Wednesday, September 12, 2012

Let's Masak n Makan: Sizzling Hotplate Mee

Salam Syawal.

Semalam saya tak puasa enam (ada lagi balance 2 days), jadi menjelang tengahari secara otomatik perut pun mula berkeroncong.
Saya lunch agak lewat semalam.

Setelah menggeledah almari...saya tengok ada stok Mi Sanggul buatan Muslim jenama Mutiara.
Stok Mi sanggul ni memang sentiasa ada je dekat pantry senang kalau tetamu datang dah ada idea apa nak masak.

Ini dia:


Kadang2 saya guna brand ini:

Kadang2 saya guna jenama ini but this one comes with Tomyam Paste...tinggal masak aje

Sebagai alternatif kepada yee mee sambil2 membantu usahawan bumiputra.

Setelah mengorek2 peti sejuk dan cukup bahan, maka inilah hasil lunch saya lewat tengahari semalam:
Saya main bubuh je apa ada dalam peti. Jumpa shiitake, chicken ball...sayur2...meriah la compared dari makan kat kedai kan
Lepas tu saya tengok ada lagi lebihan Kopi O sarapan pagi. Maka jadilah Hotplate Sizzling Mee bersama Kopi O Ais.
Dua2 hitam: Sizzling Mee dilawankan Kopi O Ais (^_^)
Mulalah berangan konon2 makan kat restoran kan (memang itu pun tujuan beli hotplate tu...lama dah beli di Nilai 3 untuk kegunaan di masa2 mahu berangan seperti ini heheheh)

Sambil makan sambil study (^_^)




Resipinya saya ambil dari mana lagi kalau bukan My Resipi oleh Lilydvalley *sebab saya tengok ramai komen kata sedap* thanx cik lilydvalley, cuma diolah menggunakan bahan yang ada.

RESIPI SIZZLING (SANGGUL) MEE

Bahan-bahan ( seorang makan )
1 mi sanggul
3 ulas bawang putih

3 biji cili padi (diketuk)
3 biji cendawan shiitake kering *rendam sampai lembut dan potong 2 atau 4)
3-4 ketul chicken ball (sebab takde ayam...guna daging pun boleh juga)
3 biji cili kering- potong 2

1 sudu besar cili giling/boh
sedikit sos tiram
sedikit kicap cair
sedikit kicap pekat
1/2 in halia *diketuk sampai pengsan...haha*
Sayur2an yang dihiris nipis~carrot dan pakchoy
Sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Sedikit Olive oil untuk menumis *minyak biasa pun boleh*
1 sudu besar Tepung Ubi Kayu dibancuh dgn sedikit air *selalunya orang guna tepung jagung, tapi saya lebih suka tepung ubi kayu...terpulang citarasa masing2*
Sebiji telur ayam
Sedikit serbuk pati ayam (jangan banyak2 sebab dah masin)
Sedikit air


Cara-cara

Masukkan olive oil dan jangan tunggu lama sbb olive oil cepat panas.

Tumis cili boh, bawang putih, cili kering, cili padi dan halia sehingga naik baunya.

Masukkan chicken ball (nak masuk seketul boleh, nak belah pun boleh) sehingga agak empuk.

Masukkan sedikir air (jangan banyak sangat takut melimpah sebab hotplate ni kecik je...)
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.

Masukkan mee dan tunggu lembut (ambil masa 2-3 minit atau rebuskan siap2 di periuk lain baru masukkan dalam hotplate)

Masukkan cendawan serta sayur2 lain (tunggu hingga lembut)

Masukkan bancuhan Tepung Ubi Kayu dan kacau rata.

Perasakan dengan sedikit serbuk ayam.

Pecahkan sebiji telur dan tunggu telur masak.

Hidangkan panas2.

Selamat mencuba (^_^)

Monday, September 10, 2012

My New Collection of Chicken Soup Series...

Salam sejahtera semua...salam Syawal (sempat lagi nak habiskan beraya ni...(^_^)

Last week, on Wednesay...I was planning to duduk diam2 dekat rumah and siapkan chapter yang masih berbaki...apabila tiba2 encik husband secara tiba2 suruh siap2 dan temankan beliau ke program apa benda entah khas untuk BUMITRA iaitu persatuan travel agensi bumiputera..or something like that hehe (nampak beno malas nak ambik tau)

Okay...ke mana dan apa saya buat sepanjang hari itu, saya akan tulis dalam entry lain khas nak story new findings yang agak mengujakan saya hari itu.

Disebabkan encik husband sudah 'curi' masa saya sehari suntuk dan tak dapat study...macam biasa lah wife beliau yang materialistik ini mesti akan tanya: "Kalau temankan...abang nak belanja apa?".

Sambil ketawa2...sempat beliau berkata: "Okay, **** (panggilan rahsia di rumah...yang pasti tidak menggelikan telinga yang mendengar, tapi saje nak rahsia jugak...hehe) nak makan apa? Nak makan kat mana?" sempat beliau berkata: "Materialistik betul bini aku"

Jawab saya: "Tak kiralah materialistik ke apa...janji dapat makan sedap dan free..." hik hik (*_^)

Setelah berkaw-tim dengan beliau...akhirnya habis program beliau bawa saya ke Alamanda, Putrajaya...sebab saya rasa nak makan Nando's dan mahu ke MPH cari buku baru...

Akhirnya...petang itu saya dapat buku baru yang sangat best, ini dia:

Chicken Soup for the Mother of Preschooler's Soul...sambil membaca sambil makan Natas (Portuguese Egg Tart kot...) buat mengubat jiwa yang confuse dalam membesarkan tiga anak2 di peringkat prasekolah.

Buku ini menambahkan lagi koleksi Chicken Soup Series saya...sebelum ni saya pernah bercerita tentang siri buku feveret saya ni. Sila lihat entry INI ye kawan-kawan :)

Banyak sangat kisah2 menarik yang buat kita senyum sendirian (^_^)

Nanti next time share antara kisah2 best dalam buku ni ye...til then, salam sayang muah muah.

Ceritera Syawal Kami

Salam Aidilfitri buat teman2 sekalian.
Walaupun dah masuk raya ke-10 harini...tiada expiry date untuk kita saling memohon kemaafan.
Maaf Zahir Batin, ampunkan segala silap dan salah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ya...

Mood di hati masih lagi mood raya.
Tekak ni masih lagi kepingin nak mengunyah tart nenas...
Malangnya di rumah sendiri langsung takde kuih tart (padan muka...ekysen lagi konon2 taknak beli kuih langsung takut membazir)

Tahun ni turn beraya di kampung suami di Kota Bharu, Kelantan.
Berdekatan dengan Wakaf Che Yeh...maka dalam hati duk mengira2 kalau sempat macam nak pegi shopping juga...

3 hari sebelum raya (Raya jatuh hari Ahad, kami berangkat pulang pada hari Khamis), kami telahpun selamat tiba di KB dengan jayanya tanpa mengalami sebarang kesesakan lalulintas.
Puas duk memikir..nak ambil laluan mana.
Jam 8 pagi bertolak, sekali sampai Bentong dah mula jammed.

Tak sampai 5 minit duduk situ, terus ambil keputusan patah balik dan masuk LPT dan pulang ikut Terengganu.
Memanglah jenuh dan jauh dari laluan biasa..tetapi jalannya cantik, dan alhamdulillah encik drebar pun tak terasa letih sangat macam selalu.
(*Faktor tambahan ialah...setelah beliau cuba supplemen UMAR bulan Ramadhan ni....memang beliau lebih cergas dari biasa...alhamdulillah)

Sampai di Chalok, kami berjanji nak konvoi dengan keluarga kakak ipar saya Kak Mi.
Maka berkonvoilah kami ikut jalan kampung celah mana entah demi melarikan diri dari jammmed.
Waktu itu di Chalok menuju ke Jerteh pun dah mula jammed teruk...akibat bazar ramadhan dan juga orang yang nak balik kampung.

Alhamdulillah elok2 je azan Maghrib, kami tiba di perkarangan rumah bapa mertua iaitu Ustaz Wan Hassan Wan Othman.
Antara sebab lain kami cuba sampai harini ialah...bapa mertua mengadakan Iftar Jamaie Perdana di Madrasah (terletak betul2 sebelah rumah) dan hampir seluruh kampung dijemput hadir.
Menu harini ialah Nasi Kabsah.
Sampai2 terus makan je...alhamdulillah. (^_^)
Seperiuk besar Nasi Kabsah yang dimasak oleh Ustaz Mat
My father in law yang tengah tu...berkupiah dan berjubah putih. Beliau memang  manusia yang sangat humble. Jika hendak melihat akhlak Rasulullah dalam diri umat baginda, lihatlah bapa mertua saya...
Lepas solat Maghrib, solat tarawih di Madrasah sebelah rumah yg hanya beberapa langkah kaki sahaja dari rumah.
Kalau rasa2 malas pakai selipar...melompat pun boleh sampai dari tangga rumah hehehehe tapi belum pernah cuba lagi.
Usai solat...ada beberapa makcik yang bersalaman tanya saya ni siapa eh? Macam tak biasa nampak.
(Sebelum ni tak berapa rajin solat di sini sebab ada baby kecik yang tak boleh nak tinggal...tahun ni Tebi dah 2 tahun dan dah pandai bawa diri bolehlah tinggal sekejap2)
Waktu nak memperkenalkan diri sebagai menantu Ustaz Wan, rasa macam nak cakap ke taknak....nak cakap ke taknak
Bukan apa, bapa mertua saya dikenali semua orang di sini.
Jadi bila orang dah tau kita ni kaum kerabat beliau...maka jagalah akhlak dan budi pekerti sebaik2nya...demi menjaga nama baik beliau.

Last2 saya beritahu juga..."Saya menantu Ustaz Wan...isteri kepada Isham". 
Ooo...isteri Isham...makcik2 ni memang kenal semua adik beradik suami saya, terutamanya Isham yang peribadi beliau yang serba serbi sangat menyerupai ayahandanya.
Selain madrasah, bapa mertua jugak ada membuka sekolah Tahfiz dan PASTI di kawasan itu juga.
Apabila anak menantu pulang beraya...tu dia parking penuh. Ini pun ada yg belum sampai lagi. Sebelah rumah my FIL ada madrasah dan sekolah tahfiz serta PASTI (yang kubah hijau tu)
Aktiviti keesokan hari (Jumaat) ialah merayau2 di sekitar bandar KB.
Kami pergi jalan2 di Bazar Tok Guru sebab belum pernah pergi...tapi tak best sangat pun kat sini. 
Kedai dan laluan pejalan kaki agak sempit, barang2 jualan pun lebih kurang sama je setiap kedai.
Ada le beli sepasang sutera kaler pink-oren (sebab teringat ada tudung kaler ni tapi baju takde)
Wifaq dan Rihaab tak ikut pergi shopping sebab seronok sangat main dengan kekazen...
Balik kampung ni, anak2 saya betul2 jadi orang kampung...berlari ke sana ke mari dengan bebas...
Keluar masuk rumah takde sape nak marah.
Maklumle orang KL....hihi

Sebenarnya saya peminat sutera.
Sebelum2 ni kalau beli sutera, nak yang puas hati dari segi corak, design dan warna rasanya di Bazar Buloh Kubu lebih best.
Mahal sikit...tapi design best2 dan tempatnya lebih luas dan selesa.

Malam, tercapai juga hajat dan cita nak buka puasa dengan Nasi Kukus Zakini yang memang terkenal di KB dan pernah keluar JJCM.
Sebelum sampai KB lagi dah cakap dengan encik husband, saya nak makan nasi kukus ori Kelantan.
Dekat KL saya tak berapa suka nasi kukus...bukan sebab tak suka nasi kukus, tapi sebab rasanya tak sama macam yang kat Kelantan.
Gulainya....sambalnya....perghh...meleleh ayaq liuq (*aduyai....waktu menulis entry ni tengah puasa enam...)
Iftar beramai2 bersama adik beradik suami. Mueheheehe akhirnya dapat juga Nasi kukus Zakini (^_^).
Pinjam gambar dari www.saji.my. Kalau balik KB wajib singgah sini.
Gambar ni pun pinjam dari www.saji.my

Malam Raya di KB

Hari Sabtu (sehari sebelum raya) kami dah tak keluar ke mana2. Dah boleh agak macam rupa jemnya bandar KB tu...baik duduk rumah diam2.
Siangnya kami duk mengemas rumah...bentang segala karpet dan alih segala kerusi ke tepi.
Lepas tu ada masa, saya iron baju raya siap2..dan cek2 aju raya hari seterusnya kot2 ada yang tak kena ke kan.
Lepas siap iron 5 pasang baju...rilek2 kejap sementara tunggu waktu berbuka puasa untuk hari terakhir tahun ini.

Menjelang hari terakhir Ramadhan ni....entah kenapa la hati rasa sebak dan sayu.
Malam raya...kalau di KL, kita disibukkan dengan aktiviti menyediakan juadah, tetapi tidak di sini.
Malam raya aktiviti ibadah masih hangat. Takde orang sibuk masak rendang, tetapi semua orang sibuk dengan solat sunat Tasbih di surau2.

Makan untuk hari raya esok dahpun ditempah dari caterer (dasat kan, untuk raya pun caterer masih sanggup ambil tempahan. Kalau di KL jangan harap le...caterer pun sibuk nak raya jugak)
Jam 2 pagi saya terjaga dan terdengar adik2 ipar lelaki sibuk gi maghi gi maghi ambil juadah untuk raya esok pagi.


1 Syawal di Kampung Suami

Sambutan 1 Syawal di sini unik sikit.
Saya solat sunat Aidilfitri macam biasa di madrasah sebelah rumah.
Sebelum solat raya...para jemaah akan bersedekah pada tabung duit raya yang dikutip khas untuk diagih2kan pada kanak2 selesai solat raya.
Seluruh kampung datang berhimpun di madrasah bapa mertua
Yab dan Tebi pun masuk barisan. Yang di sebelah dan belakang itu adalah2 kekazen mereka
Ramainye...

Jadi, kanak2 la yang paling best.
Habis je solat sunat...kanak2 dari seluruh kampung akan beratur panjang untuk ambil duit raya.
Anak2 saya pun tak ketinggalan juga....seronok betul tengok budak2 ni happy...
Lagi banyak duit yang dikutip, lagi banyak la kanak2 ni dapat...syok betul.

Lepas je habis solat sunat...seluruh penduduk kampung dijemput naik ke rumah bapa mertua.
Masa ni la keadaan agak sesak dan jammed.
Kena cek kot2 makanan habis ke...air habis ke...pinggan dan cawan habis ke.
Biasanya raya pertama bapa mertua tak ke mana2...hanya duduk di rumah dan tunggu tetamu datang sampai malam.
Esoknya barulah beliau boleh beraya ke tempat lain.
Anak2 menjamu selera pagi raya dengan kekazen
Tebi pun makan sate...risau takut tercucuk je maka terpaksalah mama mengadap  si anak makan tanpa membantu  ipar duai melayan tetamu
Comotnya si kakak makan

Dah tengahari sikit, barulah kami dan adik beradik suami yang lain beraya ke rumah saudara mara dan jiran2 yang dekat.
Habis yang dekat...naik kereta pergi yang jauh pulak.
Masa ni, anak2 kami dah bertukar2.
Anak2 saya duk naik kereta pakcik2nya yang lain...anak2 orang lain naik kereta saya...huhuhu...macam2 lah...
Kecuali si Tebi aje yang duk melekap 24 jam dengan mama.
Senyuman lepas dapat duit raya...
Kalau nak ikutkan raya ni memang letih...lebih2 lagi bagi yang ada anak kecik yang akan meragam kepanasan dan tak cukup tidur.
Kesian jugak...tapi nak buat macam mana kan ziarah menziarahi pun penting juga.
Mari pegi beraya rumah jiran2 terdekat dulu...
Kanak2 dah boring...dah mula meragam menjelang tengahari

Biasanya raya2 ni kat TV banyak rancangan raya best2...tapi saya belum pernah berpeluang menontonnya betul2.
Tapi itu lebih baik.
Saya sebenarnya kurang setuju kalau di hari mulia ini kita duk melekat depan TV di rumah dan tak ke mana2 untuk bertemu sanak saudara.

Kalau satu hari nanti anda lihat saya hanya duduk depan TV pada hari raya, itu bermakna saya dah takde saudara mara langsung.

Rugi. Sangat rugi kalau tak gunakan kesempatan ini untuk menjalin silaturrahim dan mengeratkan ukhuwah.
Jangan hanya cari saudara ketika perlukan bantuan...tetapi jalinlah hubungan akrab dari mula dan bantuan ketika susah akan datang sendiri tanpa dipinta.
Galakkan anak2 dari kecil untuk kenal saudara, mencari saudara yang jauh...dan menghargai hubungan persaudaraan.
My kids and their cousins...sebahagian je ni...kalau semua ada terbalik rumah Tokki
Hari Raya Pertama hinggalah ketiga penuh dengan open house.
Style di sini, tuan rumah akan menjemput tetamu berbeza kita di Selangor (negeri lain saya kurang periksa)...dalam minggu pertama raya, tetamu yang akan terjah atau call beritahu nak datang.
Perut tak sempat nak rilek langsung.
Hari raya ketiga (setelah menyelesaikan jemputan makan2 sebelah pagi) kami bertolak pulang ke Selangor.
Hajat hati nak lalu Gerik...tapi tersekat dalam jammed selama 7 jam dari KB-Jeli.
Akhirnya singgah bermalam di rumah ibu mertua sepupu saya, Izzat dan isterinya Wani di Ayer Lanas, Jeli.

See? Nampak tak....bila ramai dan rapat dengan saudara...time2 susah mudah nak dapat pertolongan.
Kalau ikutkan hubungan sepupu tu taklah rapat sangat, tapi sebab istilah 'sepupu' dalam keluarga kami umpama adik beradik, jadi kami sangat rapat.
Esoknya (raya ke-4) kami dan Izzat berkonvoi sama2 ke Selangor...stuck lagi dalam traffic jammed di lebuhraya Utara-Selatan selama 10 jam...bravo...huhuhu
Entah berapa kali berenti RnR pun tak tau...akhirnya sampai di Shah Alam jam 9 malam.

Esok....maraton untuk beraya di rumah saudara mara sebelah saya pulak sebelum pulang ke KKB (kampung emak) untuk gathering besar-besaran tahun ini......
Selamat Hari Raya semua....hohohoho (^_^)
Takde gambar raya yang lebih proper....huhuhu budak2 ni tak memberikan kerjasama langsung



Tuesday, August 14, 2012

BAKED PASTA (versi NON OVEN)

Salam Ramadhan (lagi...)

Entry yang ni untuk memenuhi permintaan sahabat handai dan rakan taulan yang bertanya resipi Pasta Bakar yang saya buat waktu iftar jamaie baru2 ni (Sebenarnya tiap2 tahun buat waktu iftar jamaie dan jamuan raya...)
Baru siap bakar (^_^)

Setiap kali buat, setiap kali itulah orang tanya resipi.
Kadang2 post thru email. Kadang2 tulis atas kertas bila jumpa kat mana2...kadang2 PM kat Inbox di facebook...

Lepas ni, insya allah lebih mudah refer di blog saja.

Dah berapa ratus kali buat barulah terasa nak tulis resipi kat blog hihi.

Yang terakhir saya buat adalah last 2 days...macam biasalah ada yang tukang request jadi buatlah nak raikan orang puasa.

Letih jugak. Balik dari KLIA, berkejar cari bahan kat Giant dan balik rumah masak.
Siap je masak...rasa sakit kepala...

Masa jamuan raya tahun lepas, Pak Lang saya dan anaknya Abg Hafez duk puji katanya sedap sangat.
"Kombinasi bahan yang kau guna memang menjadi la...sedap betul", kata Pak Lang. Lepas tu dia sambung sambil perli2 Mak Lang (sabo jelah aku pakcik ngan makcik aku ni):

"Ada orang, dia jarang2 masak...tapi sekali dia masak menyengat terus. Ada satu jenis orang lagi, dia memang rajin masak tapi takdelah sedap mana pun macam orang tu...(sambil jeling2 maklang...)".

Paklang dengan Maklang saya ni memang jenis couple happy go lucky dan kelakar. Selamba je kat mana2 pun. 
Dah kena senduk dek insan2 kelaparan..hehe :P
Baiklah. Akhirnya saya share resipi di sini ya.
Asalnya saya ambil dari myresipi.com tapi ada beberapa bahan yang saya olah sendiri selepas bebarapa kali trial and error.

*Pasta ni boleh juga dibuat oleh mereka2 yang takde oven kat rumah sebab biasanya saya bakar atas dapur je. Tapi pastikan ia diisi dalam bekas bertutup. 
Biasanya saya guna bekas kaserol kaca tu je dan bakar dengan api paling kecik sekali. Pastikan bekas tertutup rapat.
Fungsi api hanya untuk cairkan cheese je sebab bahan2 lain semua dah sedia dimasak.

Resipi yang saya bagi ni memang Insya Allah sedap kalau anda ikut step2nya (^_^)

BAHAN-BAHAN (7-8 orang)

Sepeket pasta jenis pendek (spirals/ penne/ farfalle/ shell/ macaroni)
1 tiub/ peket daging AYAM cincang (*mesti ayam. Kalau suka daging pun boleh tapi rasa dia kurang menjadi...)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin/botol sos spagetti (*Saya selalu guna jenama Kimball perasa Mushroom atau Selasih. Nak yang original pun boleh)
1 tin cendawan butang - dihiris (*boleh juga guna shiitake atau portobello mushroom yang segar)
1 biji lada benggala - dihiris nipis
1 kiub pati ayam
1 batang carrot – dihiris nipis
1 batang celery – dihiris nipis
1 camca teh Oregano kering
Satu pokok daun parsley segar (kalau takde, boleh juga guna dried Parsley jenama McCormicks tu)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano (*tapi saya suka Cheddar rasanya lebih umpphhh dan lebih mudah cair bagi yang membakar atas dapur)
Sedikit minyak zaitun utk menumis
Garam 

Lada sulah
Lada hitam

Bahan sos putih :
2 camca besar butter
1 camca besar tepung gandum
1 kotak susu segar (biasanya guna separuh je)
Sedikit lada hitam.

Cara-cara
-Rebus pasta dalam seperiuk air. Masukkan sedikit minyak dan garam agar tidak melekat.

-Sementara tu, di kuali lain, masukkan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. 

-Kemudian masukkan daging ayam cincang. Goreng hingga ayam masak tapi jangan terlalu kering.

-Masukkan carrot, cendawan, capsicum dan celery.

-Masukkan sos spageti. Jangan terlalu kering dan jangan terlalu berkuah.

-Masukkan kiub ayam dan pecahkan hingga rata dan oregano.

-Masukkan pasta yang sudah direbus dan gaul rata. Tambahkan sedikit lada sulah dan lada hitam.

-Masukkan garam secukup rasa. Agak2 sedikit pekat, tutup api. 

-Dalam periuk lain, buat sos putih. Masukkan butter atas api kecil dan masukkan susu. Kacau rata. Masukkan tepung gandum dan kacau laju menggunakan senduk kayu. 


-Perasakan dengan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai sos pekat dan melekat di belakang senduk kayu kemudian tutup api.

-Dalam bekas tahan panas (bekas pyrex ke, luminarc ke..yang boleh hidang terus lepas masak), sapukan butter ke seluruh permukaan bekas.

-Masukkan bahan2 yang digoreng tadi. Padatkan.

-Kemudian tuang sos putih hingga rata dan meleleh ke bawah (kalau guna bekas kaca boleh nampak), taburkan keju parut hinggan rata dan tak nampak langsung pasta...kemudian taburkan hirisan parsley di atasnya.

-Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau kalau bakar atas dapur, gunakan api paling kecil dan tutup api sebaik nampak semua keju mencair. 

-Ok dah boleh makan :)

Jemput mamam...oopp lupa, puasa (^_^)

Monday, August 13, 2012

Wifaq's Assesment Report result....(^_^)

Assalamualaikum...

Entry ni sebenarnya entry tertangguh. 

Parents-Teacher Conference Al Fatih telah diadakan pada Sabtu, 16 Jun 2012. 

Conference diadakan 2 kali setahun. Yang ini adalah untuk 1st term of school.

Semua report dan progress anak kita terkandung dalam Assesment Report yang akan ditunjukkan pada parents dan dijelaskan satu2 oleh teacher.

Yang ni gambar pinjam dr FB Al Fatih. Segan pulak den nak mengambik gambar bagai tengah2 discussion kan. Nanti cikgu2 kata apa bendalah mak bapak si Wifaq ni..hihi...jaga nama baik anak

Result Wifaq...syukur alhamdulillah (^_^)

Overall, semuanya excellence.

Saya pun baru tau sebab musabab Wifaq dipindahkan dari Umar Center ke Abu Bakar Center. Rupanya masuk kelas Arafah i.e kelas untuk budak2 advance.

Jenis budak2 yang...kita bagi soalan, tak payah bagi arahan apa2 memang dia boleh buat. Dan proses nak mengajar2 budak2 ni memang amat senang sebab sekali cakap terus faham.

Berikut adalah antara komen Teacher Hilal, guru kelas Wifaq.

"Wifaq ni...saya tak nak komen banyak. Dia memang budak yang sangat terkedepan. Dia yang pertama habis silibus dalam kelas...dan lancar baca Al Barqy"..lepas tu teacher Hilal suruh Wifaq buat persembahan le pulak depan mama...teacher suruh Wifaq baca Al Barqy. 

Sebenarnya yang teacher tak tahu...di sekolah Wifaq Iqra' 6....tapi di rumah Wifaq dah baca Al Quran. Kalau boleh mama memang akan pastikan Wifaq advance satu langkah dari apa yang dipelajari kat sekolah....

"Nampak jelas sifat kepimpinan dia. Insya Allah sama-sama kita gilap. Nampak masa depan Wifaq cerah....cuma, dia agak garang dengan kawan2 especially bila kawan2 lain bising". (Memang Wifaq selalu kata...dia suka jadi ketua. Dan suka jadi Imam bila solat)

"Lately, nampak Wifaq macam dah boring dalam kelas. Mungkin sebab semua benda dia dah tahu..."

"Puan memang high expectation ke dengan Wifaq ni..?" (Huhu tak tau nak jawab camne...saya hanya expect mengikut kemampuan si anak. Sebagai ibu yang melahirkan dia...sebenarnya instinct tentang keupayaan dia ni saya dah rasa masa mengandungkan Wifaq lagi...)

"Wifaq cerdik. Tapi kadang2 lack of humbleness...sebab dia suka pertikai apa yang cikgu cakap dan selalu tak puas hati...".

"Wifaq ni memang kat rumah pun jenis nak cuba semua benda ke? Saya tengok kat sekolah, dia sentiasa eager nak tahu perkara baru...ilmu baru...". (Saya jawab...ye, memang itulah Wifaq yang sebenar kat sekolah atau di mana saja. Sejak dia baby pun....kalau nak bancuh susu, dia suka berlagak macam Menteri. Kenapa macam menteri? Sebab dia suka nak rasmikan sesuatu benda...heheh. Bila buat susu, wajib bagi dia masukkan sikit dalam botol. Selebihnya orang lain buat takpe.

Waktu memasak di dapur pun sama. Teacher jangan terkejut kalau tengok dia dah kenal nama2 rempah ratus terutamanya yang herba Inggeris macam Oregano, Thyme, Basil etc...sebab di rumah dia akan belek satu2 dan tanya satu2 kegunaan dia...memang pening nak layan kerenah dia dari kecik...)

"Wifaq sangat particular...". Ye. Semua yang menjaga dia dari kecik tahulah macam mana particularnya budak ini. Kotor sikit, tak boleh. Suap dia makan dan kita tak duduk, dia takkan makan sampai kita duduk.

Semua benda mesti ikut step dan peraturan. Kalau ada benda2 yang tak kena, memang dia akan menangis sehinggalah kita explain.

Sejak umur dia sekitar 7-8 bulan lagi, kalau ada benda2 yang kita tak boleh nak bagi dia...bila explain dia akan diam dan faham. Tak macam adik2nya yang lain, bila tak dapat explain la macam mana pun dia akan nangis nak jugak benda itu.

Bila tecaher kata...Wifaq ni akan besar jadi seorang pemimpin. Zuppp berderau rasa darah. Layak ke saya yang biasa ni nak membesarkan seorang pempimpin?
Mampu ke saya nak gilap bakat dan anugerah semulajadi yang Allah bagi pada anak ni?

Tiap2 hari saya pesan pada Wifaq:
"Cerdik pun tak guna kalau sombong dan angkuh, kalau akhlak tak baik. Ada orang yang tak cerdik...tapi akhlak bagus...orang macam ni yang Allah lebih sayang...".

Saya (kami) hanyalah manusia biasa.
Anak...adalah anugerah Allah dan juga ujian buat kita.

Semoga kami berjaya membesarkan anak2 mengikut lunas2 syariat, Insya Allah.

Meminjam kata2 Ustaz Hasrizal Abdul Jamil:

"Untuk menghasilkan individu-individu yang mengubah DUNIA, ia perlu bermula dengan kanak-kanak yang gembira, bahagia dan berani mencuba. Mereka juga sentiasa buat perkara yang mengejutkan guru dan ibu bapa. Mereka tidak mudah berpuas hati. Maka ibu bapa kepada anak-anak yang berkriteria seperti ini, bersabarlah seketika dengan kerenah mereka. 20 tahun akan datang, Dunia sendiri yang mencatat kewujudan mereka!"


Sunday, August 12, 2012

Requested Iftar Menu: Nasi Mandy (versi Arang)

Salam 25 Ramadhan.

Tapi entry ini nak story mengenai kisah 22 Ramadhan (Jumaat) lepas. 

shana-alhana.blogspot.com
Masak sendiri je...nak makan kat kedai selalu boleh kopak juga...(^_^)

Semenjak 1 Ramadhan lagi, menu iftar tahun ini (semuanya) ditentukan oleh anak teruna Wifaq (officially 5 years now) yang berpuasa penuh tahun ini. Jadi memang tak merasalah mama nak memasak menu yang mama suka...

Dalam senarai menu, memang dah beratur juadah2 yang anak teruna nak makan jadi bila tiba harinya tak perlu nak tanya2 lagi.

Sekali macam mana boleh lupa daaa...

Jumaat Wifaq ada majlis iftar dengan teachers dia di Al Fatih.
Majlis ni untuk meraikan anak2 berusia 4-6 tahun yang berjaya berpuasa penuh yang digelar 'Ramadhan Heroes'.

Dengan poyonya mama pun telah memasak Nasi Mandy yang Wifaq asyik duk minta dari awal Ramadhan lagi...tak ingat langsung yang si anak tak berbuka di rumah harini.

Last2 Wifaq tak makan pun....

Saya teringat raya tahun lepas, dalam taknak buat open house...kebetulan ramai yang call kata nak datang. Jadi nak taknak, saya masak banyak.
Satu periuk besar Nasi Mandy Ayam dan Nasi Mandy Kambing (Mandy Lahm~in case ada yang tak makan kamben...)

Memang berpeluh dan jenuh.
Antara tetamu yang datang ialah ayah mertua Maksu saya yang duduk kat Sungai Besar.
Yang seram dengar bila dia kata: "Pandai kau masak nasi mandy banyak2 ni...esok atuk nak makan nasi mandy atuk panggil kau masak kat Sungai Besar ye...".

Hohohohhoh. Kalau betul memang pengsan.
Kelemahan saya tak boleh nak masak kat tempat2 yang saya tak familiar.
Sebab bila saya masak...saya tak suka dan tak boleh dibantu.
Semua kerja memasak saya akan buat sorang kecuali hal potong memotong aje.

Lepas pada tu...taubat taknak masak banyak2 dah.
Nanti orang ingat aku terer sangat masak.

Sejak cuti belajar ni...selain tesis, rasanya skil memasak saya makin 'berkilat' selepas banyak kali latih tubi.

Resipi Nasi Mandy ada di bawah ye tapi saya punya versi ayam/kambing dimasak sekali dengan nasi (^_^):

Bahan-bahan ( 3-5 orang ) 


*PENYEDIAAN STOK AYAM / KAMBING 
Beberapa ketul ayam (biasanya bahagian drumstick dan paha atau paha saja) / rusuk kambing. 
1 camca besar buah pelaga (diketuk untuk keluarkan bau) 
1cmb bunga cengkih 
1 cmb lada hitam (biji) (ditumbuk kasar) 
1 sudu kecil jintan putih 
1 cmb serbuk puah pala (nutmeg)~boleh guna McCormicks atau MasterFood 
2-3 helai bay leaves 
1 inci halia (diketuk) 

CARA MEMASAK NASI: 
3 pot beras basmathi 
4 cawan stok (bergantung kepada jenis beras basmathi) 
minyak zaitun untuk menumis 
1 labu bawang besar yang besar (potong dadu) 
2-3 ulas bawang putih (cincang halus) 
4-5 biji buah pelaga (ketuk) 
4-5 kuntum bunga cengkih 
5-6 biji lada hitam (tumbuk kasar) 
garam 
Saffron (Za'faran) yang dicampur sedikit air dan dikacau rata (*saya guna original saffron + serbuk untuk dapat kaler kuning yang lagi cantik) 
Seketul arang 
Sedikit minyak zaitun (kalau sayang, guna minyak biasa pun boleh) 
Aluminium foil yang dibuat bentuk cawan (tapi saya guna cawan besi bertangkai je) 

CARA MENYEDIAKAN SALATAH (SALSA) 
2 biji tomato-didadu 
1 labu bawang besar-didadu 
1 batang zuchini (timun jepun) / timun biasa (*kalau guna timun biasa akan lebih berair)-didadu 
sedikit daun ketumbar (hiris halus) 
1-2 biji perahan lemon 
garam & gula secukupnya 
Campur kesemuanya dalam satu bekas dan gaulkan. 

Cara Memasak: 

Rebus ayam / kambing sehingga empuk bersama rempah, bay leaves dan halia.

Setelah empuk, keluarkan ayam/kambing letak dalam bekas lain.

Dalam periuk lain, tumis bawang besar dan bawang putih minyak zaitun sehingga layu. 

Masukkan rempah ratus dan tumis sekali.

Masukkan beras basmathi dan kacau rata (kalau tak kacau nanti rasa rempah tak sekata)

Masukkan stok ayam / kambing.

Perasakan dengan garam.

Akhir sekali masukkan ayam/kambing yang dah direbus tadi dan tutup periuk. (Boleh masak guna periuk elektrik atau periuk biasa)

Sementara tu bakar arang atas api sampai keluar asap.

Agak2 nasi separuh masak, buka tutup periuk dan buat lubang di tengah2 nasi muat2 untuk ketak aluminium foil bentuk cawan (atau cawan besi).

Masukkan arang yang dibakar tadi dalam cawan.(*method guna arang ni memang method asal yang digunakan di negara Arab)

Dengan cepat tuangkan minyak zaitun / minyak biasa atas arang sampai keluar asap tapi jangan sampai minyak melimpah ke nasi.

Bila dah berasap, cepat2 tutup periuk dan balut dengan kain atau apa2 yang boleh halang asap tu dari keluar.

Bau arang ni yang akan menyedapkan lagi rasa nasi mandy anda.

Teruskan menanak nasi hingga masak.

Bila nasi dah masak, tuangkan bancuhan saffron tadi ke atas nasi dan gaul rata.

Bila dah masak, susun nasi, ayam/kambing dan salatah cantik2 atas pinggan dan sedia untuk dimakan.

Senang kan...?

Selamat Mencuba.

Kulit Muka Kering Pergi Umrah...?

Salam 24 Ramadhan.

Allahuakbar...tinggal 3 hari je lagi (sebab Malaysia puasa 29 hari je...) tawaran hebat mengumpul pahala berganda2.
Sempat ke ni...sempat ke? tsk tsk

Harini Ahad. Tertengok Melodi, seorang lagi artis diberi hidayah untuk berhijrah iaitu Sharifah Aleya. Nampak sweet sangat beliauy bertudung moga2 istiqamah.

Alhamdulillah encik husband sudah selamat tiba dari Madinah. Masih letih dan belum dapat cover tidur dengan selena2nya.
Jam 9 sampai rumah bersama seorang jemaah warga emas.
Jam 11.30 pagi ke KLIA semula (dengan kami semua) untuk hantar jemaah tersebut.
Kesian pakcik tu tak pandai nak check ini sendiri.
Tapi lagi kesian tengok encik husband yang keletihan.

Duduk2 kat KLIA tu, apalagi tak sah kalau tak masuk The Body Shop.
Kebetulan ada offer Mega Sale sekarang.
Kebetulan pencuci muka pun dah nak habis...dan satu tube lagi nak kena bawak balik kampung sempena raya.

Encik suami kata ada sorang jemaah beliau mukanya habis menggelupas dan berkuping2.
Sampai kena makan ubat dan dan sapu krim farmasi.

Kesiannya.
Saya teringat waktu saya menunaikan umrah awal tahun ini...
Alhamdulillah kulit (muka) takde masalah langsung.
Ada sorang jemaah encik husband (seorang tokey batik di Kelantan, rasanya mau taraf jutawan tu tapi sangat humble)...Kak Ni namanya.

Satu hari dalam bas nak pergi ziarah, Kak Ni datang tanya:
"Mintak maaf dik Kak Ni nak tanya ni...adik pakai krim apa kat muka? Nampak elok je tak kering tak menggelupas.

Sebenarnya saya main capai aje krim apa yang ada kat rumah.
Kebetulan saya memang pengguna setia krim Vitamin E The Body Shop.
Vitamin E ada dua jenis krim. Satu untuk siang, satu untuk malam.

Saya bawa yang malam punya i.e Vitamin E Moisture Cream (yang tutup hitam), sebab kat Mekah tu konfem keringnya lain macam.

Moisture Cream ni formulasinya agak likat dan kalau guna kat Malaysia muka jadi berminyak sikit tapi hasilnya kulit jadi moist sangat.

Jadi saya nak rekemen kalau ada sahabat2 yang nak pergi umrah atau haji, boleh guna krim ini.
Cuma, ia ada sedikit bau harum.

Kalau rasa2 tak yakin, elok jangan guna dalam ihram.
Tapi menurut ustaz, krim ni ada bau pun harus sebab kita memerlukan dia demi kemaslahatan kulit.
Wallahua'lam sila rujuk pendapat pakar kalau nak gunakan jugak dalam ihram.
Sebab biasanya memang dh ada krim khas Elhajj tu (yang bebas haruman) kalau nak pakai dalam ihram...cuma krim tu saya tak suka nak guna dekat muka (tak tau kenapa...)

Pic taken from thebodyshop-usa.com