Monday, March 12, 2012

UMRAH Half Backpack Colombo-Riyadh-Madinah-Makkah Part 2

Day 2: 18 Februari 2012, Sabtu

Harini kami bangun awal juga. 
Subuh di Colombo awal iaitu sekitar jam 5 pagi.
Disebabkan kami sudah biasa travel ke negara2 lain sebelum ini, persiapan kami agak rapi.
Untuk transit, kami sudahpun menyediakan satu beg khas...di dalamnya terdapat 2 pasang pakaian lengkap untuk setiap orang.

Ini supaya kami tidak perlu menyelongkar bag2 lain dan proses bersiap dan mengemas mengambil masa yang sangat singkat.
Untuk stok makanan dan minuman  anak2, juga kami sediakan beg khas yg lain. 
Kami bertemu Kak Nur dan Abg Mi di cafe untuk bersarapan.


Waktu ini kami lihat ada banyak rombongan lain baru tiba...nampak gaya hotel ini sering jadi pilihan bagi mereka yang mahu transit di Colombo...walhal jarak hotel dengan airport tidaklah dekat sangat...
Having breakfast before leaving for the airport...



Mungkin sebab itu, Kak Nur yang melihat kami travel bersama 3 anak kecil ini berkata: "Taklah susah sangat rupanya berjalan jauh bawa anak2 kecil...".
Mungkin melihatkan cara kami yang agak sistematik mengurus keperluan anak2, Kak Nur berfikiran begitu.
Pada saya, yang penting parents mesti sentiasa rileks dan sediakan satu plan bagaimana mengurus keperluan anak sepanjang perjalanan.
Letih memang sedikit letih...tetapi kami lebih gembira travel bersama mereka daripada tanpa mereka.
Lagipun anak2 saya sudah biasa berjalan ke negara orang sebelum2 ini semenjak usia mereka masih bayi...

Lumrah anak2 saya, bila cakap saja yang 'kita nak jalan jauh..nak naik aeroplane', automatik mereka akan OK.
Yang tak tahan sebaik saja duduk dalam pesawat, si kecil Nehal (2 tahun) kata: "Naik bas..".
Si abang Wifaq dan si kakak Rihaab sebenarnya masih menyusu botol.
Si kecil Nehal (atau lebih glamer dengan panggilan Tebi...menyusu badan sepenuhnya jadi tak perlu risaukan bekalan susu beliau)
Tetapi kami sudah buat perjanjian: Tak boleh minta susu hinggalah sampai di Madinah.
Biasanya mereka akur dgn perjanjian ini.
Mengenai diapers, biasanya saya akan bawa stok yang mencukupi setelah mengira jumlah hari darab berapa keping diapers yang mereka akan pakai.
Contoh: 3 orang x 4 keping diapers sehari x 14 hari perjalanan. Ini yang sering saya lakukan sebelum2 ini.
Wifaq hanya memakai diapers ketika tidur atau di tempat2 yg tiada tandas...jadi sudah ada extra diapers di situ.
Mengenai bekas mengisi susu...setelah melalui pelbagai pengalaman travel ke sana ke mari, akhirnya kami menemui cara membancuh susu dengan cepat.
Kami mengisi susu ke dalam botol yang mudah buka dan bersaiz kurus tinggi agar dpt menimatkan space dalam beg galas.
Begitu juga dengan termos..kami menggunakan jenis yang tidak perlu memutar penutupnya untuk membuka..hanya pusing sedikit dan tekan.
Cara ini lebih cepat dan menjimatkan masa dan kurang kemungkinan untuk susu atau air tertumpah sekiranya membancuh dalam kenderaan yang bergerak...
Berjalan dengan kanak2 membuatkan kami yang tua ini belajar banyak perkara...


Kami check out dari hotel jam 8 pagi. 
Jam 9 pagi waktu Sri Lanka kami dahpun tiba di airport.
Suasana agak sibuk mungkin kerana hujung minggu. Sabtu dan Ahad juga merupakan cuti umum di Sri Lanka. 
Mungkin Allah nak uji kesabaran kami... nak check in barang jam 12 tengahari baru selesai. 

Mula-mula masalah tiket. 
Hampir sejam suami saya kena panggil ke pejabat pengurusan mereka.
Rupanya, kami tak boleh beli tiket online sendiri2 tanpa melalui agent mereka.
Kena tambah duit...haih...
Saya lihat rakyat Sri Lanka sendiri ramai yang sangkut.
Ramai juga jemaah umrah yang bakal bersama2 kami...kesemua mereka dahpun memakai ihram kecuali kami yang travel ala2 nak pergi Europe padahal nak pergi umrah..huhuhu
  
Barang dua troli penuh..lama pulak tu nak tunggu check in...
Boring menunggu...lebih baik ambik gambo...hewhewhew
Lepas tu, masalah nama baby tak appear. 
Lepas tu pula depa confuse sebab banyak sangat yang nama Sharifah...mungkin keliru antara nama saya dan nama anak2 dara saya yang semuanya bermula dengan Sharifah
Entah apa2…tapi saya tahankan juga hati...mungkin inilah dugaan kecil kami sebelum tiba di bumi Haramain.
Suami saya kata rileks....kalau di India lebih teruk. At least di sini, kita tahu apa yang kita tunggu.
Pengalaman beliau terkandas di India pada tahun 2010 akibat rusuhan...menunggu di airport tanpa mengetahui apa yang dinanti...
Dan peristiwa rusuhan itu dirakamkan dalam drama bersiri popular Nur Kasih...
Adegan ketika Adam hilang dalam letupan di hotel Taj Mahal di Mumbai menyebabkan beliau hilang untuk tempoh yang lama...
Sebelum Nur Kasih muncul di kaca TV, 'Adam' saya sudah pun berada di sana...:)
Syukur akhirnya masalah selesai setelah hampir sejam suami dipanggil ke pejabat mereka...macam2 lah kerenah di negara orang...semuanya jadi pengalaman...

Kak Nur kata sepanjang hayat dia travel belum pernah jadi begini. 
Perlu dinyatakan di sini, kebetulan Allah beri saya travel partners yang baik.
Kak Nursiah dan suaminya Abg Mi, juga jenis yang sudah biasa travel ke sana ke mari.
Jadi apabila terjadi masalah terkandas atau seumpama dengannya..kami masih boleh bergelak ketawa dan tidak panik.


Not a big problem though. Kalau terkandas..balik hotel dan tidur...hahaha 
Waktu inilah timbul rasa kagum kepada encik suami saya...
Mungkin kerana sudah biasa, beliau cool saja dan menyelesaikan masalah dengan tenang.
Suami pun untung dapat ahli rombongan yang cool macam kami..hahaha...
Boring2 tunggu tak tau apa benda...kami duk posing snap gambar apa2 yang boleh...
Ada jugak faedah...


Disebabkan masalah yang berpunca daripada pihak airport, kami dapat Meal Voucher.
Malangnya....setelah berlari2 dengan Kak Nur ke Cafe berkenaan untuk menuntut makanan free...depa dengan selamba berkata: "We cannot allow you to take the food anymore..because ur flight is now boarding"..
Padahal dalam masa saya lihat masih ramai tempatan yang sama flight dengan kami sedang mengisi perut dengan wajah penuh keselambaan...
Takde rezeki...
Kami melangkah longlai ke gate dan bagi isyarat kepada para suami kami yang menanti di situ bersama anak2...
Mereka hanya ketawa....
Saya akan ingat peristiwa ini sampai bila2!
Tentang airport Sri Lanka yang kelam kabut....


Meal Card yang tak sempat dituntut...hmmm..


Kami pakat kutuk sistem airport depa yg hancus. Nampak gaya staf2 nya macam tak pernah buat kerja. 
Lagi satu hal, nak naik flight pun berasak2. 
Ini memang biasa terjadi di negara2 dunia ketiga...
Macamlah flight tu akan terbang tinggalkan kita....tidakkah mereka tahu erti rileks?
Rasanya waktu inilah brooch Zhulian yang saya pakai di bahagian belakang tudung saya hilang...
Sampai di Madinah baru perasan brooch dah hilang!
Mesti ada yang sangka brooch tu emas!
Tak apalah kira sedekah kepada org yang ambil...

Melihatkan pengurusan Saudi Arabia Airlines pun saya rasa nak ketawa.
Kenapa la tak benarkan mereka2 yang naik 'wilca' dan yang ada baby naik dulu? 
Akhirnya jadi kelam kabut. Kesian pada orang2 tua…
Penerbangan jadi lewat disebabkan nk ejas itu ini. 


Saya perhatikan bangsa Arab dengan Sri Lankan 2x5..kalut dan tiada sistem.
Sepanjang perjalanan, anak2 ok tak meragam. Semuanya tidur kecuali Wifaq yang sibuk main games dan menonton TV.
Alhamdulillah kami dpt seat yang berhadapan dinding jadi agak lapang dan selesa untuk anak2.
Pramugari dan pramugara mereka tidaklah lemah lembut sangat macam di Malaysia.


Wifaq duduk dengan Tok Mi...nak jugak tepi tingkap sbb nak tengok Take Off dan Touch Down


Busy main game..
 Perjalanan ke Saudi ambil masa 5 jam..
Kanak2 dapat beg yang di dalamnya ada lipbalm, botol air, topi.
Makanan pun okay.
Sebelum perjalanan, dimulakan dengan doa menaiki kenderaan.
Ini yang tiada di Malaysia selain kain kebaya yang terselak2 ketika melangkah
Kadang2 saya terfikir, pihak MAS tak bercadang ke menukar uniform pramugari yang melunturkan iman kaum lelaki itu?


Anak2 dara duduk dengan kami....enjoying the flight
Tempat magazine jadi tempat taruk botol..hihi..multipurpose gitu

Kami mendarat di King Khalid International Airport, Riyadh sekitar jam 6 petang. 
Beratur panjang pulak. 
Kami ditendang bagaikan bola...sekejap line sana sekejap line sini. 
Ini masalahnya apabila terlalu ramai nak jadi ketua.


King Khalid International Airport, Riyadh


Melepak lagi tunggu domestic flight to Madinah al Munawwarah


Selama ni saya dengar je suami bercerita.
Alhamdulillah tak lama kemudian mereka bukak line untuk perempuan saja. 
Maka beraturlah kami bersama2 jemaah umrah dari Sri Lanka.
Bila tiba turn kami, Kak Nur tanya: boleh tak panggil husband sekali? 
Pegawai tu izinkan setelah melihat pasport  kami dr Malaysia…
Pegawai tu tanya, kenapa tak ambil direct flight je dari KL ke Madinah?
Kami jawab..saje2 nak jalan tengok Sri Lanka...


Kami terlepas solat Zohor-Asar disebabkan menunggu beg dan hal2 imigresen. Hairan kenapa tak disediakan tempat solat yang sempurna dan easy access.
Waktu nak solat Maghrib-Isyak pulak kami kena hambat. 
Pegawai bertugas tu dah bising2 kata domestic flight kena cepat2 masuk.
Saya keraskan hati solat jugak dengan Kak Nur.
Waktu kami tengah solat...tinggal saya dan Kak Nur saja...pegawai tu tunggu je sampai kami selesai.
Sedih aku tengok tempat solat.
Tak seperti KLIA...tempat solatnya hanyalah sedikit ruang bawah tangga berdekatan lif yang kotor dan berbau.
Macam ini ke negara Islam...subhanallah...

Kami tak faham apa yang depa paksa kami masuk cepat..sebab lepas itu kami  duk melangut berjam2 kat atas menanti pesawat yang belum tiba.
Kecoh lebih Pak Arab ni nak tunjuk kuasa.
Depa patut pergi kursus di Malaysia dan lihat betapa teratur, rilek dan tenangnya orang Malaysia berurusan. Cewah...

Apa2 entah. Sudahle  berapa kali cek in cek out bag….letih sangat. 
Stroller anak2 dah macam apa kena campak. Mujur tak beli stroller mahal.
Sempat bersembang dengan nurse dari Malaysia kerja kat sini.

Kemudian kami naik 2 hours domestic flight ke Madinah. 
Budak2 sume tdo. Satu hal pulak nak angkut budak2 ni. 
Waktu flight semakin rendah, dari jauh kelihatan bandar yang gelap kecuali satu tempat yang bercahaya-cahaya.
Saya tahu itulah Masjid Nabawi 
Subhanallah….mcm tak percaya akhirnya aku dijemput ke sini. 
Dalam hati tak putus berselawat ke atas Rasul. 
Aku semakin dekat dgnmu ya Rasulullah……………
Berdebar2 rasa hati macam nak jumpa kekasih yang dah lama dirindui....
Di sana itu bersemadi jasad Rasulullah S.A.W junjungan besar kita.

Mujur ada Kak Nur dan Abg Mi yang tolong bawa beg dan kami dukung anak2.
Nak jadi rezeki.. sepatutnya kami menginap di hotel yang murah sikit dan jauh sikit..
Namun disebabkan hotel tu ada masalah jadi kami dapat menginap di hotel mahal sket. 
Elaf Taiba Hotel. 


Hotel kami...Elaf Taiba Hotel (Crescent)
Berhadapan hotel kami ialah hotel Anwar Movenpick.



Cantik dan ramai pula jemaah dari Turki... 
Dari pintu hotel nampak menara2 Masjid Nabawi yang bercahaya-cahaya...hanya beberapa langkah saja dari pintu hotel.
Hotel Anwar Movenpick yang glamer di Madinah...ke kanan sikit lagi ada kedai jubah best bernama Madinatul Azya'


hotel entrance


View from hotel entrance...beberapa langkah dari gate Masjid Nabawi...syukur dan happy sangat :)

Baru check in di hotel...jam 12 malam...sudah letih, lapar dan mengantuk tapi anak2 semua dah tidur


Serta merta perasaan jadi terharu....
Syukur Allah memudahkan urusan kami untuk sampai ke sini
Ke bumi penuh barakah...penuh kedamaian... 
Rezeki anak2 juga....


Semenjak tiba, perasaan saya tak ubah seperti anak2 muda yang excited dapat menjejakkan kaki ke Universal Studio atau Hollywood...dan dapat menemui artis dan idola yang sejak kecil ingin ditemui...
Begitulah perasaan saya ketika ini...
Terasa macam tak percaya..hanya beberapa langkah dari hotel tempat saya bermalam malam ini, bersemadi jasad Rasulullah...
Sangat hampir....


Saya pernah terbaca suatu hadith yang mengatakan bahawa para Rasul dan wali2 sebenarnya terus beribadah di dalam kubur mereka.
Mereka tidak mati seperti manusia biasa lain..
Mungkinkah Rasulullah memerhatikan segala perilaku kita sepanjang di sana?
Bagaimana kita bertolak2 berhimpit2 sehingga menganiaya orang lain semata2 untuk beribadah...
Bagaimana perasaan Rasulullah andai baginda masih ada bersama kita?
Itulah yang asyik saya fikir2kan...


Melangkah saja ke bilik... 
Subhanallah…selak saja langsir tingkap terus ternampak pemandangan  Masjid Nabawi yang tersergam indah. 
Jadi malam itu...saya tidur buka tingkap.. supaya apabila terjaga tengah malam terus ternampak Masjid Nabawi yang sekian lama kurindui!!!


Dream comes true!


Juga dari jendela kamar kami..di sini saya, di sana Rasulullah!


Saya pesan pada suami, jangan tutup langsir...
Setelah lampu dipadamkan, saya tidur mengiring ke kanan...sambil senyum sendirian menatap pemandangan yang amat indah ini.
Sungguh bertuah saya dapat mengalami semua ini bersama suami dan anak2 yang disayangi..
Agar nanti dapat kami mengenangnya sepanjang hayat...
Kalau trip tahun lepas pada bulan Mac 2011 kami  ke Korea, selak tingkap nampak Mountain Seorak yang dilitupi salji putih sebelah tingkap….
perasaan dapat tengok Masjid Nabawi di sebelah jendela beratus ribu kali ganda lagi...


Waktu check in hotel, anak2 sudahpun tidur lena semuanya. Keletihan.
Sebenarnya mereka sudahpun lena ketika dalam penerbangan dari Riyadh ke Madinah lalu mencabar kami sebagai ibu bapa untuk mengangkut mereka turun dari lapangan terbang.
Mencabar...tetapi kami sudah biasa.
Saya mendukung si kecil dan suami mendukung si abang dan si kakak.

Tak sabar nak menunaikan solat Subuh di Masjid nabawi esok pagi….
harap2 anak2 ok… dan semuanya berjalan lancar.


Masing2 sudah zzzzzz...yang dihujung tepi tingkap itu tempat tidur saya dan Tebi...

Jam 12 malam perut rasa lapar tiba2. Dalam flight tadi, akibat keletihan...makanan yang terhidang terbiar begitu saja.
Kami tertidur rupanya.
Sedar2 stewardess dah kutip semula makanan yang tak berusik itu.
Bila suami kata yg kami belum makan...katanya: "No..no..I cannot give you the time is over".
Biarlah...tak ada rezeki kami agaknya.

Suami order makanan untuk kami dan Kak Nur serta Abg Mi.
Rasanya suami minta salah seorang stafnya untuk belikan makanan buat kami.
Saya sudah mamai...terdengar2  suara suami menyuruh Abg Mi ambik food depan pintu melalui interkom.
Kasihan suami...sudahlah letih...tapi belum boleh tidur disebabkan menanti sekumpulan jemaah Yaskin yang lain yang akan sampai malam ini jam 3 pagi.
Makanan itu tak berusik hingga esok pagi.

Dalam pada itu...saya sudah terlena bertemankan pemandangan Masjid Nabawi dan tak sabar menanti esok hari.

Thursday, March 8, 2012

TRAVELOG UMRAH HALF BACKPACK COLOMBO-MADINAH-MAKKAH Part I

Salam 'Alaik....
Sekadar berkongsi catatan perjalanan dan pengalaman yang ditempuhi sepanjang perjalanan menuju Baitullah...
Tiadalah niat untuk berbangga diri atau riak...
Jujurnya saya akui sebelum ini saya rasa kurang bersedia untuk ke Makkah.
Mungkin merasakan diri kurang baik...atau juga hairan melihat segelintir orang yang sering ke sana namun pulang tanpa sebarang perubahan.
Tapi semenjak saya menjadi rapat dengan majalah SOLUSI dan kerap pula menonton TV AlHIjrah....terutamanya rancangan Law Kana Bainana itu...semakin rasa terpanggil untuk ke sana...
Rindu kepada Rasulullah semakin menggamit...

Rasanya sudah tiba masa saya berubah..dan untuk berubah saya mahu bermula di titik dan tempat yang betul.
Betullah kata orang jika niat kita betul, berdoalah maka Allah akan makbulkan doa kita.
Dalam tempoh sebulan...tanpa perancangan rapi...jemputan untuk ke sana dipermudahkan.
Hendak ke sana, tak semestinya kita punya wang yang banyak.
Ada banyak cara Allah membawa kita menjadi tetamunya...tugas kita hanya berdoa berdoa dan berdoa.

Waktu ini saya tidak punya banyak wang dalam simpanan kerana baru saja membayar wang untuk membeli sebuah lagi rumah. Semuanya berlaku tiba2.
Mungkin Allah mahu menguji saya...adakah niat saya ke Makkah benar2 mahu beribadat atau sebaliknya
Jika saya ke sana dengan wang yang banyak mungkin niat saya akan terpesong.
Semua orang tahu saya ini penyoping tegar....haha
Jadi perancangan untuk ke sana sekadar angan2...

Masuk bulan Januari pun segalanya masih samar2.
Perlu saya ceritakan di sini, suami saya merupakan pengurus cawangan di Kuala Lumpur bagi Syarikat Pelancongan Yaskin. Ia sebuah syarikat yg diurus oleh bapa mertua saya beribupejabat di Kota Bharu dan mempunyai cawangan lain di Terengganu dan Kedah.
Suami sering berulang alik ke Makkah namun saya belum pernah kerana beberapa halangan seperti mengandung dan punya anak kecil.


Tahun ini nampaknya sangat sesuai....jadi saya secara bergurau berkata kepada suami yg saya teringin nak pergi umrah bulan Februari.
Kebetulan anak kecil saya bakal berusia 2 tahun menjelang Mac dan tiket flight akan jd mahal selepas itu.
Lagi pula...bulan Februari cuaca masih dingin dan Makkah tidaklah sepanas bulan2 lain...
Ada banyak sebab mengapa saya mahu ke sana pada bulan Februari 2012..
Namun saya hanya berangan2 tanpa persediaan kewangan.
Dalam pada itu tiap hari saya berdoa 'Ya Allah jemputlah daku ke sana...'.

DOA TERJAWAB

Tidak semena2 pertengah bulan Januari...ketika suami masih lagi di Makkah menguruskan kontrak hotel untuk musim umrah dan haji sepanjang 2012, beliau SMS saya dan bertanya: "Betul ke nak pergi umrah bulan Februari ni?".
Semestinya saya mahu....kebetulan jiran saya merangkap pengasuh Wifaq semasa kecil pun ada menyatakan hasrat untuk ke Makkah bulan Februari 2012. Kebetulan suaminya En. Azmi baru saja berpencen.

Suami minta saya deal hal2 imigresen dengan adik ipar saya yang menjaga cawangan KL.
Sedar tak sedar tiba2 saja segala impian saya jadi kenyataan.
Saya memang berhasrat jika ditakdirkan kami ke Makkah, biarlah suami saya tidak menguruskan mana2 jemaah supaya boleh menumpukan perhatian buat saya dan anak2.
Hasrat saya tercapai.
Kami pergi secara backpack dan transit di Colombo dan hanya bertemu jemaah Yaskin yang lain ketika di Madinah.
Ketika ini...saya tidak punya wang tetapi Allah makbulkan doa saya dan segala perbelanjaan ditanggung suami saya.
Saya langsung tidak membawa sesen wang ke sana namun emak dan ayah ada memberi sedikit wang Ringgit Malaysia dan USD kalau2 saya mahu membeli apa2.
Terharu...
Tetapi saya memang tidak berniat untuk bershopping dan niat saya hanya mahu fokus pada ibadah sahaja.
Saya sangat hargai wang yang suami keluarkan untuk kami...
Jadi sebolehnya saya mahu gunakan setiap saat di sana untuk ibadat paling maksimum.
Selama ini saya bukanlah hamba Allah yang baik sangat....
Harap Allah terima saya dengan baik.

Kesimpulannya, untuk ke sana kuncinya bukanlah wang...tetapi ia lebih kepada rezeki kita untuk dijemput Allah menjadi tetamuNya.
Oleh itu....berdoalah sebanyak2nya...

Hari Keberangkatan: 17/2/2012 Jumaat (KUALA LUMPUR-COLOMBO)

Kami bangkit tidur seawal jam 3 pagi kerana flight kami jam 6.30 pagi.
Kami memilih cara yang paling murah dengan menaiki penerbangan Air Asia ke Colombo.
Ramai jemaah dari Malaysia dan Indonesia memilih cara ini kerana bezanya hampir RM1000 berbanding direct flight ke Madinah.
Semala petang, Pak Uda dan Mak Uda kesayangan saya buat surprise dengan muncul tiba2 depan pagar rumah.
Alhamdulillah kehadiran Pak Uda dan Mak Uda menyelesaikan masalah pengangkutan kami kerana beg yang agak banyak kerana travel dengan anak2 kecil seramai 3 orang.
Thanx to Pokde dan Mokde yang tiba2 muncul depan pagar dan sediakan sandwich untuk bekalan kami...tuan punya badan yg nak fly dah xlarat nak fikir hal makan...:)

 Alhamdulillah anak2 tak meragam.
Lepas mandikan anak2 dan siapkan mereka saya solat sunat mohon perjalanan kami dipermudahkan terutamanya anak2. 
Rihaab anak kedua saya paling OK pagi ini sedangkan selalunya dia yang paling banyak kerenah. 

Jam 4 pagi, semua dah siap...kami ambil K.Nor n Abg Mi di rumah mereka (berhadapan rumah saya).
Kami bawa 2 biji kereta~Honda saya dan Avanza Pak Uda. Pak Uda sudah bekalkan kami sandwich yang dibuatnya sejak malam semalam.
Terharu betul...
Penerbangan dari LCCT jam 6.30 pagi mengambil masa 2 jam setengah. 
Beza waktu Malaysia dan Colombo ialah 2 jam. 

Wajah-wajah jam 4 pagi di LCCT...Alhamdulillah budak2 OK
Wifaq macam biasalah jual mahal

Kami mendarat di Bandaranaike International Airport, Colombo jam 8.30 pagi waktu Malaysia (6.30 pagi waktu Sri Lanka).
Airport ini kecil saja menyerupai airport Subang 30 tahun dahulu.
Kerusi untuk menunggu tak banyak. Kemudahan awam pun biasa2 saja.
Taraf hidup rakyat Sri Lanka juga agak rendah. Insaf dan syukur saya jadi rakyat Malaysia yang maju dan makmur.
Welcome to Sri Lanka

Sampai Colombo tengok2 ada internet free...report fesbuk dulu..:P


Lepak kejap sambil makan sandwich dari Malaysia..untung sandwich dpt berjalan sampai Sri Lanka

Suami saya pernah ke Colombo sebelum ini dan punya business partner, Muslim Sri Lanka bernama Mr. Kamal Din.
Beliau agak sibuk hari itu namun telah mengarahkan stafnya menyambut kami di airport.
Kenderaan yg disediakan sangat selesa.
Tourist guide kami bernama Mr. Sunil dan melayan kami dengan baik.
Stewardess Air Lanka....seksi meksi sungguh...

Kami dibawa ke Negombo, sebuah bandar bersebelahan Colombo yang terkenal dengan pantainya yang cantik.
Rupanya hotel kami di tepi pantai diberi nama Catamaran Beach Resort.
Pantai ini tidak terkena tsunami pada tahun 2004.

Catamaran Beach Hotel...dan kenderaan yang mengangkut kami...bersama Kak Nur jiran aka travel partner
Our hotel by the beach...view from our room


 Swimming pool di tepi Negombo Beach, Sri Lanka....pantai dia macam kt Malaysia jugak...
2 jam selepas check in dan makan pagi, kami keluar berjalan2 sekitar Negombo dan Colombo.
Mulanya kami merancang hendak melihat kesan tapak kaki Nabi Adam dikenali sebagai Adam's Peak (atau Sri Pada dalam dialek Singhalese iaitu bahasa rasmi Sri Lanka).
Ia terletak di atas puncak gunung 6 jam dari kota Colombo. 
Seorang Sami berdoa di hadapan kesan tapak kaki Nabi Adam~gambar ihsan Google Images.

Adam's Peak dari kejauhan (Gambar ihsan Google Images)

Sri Pada bererti 'sacred footprint' yang sering dikunjungi pelancong dari semua agama dan bangsa mungkin kerana semua manusia di dunia percaya bahawa Nabi Adam manusia pertama dicipta Allah di dunia ini.
Ia terletak di daerah Ratnapura di negeri Sabaragamuwa, Sri Lanka.
Namun niat kami hendak ke sana terpaksa dibatalkan memandangkan keadaan jalanraya di sana agak teruk dan sesak.
Tempat yang jaraknya hanya 15km akan mengambil masa 2 jam untuk tiba ke sana.
Rata-rata penduduk Sri Lanka boleh dikategorikan sebagai...tidak kaya.

Jadi kami hanya bersiar2 sekitar Colombo.
Colombo ialah ibu negara Sri Lanka namun bangunan tertinggi saya dapat lihat hanyalah setinggi menara Komtar di Pulau Pinang.
Bandar Colombo juga tak ubah seperti Pulau Pinang dengan kesan2 binaan British.
Juga terdapat laut di pinggir bandar Colombo.
Bandar Colombo terbahagi kepada beberapa kawasan seperti Colombo 1, Colombo 2, Colombo 3 dan seterusnya.
Colombo 3 adalah kawasan mewah seperti di Ampang di mana terdapat pejabat2 kedutaan dan konsulat.
Menurut Mr. Sunil, pembiayaan persekolahan hinggalah ke universiti adalah percuma namun harga barang sangat mahal dan keadaan jalanraya agak teruk.

Alahai comel je lori sampah...

 Saya perhatikan orang2 Sri Lanka agak extreme dengan patung dan penganut Kristian yang kuat.
Di mana2 di kiri kana jalan terdapat gereja besar dan kecil...adakalanya berbentuk binaan kecil seperti tempat sembahyang orang Cina di Malaysia yg terdapat di tepi2 jalan dan wajib terdapat patung2 seperti Jesus dan Mary.
Keadaan ini sedikit merimaskan saya dan membuat saya rasa loya.
Rupanya di sini terdapat kilang membuat pinggan mangkuk terkenal dari Jepun iaitu Noritake.
Mungkin kerasa kos buruh di sini murah.
Sri Lanka amat terkenal dengan pembuatan seramik dan local brand yang terkenal di sini ialah jenama Dankotuwa yang sering digunakan di hotel2.
Bagaimana saya tahu? Setiap kali makan saya akan melihat bahagian bawah pinggan mangkuk dan melihat jenamanya..:)
Di Malaysia jenama Noritake biasanya digunakan golongan Datin dan orang2 kaya.
Tak pernah termimpi saya akan memiliki jenama ini.
Outlet Noritake terletak di Colombo 3 di tepi jalan sahaja namun kami tak sempat hendak singgah dan membelinya.
Jika terbeli pun agak susah hendak mengangkutnya ke Makkah.
Mungkin dalam perjalanan pulang dari Makkah kami akan singgah Insya Allah.
Sudah termimpi2 Noritake yang mencecah ribuan ringgit di Malaysia.
 

Lepas itu kami di bawa ke Spice Grove iaitu sebuah kebun herba milik peribadi seorang rakyat Sri Lanka.
Tiada yg menarik di sini kerana kebanyakan herba2 itu boleh ditemui di Malaysia.
Sewaktu taklimat tentang produk2 berasa herba kami tak begitu berminat
Jadi saya pura2 bangun bawa anak ketiga saya Nehal berjalan2...hihihi
Jadi bila kami tak mahu membeli beliau membebel2 dalam dialek Sinhalese.
Nasib kamulah...apatah lagi ubat2an yang dijual sangat mahal.
Sekali pandang, orang2 Sri Lanka mirip orang India.
Namun bahasa yang digunakan sangat berbeza seperti orang Indonesia berbeza dari orang Malaysia.
Masing2 buat muka boring...bilalah mamat ni nak habis taklimat..pulak tu kt dinding dia ada gambar dewi Hindu nampak &*^%...sabo jelah aku
Kami pulang ke hotel dan sepanjang jalan kelihatan barangan kulit dijual di tepi2 jalan.
Terbeliak juga biji mata...namun kami tak singgah membeli kerana perjalanan masih jauh.
Kami hanya singgah di Colombo City untuk membeli souvenir seperti fridge magnet namun tak banyak pilihan seperti di negara2 lain yang pernah kami jejaki sebelum ini...
Nampak gaya pelancongan bukanlah industri paling popular di sini.


Antara tempat shopping mahal...tp xbest sangat pun...


Depa ada budget taxi bernama NANO CAB..Malaysia takde...
Negombo adalah bandar bersebelahan Colombo yang mempunyai pantai yg cantik...
At Negombo Beach. Tak rasa nak mandi pun.
Wifaq snapped this pic...ok la jugak...
 Saya buat kesimpulan sendiri...ramai yang masih belum tahu keistimewaan Sri Lanka.
Sewaktu mula2 tiba saya sendiri tertanya2 apa ada di sini?
Namun inilah yang dapat saya senaraikan:
1) Adam's Peak iaitu tapak kaki Nabi Adam yang terletak 6 jam dari Colombo.
2) Perusahaan seramik terutaman jenama Noritake yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Seorang sahabat Kak Nor yang tinggal di India sanggup turun ke sini semata2 untuk memborong Noritake.
3) Ladang teh terutamanya jenama Dilmah dan Lipton.
4) Pantainya yang cantik yang banyak dikunjungi orang2 putih.

Malamnya, kami makan malam di hotel.
Waktu mengambil saya terlihat satu keluarga seusia saya anak beranak juga mengambil makanan.
Kami bertegur sapa. Rupanya beliau dari Dubai mengikut suaminya bekerja di sana dan mahu pulang ke Malaysia.
Rumahnya di Bukit Mahkota berhampiran rumah saya!
Oh kecilnya dunia.
Kami bertukar2 profile facebook. Seronok dapat kenalan baru.
Menurut beliau, flight yang transit di Sri Lanka jauh lebih murah berbanding penerbangan terus ke Malaysia...neza sekitar RM700...

Malam itu kami makan malam yg istimewa.
Pasta carbonaranya adalah yang paling lazat pernah saya rasa seumur hidup saya.
Manager di situ asyik datang ke meja kami bertanya kalau2 kami mahu apa2 yang special.
Rupanya Mr. Kamal Din sudah pesan supaya layan kami sebaik2nya.
Jadi kami minta Udang Bakar.
Kami tanya siapa yang masak Pasta Carbonara yang sangat sedap itu?
Tak lama kemudian Chef yang bertanggungjawab keluar bertemu kami.
Rupanya beliau pernah bekerja di Italy..patut pun pastanya sangat sedap...terbaik di dunia pada tekak saya!
Memang biasanya kalau ada pelanggan yang bertanya tentang Chef, beliau akan keluar menemui pelanggan untuk menerima apa2 komen.
kalau dapat komen negatif pun kena telan saja...huhu
Udang bakar special request special treatment by Mr. Kamal Din biz partner husband di Colombo!

Pasta Penne Carbonara tersedap di dunia...believe me! Tak pernah rasa yg sesedap ni...

Malam itu kami berehat secukupnya sebelum meneruskan penerbangan ke Arab Saudi esok pagi. 
Sungguh dingin sampai terpaksa matikan air cond...
Mula2 cadangnya nak menonton TV tetapi setelah tertengok satu adegan 18SX filem Inggeris terus saya matikan TV. Mujur anak2 tidak terlihat sama...