Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Monday, September 10, 2012

My New Collection of Chicken Soup Series...

Salam sejahtera semua...salam Syawal (sempat lagi nak habiskan beraya ni...(^_^)

Last week, on Wednesay...I was planning to duduk diam2 dekat rumah and siapkan chapter yang masih berbaki...apabila tiba2 encik husband secara tiba2 suruh siap2 dan temankan beliau ke program apa benda entah khas untuk BUMITRA iaitu persatuan travel agensi bumiputera..or something like that hehe (nampak beno malas nak ambik tau)

Okay...ke mana dan apa saya buat sepanjang hari itu, saya akan tulis dalam entry lain khas nak story new findings yang agak mengujakan saya hari itu.

Disebabkan encik husband sudah 'curi' masa saya sehari suntuk dan tak dapat study...macam biasa lah wife beliau yang materialistik ini mesti akan tanya: "Kalau temankan...abang nak belanja apa?".

Sambil ketawa2...sempat beliau berkata: "Okay, **** (panggilan rahsia di rumah...yang pasti tidak menggelikan telinga yang mendengar, tapi saje nak rahsia jugak...hehe) nak makan apa? Nak makan kat mana?" sempat beliau berkata: "Materialistik betul bini aku"

Jawab saya: "Tak kiralah materialistik ke apa...janji dapat makan sedap dan free..." hik hik (*_^)

Setelah berkaw-tim dengan beliau...akhirnya habis program beliau bawa saya ke Alamanda, Putrajaya...sebab saya rasa nak makan Nando's dan mahu ke MPH cari buku baru...

Akhirnya...petang itu saya dapat buku baru yang sangat best, ini dia:

Chicken Soup for the Mother of Preschooler's Soul...sambil membaca sambil makan Natas (Portuguese Egg Tart kot...) buat mengubat jiwa yang confuse dalam membesarkan tiga anak2 di peringkat prasekolah.

Buku ini menambahkan lagi koleksi Chicken Soup Series saya...sebelum ni saya pernah bercerita tentang siri buku feveret saya ni. Sila lihat entry INI ye kawan-kawan :)

Banyak sangat kisah2 menarik yang buat kita senyum sendirian (^_^)

Nanti next time share antara kisah2 best dalam buku ni ye...til then, salam sayang muah muah.

Thursday, May 3, 2012

Sehari di KLIBF 2012

Assalamualaikum wbt.

Antara hasil rampasan di KLIBF 2012. Bajet yang diperuntukkan habis licin.

Alhamdulillah. Semalam pada tarikh 2 May 2012, tercapai juga hajat saya untuk menjejak kaki ke KLIBF 2012.

Mengunjungi KLIBF memang aktiviti tahunan 'kami' *merujuk kepada sepupu2 sebelah emak* sejak dari zaman anak dara sampailah ketika anak 3.

Malangnya tahun ini...disebabkan 2 lagi cousin kamcing dah selamat bergelar isteri orang, maka akhirnya tahun ini kami 'terpisah' dan pergi dengan pasangan masing2.

Kesian encik suami terpaksa 'cuti' seharian menemankan saya dan 2 anak dara, Rihaab dan Nehal di KLIBF tahun ini.

Sudahlah lenguh tangan mengangkut buku...lenguh pulak nak mendukung si kecik Nehal yang taknak duduk dalam stroller.

Last2, buku yang duduk dalam stroller.

Hasil rampasan saya sama banyak je macam tahun2 sebelumnya.

Penuh 2 buah beg beroda...plus atas stoller lagi.

Lepas hantar satu trip buku ke kereta, kami solat Zohor dan sambung lagi round.

Dah nak dekat maghrib baru kami sudah round dan singgah makan malam di Kampung Baru dan solat di Masjid Kg. Baru.

Leka mengadap buku sampai makan pun lupa...

Harap2 tahun depan saya ke KLIBF 2013 dengan status berbeza, Insya Allah. 

Nak tidur malam barulah terasa sakit dan lenguh tangan.

Badan Nehal pun terasa panas...kesian anak aku ikut mama pegi beli buku sampai demam.

Sudahnya cepat2 saya jaramkan kepalanya dengan air zam2 berserta doa, alhamdulillah menjelang pagi suhu badan Nehal dah OK. Risau jugak sebab anak2 dah lama tak sakit....

Saya perasan menjelang umur 30an ni, tiap kali ke KLIBF saya dah kurang beli novel.

Ehem. Tapi novel2 Norhayati Berahim memang saya tak boleh miss. Saya beli juga yang latest Dari Milan ke Maran...dan...Roti Canai Salad Taco. Siap dapat tudung free lagi sebagai souvenir.

Cuma tahun ni tak dapat nak jumpa dan ambik signature Kak Yati macam tahun2 sebelumnya.

 Karya Kak Yati belum pernah mengecewakan saya *yang sangat cerewet dengan cara garapan penulis*.

Kali pertama saya beli novel Kak Yati masa zaman belajar U dulu. Terus jatuh hati dengan cara penulisannya.

Lagi seorang penulis yang saya suka sangat ialah Noor Suraya (Kak Sue) yang saya dapat jumpa dan ambil signature 2 tahun lepas.

Tapi lately macam susah nak nampak novel terkini Kak Su di pasaran kecuali untuk kanak-kanak. 

Cuma dua orang penulis ni je yang saya betul2 follow dan boleh masuk dengan cara penulisan mereka.

Sorry to say, memang ramai penulis novel di Malaysia...kebanyakan mereka 'minat' menulis tetapi tiada 'natural talent' untuk menulis.

Akhirnya saya rasa sungguh membazir membeli novel2 mereka ini...

Selain sedikit novel, kebanyakan buku yang saya rembat ber'genre' motivational dan inspirational...juga spiritual.

Lepas tu...macam biasalah saya akan borong semua majalah lama feveret saya di karangkraf macam IMPIANA, APARTMEN, LAMAN, DAPUR, NUR dan PA n Ma. Pendek kata cukuplah stok setahun (lepas) disebabkan lately saya teramat bizi dan takde masa nak ke kedai untuk jenguk majalah pun....

Dengan ini secara otomatik, koleksi tahun lepas saya dan separuh tahun ini telah lengkap :)

Kalau tak ada orang macam saya tak hidup la KLIBF hihihih.

Sampai jumpa lagi.


 

Tuesday, April 24, 2012

Chicken Soup for (MY) Soul ^_^

Assalamualaikum.
The book I am currently reading...usually before sleep. Bangun je the next day terasa sungguh bermotivasi wuwu

 It's late at night already.

Everybody's asleep and I'm alone.

My little baby Tebi is sleeping back there accompanying me...studying.

Selalunya apabila otak terasa letih dan mata terasa penat merenung skrin netbook...saya akan capai mana-mana buku berdekatan untuk rehatkan minda.

Sekejap pun tak apa.

Dan biasanya sebelum tidur saya akan membaca sesuatu yang positif...yang membuatkan saya bangun esok hari sebagai insan yang lebih baik.

Anda tahu siri buku motivasi Chicken Soup for The Soul? 

Kali pertama saya dengar tajuknya, sepupu kancing kamcing saya si Siti Zakiah sangka saya cari buku resipi di KLIBF beberapa tahun lepas *waktu itu saya belum mahu kahwin*

Ia adalah buku motivasi dan self help antara yang terlaris di Amerika.
Saya mula membaca siri Chicken Soup for the Soul sejak usia 18 tahun. Ketika itu saya baru bergelar budak U di matrik UIA Lembah Pantai.

I just fell in love with this book.

Dan masih membacanya hingga sekarang.

Buku ini mempunyai lebih 200 siri untuk sepanjang kehidupan dan pelbagai lapisan masyarakat.

Ditulis oleh Jack Canfield dan Mark Victor Hansen, ia merupakan himpunan 101 cerita pendek hasil sumbangan orang ramai yang menceritakan pengalaman sebenar mereka.

Semuanya berjaya menyentuh hati dan mengubah perspektif saya tentang kehidupan. 

Walaupun ada beratus2 siri tapi saya tak mampu beli kesemuanya.

Waktu usia 18 tahun, saya baca Chicken Soup for the TEENAGE Soul. Yang ini ada banyak siri.

My first book. Masih elok tersimpan atas rak. Beli waktu usia sweet 18, sekarang sweet 31-an *gambar ihsan amazon.com*

Kemudian, masuk ke main campus...saya baca pula Chicken Soup for the Writer's Soul. Sebab waktu itu saya tengah gila menulis novel.


Buku ni saya beli used-book yg dh agak lusuh. Dialah yang paling buruk berbanding rakan2nya yang lain. Masa tu poket tak berapa nak tebal jadi saya beli di kedai buku terpakai saja sob sob..biar rege murah, yang penting ilmu di dalam mahal *gambar amazon.com*

Dan juga Chicken Soup for the Woman's Soul *masa itu baru nak menginjak jadi woman*

bukan senang nak jadi wanita...*gambar ihsan amazon.com*
Kemudian bila dah jadi isteri orang...belum serik lagi. Saya baca pula Chicken for the Mother's Soul ketika hamil anak sulung *patut pun si Wifaq pantang jumpa buku*
Nak jadi ibu pun kena motivated *gambar amazon.com*
Kemudian...bila further study lagi dan perlukan motivasi...saya baca Chicken Soup for the Parent's Soul *walaupun tajuknya for parents tapi saya sorang je yang baca huhu*

Dan sekarang saya sedang baca Chicken Soup for the Soul: Think Positive.  

Satu lagi Chicken Soup for the Soul: Devotional Stories for Tough Times saya baru scan gitu-gitu aje sebelum ada orang bising *buku ini saya beli di KLIBF 2011 dah nak masuk KLIBF 2012 belum baca lagi...padahal rak buku dah tak muat..alasanlah tu nak beli rak baru*

Yang ni beli di KLIBF 2011 tapi belum baca...*saya buzy body*

Buku-buku ini sangat banyak membantu saya.

Lately baru saya tahu PTS ada menterjemah buku ini ke Bahasa Melayu tapi pada saya kurang feel bila baca dalam bahasa Melayu compared to the English version.

Nanti dah tua kena baca pulak dua buku di bawah ini:
Nanti dah ada cucu kena baca buku ni...
Dan ini juga:


Entry ini bersempena mood KLIBF 2012 yang akan menjelma beberapa hari saja lagi.

Oh sungguh tak sabar ^_^