Thursday, October 4, 2012

Halal Japanese Cuisine @ Wadi Hana Islamic Kitchen

Salam alayk.

Nak cerita pasal makanan lagi. Tak taulah bila lihat dan fikir tentang makanan tiba2 rasa kadar stres menurun secara mendadak.

Kisahnya encik suami saya berada di tanah air ketika ini. Untuk beberapa hari saja. Masa nilah kalau boleh nak cover balik semua saat-saat indah yang sepatutnya kami sekeluarga spend bersama.

Encik suami kata teringinnnnnnn sangat nak makan steak selepas mendengar kisah saya membawa saudara mara ke Wadi Hana Islamic Steakhouse (WISH) sebelum ni. (sila lihat entry lama...tapi malas nak link kan...ya ampun)

Jadi kami ke WISH again malam semalam. Barulah berpeluang bawa kamera dan snap beberapa pic makanan dan insan2 yang memakannya (^_^).

Beberapa hari lepas...saya ada mengajukan pertanyaan di facebook mengenai ada atau tak restoran makanan Jepun halal di Bangi? Masing-masing pun tak tahu tapi persamaan antara kami ialah semuanya teringin nak makan kalaulah wujud restoran sebegitu rupa di kawasan berhampiran.

Di Bandar Baru Bangi ni kalau tak silap hanya ada satu restoran Jepun bernama Miyagi namun hingga kini tak dapat dipastikan status halalnya...(
*Sewaktu menaip entry ini sangat teringat kepada rakan blogger hanasakura (hai adik Hanis...yes I am talking to you...) yang berada di Miyagi, Sendai...sama macam nama restoran itu...)...

Tup tup malam semalam...lepas bayar bil...adik waiter tu kasi pamplet promotion ni ha...Allah telah menjawab segala persoalanku...


Rupanya recently restoran Wadi Hana Islamic Kitchen (satu lagi cawangan Wadi Hana restaurant) dah ada menyediakan makanan Jepun..wallaweh...macam tau-tau aje ramai yang mengidam...

Selama ni tercari-cari juga restoran makanan Jepun yang diyakini Halalan Tayyibah di kawasan berdekatan. Kalau kat tempat lain rasanya memang dah ada tapi saya ni tak rajin pulak nak berjalan jauh-jauh semata-mata nak merasa makanan....sebab kadang2 keinginan tu datang tak menentu...

Saya tak faham menu...kena tuition dengan Hanis aka blogger hanasakura-tomodachi....(^_^)
Macam-macam ada. Tengok tu...ada Menrui, Agemono dan Yakimono....(kalau kimono saya tau le...*garu kepala*)


Ya...sila lihat menu. Macam-macam ada kan? Tapi yang paling teringin nak cuba ialah Seafood Udon (pengaruh hanasakura lagi hahaha ya ampun), Spicy Lamb Teriyaki dan juga Ebi Tempura...

Baiklah saya berhenti di sini dahulu untuk memberi laluan kepada entry lain hiks....

Jumpa lagi!

End Note.

No comments:

Post a Comment