Wednesday, June 29, 2011

My Fave Cheese Cake..ever!

Salam 'Alaik...

Buat pertama kali seumur hidup, saya jatuh hati dengan sepotong kek. 

Cheese Cake, that is!

Rasanya kalau saya sebutkan nama kek ni, dah ramai yang mengenalinya dan dh ramai merasai nikmatnya.
But not for me.
Saya sebenarnya bukan penggemar kek. Bukan berdiet, jangan salah faham.
Saya ni semacam ada satu penyakit. Iaitu, apabila termakan benda2 yang sangat manis (seperti kek, kuih muih yan banyak gula) perut saya akan rasa semacam. Macam sedikit sakit dan tidak selesa. 
Biasanya orang yang termakan cili api akan rasa begini...tapi saya terbalik...cili api adalah ulam harian saya. 
Saya boleh ratah ia begitu saja kalau tak ada lauk lain. No problem. Dan biasanya saya jarang2 sakit perut.
Saya dan cili api adalah sinonim.
Saya terjumpa banyak artikel kesihatan yang mengaitkan makanan pedas dengan ke'slim'an seseorang.
Rasanya itu faktor mengapa saiz tubuh saya yang petit ini agak susah nak naik...
Mereka yang nak menguruskan badan boleh cuba petua ini (kalau berani...hehe)

Tentang kek...
Hari ini saya lunch di Secret Recipe yang baru buka cawangan berdekatan rumah saya.
Sementara menanti makanan sampai, saya jenguk2 kaunter kek di hadapan.
Hati saya terpaut dengan salah satu cheese cake yang ada...Yogurt Cheese Cake!
Seperti biasa..apa2 makanan yang mengandungi yogurt deserve my attention!
Kebetulan air yang saya minta pun Mixed Fruit Yogurt Blend.
Ya! Yogurt juga salah satu makanan kesihatan yang mampu membuatkan anda kurus dan sihat sekaligus.

Yogurt Cheese Cake...
Saya sudah jatuh cinta sama kamu!
Saya yang selama ini tak pernah terliur melihat sebarang manisan, kek, atau kuih muih...akhirnya hari ini telah berubah sama sekali.
Kenapa saya suka kek ini?
Pada saya, rasanya yang kurang manis itu sangat2lah memikat. 
Malah saya dapat merasakan kurangnya penggunaan tepung dan gula. 
Kek ini tidak terlalu manis..dan mengandungi lebih keju dan yogurt. 
Which...I really2 love.
Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan anda perlu mengelakkan 2 benda berwarna putih: TEPUNG dan GULA.

Yogurt Cheese Cake by Secret Recipe...gambar ini saya kidnap dr website SR! Sorry...hehehee
 Saya sudah buat permohonan dengan suami...this would be my birthday cake for this year!
Saya janji akan habiskan kalau beliau belikan. Janji!!!!!
Kalau tahun2 sebelumnya beliau agak bising...setiap kali beliau belikan birthday cake (saiz kecil), ia tak pernah habis.
Saya memang bukan penggemar kek..begitu juga anak2.
Kuih manis yang mampu tekak saya telan ialah kuih keria dan cek mek molek. Yang lain, saya hanya mampu memandang tanpa perasaan.

Waktu menulis entry ini saya masih terbayang2 keenakannya.
Ah...terasa macam nak buat lawatan susulan ke Secret Recipe esok...
Ada sesiapa2 nak ikut?
My treat...:)

Sampai jumpa lagi!



Saturday, June 25, 2011

Lempeng Yang Hangus

Salam 'Alaykum...
Semoga berada di bawah naungan rahmat Allah selalu.

Sebenarnya ini kali pertama saya memasak pancake atau lempeng. Hendak bezakan pancake dan lempeng (baca: lempeng ye..bukan lempang :) tradisional Melayu..jadi saya gelar ia Lempeng Mat Salleh. Hehe.

Dah banyak resipi2 yang complicated yang saya cuba...tetapi yang ini baru hari inilah tergerak hati nak membuatnya.

Saya buat untuk sarapan pagi. Tapi macam tak berapa best sebab tak ada strawberry yang merah menyala. Hanya ada anggur...itupun dah elok2 saya decorate, anak dara saya sudah alih2 buah anggur tanpa sempat diambil gambar.

Saya tak mahu share resipi sebab kebanyakan orang sudah tahu.
Saya hanya mahu share gambar...
Hari ini dalam sejarah...saya buat sendiri lempeng mat salleh.
Teringat kenangan kecil2...emak selalu buat lempeng ini pada hari2 cuti.
Dan kecewa sebab saya tak ada Maple Syrup..jadi saya hanya siramkan madu.
Oh well...madu kan jauh lebih baik dari Maple Syrup...

Bercakap tentang Maple Syrup..
Baru sebulan dua ni saya tahu yang ia berasal dari pohon Maple.
Ya...yang menghasilkan daun maple yang selalu kelihatan kekuning2an di musim luruh tu...
Itupun saya tahu setelah ter'menonton' sama rancangan kanak2 di Baby TV saluran astro 618.
Ada juga la faedahnya saya melanggan astro yang semakin mahal tu.
Cara mengambil maple syrup ni macam kita ambil susu getah dari pohon getah.
Cucukkan sebatang besi berbentuk straw atau yang guna utk salurkan susu getah tu...
dan cecair yang manis berwarna keperangan akan menitik keluar dari batang pokok itu.
Dah umur 30 tahun baru saya tahu...jahilnya saya...tsk tsk
Ingatkan kenapalah namanya Maple Syrup...there's a good reason behind the name.


Taknak tulis banyak...
Tataplah gambarnya...walaupun takdelah begitu tempting...
Tapi ini satu pencapaian peribadi (bagi saya) yang struggling between husband, kids...and my PhD thesis.

Pancake...atau lempeng yang dimandikan Madu Yaman...(diimport dari Yaman)

Dekorasi yang biasa2 saja...kurang mood!
Insya Allah jumpa lagi lain kali.
Salam :)

Thursday, June 23, 2011

Kembara Sonata Salju Korea 2011~Part 2

DAY 2 in Korea~ Tuesday 15/3/2011

Alhamdulillah kami tidur lena disebabkan keletihan dan kedinginan.
Memang ada morning call dari front desk jam 5.30 pagi tapi lepas solat Subuh semua tidur balik. 

Rupanya si Khalil kat bilik sebelah dah siap bukan main awal. Kami, dahla bangun lewat...nak siapkan anak2 lagi satu hal. Sejuk sejuk pun nak mandi jugak sebab rasa tak selesa. Jam 7 pagi baru mandi.

Dalam sejuk-sejuk tu, degil nak mandi jugak jugak...
Walaupun tahu tak berapa elok mandi time2 winter begini...nanti boleh terkena arthritis...tapi org Malaysia tak biasa tak mandi...rasa semacam je bila sehari tak kena air.

Suhu hari ini ialah 1C. Brrr...rasa macam duduk dalam freezer!
Ikutkan hati macam malasnyeee nak keluar pegi jalan2
Rasa nak tarik duvet dan tidur sebab tak tahan terkena angin sejuk. 
Paling tak tahan bila bibir terasa numb sangat2...
Lain nak dicakap, lain yang keluar...Subhanallah.
Sehari entah berapa kali apply lip balm. 

View depan hotel. Cool morning breeze!

Semalam Mr. Jed dah bagitau yang breakfast tak ada pagi ni. Jadi kami keluar cari breakfast dan checkout hotel terus.





Untuk pengetahuan, selama 5 hari disini kami duduk di hotel yang berlainan. Jadi setiap pagi kami akan keluar dan angkut beg terus.
Bayangkanlah kami yang terpaksa angkut 4 biji beg ni...tak termasuk beg galas yg diisi segala mcm diapers..susu dan biskut
Mujur Wifaq dan Rihaab berkongsi beg. Memandangkan beg semuanya bersaiz gedabak belaka.







Rumah orang Korea di kawasan luar bandar





Dah siang baru perasan, rupanya Incheon ni adalah sebuah pulau. Perjalanan ke kota Seoul ambil masa lebih kurang 1 jam. Pemandangan sekeliling cantik...ada kapal-kapal besar...kebanyakannya ada tulis HYUNDAI.




Train yang menghubungkan Incheon dengan bandar2 lain
Incheon Island
Disebabkan semalam Mr. Jed dah informed yang hotel tak sediakan breakfast, so dia bawak kami pegi breakfast kt satu fastfood restaurant yang dia dah pastikan tiada bahan-bahan tak halal.

Mula2 ingatkan agashee (cik) ni nak lintas jalan, rupanya dia yg jaga lalulintas. Tengoklah uniform, stylo!


Khalil (cousin), me *yang berlagak taknak pakai wintercoat~hanya sarung pink trench coat (yang tak iron) and blazer saja* and my kids
Jadi pagi ini kami pergi breakfast di satu restoran fastfood namanya Lotteria. Restoran ni tertelak dalam bangunan Gimpo International Airport.
Terdetik dalam hati, dekat sinilah orang selalu ambil flight untuk ke Jeju Island.

Breakfast kat Lotteria. Tawakkal.
Tapi saya hampir pasti yang takde rezeki kami nak ke Jeju...disebabkan kekangan masa dan kalau nak ke Jeju, terpaksa cancel plan nak ke Mt. Seorak. Oh tidak!
Antara pulau dan gunung...saya lebih rela melepaskan pulau! *walaupun pulau Jeju tersenarai antara new 7 wonders of the world*

Dengan penuh alert kami baca menu yang ada dibantu Mr.Jed.
Seperti mana orang Jepun, jangan risau kita takkan ditipu. Kalau ada bahan2 yang kita tak boleh makan...diorang akan beritahu kita.
Ini satu sikap terpuji orang Korea. Mereka jujur dan amanah dan perkara ini memang berakar umbi dalam budaya kehidupan harian mereka.
Tak macam kita di Malaysia yang konon2nya Islam tapi logo Halal pun sanggup tipu!

Kat Lotteria ni, kami terpaksa tawakal je. Itupun Mr.Jed panggil suruh tengok sendiri apa yang kami boleh makan dan tidak.
Lotteria ni xserve khinzir...alhamdulillah..
Kami cuma pilih fried sweet potato (potato bersaiz XS yang sangat manis dan sedap), french fries and shrimp burger je untuk lapik perut sementara menanti makan tengahari di Seoul. 
Air pun air mineral je. 
Tak risau bab makan sebab dalam stok beg makanan ada banyak air kotak. 

Seperkara paling mencabar ialah bila si Nehal nak breastfeed. Aduyai nak menyelak berlapis2 pakaian punyalah seksa.

Ayah saya (yang sangat particular bab makan) pulak dah mula buat muka. Perut lapar tapi hati was was.
Kami makan dan ayahanda tahan lapar.
Sebenarnya saya memang dah google dan tanya pengalaman mereka yang dah pernah ke sana sebelum ni, memang ada tempat2nya yang kita boleh makan dan tak payah ragu2.
Tapi saya malas nak explain dengan ayah.
Contohnya macam Lotteria ni dia cuma serve seafood dan ayam goreng. Tak ada khinzir.
(Kesimpulan: Klu nak mudah cari makanan Halal, tinggal di Seoul saja. But what's the purpose of travelling kalau semuanya nak mudah saja kan? 
Travellers want edventures...in fact they me seek adventures.


Purak2 snap si Khalil walhal nak snap 2 orang Korean pilots nun di belakang sana.


Mula2 anak saya Wifaq sibuk nak makan ayam goreng.
Tapi saya slow talk...saya kata, kita sekarang kat negara bukan Islam jadi ayamnya tak sembelih...tak sebut nama Allah. Tak halal.
Lepas tu saya suruh dia cari sendiri ada tak logo halal macam yang kita selalu nampak kt Malaysia?
Akhirnya Wifaq akur. "Ooo tak halal ye...tak boleh makan nanti masuk neraka. Okay Wifaq nak fries je...".
Alhamdulillah si anak memudahkan urusan kami hari ini.

Tengah makan tu, kami nampak ada satu pasangan Melayu duk terjenguk2 dari luar macam tak sure nak masuk ke taknak.
Bila nampak kami barulah diorang masuk.
Kami bertegur sapa. Rupanya si isteri baru je sampai dari Malaysia datang bercuti nak jumpa suami yang baru je beberapa hari ditugaskan bekerja di Incheon.
Si isteri baru sampai semalam. Si Suami pulak masih belum mahir selok belok di Korea.
Seronoknya jumpa orang Malaysia!
Seronok jumpa orang Malaysia yang ramah.
Diorang pun konfem seronok jumpa org Malaysia yang over-ramah macam kami.

Kagum dengan kesungguhan Mr. Jed melayan kehendak kami. Malam semalam mula2 sampai nampak macam bolayan je Mr.Jed ni...tp hari ni OK. Terover OK.
Saya agak Mr. Jed ni x mandi pagi...dan nampak macam bangun2 tdo terus je tunggu kami kat lobby. Dalam hati mcm nak cakap...awak nampak busuk la Mr.Jed! Hewhewhew
Biasalah winter time camni memang local people tak mandi...(eiii xrimas ke...)

Saya perasan jenama LOTTE dan SAMSUNG adalah dua jenama yang sering kelihatan di mana-mana kat Korea ni.
Mungkin dua jenama besar ini saling bersaing.
Rasanya LOTTE WORLD (tempat shooting drama Stairway To Heaven tu) pun dimiliki oleh Lotte group ni jugak.


Sebaik je habis makan, saya tengok semua orang lain dan Mr.Jed ambil semua sisa pembungkus makanan, masukkan ke dulang dan humban dalam tong sampah khas.
Oh??? Rupanya style di sini...fastfood restaurantnya berkonsepkan self service.
Maksudnya, kau reti makan maka retilah kemas dan buang sendiri sampah sarap.
Bagus betul. Orang Korea memang berdisiplin. Maka amat sesuailah restoran yang berkonsep sebegini.
Kalau kat Malaysia boleh tak nak buat macam ni?
Boleh ke orang kita mematuhinya?
Sedangkan di tempat yang DILARANG MEMBUANG SAMPAH pun ada sampah...inikan pula.....well...lu pikirlah sendiri!

Saya rasa hampir semua benda la canggih termasuk toilet. Kalau kat malaysia, nak tau toilet occupied ke tidak, tengoklah dekat selak pintu tu. Itupun kadang2 jammed takleh nak tengok.
Dekat sini, nak tulis OCCUPIED pun computerized. 
Lepas tu, WAJIB ada make-up area. Siap cermin besar, sikat, counter top untuk letak make-ups...cuma cosmetics je dia tak sediakan.

Ambik kau tempat bermekap sakan macam kat hotel kan? Padahal ini cuma public toilet dekat airport je pun.
Di sini, saya nampak depa tak berapa nak heran dengan bayi dan kanak2.
Tak mcm di Beijing last year ke mana2 kami pergi ada yang mencuit dan kerumun Rihaab *masa tu Rihaab baru 5 bulan dan terbaring je dalam stroller*


Mr. Jed kata populasi rakyat Korea Selatan semakin drop kerana most of the teenagers tak nak kawin dan tak nak anak. Cuma tahu nak enjoy saja. Ruginya.
Patut pun dekat kawasan luar bandar susah betul nak nampak pedestrian berjalan di tepi2 jalan. Seolah2 tak ada orang.
Tanah banyak yang terbiar kosong. Rumah dan bangunan jaraknya jauh2. Saiz tanah luas tapi saiz bangunannya kecil2 (seolah2 kos membuat rumah sangat mahal).
Jadi, kerajaan Korea buat satu polisi mana-mana keluarga yang ada 2 orang anak dan ke atas, kerajaan akan tanggung segala perbelanjaan keluarga itu.
Macam tu sekali.... 

Sebaik je mula masuk ke kota Seoul, nampak Han River di sebelah kiri.
Han River ni macam nadi utama kota Seoul. Namanya sungai tapi luas macam laut.
Dari jauh nampak jambatan besar merentasi sungai.

Han River *google pic* masa ni pakai kamera murah jadi malas nk snap pic tengah bergerak konfem blur
Han River at night *google pic*


Lepas breakfast kami ke Gyeongbok Palace tapi kami cuma jalan kat sebelah luar je sebab tutup pulak on Tuesday. 
Hai Mr. Jed ni kata dh 10 tahun bawa tourist takkan tak ingat lagi kan.
Gyeongbokgung palace ni istana lama yang rupanya ala-ala yang dalam drama Jewel In The Palace...The Princess Man tu.
*Tapi sebelum saya ke Korea saya tak berapa follow Jewel In The Palace. Banyak kali tayang tapi tak sempat nak follow. Awal tahun ni (2012) barulah saya betul2 kenal watak Janggeum dan Min Jungho yang ensem ala-ala Imam Muda itu*
Sempat la jugak kami tengok guard changing ceremony di tengah2 kota Seoul tu.
Ala yang macam dalam Jewel In The Palace tu *terbayang wajah kudus Min Jungho*


Gyeongbkgung Palace *pic by bayimages.net*




Guard changing ceremony*pic by bayimages.net*
Kami dah pun berada di kota Seoul. Alhamdulillah.
Kota yang moden dan ramai penduduk.
Sempat kami tengok film shoot dekat tengah2 dataran tengah2 kota2 Seoul tapi tengok dari dalam kereta je...drama apa agaknya ye? Sape heronya?




shoplots


Lepas tu kami straight ke Itaewon sebab ayahanda dah lapar sangat dan nak makan sangat-sangat.
Itaewon adalah tempat ramai Muslim berkumpul. Ada banyak restoran Muslim dekat sini. 
Masjid terbesar di Seoul pun ada di sini. Seoul Central Mosque, Itaewon.


Lorong-lorongnya kecil-kecil dan berbukit. Restoran dan kedai-kedai pun comel-comel tapi sangat banyak kedai Halal di sini.
Heaven!
Yang seronok, bila kita berjalan je ada je yang bagi salam ^_^ sama ada dari rakyat Korea sendiri atau orang luar yang berhijrah ke sini macam orang India dan Pakistan.

Qiblat direction *malas rotate*

Direction to Wudu' area. Jauh kat bawah.





Monday, June 20, 2011

Tentang Wifaq

Salam Alayk...

Like it used to be, saya update blog jam 2pg dan ke atas...
Ini adalah masa, saat dan ketika paling tenang (jika anak2 xterjaga minta susu..huhu) buat saya sepanjang hari.
This is the only me-time at the very odd hour.

Wifaq dah berusia 4 tahun setengah...tapi baru hari ini Mama terasa nak menulis tentang kamu. Personally.
Semuanya kerana result yang tercatat dalam Report Card Wifaq sewaktu Parent-Teacher Conference Day yg berlangsung Sabtu lepas, 18.6.2011 jam 8pg-12pg.

To be honest, saya hadir tanpa sebarang expectation. 
Cuma menyediakan mental untuk mendengar setiap kekurangan si anak agar kami (saya dan En. Suami) boleh merancang pelan penambahbaikan. 
Seawal jam 8.30pg kami sudah tiba di Al Fatih 2, Putra Tropika, BSP. Bersarapan pun xsempat disebabkan suami tersalah faham.
Dari ayat yg tertera dalm surat, saya faham 'emak bapa datanglah bila2 masa dr jam 8-12 tghri'. Tetapi En.Suami faham...mesti ada di sana dari jam 8pg-12tghri.
Semua kelaparan...

Tapi kelaparan kami berbaloi juga...
Teacher Yana kesayangan Wifaq selaku guru kelas Wifaq jelaskan sistem di Al Fatih ialah setiap kanak2 dinilai individually.
Meaning...jika kanak2 itu advance..maka dia akan dibenarkan belajar mengikut levelnya.
Alhamdulillah..saya suka sistem ini...
Sekurang2nya anak2 tidak dipaksa utk 'bekerja keras' utk ke level yang dia belum mampu mencapainya...
Dan untuk kanak2 yang advance...dia dibenarkan ke level seterusnya tanpa perlu 'disekat' dan menanti rakan2.
Keputusan Wifaq: Alhamdulillah...overall pencapaiannya adalah Excellent.
Ini antara komen Teacher Yana yang hanya saya rekod dalam minda:

i. Memang senang kerja teacher mengajar Wifaq ni...semua dia boleh faham dengan cepat. (Komen Mama: Alhamdulillah..harap sampai ke tua begini...)

ii. Puan tengok sendiri result Wifaq..semua Excellent dan Good saja dari segi akademik...memang tak ada masalah...(Komen Mama: Syukur....tak tau nak kata apa2 lagi...)

iii. Wifaq ni memang cepat belajar. Bacalah Anakku dia dah habis dalam masa 4 bulan saja. I Can Read dia boleh baca dan faham dgn lancar. Sekarang Wifaq dah nak habis I Can Read 2...ini syllabus kanak2 6 tahun sebenarnya. Kebanyakan budak masuk ICR 2 bila dah masuk 6 tahun. ICR ada 3 buku saja. (Komen Mama: Lepas ni Wifaq kena angkut story book ke sekolah pulak..hmmmm)

iv. Kekurangan Wifaq adalah pada motor skill dan social skill. Wifaq xberapa suka menulis dan sukar memulakan langkah menegur kawan2, tapi bila orang tegur dulu dia mesra (Komen Mama: Yang ni memang Mama dah agak...Wifaq mg dari dulu agak kurang pandai menegur sapa orang...tapi once dah kenal, dia terlebih ramah. Bab tulisan...mmg diakui dia kurang minat...mostly sebab Mama dgn Opah selalu komplen tulisan Wifaq buruk...well...tulisan Baba pun buruk macam Wifaq juga...)

v.  Kadang2 kita xsangka dia boleh faham apa yang kita cakap. Ada sekali tu, dia terdengar perbualan teacher sesama mereka, dia boleh gelak. Sedangkan budak2 lain xfaham...(Ini memang semulajadi...sejak umurnya 1 tahun lagi...sekarang Nehal pun macam tu..mungkin khasiat susu ibu mencecah usia 2 tahun sudah menampakkan kesan.)

vi. Pencapaian Wifaq melebihi tahap umurnya...(Syukur...)

vii. Wifaq memang selalu solat di rumah ke? Sebab tgk gaya dia solat di sekolah mcm dia memang selalu amalkan di rumah (mmg buat...tp sesuka hati. Kadang2 waktu Isyak dia solat Subuh...hewhew)

viii. Hafazan Surah2 dia lancar..kecuali ada beberapa surah baru yang dia belum betul2 hafal...(Takpe nanti Mama tasmik di rumah...dengan rotan di tangan..:P)

Komen untuk parents yang hadir: Ada bapa yang dtg hanya berseluar bermuda...anda fikirlah sendiri sesuai atau tidak pakaian begini utk ke majlis seperti ini. At least jagalah reputasi anak anda...walaupun kecil...mereka juga ada maruah.
Dahulu waktu bersekolah, saya pesan siap2..Mama dan Baba pakai baju ini dan ini...specifically saya sebutkan baju yang mana (sebab saya mahu ibu bapa saya dihormati sebenarnya...)
Saya tak mahulah ada yang berkata2 mengenai appearance ibu bapa si Wifaq....
Esok lusa beliau akan membesar...menjadi ahli masyarakat..mungkin menjadi somebody...
Orang akan melihat ibu bapanya juga dari 'jenis' yang bagaimana...
Betul enggak?!
Budak cenonet...


Ada beberapa individu bertanya, apa rahsia mendidik Wifaq...
Bukan nak lokek ilmu...tapi saya memang tak ada rahsia.
Cuma....
Saya sangat menekankan pendidikan dan persediaan sejak dalam kandungan.
Itupun...amalan saya sama saja dengan ibu2 lain.
Ada yang cakap...Wifaq jadi begini sebab saya amalkan Salindah...
Tapi bagi saya ia adalah kombinasi:

Amalan membaca Al-Qur'an (terutama Surah Yaasin, Surah Luqman, Surah Maryam dan Surah Yusuf + Banyak minum air zam-zam (hanya boleh telan air zam2 ketika hamil) + banyak memakan tamar dan kismis + emosi yang baik dan stabil ketika hamil + pemakanan berkhasiat + amalan sunat Tahajjud setiap hari (kesannya anak mudah bangun pagi hingga besar...) dan paling penting: SUSU IBU sehingga berusia 2 tahun.

Selain itu...saya sangat menjaga pemakanan anak2. Alhamdulillah setakat ini berjaya 'menghasut' mereka supaya benci dengan 'cekedis' dan minuman berkarbonat.
Kalau coklat..biskut2 yang tak terlalu manis saya izinkan juga.
Disebabkan kami selalu travel (dalam dan luar negara) adakala minuman kotak satu keperluan...
Jadi ia terhad kepada: Susu dan Air Soya...sesekali kalau xde pilihan saya izinkan juga jus buah (kalau xdiizinkan dan anak dahaga sangat...kasihan pula)

Selain itu...
Jika ada kelapangan masa dan wang ringgit...selalulah bawa anak2 merantau...
Saya perhatikan Wifaq mudah adapt situasi baru mungkin kerana selalu berjalan jauh
Kerana anak2 yang selalu berjaulah...akan terdedah dgn perspektif yang lebih luas...pergaulan yang lebih matang...
Kesannya dapat saya lihat...
Walau apa kawan2nya lakukan di sekolah...(Ada rakannya tolak dia sampai berdarah bibir...ada yang tolak jatuh longkang...sorok seluar...dan lain2...)
Wifaq tidak pernah memberi komen negatif mengenai rakan2nya.
Paling tidak, dia berkata:

"Alah..si **** tak sengaja..." ATAU...
"Kawan2 ada yang nakal...tapi yang baik pun ramai...".

Dan walau apa orang lakukan, dia tidak pernah membalas.

Wifaq....Wifaq...sebiji macam Baba...:) 
(prinsip Baba, biarlah apa orang nak buat kita jangan jadi macam dia)

Mama doakan kamu jadi anak yang soleh dan dihormati. (Kadang2 Mama risau...terbayang Wifaq masuk sekolah menengah dan jadi budak nerd yang selalu kene buli...tsk tsk..nauzubillahi min zaalik...)


Harap2 Adik menurut jejakmu.
Sesunggunya nak mendidik anak bukanlah mudah...terutama anak sulung.

Wallahua'lam =)













Friday, June 17, 2011

Home Made Char Kuey Teow

Saya agak ramai penggemar Char Kuey Teow ala pasar malam di Malaysia ni. Anak saya pun sama. 
Bukan tak pernah jumpa resipi untuk buat paste CKT sendiri..tapi kerjanya sedikit renyah.
Jadi untuk ibu bekerjaya...tapi masih mahu memasak yg spesel sikit utk keluarga...
 
Nah...saya bagi resipi Home Made CKT

Nak kata 100% pure home made pun xjugalah...sebab sos nya saya beli yang segera...jenama OTAKU
Thanx to Maksu sbb introduce saya sos ini...mudah kerja nk buat CKT     

Bahan2 Home Made CKT ialah...:
1 pek Kuey Teow (sekali masak...guna setengah pek)
Udang basah (agak2 nk banyak mana~pisahkan kepalanya dan rebus dgn 3 ulas bawang putih)
3 ulas bawang putih (diketuk...dan direbus dgn kepala udang~kemudian dimesin)
Kerang (agak2 nak banyak mana. Rebus dan keluarkan isi)
Perencah CKT Otaku~8 sudu besar
1/2 cawan air rebusan kepala udang+bawang putih (yg dimesin tadi)
Taugeh
Daun Kucai (dipotong setengah inci)
Sebiji telur
Sedikit minyak masak.

Syarat: Api mesti besar...dan masak dengan kelajuan yang agak maksimum (biar bunyi kecoh2 sikit mcm kt restoran...kalau boleh gunakan senduk besar mcm kt restoran juga)

Cara2 (senang je..pejam mata pun jadi...hehehehe):
Masukkan sedikit minyak.
Bila dh panas, masukkan udang dan kerang. Biarkan sampai airnya kering.
Masukkan 8 sudu  sos Otaku + 1/2 cwn air rebusan kepala udang yg dimesin
Masukkan 1/2 peket CKT..kacau laju2
Kemudian dgn cepat masukkan Taugeh dan Kucai...
Pecahkan telur...kacau laju2 dan terus tutup api.

Taraaa....
Syukur Alhamdulillah..menjadi percubaan pertama saya...(senyum lebar)

Insya Allah..lepas ni boleh berjimat. Kalau anak2 nak makan (atau sendiri nak makan..~asyik guna contoh anak2 je..)boleh bikin sendiri.









Monday, June 13, 2011

Jika Belum Berkahwin: Bersyukurlah...

Assalamu Alaykum...

Sepatutnya saya menyambung entry Korea Part II. Malangnya mood tidak mari...yg dtg adalah mood untuk menulis perkara lain.

Biasanya saya mengupdate entry jam 12 malam ke atas. Sambil menaip tesis..membaca artikel..jenguk2 FB dan blog orang lain (ada beberapa blog yg saya xpernah miss menjenguk...), kadang2 datang idea untuk mencoret sesuatu di blog ini..

Tahu apa terlintas di kepala saya malam ini? 
Jam sudah menjangkau 2.30pagi. Usia saya bakal mencecah angka 31 bulan November ini. Jika saya masih belum berkahwin (hanya jika...) agak2nya apa yg saya lakukan sekarang ye? Sedang berdengkur dengan aman agaknya.

Akhir2 ini saya asyik terfikir mengenai sukarnya hendak istiqamah dgn amalan2 sunat yg sering dilakukan ketika zaman bujangan dulu. Kadang2, baru menyelak sehelai dua Al~Ma'thurat...sudah kedengaran suara si kecil menangis. Akhirnya dibatalkan niat dan Al~Ma'thurat ditutup semula. Esok pagi, perkara yg sama juga berlaku. Jika saya masih anak dara...adakah ibadat saya konsisten dan sempurna?!
Sekarang..hendak Tahajud dan sunat Dhuha pun ikut sempat. Kadang2 xsempat berdoa anak sudah sujud sama depan sejadah. Harap ibadat saya diterima Allah...

Buat mereka yg seusia tetapi masih belum ketemu jodoh...
Bersyukurlah...
Anda punya banyak kelebihan dari segi masa dan tenaga untuk menyempurnakan ibadat. Buatlah selagi terdaya sebelum waktu itu berlalu pergi...
Anda punya banyak waktu untuk tidur, rehat dan masa untuk diri sendiri...
Bujang di usia ini bukan sesuatu yang patut dikeluh kesahkan...

Sebenarnya mata sudah mengantuk...
Sekejap tadi berlari menyusukan Nehal...tapi kembali ke komputer untuk menyudahkan kerja
Beginilah saya: Kurang tidur, kurang rehat...
Harap Allah membalasnya dengan kejayaan yang manis dan diberkati...

Sampai jumpa lagi!








 

Tuesday, May 31, 2011

Kembara Sonata Musim Salju Korea Selatan 2011-Part 1


Assalamualaikum

Anyeong Haseyo, yorobun...

Sekian lama dah terperap travelog ni...
Hari ni barulah ada hati nak edit dan publish.
Travelog ini sekadar berkongsi pengalaman kembara kami ke bumi Korea Selatan sekitar 14/3/2011~18/3/2011 *lama dah tu cerita pun sudah basi*

PRA KEMBARA

Tahun lepas, sebaik sahaja encik suami tanya nak ke destinasi mana pulak untuk cuti-cuti overseas 2011, saya teragak-agak antara Jepun dan Korea.
Hati tu memang meronta-ronta la nak pergi Jepun...salah satu negara idaman yang wajib saya jejakkan kaki sebelum menutup mata.

Tapi entah kenapa Allah gerakkan hati pilih Korea.
Dan alhamdulillah sungguh besar hikmah kami tak jadi ke Jepun. 

Gempa dan tsunami melanda Jepun 3 hari sebelum tarikh penerbangan kami. Orang Jepun sebut jishin. 
Dan Alhamdulillah jugak yang Korea, negara jiran kepada Jepun, tidak terkesan dengan malapetaka itu.
Allah masih mengizinkan kami menjejak kaki ke bumi Winter Sonata itu.
Kalau tidak...just imagine kos yang terpaksa kami tanggung setelah membayar tiket dan ground arrangement kalau tak jadi pegi *boleh demam setahun huhu*

Apa ada dengan Korea Selatan?

Beberapa hari sebelum menjejak kaki ke Korea, saya sendiri pun masih tertanya-tanya apa istimewanya negara ini.  
Nak kata die hard fan K-drama, tak jugak.
Walaupun masa belajar dulu saya antara peminat tegar Winter Sonata (tak cukup tengok TV, ulang tayang pulak dengan VCD) namun tak banyak yang saya tahu tentang Korea.

Lagu2 K-Pop pun saya tak follow sangat maklumlah saya pun bukannya muda lagi *walaupun dalam hati selalu feeling sweet 16 gitu*
Zaman saya nak mendengar lagu2 yang tak mengajak ke arah akhirat ni dah berakhir..sebab masa budak2 dulu apa lagu yang saya tak tau?
Eksyen pulak tu lagu Melayu tak mau dengar. Layan lagu English saja.
Jadi cukup-cukuplah tu...

Rasanya faktor utama ialah rasa ingin tahu.
Ya. Seorang traveller (tegap tegar) macam saya ni lazimnya sampai ke sesuatu destinasi (dengan izin Allah) kerana rasa ingin tahu dan keinginan meng'explore' perkara dan tempat baru.

Bermusafirlah…berjalanlah…menjelajahlah ke tempat orang kerana ia akan membuka minda anda seluas-luasnya dan memberi perspektif baru tentang kehidupan. 
Anda kembali ke tempat asal sebagai manusia baru.
Yang dapat menerima perbezaan dalam budaya dan cara orang lain.

Setiap negara yang pernah saya pergi akan meninggalkan footprint dalam hati saya.
Sama ada saya akan lebih menghargai negara sendiri dalam sesuatu aspek…dan menyampah juga dengan negara sendiri dalam satu aspek yang lain..emmm

Mulanya pening kepala la jugak nak decide.
Sebab...awalnya ramai yang nak join tapi last2 tinggal 8 orang sahaja.
Ada yang mula2 beria nak pergi, tapi kensel sebab tak tahan sejuk *memang betul sejuk di Korea lain macam*
Ada pulak yang tarik diri atas sebab kewangan.
Macam-macamlah.

Selain emak dan ayah, suami dan 3 anak saya berusia 4, 2 dan 1 tahun, ada sorang cousin sebelah emak turut serta. 
Khalil namanya.
Seronok ada Khalil
Mamat ni memang pandai menceriakan suasana dan boleh masuk Maharaja Lawak ^_^.
Berbeza dengan pengalaman kami ke negara-negara lain sebelum ini, perkhidmatan private coach di Korea disediakan tetapi dengan harga yang agak mahal. 
Maksudnya, boleh kalau nak pakai pakej dengan harga murah (sekitar RM2000 sekepala)…tapi...anda akan disekalikan dengan pelancong2 lain (yang takde kena mengena dengan anda) dalam satu bas seramai 50 orang.
Emm sangat tak best.

Pada kami keselesaan adalah no.1. 
Jadi kami request utk pakej yg sedikit mahal sekitar RM3000 sekepala.
Biar mahal sikit yang penting selesa memikirkan kami travel dgn anak2 kecil yg bermacam ragam…
Jadi macam agak kurang selesa kalau bercampur dgn orang lain. 
Bila guna private coach, kami bebas ke sana ke mari tanpa perlu menanti atau mengikut orang lain. 

Penerbangan kami ialah pada tengahari 14/3/2011 hinggalah malam 18/3/2011.

DAY 1 ~Monday 14/3/2011

Kami bangun awal pagi untuk cek barang takut ada apa2 yang tertinggal

Maklumlah travel dengan 3 kanak-kanak, kalau ada yang tertinggal boleh jadi haru biru. 

Kami tak tergesa-gesa sebab flight kami jam 1.55 tengahari.


Kami keluar dari rumah jam 10pagi dengan dijemput adik ipar saya, Muaz. 

Beg kami banyak betul macam nak pindah duduk Korea terus* 8 buah beg semuanya. Seorang satu beg. 
Anak2 saya pun satu beg seorang disebabkan banyak baju tebal nak di bawa. Dengan stroller lagi. 
Rasa berbaloi betul beli stroller Anakku ni. 
Tak mahal sangat tapi heavy duty. RM 200 lebih saja saya beli waktu sale di Alamanda. Tapi 3 orang boleh naik serentak. Bangga betul bila dapat beli barang yang taklah mahal sangat...tapi sangat2 useful dan berkualiti...
Kalau beli mahal2 pun bila naik flight akhirnya kena campak juga.

Salah satu beg, kami penuhkan dengan makanan standby. 
We didn't really know what to expect there. 
Sampai sana nanti mesti dah malam mana pulak nak cari makanan (yang Halal!) 
Dalam kereta, bersempit sikit. Duduk bersila. 
Khalil kena duduk depan sebab beliau demuk. Hewhew. 
Cuaca di Malaysia tiba2 je rasa panas sungguh sebelum kami 'terbang'..harap2 Korea tak sepanas di negara sendiri. 
Kalau pergi tempat orang pun panas lebih baik duduk diam2 dalam rumah.

Sementara tunggu gate dibuka, kami duduk kejap di Marrybrown then masuk dalam. 
Kami dah sibuk ambik wudhuk dan sempat solat walau gate 18 to Incheon dah dibuka lebih awal. 

Mula2 bajet macam sempat la nak tunaikan solat Zohor sebelum terbang.
Kelam kabut menunaikan solat Zohor dalam departure hall tu.
Sampai di Incheon nanti hari dah malam sedangkan waktu ini waktu Zohor dahpun masuk.
Kami sempat solat kt ruang menunggu walaupun orang lain tak ada pun yang nak bersolat sama. 
Cabaran merantau…kuat atau tidak iman kamu? Saya pun tak pasti kuat atau tidak iman saya jika tidak diuji...

Sepanjang 6 jam setengah perjalanan, saya order Nasi Kung Pao yang disahkan Halal. 
Kami mendarat di Incheon International Airport jam 8 mlm (9 mlm waktu Korea). 
Kurang feel lah kali ni. Maybe sebab dah banyak kali sangat travel. 
Alah bisa tegal biasalah konon...

Pesawat Air Asia X yang menerbangkan kami dengan selamat ke Incheon


Disebabkan encik suami dah pun pre booked flight seat jadi takdelah masalah kami duduk berpecah2. 
Anak2 pun Alhamdulillah x meragam dan tidur saja. 
Sangat nikmat melihat pesawat take off meninggalkan bumi Malaysia…dan mendengar bunyi tayar pesawat bergeser dengan batu2 di landasan. 

Bagi saya itu antara bunyi paling menggetar dan mengujakan di telinga saya. 

Sejak kecil kapal terbang, langit dan awan sentiasa membuat saya teruja. Berada tinggi di awan membuatkan saya rasa bebas. Melihat ke bawah membuatkan kekaguman pada Allah SWT semakin bertambah. 
 Sunset

 makin lama makin sejuk wuhu

Di tengah2 perjalanan, tiba2 anak sulung saya Wifaq *yang selalunya akan noticed even the smallest thing* tanya: “Ma, apa kat tingkap tu?”. Katanya sambil mengunjuk ke tingkap pesawat. 
“Tak ada apa. Air je..”. 
Tapi bila lihat dekat2…subhanallah..ia adalah kepingan hablur kristal ais…ia halus, berwarna putih dan jernih melekap di cermin sebelah luar. 
Kristal berbentuk bunga2 seperti yg selalu kita lihat bergantungan pada pokok Krismas pada hari Natal. Atau lebih dikenali sebagai Snowflake...*macam jenama Tupperware pulak*



 Wifaq yang mula2 sekali perasan ini adalah kepingan salji




Saya sentuh cermin tingkap~sejuk. Rasanya kami sedang melalui garisan perubahan waktu dan cuaca. 
Saya memang selalu teruja dengan Sains dan Geografi sejak zaman sekolah lagi. 
“Wifaq, mari sini tengok..ini salji”. 
Kami berdua melekap di tingkap itu sambil meneliti kristal ais yang sangat cantik itu. Ini pertama kali saya melihat salji. 
Dari atas awan. 
Awan di bawah dan saya di atas. 
Oh saya sangat teruja dengan situasi ini. 
Dan di penghujung sana, kelihatan garisan horizontal putih di bawah dan biru gelap di atas menandakan kami sedang menuju ke bahagian bumi yang di sebelah lagi. 
Subhanallah...Maha Suci Allah yang menciptakan langit dan bumi. Tuhan sekalian alam.

 Sebenarnya ini pertama kali saya melihat snowflake...*jakun*

 Di tingkap kecil berhadapan tandas...kepingan salji lebih banyak lagi...saya dan Wifaq duk terbongkok2 di sini untuk melihat lebih dekat...

Selepas 5 jam penerbangan, akhirnya kami sampai juga di bumi kelahiran Rain *nama Rain je yang terlintas padahal tak minat pun*
Kami tiba lebih kurang jam 8 malam di Incheon International Airport, Korea Selatan. 
Incheon hakikatnya ialah sebuah pulau. Pulau Incheon.*Tapi jangan confuse sebab ada satu tempat lagi di Korea yang namanya Icheon~tanpa N*


Kalau anda pengikut tegar drama Jewel In The Palace, ada satu babak di mana pesalah negara akan dibuang ke Pulau Incheon dengan berjalan kaki. Zaman dulu kala memanglah macam jauh dari Seoul ke Incheon..tapi lani dengan highway lebih kurang sejam (kalau tak silap) dah boleh sampai.

Alhamdulillah dah sampai Incheon ^_^

Airport Incheon ni besar jugak sampai kena naik train untuk pergi ambik bagasi. 
Perghh...saya suka betul unifom stewardess diorang. Sangat stylo okay.
Dark blue long coat yg stylish itu. 
Ini untuk winter season saja rasanya. 
Untung pergi time winter sebab tak buat dosa asyik tengok aurat orang. 
Orang Korea ni kalau summertime boleh tahan la 'seksa'nya.

Siapa kata stewardess je ada blue long winter coat? See...Rihaab pun ada :)

Lepas tu saya perhatikan, di setiap tempat menulis ada disediakan cermin mata rabun dekat. Idea ini boleh diadaptasi di Malaysia.

Public Spectacle ~ an awesome idea isn't it
Kami disambut oleh Mr. Jed Hyung S. Kim. First impression saya tengok Mr. Jed ialah wajahnya iras pelakon Hong Kong tapi dengan rupa tak mandi.
Sejuk2 macam ni memang biasalah tak mandi.

Mr. Jed

Kim lagi...orang Korea kebanyakannya nama Kim, sampai makanan pun nama KIMchi.  
Jarang Korean fasih berbahasa Inggeris tapi saya betul tabik spring dengan Mr.Jed...he speaks English with American accent very well indeed.

Yang saya tak suka tu...kenapalah kau taruk nama aku dekat signage board yang selalu depa pegang untuk ambik pelancong masa kt airport tu.
Tak suka!!!
Lepas tu sikit2 dia tanya aku padahal yang expert hal2 travel adalah encik suami.  
Lagipun saya akan menjadi sangat busy dengan 3 kanak2 itu.
Kejap2 "Hana...", kejap2..."Hana...". Hana bermaksud SATU dalam dialek Hangul. 

Kenapa aku pulak? Ayayaya...


Bank saya. HANA BANK. Ni owner datang dari jauh nak observe pekerja ni ^_^

Mr. Jed tanya kami lapar ke? Kami cakap lapar la jugak...lepas tu dia suruh tunggu kejap dia tengok restoran seafood kt level atas masih bukak ke tidak.
Lepas tu dia kata semua kedai dh tutup. Eloklah jugak dah tutup lagipun tak pasti halal ke tidak.
Memang pun kecuali kedai 24 hours macam 7 Eleven je yang bukak.
So saya ambik kesempatan beli sebotol air mineral.

Wawawa ini transaksi pertama saya dengan menggunakan matawang WON. Sungguh teruja pertama kali bawak keluar duit won dari purse dan hulur ke kaunter ^_^

Mula2 tu dalam airport kami rilek je pakai sweater nipis. Maklumle dalam airport ada heater.
Anak2 pun kami tak pakaikan winter coat.
Waktu kami berjalan menuju ke pintu keluar, ada sorang pakcik Korea ni cakap bahasa Hangul (Korea) dengan kami...yang saya faham dari gestruresnya...dia suruh pakaikan si Nehal (1 tahun masa itu) baju tebal dan topi sebab suhu kt luar teramat sejuk.
Macam menjerit2 dia bercakap...maksudnya sejuk sangatlah kot.
Sekali keluar...hambik kau...-2C ditambah pulak dengan angin...rasa hilang segala deria.

Angin sejuk menyerbu muka terus rasa numb. Rupanya suhu drop mlm ni. Pergh. Esok dijangka lebih sejuk dan suhu drop lagi...aigooo...masuk dalam kereta Mr.Jed, dah pekena heater barulah masing2 lega dan tanggalkan winter coat masing2. Jadi panas pulak tiba2...

Sejuk Korea ni lain macam sebab dia berangin. 
Angin Siberia bertiup kuat untuk perubahan musim. Winter takdelah menyeksakan sangat kalau tak berangin. Waktu duduk di Mesir dulu pun ada winter juga..tapi kedudukan Geografi Korea Selatan menjadikan sejuknya lain macam...rasa give up dah walaupun belum satu hari berlalu...
Nak dijadikan cerita, ada masalah sikit dengan itinerary kami sejak kat Malaysia lagi.
Memandangkan saya request untuk ke Mount Seorak dengan harga yg telah diberikan walhal dalam itinerary yang agent bagi tak termasuk pun Mount Seorak ni.
Biasanya saya tengok pun orang Malaysia yang ke Korea hanya pusing2 sekitar Seoul, Jeonju dan tempat2 berdekatan.

Lepas sampai di Incheon Beach Hotel, kami duduk lama kat lobby sebab dia pelik dengan itinerary. 
Saya beritahu Mr. Jed yang kami nak pergi Mount Seoraksan dan Mrs. Annie (agent dari Malaysia) cakap boleh discuss dengan Mr.Jed. Mr. Jed pulak cakap kena confirm balik dengan Annie.


Agent di Malaysia kata, Mount Seorak memang termasuk dalam itinerary. Tapi bila sampai di Korea, lain pula ceritanya. 
Mr. Jed kata kalau nak pegi Mount Seorak kena rombak balik schedule sebab tempat tu jauh.
Mula2 saya ingat senang nak deal dengan Mr. Jed ni macam travel agent di negara2 yang pernah saya pegi sebelum ni.
Selalunya TA akan ikut je apa tourist nak dan mana tourist nak pegi.
Tapi Mr. Jed ni macam strict sikit...very serious dalam kerja...maka sejak itu tahulah saya bahawa org Korea ni lebih kurang org Jepun jugak dalam bekerja.
Sangat strict dan skema tapi bersungguh2 memuaskan hati kami.

Saya dah cuak.
Sudahlah badan letih. Sampai kt Hotel Seorak Park, kami duduk berbincang dulu kat lobby pasal nak pegi Mt. Seorak ni.

Dalam banyak2 tempat, memang Mount Seorak lah destinasi idaman saya…
Tak kira ala apa jadi saya mesti sampai jugak ke sana walaupun sekejap.  

Sebab apa? Sebab saya memang pencinta gunung. Pencinta alam semulajadi *cuma tak join Greenpeace je*
Suasana pergunungan mengingatkan saya tentang PUNCAK KEJAYAAN. 
Lagipun dah google sebelum ni dan tengok gambar2 Mt. Seorak terus jatuh chenta dan berazam nak pergi jugak.

Budak2 pun dah mula meragam..mengantuk last2 kami naik ke bilik sambil berdoa hajat nak ke Mt.Seorak tercapai juga. Rugi la datang jauh2 tapi ada tempat menarik tak dapat cover. 
Incheon Beach Hotel ni agak sunyi…jauh dari bandar. 

Akhirnya Mr. Jed suruh kami masuk bilik dulu dan rest.
Sebelum kami naik, dia pesan...esok pagi breakfast takde sebab emak tukang masak meninggal dunia.

Haru..macam2 lah pulak dugaan 1st day ni...Allahumma Yassirlana...(Dalam hati~ini baru adventure...kalau takut adventure jangan travel...wahaha)

Akhirnya kami cek in di bilik yang dekat2 semuanya.
Emak dan ayah sebilik. Saya anak beranak sebilik. Khalil sorang2.
Khalil dapat bilik besar.. dengan air mineral yang masih banyak dalam botol dispenser.
Hotel ni bukanlah hotel 4 bintang tapi sangat cantik dan nampak mahal.

Paling best dispenser air yang hot and cold tu ada kt setiap bilik. Kat luar bilik pun ada. Cuma yang tak bestnya kt bilik kami airnya dh nak surut dan belum direfill.
Nak bancuh susu anak...terpaksa pergi ke bilik Khalil atau bilik parents yang airnya penuh.
Pendek kata takde masalah langsung la nak minum air sejuk atau panas sebab air ada di mana2 dan percuma pulak.

Tebi dah tidur keletihan
 
Malam tu disebabkan kelaparan, maka keluarlah semua stok makanan yg kami bawa dari Malaysia.
Apa lagi, keluarkan stok mi segera, roti, tuna, air kotak

Yang kelakarnya, husband dan Khalil turun balik ke lobby nak tanya kiblat. Takde sorang pun daripada kami bawak kompas.
Tapi berkat berkomunikasi macam itik dengan ayam...maka takde satu maklumat pun kami dapat.
Akhirnya kami buat ijtihad sendiri.
Malam tu sempatlah saya online sekejap sebab dapat password hotel.

Cute je bathtub
Tak reti nak guna sistem bidet ni. last2 tarik je shower hose (mujur versi yg boleh tarik) tu dan guna di sini...huhuh
Saya tengok, door stopper depa pun canggih dan unik. Melekat terus dengan pintu. 
Toilet pun semua elektronik dan semua pulak tu tulisan Hangul...susahnya la hai nak guna...tak faham sepatah haram.

Antara barangan rapi diri yang disediakan ialah hairspray, day cream dan night cream. 
Kalau di Malaysia cuma ada lotion, syampu dan shower gel saja. 
Nampak sangat orang Korea sangat mementingkan kecantikan dan barangan alat solek memang murah di Korea.

Sikit punya banyak peralatan kecantikan disediakan...

Malam ni Wifaq kata nak tidur bilik Opah...pergilah nak...lapang sikit bilik Mama...boleh adik2 bergolek sakan.
Malam pertama di Korea Selatan...esok kena bangun awal nak jalan lagi. 

Wifaq pergi Korea pun bawak homework. Rihaab tukang tengok*eh tiba2 rambut Rihaab jadi lurus....?*
 
Perbezaan ketara ke negara orang untuk kerja/belajar dan berjalan ialah...
Bila pergi untuk kerja/belajar...banyak benda nak kena fikir.

Tapi bila pergi hanya untuk makan angin cuma fikir baju apa nak pakai dan apa nak makan...sungguh ohsem kan!

Terima kasih sudi baca.
Nanti sambung lagi  ya...^_^