Showing posts with label Of simple life. Show all posts
Showing posts with label Of simple life. Show all posts

Monday, September 23, 2013

TELEKUNG FEVER!

Assalamu'alaikum.

Ye. Dah lama saya tak update blog.

Rindu....tapi takde masa sesungguhnya.

Perjalanan study semakin tiba ke kemuncak tetapi semakin susah dan mencabar.

Tapi sekarang bukan masanya nak bercerita tentang itu semua.

Selagi belum sampai ke destinasi I'll just keep my mouth shut. Someday Insya Allah saya akan nukilkan semuanya...episod gembira, airmata, derita...semualah!

Saya sedang stress!

Jadi saya mahu fikir hal2 yang menggembirakan...yang penuh ceria dan warna warni.

Melayan stress takkan memberikan apa2.

Jadi....dalam 2-3 weeks ago...(selepas pulih dari kemalangan~~~kemalangan apa? Next time saya ceritakan....) saya bukan main gigih membeli atas talian (online shopping) beberapa pasang telekung colourful.

Walaupun saya masih belum punya kekuatan nak pakai telekung2 comel ni untuk solat secara berjemaah....tapi saya tak dapat menahan diri untuk memiliki koleksi2 super cute ini.

Buat masa ini...saya guna untuk solat sorang2 dululah..sebab risau tumpuan jemaah lain terganggu dek warna2nya yang comel like candycrush!!!

Berikut adalah beberapa online shop yang saya terjah untuk membeli telekung...untuk diri sendiri...untuk emak....dan untuk sesiapa yang saya rasa mahu hadiahkan.

Mia Mikhail Collections
Mia Mikhail Collections menawarkan telekung yang warna2nya sangat yummy....sampai rasa nak makan (>_<). 

FB: Telekung Lycra
Bought this one Telekung Rainbow for myself (tapi yang saya punya tiada dalam gambar....pinky and greenish!) Sangat cute warna2 rainbownya......
Rafeesha and Basic Collection by Bella Ammara
Yang ni tak dan nak beli sebab dah already sold out. Saya suka sangat yang pink hijau itu!

Telekung Kareema by Salsabeela Muslimah Attire

Yang ni saya beli untuk emak, yang kaler Grey Teal itu.

Rupanya telekung pun berevolusi KL Drift.....
Semuanya comel2 dan membuatkan kita feel good bila berhadapan dengan Allah SWT.
Selama ni kita selalu pakai yang terbaik bila nak keluar rumah...apa salahnya spend sedikit duit untuk yang terbaik tatkala mengadap Pencipta.
Sesungguhnya Allah SWT itu indah dan menyukai pula yang indah2!!!
Keindahan yang kita lihat di dunia hanya 1% saja dari keindahan syurga milik Allah SWT.....

Cuma...on my part....macam saya cakap tadi~belum punya kekuatan nak pakai di khalayak umum sebab comel sangat takut jemaah lain tak khusyuk solat duk tengok telekung kita....(^_^)

Unless...semua orang pakai telekung comel macam ni barulah tak rasa awkward!!!

Sekian wassalam!

Thursday, May 2, 2013

Mari Berpesta di Pesta Buku: KLIBF 2013

KLIBF Datang Lagiiiiiiiiiiiiiii!!!! (baca macam nada Tora Datang Lagi...eh ada lagi ke iklan ni sekarang eh)

Alhamdulillah...panjang lagi umur saya nak jejak kaki ke KLIBF 2013 tahun ini. Tiap2 tahun pergi...tak pernah miss...

Bezanya tahun ni macam terlebih poyo sebab pergi hari pertama. Dahla hari pertama, petang lepas Jumaat...sampai pun dah Asar. Lepas Asarlah baru dapat berjalan2 tengok booth.

Rasanya location booth tetiap tahun hampir sama je. Dah boleh agak dah Karangkraf kat mana...PTS kat mana...Ana Muslim kat mana. 


Amboi mentang2 tengah PRU13 fever....:P

Ini semua booth yang memang wajib terjah saban tahun. Kalau pergi KLIBF tak pergi 3 booth ni...seolah2 macam...pergi buat umrah dan haji tapi tak tawaf keliling Kaabah...

Kira macam, 3 booth ni rukun kepada aktiviti melawat KLIBF. Eh pada saya lah ye...tapi tidaklah saya kata pergi KLIBF ni akitviti ibadah. Tapi, ye...boleh bernilai ibadah kalau diniatkan menambah ilmu (^_^)

Tahun ni ke KLIBF buat pertama kali bawak si anak teruna. Dah janji dengan beliau, kalau dapat No.1 mama bawak pergi book fair boleh pilih buku sendiri.

Masa berjanji tu terlupa anak No.2, si kakak Rihaab pun dah boleh membaca. Jadinya...lepas re-consideration akhirnya bawak budak berdua ni. Si kecik Tebi tinggallah dengan Opah. Kesian Tebi. 

Tahun ni KLIBF berlangsung dari 26/4/13-5/5/2013 (5 May hari mengundi tulah...)

Saya beria nak gak pegi hari pertama sebab hari2 lain encik husband tersangat bizi. Daripada tak dapat pergi langsung, baik dapat gak pergi walau sekejap.

Best jugak pergi first day...rileks je. Boleh memilih buku2 dengan waras. Kadang2 tu, buku tinggal 1-2 bijik, tengok orang pegang mulalah teragak2 nak ambik ke taknak. Silap2 beli sebab berebut dengan orang hehehehe.

First day tak ramai orang. Boleh berjalan dan bernapas dengan selesa. Seingat saya tiap2 tahun memang susah nak bergerak dek kerana ramainya manusia yang suka membaca di Malaysia ni (yeke?). Pastu macam2 bau ada....

Kalau bawak budak2 kecik peganglah betul2. Saya ingat lagi masa KLIBF last year, bawak Rihaab dan Tebi. Masa tu kat booth PTS. Ada sorang makcik yang ramah mesra duk senyum dan pesan kat kami: "Jaga anak2 tu elok2, orang ramai ni...".

"Insya Allaaaaahh". Jawab kami serentak. (*_^). Orang tua2 punya pesanan kena dengar dan ambil perhatian tahu.

Kat KLIBF nilah boleh jumpa wajah2 ulat2 buku di Malaysia. 

Kalau pergi booth novel memang boleh ketemu peminat fanatik penulis2 tertentu sampaikan diorang boleh tanya camni kat novelis pujaan diorang: 

"Kenapa karakter novel A macam ada kesinambungan dengan novel B?

atau 

"Bukan ke watak C dalam novel A tu pernah muncul dalam novel B?" (*haha akulah tu....)

Booth novel feveret saya: booth NB Kara (Norhayati Berahim) dan booth JS Adiwarna sebab sejak zaman muda remaja dah ikuti novel2 Kak Su (Noor Suraya). Karya dua orang insan ni memang memberi kesan pada saya.

Tahun ni bajet kecik sikitlah. Sebab baru beli mesin jahit kan. Tapi bajet kecik pun rat-rat jugakla habisnya.

Kalau dulu ke KLIBF fikir diri sendiri je. Tahun ni dah kena spend untuk anak2 pulak. Takkanlah mak je nak beli buku...anak2 tak payah kan.

Lagi2 ke booth Ana Musim, anak dara saya mestilah nak pencil caselah, nak baju lah, nak purse lah, nak note book lah. Pulak tu mesti beli dua. Pink untuk Rihaab, Purple untuk Nehal...mujur budak berdua ni kaler feveret dia lain2. *lap peluh*

Beli buku2 latihan untuk Wifaq. Tak boleh kita pilihkan. Mesti biar dia pilih sendiri. 
stop makan aiskrim kejap
Lepas tu time nak balik, sempat lagi singgah booth Synergy Media. Saya beli buku2 jahitan (eceh mentang2 la kau dh ada mesin jahit kan) dan Wifaq merayu2 nak beli buku: Teka Teki Geli Hati.

On the way balik, tak habis2lah dia memaksa kami menjawab teka teki. Balik rumah...tak kiralah mama dalam toilet ke, tengah sidai kain ke, tengah masak ke dipaksanya jugak jawab teka teki. Haruuu

Harap tahun depan dapat la ke KLIBF lagi. Kalau boleh nak pergi dengan cousin2 lagi macam dulu2.....huhu. Siap jadi cover magazine macam orang takde kerja.

Tiap2 tahun jugak dapat la diskaun cukai dek kerana buku2 ini...alhamdulillah.

Antara hasil rampasan tahun ini....


Dah start baca yang ni....sangat best!




Ustaz Hasrizal my feveret author, rumah beliau rupanya di kawasan yg sama dengan rumah saya

This one Mak Anjang kirim....tumpang baca dulu

My feveret author sejak zaman anak dara....sampai punya anak 3

Gambar penuh...


Antara hasil rampasan...
Buku anak dara saya..mentang2 la dah pandai membaca kan

Sekian, Insya Allah next year pergi lagi kalau panjang umur.

Thursday, April 4, 2013

..Kerana Sebiji Kuini

Salam alaik...Salam Jumaat.

Status hari ni saya copy je status yang saya post di wall facebook...disebabkan terlampau rajin....hikss



"Salam Jumaat (^_^)..

Ini buah kuini yang sedang berbuah lebat di depan rumah saya. Dah berpuluh orang jiran menegur betapa lebatnya buah ini...termasuklah pagi ini seorang Uncle berbangsa Cina menegur: "woaaaa you punya pokok sangat cantik...itu hari bunga lebat...".

"Uncle tau itu air zam2? Saya siram air zam2 sebab tu buahnya lebat..." (Jiran depan rumah pun ada tanam pokok sama tapi belum rezeki berbuah)

Uncle mencium sebiji buah. "Huiii banyak sedap oo bau dia".

Saya: "Takpe saya bungkuskan utk uncle..nanti dh masak saya hantar rumah uncle. Uncle duduk hujung sana kan?".

Uncle: "Aiya banyak terima kasih aaa....". Kemudian beliau tanya saya tak kerja ke? I said I am on study leave. Rupanya anak beliau pun tgh buat PhD tp sgt susah nak concentrate sbb bekerja dan ada anak kecil...believe me, I understand the situation.

#Nikmat perpaduan...nikmat keamanan...bukan setiap hari istimewa, tetapi carilah sesuatu yang istimewa dalam setiap hari. Perkara2 kecil pun bisa membuat kita bahagia jika kita pandai menghargainya.....(^_^)
— di Teratak buruk@home sweet home."

Sunday, March 17, 2013

MATTA FAIR 2013: Istanbul Aku Datang Tapi Tak Taulah Bila (^_^)

Salam alayk.

Cewah tajuk konon2 betul la jadi petugas MATTA FAIR 2013 kan.

Yang sebenarnya husband yang jadi petugas...bawak kami sambil berjalan2 jenguk booth orang lain.
Poyo sikit lah sebab pestaim jejak kaki....hihi

Honestly ni la first time saya jejak kaki ke MATTA FAIR sejak ia diadakan tah berapa belas kali dah di Malaysia. Entahlah sebelum ni tak terasa pun nak pergi. Sebab kalau nak travel mana2 encik husband boleh arrange...

This year, Yaskin buka booth under Tourism Kelantan. So nak taknak hanya boleh jual produk melancong ke Kelantan je. Kalau jual pakej lain boleh kene tindakan. Kesian kat husband sebab beliau dah print pamplet beribu keping nak kasi kat pengunjung.

Hari Sabtu petang baru ni, lepas selesai program Hari Keluarga untuk kawasan kejiranan kami, husband dah siap2 nak pergi bertugas jaga booth. Mula2 tak berhasrat pun nak ikut tapi rasa macam eh nak ikutlah saje2 nak jenguk2 pakej best2.........

Kebetulan anak2 pun dah segar baru bangun tidur. Jam 6 petang kami semua bertolak ke PWTC. Dah nak dekat sampai jammed dan takde parking pulak. Cepat2 saya suruh anak2 baca Ayat Kursi....ni petua saya kalau ke mana2 takde parking, lepas baca Ayat Kursi alhamdulillah dapat juga parking.

Disebabkan hari dah mula hujan...dan dah dekat Maghrib pula, kami cari juga parking bawah bangunan. Memang full. 2-3 kali pusing. Lepas tu...nampak 2 orang amoi tengah berjalan. Kami folow amoi berdua ni dari satu row ke satu row....selagi tak sampai kete diorang kami folow. Sampaikan amoi ni cuak sebab perasan kami folow diorang...

Kami dalam kereta dah pakat gelak sebab nampak jelas amoi berdua ni cuak. Hihihi...stalker yang amat ni...

Folow punya folow, rupanya kereta diorang row hujung dan last sekali. Kami pun berenti betul2 depan kereta diorang. Diorang pun gelak2 dalam kereta...kami pun gelak2 dalam kereta kami. Pastu sambil berbalas2 ketawa dan senyum...ngeheheh...parking punya pasal

Masuk2 punyalah ramai manusia. Terpaksa pegang betul2 bebudak ni. Sampai kat escalator Kakak dan Tebi buat hal. Si Kakak takut nak pijak escalator tapi pijak gak...yang tebi takut nak pijak dia stop...mama dgn kakak dah pijak escalator...nak tak nak tarik je tangan tebi...haru betul la..
Anak2 ajak bergambar kat ikan dan batu karang buatan
Malam makin ramai orang. Husband jaga booth kejap je lepas tu duk bawak kami merayau pergi Hall 3 & 4. banyaknya pakej....terjumpa satu pakej pergi Turkey yang murah berbanding booth lain. Ownernya memang orang Turkey yang sentiasa berulang alik Turkey-Malaysia. Mungkin sebab beliau punya company sendiri...so rate dia murah berbanding company lain.
Duk kat boothnya kejap je....merayau yang lebih
The staffs: Zali (Kuantan), husband (KL branch), yg baju hitam tak kenal...mungkin staf  Kuching branch, Muaz my adik ipar (KL branch)
Nak pergi Istanbul...sila contact akhi ini   (akhi=brother)
Okay. Sudah aim ini company....jeng jeng jeng...pakej dia menarik2 semuanya. Macam dia bawa ke tempat2 yang orang luar tah biasa pergi. Maybe sebab dia memang orang sana jadi pakej dia bawa ke tempat2 yg rare.....macam best ni...

The truth is husband dah pernah ke Turkey back in 2004 sebab tulah beliau macam tak terdesak nak bawak kami pulak. 

Istanbul Kami Datang Tapi Tak Taulah Bila... *tajuk filem sequel Istanbul Aku Datang...hohoho*

Masa kami jalan2 tu, Zali staf husband cawangan Kuantan ajak bawak anak2 bergambar kat buah2an yang disusun tinggi2. Aku risau sungguh la kalau2 anak2ku petik buah2 ni...lagi2 si Tebi yang memang tak boleh nampak pisang...silap2 dia petik dan makan tang tu jugak...

Masa nak bergambar kat situ, ada pasangan dari Yaman (the husband is doing PhD kat UPM).    Diorang approach kami sebab nak bergambar dengan Tebi. Malam ni is 'Tebis' Night'....because pegi mana2 sume orang tak kira bangsa duk dukung and usik2 Tebi....
Kids with 'Ammu' Zali from Yaskin Kuantan (Ammu=Uncle)

Ada Chinese lady tegur: "macam anak patunglah...". Tebi ni bila pakai tudung je macam anak patung, kalau tak pakai tudung tengok rambut kerinting dia macam rambut clown..kembang je...hihihi

Kami balik agak lewat. Sampai dah kene sound baru kami keluar tupun ramai orang lagi. 

Esoknya (Ahad) hanya Wifaq dan encik husband je pergi jaga booth.

Like father like son
Husband report orang suka booth kami sebab tengok ada budak kecik jadi tukang bagi pamplet...
Tukang kasi pamplet....suka la kau ye...
Belajar kene rajin., PR kena bagus...barulah balance...hohoho
Petugas termuda MATTA FAIR 2013 hehe...

Wifaq kalau takde mama memang supporting. Kalau ada mama dan adik2 je mulalah masalah...semua benda nak mama.

Lani jalan terbaik nak kurangkan manja biar dia banyak spend masa dengan baba dia sementara ada di tanah air...dan anak2 dara dengan mama kat rumah.
Mama dah pesan: habis jaga booth baba mesti kasi dia upah aiskrim. Kalau tak jangan harap next time dia nak ikut lagi....:P
Tiap2 tahun ke PWTC bulan April saje sebab ada KLIBF. Jom ke KLIBF next month.....(^_^)

Sekian.




Thursday, March 14, 2013

Thanks for Crossing My Path This Morning

The actual date is: friday, 15/3/2013

Salam alayk.

pic from personalexcellence.co

"The great lesson…is that the sacred in the ordinary, that it is to be found in one’s daily life, in one’s neighbors, friends, and family, in one’s back yard." 
Abraham Maslow 

Pagi ini sangat indah.

I am not the kind of person yang selalu sakit~demam, batuk, selsema. Seboleh mungkin I try to keep myself fit.

But lately...effect dari selalu duduk mengadap komputer, saya mula terasa sakit di bahagian belakang pinggang~lower back pain. 

Orang yang jarang sakit, sesekali sakit memang rasa down dan bad mood...rasa takde hati nak buat apa2 pun.

Doc ada bagi painkiller. But I don't believe in painkiller silap2 boleg rosak kidney. So say no to painkiller. 

This morning...lepas hantar anak ke sekolah, terasa macam nak singgah beli nasi lemak di gerai yang berdekatan rumah je. Tapi, tah kenapa I drove along the road dan menghala ke gerai yang sedikit jauh...

Sambil memberi alasan kepada diri konon2 nak ambil angin pagi sambil melihat orang lain berkejar2 nak ke pejabat...dan melalui satu jalan yang sangat saya suka kalau mahu mencari ketenangan dan mahu rileks.

On the way ke gerai nasi lemak itu, saya melalui jalan yang agak lengang dan dinaungi pokok2  besar yang menjadikan kawasan itu redup. 

Kadang2, saya akan bawa salah seorang anak ke sini...beli aiskrim dan makan dalam kereta yang diparking bawah pokok. And I'll tell them: "Jangan bagitau sesiapa...". hehe

Kadang2 dengan Wifaq, kadang2 dengan Rihaab. Nanti bila dah besar mesti akan bocor rahsia yang mama treat semua orang the same way.

"Dulu masa kecik2 mama selalu bawak abang Ipak makan aiskrim kat bawah pokok ni..." kata Wifaq (mak kau berangan).
"Eh kakak pun sama...". Kata Rihaab pulak.
Mesti kau orang perasan mama lebihkan kau orang padahal layanan mama sebenarnya sama je...
Nanti akan sampai giliran Tebi juga....

Sampai kat gerai nasi, orang belum ramai. Saya nampak Durian Crepe baru sampai. Terus terjah Durian Crepe since dah lama dah xmakan DC. 

Masa nak ambil tu, ada sorang pakcik yang peramah tanya: "Durian Crepe~apa ni?". saya pun dengan rajin mengexplain apa itu DC. Datang pulak sorang abang tanya jugak benda yang sama. Rupanya masih ada yang tak tahu apa itu DC ye....ingatkan kebanyakan orang dah jemu selepas DC fever melanda Malaysia penghujung tahun 2012...

Pastu...saya pun queue untuk dapatkan nasi. Saya minta nasi putih+puyuh goreng+kuah rendang ayam. Satu bungkus je pun.

Pakcik tadi berdiri sebelah saya. "Anak belum dapat nasi lagi?". I said: "Takpe saya punya satu je. Pakcik dululah sebab pakcik banyak....".
Pakcik: "Pakcik tak kerja...takpe...anak nak ke pejabat".
Saya: "Saya pun tak kerja...i mean, kerja tapi sekarang tak kerja".
Pakcik:"Wahh mesti bos...".
Saya: "Eh taklah...saya cuti belajar".
Pakcik:"Oh...buat master ye...".
Saya:"Taklah...atas sikit dari master...".
Pakcik:"Oh Phd....bidang apa..?"
Saya:"Law...".
Pakcik:"Wah....bagus bagus. Pakcik doakan awak berjaya dengan cemerlang ye...macam mana study ok ke? Boleh buat?"/
Saya: "Amin mudah2an. Setakat ni oklah pakcik...tapi biasalah dah ada anak2 kecik...payahlah sikit....".
Pakcik:"Yelah anak pakcik buat master kat UPM pun pening...sebab ada anak..."
Saya:"Anak pakcik perempuan ke?"/
Pakcik: "Lelaki..."
Saya:"Haaa kalau lelaki pun pening, yang perempuan lagilah pening pakcik....anak2 selalunya dengan emak....tapi it's ok. Itulah cabarannya kan...nak berjaya bukan senang".
pakcik: "Betul2....so pakcik doakan awak berjaya...nanti dah habis mesti jadi orang besar.."
Saya:"Terima kasih pakcik doakan saya..".

*Saya rasa perbualan ini didengari ramai orang sebab makin ramai orang menyerbu gerai. 

Tiba-tiba saya rasa bersemangat balik lepas berbual dengan pakcik tadi. Doa pakcik sangat saya hargai walaupun tak mengenali. I'm sure lepas ni kami akan berpapasan lagi sebab kawasan kami ni taklah besar sangat....

Now I do believe: bahawa setiap insan yang kita temui dalam hidup...melintasi 'jalan' hidup kita bukan secara sengaja tap bersebab. It's either for them to inspire us...or for us to inspire them...

terima kasih pakcik...(^_^)

Pakcik tak tahu sejauh mana kata2 baik pakcik boleh memberi kesan positif yang besar kepada kehidupan saya.

"Strange is our situation here on Earth. Each of us comes for a short visit, not knowing why, yet sometimes seeming to divine a purpose. From the standpoint of daily life, however, there is one thing we do know: that man is here for the sake of other men -- above all for those upon whose smiles and well-being our own happiness depends." 

Albert Einstein 


Tuesday, March 12, 2013

Dress My Nest...(*_^)

Salam Alayk.

Apa...kau orang ingat baju je ke boleh color blocking?


Buktinya setelah berjuta titik keringat saya, husband~and thank you Allah~ my cousin Khalil bertungkus lumus dalam kerja2 mengecat semula kediaman saya...akhirnya tercapai jugak impian nak rumah dengan konsep color blocking...weehu...puas hati

Pernah tak tengok rancangan home deco bertajuk Dress My Nest? Dulu selalu tengok kat NTV7. 
Rancangan ni dia akan ubahsuai rumah peserta mengikut style dan kecenderungan peserta dengan melihat apa yang diorang suka pada pakaian dan barang2 kesayangan diorang.
Contohnya corak, kaler dan embellishment pada baju...akan diadaptasi pada dinding rumah...

Saya pun terpengaruh la jugak dengan rancangan itu.
Yang mana...baju feveret saya berwarna pale pink and turquoise turut jadi inspirasi pada warna dinding rumah....

Lama dah sebenarnya memasang angan2 mat jenin nak memblockkan kaler di bahagian luar rumah ni tapi asik takde kesempatan je.

Encik bos pun asik outstesen sampai tak dapat nak cari tarikh sesuai nak mengecat rumah. Maka kekallah bahagian luar rumah buruk dan berlumut sejak 6 tahun lalu.

Meskipun buruk secara zahir, tapi dalam imaginasi saya rumah ini sangat cantik dengan konsep yang saya ingini....it doesn't matter what other people think, what matters most is what u think....demikianlah lamanya saya bersabar dengan imaginasi dan halusinasi tersebut...hihi

Entah kenapa sejak akhir2 ni nampak macam kehidupan kami sekeluarga agak stabil. Mungkin sebab encik bos sudah ada office berhampiran rumah jadi beliau kerap berada di sekitar sini maka semakin kuatlah keinginan nak mengubah kaler rumah...

Last 2 weeks menyaksikan saya 'mendesak' dan menarik encik husband ke kedai cat untuk piluh warna cat. Macam biasa, kuasa memilih warna cat adalah kuasa ekslusif dan veto milik saya muahahaha. Agak lama juga memikir dan membawa katalog warna cat ke hulu hilir...

Setelah lama memikir, akhirnya dah boleh decide. Color combination ialah pink (Blush Pink) and turquoise Pale Teal) by Jotashield (Jotun). Cat Jotun memang mahal tapi saya sangat suka the glossy effect appearing sebaik cat kering. Nampak macam berkilau2 sikit...dan tahan lama juga. On top of that, pilihan warna Jotun juga menarik. Namun faktor utama saya memilih Jotun ialah....sebab kedai cat ada kat belakang rumah dan kalau habis boleh je lari pergi beli...*alasan kukuh*

Agak susah proses nak dapatkan kaler turquoise yang saya nak sangat tu. Mula2 pergi, base color habis. Pergi lagi esoknya....belum sampai. Tinggalkan hp number kat apek kedai cat....akhirnya petang Jumaat apek call dan beritahu: "Haloo kak...itu base color yang akak nak sudah ada...i bancuh untuk you lah...", wah serbis mantaplah apek ni...

Sepanjang 2 minggu kerja mengecat ni, saya ke hulu ke hilir dengan kasut yang terkena cat. Tak sempat nak cuci. Perasan macam kontraktor wanita berjaya le pulak...pakai kasut bercat ke sana ke mari hatta tatkala menghantar anak2 ke sekolah. 

Sekejap2 masuk kedai hardware...beli roller lagi satu, beli berus cat keciklah...beli batang cat yang panjang sekali untuk cat bahagian atas yang dekat bumbung...rasa macam brutal je tiap kali masuk kedai hardware hihi

The first week only me, husband and the kids je yang ngecat. My father hanya duduk kasi tunjuk ajar. 
..our assistants...
panas terik masa ni memang sesuai bebeno nak mengecat pun 
sebaik habis mengecat, tetiba mendung dan hujan renyai sikit. Kanak2 ni menadah tangan berdoa: Ya Allah tolonglah jangan hujan dulu tunggulah cat keringggg aminnnnnnn (^_^). Lepas tu hujan pun berenti. Makbul doa kanak2 ni
The 2nd week, terpaksa call my cousin Khalil yang terer bab2 mengecat ni...beliaulah yang memanjat sampai ke atas bumbung, pergi kedai hardware dengan saya sampai hitam2 lengan dan menitik2 peluh...

Khalil kata, combination kaler yang saya pilih ni bakal jadi kaler tema wedding dia hujung tahun ni. I said: "Nanti kalau datang indoor shooting kat sini jelah...dari baju ke background sume sedondon...".

The truth is: anak2 kecik saya yang beria sangat nakkan kaler2 ni. 

Wifaq: nak turquoise...
Kakak: nak pink...
Tebi: nak pink and turquoise...

Sekali tengok macam kaler taska pun ada hehehe. Saje nak ceriakan suasana sementara ada anak kecik. Kalau boleh biar bebudak ni suka dan seronok duduk rumah. Nanti diorang dah besar tukar kaler lain pulak...

Masa kami mengecat tu, ada jugak jiran lalu lalang bertanya: nak buat taska ke? hihihi...jarang taska cat kaler soft2 camni tapi bila dh siap cat memang jadi sangat ceria. Mood orang dalam rumah ni pun berubah...terutama saya...

Sepanjang cuti belajar ni memang perlukan benda2 yang boleh refresh minda. Yang boleh beri suntikan mood baru buat saya dan keluarga. 

Nak renovate rumah perlu bajet besar, maka biarlah kami bermula dengan renovasi kecil-kecilan dengan menukar warna rumah terlebih dulu.

Sebaik siap cat...tiba2 lupa pulak macam mana rupa asal rumah ni sebelum dicat. Rumah saya versi buruk. 
alhamdulillah dah siap
...saya ada baju dengan kombinasi kaler ini dan sangat menyukainya. Sekarang nak adaptasi pada rumah pula wihuu

My biggest thank you kepada husband dan adik sepupu saya Khalil yang selama ni memang rajin melayan kehendak dan kerenah saya. Dua lelaki ini tak pernah menolak permintaan saya dan sanggup pula bersusah payah bekerjasama memenuhi kehendak saya...you guys are the blessings in my life and I am so lucky to have both of you.

Bukan dalam kisah mengecat rumah ni je...tapi banyak lagi perkara sebelum2 ni. Terima kasih yang amat sangat.

Sebagai balasan, masa kaum lelaki ni mengecat,...saya pun sibuk2 jugak touch up mana2 yang boleh. Buat design guna kaedah 'hide and seek' kat tembok main entrance. pastu sediakan air dalam dispenser dan taruk ais banyak2....(mula2 nak pegi beli ais kat 7 Eeleven...sekali on the way ternampak lori ais ATLAS Edible Ice...terus si Khalil pergi beli ais RM3 satu plastik besar...hambik kau..3 hari 3 malam tak abis2...nak mandi ais pun boleh....huhu)...lepas tu saya masak lunch untuk semua.
Buat corak ini guna teknik Hide and Seek. Hide dengan masking tape....dan cat bahagian yang tak di'hide' itu. Lepas cat kering...tanggalkan masking tape and tadaaa. Ni kaedah orang takde bajet nak renovate rumah mencantikkan rumah...guna kreativiti sendiri saja. Me and encik husband buat ni sampai menitik2 peluh...habis hitam kulit gue
Jiran sebelah menegur: ni konsep baru ni...barulah buat masa ni, satu masa nanti trend ni berlalu tapi saya tetap suka konsep ini. Dari dulu lagi memang jatuh chenta dengan this concept.
Lagi 5 tahun anak2 dh besar tukar kaler lain pulak...*rajin ke nak mengecat lagi ni?*
Sebenarnya konsep dalam rumah saya memang sudah color blocking sejak mula2 pindah ke sini 6 tahun lalu. Masa tu belum wujud lagi trend color block ni. So bila trend ni mula 'in' akhir2 ni rasa macam...eh eh rumah kita ni memang dah color block la....konon2 trend setter la kan.

Alhamdulillah...ada sikit2 lagi nak kena touch up.

Syukur Allah perkenankan impian saya nak rumah dengan konsep color blocking...dan alhamdulillah tak berlaku kesilapan dalam pemilihan cat setelah seminggu berfikir...


Kesilapan memilih cat adalah fatal, tahu!

Sekian.

*sorry tak boleh nak tunjuk gambar keseluruhan rumah nanti kome tau rumah burukku di mana....hohoho :P*


Sunday, January 27, 2013

Rezeki Terpijak Awal Tahun: Golden Palm Tree Resort, Sepang

Alhamdulillah pembukaan awal tahun yang baik.


Percaya tak bila orang kata...apabila kita berbuat baik pada orang, kadang2 balasan kebaikan itu Allah SWT beri bukan kepada kita saja tapi kepada seluruh keluarga kita.

Sekarang saya percaya!

Kisahnya, penghujung Disember 2012 haritu ayahanda saya telah berusaha membantu seorang sahabatnya menyelesaikan sedikit masalah. Alhamdulillah dengan bantuan ayah, masalah sahabat itu telah selesai dengan jayanya. 

Sebagai balasan, sahabat ayah tu...yang rupa2nya mempunyai share di Golden Palm Tree Iconic Resort n Spa, Gold Coast, Sepang dan juga di Cameron Highland....insist jugak nak membalas budi ayah dengan 'memaksa' ayah supaya memilih bila2 tarikh free untuk holiday percuma di salah satu destinasi di atas.
pic from goldenpalmtree.com
Ayah call saya dan 'memaksa' pula saya pilih tarikh. Kata ayah, pilih tarikh je...yang lain semua kawannya sponsor. Jadi saya pilih destinasi yang dekat dengan rumah sebagai pilihan pertama (Sepang dekat sangat sampaikan tak boleh nak solat jamak pun huhu....) dan tarikh minggu ke-2 persekolahan.

Maka sampailah kami di sini pada 12/1/2013-13/1/2013. Destinasi yang selama ni kami tak berhajat pun nak jejak (sebab dekat kan....huhu...) padahal selama ni selalu je pergi makan seafood dekat2 situ~di Pantai Bagan Lalang..di restoran Senandung Malam betul2 berhadapan dengan pantai...tak jauh dari Golden Palm Tree Resort tu.
*Gambar ihsan cuti.my* View dari atas: macam pokok palma kan? I wonder wc one is our room
Setau saya nama tempat ni Bagan Lalang...apahal pulak boleh jadi Gold Coast? Bukan kat Australia ke Gold Coast tu.......................*musykil*. Kadang2 orang Malaysia nak sangat nama glemer2 sampai tak kena sangat nama dan tempatnya.
Lobby
Lobby again...
Rate sebenar satu malam di resort ni saya kurang pasti. Ada yang kata 500USD per night. Memanglah tak rasa nak ambik tau sebab orang sponsor...takde masa nak memikir harga sebab nak enjoy the moment (and food) (^_^). Tapi lepas tu bila cek, rasa nak terbeliak jugak biji mata: RM1,784 per night. Big gulp!!!! Memang rezeki anak-anaklah nak merasa duduk free kat sini.................kalau harap sendiri bayar memang takde kot. RM1k tu, buat beli tiket flight pegi oversea lagi berbaloi kot...
Lobby dari luar
Kemesraan dan kehangatan layanan di resort ini....sudah terasa sebaik sahaja kenderaan anda berhenti di hadapan lobby lagi. No matter how mahal or how buruk your car...staff mereka akan membuka pintu kereta anda dengan senyuman seraya mengucapkan "Selamat Datang ke Golden Palm Tree Resort..." dan terus susah payah bukak bonet dan nak angkatkan beg-beg anda.

Masa kami sampai tu, macam segan silu jugak la...sebab bila tempat bercuti ni dengan rumah, takde feel sangatlah nak dress up dan bawak beg besar2 kan. Guess what, barang2 kami hanya diisi dalam beg jinjit yang diperbuat dari kanvas yang bercorak kartun2 tu je. Ala yang ada dua tangkai dan takde roda pulak...lepas tu beg tu kecik2 semuanya selepas diasingkan baju saya, baju suami dan baju anak2. Susu dan bekalan makanan diisi pulak dalam shopping beg ijau (ala yang beli kat Giant tu...) dan tidak ditutup maka nampaklah segala mak nenek isi...

Sekali tengok staff GPTR bawak barang kami...sendiri pulak rasa segan. Mesti dalam hati diorang kata: "alahai kampungnya lah family ni....". Kau nampak je kitorang macam kampung tapi selalu travel pergi oversea okay....hohohoho *riak sughra le pulak astaghfirullah*

Namun dalam hati kami tak kisah pun sebenonya. Lantak pilah dengan penilaian manusia. Kadang2 yang bergaya kemain tu bukan ada duit sangat pun, akaun bank kita hanya Allah dan kita yang tau.

Harta ni sama macam sijil dan kelulusan yang kita miliki. Ia ada dan wujud. Tapi orang tak boleh melihatnya (unless kau usung sijil kau ke sana ke mari dan tell the world...aku ada degree...ada PhD okay....aku ni bergelar Professor kau tau tak? so please respect me!!!!) 

Harta dan degree wujud dengan pengetahuan tuan punya badan dan kewujudan itu terpancar dari keyakinan, harga diri dan pembawaan si empunya badan. Orang tak tau...tapi cukupah diri sendiri tau, itu sudah cukup. Geddit???!!!

Sebab itu kadang2....orang yang berkedudukan tinggi ni dia tak kisah nak menunjuk2 sangat kekayaan dan harta benda dia. Contoh macam iPad ke, Tab ke, iPhone ke etc etc dan segala macam gajet canggih zaman ini. 

Malah ramai yang saya kenal...bisnesman2 hebat tak ada pun gajet2 canggih ni. Contoh paling simple ialah....bapa mertua yang saya hormati. Beliau punya empayar perniagaan sendiri, punya cawangan di beberapa negeri di Malaysia, pergi keluar negara lebih kerap daripada duduk di Malaysia...tapi henpon hanya berharga RM80 sahaja ye. Dan henpon itu juga adalah model sama yang digunakan oleh suami saya......sekian terima kasih. Memang bapa borek anak rintiklah............hehe

Asal boleh call boleh SMS cukupla...nak surf internet computer kan ada, hujah beliau. 

Baiklah. Maka setelah staff Golden Palm Tree Resort membawa barang2 kami, mereka minta kami duduk sebentar urusan pendaftaran dan check in. Sementara menanti, depa hidangkan air Teh Serai yang dingin membasahi tekak sambil menikmati pemandangan air pasang just   under your feet! Berdiri atas lantai kayu dia pun boleh nampak air laut di bawah.
The ever refreshing Teh Serai. Lebih refreshing sebab free.....:P
Masa kami minum2 kat lobby tu, anak2 ni sibuk la nak pergi ke area kanak2 di mana ada meja kecik, kertas dan pensil warna. Kami tinggalkan kejap je air tu sekali ada staff sibuk2 angkat air tu. Ayahanda saya mintak balik sebab kami belum habis minum lagi................over committed kau ye!

Masa kami minum2 tu, datanglah sorang uncle berbadan besar, bertopi dan berwajah Arab tapi cakap Melayu. Boleh trace yang dia tu Arab sebab slang dia masa ucap: "Assalamualaikum..." kat kami. Rupa2nya beliau dari Aljazair (Algeria) dan antara orang kuat kat sini kot. Sebab lepas tu uncle ni duk bagi arahan itu dan ini kepada orang bawahan...dan dia duduk kat kaunter kecik kat entrance....
Uncle Algeria yang fasih berbahasa Melayu
Baik hatinya uncle ni, dia pergi kat anak2 saya sambil berkata: "Ala banyaknya baby....ada 3 baby. Salam Atuk..............". (hehe nak gelak la dia bahasakan diri sebagai 'Atuk'.) Lepas tu beliau hulur not RM1 kat anak2 saya setiap sorang....wah siap kasi angpau lagi....

Masa tu Tebi meragam sebab baru bangun tidur. Atuk Algeria pun tanya: "Kenapa ni? Tak cukup tidur ye..........". Wah, memang fasih dia cakap Melayulah....ana pun terkesima. :P

Nak check in ke bilik (atau chalet atas air), kenalah naik buggy car. Buggy car pun bukan sume boleh naik. Kalau yang besar takleh masuk area lorong2 kecik tu. So we waited sampai buggy car kecik tiba...maka naiklah kami menuju ke bilik sambil menikmati pemandangan indah. Room #306.
tunggu buggy car
Yang bestnya, setiap staf yang kami nampak dan temui mesti akan greet dengan mesra dengan muka tersenyum. Memang takdelah lagi nampak yang sombong, marah2 atau muka masam. Agaknya bekerja di atas laut ni memberikan suasana positif dan menjadikan semua staf berada dalam mood yang baik kot. Semua yang ada kat sini nampak happy je...........(^_^). 
Lorong ke chalet...hanya buggy car kecik boleh masuk. Kalau tak banyak barang boleh jalan kaki je sambil menikmati pemandangan laut
Size doesn't matter. Comel2 semuanya tapi cantik dan amat2 selesa. RM1k per night  tu...kalau xselesa xtaulah nak cakap cemana
Memang bestlah suasana bilik atas permukaan air laut ni. Bila bukak je koridor, dengar je bunyi air laut dari bawah lantai. Lantai koridor pun kayu, boleh nampak la air laut kat bawah kita. Suasana amat damai dan tenang....tapi gerun jugak bila fikir bukan2....kot2 esok pagi bangun2 dah sampai India.......huhuhu 
Sebijik camnilah chalet kami *gambar pinjam dari klia2.info*
Atuk dengan Opah dah cop bilik yang belah sini...tak payah nak berebut semua bilik ada corridor
Imagine this: kau baring atas katil di bilik yang cantik, dan depan mata dan di keliling terbentang pemandangan air laut dan nampak resort lain terususun cantik depan mata. Sambil dengar bunyi air...sambil tengok kerdipan lampu dari pelantar minyak nun jauh di Port Dickson sana....dan sebelah malam lagi indah bila nampak cahaya samar2 dari bilik resort orang lain sebaris dan di hadapan kita................oh....kalaulah Allah tak murahkan rezeki kami, mestilah kami tak sampai ke sini. Syukur!!!
Dalam toilet pun jadi ngehe
You see, resort ni mementingkan keseimbangan ekosistem bumi dan sangat menyokong pemeliharaan alam sekitar. Jadi, kebanyakan barang2nya adalah recycled items...dan juga kau tak boleh songlap sabun dan syampu hotel macam yang selalu dibuat di hotel lain...ok?!
...nak nangis tengok botol shower gel dan syampu yang kiut ini. Nak nangis sebab takleh tapau sob sob T___________T
Chalet ni tak besar sangat, tapi designnya membuatkan ia kelihatan besar. Dalam chalet ni, ada 2 bilik lain dengan katil bersaiz queen (ke king eh...tak ingatlah) yang dipisahkan dengan pintu sliding kayu. Kalau nak tidur malam baru tutup sliding ni. Waktu siang bukak maka nampak luas. Di kedua2 bilik ada koridor....boleh duduk termenung tengok laut atau nak duduk makan2 kat situ pun boleh.

Kat skrin TV pun siap ada nama kita: "Welcome, Abdul Rahman" (nama ayah saya le)...lepas tu boleh main game lagi kat TV. Siap terpapar nama2 high scorer pemain game lain dari bilik2 lain.....dari situ kita boleh trace sape lagi yang takde kerja lain asyik main game je selain ahli bilik kita...
Budak ni kejenya main game kat TV je the moment we stepped in the room. Rupanya kene bayar, abisla  orang yang sponsor kami kene bayarkan huhu
Can see the ocean even from the room...takyah keluar pun boleh nampak
Lepas check in, kami keluar balik jalan2 sepanjang corridor sampai ke chalet paling hujung~dan paling mahal sebab besar. Rasanya ramai yang tau, Golden Palm Resort ni terkenal dengan chalet2 nya yang disusun mengikut bentuk pokok palma. Dari batang hingga ke daun2. Rasanya chalet kami yang di bahagian daun sebab susunannya agak melengkung dan dah hampir nak ke hujung.
With my two anak dara (^_^) Kakak and Tebi
Si Wifaq asyik menganalisa: "Bilik kita ni kat batang ke kat daun eh....". Lepas tu bila tengok dalam chalet takde siling, hanya nampak bumbung nipah (atau rumbia), dia kata: "Buruknya bumbung dia...". Ah budak2 sekarang memang tak reti nilai estetika alam semulajadi....tiba2 je terasa macam nak buat bumbung dapur rumah sendiri macam ni lah...

...sebab bila tengok atap ni, saya masih ingat memori zaman kanak2 menengok arwah nenek menjahit atap nipah sendiri. In fact, sampai sekarang saya masih ingat tekniknya. Kalau ada bahan memang boleh buat sendiri....tak susah pun nak jahit atap ni. 
Kemain kau orang ye berlari2an tak tunggu orang dewasa
Bumbung chalet pun dibuat dari daun nipah ke rumbia entah tak pasti....dan diletak sebiji pasu di atasnya for decoration kot. Tapi bukan mudah kot nak maintain atap ni. 

Swimming pool. Kami hanya tengok sebab anak2 saya ni memang spesis tak pernah teruja tengok swimming pool. Diorang hanya tengok tanpa perasaan dan tumpang syok tengok orang lain mandi je.

Lagipun memang saya tak galakkan anak2 mandi public swimming pool yang kurang diyakini kebersihannya. Selalu je terbayang orang meludah, membuang air kecik senyap2....dan bercampur dengan air kolam..lepas tu kita pun mandi...uwek! 
Genius betul la insan yang mendesign swimming pool ni sebegini rupa. Tengok macam bersambung dengan laut je kan.  Memang betul2 sebelah ngan laut except ada sedikit kolam tadahan kat tebing kolat tu. Selalu tengok orang2 yang mandi akan pergi kat belah hujung tu untuk termenung memandang laut....and if u are a Muslim, iman akan bertambah kukuh setelah melihat alam ciptaan Allah SWT
Tebi hanya memandang budak2 mandi kolam tanpa sebarang perasaan
...sengih je sambil menggeleng bila ditanya: Tebi nak mandi kolam ke?
Another reason, salah seorang sahabat yang anaknya meninggal dunia pada usia 3 tahun (anaknya sebaya anak sulung saya), berpesan...kalau ada anak kecik janganlah bawak mandi swimming pool. Sebab arwah anaknya meninggal dunia akibat demam mengejut...muntah2....dan tak lama lepas tu meninggal dunia. Bila cek rupanya darahnya dijangkiti kuman. Salah satu reason datang dari air swimming pool yang kotor itu...........sebab beliau memang kerap bawa anaknya mandi swimming pool. Nauzubillah.

Makanan OK. Nak kata terlalu best, rasanya sama standard je dengan hotel2 lain. Kami plan nak makan seafood kat restoran Perahu tapi tak kesampaian sebab ada private function kat situ. jadi kami makan buffet biasa je kat Bila-bila Restaurant. Memandangkan resort ni kan kat laut, patut depa lebihkan menu seafood....macam yang kami biasa makan kat restoran tepi jalan tak jauh dari sini tu....
Ni gambar masa brekfes. Gambar masa dinner tak ambik pun. Saje makan kt luar boleh makan sambil menikmati pemandangan
salah satu feveret saya masa brekfes ni ialah Mushroom Quiche...sangat sedap! Nak try buat sendiri kat rumah
Malam lepas dinner (segala benda rasa nak makan), balik ke chalet dan anak2 semua zzzzzzzzz. Saya rasa macam nak buat kerja sikit jadi duduk di meja menghadap dinding cermin dilangsiri kain putih jarang. Maka nampaklah pemandangan laut samar2 dan jugak cahaya dari chalet lain di luar sana. Memanglah antara suasana yang tak dapek dilupakan..........
Dah nak masuk maghrib masa ni...
Apa2 hal pun kami hanya tidur semalaman dan esok dah nak balik. Ramai pelancong asing datang ke sini dari Hong Kong, Singapore....dari Tanah Arab.
Ini gambar masa Subuh hari kedua. Lepas solat, lepak kat koridor sambil baca Al-Ma'thurat. Gelap sebenarnya tp flash DSLR ni terang pulak. Air pasang dan agak tinggi hampir mencecah lantai chalet. Suhu agak sejuk tetapi damai dengan bunyi air berkocak di bawah lantai...
Air berkocak agak deras waktu pagi. Tengok je dekat kaki tiang tu...
Hari Kedua: lepas brekfes lepak2 kejap kat bilik. Tunggu lunch hour dan lepas tu balik. Sebelum balik dan la singgah kids area nun kat entrance...nak kena naik van pulak ke sana. Kalau anak2 meragam bolehlah bawak diorang main2 kat sini...
Kebanyakan benda2 mainan kat sini ada je kat rumah, kenapa dengan kau orang ni haaaaaa
Tebi oh Tebi. Dapur mainan ni sebijik macam yang mama beli kat rumah. Kat rumah berabuk, kat sini kau sibuk nak main...grrrrrrrrrr
Kakak dan benda pink memang tak boleh dipisahkan
Alhamdulillah. Harap2 adalah rezeki terpijak di lain kali....hujung tahun pulak ke kan...? (^_^)
'Orang jauh' dah nak balik...hehehe
Peace!
babai GPTR. Kalau ada orang belanja kami datang lagi. heeeee

Till then. Sekian.