Showing posts with label umrah with kids. Show all posts
Showing posts with label umrah with kids. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Travel dengan Kanak-kanak Memang Penat Tapi Seronok!

Assalamualaikum.

Tiba-tiba je harini terasa nak berceritera pasal umrah balik...setelah tertangguh beberapa lama.
Kesian kat kawan-kawan yang tunggu update dan asyik duk ulang baca entri lama.

Tuan rumah agak busy...
Tapi malam ini terasa nak buat entry pendek bersempena 'hajj fever' yang tengah hangat sekarang.

Encik suami saya pun tengah sibuk di Kelana Jaya (pada waktu entry ini ditaip) menguruskan kumpulan terakhir jemaah beliau berlepas.
Ikutkan, encik suami sepatutnya fly bersama-sama mereka malam ini...tapi terpaksa delay sampai next week?

Kenapa delay...?
Sebabnya para peneman setia saya iaitu mama dan baba saya (atau lebih mesra digelar Atuk dan Opah saje sejak mendapat cucu) dua2 outstesen sepanjang minggu lepas dan minggu depan.
Insya Allah encik suami ada di sisi sampai depa kembali ke kehidupan yang asal hehehe.

Saya percaya Allah dah aturkan segalanya dengan baik sekali.
Dalam keadaan saya yang amat stres nak mengabiskan pengajian...rasanya diorang tak tergamak nak tinggalkan saya seorang diri dan kelam kabut dengan tiga kanak-kanak yang havoc itu.
Dan jadualnya berjalan dengan baik sekali...bila encik suami fly, Opah ada...bila encik suami balik, Atuk dan Opah outstesen...lepas tu baru encik suami fly balik.

Saya berdoa semoga urusan mereka2 yang banyak berkorban untuk saya dipermudahkan.

Rasa macam dimanja-manjakan sampai beranak pinak...sampai ke tua...*almaklum anak tunggal kan.....(^_^)*

Malam ni, tiba2 terjumpa gambar2 yang tersimpan dalam kamera kecik Nikon. Kadang2 ke masjid saya bawa DSLR...kadang2 bawa si kecik Nikon...jadi terlupa langsung tentang gambar dalam Nikon sebab si Nikon ni selalu travel jauhhhh ikut encik suami merantau.

Bila tengok balik gambar-gambar ni oh sungguh tak percaya dah nak sampai penghujung tahun wahal masa kami pergi tu awal tahun...Februari 2012...suhu pun masih sejuk especially di Madinah dan masa tu visa baru buka selepas musim haji....

Sekarang dah pun masuk musim haji balik.

Cepatnya masa berlalu...*cuak!*


Kami menginap di hotel Al Wafi Jadid yang terletak atas bukit. Jadi sepanjang perjalanan ke masjid wajiblah encik suami yang menolak budak bertiga ini. Weelchair itu adalah hak milik Yaskin Travel. yang telah kami salahgunakan untuk mengangkut orang2 sihat..hehehe ampunkan kami....

Di Makkah, tak recommended bawa stroller ke masjid...reason being, nanti stroller tu akhirnya kena tinggal kat luar jugak. Kalau di Masjid Nabawi ok untuk bawa stroller sebab memang boleh bawa masuk dan boleh parking even sebelah kita sewaktu solat...
Perasan tak gambar ni pakai baju lain.

Sebenarnya ini hari lain. Tapi tiap2 hari bila bawa budak2 ni ke  Masjidil Haram  tetap rutin yang sama. Feeding the Doves!


Ada yang kata doves ni dari keturunan yang wujud sejak zaman Rasulullah dan mereka hanya makan pemberian yang halal, bersih dan ikhlas saja. Wallahua'lam.

Dengan wheelchair nilah kami bawa anak2 bertawaf mengelilingi Baitullah. 

Wifaq sibuk baca doa-doa tawaf dalam buku doa...tup tup masuk round ke-3 si Tebi dan terlentok lena walaupun cuaca agak panas...

Mencabar jugak bawak budak-budak tapi teamwork yang jitu antara suami dan isteri amatlah perlu. Dalam hal ini, saya dan encik suami telah melaksanakan teamwork yang agak cemerlang *sila puji diri sendiri hehehe* walaupun di kebanyakan masa saya lebih banyak tawaf seorang diri.

Terima kasih sangat2 untuk husband yang banyak bertimbang rasa dan beri peluang saya beribadah dengan selesa tanpa gangguan anak-anak...maklumlah first timer kan...


Dah sampai dataran Masjid barulah turn saya pulak menolak anak-anak...

Sepanjang perjalanan ke masjid, ramailah insan berhati mulia duk bagi macam-macam kat budak-budak ni. Anak-anak kan ahli syurga....(^_^) untung kau orang kecik-kecik dah sampai Mekah...mama dah umur 30an barulah merasa nak tengok Kaabah...


Anak-anak sibuk duk ulang alik ulang alik ambik air zam-zam...memang nikmat bila dapat minum air zam-zam sejuk sesuka hati dan sebanyak mana kita mahu. Makan aiskrim magnum atau kek cekelat indulgence tak cukup heaven....Ini baru heaven! (^_^) Imagine sambil lepak2 kat tiang tu...air zam-zam di tangan...sambil teguk air sambil menatap Kaabah....*rindu saat-saat ini sobs,,,T__________T*


Lepas selesai umrah atau solat, wajiblah singgah di sini membeli aiskrim yang kalerful.

Ya Allah sangat merindui bumi haramain yang damai itu.

Semoga adalah rezeki hamba untuk ke sana lagi...dan lagi...dan lagi. Amin.

Monday, July 9, 2012

UMRAH WITH KIDS Part 5: Labbaikallahumma Labbaik!

21/2/2012 Tuesday (Day 5)

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk update lagi travelog umrah yang tertangguh.

Today is the last day in Madinah. Belum meninggalkan lagi kota yang penuh kedamaian ni, tapi saya dah mula rasa sedih kemain....sob sob.
Tanyalah siapa2 yang pernah sampai di Madinah, pasti terbit perasaan yang sama.... 
Rasa sayu nak meninggalkan maqam Rasulullah SAW sebab belum tahu lagi ada rezeki atau tidak nak jejak kaki ke sini lagi.

Solat subuh pagi ni bawak Rihaab (ketika ini berusia 3 tahun 2 bulan) dan pergi sama2 dengan Kak Nursiah.
Alhamdulillah anak dara saya tak buat hal mahupun meragam.
Elok aje dikejutkan seawal jam 4 pagi dan diajak ke Masjid Nabawi...sarung telekung, stokin dan berjalanlah kami berpimpin ke Masjid yang beberapa langkah je dari Hotel Elaf Taiba ni.
Subuh yang dingin
Tapi cuaca pagi ni agak extreme ditambah angin kuat. Huiii sejukkkk...
Anak dara saya terbaring je kesejukan dan tak mampu nak berdiri untuk solat.
Kesian pulak dia. 

Kami solat di luar saja harini sebab dah planning nak ambik gambar. Kalau bawak masuk takut kena tahan memandangkan DSLR ni yang besar gedabak dan tak boleh disembunyikan.
(di Masjid Nabawi tak boleh bawa masuk kamera)
Tebi dan Wifaq ikut baba solat di bahagian lelaki.
Macam biasa usai solat, macam2lah bebudak ni dapat...cekelat, gula2, air kotak....ada je yang bermurah hati nak bersedekah especially bila tengok kanak2.

Lepas solat Subuh lepak kat lobby. Peminat Rihaab duk snap gambar... 
Kakak dan adik (^_^)
Petang ni dah nak bertolak ke Mekah tapi baju belum siap packing lagi disebabkan keletihan semalam.
Tangan pulak dah mula pecah2 dan berdarah...asal terkena air jadi pedih maka bertambahlah malas nak mengemas.
Saya memang alergik dengan musim sejuk walau hakikatnya saya lahir pada musim sejuk! Sadis betul.
Encik suami kata biarkanlah nanti beliau kemaskan semua. (Terima kasih encik suami...(^_^)


Oh ye baru teringat, jubah yang di alter semalam sepatutnya siap selepas Subuh harini.
Tadi waktu nak pergi solat memang Madinatul Azya' belum bukak lagi. 
Lagipun encik suami sudah janji mahu tolong ambilkan, jadi saya terus naik ke bilik untuk berkemas dan pergi breakfast.


Pagi ni kami pergi ziarah Masjid Quba' sekali lagi. 
Mula2 tak faham jugak kenapa nak ziarah tempat sama dua kali.
Tapi bila teringat hadith ni, oooo now I get it. Nak dapatkan pahala ini rupanya:


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, maka ganjarannya sama dengan pahala ibadat Umrah." 

(At Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad. Musnad Makkiyyin: 15414)
Baru dapat peluang bergambar sekeluarga...itupun Wifaq  sorok muka (geram betul tgk teruna sorang ni)
Maka saya pun tak lepaskan peluang nak dapatkan pahala umrah sekali lagi.
Pagi ni keadaan bertambah2 sejuk berbanding semalam. 


Disebabkan tak tahan sejuk, maka saya minta encik suami belikan glove. Tiba2 rasa menyesal tak angkut semua gloves dan stokin wool yang elok tersimpan dalam almari back in Malaysia.
Semalam dah beli sweater, harini melengkapkan set pula huhuhu.
Entrance Holy Qur'an Printing Complex
Lepas tu kami ke Holy Quran Printing Complex (Kompleks Percetakan Al-Qur'an) pulak. 
Orang perempuan hanya boleh stay kat lobby dan tak dapat Al-Qur'an free. Kalau nak kene beli (sebab dia tau hal soping moping serahla kat kaum wanita hik hik)
Hanya kaum lelaki je boleh masuk dalam dan lihat proses pencetakan malah dapat senaskah free lagi.
Boleh pilih nak saiz besar ke...kecil ke...Wifaq dapat Muqaddam.
mesin-mesin cetak...

Untung Wifaq dapat masuk dalam tengok bagaimana proses pembuatan Al-Qur'an yang selalu dibaca kat rumah dari A-Z.
Masa mama sebaya Wifaq hanya dapat pergi kilang cetak buku cerita aje (^_^) ikut rombongan sekolah Opah.
Wifaq @ Kilang cetak Al~Qur'an
Wifaq dan Abang Amirul yang rajin melayan
Jalur Pengunjung...bahasa Indonesia jugak di mana-mana
Jemaah lelaki Yaskin Travel semua dah dapat Al-Qur'an free (^_^)
Lepas dapat terus duduk baca kat lobby dengan suara yang kuat sampaikan makcik dari Indonesia yang duduk sebalah dia tanya: "Berapa umurnya? Bagus betul bacaannya mengikut tajwid...". (^_^)
Kak Nur yang kebetulan duduk sebelah Wifaq tolong jawabkan: "5 tahun" sambil bagi signal kat saya 'bagus bacaan budak ni'.
Alhamdulillah...
Bergambar depan potrer Raja Saudi (tapi tak sure yang mana satu tsk tsk)
Keciknya dunia. Terjumpa kawan Kak Nur yang duduk di kejiranan sama dengan kami. Kat Malaysia tak pernah jumpa, kat sini baru terjumpa.
Budak2 dah mula sibuk nak turun. Camnila gayanye kalau berjalan dengan bebudak ni
Dah dapat Qur'an free. Moh balik ke hotel bersiap2 untuk ke Makkah pula. 
Lepas ziarah, bergegas balik hotel untuk solat Zohor.
Tak janji pun pergi dengan Kak Nur tapi alhamdulillah terjumpa jugak dalam ribuan orang tu.
Mula2 saya dan Rihaab dah elok duduk kat dalam masjid berdekatan pintu. Tapi disebabkan makcik2 Turki duduk menghimpit kami sampaikan saya nak duduk pun tak selesa....lepas tu siap dia angkut lagi geng2 dia, maka saya decide untuk mengalah dan cari tempat di luar je.

Lepas Solat Zuhur kami selesaikan Ziarah Wida'.
Sedih rasa hati nak mengucapkan selamat tinggal pada Rasulullah SAW.
Baginda walaupun wafatnya tetapi hakikatnya terus hidup dan beribadat di dalam kubur masing2.
Ya Rasulullah........doakan segala yang terbaik untuk kami sekeluarga ya!
Kami bakal merinduimu...berada di sini rasa lenyap segala masalah dan hal keduniaan......T________T
Bas menuju ke Makkah al-Mukarramah. Perasaanku bercampur aduk anatara masam manis pahit dan kelat (^_^)
Kami bertolak ke Makkah jam 5 petang dan berhenti solat Maghrib kat R&R sekitar jam 7 malam.
Jam 7.27pm (waktu Saudi) bertolak ke Makkah al Mukarramah.
Mula2 tu planning malas nak pakai telekung since travel dengan anak2 kecik ni susah sikit tambah lagi Tebi masih lagi BF. Planning asal nak pakai tudung labuh je tapi since husband insisted jugak suruh pakai telekung saya ikutkan jelah. 
Beliau kan dah berpuluh kali ke sini tentulah beliau lebih tahu buruk baiknya.
Maybe jugak nasihat tu berdasarkan pengalaman dengan jemaah lain sebelum ni. Jadi saya akur saja dan ambil telekung dalam beg.
Telekung pun telekung pinjam...hehe.
Telekung Siti Khadijah yang saya pinjam mama punya memang best sesuai dengan harganya yang beratus ringgit itu. 


On the way ke Mekah, kami melalui kawasan elit (ala2 Bukit Bintang kalau kat Malaysia) kalau tak silap namanya As-Sultaniyyah (yeke ek..ingat2 lupa).
Macam2 butik dan kedai barangan branded ada di sini.
Kebanyakannya dari negara barat...hmm i wonder kenapa orang Arab pun sibuk2 nak agungkan jenama barat...
Antara penyumbang terbesar kekayaan barat sebenarnya orang2 Arab dan orang2 Islam sendiri.
Lepas tu dana tu digunakan untuk apa ye........? Lu pikirlah sendiri (^_^)

SUBWAY
Brand Malaysia pun ada lah: BONIA
Starbucks pun ada? hemmmm....*musykil*
NEXT
Kami singgah bermiqat di Bir Ali, malangnya wudhuk saya terbatal akibat tersentuh encik suami..adeii....satu hal nak p ambik wudhuk balik dahle bukan main ramai manusia queue nak masuk toilet.

Sabar....ini ujian kecik je ni, saya ingatkan diri.
Wifaq dah mula kelaparan. Pisang pun pisangla mama.....(^_^). 1st time pakai ihram sampai terkeluar2 kepala lutut hehehe
Perjalanan masih jauh. Mula2 riuh makin lama makin sunyi...
Perjalanan ke Makkah ambil masa 7 jam menaiki bas (tapi rasanya 5 jam kami dah sampai Makkah).
Baru kali inilah saya dapat menyaksikan encik suami bertugas menguruskan para jemaah yang bermacam ragam.
Memang kena sabar tahap gaban (kalau saya boleh tak eh?)
Ini baru umrah....kalau musim haji tak boleh nak imagine macam mana beliau melayan kerenah 400-600 jemaah dalam satu masa.
(FYI, encik suami saya bertugas sebagai Hajj Operation Manager bagi syarikat  milik ayahanda mertua saya, Yaskin Travel and Tours setiap tahun).

What can I say, nak bekerja begini memang memerlukan kesabaran yang super duper tinggi.
Patut le encik suami saya selalu cool di rumah.
Melayan kerenah 3 anak plus seorang isteri apalah sangat berbanding melayan kerenah beratus jemaah.  
Ada yang sangat toleransi, sabar....tak kurang jugak yang cerewet, sombong...dan macam2 perangai lagi.

Sepanjang perjalanan takde apa yang nak dilihat.
Cuma pemandangan padang pasir yang tandus...berdebu...dan sesekali ternampak bukit dan ladang unta.
Terfikir saya bagaimana Rasulullah SAW berhijrah dengan para sahabat menaiki unta....dalam keadaan panas dan kering ini. 
Sementelah jarak dari Makkah ke Madinah bukanlah dekat.
Jauh lagi Makkah~beratus2 kilometer lagi...beginilah dahulu Rasulullah SAW berhijrah dengan  menaiki unta dan berjalan kaki bersama para sahabat (insaf)
Kenapa eh tulisan selawat kat signboard tu nampak bercahaya...
Wifaq kata: "Ma, jalannya kosong....takde apa2...". Ye memanglah begini keadaannya bumi tempat lahirnya Islam.
Lahir di tempat yang kering, tandus dan tidak berpenghuni tetapi berkembang luas ke seluruh pelusuk dunia.
Ada hikmahnya Allah SWT memilih tempat ini sebagai tapak munculnya cahaya bagi seluruh alam
(tiba2 terbayang montage Al Quran The New Dawn yang melodinya sangat menyentuh hati............. )
Dah rupa pakai towel dah...
Semoga jadi anak soleh, berjaya dunia akhirat. Dan ahli ibadah juga. amin.
Sambil2 baca buku doa dan zikir....Tebi pun tumpang baca sama
Dah boring la tu...
Kesian juga tengok Wifaq pakai ihram. Itupun dah pakai yang saiz kecik (ihsan pemberian Atuk Andak). Kadang2 hampir terburai tapi kagum tengok semangatnya yang nak jugak berihram.
Mungkin sebab tengok orang lain semuanya pakai ihram, dia pun excited.
Anak teruna saya ni kalau bab2 ni memang dia excited nak cuba.
Bila lapar, anak2 saya makan pisang yang ditapau dari hotel tadi.

Jam 7 pm kami singgah solat Maghrib dekat mana ntah.
Tapi............agak sedih bila melihat keadaan RnR di sini....dhaif, kotor, berpasir...sampai tempat solat pun penuh pasir...but still, alhamdulillah masih ada air....kenapa ye govt Arab Saudi tak ambik berat perkara ni. Berjuta orang luar datang untuk bersolat di tempat macam ini....
Negara Islam sepatutnya jauh lebih bersih dan selesa...
Para jemaah encik suami yang ramah mesra semuanya dan rajin buat lawak juga
Sepanjang perjalanan tak boleh nak tidur dek kerana lenguh tangan memangku Tebi. Rihaab pulak tdo kat seat sebelah.
Kaki pun dah mula crammed sebab tak tau nak sangkut kat mana.
Saya ni kecik, jadi bila naik bas selalu erba salah~nak juntai kaki ke lantai tak sampai. Nak sangkut kat dinding jadi lenguh...huhu

Sepanjang perjalanan, ada jugak jemaah yang hulur2 makanan termasuk cekedis.
Berderau darah saya bila Ustaz Mat hulur kat anak2 saya.
Mujur husband saya cepat2 jawab: "Budak2 ni tak makan benda2 ni...".
Phew legaaaa..........saya memang jaga sangat pemakanan anak2 and junk food is a BIG NO NO.
Tapi saya tengok orang Arab ni makanan dan minuman ringan bersepah2 sana sini. Cheetoz...Pepsi....etc
Mungkin depa fikir nampak high class makan benda2 camni...tapi hakikatnya orang Barat sendiri dah mula menjauhi makanan2 tak sihat ni.
Inilah jadinya bila kemajuan tak seiring dengan pengetahuan dan pendidikan. 

Bila dah nak dekat dengan Makkah al Mukarramah, jalan mula sesak. Hon pun semakin bingit tak macam kat Madinah.
Perasaan waktu ni bercampur baur...tanyalah sape2 yang 1st time nak sampai Makkah.
Waktu ni jam 10 malam.
Huu cerah dan meriah betul kota Makkah..nampak menara jam dari jauh lagi...nampak Masjidil Haram...Ya Allah nak nangis.....tapi belum nampak Kaabah. Yelah Kaabah kan kat tengah2....tak boleh nampak dari jalan.

Husband minta driver bas turunkan jemaah yang kat Hotel Al~Saraya Iman dulu tapi driver dah tersilap paham dan dah tersalah masuk jalan.
Marah2 pulak driver ni....jadi kami turun dulu kat Hotel Al-Wafi Jadid. 
Yang duduk Hotel Al~Saraya Iman tu yang ambik pakej mahal sikit dan hotel lebih dekat dengan Masjidil Haram.
Tapi dekat2 pun 300 meter jugak jalan kaki. Lani takde dah hotel yang betul2 dekat kecuali hotel yang harga ribu riban tu.

Jalan naik ke hotel kami agak berbukit jadi terpaksa upah orang2 Yaman angkutkan beg. 
Kesian jugak tengok depa kerah sepenuh tenaga angkut beg2 kami yang berat...sampai senget2 badan depa pikul beg2, tapi dah camtu cara diorang cari rezeki...
Pendek kata di Makkah ni, asal ada kudrat dan usaha untuk bekerja, Insya Allah ada rezeki dan boleh teruskan kehidupan.
Takkan ada orang mati kebuluran di sini, Insya Allah.
Paling2 kalau takde duit sangat nak beli air...ada ir zam-zam free yang Allah SWT bagi untuk umat Islam dan mengalir sepanjang tahun.
Ajaib kan? Maha Suci Allah untuk bumi penuh barakah ini.

Hotel al Wafi ni agak ke belakang sikit dan kena mendaki bukit. Mula2 dalam hati cuak jugak camne nak ke Masjid sorang2 kalau ada budak2 ni...hotel ni taklah dekat sangat...Ya Allah permudahkan semua urusanku sepanjang di sini.
Bila sampai di Makkah, janganlah kita duk mengeluh dan komplen itu ini. Apa jua yang Allah takdirkan untuk kita, terima dengan redha dan lapang dada.
Inilah tempat terbaik untuk mentarbiyah diri jadi manusia yang lebih baik...and nowhere else in this world, believe me!

Lama jugak nak tunggu check in sementara menunggu encik suami bertekak dulu dengan pekerja2 Yaman tu.
Puncanya rate upah angkut beg. Mula2 depa kata asyara riyal (10 riyal), dah sampai atas lain pulak....
Kagum jugak saya tengok encik suami bergaduh cakap Arab, sampai puak2 Yaman tu terdiam.
Selama ni tak pernah tengok cik abang gaduh dengan sape2 pun apatah lagi meninggikan suara dengan saya dan anak2
Dalam hati: "Terer jugak husband aku ni gaduh dalam bahasa Arab pulak lagi tu...".
Dengan Arab ni kadang2 kena pandai gaduh sikit kalau tak habis la kita kena ketuk.

Bilik kami level 101 dan bilik kak Nur level 201. Tak dapat sama level sob sob.
Sebenarnya dalam hati ni cuak memikirkan sesuatu...macam mana nak pergi tawaf malam ni eh? Rihaab dan Tebi tidur ni...Ya Allah bantulah hambaMu ini.
Takkan nak berihram sampai esok pagi...huhu

Sekali tu...terus je Allah SWT selesaikan masalah dan kerisauan saya
Encik suami beritahum adik ipar saya Khairudin dah datang dengan anak sulungnya Faris dan diorang akan tengok2kan anak2 saya sementara saya pergi selesaikan umrah pertama. 

Ya Allah! Syukur..............dah banyak Kau bantu dan permudahkan urusanku.
Banyak sangat2...tak terkata...

Maka pergilah saya menuju ke Masjidil Haram buat pertama kali dengan membawa anak teruna saya si Wifaq. (ketika ini umur Wifaq 5 tahun 2 bulan)
Jam menunjukkan pukul 12 malam.
Kami jalan kaki ke masjid sama2 dengan jemaah Yaskin yang lain. 
Makcik2 dan Pakcik2 semuanya, dan ada sorang kanak2 nama Amirul dalam 10-11 tahun gitu yang jadi kawan Wifaq sepanjang berada di bumi Saudi ni.
Langkah kali pertama menuju Masjidil Haram. Masa ni asik terbayang2 (dan excited tak boleh nak cakap) macam mana rupa Kaabah bila tengok live? sikit lagi...sikit lagi...kat sana tu Kaabah...(^_^)

Sebelum pergi, husband bagi taklimat sikit dan minta para jemaah cam betul2 jalan kembali ke hotel sebab kerap berlaku warga emas tersesat waktu nak kembali ke hotel.
Makkah agak panas tak macam Madinah.
Kain ihram Wifaq saya tengok dah nak terburai setelah beberapa jam...kesian pulak tengok...

Sebaik je mata ni menatap Kaabah..........huuuuuu speechless....tak tau nak cakap camne perasaan...walau hanya binaan kotak hitam 4 segi, tapi macam ada tarikan untuk kita terus menatapnya...lagi2 di waktu malam, sangat cantik dilimpahi cahaya lampu...

Di sekeliling Kaabah, masih ramai orang bertawaf. takde tanda2 akan surut pun. Ada yang bersolat...ada yang duduk saja menatap Kaabah...macam2 ragam manusia.
Alhamdulillah. Selesai tawaf 7 pusingan kali pertama....(^_^)
Siang atau malam sama je keadaannya.

Waktu bertawaf, saya pegang kak Nur, Kak Nur pegang Abg Mi.
Wifaq tawaf dengan Baba sambil pegang buku doa
Syukur sangat anakanda saya dah boleh membaca kalimah2 Arab dengan baik jadi dia dah boleh hayati sikit2 ibadah tawaf ni.

Itupun sepanjang tawaf ramai la pulak orang nak snap gambar Wifaq pakai ihram.
Ada yang sanggup berpatah balik semata2 nak snap gambar. kelakar betul. sah ke tidak la tawaf tu siap patah2 balik....macam2...
Alhamdulillah selesai juga tawaf pertama Wifaq. Mama so proud of you, son.  Walau letih digagahkan juga habiskan 7 pusingan sambil baca doa2 dalam buku doa.
Selesai je tawaf 7 pusingan, dapat solat sunat kat depan Multazam. Alhamdulillah.
Itupun sebab Kak Nur banyak ajar itu dan ini. Kak Nur dah pernah menunaikan haji pada 2008.
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami teman musafir yang baik.
Kalau nak tahu seseorang insan itu benar2 baik atau tidak, cubalah bermusafir dengannya.
Kadang2 manusia nampak baik di luar, tapi waktu bermusafir barulah kita nampak belangnya yang sebenar.
Semoga Allah SWT juga jadikan saya teman musafir yang baik buat orang lain, Insya Allah.

Entah kenapa dalam hati ni tak putus2 berdoa agar semua ibadah diterima. Kadang2 kita rasa kita buat dah betul, tapi mungkin ada kot celah2 mana yang kita tersilap yang buat ibadah kita jadi cacat....tak boleh over confident sebab kita datang sini bukan berbelanja seringgit dua...tapi beribu2 RM....
As in my case, saya datang fully sponsored by husband lagilah kena ibadah betul2.
Kena betul2 jadi hamba yang bersyukur sebab Allah SWT dah sampaikan hajat saya nak jejak kaki ke bumi Haramain walaupun dalam keadaan saya tidak miliki wang simpanan yang mencukupi.
Maka nikmat Allah SWT yang mana lagi yang mahu saya dustakan? (Ibrah dari Surah Ar-Rahman)

Depan Multazam saya berdoa sebanyak2nya. Segala hajat dan keinginan dilampiaskan di sini.
Waktu ni macam tak percaya tengah menjejak kaki di dataran Kaabah.
Tempat yang juga pernah dijejak oleh baginda Rasulullah SWT kekasih Allah.


Lepas solat, sambil minum air zam2 duduk kejap tengok Kaabah lepas tu pergi Saie.
Kagum tengok Wifaq boleh habiskan saie 7 pusingan. 
Sepanjang saie dapat gula2, cekelat...air kotak oren....macam2 la...
Ada sekali tu, ada orang berlari2 ke arah kami ingatkan kenapa rupanya nak bagi air kotak dekat Wifaq.

Masuk round ke-5, Wifaq mula nampak letih dan mengadu kaki penat tapi masih bersemangat nak habiskan jugak 7 pusingan.
Tapi  jauh di sudut hati saya rasa tak sempurna je saie ni tak tau kenapa...next time azam nak buat lagi khusyuk dan bersungguh....
Saya tengok ada jugak yang saie sambil berjalan semata2 tanpa baca apa2 zikir.
Memang tak salah tapi rugi yang teramat sangat.

Akhirnya kami selesai mengerjakan umrah jam 3 pagi. 
Alhamdulillah. Umrah pertama saya. Umrah pertama Wifaq ketika berusia 5 tahun (^_^)
Balik hotel naik teksi sebab kaki dah lenguh. Silap saya tak pakai stokin yang tebal sikit.
Saya tengok ada jemaah, Kak Ni namanya, siap bawak selapis lagi stokin tebal khas untuk bertawaf dan bersaie. New lesson for me though.
 
Sampai je hotel, Khairudin kata ada jugak Rihaab terbangun mintak susu tapi tak nangis pun.  Rihaab ni kadang2 kalau terjaga dan tengok mama takde mulalah dia. Tebi pun alhamdulillah tidur lena.
Alhamdulillah...Allah SWT dah susun segalanya dengan baik. 
Kisahnya, bertahun2 Khairudin (adik ipar suami) tak pernah balik Malaysia, tiba2 sebulan lepas beliau balik dan bermalam di rumah kami. Jadi secara tak langsung, anak2 saya yang tak kenal Khairudin jadi kenal dan mesra....memang Allah nak mudahkan urusan umrah kami...

Tiada kata lain melainkan syukur!!! (^_^)

Alhamdulillah.
Selesai umrah pertama..............

pssst.......: Nanti saya sambung lagi dalam entry seterusnya ye! Terima kasih sudi baca.

Sunday, April 15, 2012

Umrah With Kids~Part 4: Ziarah Madinah

Day 4: 20 Februari, Isnin (Day 3 @ Madinah)

Dahpun masuk hari ke3 di Madinah Kota Yang Bercahaya.

Husband kata plan harini nak pergi ziarah sekitar kota Madinah. Berkumpul di perkarangan hotel jam 7 pagi lepas breakfast.

Breakfast menu Melayu.

Pagi di Madinah. View from dining area. Nampak sangat aku ni ke sana ke mari duk angkut DSLR.
Namun faham-faham sajalah kami dengan anak kecil 3 orang ni...lepas breakfast turun balik ke bilik untuk ambil 'bekalan'.
Segala makanan, minuman dan diapers nak kena angkut juga.
Alang2 dah masuk bilik...ada lah yg ambik kesempatan masuk toilet dulu.
Waktu husband dalam toilet...pintu kami diketuk orang.
Rupanya kenalan en.suami berbangsa Arab yang in charge bahagian pengangkutan datang bagitau bas dah sampai...


Saya faham dengan baik kata-kata beliau..bererti bahasa Arab saya masih OK.
Tapi yang jadi masalah time nak reply....lambat dan tersangkut-sangkut
Rasa nak hantuk kepala kat dinding sebab rasa kesal sangat ilmu yang pernah dimiliki makin pudar disebabkan jarang diamalkan.........rugi kan?
Belajar bahasa Arab dari sekolah rendah kemudian di sekolah menengah dan masuk Universiti pun even ambik Law still terpaksa mengadap kitab2 Arab macam Fiqhul Islami Wa Adillatuh....
Tapi akhirnya...en.suami yg waktu di UIA ambil Engineering (langsung tak ada kena mengena dengan bahasa Arab) lebih fasih bertutur daripada saya...

Geram!
I have to do something to gilap balik my Arabic speaking ability.

Sementara tunggu bas depan hotel, saya tengok ada satu bas dah penuh dgn jemaah dari Turki. 
Yang kelakarnya...tapi ada satu makcik sanggup turun balik semata-mata nak ambik gambar anakanak saya
Agaknya lama dah orang2 dalam bas tu perati gelagat kami kat depan hotel tu especially anak2 saya yang macam2 kerenahnya.
Maybe sebab nampak kiut je tengok si Wifaq  berjubah berkupiah berblazer...dan anak dara dua org tu bertudung.
Lagipun tudung awning Malaysia kan stylo compared to Turki punya design.

Deretan bas jemaah Turki

Tok Mi dan Mak Tok pun duduk depan jugak..senang nak ambik gambar

Mak Tok duk layan budak2. Tengok tudung Tebi jadi besar sebab dh ada topi kt dalam dia nak pakai tudung kt luar

Kids with Tok Mi dan Mak Tok..jiran merangkap travel partner :)
Apa-apalah janji aku kenyang!

Thursday, April 12, 2012

UMRAH Backpack Part III ~ Madinah al Munawwarah


Day 3: 19 Februari, Ahad

Hari ini adalah hari ke 3 kami meninggalkan tanah air...juga merupakan hari ke 2 kami di Madinah. Alhamdulillah saya diberi kekuatan dan kesihatan untuk memulakan rutin ibadah seawal pagi di Masjidil Haram. 

Saya bangkit tidur seawal jam 4 pagi ketika suami dan anak-anak masih lena dibuai mimpi. Sejak semalam saya mohon pada suami, kali ini izinkan dan berilah saya peluang untuk fokus kepada hal-hal ibadah. Beliau sudah berpuluh kali datang ke bumi Haramain malah ada kalanya 4-5 kali dalam setahun. Jadi kali ini berilah peluang untuk isterinya pula untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala di sini. 

Walaupun alat hawa dingin sudah dimatikan, kedinginan di luar tetap terasa di dalam kamar kami. Sebetulnya musim dingin masih belum berakhir. Saya anak Malaysia sejati. Tidak selesa jika memulakan rutin harian tanpa mandi. Jam 4.30 turun keluar ke lobi hotel dan menanti Kak Nursiah di situ. Sebelum melangkah keluar saya beritahu suami yang saya nak ke masjid...beliau angguk dan menyambung tidur. Saya kurang pasti jam berapa suami tidur semalam memandangkan ada jemaah yang baru tiba jam 3 pagi.

Inilah langkahan kaki yang pertama menuju Masjid Nabawi.
Saya akan ingat saat ini sampai bila-bila.

Gambar ini diambil dari hadapan pintu hotel Elaf Taiba...sebelum melangkah ambil gambar dulu :)

Indahnya suasana apabila di kedinginan sepertiga malam ini ramai umat manusia berpusu-pusu melangkah kaki ke masjid.
Semuanya menuju arah yang sama...dengan tujuan yang sama.
Beruntungnya saya menjadi salah seorang umat Muhammad dan beragama Islam..dan berpeluang melalui pengalaman indah ini.


Subuh di Masjid Nabawi....sangat dingin...semua orang berpusu2 untuk menyembah Allah yang Esa...

Alhamdulillah anak dara saya, Rihaab (3 tahun) tak menangis ketika dibangunkan untuk ke Masjid...
Tiang-tiang Masjidil Haram yang bercahaya-cahaya...serta ukiran-ukiran indah di dinding-dinding masjid bagai menyambut kehadiran saya dan beribu orang lagi untuk sama-sama beribadat di dalamnya.
Merebut peluang mengaut ganjaran pahala yang sangat banyak...beratus ribu kali ganda berbanding ibadat di tanah air sendiri.

Subuh di Madinah sangat dingin. Saya hanya memakai jubah nipis tanpa baju panas. Sambil berjalan saya berbual-bual dengan Kak Nur yang sudah kali kedua ke sini.
Alhamdulillah ruang solat di dalam masih kosong jadi dapatlah kami masuk ke dalam.
Seperti biasa ada yang memeriksa beg di pintu-pintu masuk.
Dapatlah saya menunaikan beberapa solat sunat sementara menanti masuknya waktu Subuh...serta mengira-ngira bilakah saya akan ke Raudhah.
Subuh masuk lebih kurang jam 5 pagi.

Mesti ada yg hairan tengah solat boleh ambil gambar? Sebenarnya waktu ini para jemaah sedang solat jenazah...saya tidak menyertainya sebab dah terbatal wudhu'...huhu

Usai solat Subuh

Usai solat Subuh, saya lihat anak-anak saya Wifaq, Rihaab dan Nehal semuanya ada di lobi hotel sedang bermain-main.
Rupanya suami berjaya membangunkan mereka awal pagi dan membawa mereka solat di masjid.
Anak-anak nampak gembira betul. Nampak saya dari jauh mereka mula melompat-lompat.
Lega hati saya kerana pada mulanya terasa bersalah juga  meninggalkan anak-anak dengan suami.
Nampaknya beliau dapat handle anak-anak dengan baik sekali!
Alhamdulillah...

Kata suami, membawa budak-budak ni ke masjid serupa macam bawa artis.
Setiap beberapa langkah terpaksa berhenti kerana ada saja yang menegur dan ambil peluang mencium kanak-kanak ini.
Ada juga yang mahu bergambar.
Ada yang beri coklat, gula-gula, biskut dan air kotak.
Terutamanya jemaah dari Turki yang banyak sungguh stok biskut dan gula-gula dalam beg mereka.
Saya dapat rasakan aura kebahagiaan buat setiap orang di bumi Haramain ini.
Semua orang di sini berada dalam mood yang baik...dan sangat gembira melihat kanak-kanak di bawa bersama ke bumi yang mulia ini.

Saya lihat anak-anak lengkap berbaju sejuk walaupun hanya yang nipis. Mujur suami jumpa di mana saya simpan baju sejuk anak-anak.
Terasa menyesal juga tak bawa baju-baju tebal anak-anak yang saya tinggalkan di rumah.
Baju-baju musim dingin yang kami guna di Korea tahun lepas masih elok dan masih muat.
Alasan utama mengapa saya tinggalkan ialah..barang kami sudah terlalu banyak dan tiada ruang untuk pakaian tebal.

Suhu di Madinah berangin. Terasa sangat kulit muka dan tangan mengering secara melampau. Pedih dan tangan saya mula pecah-pecah serta mengeluarkan darah.
Tahun lepas di Korea pun saya mengalami masalah sama.
Saya ini nama je lahir di luar negara pada musim dingin..tapi lebih sesuai dengan udara Malaysia yang panas dan lembam lembap.

On the way to the breakfast room. Kebetulan bersebelahan dengan ruang makan jemaah Hizmet Turizm dari Turki...depa ni suka tengok kanak2 kot...berebut nak ambik gambar le pulak
Lepas sarapan pagi, kami berehat di bilik hotel saja. Keletihan semalam masih bersisa. Hari ni kami mahu mengumpul tenaga untuk aktiviti seterusnya.
Jam 11 pagi saya dan Kak Nur dahpun melangkah ke Masjid Nabawi.
Sementara menanti waktu Zohor, saya dan Kak Nur merancang untuk cuba masuk ke Raudhah selepas solat Zohor.
Kak Nur lebih expert, saya hanya menurut disebabkan ini pengalaman pertama saya di sini...jadi perlu merujuk yang lebih pakar.

Bertempur di Raudhah

Sebaik selesai solat Zohor, kami melangkah masuk ke dalam masjid menuju ke Raudhah.
Dalam hati tak putus-putus berdoa agar urusan kami dipermudahkan hari ini.
Kami datang dari jauh...dengan niat yang baik. Maka permudahkanlah Ya Allah.
Alhamdulillah nampaknya doa saya pantas terjawab.

Biasanya, jemaah yang mahu masuk ke Raudhah akan dikumpulkan mengikut negara.
Orang Malaysia biasanya akan disekalikan dengan jemaah dari Indonesia dan Brunei.
Dan kebiasaannya jemaah dari negara-negara seperti Turki, Iran dan negara Timur Tengah yang lain akan diberi peluang terlebih dahulu.
Namun nak jadi rezeki kami...belum beberapa minit kami duduk, jemaah Asia Tenggara dipanggil dahulu.
Tak tunggu lama, kami terus bangun dan berjalan pantas menuju Raudhah.

Raudhah~tempat himpun segala doa dan Insya Allah doa2 akan termakbul dengan izin Allah. Gambar ihsan google pic. Jemaah wanita tak dibenarkan masuk ke dalam namun masih boleh berdoa dan bersolat di kawasan Raudhah.



Makam Rasulullah SAW. (Gambar ihsan Google images)
Makam Rasulullah SAW. Sesungguhnya para Nabi dan wali tidaklah mati tetapi terus beribadat kepada Allah di dalam kubur2 mereka (gambar ihsan Google images)
Jemaah agak ramai dan sedikit berasak-asak. Tetapi masih OK selagi jemaah Turki belum masuk.
Lama kami berdiri sebaik masuk ke kawasan Raudhah.
Seperti yang semua orang sedia maklum, kawasan Raudhah ini kecil sahaja namun di sinilah antara tempat mustajab untuk berdoa.
Terharu...apabila mengenangkan di sinilah Rasulullah pernah berlegar-legar, bersolat dan melakukan aktiviti harian baginda.
Tempat ini penuh barakah.
Di sebelah kiri terdapat makam Rasulullah...ya! Di situlah jasad baginda bersemadi.
Mungkin juga baginda sedih memerhatikan umatnya yang kurang berdisiplin hingga sanggup menganiaya orang lain semata-mata untuk masuk ke Raudhah.

Pernah satu ketika dahulu ada pihak yang cuba mencuri mayat baginda Rasulullah namun gagal dengan kuasa Allah SWT.
Mungkin si pelaku menyangka jasad Rasulullah sama seperti Firaun yang rangkanya boleh dipindah-pindah sesuka hati.

Sepanjang berada di Raudhah yang merupakan salah satu taman syurga ini, berbakul-bakul doa saya panjatkan hinggakan apa saja, dan sesiapa saja yang terlintas di fikiran akan saya doakan.
Di sinilah segala doa akan menjadi mustajab dan diperkenankan Allah SWT.
Maka berdoalah sebanyak-banyaknya...
Inilah istimewanya bumi Haramain..hinggakan dalam keadaan merangkak-rangkak pun manusia sanggup datang ke sini.

Saya perhatikan masih ada juga yang percaya dengan perkara khurafat seperti menyapu-nyapu kain ke tiang-tiang yang terdapat di sini.
Kawasan Raudhah sebenarnya sempit sahaja beberapa meter antara mimbar dan rumah Rasulullah.
Ia ditandakan dengan karpet berwarna hijau lumut.
Jika tidak dapat sangat solat di sini, berdoalah sebanyak-banyaknya.

Sebaik saja berjaya memasuki kawasan Raudhah, kami berdiri agak lama di situ bagi mencari sedikit ruang untuk menunaikan solat sunat. Rupanya tindakan kami berdiri lama itu disalah ertikan oleh mereka yang bersolat di belakang kami sebagai...menjaga mereka ketika mereka sedang bersolat.
Sekali lagi, syukur alhamdulillah.
Sebaik usai solat, orang di belakang kami itu dengan pantas memanggil kami untuk masuk ke ruang yang mereka solat tadi.
Saya mengangguk dan mengucapkan "Syukran".
Agak lama juga kami duduk memohon doa sebaik selesai solat seolah-olah tiada orang lain yang nampak kami duduk berlama-lama di situ.

Semakin lama, keadaan semakin sesak.
Saya pernah terbaca dalam satu blog mengenai pengalaman mereka yang pernah memasuki Raudhah sebelum ini...apabila pintu Raudhah dibuka untuk jemaah wanita...maka akan kedengaranlah satu bunyi seperti 'stampede' seolah-olah bunyi gajah atau lembu (atau mana-mana haiwan bersaiz besar) dilepaskan dari kandang...
Tersenyum saya sebaik terdengar bunyi itu.
Tetapi bunyi tersebut sebenarnya hanya kedengaran apabila jemaah2 dari Turki, Algeria dan seangkatan dengannya merempuh masuk...

Sebaik saja mereka masuk, terasa keadaan makin sesak dan rempuhan dari belakang.
Saya peluk Kak Nur sekuat hati...sementara Kak Nur sudah melekat pada sebatang tiang.
Yang lucunya, di tiang-tiang sudah ada tali diikatkan untuk kita berpaut saat dirempuh.
Nak ketawa pun ada mengenang kisah ini.
Selepas tiang sebelah kanan, kami bergerak sedikit-sedikit ke tiang sebelah kiri selari antara mimbar dan rumah Nabi.
Kami berdiri lama-lama di situ dan berdoa sebanyak-banyaknya...

Selepas berjaya keluar dari Raudhah, kami meneruskan iktikaf di masjid memandangkan sudah hampir waktu 'Asar. Waktu itu hampir jam 3 petang.
Sebenarnya perut kami sudah berkeroncong tapi saya tahankan juga dengan air zam-zam.
Lepas solat Asar, ada program lain pula iaitu Ziarah Dalaman Masjid Nabawi...nampaknya lepas 'Isyak lah baru saya dapat makan.

Gambar ihsan kamera Kak Nursiah Junid :)
Langit biru mamayungi Masjid Nabawi
Selesai Solat Asar, suami mengarahkan para jemaah berkumput di Car Park No. 8 berhampiran Dauratul Miah Lirrijal (Men's Toilet).
Ziarah Dalaman ini diketuai oleh Ustaz Muhammad Wado..atau digelar Ammu (pakcik) Mat oleh anak-anak saya.
Ust. Mat Wado merupakan staf Syarikat Pelancongan Yaskin di Makkah dan Madinah yang merupakan penduduk tetap kelahiran Makkah al Mukarramah dari etnik Patani.


Sementara menanti jemaah Yaskin Travel yang lain datang berkumpul untuk ziarah dalaman.

Dengar taklimat.
The Zuriats (macam nama kumpulan nasyid tak...hehe)




Syahdu rasanya apabila berdiri di hadapan kubah hijau itu. Ya. Kubah hijau yang amat saya rindui itu.

Assalamualaika Ya Rasulullah...
Ustaz Mat Wado mengetuai bacaan selawat dan kami ikut beramai-ramai.
Saya beritahu Wifaq, inilah Makam Rasul yang selalu dinyanyi-nyanyikan dalam lagu Panggilan Haji itu~"Masjidin Nabawi terletak makam Rasul...Taman Raudhah tempat himpun doa".
Sekarang Wifaq sudah tahu...apa itu Masjidin Nabawi, Makam Rasul dan Raudhah.
Kebetulan, sebelum menunaikan umrah pun anak-anak saya selalu mendengar CD Panggilan Haji dendangan kumpulan Hijjaz dalam kereta.
Jadi serba sedikit mereka sudah ada basic tentang tempat yang akan mereka kunjungi ini...terutamanya doa-doa ketika tawaf.
Wifaq yang paling hafal sekali doa-doa dan nasyid2 yang ada dalam album itu.

Di bawah kubah hijau terletak makam Rasulullah SAW

Ramai orang melepak di perkarangan masjid
Jemaah dari negara lain kalau boleh makan tidur di masjid taknak balik hotel
Kak Nur posing dekat dipsenser air zam-zam. Jauh diorang angkut air zam-zam dari Mekah untuk bagi jemaah di Madinah minum free. Terima kasih kerajaan Arab Saudi.

Sepanjang ziarah, kami ditegur oleh beberapa pekerja Masjid. "Malizia?". Kami angguk. Malaysia selalu mendapat reputasi yang baik di sini. Bangga rasanya jadi rakyat Malaysia (dalam sesetengah hal).
Kemudian kami ke Perkuburan Baqi'....sekali lagi perasaan sayu melanda entah datang dari mana.
Kubur di negara Arab tidaklah ditanda dengan batu nisan seperti di negara kita. Jadi kita tidak tahu yang mana satukah ahli keluarga kita sekiranya mereka ditakdirkan meninggal dunia di sini.
Namun...alangkah bertuahnya jika dapat mati di sini...tempat di mana syafaat Rasulullah sudah pasti buat kita.


Gambar ihsan mohamadazhan.com

Serta merta saya teringat peristiwa jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkap 10 hotel Al Haram, Madinah.
Suami ada tunjukkan pada saya yang mana satu hotelnya dan di mana arwah jatuh.
Arwah merupakan sepupu kepada teman baik saya.
Sewaktu arwah meninggal dunia, suami serta beberapa staf menyaksikan kejadian tersebut.
Tetapi apa yang tidak dilaporkan media Malaysia ialah...
Tubuh arwah jatuh tidak seperti manusia biasa. Ia jatuh dalam keadaan melayang-melayang seperti bulu ayam...dan jatuh mendarat dengan baik tanpa setitik darah pun.
Subhanallah Maha Suci Allah.
Yang pasti, arwah pergi di tempat yang mulia.
Nasib kita bagaimana pula?

Selesai ziarah dalaman, saya sudah lembik benar akibat tidak makan tengahari.
Jadi kami semua berjalan kaki (termasuk Kak Nur dan Abg Mi) pergi membeli Nasi Arab dan jus buah versi Arab yang sangat pekat lagi manis.
Waktu itu sudah hampir Maghrib.
Pergi ke kedai pertama, jualan sudah dihentikan. Kedai akan ditutup apabila tiba mastu solat.
Kami cepat-cepat ke kedai kedua dan suruh suami membelinya..kerana beliau lebih fasih berbahasa Arab berbanding saya...dan beliau boleh bertutur dengan cepat, itu yang paling penting.
Saya dan Kak Nur bersolat Maghrib di bilik saja hari ini...dan suami pula ke Masjid.

Pulang dari Masjid, suami bawa pulang bermacam-macam jenis aiskrim sebagai meraikan permintaan saya yang asyik meminta aiskrim sebaik tiba di bumi Saudi ini.

Sepatutnya selepas Isya', jemaah Yaskin akan dibawa secara rasmi oleh Ibu Ririn (salah seorang staf berbangsa Indonesia yang menetap di sini) masuk ke Raudhah.
Tetapi kerana keletihan, saya terlena sebaik selesai solat Isya'. 
Kempunan saya nak bertemu Ibu Ririn yang selalu disebut-sebut suami saya.
Kami dahpun membelikan oleh-oleh buat beliau dari Malaysia...dan suami mahu perkenalkan saya dengan beliau, namun belum rezeki hendak bertemu.


OK Samapai sini dulu. 
Tungu next entry OK?