Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

GRILLED TURKEY PASTRAMI N CHEESE SANDWICH

Salam 'alayk.

Hambik. Dah lama tak update sekali update sampai dua resipi....

Alang2 tak boleh nak download artikel...berfaedah jugak upload resipi.

Nama mesti nak ala2 omputeh kan...konon2 kedengaran sedap padahal rasa belum tentu.

Nama Melayu dia ialah: Sandwich Panggang Pastrami Ayam Belanda dan Keju (kan susah tu nak ingat...di samping kedengaran macam tak sedap je...)

Sekali lagi....saya guna Pemanggang Ajaib. Memang ajaiblah sampai rasa nak simpan semua periuk dan kuali lain...hik hik

Segala mak nenek saya masak guna pemanggang yang ajaib ni.

Sebelum bagi resipi...nah silalah tengok gambar dulu....

Kalau rasa2 terliur baru proceed ke resipi...kalau rasa tidak sila ke page lain....(*_~)

Actually saya jadi over rajin masak2 begini bila husband outstation ke luar negara...lepas masak...ambik gambar dan upload ke whatsapp konon2 nak bagi encik husband terliur la kan...lantas menyelesaikan kerja cepat2 dan balik ke tanah air dengan segara

Taktik tu.

Grilled Turkey Pastrami and Cheese Sandwich bersama Iced Manggo Tea Lemonade. Gelas dan pinggan haruslah cukup gangnam.
Ye...resipi:

BAHAN-BAHAN

Pemanggang Ajaib (mesti ada ni..kalau takde sila beli)
Roti putih (ada yang suggest roti wholemeal tapi saya tak berapa suka rasanya....tapi wholemeal bread memang terbaik)
Butter
Cheddar Cheese - keping
Turkey Pastrami Slices- ada dijual kat supermarket di area yang sejuk2 tu...dekat2 dengan sayur2..buah...daging2
Salad
Lemon
Mayonis (saya suka KEWPIE)

Kualiti gambar kurang bagus. Turkey Pastrami jenama Gourmessa.


CARA-CARA:

Walaupun namanya pemanggang ajaib...tapi still Turkey slice tu kenalah dipanggang asing2 ye...kalau terus2 kepit dalam roti saya khuatir ada yang terkena food poisoning nanti....

Jadi...

Ambil butter dan sapu pada kedua2 permukaan Turkey Pastrami Slice. Tekapkan pada permukaan pemanggang ajaib sampai agak2 masak dan keluar corak garis2....

Kemudian balikkan dan masak yang sebelah lagi.

Pastikan kuali cukup panas tapi jangan sampai hangit.

Lepas habis grill semua Turkey...ambil roti...sapukan butter pada semua permukaan roti
Lapiskan dengan salad...ikut sukalah jenis sayur apa yang kalian suka ye...
Lapiskan pula Turkey Pastrami tadi dan Cheese...picitkan mayonis.
Kepit dengan sekeping lagi roti.

Dah dapat bentuk sandwich....letak saja atas pemanggang ajaib...
Jangan tutup pemanggang...sebab kalau tertutup dia akan hasilkan wap...dan sandwich jadi tak rangup
Tak rangup maka tak sedap....

Bila dah nampak garis2 ceklat....balikkan dan bakar pula permukaan yang satu lagi.
Masukkan dalam pinggan yang paling anda suka...susun salad...gulung2 sikit lebihan Pastrami...dan hiaskan dengan lemon.
Dah siap.

Tak pandai deco....susun ikut suka saja...


RESIPI ICED MANGGO TEA LEMONADE



Ambillah satu uncang teh BOH SERI SONGKET perasa Mangga. Bancuh dengan air panas....gula secukup rasa...tak taruk gula lagi baguih...
Campur air sejuk sikit.
Masukkan dalam gelas yang gangnam style (^_^)....kendian masukkan je hirisan lemon dan tutup bekas.

Jangan lupa ambil gambar....

Walaupun ada yang kata orang suka ambil gambar makanan itu tandanya sakit jiwa....I dont care.

Buat PhD memang boleh sakit jiwa....tapi benda2 macam nilah yang menghilangkan stress sebenarnya.

Til then...Ma'assalamah.


SPANAKOPITA!

Salaam 'Alayk.

Akhirnya setelah berjam2 cuba mendownload artikel dari online journal dan gagal (disebabkan masalah server)...akhirnya I surrender and found myself here.

I made this last week...dah lama sangat nak buat tapi tak jumpa bahannya.

Akhirnya dapat semua ingredient last week dan tanpa berlengah lagi terus bersilat di dapur.

Again~~saya guna Pemanggang Ajaib.

Bagi yang tergeliat lidah nak menyebut..saya ulang sekali lagi namanya~SPANA + KOPITA. 

Dalam bahasa Melayu yang simple: Spinach and Cheese Fillo Pastry....

Bila google perkataan "Spinach and Cheese Fillo Pastry" terus keluar berderet2 perkataan SPANAKOPITA.

Spanakopita ni sejenis Greek pie....ada yang panggil Turkish pie (sebab dari sejarahnya negara Turki sekarang ada kaitan dengan Greek....so interrelated la tu kot....dan bila ke Turki juga banyak kesan tinggalan sejarah Greek boleh ditemui....).

So yeah....

Yang pentingnya sedaplah sebab ada cheese (bagi yang suka cheese). 

Main reason saya beria nak buat pun sebab ada cheese!!! (sebut sambil senyum).

Kebetulan last Saturday masa saya buat Maksu sekeluarga datang ke rumah...anak lelakinya yg tak suka sayur pun jadi makan sayur....walaupun dia tahu dalam Spanakopita ni ada sayur...tapi dengan sedapnya dia makan mungkin sebab tak berapa terasa sayurnya.

Baiklah...tak sabar nak resipi ye....ini dia...

Eh chop chop....basic resipi ialah Spinach (Bayam) dan Cheese....terpulang pada anda nak tambah cendawan ke....minced chicken ke...minced beef ke....apa2 lah yang rasa sesuai...

Ok ini resipi (*_~):

SPANAKOPITA (Spinach and Cheese Fillo Pastry)

*Kalau tak kisah hal kalori...boleh juga guna puff pastry...atau kulit popia untuk saiz hidangan kecil.

BAHAN-BAHAN:

Fillo Pastry - 6 layer (untuk dapatkan effect berlapis2 bila dipotong). Saya guna fillo pastry jenama PAMPAS.



Bayam cincang - saya guna jenama Birds Eye konon2 sebab nakkan rasa asli English Spinach. Boleh juga diramas hancur dengan tangan lepas dibuang tangkai dan dibersihkan. Tak pernah guna bayam tempatan jadi tak pasti rasanya akan sama atau tak...



1 paket Cheddar Cheese parut-resipi asal guna Feta Cheese (Cheese Susu kambing....tapi tak yakin dengan status Halal...so I avoid...)

1/2 tiub ayam cincang

1 labu bawang merah - cincang

4 ulas bawang putih-cincang

Olive oil untuk menumis

Serbuk lada hitam

Serbuk lada sulah

Serbuk buah pala (nutmeg)

Garam

Kuning telur - dipukul

Mentega cair (untuk disapu pada lapisan fillo pastry~sila dengar cakap saya..cairkan! Sebab saya ni degil konon malas nak cairkan dan nak terus sapu...akhirnya terkoyak sedikit lapisan fillo pastry. Jangan degil ya!)

CARA-CARA:

Panaskan olive oil...kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.

Masukkan ayam cincang...jangan sampai terlalu kering ye kawan2.

Percikkan serbuk lada hitam + lada sulah + nutmeg dan sedikit garam (jangan banyak sangat nanti nak taruk cheese takut masin sangat)

Tutup api.

Dalam mangkuk lain:

Campurkan bahan2 yg digoreng tadi dengan bayam cincang...gaul rata. Tunggu sejuk sikit barulah gaulkan pula dengan cheese...kalau tidak cheese akan cair sebelum waktu.

Macam ni....



Biar mereka bercampur gaul....bayam cincang dan ayam cincang yg sudah ditumis (resipi yang saya dapat semuanya tak tumis bayam..jadi saya pun tak tumis juga. Hanya basuh bayam, masukkan dalam tapis dan keringkan airnya)
Campurkan cheese pula.
Sementara itu, lapiskan dengan penuh hati2 helaian fillo pastry...6-8 layer is just nice. Lepas satu lapisan...sapukan mentega cair ke seluruh permukaan. Kemudian lapiskan lagi...kendian sapu lagi mentega cair sampai cukup 6-8 helai...

Lepas tu...isikan bahan2 yang digaul tadi ke atas lapisan pastry macam ni....


Kemudian tutup seluruh permukaan isi dengan fillo pastry. Macam ala2 membungkus gitu. Tapi tak payahlah ikat dengan getah etc etc. Cukup sekadar ditekan2 saja supaya tak nampak segala inti.

Sapukan sedikit kuning telur ke seluruh permukaan pastry....

Tutup pemanggang ajaib. Bakar sampai permukaan jadi keperangan.Yang versi saya ni saya tak suka sampai perang sangat jadi elok2 masak je saya tutup api.

Selamat Mencuba!

Sedap woo makan panas2.

Spanakopita!!!

Sekian Wassalam.




Monday, July 22, 2013

Menu Berbuka 13 Ramadhan

Assalamualaikum.

Sibuk yang teramat sangat tak sempat langsung menjengah blog sendiri mahupun blog rakan2 lain.

Sebelum terlupa...nak juga ada catatan Ramadhan 2013.

Ini menu semalam....hari ke-13 Ramadhan.

Sebenarnya hari2 pun masak tapi tak sempat langsung nak ambik gambar bagai.

Menu semalam ialah: Lala Creamy Spaghetti and Potato Salad.

Itu sahaja.

Tahun ni memang terasa sangat jimatnya sebab tiap2 hari berbuka hanya ada satu menu utama. Kalau rajin sikit ada dua menu. Kuih muih tak ada. Jadi habis waktu berbuka dengan tiada leftover foods.....alhamdulillah.

Ada yang minta resipi....

Oh! Bukan tak mahu share tapi belum sempat nak menaip resipi....insya allah nanti bila ada kelapangan.

For the time being masuk gambar dulu.

Lani nak ambik gambar guna DSLR pun dah tak dan.....hanya guna Note 2 sahaja...bolehlah kan

Potato Salad.

Oh how I wish I have more time for myself....

Salam Ramadhan semua.

Wednesday, May 15, 2013

BUTTERSCOTCH BREAD BUTTER PUDDING (guna Pemanggang Ajaib)

Salam Alayk.

Mula-mula sekali nak wish Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.

Bestnya la weh jadi cikgu. Tiba hari guru sambutan besar-besaran siap ada tema2 lagi...ada yang temanya 'Back To School' iaitu cikgu ke sekolah memakai baju sekolah...so sweet okay. Kalau aku cikgu mestilah aku antara yang paling excited nak berbaju sekolah

Malangnya saya lecturer. Bukan cikgu.

Walaupun ada yang kata ah samalah lecturer dengan cikgu.

Tapi kau orang pernah ke tengok ada sambutan hari guru kat IPT? Sebab tu lecturer ni ada orang kata jawatan yang serba salah. Atas dari cikgu....tapi bawah dari professor. no wonder ada orang tak perasan kewujudan para pensyarah bila tiba time2 hari guru...

Tapi itu bukan masalah. Sebab ada antaranya (akulah tu) yg jadi lecturer ni antara sebabnya sebab tak tahan jadi cikgu atau memang takde keinginan nak jadi cikgu pun. Bukan semua orang mampu jadi cikgu....lebih2 lagi cikgu yang baik.

...letih...kena banyak sabar. Jadi lecturer ni mudah sikit sebab mengajar budak besar. Cakap sikit....bagi je arahan...yang lain semua students buat sendiri.

Oleh itu...saya memang respect kalian yang bergelar cikgu!!! Sebab saya memang tak mampu aih...saya tak sabar. Budak buat perangai sikit mau aku bentak meja sampai terangkat. Esoknya ramai pelajar akan berhenti sekolah beramai2...

See. Orang macam aku ni akan membawa lebih banyak masalah kepada pihak sekolah....@_@

But right now I am a lecturer with all my heart!

Dulu masa kerja (dulu...dan tak lama lagi akan masuk kerja balik okeh) 24 jam dan di mana2 berada..kalau terjumpa benda best yang boleh dijadikan bahan lecture....atau lawak2 yang best boleh masuk dalam slide...saya akan beli atau usaha dapatkan yang free.

Slide presentation saya...mesti ada animation yang bergerak2. Kadang2 saya taruk gambar student tidur dalam kelas...lepas tu students akan ketawa beramai2 sebab terasa diperli. Lepas tu tak jadi dah diorang tidur...hihi.

Belajar law ni agak susah. Kalau lecturer pun skema habislah students pun malas nak datang kelas.

Eh...bukan ke tadi aku cakap nak bagi resipi? Haiyoh.

Sebelum bagi resipi, nak membebel sikit lagi. Begitu mencabarnya proses nak membuat Bread Pudding ni.

Hari pertama tergerak nak buat...cari roti Butterscotch merata kedai dah habis.

Esok dapat roti...vanilla essence pulak takde. Semua kedai takde pulak tu. Kau orang ni berpakat nak kenakan aku ke apa ha? Risaunya kalau roti expired.

Esoknya pergi kedai jauh sikit kat Teras Jernang lepas hantar anak sekolah...alhamdulillah dapat gak vanilla essence. Padahal selalu ada je jual benda ni kat mana2...

Dah dapat Vanilla essence. Time nak masak...ya Allah tertinggal pulak dalam kereta husband. Dia dah bawak pegi opis kat KL. Tangguh lagi. Mau la expired roti aku ni oii

Pagi ni geledah kereta, tak jumpa jugak esen vanila yang didakwa tertinggal dalam kereta. Atas seat...bawah seat semua tak jumpa. Aduyai apalah nasib aku ni.

Jadi pagi ni lepas hantar anak sekolah, singgah la satu kedai alhamdulillah ada. Akhirnya....

Pastu elok je nak keluar kereta, husband kata: 'Ni esen vanila tertinggal lagi...'. Beliau hulur botol kecik yang ditemui atas seat belakang bantal yang saya sandar.

Padahal kat tangan saya memang tengah pegang botol esen vanila...

Ketawa berdekah2 kitorang kat luar pagar..rasanya jiran sebelah pun dengar.

Dah jadi 2 pulak esen vanila. Adui sakit perut la ketawa.

Akhirnya tercapai la jugak hasrat nak buat sendiri Butterscotch Bread Butter Pudding. 
Dah siap susun. Sedia untuk dibakar

Resipi ni mestilah bukan ciptaan saya, tapi saya menuntut ilmu dari blog-blog ini: spicesjourney.blogspot.com dan juga irmadilondon.blogspot.com.

Rasanya gabungan dua resipi ni memang terbaik thanks to the bloggers yang tak lokek ilmu (^_^).

Apa yang buat saya terkinja2 nak jugak buat pudding ni sebab emak bising...dia hadiahkan pemanggang ajaib dan dah lama terbiar berabuk tak digunakan. 

Akhirnya berjaya jugak memanfaatkan pemanggang ajaib ni. Memang bagus. Saya punya brand Vantage. 

Resipi ada di bawah. Tapi saya dah modify ikut citarasa saya. Saya tak suka manis dan lemak sangat jadi sukatan gula dan telur sudah dikurangkan. 

Ini resipinya ye kawan2...(resipi asal boleh tengok SINI dan juga SINI)


BUTTERSCOTCH BREAD BUTTER PUDDING

Bahan2:

~Sebungkus roti Gardenia Butterscotch~percayalah memang terbaik guna roti ni!
(*Tapi seeloknya guna 1setengah atau 2 bungkus jika anda gunakan pemanggang ajaib atau bekas yang lebar...sebab pudding akan jadi rendah dan nipis kalau guna sebungkus...tak berapa cantiklah selepas dipotong walau rasanya masih sama)

~2 tin susu cair/sejat (1 tin untuk pudding, 1 tin untuk dibuat sos)~kalau guna 2 bungkus roti, tambah lagi

~3 biji telur ayam

~3 sudu besar gula kastor

~1 penutup esen vanila (saya guna jenama Star Brand)

~Serbuk Nutmeg (buah pala) ~ I used jenama McCormicks. Tapi resipi asal guna serbuk kayu manis (cinnamon). Sebab takde cinnamon belasah je guna nutmeg...sedap jugak apa...

~1 sudu besar Tepung Ubi Kayu~resipi asal guna tepung jagung. Tapi dalam masakan biasa yang guna tepung jagung biasanya memang saya gantikan dengan tepung ubi kayu sebab rasanya lebih sedap...jadi dalam resipi ni pun saya guna tepung ubi kayu jugak!

~Butter~saya guna jenis yang dah bergaram. So skip garam dalam bahan ni. Kalau guna unsalted butter, then kena masukkan secubit garam.

~Secubit garam~kalau guna salted butter tak payah taruk garam dah.

~1 tin laici.

~Segenggam kismis.

CARA-CARA:

Bahan A:
Telur+gula kastor dipukul hingga kembang dalam mangkuk. Seeloknya melawan arah jam sambil berselawat supaya orang yang makan nanti hatinya lembut dan memuji2 kesedapan puding ini (^_^)
Masukkan 1 tin susu cair.
Masukkan satu penutup esen vanila. Kacau hingga sebati.
Masukkan sesudu tepung ubi kayu. Kacau sebati lagi sampai hilang ketulan. 

Bahan B:
Ambil roti...buang bahagian tepinya.
Kemudian potong menyerong hingga jadi bentuk segitiga...sapukan butter di permukaan roti. Kalau rajin buat dua2 belah. 
Sapukan seluruh permukaan pemanggang dengan butter.
Susun roti dalam pemanggang.
Taburkan kismis dan laici. Boleh ambil sikit air laici tu dan tuang sikit secara merata atas roti untuk dapatkan rasa manis laici.

Tuang Bahan A ke atas roti menggunakan penapis hingga melitupi seluruh permukaan roti. 

Bahan C: Sos puding.
Kalau ikut resipi lain, semuanya guna kastard sauce yang dimasak. Since saya tak suka kuah kastad yang likat...saya hanya campurkan susu cair/sejat dengan sedikit air laici dalam tin atau air koktel buah-buahan. Kalau rajin boleh masukkan sedikit esen vanila dan secubit garam. 

Tutup pemanggang ajaib, baca bismillahirrahmanirrahim...dan hidupkan api. Ingat: api mesti kecil dan perlahan sekitar 10-15 minit sahaja. Kalau terlalu lama takut hangit.

Lepas siap, hidangkan dalam piring. Jangan lupa tuang sos.
nampak lembik sebab panas2 dah tuang susu....tak sabar sangat
versi yang belum tuang sos. sebenarnya belah bawahnya macam terhangit sikit sebab terlewat tutup api huhu. Takpe first try. Next time kita improve ok. Tapi rasanya tetap sedap!!!
Alhamdulillah...dah hampir licin!

Memang ajaib betullah pemanggang ajaib ni. Next time boleh try benda lain pulak.

Lepas masak jangan lupa kemas.

"Durian Teluk Emas, lepas masak kena kemas". (^_^)



Sunday, April 28, 2013

Resipi Asli: Cencaluk Tumis Berapi

Tetiba je terasa nak update resipi....



Jarang update pasal makanan bukan sebab jarang makan tau.

Resipi ni rasanya ramai je orang lain praktikkan di dapur masing2.

Tapi jadi istimewa pada saya...sebab sejak kecik2 lagi dah biasa dengan hidangan ni. Ini resipi asal arwah uwan saya, Haja Maimunah Binti Lebai Ali...yang dibesarkan di Malim Nawar, Perak....tetapi asal usulnya dari Padang Temu, Melaka.

Orang Melaka dengan cencaluk tak dapat dipisahkan.

Masa kecik2 dulu hidangan ni kira istimewa sebab mama (emak saya) pun selalu memasaknya,

Sekarang dah menurun pulak kepada saya....

Cuma, saya jarang2 masak hidangan ni sebab encik husband tak berapa suka. Pada hal nak lebih kurang je dengan budu kegemaran dia tu.

Memang tak puas hati betullah...apsal saya boleh cuba makan budu, tapi beliau taknak cuba pun makan cencaluk yang saya suka.

Ini tidak adil!!!!!!!

Meskipun tidak adil, saya tetap suka memasaknya dan membahamnya dengan bahagia sorang2....mihihi

Baiklah ini resipinya:

BAHAN-BAHAN

2 sudu besar cencaluk (kalau taknak masin sangat basuh dulu atas tapis. Tapi saya tak basuh pun)
6 biji cili padi/ cili rawit ~ dihiris (aiseh masa menaip ni perut berbunyi2 apahal). Kalau nak lagi berapi taruk je 10 biji
1 labu bawang besar ~ dihiris halus
sedikit minyak untuk menumis (saya guna olive oil konon2 sihat la kan)
Sebiji limau kasturi

Cara-cara:

Macam biasa memula panaskan la kuali. masukkan sedikit minyak untuk menumis.
Masukkan bawang dan hirisan cili.
Tunggu naik bau...
Kendian masukkan cencaluk.
Tunggu sampai sedikit kering dan....angkat.
Perahkan limau kasturi.

Hidang panas2 dan makan dengan timun atau ulam2an....

Sekian.

#Cepat2 lari pergi dapur. Sendiri bagi resipi sendiri lapar....(*_~)

Friday, October 12, 2012

Egg & Parsley Toast

Assalamualaikum.

Ini breakfast saya semalam. Ya. Di rumah saja.


Egg & Parsley Toast dilawankan Hazelnut Coffee.

Rasanya lepas ni Hazalnut Coffee ni boleh buat sendiri.
Sebab baru-baru ni ada ternampak  dijual serbuk hazelnut dah siap dikisar halus.

Seorang sahabat baik saya yang merupakan pensyarah UITM Shah Alam(*Zakiah, yes I am talking to you...(^_^)) request resipi ini. Terima kasih sebab sudi mencuba walau takdelah hebat mana pun resipi ni tapi sesuailah untuk ibu-ibu bekerjaya yang punya anak kecik macam kami-kami ni.

Nak yang cepat aje...tapi nak sedap dan lain sket dari biasa.

Ini resipi paling senang dalam dunia untuk EGG & PARSLEY TOAST *Kira macam copyright la kan sebab  resipi ini direka sendiri out of laziness yang amat sangat. Mungkin orang lain pernah buat tapi seriously saya memang tak copy dari mana-mana  hanya guna bahan sedia ada dalam dapur saja*

BAHAN-BAHAN:

Beberapa keping roti putih
3-4 biji telur ayam
1-2 sudu besar daun Parsley (terpulang nak yang dihiris segar atau dried flake yang dalam botol)
Secubit garam
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Butter *digunakan untuk membakar roti*

CARA-CARA:

Ambil mangkuk. Pecahkan telur didalamnya.

Lepas tu masukkan garam, serbuk lada hitam kasar, dan daun Parsley.

Pukul semuanya sampai sebati.

Celupkan kepingan roti dalam telur

Panaskan kuali leper, *api jangan besar sangat nanti roti cepat hitam.*

Ratakan sesudu butter atas kuali.

Agak2 butter cair sikit terus tepek roti atas kuali.

Tunggu sampai roti golden brown, kemudian balikkan.

Tunggu sampai yang sebelah lagi pun golden brown lepas tu angkat dan susun cantik2 dalam pinggan.

Close up sket...yang hijau2 tu parsley...
Okeh selamat mencuba.

Kalau dah jadi silap upload kat FB dan tag saya tau...(^_^)

Sekian.

Tuesday, September 18, 2012

My Lonely Breakfast

Salam buat semua.

Hujan lebat pagi ini bersempena hari pertama ketiadaan encik bos di tanah air (hari pertama..tapi bukanlah kali pertama).

Alhamdulillah hujan turun mencurah2 selepas selesai hantar semua anak2 ke sekolah. 

Lepas menyapu2 dan mengemas halaman, bila nak start je mengadap netbook mulalah perut memainkan irama rock n roll hehe. Tak main dah sentimental ke slow rock ke sebab dah lapo bebeno.

Apa nak makan eh? Selalu encik bos ada bolehla keluar makan berdua-duaan, tapi harini I Am Home Alone...dan tidak kuasa nak makan seorang diri di restoran macam nampak pelik je.
Selain mengunyah makanan tak tau apa lagi nak buat...nak pandang mana...nak sembang dengan siapa...atau pura2 belek henpon...huhuhu

I don;t know where did I got this idea that makan seorang diri di restoran nampak pelik eh? Padahal dulu masa jadi chambering student dan jadik lawyer memang ke mana2 seorang diri and sometimes confident sampai tahap over the limit.

Lepas je kahwin...duh...jadi manja tiba2 hahaha. Am I a spoiled wife? Encik bos memang jarang2 berada di tanah air tetapi kalau beliau ada he does almost everything for me. Kadang2 ada mood basuh kain...tapi nak sidai malas...boleh je minta tolong beliau: "abang boleh tolong tak sidaikan kain? harini ada mood nak basuh je nak sidai takde mood...boleh eh?". As usual..he never say no to my requests. 

Oh my...my heart says...it misses him. but my brain says no!

Anak tunggal katanya...perangai itu terbawa2 sampai le dah jadi bini orang. Nak buat apa2 ikut kepala sendiri aje...*dush*

Since dah seorang diri...maka saya boleh start mengadap tesis as early as possible.
Lepas ON netbook...lari kejap pegi dapur...
pagi tadi after Subuh saya buka TV1 dan ada rancangan Jom Minum.
Agak terkejut juga tengok hos Melayu islam itu pergi makan dan minum di Kopitiam milik bukan Islam yang rasanya macam takde pengesahan Halal je. 

Salah satu menu beliau ialah Garlic Bread...tiba2 tinggg!!! dapat idea...mari kita buat homemade garlic bread since bawang putih ada seguni, butter dan parsley flake pun ada....

Maka inilah brekfast saya pagi ini...sambil jenguk fesbuk, sambil baca artikel dan menulis tesis...sambil makan...sambil juga menikmati dinginnya hujan pagi ini.


Breakfast hari ini dari kiri: Homemade Garlic Bread, Egg dimakan bersama Chicken and Mushroom Soup (ihsan Campbells's le takdenya nak buat sendiri)...complemented with a cup hot Old Town White Coffee (lepas pekena kopi terus je rasa macam ada enjin turbo buat keje semua laju...fuyo)

Nak share resipi homemade Garlic Bread sket:

senang je...ambik mangkuk kosong...sudukan butter (ikutlah berapa banyak mau sesuaikan dengan berapa keping roti yang anda mahu buat), pastu ambik bawang putih dan tumbuk sampai hancur kemudian masukkan juga dalam mangkuk, kemudian taburkan parsley flake, sedikit lada sulah...gaul2 semuanya...sapu atas roti dan tepek atas kuali leper. 
Agak2 sudah masak...angkat dan makan dengan cara dicicah dengan apa2 sup kesukaan anda *that's why di atas ada Mushroom and Chicken Soup....*

Semoga hari ini kita terus dirahmati Allah SWT.

Jumpa lagi and syukran kerana sudi baca entry ini.

and yes I am having the brekfast alone...while looking (and listening) at the falling rain..*macam lagu tu kata: "listen to the rhythm of the falling rain..."

Wednesday, September 12, 2012

Let's Masak n Makan: Sizzling Hotplate Mee

Salam Syawal.

Semalam saya tak puasa enam (ada lagi balance 2 days), jadi menjelang tengahari secara otomatik perut pun mula berkeroncong.
Saya lunch agak lewat semalam.

Setelah menggeledah almari...saya tengok ada stok Mi Sanggul buatan Muslim jenama Mutiara.
Stok Mi sanggul ni memang sentiasa ada je dekat pantry senang kalau tetamu datang dah ada idea apa nak masak.

Ini dia:


Kadang2 saya guna brand ini:

Kadang2 saya guna jenama ini but this one comes with Tomyam Paste...tinggal masak aje

Sebagai alternatif kepada yee mee sambil2 membantu usahawan bumiputra.

Setelah mengorek2 peti sejuk dan cukup bahan, maka inilah hasil lunch saya lewat tengahari semalam:
Saya main bubuh je apa ada dalam peti. Jumpa shiitake, chicken ball...sayur2...meriah la compared dari makan kat kedai kan
Lepas tu saya tengok ada lagi lebihan Kopi O sarapan pagi. Maka jadilah Hotplate Sizzling Mee bersama Kopi O Ais.
Dua2 hitam: Sizzling Mee dilawankan Kopi O Ais (^_^)
Mulalah berangan konon2 makan kat restoran kan (memang itu pun tujuan beli hotplate tu...lama dah beli di Nilai 3 untuk kegunaan di masa2 mahu berangan seperti ini heheheh)

Sambil makan sambil study (^_^)




Resipinya saya ambil dari mana lagi kalau bukan My Resipi oleh Lilydvalley *sebab saya tengok ramai komen kata sedap* thanx cik lilydvalley, cuma diolah menggunakan bahan yang ada.

RESIPI SIZZLING (SANGGUL) MEE

Bahan-bahan ( seorang makan )
1 mi sanggul
3 ulas bawang putih

3 biji cili padi (diketuk)
3 biji cendawan shiitake kering *rendam sampai lembut dan potong 2 atau 4)
3-4 ketul chicken ball (sebab takde ayam...guna daging pun boleh juga)
3 biji cili kering- potong 2

1 sudu besar cili giling/boh
sedikit sos tiram
sedikit kicap cair
sedikit kicap pekat
1/2 in halia *diketuk sampai pengsan...haha*
Sayur2an yang dihiris nipis~carrot dan pakchoy
Sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Sedikit Olive oil untuk menumis *minyak biasa pun boleh*
1 sudu besar Tepung Ubi Kayu dibancuh dgn sedikit air *selalunya orang guna tepung jagung, tapi saya lebih suka tepung ubi kayu...terpulang citarasa masing2*
Sebiji telur ayam
Sedikit serbuk pati ayam (jangan banyak2 sebab dah masin)
Sedikit air


Cara-cara

Masukkan olive oil dan jangan tunggu lama sbb olive oil cepat panas.

Tumis cili boh, bawang putih, cili kering, cili padi dan halia sehingga naik baunya.

Masukkan chicken ball (nak masuk seketul boleh, nak belah pun boleh) sehingga agak empuk.

Masukkan sedikir air (jangan banyak sangat takut melimpah sebab hotplate ni kecik je...)
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.

Masukkan mee dan tunggu lembut (ambil masa 2-3 minit atau rebuskan siap2 di periuk lain baru masukkan dalam hotplate)

Masukkan cendawan serta sayur2 lain (tunggu hingga lembut)

Masukkan bancuhan Tepung Ubi Kayu dan kacau rata.

Perasakan dengan sedikit serbuk ayam.

Pecahkan sebiji telur dan tunggu telur masak.

Hidangkan panas2.

Selamat mencuba (^_^)

Tuesday, August 14, 2012

BAKED PASTA (versi NON OVEN)

Salam Ramadhan (lagi...)

Entry yang ni untuk memenuhi permintaan sahabat handai dan rakan taulan yang bertanya resipi Pasta Bakar yang saya buat waktu iftar jamaie baru2 ni (Sebenarnya tiap2 tahun buat waktu iftar jamaie dan jamuan raya...)
Baru siap bakar (^_^)

Setiap kali buat, setiap kali itulah orang tanya resipi.
Kadang2 post thru email. Kadang2 tulis atas kertas bila jumpa kat mana2...kadang2 PM kat Inbox di facebook...

Lepas ni, insya allah lebih mudah refer di blog saja.

Dah berapa ratus kali buat barulah terasa nak tulis resipi kat blog hihi.

Yang terakhir saya buat adalah last 2 days...macam biasalah ada yang tukang request jadi buatlah nak raikan orang puasa.

Letih jugak. Balik dari KLIA, berkejar cari bahan kat Giant dan balik rumah masak.
Siap je masak...rasa sakit kepala...

Masa jamuan raya tahun lepas, Pak Lang saya dan anaknya Abg Hafez duk puji katanya sedap sangat.
"Kombinasi bahan yang kau guna memang menjadi la...sedap betul", kata Pak Lang. Lepas tu dia sambung sambil perli2 Mak Lang (sabo jelah aku pakcik ngan makcik aku ni):

"Ada orang, dia jarang2 masak...tapi sekali dia masak menyengat terus. Ada satu jenis orang lagi, dia memang rajin masak tapi takdelah sedap mana pun macam orang tu...(sambil jeling2 maklang...)".

Paklang dengan Maklang saya ni memang jenis couple happy go lucky dan kelakar. Selamba je kat mana2 pun. 
Dah kena senduk dek insan2 kelaparan..hehe :P
Baiklah. Akhirnya saya share resipi di sini ya.
Asalnya saya ambil dari myresipi.com tapi ada beberapa bahan yang saya olah sendiri selepas bebarapa kali trial and error.

*Pasta ni boleh juga dibuat oleh mereka2 yang takde oven kat rumah sebab biasanya saya bakar atas dapur je. Tapi pastikan ia diisi dalam bekas bertutup. 
Biasanya saya guna bekas kaserol kaca tu je dan bakar dengan api paling kecik sekali. Pastikan bekas tertutup rapat.
Fungsi api hanya untuk cairkan cheese je sebab bahan2 lain semua dah sedia dimasak.

Resipi yang saya bagi ni memang Insya Allah sedap kalau anda ikut step2nya (^_^)

BAHAN-BAHAN (7-8 orang)

Sepeket pasta jenis pendek (spirals/ penne/ farfalle/ shell/ macaroni)
1 tiub/ peket daging AYAM cincang (*mesti ayam. Kalau suka daging pun boleh tapi rasa dia kurang menjadi...)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin/botol sos spagetti (*Saya selalu guna jenama Kimball perasa Mushroom atau Selasih. Nak yang original pun boleh)
1 tin cendawan butang - dihiris (*boleh juga guna shiitake atau portobello mushroom yang segar)
1 biji lada benggala - dihiris nipis
1 kiub pati ayam
1 batang carrot – dihiris nipis
1 batang celery – dihiris nipis
1 camca teh Oregano kering
Satu pokok daun parsley segar (kalau takde, boleh juga guna dried Parsley jenama McCormicks tu)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano (*tapi saya suka Cheddar rasanya lebih umpphhh dan lebih mudah cair bagi yang membakar atas dapur)
Sedikit minyak zaitun utk menumis
Garam 

Lada sulah
Lada hitam

Bahan sos putih :
2 camca besar butter
1 camca besar tepung gandum
1 kotak susu segar (biasanya guna separuh je)
Sedikit lada hitam.

Cara-cara
-Rebus pasta dalam seperiuk air. Masukkan sedikit minyak dan garam agar tidak melekat.

-Sementara tu, di kuali lain, masukkan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. 

-Kemudian masukkan daging ayam cincang. Goreng hingga ayam masak tapi jangan terlalu kering.

-Masukkan carrot, cendawan, capsicum dan celery.

-Masukkan sos spageti. Jangan terlalu kering dan jangan terlalu berkuah.

-Masukkan kiub ayam dan pecahkan hingga rata dan oregano.

-Masukkan pasta yang sudah direbus dan gaul rata. Tambahkan sedikit lada sulah dan lada hitam.

-Masukkan garam secukup rasa. Agak2 sedikit pekat, tutup api. 

-Dalam periuk lain, buat sos putih. Masukkan butter atas api kecil dan masukkan susu. Kacau rata. Masukkan tepung gandum dan kacau laju menggunakan senduk kayu. 


-Perasakan dengan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai sos pekat dan melekat di belakang senduk kayu kemudian tutup api.

-Dalam bekas tahan panas (bekas pyrex ke, luminarc ke..yang boleh hidang terus lepas masak), sapukan butter ke seluruh permukaan bekas.

-Masukkan bahan2 yang digoreng tadi. Padatkan.

-Kemudian tuang sos putih hingga rata dan meleleh ke bawah (kalau guna bekas kaca boleh nampak), taburkan keju parut hinggan rata dan tak nampak langsung pasta...kemudian taburkan hirisan parsley di atasnya.

-Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau kalau bakar atas dapur, gunakan api paling kecil dan tutup api sebaik nampak semua keju mencair. 

-Ok dah boleh makan :)

Jemput mamam...oopp lupa, puasa (^_^)