Thursday, June 7, 2012

Kembara Korea 2011 (Part 3)~Nami Island

DAY 3: 16/3/2011 (Wednesday)

Assalamualaikum wbt.

Nampaknya berkurun nak keluarkan satu entry....huhuh.

Pagi ni entah kenapa kami semua terlewat bangun dan bersiap.
Khalil dah learned from yesterday. Kami lewat...dia pun sama lewat jugak.
Aku rasa pening kepala Mr. Jed tengok sikap orang Malaysia ni yang berlenggang kangkung dan kurang menepati waktu.
Dia suruh tunggu kat lobby jam 7 pagi...kami turun breakfast jam 9 pagi!!!

Sebelum jalan snap a pic la dulu
Mr. Jed, encik suami, ayahanda dan Wifaq
Biasalah apa nak terkejar2 kan..nama pun travel..makan angin...jalan2...so tak payah la nak stress sangat...
Itu apa yang kami fikir.
Mr. Jed pulak fikir lain sebab dia bekerja dengan cara ini dan ketepatan waktu amat penting..katanya...

Breakfast habis jam 9 pagi tapi kami pulak dengan selamba turun jam 9 lebih.
Memang betul2 la buat macam rumah sendiri hik hik.
Lepas tu masing2 buat muka selamba...
Especially encik suami saya yang memang terer la bab ni...
Time kami sampai makanan apa pun dah takde. Dah siap kemas. Bekas2 semua dah takde.
So encik suami yang dah bertahun2 ada pengalaman travel dan amat expert deal dengan foreigner pun pergi la tanya manager ada food lagi ke?
Tanya je...kalau takde, kami kuar la stok makanan kami.

Manager tu macam serba salah.
Macam nak marah pun ye...tp takkan nak marah kat tourist kan lagi2 orang Malaysia yang terkenal dengan janji Melayu hahaha.
Dah kitorang letih...tido la sesuka hati...nama lagi bercuti.

Akhirnya Manager tu kuarkan la roti, lebihan sramble egg...orange juice..nasi goreng *kami tak makan pun disebabkan was was*
Sambil2 dia kuarkan hidangan tu dia cakap2 dalam bahasa Korea...lepas tu dia kata "You are too late...." tapi dia hidang jugak.
Maksudnya baguslah layanan depa ni terhadap tetamu.

Kami ucap Kamsa Hamnida..lepas tu kami hulur kt dia serunding daging unta yang amatlah jauh perjalanannya dari Makkah ke Malaysia..dan kemudian ke Korea.
Cerah sikit wajah manager tu bila terima pemberian kami.
Orang berbudi kita berbahasa...


Sesambil makan tu, encik suami dan ayahanda apalagi keluarkan la stok roti beli kat Salaam Bakery kat Itaewon semalam. 
Scramble egg dia sedap...Tebi pun suka. Banyak dia makan pagi ni. Makan kenyang2 senang nak pegi jalan nanti.
Sebelum keluar, kami tapau sebotol fresh orange dia...
Dahle lambat, siap ambik sebotol fresh orange bawak lari...hik hik.

Jalan keluar dari hotel

Part of the river was still icy...
Lakes and mountains along the way






Singgah isi minyak...kt Korea bukan ada bank duit je, bank minyak pun ada. Hyundai Oilbank.
Ke mana kami pagi ni?
Yes, ke Nami Island.
Ya betul...tempat shooting drama Winter Sonata tu le...
*teringat masa mula2 drama ni tayang kat Malaysia sekitar tahun 2003 ke 2004 entah tak ingat...akula antara penonton tegar*
Walaupun ada yang kata this place is overrated...dan sebenarnya takde apa yang special...
Tapi mereka yang pernah tengok Winter Sonata mesti excited sebab terbayang adegan Jun Sang dan Yoo Jin naik basikal...ada pokok2 tinggi...
That was the first Korean drama ditayangkan di Malaysia. 

Menuju ke jetty. Huh ada Immigration pulak tu.
Mr. Jed rajin dukung Tebi. Sebulan Tebi duk sini dah boleh tgk Korean drama xpayah tgk translation
Suhu masih sejuk macam semalam jugak. Terketar2 jugak.
Sampai kat jetty, kami kena tunggu bot datang dulu.
Setakat berasap mulut tu toksah cerita la...

Naik bot 10 minit je. Kat atas bot ramai orang dari pelbagai pelusuk dunia ada.
Lepas tu depa tertengok Rihaab yang comel bertudung...terus la anak dara aku jadi tumpuan lensa kamera tak sudah-sudah.
Agaknya diorang ni confuse kot..orang ke anak patung ni? Sebab nampak mata je... 

Tegar betul. sejuk2 boleh pakai shorts.
Dalam ferry menuju Nami Island aka Naminara Republic
Here we are (were) @ Nami Island!

Ramai jugak tourists especially dari Thailand harini...
Bila sembang2 dan tau kami dari Malaysia diorang macam excited pulak. Maklumle jiran.

Kat Nami Island ni kena berjalan kaki untuk mengelilingi pulau. 
Sejuk2 camni elok benarlah berjalan kaki *moralnya sebelum ke sini pastikan kaki anda berfungsi dengan baik ye kawan-kawan*
Cik Wikipedia described it as a tiny half moon shaped island.
Sesekali nak panaskan badan, kami duduk kat unggun api yang memang sengaja dinyalakan.

aku tak nampak mcm half moon shaped...tapi nampak mcm...karipap!!!
Kalau tak silap, tempat ni bukanlah pulau dalam erti kata sebenar...
Dia ter'jadi' pulau selepas banjir besar ke apa ntah sejarah dia...

Selamat datang pun ada...

Nama penuh tempat ni ialah Namiseom Island. 
Terletak di Bangha-ri, Namsam-myeon, Chuncheon...ia asalnya bukanlah sebuah pulau pun...tapi terletak di tengah2 Sungai Bukhangang *hambik kau nama susah nak sebut* di bahagian utara Han River.
Tapi akhirnya membentuk sebuah pulau kecik akibat banjir sebaik sahaja selepas pembinaan Empangan Cheongpyeong (Cheongpyeong Dam).
Tempat ni panjangnya 6km....dan luas 430,000km persegi.
ice....ice..baby....

Nama pulau ni bersempena nama General Nami (남이장군) yang mati pada usia 28 tahun setelah dituduh mengkhianati negara.
Kisah ni berlaku pada zaman pemerintahan King Sejo, maharaja ke-7 Joseon Dinasty.

frozen river
Kat tengah2 pulau ni...ada padang rumput...pokok2 chestnut... poplars..ginkgo...maple *tapi time ni maple tak kaler oren sob sob. Sangat kepingin nak tengok red maple leaves in autumn...*

Pokok2nya cantik tersusun dan tinggi menjulang.
Maka sangat seronoklah berjalan sampai tak sedar dah sampai kat hujung pulau. 

Selain pokok...haiwan2 yang super-cute pun boleh ditemui di mana2...ada rabbit, squirrel...*jinak pulak tu *...kalau cari gajah dengan zirafah memang takdelah haha* 

Tempat ni jugak jadi lokasi tahunan untuk NAMBOOK (Children's Book Festival) dan lain2 cultural events.  


5's a family!
Yang uniknya Nami Island declared it's independency in 2006 dan nama barunya ialah Naminara Republic.Ada bendera sendiri, anthem, matawang sendiri, passport, kad telefon, setem, orthography dan jugak sijil kelahiran sendiri.
Saya pun tak pasti sejauh mana diorang serious with this independency...sebab kalau2 betul dah declare jadi Republic mesti la nak masuk kena lalu immigration dan visa kan *immigration olok2 ada la*



bila tengok benda ni memang aku rasa Nami Island ni overrated hmmm *arca takde arah*
ni lagi satu...takde arah :)
Yang pasti....di Nami Island...semua orang yang anda temui kelihatan very close to nature...tenang...happy...tersenyum...dan bahagia.
*Tapi tentulah tak dapat menandingi kebahagiann hidup sebagai seorang Islam...nikmat yang tiada tandingan*

Rihaab

my son yg sungguh kuat berjalan
Ingat tak scene ni? yang ni versi kami...
yang ni versi Jun Sang dan Yoo Jin. hehe (pic cilok dari SINI)
Bagi mereka yg pernah follow drama bersiri Winter Sonata memang akan appreciate setiap tempat yang ada scene2 menarik.
Yang tak pernah follow..sila nganga saja :)
Nasib baik saya pernah follow, kalau tak saya pun termasuk statistik yang duk nganga tu...


Bila letih singgah duk kat unggun api dulu nak perangat badan. Ni kalau dapat kopi panas ke...roasted mrshmallow ke memang terbaiklah.

dalam hati feeling ala2 student Malaysia belajar kat Korea emmm (padahal anak dah berderet)
kembar lain tahun :)
Ada yang malas nak berjalan naik basikal pun boleh. Tapi kami malas nak sewa basikal memandangkan ada kanak2 riang ni.


one of my favorite pic
posing atas sungai. mentang2 sungai tu keras
mama dan si bujang comot
Kat tengah2 pulau ni ada UNICEF Hall where annual programme is held every year.


UNICEF Hell Hall

Dan jalan lagi...di mana kami bertemu dengan para peminat si Rihaab.
Confuse juga saya apa yang menarik pada anak dara saya ni? 
Adakah kerana dia daie kecil yang menutup aurat?


Mula2 budak berdua ni saje duduk2 dekat Korean folk mini houses yg super cute ni...
...lepas tu datang ramai orang entah dari mana nak snap gambar Rihaab dan rumah kecil!
Lepas ambik gambar Rihaab kat rumah kecik...diorang nak bergambar dengan Rihaab pulak.
Aiya...ini dah macam artis Korea datang Malaysia dah ni.
Tapi ini lebih baik, artis Muslimah cilik Malaysia datang Korea...wahaha


Opah pun memainkan peranan ala2 artist manager gitu...
Idola Kecil versi Muslimah. Tengok tu Cik Halil pn nak jadi artist manager jugak!
hah dan lagi...
Dapur untuk masak Kimchi
Kat tengah pulau ni, ada satu restoran yang ada label Halal. Kami singgah juga menjenguk tapi nampak macam meragukan je so end up not buying anything padahal tekak haus yang amat.


Drama Cafe yg katanya ada jual halal foods
memang ada logo Halal pun...


Tak boleh lepaskan peluang ambil gambar pokok tinggi yang jadi trademark Nami Island dan Winter Sonata walaupun time ni snow dah tak berapa nak turun.






Di sini juga ada rumah apa benda entah diperbuat daripada jerami ni...


nampak ala2 student tak? (memang student punnn....)


Sejuk pun semput jugak berjalan. Duduk kejap ambik napas...

Anda tahu bahawa anda sudah tiba di penghujung pulau apabila nampak tasik (ke sungai?).
Kalau tak silap Mawi pernah buat video clip kat sini untuk OST drama Seruan Pulau Nami (astro OASIS).



Lepas penat berjalan, kami pun patah balik ke entrance.
Singgah masuk toilet sementara tunggu ferry.

dalam toilet pun snap gambar. tengok...siap ada storybook..kalau gini maula sorang setengah jam baru keluar nak habiskan satu buku
Waktu kami duk lepak2 tunggu ferry tu...Mr. Jed yang tengah minum air tin perisa cekelat hulur kat Wifaq. "Do you want some?".
Mujur Wifaq geleng. "What's wrong it's just chocolate...?". Mr. Jed dapat hidu yang aku risau air tu tak halal...
"He's just too choosy...it's hard to see him eating or drinking anything he's not used to..." Aku jawabkan on behalf of my son tanpa menyinggung perasaan Mr. Jed.
bye Nami Island...kalau ada duit pun taknak dah dtg 2nd time nak pergi Makkah pulak :)

waiting for the ferry...
on the boat...
Jauh di sudut hati...aku harap Mr. Jed learn something from us.
I hope....dia tertanya2 kenapa Muslim ni sibuk sangat dengan Halal food ni? What is it about actually?
Dari situ...Mr. Jed akan triggered untuk buat kajian dan dia akan belajar sesuatu dan mana tau someday dia akan dapat hidayah?
Tak mustahil kan?
Di mana2 pun kita adalah da'ie...tugas kita menyampaikan Islam sama ada secara direct atau indirect. 
Janganlah pulak jadi orang Islam yang bila dah syok sangat travel...makan tak kisah, solat pun tak kisah...
Biarlah orang belajar sesuatu dari kita, if possible. 
singgah makan kat R&R: tak best!

On the way ke destinasi seterusnya *yang agak jauh jugak ambik masa 2 hours gak kot~tak ingat sebab tidur huhuhu*, we stopped by kat hentian tepi highway. 
Macam R&R la kat Malaysia ni.
Tempatnya luas, parking banyak tapi tak ramai orang.
Standard la Korea ni yang nampak ramai orang kat Seoul je.

Cakap bab makanan...adeh...sungguh tak best makanannya. 
Siap ada babi goreng lagi...uwekkk *tau sebab Mr. Jed dah cek dan informed kami awal2...*
Mr. Jed dah tunjuk benda yang boleh makan dan yang tak boleh makan.
Kami makan nasi sekadar alas perut je.
Nasi...sayur2 rebus dan goreng yang macam takde rasa langsung...
Teringin nak makan ikan goreng tapi was was takut dia guna minyak yg sama untuk goreng daging khinzir tu...*kembang tekak...*

Lepas tu saya sekadar makan buah2 dan salad je…
Tegar betul aku sebagai traveller yang menyusukan baby lagi. huhuhu
I can survive, yeah *walaupun sejuk2 ni perut cepat lapar dan Nehal kuat menyusu*
Waktu nak pegi toilet lalu kat  coffee counter…belek2 jenama kopi2 dia ada Alicafe rupanya kt sini…
Wah ada jugak produk Malaysia kat sini *tapi kalau tak silap Alicafe ni ownernya Cina...jadi apa yang mustahilnya. Lainlah kalau jumpa kopi Hang Tuah kat sini baru ye....*

Cuba teka kami menuju ke mana?
Yeargh! Mount Seorak (설악산) !!! 

Baiklah story tentang Mt. Seorak terpaksa saya sambung di entry lain sebab banyak sangat gambar...boleh muntah para pembaca.


Oleh itu, see u in the next entry: Kembara Sonata Salju Korea (Part 4)~Mount Seorak.

6 comments:

  1. Assalamualaikum dik, salam kenalan dri kak di kota kinabalu.
    Seronok baca blog adik ni, baru terjumpa ptg tdi dan baca hingga ke mlm ni smpai part korea nami island. Wow akak baca blog adik sampai mcm takde keja nak buat, leka membaca dan terasa seperti akak ikut sekali bercuti!
    Teruskan menulis dan kak menunggu dgn setia.

    ReplyDelete
  2. Salam...enjoy baca...bila.next entry dia...heheh tak sabo

    ReplyDelete
  3. Wsalam kak Anonymous..(er boleh saya tahu nama akak?)...terima kasih sudi singgah blog saya. Bila berkesempatan baru saya sempat update kak...Insya Allah. Kalau akak nak tau update, sudi2kanlah jadi follower...dan kalau ada blog, Insya Allah saya follow blog akak...Salam Ukhuwah (^_^)

    Babymin: hati melonjak2 nak update next entry tapi belum sempat lagi...ada dalam draft tp gambo lak belum masuk. Insya Allah soon...:) terima kasih ye sudi singgah blog ku yg marhaen ini...:P

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa wonderful sgt2 rasa cm hanis ada kt sn gak fav pic kak shana tu sgt gojes!

    ReplyDelete
  5. Asslm...best nye cuti2 korea... best betul manager tu dpt merasa daging unta... saya pun belum pernah rasa...huhu

    ReplyDelete
  6. Hanis:....tapi takleh lawan pengalaman Hanis menetap bertahun2 di Jepun tu. Akak menanti setiap udpate Hanis dengan setia...cewah!

    Kak FnF: daging unta tu kisahnya bapa mertua saya buat bisnes di mekah pada musim haji, memang sedap kak. Tapi payah betul nak dapat stok.....:)

    ReplyDelete