Showing posts with label Words of Wisdom. Show all posts
Showing posts with label Words of Wisdom. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Formula Matematik Wifaq Yang Pertama

Nak taip laju-laju sebelum terlupa dan nak sambung buat kerja.

"Children are remarkable for their intelligence and ardour,

 for their curiosity, their intolerance of shams, the clarity and 

ruthlessness of their vision." - Aldous Huxley


Pada 18/10/2012...Wifaq tiba-tiba mengeluarkan idea formula Matematiknya yang pertama. Officially 5 tahun 10 bulan now.

Rasanya formula ni simple je dan taklah hebat mana...tapi saya rasa ia 'big thing' bagi kanak-kanak seusianya sebab saya tak pernah ajar pun teknik itu.

Kali pertama saya tengok dia duduk mengadap latihan Maths ialah tahun lepas (2011). Saya tengok dia ambil encyclopaedia Maths milik saya (yang Opahnya belikan masa umur saya seusia Wifaq...5-6 tahun la gitu) dan saya tengok dia cuba selesaikan masalah-masalah Maths itu.

Saya tak expect apa-apa, dan tak fikir apa-apa. Hanya biarkan dia buat...sampai taknak tidur mengadap soalan Maths.

Emaknya ni bukan otak Maths. Saya lebih kepada sastera dan bahasa. Bila tengok nombor je pening heh. Rasanya otak Maths ni diwarisi dari suami saya kot.

Ok. Formulanya:

Untuk selesaikan pemasalahan tolak (minus).

Soalan semalam: 12-4= ?

Cara yang saya ajar sebelum ni: biasalah, ambik buku conteng dan kira...heheh (cara zaman dulu-dulu, nak lagi terer pakaila kalkulator hik hik)

Cara yang Wifaq ajar: Dia kata susah dan lambat nak tulis atas kertas. Jadi dia kira pakai otak. Dia imagine dalam kepala ada 12, dan di jari ada 4...lepas tu dia kira secara terbalik...11,10,9,8...jawapannya 8.

Tak kiralah kalau formula ni simple dan takde apa sangat macam adik Adi Putra, tapi pada saya ia satu permulaan kepada perkara yang lebih besar nanti.

Susah atau senang, formula tu dia cipta sendiri..itu yang lebih penting. Hasil inovasinya sendiri.

Sebelum tidur (macam biasa, dia suka tidur di kaki saya), saya pergi kat dia dan bisik: "Tahniah tau sebab Ipak dah berjaya cipta formula Maths sendiri. Nanti lain kali boleh cipta formula yang lagi susah dan hebat...ok? Dah, selamat malam". Saya gosok dan cium kepalanya dan biarkan dia tidur.

Tapi saya rasa dia bukan terus tidur tapi memikirkan perkara lain...

Kadang-kadang i wonder apa yang ada dalam kepala anak ini. Kalaulah otak manusia Allah SWT ciptakan lutsinar...agaknya kita boleh nampak cetusan elektrik dan letusan kecil antara sinaps, dendrit...(betul ke ni? main sebut je..)..sel-sel otak apa-apalah saling berhubung sesama sendiri (ala macam dalam iklan Anmum Essential tu...(^_^).

Tahniah nak...itu je yang mama boleh ucapkan dan terus berdoa semoga kamu boleh menyumbang sesuatu kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara kelahiran kamu, Malaysia yang terchenta!

(Dah habis menaip ni baru terfikir...patut ke tak aku catat perkembangan ni kat blog eh? ke tak payah...tsk tsk)

Mula-mula formula simple camni dulu...lepas tu..
Satu hari nanti agaknya jadi camni. Insyaallah


Sekian.



Tuesday, July 17, 2012

Wifaq's Words of Wisdom 1

Salam alayk.

Saya decide nak abadikan setiap kata2 anakanda saya Wifaq (5 tahun) dalam blog saya memandangkan selalu terlupa update diary. Sayang kalau terlepas saat2 si anak membesar...setiap patah kata2mu jadi kenangan.

Kata-kata Wifaq semalam petang selepas pulang dari sekolah: 

"Mama, kalau Ipak nakal mama kena marah Ipak. Kalau mama tak tegur, nanti dah besar Ipak jadi orang jahat dan tak bagus..."

Baiklah nak. Insya Allah (^_^)
Tapi sebelum tu doakan la mama dulu jadi ibu yang baik.