Showing posts with label Of Friendship. Show all posts
Showing posts with label Of Friendship. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Sehari di PRU13

Salam alayk.


Setelah semangat yang ada terasa terbang entah ke mana...barulah terasa nak update blog.

Agak terlewat nak update pasal aktiviti kami pada hari mengundi, 5 May 2013.

Saya mengundi di seksyen 9, Shah Alam.


Jam 8 pagi dah keluar berjalan kaki dengan emak menuju ke SK Seksyen 9. Ingatkan belum ramai...rupanya barisan dah panjang. Patut pun kat berita laporkan tahun ni 80% rakyat Malaysia keluar mengundi terutama kaum muda. Pasti ada sesuatu yang mahu dituntut orang muda...

Masa beratur cek nama, tengok masing duk pegang henpon. Tu kalau tak berfesbuk, mesti bertwitter atau berwasap dengan kawan2...masing2 gigih mereport situasi di tempat mengundi masing2 hihi.

Kecuali saya...*sebab tiada smartfon selalu tumpang encik suami punya sahaja....kalau tak aku pun terjebak samalah hahaha*

Anak2 semua tinggal dengan atuk kat rumah. Itupun si Wifaq meraung2 nak ikut pergi mengundi.

Barisan sangatlah panjang...tapi alhamdulillah keadaan sangat selesa sebab beratur pun bawah atap. Cuma kena berjalan jauh sikit ke dalam kesian kat warga emas.

Tengah jalan ada la flashmob tapi macam agak meluat la tengok flashmob satu parti ni sebab terjerit2, terjoget2 dan kurang sopan...huhu. Tiba2 terasa taknak pangkah parti kau sebab terpengaruh dengan aksi kurang sopan budak2 flashmob ni....

And then...sebaik sampai rumah...tanpa dirancang, kawan2 zaman U saya tiba2 SMS ajak p minum and makan2 after mengundi. Mula2 tak berani nak janji lagi...yelah masing2 dah ada anak kecik (kecuali Intan), maka susah sikit nak berjanji2....

Husband pulak di negeri lain menunaikan tanggungjawab yang sama.

Namun, niat suci kami dimakbulkan Allah...apabila akhirnya si Hani sudi mengambik saya di rumah. Hani dan Intan mengundi di tempat yg sama~seksyen 11.

Agaknya suasana yang lengang di Shah Alam membuatkan mood semua orang baik dan rasa nak pergi bersuka ria. Bukan senang weh nak tengok Shah Alam lengang camni kecuali hari raya.

Masa nilah baru boleh tengok wajah2 suci penduduk asal Shah Alam...hihih (^_^)

Lama dah tak jumpa Hani. Ada la 3 tahun kot. Intan baru last month jumpa sebab kami p berdating sama2.

Saya tinggalkan anak dengan emak sekejap. Hani ada bibik jadi takde masalah. Intan pulak masih bujang, Insya Allah soon ditemukan jodoh yang baik macam beliau jugak.

Kali ni pergi berjimba2 bertiga-tigaan pulak. Masa nak pergi tu tragis sikit sebab anak2 semua nak ikut. Mujur Opah sporting. Budak2 ni mana boleh tengok mak dia pergi mana2 tak bawak diorang...

Benda pertama kitorang buat masa memula jumpa ialah tunjuk jari yang sudah dicalit dakwat kekal. Huii kekal betul dakwat ni. Hihi. Nampak gaya macam budak yang calit indelible ink kat jari Intan macam tak ikhlas je buat kerja....dia calit panjang sampai ke tengah jari....

Hani dan Intan adalah lawyer. Hanya saya sorang yang sudah bertukar karier...from lawyer to lecturer. Tapi masih lagi dalam bidang yang sama. 

Rupanya kereta Hani dah membesar...sekarang pakai Innova tu. Sesuailah sebab dah ada firm sendiri.

Maka kami pergi jalan2 naik kereta besar Hani. Mula2 minum2 kat Teapot Cafe SACC Mall. 
The Teapot Cafe. Mine: Grilled Chicken untuk alas perut...tak lapar sangat tapi licin jugak.
Mula Intan nak order benda lain. Staf situ kata agak lama dalam 20minit baru siap. So Intan kensel order lasagna je cepat siap. Me and Hani order Chicken Grill....lama jugak siapnya dalam 20 minit....last2 Intan punya food sorang sampai dan terpaksa tunggu saya dan Hani punya....huhu...sampai sejuk lasagna dia.

Sementara tu makan dulu dessert. Saya order Butter Bread Pudding. Sangat sedap. Hani order Carrot Cake. Makan share 3 orang sambil bersembang hal politik. Kan baru lepas mengundi....

Dah licin baru nk snap
Kebetulan tiga2 pakai baju hitam. Lawyers memang suka baju hitam kot.....hihi. Hani, Intan and Me.
Pemilik 3 jari. Kami sudah mengundi!!! 
Lepas punya lama bersembang2....tetiba Hani ajak p Pearl Haya kat seksyen 7.

Haih apasal tak cakap awal2...kalau tak terus je ke PH. Ni memang orang mengantuk disorongkan tilam dan bantal ni...

Mula2 singgah butik NEDA. Saya dan Intan terbeli shawl padahal yang nak sangat ke sini si Hani. 
Try shawl kat butik NEDA. Hani tak beli...kami yang beli. Intan and Hani tengah try shawl...daku jadi paparazi...heee
Nak try jugak....

Beli shawl ni masa Festival Hijab last year. Charisma Plus. And beli selai lagi kaler printed monochrome pulak. 
And then...pergi PH. Beli lagi...arghhhh...kopak. Saya dan Hani peminat setia PH. Memang taset kitorang taste golongan mak2 :D. 

Intan....dia jenis berjimat cermat. Masuk PH dia duduk je tak belek pun tudung2 yang ada. Bagus tul makcik sorang ni...(gambar kat PH takde sebab dah berpuluh kali datang segan la pulak nak snap any pic....)

And then pergi butik2 lain...banyak yang tutup. Sempat masuk Dreemika dan tumpang solat kat situ. Intan beli blaus. Rupanya budak berdua ni tak solat sabau jelah aku....mujur staf Dreemika tu baik hati bagi tumpang solat.
Dreemika cantik....

Ada sorang staf satu butik tu cakap, bos dia tak bagi cuti semata2 nak suruh jaga butik. Alahai rugilah satu undi...tak patutlah bos menghalang anak buah dari menunaikan hak dia...

Lepas shopping....Hani ajak pergi rumah dia since dia nak breastfeed baby. Pump pulak tertinggal. Then kami lepak2 rumah Hani kejap sementara tunggu hujan lebat berhenti....cantik rumah Hani. Macam istana yang bersaiz kecil. So sweet...

Lepas tu, Hani hantar saya dan Intan balik. Maka berakhirlah pertemuan 2-3 tahun sekali ini di sini...

Harap2 lain kali boleh lagi buat unplanned gathering camni....kalau plan selalu je tak menjadi.

Sekian.

#I appreciate all my friends so much....glad to have u guys in my life!!! Hugs Intan and Hani. BFF till Jannah (^_^)




Friday, January 25, 2013

Menepis Ego

Cuba baca dan fahami ini:
Sebuah perhubungan umpama sebatang kuku yang melekat pada sebatang jari. Apabila kuku semakin panjang...kita memotong kuku, dan bukannya jari. Begitu juga apabila salah faham merebak, hapuskanlah ego...dan bukannya perhubungan itu.

Bukan mudah oiii nak menghapuskan ego. Sebab ego dan diri manusia umpama adik beradik. 

Ego ni macam api. Apabila kecil, ia berguna. Tapi bila besar....boleh memusnahkan dan memakan diri. 

Terutamanya dalam perhubungan sehari-harian. Dengan rakan2, dengan pasangan, dengan saudara mara, dengan ahli keluarga. Kadang2 soal sape makan sape basuh pinggan pun sebenarnya melibatkan ego...

In fact dengan makcik cleaner yang kau lalu lalang depan dia setiap hari pun ada melibatkan ego. Kau ego kalau menyombong taknak senyum atau bagi salam langsung pada makcik cleaner...........

Baru-baru ini sedikit salah faham timbul.

Salah faham ini melibatkan situasi di pejabat yang melibatkan saya dengan insan atasan. Saya mendapat khabar dari pihak ketiga....khabar yang mengecewakan dan meremukkan hati.

Dua tiga hari saya berfikir dan melayan perasaan marah, berprasangka buruk. Akhirnya saya merasakan prasangka tak akan menyelesaikan apa-apa malah akan memburukkan keadaan sebab kita sering merasakan apa yang kita sangka itu betul tanpa duduk berbincang dan bertanya isu sebenar.

Ya. Dalam keadaan inilah biasanya sang syaitan memainkan peranan. Disimbahnya kita dengan minyak agar rasa marah lebih marak....dan akhirnya boleh memusnahkan hubungan yang dibina bertahun-tahun...hanya kerana isu kecil, yang... kalau dibawa berbincang akan selesai dengan baik, mudah dan tanpa memusnahkan apa-apa.

Tetapi hendak bersemuka dan bertanya isu sebenar menuntut kita meruntuhkan ego. Inilah bahagian paling sukar.

Adakah kita bersedia menerima apa jua kemungkinan jawapan dari pihak lagi satu? Adakah pihak sebelah sana mahu berdamai sepertimana kita mahu berdamai dan menyelesaikan masalah?

Di sinilah masalahnya. Adakalanya kita tak bersedia menerima feedback negatif dari orang lain....kerana manusia biasanya mahu mengawal keadaan, dan mahu setiap perkara berlaku mengikut kehendak kita.

Saya mengambil masa bertahun2 untuk jadi seperti hari ini. Hari di mana, saya punya ego....tapi ego itu saya letakkan di tangan dan bukan di hati. 

Gara2 terbaca salah satu topik di majalah Solusi yang berbicara mengenai hati. Hati Emas. Hati yang pemaaf. Hati yang jarang dimiliki oleh manusia tetapi tidak mustahil untuk diraih....dengan jalan mujahadah.

Mujahadah itulah bahagian paling sukar. Mujahadah itu pahit tapi hasilnya amat manis. Mujahadah pada saya....yang paling mudah mencapainya ialah dengan mengingati mati.

Hanya ingat, esok, lusa, atau sekejap lagi...kita mungkin tak bernyawa lagi. Hidup ini bukannya lama. Janganlah meletihkan diri dengan memikir keburukan orang dan menghitung kehendak kita yang belum tercapai.....sebaliknya fokuslah pada perkara apa yang belum kita lakukan.

Penatlah weh asik memikirkan silap orang pada kita....otak letih memikir, orang tu tetap tak berubah. Dan kita pun menimbun dosa.

Jika sekarang kita belum memaafkan sesiapa, maafkanlah...............kerana kalaulah seminit selepas itu ditakdirkan kita pergi, kemaafan itu boleh menjadi markah tambahan di saat2 akhir 'ujian' kehidupan.

Serupalah macam di dewan exam. Bila ketua pengawas announce...'Masa yang anda ada hanya tinggal 5 minit. Sila habiskan perenggan terakhir anda....". Biasanya last minute itulah macam2 idea timbul, macam2 jawapan bernas lagi kita nak tuliskan supaya dapat mengutip markah sebanyak mungkin..............malangnya tidak sempat! 

Bezanya di dewan exam, kita tahu bila masa akan berakhir. Tapi dalam kehidupan? Allah sengaja tak beritahu bila kita akan dijemputNya...supaya kita sentiasa bersedia....dan mengumpul pahala sebanyak mungkin hatta dengan cara yang paling simple.

Nak memaafkan orang dan mengetepikan ego memang susah. Susah gile aku cakap dengan kau. Tapi benda itu bukannya mustahil....

Oleh itu baru2 ini, satu masalah saya dapat diselesaikan dengan bersemuka, berbincang dan berdiskusi. Saya amat terperanjat yang hasilnya sangat baik dan menakjubkan. Tiba2 hati saya terasa lapang............dan segala masalah lain pun terasa selesai.

Saya rasa masa ini syaitan mesti menangis tergolek2 meraung2....

Saya masih belajar dan masih berusaha menampal cacat cela pada diri. Sekarang usia dah menjangkau 30-an dan saya tak pasti berapa banyak lagi sisa umur yang Allah beri. 

Ego ni macam habuk yang melekat di mata (atau cermin mata..kalau anda kategori rabun macam saya (^_^). Tanpa membersihkan habuk tersebut, kita takkan dapat melihat dengan jelas akan kebenaran. Maka, sapulah habuk itu....dan lihatlah dunia dari lensa yang bersih dan jernih.

Sekian. 

jangan gelak aaaaa






Tuesday, January 22, 2013

Erti Persahabatan...

*from tumblr.com* sarcastic huh?


Pepatah mengatakan:

"An insincere and evil friend is more to be feared than a wild beast; a wild beast may wound your body, but an evil friend will wound your mind."

(Terjemahan: Seorang sahabat yang tidak ikhlas adalah lebih patut digeruni daripada seekor binatang buas. Binatang buas hanya akan mencederakan tubuhmu, tetapi sahabat yang tidak ikhlas akan mencederakan pemikiranmu)

Honestly, tell me....apa sebenarnya erti persahabatan buat anda? S.E.B.E.N.A.R.N.Y.A???

To me, apabila bersahabat atau berkawan dengan sesiapa pun...seboleh mungkin saya mahu ikhlas. Sahabat ialah orang yang...bila dia buat silap, atau ada apa2 yang dia buat dan kau tak berkenan...kau terima seadanya dan sedar dia manusia biasa, dan kau tu pun manusia biasa juga.

Seorang sahabat, boleh menjadi dirinya, berkata apa saja....berbual apa jua topik tanpa perlu berpura-pura (kerana bimbang dikutuk di belakang) dan rasa bersalah.

Sahabat...ialah...seorang yang kau tak mengumpat dia di belakang. Di hadapan muka kau manis, dalam hati bersarang dendam kesumat dan caci maki. 

Sahabat...ialah...yang kau tidak langsung mengatakan (atau nampak) yang buruk2 tentangnya...dan menjadi bahan ejekan dan ketawa kau ketika bersama orang lain.

Apabila salah seorang ahli keluarga~suami, anak2, emak, ayah, adik beradik...melakukan yang buruk2....kita biasanya takkan mengutuk mereka di belakang ketika bersama orang lain. Perkara samalah sepatutnya dilakukan mengenai seorang sahabat...........

Apa rasanya....

Apabila mempunyai seorang sahabat, yang suka mengata dan masih menyimpan rasa kurang senang dengan anda dalam hati ketika anda cuba menjadi diri sendiri di hadapannya?That when they stop talking to you, they would start talking about you.

Apa rasanya....jika mempunyai sahabat yang berkawan dengan kau sebab dia tiada sahabat  lain untuk digelar sahabat?

Apa rasanya...mempunyai sahabat yang tak ikhlas dan selalu memperalatkan kau untuk kemudahan dirinya? 
Apa rasanya...mempunyai sahabat yang sukar berlebih kurang atas nama persahabatan?!!!

Rasanya....cukup-cukup sudah...cukup sampai di sini saja....

Kita semua dah terlalu tua dan cukup dewasa untuk runsing kerana dikhianati seorang sahabat. Terlalu banyak perkara menarik dalam dunia ini untuk difikirkan daripada memikirkan perngkhianatan seorang sahabat...

In fact, kalau sanggup mengkhianati itu bukan sahabat pun......

Marilah kita ketawa, dan berlalu....dan terus melompat lebih tinggi untuk memajukan diri.

Bak kata Mumammad Ali si peninju terkenal: 

"Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything. "
(Persahabatan...bukanlah sesuatu yang kau pelajari di sekolah. Tetapi jikalau kau masih tidak mengerti erti persahabatan, bererti kau memang tak pernah mempelajari satu apa pun).

Rasanya cukuplah setakat ini membaja persahabatan yang tak dihargai ini. Ada ramai lagi manusia yang benar2 menghargai persahabatan di dunia ini.

Thursday, November 8, 2012

Datings Part II: Alamanda




Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.


~Albert Camus~


I value friendship so much. 

Sampai ke hari ini saya kurang pasti adakah rakan-rakan saya perasan hal ini atau tidak. 

Sebabnya saya ni memang tak pandai nak menzahirkan perasaan.

I always try to be flexible untuk bergaul dengan semua lapisan, golongan dan background rakan-rakan...and I hope I have done my best.

I want all my friends to be treated accordingly and make they feel comfortable.

Saya ada besfren dari tadika....ada dari sekolah rendah...ada dari sekolah menengah...ada dari Uni...ada yang saya kenali masa chambering...ada yang masa saya bertugas sebagai Peguambela dan Peguamcara....ada yang dikenali semasa buat Master....semasa bekerja sebagai pensyarah....semasa buat PhD....

and I appreciate them all.

Cuma sebagai manusia kadangkala kita tak berdaya nak memenuhi kehendak semuanya dan adalah kesilapan saya di mana-mana.

Layanan terhadap rakan2 tak sama...tak boleh pukul rata kesemuanya.

Dengan rakan-rakan yang tak mengharung badai PhD bersama saya, saya takkan sesekali menyebut tentang cabaran dan susah payah belajar...saya lebih suka bercerita topic yang lebih common...yang semua orang boleh 'masuk' dan gembira bercerita mengenainya.

Harini saya pergi 'dating' dengan opismate Dept of Law...she's my Head of Dept and another besfren kak Ayu from another Dept but we are under the same faculty. Masa kerja dulu pun memang inilah rakan berjimba-jimba saya...

Dah lama tak jumpa. Lately je baru berpeluang dating bersama...kebetulan diorang tengah takde class. 

Harini kami pergi ziarah mantan Head of Dept yang baru je melahirkan anak ke-3 di area berhampiran Nilai 3.

Masa ziarah tu, tiba2 dapat call dari jiran beliau...dan ada jeritan seorang wanita. Rupanya wanita tu nampak seorang lelaki melompat atas pagar rumah seorang jiran lain...agaknya lepas dengar jeritan tu perompak tu terkejut terus lari tinggalkan keretanya di situ. Pihak berkuasa dah tahan keretanya.

Siang-siang hari pun kau berani berjihad merompak rumah orang.

Kau ingat kau dapat hartabenda orang...kau takkan mati? Takkan jumpa Allah? Takkan disoal siasat? Esok dekat akhirat mulut kau takkan bercakap tapi tangan dan selutuh anggota badan kau yang akan bercakap...mana kau nak lari...?

Kenapa ramai manusia jahat hari ini?

Jawapnya: tak takut Allah.

Kenapa tak takut Allah?

Jawapnya: Sebab dia tak rasa (atau lupa...atau tak tahu) yang ada Kuasa yang Maha Melihat tindak tanduknya...dan lupa yg dia akan mati....atau dia terdesak hinggakan tak boleh berfikir waras...macam dalam drama Aku Bukan Haji tuuu..

Kenapa tak rasa yang Allah Maha Melihat?

Jawab: Apa taknya takde yang nak mengingatkan. Bukak TV...bukak radio hanya tengok benda2 yang menjauhkan dari Tuhan...cubalah 24 jam pagi petang siang malam kita hanya lihat, dengar dan rasa benda2 baik insya allah akhirnya manusia 'terpaksa' jadi baik sebab hanya benda2 baik yg dia tahu...

Saya tahu ini mustahil. Tapi kalau semua ibu bapa, anggota masyarakat dan pemimpin....main peranan...Insya Allah.

Kita takkan hidup selama-lamanya. What goes around comes around...

Bagaimana pengakhiran perjalanan hidup kita nanti.

Ni dah apahal jadi sesi tazkirah pulak ni? Emo la tu dengar kes2 jenayah camni.

Lepas ziarah sahabat tu, kami pi makan-makan sat kat Alamanda. Akhirnya semua decide nak makan Kenny Rogers. 
Our foods.............*lapaq*
With Kak Ayu..orang kuat JPPI
Wif my KJ
Malu2 lettew Kak Jeny....(^_^)
Kak Ayu yang baik hati...

Sebelum masuk KR, singgah MPH dulu. Dapatla rembat 4 biji buku. 1 untuk diri sendiri dan 3 untuk anak. 

Untuk saya, apalagi kalau bukan nak mencukupkan koleksi Chicken Soup series. Herannya kali ni kenapa tak banyak stok eh macam sebelum ni. Tinggal yang tak best2 je. Adakah kerana entry saya tentang Chicken Soup sebelum ni maka orang berduyun2 pegi beli....*apakah hebat sangat entry kau tu shana'..? mengapakah kau perasan ya amat...*

Akhirnya saya beli: Chicken Soup for Every Mom's Soul.
I'm a bad mummy...I need a self-help book.....tskkkk

Untuk Wifaq belikan SUDOKU (sebab lately memang dia tengah 'angin' SUDOKU...lepas tu untuk Rihaab dan Tebi belikan Fisher Price activity books. Oklah tu asal tak berebut...*tapi kadang2 dah ada masing2 pun nak rebut jugak...memang saje suka2 nak berebut agaknya....*

Seronok rasanya dapat luangkan masa dengan kawan2. 

Huhu tadi ada masuk Carlo Rino sekejap...meleleh ayaq liuq tengok latest design punya handbag...sekali belek price tag....huhu...murahnyeeeeeeee....RM690++ aje....*nangis akuu....*

RM690+ untuk sebuah handbag? Nak beli sendiri memang tidakle...unless ada sponsor....heheheh

Lantas rasa nak call encik bos. Tak payahlah belikan apa2 kat Makkah atau Madinah...jubah pun tanak...nak henbeg CR je....harap2 permohonan diperkenankan....T________________T

Sejak cuti belajau...dah lama tak beli sebarang henbeg mahupun kasut. Beli pun tatau nak pakai pegi mana...asik kelek backpack je...maklumle kan student!


"Everyone hears what you say. Friends listen to what you say. Best friends listen to what you don't say." (^_^)
Terima kasih sudi baca.


Wednesday, August 8, 2012

Siapa Sahabat Kita...?

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan...dahpun tiba ke 10 hari terakhir Ramadhan.

Cepat sangat masa berlalu, kalau boleh nak repeat balik ke hari pertama Ramadhan.

Hari ni...saya terjumpa majalah Solusi edisi ke-4 yang berbicara soal seketul daging dalam diri kita yang bernama H.A.T.I.

Berikut ialah intipati dari majalah Solusi yang saya cubit sikit2 sana dan sini buat peringatan diri sendiri.

Ya. Saya mahu bicara Soal Hati *bukan filem Soal Hati tu ye...*

gambar ambik dari SINI
Siapa kita ditentukan oleh hati kita. 

Bukan itu saja. Siapa kita ditentukan juga oleh siapa 'rakan-rakan' kita. 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Jika kita hendak kenal seseorang itu, kita kenal rakannya" (Solusi isu 4 hlm.21).

Saya rasa hadith ini sangat tepat kerana biasanya siapa kita ditunjukkan oleh siapa kawan kita.

Maka siapakah teman yang baik?

Bilal bin Saad seorang tokoh tabiin di Syam berkata:
"Seorang teman yang setiap kali berjumpa memberitahu keburukanmu...lebih baik daripada seorang teman yang setiap kali bertemu memberimu wang".

Tepat sekali. Teman yang baik ialah yang bukan hanya memberitahu hal2 yang ingin kita dengar dan memuji2, tetapi juga memberitahu apa kesalahan kita, di mana silap kita dan menunjukkan kelemahan kita. Itulah teman yang ikhlas.

Pernah terjadi satu keadaan di mana, apabila seorang teman memberi teguran demi teguran di facebook...teman yang memberi teguran itu terus di'delete' dari senarai rakan kerana dituduh menjatuhkan maruah dan menghentam rakannya.

Saidina Umar Al Khattab pula pernah berkata:
"Orang yang paling saya cintai ialah seseorang yang menunjukkan kesalahan2 saya".
Subhanallah. Seorang khalifah pun sanggup merendahkan diri dan menerima teguran..apatah lagi kita yang biasa2 ni (^_^)

Jiwa besar Umar mendorong beliau untuk sentiasa bermuhasabah, mencari dan bertanya orang lain akan kelemahan diri beliau.

Bukan mudah hendak mengakui kelemahan dan mengikis sifat ego. Kebanyakan kita, pantang ditegur terus melenting....walhal bukankah lebih baik kita duduk sejenak...bertafakur dan cek semula mungkin ada kesilapan2 kita di mana2.

Untuk mengaku kesilapan...memerlukan hati yang baik dan bersih.

Untuk 'mencuci' hati memerlukan mujahadah. Ubat kebiasaannya pahit, begitulah juga dengan mujahadah. Ia sangat pahit, perit dan menyeksakan. Tetapi...mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis!

Jalan ke syurga memang bukannya mudah.

Sebab itu...Imam al Ghazali pernah berkata:
"Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu membaca Al Quran. Jika tidak kau temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika bertafakur mengingati mati. 
Jika kau tidak temui juga, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati".

Maka, rawatlah hati dengan mengingati mati. Hati yang mati akan hidup, dan hati yang melupakan mati akan mati sebelum waktunya.

Maka jagalah hati. Kerana hati bukan saja menentukan kualiti amalan seseorang, bahkan nilai seseorang itu secara keseluruhan.

Jom kita 'clorox' hati. Campak ego ketepi...muhasabah diri.

Salam Ramadhan....sayang anda semua !!!(*_^)

Tuesday, July 31, 2012

Katakan Yang Benar Walaupun Pahit!

Assalamualaikum wbt

Renungkan kata2 ini:
"Katakanlah yang benar walaupun pahit".

Bagi pihak yang berkata2, memang adakalnya pahit hendak menyatakan yang benar.

But on the other side, saya nak sambung kata2 ini dengan ayat: "Terimalah hakikat kebenaran dengan redha walaupun pahit".

Apabila kita melakukan kesalahan, dan ada yang sudi menegur...terimalah dengan hati terbuka.

Namun hendak menerima teguran dengan hati terbuka memerlukan ilmu dan mentaliti yang aku ingin berubah.

Kadang2 sesuatu yang buruk berlaku dalam hidup kita, jika diamati betul2, sebenarnya salah satu cara Allah SWT menegur kita agar kita cepat berubah.

Tapi...ada sesetengah jenis manusia yang asyik mengeluh bila musibah menimpa dan menuding jari ke segenap pelusuk hingga terlupa yang salah silap itu adakala datang dari diri kita sendiri 

Saya belajar sesuatu yang amat berharga hari ini.


Bahawa kebenaran itu memang pahit dan lebih pahit apabila kita menyangksa insa bergelar sahabat sudi menerima teguran kita....rupa2nya tidak malah segala teguran kita dianggap sengaja mahu menjatuhkan maruahnya.
kembali kepada Allah SWT....semoga Allah memberi hidayah kepadanya kerana saya sudah habis daya selepas teguran tidak diterima.

Hidup kita di dunia tidak lama....

Bermusuhan tidak membawa ke mana.

Ya Allah jauhkanlah diri ini dari sikap suka bersengketa dan memutuskan ukhuwah. Lembutkanlah hatiku untuk menerima teguran agar diri ini diterima syurgaMu Ya Allah....

Salam Ramadhan