Wednesday, October 2, 2013

PhD dan Penyakit Saraf Adalah Sinonim.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wbkt.

Ada sesuatu yang mendesak saya menulis entry kali ini.

Ramai orang kata...kalau nak buat PhD...mesti ada persediaan mental dan fizikal yang mantap. Amat-amat mantap.

Sepanjang proses menyiapkan tesis bermacam2 jenis penyakit boleh hinggap jika tak kena gaya. Antara yang paling kerap melanda PhD students adalah migrain...dan juga lower back pain atau lebih kepada penyakit saraf.

Mungkin sebab proses menyiapkan tesis memerlukan kami duduk dalam waktu yang lama....dan kadang2 duduk ikut suka tanpa mengambil kira postur yang betul....ditambah pula faktor stress....maka ramailah yang menjadi mangsa penyakit ini. Biasanya kalau nak hilangkan stress duduk pun ala2 free style...

Salah seorangnya adalah saya.

Masa mula2 saya diserang penyakit ini ialah pada awal 2013...selama berbulan2 juga saya menahan kesakitan. Mula2 rasa sakit hanya di bahagian pinggang sebelah kanan....lama2 menjalar ke paha...dan akhirnya sampai ke hujung ibu jari kaki kanan.

Memang suffer waktu itu. Imagine naik kereta sekejap nak ke kedai pun boleh menangis due to kesakitan yang amat sangat. Walaupun dah sendal bantal di belakang tetap tak boleh tahan.....(>_<).

Selama berbulan2 juga saya tak ke mana2. Kenduri saudara mara pun saya tak boleh nak attend sebab tak mampu nak duduk dalam kereta untuk tempoh lebih 5 minit.

Padahal saya ni jenis yang amat jarangt sakit.

Akhirnya...suami suggest nak bawa saya cuba rawatan homeopathy. (saya tulis entry ni pun setelah rakan sepejabat yang sama2 study leave call minta no. telefon pakar homeopathy yang telah~alhamdulillah dengan izin Allah SWT~berjaya merawat saya).

Husband bawa saya ke Hashimee Homeopathy & Radiesthesia terletak di Kg. Pandan, Kuala Lumpur. Dr.Hashimee dah lama beroperasi sejak zaman saya kecik2 lagi rupanya...dan adik beradik husband juga ramai yang berjaya pulih dari pelbagai penyakit lepas berjumpa Dr. Hashimee.

Maka pergilah saya berjumpa Dr. Hashimee juga. Cara diagnosis ialah menggunakan keratan rambut (tak boleh sentuh dengan tangan).

Khabarnya ramai juga yang berjaya hamil selepas beberapa tahun menanti zuriat lepas berjumpa Dr. Hashimee.

Alamat Dr. Hashimee seperti berikut:


HASHIMEE HOMEOPATHY & RADIESTHESIA
8-1A JALAN HILIR 1
TMN. SRI ANGSANA HILIR
55100 KG. PANDAN
KUALA LUMPUR.
Tel: 03-92879017

Waktu operasi: 
Isnin – Ahad: 9.30 pagi – 12.30 t/hari, 2.00ptg-9.00mlm
Jumaat petang: 3.00 – 6.30 shj
Ahad petang: 5.00 -6.30 shj.


Lepas amalkan ubat yang Dr. Hashimee bagi....tiba2 saya demam teruk. Selsema dan batuk juga. Tapi lepas pulih demam....alhamdulillah..sakit beransur hilang dan sekarang...saya sudah pulih sepenuhnya.

Disebabkan ramai sangat kawan2 yang sedang berjuang dengan PhD call saya tentang ini..maka lebih mudah saya buat entry saja. 


Lepas habis ubat homeopathy...saya sambung dengan B-Complex Shaklee. Selepas terbaca bahawa B-Complex adalah perlu untuk kesihatan saraf. Mungkin selama ni saraf saya kurang supplemen kot. Maka bermulalah detik perkenalan saya dengan Shaklee pula..atas cadangan rakan baik saya sejak sekolah menengah iaitu Aisha Mohamad. Kalau kawan2 berminat nak dapatkan vitamin Shaklee boleh berkunjung ke blog ini: My Beautiful Hana atau SMS or Whatsapp beliau di: 012-329 6185.


Saya bukan dealer Shaklee. Tetapi hanyalah seorang pengguna yang amat berpuas hati. Kalau dulu selalu tumit pecah-pecah...sejak consume Vitamin E dan Vitamin C Shaklee alhamdulillah dah pulih. Sekarang tumit sudah licin. Walaupun sudah licin...jangan lupa pakai setokin ye kawan2 kerana kaki itu aurat kan...(^_^).

Sekarang saya sudah stop makan collagen...sebabnya tak beranilah pulak nak ambil banyak supplemen dalam satu masa. Dulu makan collagen sebab nak pulihkan pecah tumit dan kulit muka kering. Lani dengan Shaklee pun boleh dapat effect yang sama alhamdulillah. 

Overall...alhamdulillah saya sudah pulih sekarang dengan izin Allah SWT.


Chot aku pinjam gambar dari blog kau ye....:P



Walaupun saya tidaklah berpantang sekarang tapi dalam gambar di atas ada yang saya makan antaranya: ESP, Vit C dan B-Complex. Selain tu saya ambik juga Omega Guard, Vitamin E dan Mealshake untuk anak-anak. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT anak saya yang kecik dulunya kerap demam selsema...lani dah jarang2 kena. 

1 comment:

  1. terima kasih puan untuk info yang sangat berguna. saya pernah search pasal shaklee nie jugak tapi tkut nak try.. :D semoga Allah permudahkan urusan Puan menjadi 'Doktor'. Jumpa di KUIS ye puan ;)

    ReplyDelete