Monday, September 24, 2012

Tebi's Kisses (^_^)

Salam.

Entry ini tiada lain melainkan sekadar nak mencatat milestone si Tebi (anak dara kecik cenonet saya yang bongsu setakat ini berusia 2 tahun setengah).

Pagi ini...Tebi terbangun awal. 
Waktu itu belum pun Subuh dan saya baru sudah solat Sunat sikit2 sementara menanti waktu Subuh.
Mood Tebi baik sungguh pagi ni.

Dalam kegelapan Subuh, Tebi bangun dan tengok saya tengah solat.
Lepas je solat...lama saya duduk bertafakur atas sejadah.
Selalunya Tebi memang boleh agak bila mamanya habis solat...iaitu setelah menyengetkan kepala ke kiri dan ke kanan (bagi salam le tu...agaknya setat celik je mata di dunia hari2 tengok mama solat jadi dia dah boleh agak).

Tebi pun datang...
"Mama dah abis 'syolat' ke?".
Selalunya Tebi sebut 'colat'...tapi sejak 2-3 hari ni dia macam dah boleh sebut bunyi 's' dan 'sy'.
Sampaikan semalam nak minta bubur kacang dekat wedding Mufti Selangor (sahabat kamcing Atuk Tebi tu...) dia sebut: "Mama, nak bubur kashang..".
Hehe cumil je bunyi.

Bila azan Subuh je...Tebi ajak mama turun bawah.
"Mama jomla turun bawah...tapi...kat bawah gelaplah pulak...".
Perkataan 'tapi' dan 'lah-pulak' tu pun saya perasan sejak seminggu dua ni je dia baru faham penggunaannya.
Saya minta Tebi tunggu kejap nak solat Subuh, lepas solat boleh turun bawah dan mandi pegi school.

Jam 6.30 semua tiga2 kanak2 dah siap mandi dan dah ready nak ikut Opah keluar.
Baba takde, Opah la ganti tukang hantar pegi sekolah.
Selalunya Tebi bangun lewat dan pergi sekolah dengan mama...harini dia excited nak pegi awal dengan abang dan kakak.

Yang terharu tu...sebelum melangkah pergi...Tebi panggil: "Mama nak salam..".
Lepas salam...
Tebi kasi ciuman hangat di pipi kiri dan kanan...kemudian peluk mama erat2 sambil tepuk2 bahu mama.
"Babai mama...nanti jumpa lagi tauu...acalamalekum".

So sweet.

Aww...is this really my daughter?
Tiba2 je mama rasa terharu sepanjang hari...sampaikan tengok anak kucing yang tersepit kat pagar belakang rumah harini pun mama teringat Tebi.

Akibatnya harini terasa sangat lama...dan rasa tak sabar2 nak kiss-kiss Tebi lepas Tebi balik tekolah nanti.
Macam biasa...bila baba call dari Saudi, mama akan report semua peristiwa dan kelakuan anak2 through the phone.

Kalau baba takde satu hari, Insya Allah boleh survive. Tapi kalau Tebi takde....huhuhu...tak tau la nak cakap camane rasanya.

Budak Brainybunch nak pegi school. Idung Tebi berkilat mama sapukan Vicks sebab selsema.
Terima kasih sudi baca!

No comments:

Post a Comment