Friday, October 12, 2012

Egg & Parsley Toast

Assalamualaikum.

Ini breakfast saya semalam. Ya. Di rumah saja.


Egg & Parsley Toast dilawankan Hazelnut Coffee.

Rasanya lepas ni Hazalnut Coffee ni boleh buat sendiri.
Sebab baru-baru ni ada ternampak  dijual serbuk hazelnut dah siap dikisar halus.

Seorang sahabat baik saya yang merupakan pensyarah UITM Shah Alam(*Zakiah, yes I am talking to you...(^_^)) request resipi ini. Terima kasih sebab sudi mencuba walau takdelah hebat mana pun resipi ni tapi sesuailah untuk ibu-ibu bekerjaya yang punya anak kecik macam kami-kami ni.

Nak yang cepat aje...tapi nak sedap dan lain sket dari biasa.

Ini resipi paling senang dalam dunia untuk EGG & PARSLEY TOAST *Kira macam copyright la kan sebab  resipi ini direka sendiri out of laziness yang amat sangat. Mungkin orang lain pernah buat tapi seriously saya memang tak copy dari mana-mana  hanya guna bahan sedia ada dalam dapur saja*

BAHAN-BAHAN:

Beberapa keping roti putih
3-4 biji telur ayam
1-2 sudu besar daun Parsley (terpulang nak yang dihiris segar atau dried flake yang dalam botol)
Secubit garam
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Butter *digunakan untuk membakar roti*

CARA-CARA:

Ambil mangkuk. Pecahkan telur didalamnya.

Lepas tu masukkan garam, serbuk lada hitam kasar, dan daun Parsley.

Pukul semuanya sampai sebati.

Celupkan kepingan roti dalam telur

Panaskan kuali leper, *api jangan besar sangat nanti roti cepat hitam.*

Ratakan sesudu butter atas kuali.

Agak2 butter cair sikit terus tepek roti atas kuali.

Tunggu sampai roti golden brown, kemudian balikkan.

Tunggu sampai yang sebelah lagi pun golden brown lepas tu angkat dan susun cantik2 dalam pinggan.

Close up sket...yang hijau2 tu parsley...
Okeh selamat mencuba.

Kalau dah jadi silap upload kat FB dan tag saya tau...(^_^)

Sekian.

Thursday, October 11, 2012

My Miserable and Serabut Study Life...

Monolog: cepat-cepatlah habiskan study kau tu kalau taknak berterusan dalam keserabutan mengalahkan akar serabut.


Cuba zoom kat skrin netbook tu...

Dalam busy-busy tu sempat lagi jenguk dan update fesbuk huh.

Meja pun tak serupa meja. Bersepah.

Kalau tak bersepah memang rasa macam tak buat kerja...bila kemas je mesti lepas tu dah  tak tau mana nak cari buku atau artikel yang nak guna.

Atas meja penuh buku. Atas lantai...atas karpet...atas kerusi...merata-rata buku.

Di kiri dan kanan meja pun ada rak buku pelbagai genre.
Majalah pun banyak disusun ikut kategori (tapi tak ikut bulan dan tahun)

Yang tebal sebelah kiri tu adalah tesis senior PhD student yang saya pinjam dari SV dan belum pulang. ya ampun!

Dah 3 orang supervisee beliau baru2 ni berjaya siapkan tesis dan bergelar doktor...dan tiga2 tesis tu ada dengan saya *muka bersalah*.
Nak photostat takut tesis orang rosak dan tertanggal kulit.

Sambil tengok tesis orang...sambil2 berangan bilalah tesis sendiri nak macam ini?
SV rajin cerita cabaran dan masalah yang dihadapi supervisee beliau yang lain.

Saya ambil iktibar..saya sendiri pun hadapi cabaran lebih kurang sama macam mereka *tapi tak mahu cerita di blog sebab tak semua orang faham terutamanya insan yang tak pernah berada dalam 'lautan' PhD.

Untuk kekal berada di permukaan 'laut' bukan mudah, kalau tak kena gaya boleh tenggelam ke dasar.
Saya pun kejap tenggelam kejap timbul tapi hanya saya dan Allah SWT je yang tahu.
Pelampungya ialah solat dan doa.
Tapi tiap kali tenggelam, cubalah struggle semula untuk naik ke atas dan berenang ke daratan.
*hehe ini perumpamaan saya utk PhD ok tak? ok tak?...lain orang lain kisah*

Dulu workstation saya kat dalam bilik anak dara. Memandangkan anak dara berdua dah besar dan dah mula bising nak bilik sendiri, terpaksalah mama mengalah dan keluar kat hall tengah tingkat atas.

Nak bilik bukan calang-calang pulak tu. Demand macam-macam...nak katil sekian, nak langsir Dora The Explorer, nak cadar Strawberry Shortcake, nak meja pink, nak karpet pink nak itu nak ini. Si bujang pun nak bilik sendiri. Nak cadar Cars, nak langsir Toy Story, nak almari hijau *pengsan seraya mengira duit syiling dalam purse*

Mujurlah Nilai 3 tu 10 minit je dari rumah jadi kerja mencari langsir, karpet dan cadar yang dikehendaki menjadi mudah.

Ini semua kesan beraya rumah saudara mara Aidilfitri baru-baru ni. Bila tengok sepupu2 lain sume ada bilik sendiri yang serba lengkap anak2 ni pun sibuklah mendesak mak dan bapaknya re-decorate bilik diorang jugak.

Maka, dengan rajinnya saya dan encik husband pergi ziarah IKEA lepas raya baru-baru ni.
Dalam masa singkat lepas raya, bilik study dah berubah wajah jadi girlish. Cat dinding bilik memang dari mula2 pindah dah set kaler purple (sekiranya dapat anak perempuan~alhamdulillah Allah SWT bagi saya anak perempuan...bukan satu tapi dua! (^_^))

Kakak semua benda nak pink. Tebi semua benda nak purple.

Dulu kat hall atas pun ada TV tapi dah dibuang dan digantikan dengan PC. 

Tapi hakikatnya tempat study saya merata-rata ikut mood. Kadang2 kat bilik anak dara, kadang2 kat sofa bawah, kadang2 kat hall dinding merah yang bersepah2 itu...

Cakap pasal study je sakit kepala.

Ok sampai sini dulu.

TAMAT


Membuat YUGARI Kelihatan BVLGARI...

Assalamualaikum.
Sila jangan menyampah dengan tajuk entry kali ini.
Konon-konon ala fashion statement la kan. Yang sebenarnya tuan tanah sudah pening mengadap menulis dari pagi dan mengadap artikel yang bermacam-macam genre...

Menjelang petang otak sudah agak senget sedikit.

Semua orang ada fashion statement tersendiri. Contoh paling mudah: "Bior pape asal bergaye" *kata orang Perak. Itu kira fashion statement la kan. Ada jugak yang kata: "Biar pakaian buruk, asal duit berkepuk...". *yang ni boleh kira fashion statement bagi golongan kedekut behehe*

Saya punya fashion statement pulak: "Biar murah asal cara kita membawanya membuatkan ia kelihatan mahal". It's how you carry the dress that makes it expensive and not necessarily the brand. Walaupun, ya...sometimes pakaian yang mahal memang akan nampak mahal but not necessarily.

*Now why am I talking about fashion in the first place huh?*

Tidak tidak. Saya bukanlah seorang yang fashionable sangat pun. Saya cuma peka dengan perkara-perkara yang sesuai dan kena dengan fizikal dan jiwa saya.
Fashion development ni kalau nak kejar sangat...kita akan terjelepuk keletihan. 
Sebab ia akan sentiasa berubah, berkembang mengikut peredaran masa.

Samalah jugak macam perkembangan gajet.
Dah beli I Phone 4 nak pulak I Phone 4s...lepas tu terbeliak pulak mata tengok I Phone 5...I Phone 6...I Phone 7 bla bla bla...
Memang tak larat nak kejar.

Satu masa dulu saya pun peminat tegar gajet. Tapi lama-lama saya rasa ia bukanlah investment yang berbaloi sebab harganya akan turun dan lama-lama hilang nilai.
Duit yang beribu riban itu baiklah dilaburkan untuk beli property~ya, rumah..atau kedai...atau hartanah~yang harganya semakin lama semakin melambung.
Rumah atau kedai kalau disewakan boleh beri pulangan yang baik untuk kita juga.

Kadang-kadang diakui saya suka jugak beli pakaian berjenama tapi syaratnya: hendaklah pakaian itu suits my character very well. 
Tapi di kebanyakan masa...saya beli je pakaian jalanan (streetwear) yang takde jenama asal cantik, selesa dan sesuai.

Paling bangga, kalau dapat beli pakaian murah tapi bila mix and match dan tersarung ke tubuh tiba2 blink nampak macam mahal.
Tapi nak jumpa pakaian yang begini kenalah rajin survey, jenguk dan belek satu persatu. Pemerhatian juga kena tajam sebab kalau tersalah beli nanti menyesal.
Sesal dahulu pendapatan....sesal kemudian dapatlah baju yang murah tapi tak cantik...hehehe

Semalam saya beli skirt denim. Murah je.
Errr excuse me...sebenarnya bukan saya yang beli...saya hanya tunjuk dekat encik husband: "nampak tak skirt tu...cantik tak..?" and then secara tiba-tiba saya sudah pun membayar skirt itu menggunakan wang beliau. Anggaplah ia nafkah (^_^).

Encik suami memang tidak pernah berkata 'tidak' atau 'tidak boleh'. Harap beliau kekal sedemikian rupa demi kesejahteraan rumahtangga (*_^).

Saya beli skirt itu...setelah teringat satu blouse yang saya beli masa balik raya ke Kelantan baru-baru ni. Blouse tu beli di Bazar Tok Guru. Benda lain yang dicari, benda lain yang dibeli aduyai.

Tak taulah kenapa bila tengok blouse denim biru tu tergantung dari jauh dia macam melambai-lambai 'belilah saya...belilah saya' katanya.
Yang menarik perhatian saya ialah detailings pada blouse itu.

Di bahagian dada ada mcm corak sulam lace.
Lepas tu dia menggunakan zipper kaler gangsa sampai ke bawah. Nampak smart je.
Saya memang suka la kalau baju2 ala2 smart kasual ni.
Kalau yang beropol-ropol atau berbunga2 beriben macam tak kena je dengan jiwa saya yang brutal ini...
Yang macam tu sesuai dengan wanita lemah lembut sedangkan saya ni adakalanya agak gothic...hehehe.
I love the detailings yang mcm lace itu...
Dekat lengan pun ada corak-corak sebelah dalam...

Terus je tunjuk baju tu dekat husband dan beliau kata kalau nak belilah.
Dah lama dah beli tapi tak tau nak match dengan 'bawahan' (skirt atau seluar) apa...dan akhirnya semalam sudah beli skirt untuk menemankan blouse itu.

Kedua-duanya murah saja dan takde jenama.
Blaus tu jenamanya YUGARI (entah la jenama dari Siam ke China ke...)...tapi bila menyarungnya saya terasa macam menyarung BVLGARI yang harga riban-riban itu.
Bolehke macam ini?
Yugari je yang termampu tskk

Dan skirtnya pulak...puas saya belek banyak kali. Akhirnya sah yang ia 'brand-less' hehe. Takde jenama apa-apa tapi sangat selesa dan muat-muat je pinggang saya yang bersaiz 26 ini.
Selalunya beli skirt mesti nak kena pakai clincher sebab longgar.

Standing proudly in my Yugari.


What's your fashion statement?



Terima kasih sudi baca.
Sekian.

Saturday, October 6, 2012

Travel dengan Kanak-kanak Memang Penat Tapi Seronok!

Assalamualaikum.

Tiba-tiba je harini terasa nak berceritera pasal umrah balik...setelah tertangguh beberapa lama.
Kesian kat kawan-kawan yang tunggu update dan asyik duk ulang baca entri lama.

Tuan rumah agak busy...
Tapi malam ini terasa nak buat entry pendek bersempena 'hajj fever' yang tengah hangat sekarang.

Encik suami saya pun tengah sibuk di Kelana Jaya (pada waktu entry ini ditaip) menguruskan kumpulan terakhir jemaah beliau berlepas.
Ikutkan, encik suami sepatutnya fly bersama-sama mereka malam ini...tapi terpaksa delay sampai next week?

Kenapa delay...?
Sebabnya para peneman setia saya iaitu mama dan baba saya (atau lebih mesra digelar Atuk dan Opah saje sejak mendapat cucu) dua2 outstesen sepanjang minggu lepas dan minggu depan.
Insya Allah encik suami ada di sisi sampai depa kembali ke kehidupan yang asal hehehe.

Saya percaya Allah dah aturkan segalanya dengan baik sekali.
Dalam keadaan saya yang amat stres nak mengabiskan pengajian...rasanya diorang tak tergamak nak tinggalkan saya seorang diri dan kelam kabut dengan tiga kanak-kanak yang havoc itu.
Dan jadualnya berjalan dengan baik sekali...bila encik suami fly, Opah ada...bila encik suami balik, Atuk dan Opah outstesen...lepas tu baru encik suami fly balik.

Saya berdoa semoga urusan mereka2 yang banyak berkorban untuk saya dipermudahkan.

Rasa macam dimanja-manjakan sampai beranak pinak...sampai ke tua...*almaklum anak tunggal kan.....(^_^)*

Malam ni, tiba2 terjumpa gambar2 yang tersimpan dalam kamera kecik Nikon. Kadang2 ke masjid saya bawa DSLR...kadang2 bawa si kecik Nikon...jadi terlupa langsung tentang gambar dalam Nikon sebab si Nikon ni selalu travel jauhhhh ikut encik suami merantau.

Bila tengok balik gambar-gambar ni oh sungguh tak percaya dah nak sampai penghujung tahun wahal masa kami pergi tu awal tahun...Februari 2012...suhu pun masih sejuk especially di Madinah dan masa tu visa baru buka selepas musim haji....

Sekarang dah pun masuk musim haji balik.

Cepatnya masa berlalu...*cuak!*


Kami menginap di hotel Al Wafi Jadid yang terletak atas bukit. Jadi sepanjang perjalanan ke masjid wajiblah encik suami yang menolak budak bertiga ini. Weelchair itu adalah hak milik Yaskin Travel. yang telah kami salahgunakan untuk mengangkut orang2 sihat..hehehe ampunkan kami....

Di Makkah, tak recommended bawa stroller ke masjid...reason being, nanti stroller tu akhirnya kena tinggal kat luar jugak. Kalau di Masjid Nabawi ok untuk bawa stroller sebab memang boleh bawa masuk dan boleh parking even sebelah kita sewaktu solat...
Perasan tak gambar ni pakai baju lain.

Sebenarnya ini hari lain. Tapi tiap2 hari bila bawa budak2 ni ke  Masjidil Haram  tetap rutin yang sama. Feeding the Doves!


Ada yang kata doves ni dari keturunan yang wujud sejak zaman Rasulullah dan mereka hanya makan pemberian yang halal, bersih dan ikhlas saja. Wallahua'lam.

Dengan wheelchair nilah kami bawa anak2 bertawaf mengelilingi Baitullah. 

Wifaq sibuk baca doa-doa tawaf dalam buku doa...tup tup masuk round ke-3 si Tebi dan terlentok lena walaupun cuaca agak panas...

Mencabar jugak bawak budak-budak tapi teamwork yang jitu antara suami dan isteri amatlah perlu. Dalam hal ini, saya dan encik suami telah melaksanakan teamwork yang agak cemerlang *sila puji diri sendiri hehehe* walaupun di kebanyakan masa saya lebih banyak tawaf seorang diri.

Terima kasih sangat2 untuk husband yang banyak bertimbang rasa dan beri peluang saya beribadah dengan selesa tanpa gangguan anak-anak...maklumlah first timer kan...


Dah sampai dataran Masjid barulah turn saya pulak menolak anak-anak...

Sepanjang perjalanan ke masjid, ramailah insan berhati mulia duk bagi macam-macam kat budak-budak ni. Anak-anak kan ahli syurga....(^_^) untung kau orang kecik-kecik dah sampai Mekah...mama dah umur 30an barulah merasa nak tengok Kaabah...


Anak-anak sibuk duk ulang alik ulang alik ambik air zam-zam...memang nikmat bila dapat minum air zam-zam sejuk sesuka hati dan sebanyak mana kita mahu. Makan aiskrim magnum atau kek cekelat indulgence tak cukup heaven....Ini baru heaven! (^_^) Imagine sambil lepak2 kat tiang tu...air zam-zam di tangan...sambil teguk air sambil menatap Kaabah....*rindu saat-saat ini sobs,,,T__________T*


Lepas selesai umrah atau solat, wajiblah singgah di sini membeli aiskrim yang kalerful.

Ya Allah sangat merindui bumi haramain yang damai itu.

Semoga adalah rezeki hamba untuk ke sana lagi...dan lagi...dan lagi. Amin.

Thursday, October 4, 2012

WANITA featuring Shana' Alhana'

Salam Jumaat.

Dah lebih dua tahun pun kisah keluar magazine ni tapi baru hari ni merasa terpanggil nak buat entry pasal ini.

Kenapa sekarang? Sebabnya selepas kerja-kerja memindahkan library dekat tingkat atas rumah saya...terus saya dah tak jumpa lagi magazine edisi yang ada muka saya ni. Puas cari-cari rupanya dah tertindih dengan majalah-majalah lain.

Konon-konon plan nak simpan baik-baiklah kan...bukan senang nak keluar magazine *sebab saya sedar saya ni bukanlah glamer macam rakan-rakan lecturer dan academician yang lain yang kejap-kejap keluar TV...kejap-kejap ada je muka keluar majalah...cakap mengenai macam-macam isu...

Ada jugaklah rakan-rakan ustaz yang sekarang dah glamer keluar TV9 dan TV AlHijrah call dan SMS beberapa kali...tanya: "Kau taknak keluar TV ke...?".

Public speaking bukanlah kemahiran saya. So better not kot...*buat masa ini*

Saya ni boleh kira..ahli akademik yang moderate hehe. Saya suka bekerja dalam bidang akademik tapi di kebanyakan waktu saya lebih suka bercakap mengenai macam-macam hal lain yang lebih santai...kira macam academician yang tak terlalu skema le gitu...hik hik.

Entahlah dalam kepala saya ni ligat berfikir macam-macam hal terutama perkara-perkara baru yang saya belum explore...perkara-perkara yang mebuatkan saya jadi less-skema dan lebih menikmati kehidupan. I am currently living my life to the fullest...alhamdulillah...masih dalam bata-batasNya...

Bila tiba masa belajar, saya belajar sungguh-sungguh...saya pun nak jadi orang pandai tapi dalam masa yang sama tak mahulah jadi si pandai yang dungu....bila cakap pasal benda-benda santai terus jadi blur...tak seronok macam tu...student pun akan jadi boring bila tengok muka kita....

Saya suka seni...melukis, fotografi, menulis, art & craft, menjahit, memasak...itu semua bidang kesukaan saya yang rasanya memang Allah anugerahkan pada saya secara natural. Setiap orang punya bakat dalam diri cuma sedar tak sedar aje...

Kata Prof Dr. Muhaya my idol:
"Tiga perkara seseorang boleh mencapai kebahagiaan: jangan ada perasaan negatif, jangan menghukum orang dan keseimbangan dalam semua hal".

I am trying to balance my life....in everything...kalau boleh tak mahu terlepas satu apa pun...belajar, bersantai, berjalan melihat kebesaran Allah SWT, membesarkan anak-anak...melihat anak-anak berjaya....

Memang itulah hakikatnya menjadi seorang ibu: multitasking!

Back to the story...

Kisahnya wartawan majalah Wanita tiba-tiba call nak datang interview saya mengenai satu isu. Masa itu saya dalam pantang bersalinkan Nehal (atau lebih dikenali dengan nama Tebi oleh rakan dan saudara mara terdekat)...boring yang amat sangat duduk rumah sebab dah biasa keluar pergi opis....dengan tak fikir panjang I said yes!

Maka datanglah wartawan dan jurufoto abag Jeffry Iran (eh eh nama ni saya biasa tengok sejak sekolah rendah dalam suratkhabar dan dan majalah...akhirnya dapat berjumpa face to face).

Mula-mula tak tau yang Abg Jeff tu Jeffry Iran...photographer tersohor. Time diorang minum-minum lepas interview tu barulah rahsia terbongkar. He's so humble.

Interview tak berjalan lancar sangat pun sebab anak-anak belum pergi sekolah..so diorang asyik sibuk datang kacau mama tengah bercakap...sampai point pun bersepah-sepah. Dalam hati jadi segan sangat dengan wartawan tu...mesti dia kata kalutnya lah orang ni....nyesal aku datang interview dia...tsk tsk

Majalah tu tahun 2010...yang ada cover gambar Aishah Mahsuri...

Insya Allah kalau nak keluar TV ke majalah lagi ke...tunggu lepas saya habiskan pengajian...masa tu kau orang tak boleh nak stop aku dari bercakap...(^_^)


                                                               Well, yeah it's me...


Semoga lepas tamat pengajian...kata-kata dan pendapat saya akan berguna dan digunapakai dalam membangunkan umat Islam di Malaysia dan di dunia seluruhnya Insya Allah.

Sebelum habis mengaji....kau cakaplah merepek2 dulu....sebab lepas ni blog ini mungkin akan berubah jadi blog akademik muehehehehehe....

Sekian.

Halal Japanese Cuisine @ Wadi Hana Islamic Kitchen

Salam alayk.

Nak cerita pasal makanan lagi. Tak taulah bila lihat dan fikir tentang makanan tiba2 rasa kadar stres menurun secara mendadak.

Kisahnya encik suami saya berada di tanah air ketika ini. Untuk beberapa hari saja. Masa nilah kalau boleh nak cover balik semua saat-saat indah yang sepatutnya kami sekeluarga spend bersama.

Encik suami kata teringinnnnnnn sangat nak makan steak selepas mendengar kisah saya membawa saudara mara ke Wadi Hana Islamic Steakhouse (WISH) sebelum ni. (sila lihat entry lama...tapi malas nak link kan...ya ampun)

Jadi kami ke WISH again malam semalam. Barulah berpeluang bawa kamera dan snap beberapa pic makanan dan insan2 yang memakannya (^_^).

Beberapa hari lepas...saya ada mengajukan pertanyaan di facebook mengenai ada atau tak restoran makanan Jepun halal di Bangi? Masing-masing pun tak tahu tapi persamaan antara kami ialah semuanya teringin nak makan kalaulah wujud restoran sebegitu rupa di kawasan berhampiran.

Di Bandar Baru Bangi ni kalau tak silap hanya ada satu restoran Jepun bernama Miyagi namun hingga kini tak dapat dipastikan status halalnya...(
*Sewaktu menaip entry ini sangat teringat kepada rakan blogger hanasakura (hai adik Hanis...yes I am talking to you...) yang berada di Miyagi, Sendai...sama macam nama restoran itu...)...

Tup tup malam semalam...lepas bayar bil...adik waiter tu kasi pamplet promotion ni ha...Allah telah menjawab segala persoalanku...


Rupanya recently restoran Wadi Hana Islamic Kitchen (satu lagi cawangan Wadi Hana restaurant) dah ada menyediakan makanan Jepun..wallaweh...macam tau-tau aje ramai yang mengidam...

Selama ni tercari-cari juga restoran makanan Jepun yang diyakini Halalan Tayyibah di kawasan berdekatan. Kalau kat tempat lain rasanya memang dah ada tapi saya ni tak rajin pulak nak berjalan jauh-jauh semata-mata nak merasa makanan....sebab kadang2 keinginan tu datang tak menentu...

Saya tak faham menu...kena tuition dengan Hanis aka blogger hanasakura-tomodachi....(^_^)
Macam-macam ada. Tengok tu...ada Menrui, Agemono dan Yakimono....(kalau kimono saya tau le...*garu kepala*)


Ya...sila lihat menu. Macam-macam ada kan? Tapi yang paling teringin nak cuba ialah Seafood Udon (pengaruh hanasakura lagi hahaha ya ampun), Spicy Lamb Teriyaki dan juga Ebi Tempura...

Baiklah saya berhenti di sini dahulu untuk memberi laluan kepada entry lain hiks....

Jumpa lagi!

End Note.

Monday, October 1, 2012

Do's and Don'ts Memberi Birthday Goodie Bags di Taska

Salam 'alayk.

Hampir setiap minggu anak-anak saya bawa pulang birthday goodie bags dari taska.

Malangnya...lebih separuh dari isinya terpaksa ditongsampahkan.

Kenapa? 

Disebabkan sebahagian besar isinya adalah junk food! Yang mana makanan seperti ini memang dilarang sama sekali dalam rumah kami.

Kadang-kadang, saya sebagai ibu rasa marah dan kasihan dalam masa yang sama.

Marah sebab tertanya2 kenapalah parents lain tak prihatin tentang nutrisi pemakanan anak2 ini dan tempiasnya terkena kepada anak2 saya...sedangkan saya bersusah payah mendidik kaedah pemakanan sihat pada anak2 saya....sejak dari bayi lagi!

Dan sungguh kasihan sebab makanan itu terpaksa dibazirkan begitu saja. 

Saya boleh bayangkan berapa banyak wang ibu bapa yang keluar untuk menyiapkan goodie bags sedemikian rupa. Dengan bekas yang comel dan dihias indah. Sayang kalau isinya tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Bercakap tentang junkfood, dah namanya pun 'junk' food takkan pulak saya tergamak nak berikan makanan sedemikian rupa pada orang lain sedangkan anak saya sendiri tak diizinkan memakannya.

Setakat ni alhamdulillah anak2 masih kuat berpegang pada didikan saya...tapi esok lusa belum tentu. 

Suasana sekeliling sebenarnya memainkan faktor penting buat anak-anak ini...kalau dah setiap hari disogok dengan benda2 itu dan melihat pula rakan2 dan cikgu2 makan benda yang sama...adakah anak2 saya (dan anak2 lain yang sependapat dengan saya) boleh bertahan...?

Anak dara saya pernah bercerita: "Mama tadi kakak nampak teacher makan benda yang tak bagus...selamba je...".

What can I say kepada kanak2 sekecil 3 tahun setengah? Nak kata: "Biarlah teacher nak makan apa pun..itu perut dia...kakak tetap tak boleh makan..."? Rasanya belum cukup meyakinkan anak saya.

Cikgu pun harus tunjukkan contoh yang baik termasuklah dari segi pemakanan.

Setiap kali bawa pulang goodie bags ke rumah, anak2 saya akan kumpulkan di satu tempat dan makanan2 tu akan dibuang begitu saja. Yang diizinkan hanya air kotak (sesekali), gula-gula dan biskut. Cekedis dan jajan yang ada bahan perasa tambahan dilarang sama sekali.

Saya rasa saya masih OK. Ada sesetengah ibu bapa lain yang lebih extreme melarang terus sebarang bentuk makanan ringan termasuk coklat dan gula-gula.

Saya punya alasan tersendiri mengizinkan anak2 makan gula2 dan coklat dgn kadar tertentu.

Gula adalah bahan natural dan sesekali tubuh kita memerlukannya untuk tenaga.

Coklat juga bahan natural yang sesekali pengambilannya boleh memberi mood yang baik untuk kanak-kanak.

Di sini saya beri pilihan pada anak2 dan bukannya melarang terus. 

Saya faham, anak2 ni akan jadi sangat excited melihat pembungkus yang comel dan berwarna warni. Bayangkan kalau kita melarang terus...apa akibatnya? 

Jadi saya beri peluang mereka memilih. Yang ini boleh...dan yang ini tak boleh.

Jadi mereka kurang rasa tertekan bila tengok kawan2 lain boleh makan sedangkan mereka tak boleh.

Sekarang si Tebi yang berusia 2 tahun pun bila ke shoping complex dia dah tahu yang ni boleh dan yang itu tak boleh.

Biasanya lepas makan gula-gula dan cekelat...anak2 saya dikerah untuk minum air zam-zam atau air masak untuk meneutralkan kembali kandungan gula. Dan juga memberus gigi.

Jajan dan Cekedis dilarang keras kerana kandungan garam yang tinggi dan punya kandungan penambah perisa yang hakikatnya tidak diperlukan oleh tubuh terutama kanak-kanak. Pengambilan yang berlebihan boleh merosakkan buah pinggang dan juga tak baik untuk perkembangan otak.

Pernah sekali, ada seorang aunty offer pada Wifaq cekedis yang dimakan anaknya yang sebaya Wifaq juga. Saya curi dengar...

Wifaq geleng dan kata: "Mama tak bagi makan...". Alhamdulillah saya urut dada lega.

Lepas itu, aunty itu datang jumpa saya dan cerita peristiwa yang berlaku. "Bagus budak ni..tak makan junk food..".

Maksudnya beliau tahu makanan itu tak bagus, tapi mungkin terpaksa beri pada si anak yang dah mengamuk2 nakkan benda itu.

Persoalan di sini: Siapa dan bagaimana anak kecil itu boleh kenal makanan seperti itu?

Kalau ikut cara saya, saya sendiri memang tak pernah makan. Dan sejak dari anak2 saya masih bayi...setiap kali menonton TV saya akan katakan: "Eee tengok orang tu makan makanan tak bagus...nak sakit masuk hospital...nanti kena cucuk dengan doktor...lepas tu kencing manis kena potong kaki".

Itu yang saya katakan setiap hari lama kelamaan anak2 ni sendiri yang akan sebut sebaik pandai bercakap.

Satu lagi kaedah, rajin2 ziarah orang sakit di hospital dan bawa anak-anak (kalau boleh). Kemudian explain pada mereka kenapa orang tu sakit...sebab tak jaga kesihatan...dan ambil iktibar dari situ.

Saya cuma berharap...pihak pengurusan sekolah sendiri perlu membuat peraturan dan garis panduan jenis makanan bagaimana yang boleh dan tidak boleh dimasukkan di dalam goodie bags.

Seeloknya ambil kira khasiat dan nutrisi makanan2 tersebut dan kesannya pada anak2.

Kalau pun kita tak kisah anak2 kita memakannya, sila fikirkan anak2 orang lain.

Ambil kira sensitiviti ibu bapa lain.

Ada ibu bapa yang bijak, menyediakan pencil case yang harganya sekitar RM1-3...ini lebih baik sebab anak2 ini boleh menggunakan alas tulis itu dan tidak habis (atau dibuang) begitu saja. 

Saya mencadangkan adalah lebih baik memberi makanan2 berkhasiat yang punya packaging seperti makanan ringan yang ada di pasaran.

Cadangan saya:
~Peanut Candy (yang macam kacang tumbuk diimpot dari Timur Tengah tu. lagipun kacang elok untuk otak)
~Prun
~Kismis
~Buah2 kering dan dibungkus comel2 seperti dried Cranberry, Kiwi, etc.
~Susu kotak bersaiz kecil (atau air mineral yang dipek comel-comel)
~Buku nota comel dan pen comel.
~Pensel warna (pastikan non toxic....)
~Biskut (yang tidak terlalu manis)
~Bijirin yang dipek kecil-kecil (eg: Koko Krunch kotak mini)
~Madu (yang dipek kecil-kecil...baik untuk otak kanak2)
~Cuka kurma kahs untuk kanak-kanak (yang dipek kecil-kecil...tapi mesti mengikut usia kanak-kanak...kalau terlebih dos takut pedih perut).
~Roti saiz kecil (macam Twiggies...)

Dan apa-apa cadangan lain yang dirasakan sesuai.

Kadang2 pergi kenduri dan majlis di rumah orang pun payah juga. Depa duk hidang air gas...sedangkan anak2 saya dilarang keras minum air gas atas faktor kesihatan. Macam mana nak jawab tu? 

Orang dewasa pun tunjuk contoh tak baik....kalau nak minum seeloknya minumlah sorok2 dan jangan depan anak2. Air gas bukanlah haram...ia halal.

Tapi kanak2 adakalanya tak pandai nak control pengambilannya. Bila dah sekali minum dan suka...dia akan minta lagi dan lagi dan lagi....sedangkan kandungan gulanya ya ampun sangatlah menakutkan! Dah tua tau2 kena diabetis....salah siapa...?

Sebenarnya bukan senang nak menjaga anak-anak dari segenap segi terutama bila mereka tak berada depan mata kita...

Waktu inilah kita memerlukan kerjasama dari pihak-pihak lain juga terutama cikgu-cikgu di sekolah untuk beri contoh terbaik buat anak-anak kita.

...dan saya pasti ibu bapa lain pun begitu!

Ibubapa lain mungkin punya approach berbeza...tapi saya yakin matlamat kita sama.

Anak2 adalah amanah...mereka bakal pemimpin masa depan negara. Dan saya pasti kalau nak memimpin dengan baik mereka harus punya tahap kesihatan dan tabiat pemakanan yang baik.

Masa itu saya pun dah jadi warga emas dan tak mahu dipimpin oleh orang muda yang ada penyakit darah tinggi dan kencing manis!

Salam Ukhuwah.


Junk food memang sedap...tapi bayangkan kesannya yang amat menakutkan!