq yang dapat Academic Ecxellence Award 2012 semalam secara khusus. Entry semalam too general. 

Sebenarnya semua kanak2 diberi macam-macam award kategori lain tapi yang utama pada mamanya ialah award yang ini. Yang terletak atas sekali dalam senarai dan yang paling awal naik ke atas stage walaupun nama Wifaq bermula dengan huruf W.

Ada kisah sedih masa mula2 Wifaq lahir dulu. Wifaq lahir bulan Disember (hujung tahun). Masa tu, ada sorang hamba Allah ni dia kata...anak-anak yang lahir bulan Disember ni slow dan lembab. Tak percaya nanti tengoklah bila Wifq besar...sebab dia kata anak dia yang lahir bulan Disember agak slow berbanding adik beradiknya yang lain.

Masa tu perasaan mama bercampur baur. Dahlah anak sulung, takde pengalaman. Tiba2 orang cakap macam tu.

Tapi, menjelang 6 tahun kelahiran Wifaq...terbukti dakwaan hamba Allah itu salah sama sekali. 

Apa pun....tahniah Wifaq. Mama tak rasa kamu dapat semua ini sebab mama tapi sebab kamu sendiri yang kuat usaha. Semoga kamu terus berjaya dalam hidup.

Graduan cilik...the receiver of Academic Excellence Award 2012.
The Award. Mak kau imagine benda lain....terbayang kat situ tulis: ACADEMIC EXCELLENCE AWARD FOR  BIOCHEMISTRY ENGINEERING bla bla apa2 yang berkaitan...dah Wifaq nak sangat jadi saintis
Mula-mula angan-angan. Lama-lama jadi kenyataan.

Saturday, November 3, 2012

Al-Fatih Ihtifal and Graduation Ceremony 2012


"If children grew up according to early indications, we should have nothing but 

geniuses" ~Goethe~

Harini berlangsungnya majlis graduasi anakanda Wifaq yang pertama dalam sepanjang 5 tahun usia kehidupannya di Al Fatih Integrated Preschool dengan tema tahun ini: Ummati We Care!. (Umatku...Kami Parihatin).

Yang pertama. Dan saya harap semoga menyusul lebih banyak lagi majlis graduasi untuk beliau di masa akan datang sepanjang hayatnya.

Dah lebih seminggu Wifaq duk berlatih persembahan drama untuk majlis ni. Kadang2 kena stay back kat sekolah. Dan bila balik rumah malam-malam mesti akan terkeluar dialog2 drama tersebut...siap dengan skrip orang lain sekali dihafalnya.

Banyak kali saya pesan kalau kawan2 terlupa skrip Wifaq jangan tolong deliver pulak ye! Tak boleh imagine kalau dia sibuk2 ajar kawan dia apa sepatutnya nak cakap.

Majlis bermula jam 8.30 pagi. 

Walaupun anak2 semua dah bersiap awal tapi mamanya duk rilek2 lepak2 dulu tunggu jam 8.15 baru keluar rumah. Majlis diadakan di Auditorium Admin Block KUIS...5 minit je dari rumah pun *tu yang rilek kemain tu...almaklum tempat kerja sendiri...tapi dah lama tak jengah sebab cuti belajau...*

Sampai kat parking, teacher Yan yang in charge drama dah call tanya mana Wifaq. Apa lagi jalan la laju2. Lepas hantar Wifaq kat backstage aiya baru teringat baju salin untuk drama tertinggal pulak dalam kereta.

Atuk, Kakak dan Tebi masuk dewan dulu dan saya patah balik ke kereta ambil baju. Lepas tu tanya teacher kat mana nak hantar baju ni. Teacher kata kat Bilik Anggerik...oho saya tau tempat tu *memangla tau sebab masa kerja selalu ada program kat sini khennn...*

Opah pulak pagi ni kena jaga exam kat IPG. Kesian Opah lari2 kejap sana kejap sini semata2 nak tengok cucu sulung perform. Atuk yang mula2 kata malas nak datang pun akhirnya malam semalam meredah renyai hujan dengan Virago beliau datang ke Bangi. Alhamdulillah.

But still....terkilan yang baba Wifaq tak dapat menyaksikan saat penuh berharga ini. Anak sulung. Konvo juga sulung. Tskkk. *mama yang over Wifaq rilek je...*

Wifaq datang ke majlis dah siap berbaju Melayu merah jambu gelap (ke terang eh?) lengkap bersampin bersongkok. Baju Melayu pun dah senteng tangannya mujur sempat Opah alter malam tadi kasi labuh tangan. *Sadis betul*

Harini altogether Wifaq ada beberapa performance yang memerlukan beliau bersalin baju.

Sebaik mula majlis, Wifaq akan mengalunkan (nope. kalau guna perkataan 'mengalunkan' mesti pembaca akan imagine si Wifaq membaca dengan tarannum yang hebat...padahal sebenarnya dia hanya membaca tanpa lagu yang merdu...tapi oklah bagi seorang kanak-kanak. Taklah sedap sangat tapi tajwid betul. Oklah tu...)
Berjalan masuk untuk memperdengarkan bacaan Qur'an diiringi 2 orang translator English dan BM. Wifaq yang baju Melayu merah. Gambar kurang kualiti sebab duk belakang. I really need a new lense now.
Wifaq yang tengah...sedang membacakan kalimah Allah SWT

Majlis ni diacarakan sepenuhnya oleh students Al Fatih. Kira hebat budak2 ni. Tapi anak2 Al Fatih memang hebat2 sebab ada banyak program sebelum ni yang bantu gilap confidence level mereka.

Lepas tu ada banyak performance mengikut center. Al Fatih ada 3 center semuanya. Umar Al Khattab, Uthman bin Affan dan Abu Bakar as-Siddiq (tempat Wifaq).

Untuk drama, Wifaq perform sebagai wartawan berita BERNAMA bernama Wifaq Mansor (mansor mana pulak la ni weh...). Disebabkan dia nak jadi wartawan, saya sebagai ibu yang gigih terus mengorek almari dan mencari baju lama Wifaq yang ada necktie dan blazer.
Wifaq Mansor baca berita.....

Bersiaran secara langsung dari lokasi kejadian
Thank Allah ada jugak faedahnya tabiat saya yang memang suka beli baju merepek untuk anak. Ada satu kemeja Wifaq yang memang ada necktie melekat di kolarnya (mujur muat lagi padahal beli 2 tahun lepas dan beli tu tak tau tujuan apa...sebab comel lalu terus beli)...lepas tu kebetulan memang ada blazer yang dibeli untuk pakai masa pergi Korea last year. So complete dah uniform wartawan Wifaq. Bersungguh betul mak kau...wkwkwkwkwk

Masa Wifaq keluar pegang mic dan baca berita tu....para hadirin ketawa dan tersenyum-senyum.
Wifaq sedang menemuramah mangsa kejadian ribut
Wifaq menemuramah besfren dia Alaudin. Kisahnya Alaudin ni pun one of the top student . Selama ni i wonder entah2 saya kenal parentsnya. Harini barulah saya tau yang emak Alaudin ni staf KUIS juga dan masa kami pregnen anak ke-2 dulu kami pernah sama-sama bersembang tentang Salindah. Emak Alaudin pun pengguna setia Salindah juga mcm saya. 
Jalan cerita drama ni ialah penduduk kampung Seri Ketam (kat mana la tu) dilanda ribut. Mula2 anak2 kat situ gembira bermain bersama2 tiba2 ribut melanda habis semua kanak2 tu melayang2 (sila imagine camne diorang melayang...hahaha) dan pengsan semuanya. Ada yang siap kena timpa pokok...ada yang ditimpa kerusi....

Pandai betul anak2 ni berlakon. Bergenang air mata saya menonton dan kejap2 kesat air mata dengan lengan baju.

Tiba2 terbayang scene iklan susu Fernleaf...yang anak dia nyanyi atas stage: "Ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku....". Dulu macam meluat je tengok iklan ni. Apahal anak nyanyi pun nak nangis terharu? No big deal okeh. Lagi satu iklan Enfagrow yang anak dia buat musik guna air dalam gelas tu....mak dia nangis jugak terharu. Apakah...

Pada hari ini barulah saya faham perasaan itu. Nasib baiklah Allah SWT izinkan saya punya anak sendiri. Kalau tidak saya terus bergelumang dalam kejahilan sampai tua....tsk. Dahla anak tunggal...kalau takde zuriat pulak....takleh imagine lah persepsi salah saya terhadap iklan2 susu yang terdapat di serata dunia....(^_^)

Selain tu ada persembahan angklung. Pandainya budak2 ni main angklung dan buat lagu Twinkle twinkle Little Star dan lain lain. Terharu. Rasanya parents anak2 ni lebih2 lagi terharu.

Hakikatnya yang buat kita ibu bapa terharu bukanlah persembahan itu. Tapi sebab kita mengenang betapa anak kita sudah membesar dengan baik ke tahap ini. Kita bersyukur. Anak yang kita kandungkan susah payah selama 9 bulan...dan bertarung nyawa pula melahirkannya akhirnya hari ini berdiri di atas pentas bersama rakan-rakan seusia dan membuktikan kepada dunia bahawa mereka mampu melakukan sesuatu.

Mempersembahkan sesuatu. Dan kehadiran mereka disedari dunia. Dihargai oleh semua. Terutama ibu dan ayah yang membawa mereka ke dunia.

Itulah sebenarnya yang saya rasakan hari ini. 

Saya bukan hanya terharu bagi pihak anak saya (sebab masa anak saya perform atau ambil scroll saya tak nangis pun tapi duk sibuk snap gambar. Duk ke belakang dan ke depan dewan dengan DSLR merah hati sambil diikuti oleh dua lagi anak dara kecik itu....(^_^)).

Tetapi saya terharu betapa nasib kanak2 di Malaysia tersangat baik. Sangat bertuah. Dan kalaulah semua ibu bapa mampu beri sepenuh perhatian dan sanggup berkorban segala2nya untuk mereka...insya allah semua anak2 mampu berjaya dunia dan akhirat. Itu sebabnya bila tengok anak2 orang lain perform...otomatik air mata saya bergenang dan jatuh ke pipi. Bukan sikit2...sampaikan bila nak patah balik ke belakang dewan saya kena lap dulu air mata barulah berani berjalan ke tempat duduk (Saya duduk di bahagian belakang dewan).

Dah sejak bila pulak saya ni prihatin dengan nasib kanak2 di Malaysia.....?!

Masa Wifaq ambil scroll, ada dipaparkan muka beliau di layar putih besar. Teringat saya konvo di UIA dan UiTM dulu ada background music dan wajah dan nama kita terpapar dengan gah semua orang boleh tengok.
Diarak dengan bunga manggar lagi...
Rupanya Wifaq dapat Academic Excellence Award 2012.  Alhamdulillah syukur.
Ada tertulis nama penuh beliau di layar putih. Kalaulah baba Wifaq ada di sini hari ini...agaknya beliau bangga kerana di belakang nama si anak yang berjaya itu ada nama beliau di belakangnya. WAN AHMAD WIFAQ ARHAM BIN WAN ISHAM. Kalau den jadi bapak den banggoooo....
Teacher Iman suruh Wifaq tengok official camera and photoG

Masa Wifaq berjalan atas stage tu...MC pun sebut: 

"Wan Ahmad Wifaq Arham is the receiver of the Academic Excellence Award...and he's our newscaster today...". Semua orang gelak. Sempat lagi encik MC ni. FYI, award ni ada 5 orang yang menerimanya bukan Wifaq sorang saja. Di setiap center akan dipilih 1-2 orang penerima kategori ini dan ada juga kategori lain.

Sempat saya beri pesanan penaja pada adik2nya si kakak dan si Tebi: Nanti kalau kakak dengan Tebi grad pun mama nak kakak dgn Tebi dapat award ni jugak...mama taknak yang lain...boleh? *boleh jawab diorang...konfiden je. padahal saya taklah mendesak pun...biarlah anak2 belajar mengikut kemampuan masing2*
Berkelah atas lantai dewan...
Towards the end, ada tayangan video anak2 ni. Semua bercakap kat kamera sebut nama dan cita2. Tapi tak sempat nak snap yang gambar Wifaq. Dalam video tu dia kata:

"Nama saya Wifaq. Cita-cita saya nak jadi Saintis bila besar sebab boleh main-main dengan bahan kimia....". Bahan kimia bukan mainan nak oi. Lately memang setiap kali lalu dekat Agensi Nuklear Malaysia dia akan sebut nanti dah besar Ipak nak kerja kat sini.

Mak dia hanya jawab: "Elok jugak tu. Senang kau nak pegi kerja rumah mama dah ada boleh ikut Bangi lama tak payah lalu tol...". Setakat itu jelah pemikiran mak kau ni.

Wifaq sebenarnya punya saiz tubuh yang amat kecil berbanding rakan seusianya. Bila tengok dia berdiri dengan rakan-rakannya hari ini memang ketara sangat anak saya paling cenonet sekali....alahai...

Tiba2 je otak ni mengimbas kembali saat-saat Wifaq keluar dari perut. Saat doktor pegang dia dalam keadaan berlendir dan berdarah dan letak atas perut saya. Saat pertama kali menatap wajahnya...saat pertama kali menyentuh tangannya yang masih hangat baru keluar dari rahim saya....

Ya Allah. Berkatilah kehidupan anak ini dan anak2 lain dan keseluruhan zuriat dan keturunanku. Jadikanlah mereka ahli syurgamu dan berupaya menarikku ke syurgamu bersama-sama mereka...dan jadikanlah mereka sentiasa di jalan taqwa.

Mempunyai anak adalah ujian dan rahmat dalam masa yang sama. Pada saya mempunyai anak semacam Wifaq adalah ujian yang sangat besar. Sangat-sangat besar terutamanya apabila ayahnya jarang berada di rumah untuk sama-sama memantau perkembangan mereka.
Tempat kejadian bersebelahan opis Ustaz Don. Tapi harini cuti jadi Ustaz Don takde...bunting yang ada pic Ustaz pun jadilah...
Masa mula2 tau yang Wifaq kena baca Qur'an untuk pembukaan saya dengan excitednya berkata sambil mengusik Wifaq: "Haa yeke? yeke Wifaq kena baca Qur'an atas stage? Eeee tak sabarnya mama nak tengok...excitednya mama....bangganya mama dengan Ipak...." sambil usik2 pipi dia...*saya ni emak yang gila-gila...agaknya budak2 ni pening tengok mak dia macam ni*

Reaksi beliau? : "Eiisshhh apa mama ni..." lepas tu terus main restoran-restoran dengan Tebi tanpa mempedulikan mama lagi.

K. Budak ni memang takde perasaan (macam ayahnya jugak lettew....)

Sekian.
Budak bertuah ni habis je program mintak dukung....adik2 sume terpaksa jalan kaki...







Monday, October 22, 2012

Young Khalifah Camp (YKC) 2012

Assalamualaikum.

Seperkara yang sangat saya gemor dengan taska Al-Fatih Integrated Preschool ni ialah modulnya yang jarang ditemui di taska-taska lain.

Seingat saya tahun ni je dah banyak outdoor activity yang anak-anak saya sertai. Bila saya update status di fesbuk, maka ramailah parents lain bertanya tentang modul al-fatih ni sama ada boleh diadaptasi di sekolah lain.

Terbaru, Young Khalifah Camp (YKC) yang disertai anak-anak berumur 6 tahun sahaja. Si Wifaq memang suka bebeno aktiviti macam ni. YKC berlangsung pada 27/9/2012 (Khamis) hingga 28/9/2012 (Jumaat).

Dah namanya camp, jadi mestilah bermalam kan. Tapi bermalam kat sekolah je. Wifaq excited siap pinjam sleeping bag Opah yang dipakai masa musim haji 2011. Yuran kem ni ialah RM50.

Dalam banyak2 aktiviti, paling saya kagum ialah...petang Khamis tu saya ke kedai di kawasan berdekatan. Tiba-tiba terserempak sekumpulan kanak-kanak Al-Fatih tengah approach orang awam dan serah brosur korban...dan kanak2 ni kena explain brosur tu mengenai apa.

Masa tu Wifaq di kumpulan lain dan ditugaskan untuk pergi ke KUIS (sah budak ni cakap ni opis mama ni...hehe).
Apa yang bagus, kanak-kanak ni dilatih untuk improve communication skill dan   develop confidence level. 

Antara aktiviti: 

Khamis:
~Young Khalifah Care and Share (trip to Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Semenyih for Kanak-kanak OKU)
~Young Khalifahs Find Out (fun science experiments)
~Young Khalifahs in Action (Community Work Part I and Part II~around Bandar Seri Putra...masa nilah terjumpa kanak-kanak ni. Lepas tu the public pun macam impressed dan berminat nak tau lebih lanjut pasal Al-Fatih ni)
~Young Khalifahs Unite (practice sessions group)

Jumaat:
~Young Khalifahs Get Fit (swimming and leadership circle at Bukit Mahkota Clubhouse)
~Young Khalifahs Have Fun (group performance)

Berikut adalah gambar2 sekitar hari pertama (Khamis):

Sampai di SM Pendidikan Khas, Setapak (jauh jugak budak2 ni per



Turun bas kena beratur
Wifaq cenonet mesti depan sekali
Dengar taklimat
Merasa pegang dan lihat buku braille
Teacher tunjuk mesin braille


Pergi pasar edar risalah kat public. good to develop their  confidence and communication skill.

Day 2: Friday


Wifaq yang baju renang hitam merah
Terjun!
Group activity
Tutup mata.
Wifaq masuk group Hamzah dan alhamdulillah grup Hamzah juara antara juara . Hadiahnya dapat buku dan macam-macam lagi. Teacher kata group binding dan teamwork Hamzah sangat bagus sebab tu boleh menang.

Petang Jumaat ambik Wifaq nampak letih sangat. Asyik nak meragam je. Mengantuklah tu.

Semua gambar ni dipinjam dari facebook Al Fatih  Integrated Integrated Preschool (^_^).

Ada banyak gambar aktiviti tapi saya ambik yang muka anak teruna saya je. Masalahnya anak teruna tak suka bergambar jadi ada la beberapa keping je buat kenangan.

Next year Wifaq dah nak darjah satu...semua ni akan tinggal kenangan.

Untung kamu ada mak yang rajin nak menulis aktiviti yang maknya sendiri tak pergi. Esok dah besar update sendiri lah ye..hehe.

Sekian.

Thursday, October 18, 2012

Formula Matematik Wifaq Yang Pertama

Nak taip laju-laju sebelum terlupa dan nak sambung buat kerja.

"Children are remarkable for their intelligence and ardour,

 for their curiosity, their intolerance of shams, the clarity and 

ruthlessness of their vision." - Aldous Huxley


Pada 18/10/2012...Wifaq tiba-tiba mengeluarkan idea formula Matematiknya yang pertama. Officially 5 tahun 10 bulan now.

Rasanya formula ni simple je dan taklah hebat mana...tapi saya rasa ia 'big thing' bagi kanak-kanak seusianya sebab saya tak pernah ajar pun teknik itu.

Kali pertama saya tengok dia duduk mengadap latihan Maths ialah tahun lepas (2011). Saya tengok dia ambil encyclopaedia Maths milik saya (yang Opahnya belikan masa umur saya seusia Wifaq...5-6 tahun la gitu) dan saya tengok dia cuba selesaikan masalah-masalah Maths itu.

Saya tak expect apa-apa, dan tak fikir apa-apa. Hanya biarkan dia buat...sampai taknak tidur mengadap soalan Maths.

Emaknya ni bukan otak Maths. Saya lebih kepada sastera dan bahasa. Bila tengok nombor je pening heh. Rasanya otak Maths ni diwarisi dari suami saya kot.

Ok. Formulanya:

Untuk selesaikan pemasalahan tolak (minus).

Soalan semalam: 12-4= ?

Cara yang saya ajar sebelum ni: biasalah, ambik buku conteng dan kira...heheh (cara zaman dulu-dulu, nak lagi terer pakaila kalkulator hik hik)

Cara yang Wifaq ajar: Dia kata susah dan lambat nak tulis atas kertas. Jadi dia kira pakai otak. Dia imagine dalam kepala ada 12, dan di jari ada 4...lepas tu dia kira secara terbalik...11,10,9,8...jawapannya 8.

Tak kiralah kalau formula ni simple dan takde apa sangat macam adik Adi Putra, tapi pada saya ia satu permulaan kepada perkara yang lebih besar nanti.

Susah atau senang, formula tu dia cipta sendiri..itu yang lebih penting. Hasil inovasinya sendiri.

Sebelum tidur (macam biasa, dia suka tidur di kaki saya), saya pergi kat dia dan bisik: "Tahniah tau sebab Ipak dah berjaya cipta formula Maths sendiri. Nanti lain kali boleh cipta formula yang lagi susah dan hebat...ok? Dah, selamat malam". Saya gosok dan cium kepalanya dan biarkan dia tidur.

Tapi saya rasa dia bukan terus tidur tapi memikirkan perkara lain...

Kadang-kadang i wonder apa yang ada dalam kepala anak ini. Kalaulah otak manusia Allah SWT ciptakan lutsinar...agaknya kita boleh nampak cetusan elektrik dan letusan kecil antara sinaps, dendrit...(betul ke ni? main sebut je..)..sel-sel otak apa-apalah saling berhubung sesama sendiri (ala macam dalam iklan Anmum Essential tu...(^_^).

Tahniah nak...itu je yang mama boleh ucapkan dan terus berdoa semoga kamu boleh menyumbang sesuatu kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara kelahiran kamu, Malaysia yang terchenta!

(Dah habis menaip ni baru terfikir...patut ke tak aku catat perkembangan ni kat blog eh? ke tak payah...tsk tsk)

Mula-mula formula simple camni dulu...lepas tu..
Satu hari nanti agaknya jadi camni. Insyaallah


Sekian.