Monday, December 3, 2012

DUNGUN WEDDING TRIP 2012


Rasulullah saw pernah ditanya oleh seorang sahabat,“Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke syurga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (Hadith Riwayat Bukhari).

Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Mula-mula rasa berat hati nak pergi ke Dungun untuk wedding cousin saya Azratul Wahida Sabaruddin...tapi apabila mengenangkan ukhuwah dan persaudaraan saya gagahkan juga diri dan mengabaikan sementara tugasan yang masih berbaki dan berada di tahap kritikal ketika ini. Lebih-lebih lepas baca hadith di atas...............insya Allah, semoga semua urusan saya dipermudahkan berkat memelihara persaudaraan. 

Maka, sesudah Subuh Khamis 29/11/2012 bertolaklah kami dari Bangi bersama sebuah lagi kereta sepupu saya yang dipanggil Angah berkonvoi menuju ke Genting Sempah. Angah duduk berdekatan rumah saya jugak.

Malam sebelum pergi Angah dah call siap2 jangan bawak makanan sebab beliau dah masakkan banyak nasi lemak (nama nasik lemak tapi takde santan huhu) dan sambal sotong. Anak Angah ramai jadi tak berbaloi nak membeli di tengah jalan.
Dah macam stall dah
Dah nak dekat sampai Genting 'Sampah' (bak kata Tebi) tetiba dapat SMS dari dua cousin lelaki dari arah berlainan tapi soalan yang sama iaitu: "Kak Shana nak jumpa kat mana?". Ni sejak bila pulak aku jadi ketua konvoi ni? Haih...si Khalil dari KKB (sebiji kereta) dan Maman dari Klang 3 biji kereta. Dengan eksennya selaku ketua konvoi aku pun terus reply SMS: "Jumpa kat Genting Sempah...". Wah...perasaan macam Ketua Kelas la waktu ni.. hik hik
Sembang apa dengan Maklang tu...
Sampai je Genting Sempah anak beranak Mak Ngah Saniah (3 keluarga~Lina, Abg Waie dan Nurul) sume tengah open table. Punyalah banyak tong makanan macam nak meniaga nasi lemak...siap ada bangku....yang takde cuma payung pasar malam tu je. Silap2 ada yang datang mintak 'nasik lemak 3 bungkus ye kak..' ahahaha.

Dengan bahagianya kami pun meratah segala makanan yang ada. Alhamdulillah kenyang thanx to family Mak Ngah yang memang rajin masak memasak tiap kali berjalan ke mana-mana tak macam aku yang pemalas ni...asal lapar je beli...huhuhu..tak ekonomik langsung. Daku kena berubah ni....

Lepas habis makan, si Khalil, Siti dan suaminya Yaseen dan Pak Uda satu kereta pun sampai. Keluarga Pak Anjang straight ke Dungun tak singgah sini. Mak Uda pulak tak dapat pergi ke Dungun sebab menantunya dah masuk ward nak melahirkan cucu sulung beliau. 

Maka, lepas tu kami berpecah. Angah ikut konvoi family beliau jalan dulu. Kami dan Siti stick to each other dua bijik kereta ke mana-mana. Encik husband kata nak singgah Kuantan tengok ofis beliau cawangan Pahang yang tengah proses renovasi. Pak Uda kata beliau nak ikut. So ke Kuantanlah kami dua bijik kereta. Bezanya...dari Genting Sempah ke Dungun dah tukar drebar. Si Khalil offer nak jadi driver kami...so apalagi encik husband zzzzzzzzzzzzzz jelah sepanjang perjalanan. 
Pilot of the day! Sepanjang jalan asyik announce: "tuan-tuan dan puan2, sila pasang tali keselamatan kerana pesawat  akan melanggar awan tebal. Terima kasih". Nyampah aku budak ni

Yang si Khalil pun...sepanjang jalan duk buat lawak senget dia. Boleh sepanjang jalan dia announce: "Tuan2 dan puan2, sila pasang tali keselamatan kerana pesawat sedang melanggar awan tebal. Terima kasih".

Saya cakap jalan ke Kuantan straight takyah ngengada pakai GPS. Pada saya GPS ni hanya menyesatkan je dan otak manusia berserta pengetahuan Geografi yang mantop adalah jauh lebih hebat. Dia degil nak gak pasang GPS....last2 GPS tunjuk laluan jauh dan menyesatkan.

Sepanjang laluan di LPT tu mulalah meneka2 di kawasan mana arwah cousin saya Raihana Zainudin kemalangan yang meragut nyawa beliau pada tahun 2010. Khabarnya kereta yang beliau naiki kemalangan di LPT berhampiran Kuantan. Untuk kisah pemergian cousin saya boleh lihat entry lama...
Bandar Kuantan..lama dah tak datang sini
Lepas tengok opis, si Zali (staf cawangan Kuantan) bawa kami lunch kat satu gerai yang femes la kot...sebab agak jauh dia bawa dan ramai orang. Kami pun makanlah Ikan Patin masak tempoyak. Kalau dah ke Pahang nak makan lauk lain rugilah...pergi mana2 tempat eloklah cuba dan rasa makanan femes di kawasan tersebut barulah thrill namanya.

Ke Melaka...cubalah Asam Pedas Melaka...dan belilah cencaluk
Ke Negeri Sembilan...cubalah Masak Lomak Cili Padi...Ikan Keli Salai...Daging Salai...etc
Ke Kelantan...makanlah Nasi Kukus dan Sup Urat...Sup Perut original...
Ke Penang...cubalah Mee Udang Sungai Dua...
Ke Korea...cubalah Kimchi (walaupun dh rasa sekali tanak dah...uwekk)
Ke Beijing...cubalah Shark's Fin Soup original...
Ke Saudi...cubalah Nasi Arab dan Shawarma 
....begitulah walau ke mana pun pergi mesti cuba makanan orang lain....buka sikit minda dan tekak itu ye kawan-kawan....:P

Lepas Kuantan, on the way nak ke Dungun si Khalil on balik GPS dia. Grrr budak ni. Last2 GPS menyesatkan kami sampai terpaksa patah balik terus off kan balik. GPS ni hanya berguna dalam keadaan tertentu saja. Di kebanyakan masa, otak kita lebih hebat dr GPS. Tengok jelah signboard tu habis cerita....

Sampai je dekat2 Kemaman...saya cakap Khalil sila carik gerai sata. Sebab dah ngidam sangat ni nak makan sata dengan Kopi O panas. Jalan punya jalan, saya teringat beberapa tahun lalu kami penah makan Sata kat satu gerai kecik tepi laut....tapi bila kami sampai, gerai tu masih ada cuma Satanya tak nampak pun.

Maka kami keluar ke jalan besar. Hampa hati ini sebab dah imagine dah nak mengunyah Sata sambil hirup Kopi O panas...sambil menikmati angin laut...imaginasi tersebut sudahpun didelete hehe. Kami pun singgah la kat kedai Aziz Satar. Ramai jugak orang. Memang sedaplah sebab terasa ikannya. 
Warung Aziz Satar....ramai betul orang especially belah petang time Sata mula dibakar antara jam 4.30 petang - 6.30 ptg
Mula-mula Khalil cakap Sata tak sedap sebab dia pernah makan kat KL rasa tak sedap. Memanglah yang kat KL tak sedap sebab kelapa je banyak ikan sikit. Yang kat Kuala Kemaman ni memang terbaiklah...isi ikan banyak, kelapa sikit, cili pun terasa..pergh. Saya order Kopi O Ais.....tak jadi Kopi O panas sebab encik husband order yang panas...nanti kalau nak saya songlap saja beliau punya hehe. Tapi bila air sampai....dah minum setengah gelas baru perasan...la, yang saya minum ni Nescafe Ais si Khalil. Kopi O Ais saya Khalil minum. Eloklah tu....tak cemana boleh confuse tak tau...
Sata Kuala Kemaman idaman kalbu....bersama Kopi O Kawwww
Saya hanya makan bebenda original sahaja. Contoh kalau Keropok Lekor...kat KL saya tak makan bukan sebab tak suka, tp sebab tak berapa nak sedap dan mahal je lebih. Begitu juga dengan Sata. Saya hanya makan Sata di Terengganu sahaja...
Puas sua ke mulut Tebi tapi dia taknak. Last2 saya ngap semua tinggalkan 2 ketul je untuk orang lain hehehe. Sedapnyalah Sata ni sapelah yang menciptanya ye
Wifaq and his all time feveret Kepok Lekor
Lepas ngap 16 biji Sata seorang diri...saya pun keluar dari kedai dengan senang hati. Puas betul rasanya. Bukan senang nak sampai Kemaman ni. Masa nak kembali ke kereta, ternampak sebiji banglo yang macam baru siap tepi jalan....tapi designnya sangat cantik....sempat ambik gambar banglo tersebut. Silap2 tokey kedai ni punya tak
Ada jual benda ni kat tepi kedai Aziz Satar...suka tengok tapi tak rasa nak beli

Kami pun teruskan perjalanan ke Dungun. Masa kat Kemaman lagi...cousin saya Kamil dah call cakap pasal homestay. Khabarnya, homestay yg tuan rumah booking dah full jadi kami kena cari homestay lain. Kamil dah dapat homestay kat betul2 tepi pantai dan tanya kami nak join tak sebab ada lagi 2 bilik kosong. Semalam RM190. Kami pun cakap nak. Sampai Dungun...berpusing2 cari rumah Pakcik Saba.
Busy jawab tepon pasal homestay...

Pakcik Saba ialah abang emak saya berasal dari Kuala Kubu Baharu, Selangor...tapi decide menetap di Terengganu setelah berpuluh tahun bekerja dengan syarikat minyak di sana. Nampak gaya memang Pakcik Saba taknak balik Selangor sebab majlis kahwin pun buat di sana. Anak sulung beliau, Wahida pun esok bakal bernikah dengan orang Terengganu. Atas sebab itulah kami gagahkan juga ke Dungun...sebab kalau kami tak pergi, siapa pulak nak jadi saudara mara beliau sepanjang majlis berlangsung. Kesian kat Pakcik Saba dan Mak Jah (yang berasal dari Perak). Jadinya ketika ini semua saudara mara datang dari Selangor dan Perak.

Saudara mara lain dah sampai lebih awal dan dah check in di homestay. Tiga keluarga lagi ialah Maksu, Pakcik Atai dan Pak Lang duduk homestay lain. Mak Ngah Saniah sekeluarga pun homestay lain yang dah dibook lebih awal oleh Abang Waie.
Sampai2 je Dungun, p umah Pakcik Saba dulu bertemu sanak saudara lain...makan2...sembang2...bising2 macam biasa lepas tu balik ke homestay. Homestay kami bebetul mengadap laut Pantai Sura...sederet dengan UiTM Dungun. Kebetulan masa ni tengah Konvo UiTM maka agak ramailah hamba Allah. 

Homestay yang kami duduk ni khabarnya milik ex-student UIA berasal Timor Leste (cakap bunyi Indonesia) dan dah berkahwin dengan warga Terengganu. Memang best homestay beliau sebab...bersih, kemas, nampak laut, murah....dan....ada peti aiskrim!
shana-alhana.blogspot.com
homestay kami...
Sape yang nak makan aiskrim kena tulis nama dan isi dalam balang disediakan. Antara nama yang bayak kali tercatat ialah nama anak2 saya..huhuh. Sebelum tidur pun yang pangkat Atuk2 pakat bukak peti aiskrim sabau jelah.

Kaum lelaki sume pakat tidur kat ruang tamu. Mujur masing2 ada bawak Toto boleh cover kekurangan tempat tidur. Ayahanda saya pulak akan sampai ke Dungun jam 3 pagi dari Kota Bharu naik bas lepas selesaikan urusan di sana. Maka jam 3 pagi pergilah Khalil dan emak saya mengambik Atuk (ayah saya le tu...) depan SMS Dungun. 

Malam tu kami tidur agak lewat sebab bersembang-sembang. Anak2 saya dah surrender lebih awal keletihan.

Hari Kedua Sabtu 30/11/2012 

Pagi ni bangun solat Subuh rumah masih gelap. Nampak Pak Uda tengah solat Subuh. Lepas solat yang lain pun pakat bangun semua. Sebelum mandi, kami pun pergilah berjalan2 menikmati angin Subuh Pantai Sura. 
Hohoho ada dibuat orang brekfes makan eksrem di tepi pantai...?
Sebelum keluar seorang diri, saya ambik aiskrim dulu hehe. Dan jugak kamera. Sampai je kat pantai nampak ada dua orang manusia sedang berdiri. Rupanya pasangan pengantin yang tak lama sangat tengah menikmati pemandangan laut. Sempat la snap gambar makcik tu kalau dia tau mesti marah hihih.
Wah wah wah kemain lagi kome bercanda di tepian pantai ye.....takpe sudah halal hehe
Muka original sewaktu belum mandi...with Siti. Walaupun belum mandi tudung tetap Pehaya hokay...(^_^)
Ramai pulak

Siap berpayung bagai ala hindustan lettew
Golongan makcik dan Opah...
Lepas tu makin ramai la kat pantai tu...semua family kami je. Yang tua yang muda semua datang ke sini. Lepas tu saya cepat2 balik homestay sebab nak mandikan anak dan diri sendiri. harini jam 10 pagi Wahida nak nikah. 

Macam2 ragam la nak mandikan anak bila dah ramai-ramai gini. Dengan berebut toilet lagi.  Jam 10pagi kami ke rumah pakcik Saba lepas tu ke surau untuk akad nikah
Muka dah cantik dah mandi (^_^),,kat surau tunggu akad nikah Wahida
Female cousins...semua speckie....:)
Pengantin dan kekazen pempuan yang sumenya speckie....eh ada sorang makcik la...hehe *dari kiri: Nurul, Leha, tuan tanah, emak saya, pemantin, Siti dan Lina
Alhamdulillah Wahida dah selamat jadi isteri orang. Welcome Fuad to our family
Ikut plan asal, kami nak balik terus lepas majlis. Tapi bila Mak Jah jemput ke rumah lelaki esok tak sampai hati pulak. 

Sementara tunggu majlis resepi lepas Jumaat kami pergi jalan rumah kawan ayah yang kerja di UiTM Dungun. Dulu beliau kerja di UiTM Shah Alam dengan ayahanda saya. Kat rumah makcik ni beliau hidang keropok lekor..adui rasanya keropok lekor tersedap di dunialah agaknya. Sebab selama ni saya memang tak suka keropom lekor disebabkan liat.

Tapi yang ni...aduyai...dahle lembut cuma rasa ikan je. Gigit pun macam gigit Japanese cheesecake sambil pejam mata heheheh. Beliau kata kedai jual kepok ni dekat je tapi ramai orang kena pergi awal.

Majlis resepsi harini lepas Solat Jumaat kat dewan. Lepas habis majlis kami terus buat slot Taaruf macam tradisi sebelum2 ni. Bezanya, kalau kat KL buat Taaruf malam lepas Maghrib...tapi sebab masing2 sume nak balik cepat di sini kami buat terus after majlis. Macam biasa ahli keluarga memperkenalkan diri dan keluarga masing2. Lepas tu pengantin pulak. Lagipun kami duk KL dan Wahida kat Ganu...kalau bukan masa ni bila lagi nak kenal mengenal dengan saudara mara yang jauh. 
Cantiknye kaler dark purple...
Mujur geng2 Nasyeed.com ada...boleh jadi penasyid bidan terjun. Takyah rehearsal pun elok je diorang berselawat dan bernasyid. Bravo! *dari kiri: Maman, Abg Waie, Fawwaz dan ayahnya Abang Ngah*
Majlis Taaruf: ahli keluarga perkenalkan diri dan keluarga masing2...memang tradisi turun temurun dalam keluarga kami setiap kali selesai majlis perkahwinan
Pakcik Saba selaku bapa pengantin melahirkan rasa terharu di atas kehadiran saudara mara dari jauh
Pengantin pun kena bercakap jugak. Time ni la nak terjah pengantin dengan soalan  maut hehehe
Mula2, ramai yang nak cabut balik KL terus after majlis. Tapi setelah dinasihatkan oleh sesetengah antara kami (termasuk akulah tu...huhuhu) maka sebahagian besar kami stay dan balik esok lepas majlis di rumah lelaki.
Big family we are!
Pemantin dan kekazen bersama family masing2...(^_*)
Boleh percaya tak, aku ni yang anak sedara...boleh advice makcik pakcik to stay. Aku cakap dengan Maklang...kalau bukan kita yang sedara mara ni nak pergi majlis tu esok, siapa lagi? Pakcik Saba takde sedara mara kat sini...kitalah sedara diorang. Takkan esok jiran tetangga pulak nak jadi rombongan pengantin perempuan kesian Wahida. Nanti majlis kita pun kita nak orang stay dan hadir....janganlah kita buat majlis orang macam ni.

Akhirnya dengan menggunakan balik ayat aku, Maklang sampaikan pada Paklang dan pada Paksu. Akhirnya deme tak jadi le balik alhamdulillah.

Saya sendiri pun kalau ikutkan, harini nak berangkat ke Penang sebab esok ada walimah ex-student. Tapi...bila encik suami tanya: "nak utamakan orang lain ke nak utamakan keluarga?". Akhirnya tak jadi pergi Penang kerana mengutamakan yang lebih utama. Alhamdulillah saya berasa tenang dengan pilihan ini walaupun hakikatnya kerja tetap terbengkalai...hewhew

Takpelah mudah-mudahan Allah bantu saya nanti.

Petang tu puaslah kami cari homestay lain sebab tak plan nak stay 2 hari. ke hulu hilir cari homestay akhirnya dengan bantuan kawan ayah staf UiTM Dungun, dapat gak homestay 2 tingkat. Kami duduk di tingkat atas Wow Homestay. Lagi clear nampak laut dari atas. 

Malam lepas Maghrib keluar makan ikan bakar. Lepas makan balik homestay masing2. Siti merayau ke mana entah cari berus gigi kot. Anak2 semua dah tidur keletihan saya pun keluar la pergi ambik gambar laut di waktu malam. Sebabnya malam ni bulan penuh mengambang laut pun agak cerah. 
Sura Beach at night....dari homestay kami. Gigih aku memanjat kerusi dan tembok semata2 nak dapat shot terbaik...Oklah ni...huhu

Day 3: Sabtu 1/12/2012

Bangun pagi solat Subuh lepas tu keluar tengok pemandangan laut waktu Subuh.
shana-alhana.blogspot.com
Muka bangun tidur Rihaab
Entah apa kena Tebi harini melalak-lalak taknak mandi. Sampaikan Yaseen (suami Siti) nak tidur balik pun tak jadi. Siramkan jugak akhirnya diam.

Kami keluar jam 9 gitu meraya cari gerai keropok lekor. Sebab semalam Khalil tanya mana nak beli kepok lekor? 

Pagi ni setelah 2 kali memusing akhirnya jumpa jugak kedainya. Mula2 kepok lekor goreng belum siap yang ada Sata Goreng je. Belilah sikit panas2 lapik perut sebab belum bekfes. Tak lama lepas tu nampak la kepok lekor panas2....terus je kitorang borong. Memang sedap. Sampaikan Siti pun bagi thumbs up..memang sedap pun! Anak2 pun suka.

Dah kenyang makan kepok, pegi rumah Pakcik Saba jumpa dengan keluarga lain kat sana. Mak Ngah Saniah sekeluarga khabarnya nak balik pagi ni dan tak pergi rumah lelaki. 

Seronok rasanya bila tengok Pakcik Saba dan Mak Jah gembira. Tema pengantin lelaki harini kaler merah. Kalau tau aku bawak baju merah...punyalah banyak baju merah kat rumah.
Wahida & Fuad....
Lapau....sobsss. Pandai2lah membawa diri ri rumah kenduri
Lepas makan, kami bersolat kat masjid berdekatan. Lawak betul masa mula2 sampai kat masjid ni sebelum ke rumah lelaki tadi. Kami masing2 dengan kagumnya berkata: "Wahh besarnya rumah pengantin lelaki...parking pun luas....". Sekali tengok ada corong pembesar suara...laa masjid rupanya patut luas parking ngehehehehe.

Lepas solat kami pun geraklah balik ke Selangor. Entah berapa banyak kali singgah pun tak tau. Asal jumpa tempat berenti mesti nak pegi toilet. 

Banyak kali jugak kami stop kat R&R. Stop kat Gambang mandikan anak2 dan jumpa keluarga Pak Anjang..terus konvoi sekali. Lepas tu stop sekali lagi solat Maghrib kat Temerloh...sekali terjumpa family Mak Ngah Saniah yang dah bertolak sejak pagi tadi. Hai lambatnya deme ni bergerak.......

Lepas solat, ramai yang kata lapar. So makanlah nasik kat sini. Ikan Patin Masak Tempoyak kat sini............perghh tak terkata sedapnya. Kuahnya pun memang terbaik!!! Pedas2 pun sanggup hirup sampai meleleh air mata air hidung semua.

Kat tengah highway Karak terjumpa lagi kereta Abg Waie, Lina dan Abang Ngah. Saling hon mengehon dan potong memotong le kami semua hehehe. Tiap kali kereta kami memotong kereta saudara lain, anak2 saya mesti riuh melambai. Adui.

Akhirnya kami selamat tiba di KKB dan bermalam di sana. Kebetulan sepupu saya Wani dah selamat melahirkan baby...jadi kami pun stay jelah nak tengok baby baru.
Ayahanda saya mentahnikkan cucu sedara baru....kakak Tebi dan kakak Rihaab pun menempek sama. Jangan kome mintak baby baru kat mama sudah....

Alhamdulillah. Yang nak menikah dah selamat menikah. Yang nak melahirkan pun dah selamat.

Barakallah untuk Azratul Wahida dan Mohd Fuad. Barakallah untuk kami sekeluarga.

Ukhuwah fillah hingga ke syurga.

Terima kasih sudai baca.

No comments:

Post a Comment