Tuesday, November 12, 2013

Dream Comes True: Heliza Helmi and Me!!!

..atau boleh jugak entry ni diberi tajuk: The Day I Met Heliza Helmi!!!

10 November 2013 (Ahad).

Ini boleh dikatakan entry throwback...orang lain boleh throwback, gue pun nak throwback juga...

Last week ada program bersama penduduk Bangi di Bangi Gateway from 8 to 10th November 2013.
my cousin Zul designed this...

Lalu lalang kat sekitar Bangi ni ada je nampak bunting dan banner program tapi tak terasa pulak nak pergi walaupun dalam hati kata wowwwww ada Heliza Helmi lah!!!

The truth is..saya suka benda2 yang kiut miut. Dari barang sampailah ke orang.

Rancangan TV kalau ada Heliza mesti nak tengok jugak. Walaupun saya tak pernah menonton AF...dan hanya betul2 minat beliau hanya beberapa tahun lalu lepas tengok lakonan beliau dalam drama Warkah Cinta di TV AlHijrah.

Dulu tak minat...sejak tudung beliau semakin labuh dan nampak lebih solehah dan berprinsip jadi terminat pulak.

Seperkara lagi...sepupu saya si Syazman dan adik beradiknya yang lain agak kenal rapat dengan beliau dan selalulah bergandingan untuk beberapa program. Latest diorang berdua keluar MHI mempromosi program....but please jangan gossip okay. Sepupu saya itu sudah berpunya. Nanti marah pulak orang rumah dia....

Baru je last week rasa sungguh jeles tengok gambar my ex student bergambar dengan Heliza. Tiba2 Heliza datang Bangi....dan dalam tak planning nak pergi tu akhirnya terpergi jugak....

Kalau Dah Jodoh...bak kata Ustaz Kazim (^_^)

Pagi Ahad tu saya berkurung dalam bilik duk edit thesis. Menjelang tengahari bila tercapai target penulisan hari itu...tiba2 je rasa nak enjoy myself dan nak ajak encik husband dan anak2 pergi tengok Heliza.

My husband jenis yang tak kisah...walaupun dia nampak sgt kalut dan bizi that day but he tried to entertain my request. So...jam 3 petang kami keluar. Padahal ikut jadual Heliza sampai jam 3 petang.

Sampai2 orang ramai tengah kerumun stage...tapi puas kami cari kat mana stage. Dengar suara Heliza bercakap...tapi tak nampak kat mana. Kami naik escalator dulu...dah nampak kat mana stage kami turun balik.

Alhamdulillah dapat pulak port baik punya...belah depan stage....

Haih...tak berkelip mata aku menengokkan kecomelan gadis ini. Kulit putih mulus...mata besar macam kartun Jepun...(I wonder macam manalah si Syazman boleh kerja ngan dia selalu2...ehhhh)
I captured this pic using my hp...and uploaded it at my FB wall
..and then it is used at her facebook wall...whether by her or by the admin...I feel appreciated!!!!

Saya yang perempuan ni pun rasa tak jemu2 tengok muka comelnya.

Eye contact Heliza sangat bagus sebagai penghibur. That day Heliza perform dengan adik beliau...

Bila suruh si Wifaq naik stage nyanyi ramai2 dia taknak...dia kata kena sebut nama dia barulah dia naik (macam yang Syazman buat masa konsert Hijjaz kat Shah Alam months ago....kali ni acu Maman takdela pulak jadi emcee).

Lepas habis perform, dorg kasi can nak ambik gambar.

Mula2 fikir..kalau takde peluang utk bergambar..nak aje guna nama si Syazman...hihi...guna kabel kauu...nak bergambar punya pasal.

Tapi alhamdulillah, sumenya smooth je. Belakang saya ada sorg kakak dukung baby....akak ni mesti peminat tegar gak ni. So saya kasi laluan kat kakak tu sebab kesian tengok dia dukung baby. Ingat senang ke nak bawak baby pergi program2 camni..lenguh tangan tauuu....anak saya dah besar maka zaman itu dah berlalu (buat sementara....).

Masa tu pulak, PA Heliza dah bagitau yang Heliza lepas ni nak ke Shah Alam pulak. Kesiannya tengok artis ni macam penat je...tapi kena senyum jugak.

Lepas je turn saya, akak PA dah hadang dengan tangan. Alhamdulillah memang rezeki gue....

Lepas ambik gambar...sempat la salam dengan Heliza yang comel (ingatkan kami sama tinggi...rupanya beliau tinggi sikit laaa..but saiz badan memang sama....)

Sempat cakap: "Akak cousin Syazman..". And she replied: "Yekeee? Masya Allaaaaahhhh". Cara dia bercakap memang saya suka...tiba2 teringat dia hosting Rasa Halal Antarabangsa...memang camnilah cara bercakapnya pun.
Duniaku tiba2 jadi bercahaya-cahaya.....ada nur di situ....hehe

Okay, tamatlah sudah hari yang menggembirakan. Gembira sebab berjaya capai target penulisan dan gembira sebab dapat apa yang dihajati.

The day when your dream comes true...

Lepas jumpa Heliza...saja2 cakap kat husband nak p ziarah butik boleh? And he drove me there. Sempat terjah Al Humaira Contemporary (tak beli apa2), EDZ (tak beli...sebab baru je beli maxi dress haritu) and yg wajib...Saraya Zahret....(beli blouse...sebab kebetulan ada saiz dan design yang saya suka!).

Lately....lepas baca dan amalkan tips2 dalam buku pemberian sahabat saya sis Zahidah Zakaria iaitu Mudahnya Menjemput Rezeki (by Fathuri Salehuddin) I can see most of dreams and wishes are turning into realiti...

Rasa macam...terfikir...pastu terus menjelma depan mata.

Macam dalam syurga kan? (^_^)

Nanti ada masa saya akan buat entry khas pasal buku ini dan satu lagi buku bertajuk "Kejayaan Dari Yang Biasa".

See you again...Insya Allah.


No comments:

Post a Comment