Sunday, April 28, 2013

Menangis Sampai Hujung Tahun Pun Takpelah Nak!!!

Salam Alayk.


~Abdul Kalam~

There were time in our lives....yang kadang2 kita tak tahu kita berkorban sesuatu untuk apa.

Susah payah dan jerih perit kita untuk apa?

Dan dalam banyak masa dan keadaan kita lupa, setiap usaha kita itu ada Allah SWT yang menilainya. Tak kira banyak atau sikit, besar atau kecil...setiap kebaikan itu pasti ada ganjaran.

Ganjaran itu pula: sama ada cepat atau lambat. Di dunia atau di akhirat.

Ini adalah rintihan seorang ibu...yang anaknya menangis setiap hari selama hampir 5 bulan tempoh persekolahan.

Akhirnya rintihan (dan keletihan mendukung memandikan si anak setiap hari...mengadap kerenah dan tangisan, bad mood yang tak tahu apa puncanya....) menjadi satu rahmat apabila si anak akhirnya dapat No.1 dalam kelas.

Pertama kali Wifaq bawa balik kertas ujiannya ke rumah (sebelum dapat markah penuh keseluruhan subjek), segala keletihan dan jerih perit berperang dengan perasaan terasa hilang: Wifaq dapat 100% subjek pertama yang dia bawa balik.

Kemudian esok..esok...esok dan esok lagi dia bawa balik kertas: alhamdulillah semua sekali mumtaz.

Ada satu subjek, ustaznya tersilap kira. banyak kali saya kira semula dari depan ke belakang, belakang ke depan....sah ustaznya silap kira. Saya call guru kelas minta ambil semula kertas dengan Wifaq dan mohon kira semula.

(anak bersekolah di SRAI Bandar Baru Bangi...masih ada ujian dan peperiksaan untuk subjek agama dan PBS untuk subjek2 sekolah kebangsaan).

Dan Menguasai untuk semua subjek2 PBS.

Perasaan saya waktu itu....terasa hilang segala keletihan.

Sebetulnya saya merasa amat tertekan melihatkan kerenah si anak. Setiap hari bangun dengan minda dan kepala yang berat, tak tahu apa nak expect kerenah si anak untuk hari itu....

Apabila saya menyebut tentang 'kerenah', saya tidak merujuk kepada kenakalan. Anak saya alhamdulillah tak tinggal solat, malah sangat2 skema dalam hal2 pelajaran. Kalau tak siap homewrok, dia akan bangun awal dan siapkan sebelum menjelang Subuh.

tetapi...si bujang ni ada sedikit perangai yang agak complicated yang susah kita nak cope dengan kehendak dia. Senang cakap, over particular tentang sesuatu perkara....dia ada rule dia sendiri dalam melakukan sesuatu. Kalau kita nak buat apa2, kena tanya dia dulu nak macam mana...apa peraturannya...

Silap sikit, dia boleh bad mood sepanjang hari.

Itu baru sikit. Ada banyak lagi. Memang menahan hati dan perasaan nak membesarkan anak teruna sorang ni. Masalahnya dia suka buat perangai when mama is around aje. kalau mama takde...dia OK. Kalau dengan baba lagi dia OK. Tapi bila ada mama je....mulalah....

#Siaplah sape jadi bini kau nanti Wifaq....dia kena belajar dengan mama macam mana nak ambik hati kamu...huhu# 

Tapi bila tengok result Wifaq, I said to him: "Kalau result macam ni Wifaq, takpelah menangislah sampai hujung tahun pun takpe asal Wifaq suka belajar...".

Wifaq buat muka selamba. Macam dia tak faham pun dapat no.1 tu apa benda...dan dapat result bagus tu apa bendanya.

Bila mama, baba, Opah dan Atuk ucap tahniah...mukanya macam biasa malah sibuk2 nak cepat pergi main. Kalau dah budak tu, budak jugaklah.

Tanyalah mana2 mak di dunia ni, semua mengharapkan kejayaan untuk anak2.  Kalau anak tak mengenang budi pun, at least biarlah anak tu berjaya dan berdikari....dan boleh hidup senang dengan sendiri.

sekurang2nya buat masa ini, Wifaq..keletihan dan doa mama sudah terjawab.

Teruskan kecemerlanganmu nak...Insya Allah.

Legalah hati dan perasaan buat masa ini....alhamdulillah syukur.


Wednesday, April 24, 2013

My New Toy Part II: Brother INNOV-IS 950 Embroidery Sewing Machine

Salam alaik.

The Compact Sewing and Embroidery Machine

*pic from welcome.brother.com.*



Rasanya macam dah benar-benar jadi golongan mak mak sejak ada sewing machine sendiri ni....(*_~)

Encik bos yang belikan...


Puncanya: asik duk tengok ada je parcel sampai ke rumah. Beli shawl lah, baju lah etc etc...semuanya berkaitan dengan fabrik. Last2 encik bos orderkan sewing machine dengan kawan beliau yang punya kedai kraf kat Bandar Baru Bangi. Hoho...

Sajalah tu kan. Lepas ni kalau rajin jugak beli barang online...bila tertengok je mesin jahit ni duk sengih, mesti akan rasa bersalah. Pandai jugak bos mem'psiko' isterinya ini.....

Akhirnya Selasa kelmarin, kami ke bank untuk ambik duit nak bayar mesin dan seterusnya ke kedai mesin untuk ambik barang.

Memula sampai, tokey kedai tu buat demo dulu. Nak ajar apa2 yang patut so that takdelah tersilap operate once nak guna.

What can I say about this model of sewing machine? Lepas je habis demo...husband cakap: Wah macam ni dia pun boleh menjahit. Because hampir semua mesin yang buat....kita hanya bagi arahan saje.

Lepas taruk benang kat tempat dia, takyah susah la nak jilat benang pastu tertunduk2 nak masukkan benang ke mata jarum....semua mesin boleh buatkan. 

Senang cakap, dari proses nak masukkan benang sampailah nak gunting benang semua mesin buat. Kaki pun takyah guna untuk tekan dan control mesin...(walaupun dia masih bagi paddle untuk pijak...tapi tokey kata, rugilah beli mesin kalau masih nak guna padel kaki kan...). Semua boleh setting dengan button2 yang ada. Pendek kata...senang je nak guna mesin ni.

Lepas letak fabrik yang kita nak jahit...hanya pegang kain tu sikit2 je untuk adjust. Speed pun boleh set pada mesin, nak slow ke...nak medium speed ke...nak laju ke....

And semua arahan ada terpapar pada skrin. Kita hanya ikut je.

Model INNOV-IS ni sesuai untuk yang suka berkreatif dalam jahitan...suka buat sulam2 atau design yang comel2. Yet harganya masih mampu milik sekitar RM2k+ sikit. Tapi bila tengok harga asal kat website brother: RM4,299. 

Betullah kot ni harga offer...I am not so sure...sebab saya ni selalu je prejudis. Kalau orang kata harga offer, dalam hati saya: Haa yelah tu offer...sekali tengok sampai bebila pun harga ni...silap2 boleh dapat lagi murah....:P

Kalau sekiranya pattern sulam yang kita nak takde...kita boleh design sendiri on the spot pada skrin sentuh (touch screen)...atau...boleh download dari internet, save pada pendrive dan upload ke mesin melalui USB port yang disediakan. Model yang ni hanya ada 1 je USB port. Kalau model yang lagi mahal...ada sampai 3 USB port....pueh hati betul...

Zaman lani sampaikan mesin jahit pun ada USB port...

Kalau anda tanya kenapa saya pilih model ini? senang je jawapannya. Sebab masa ni tengah offer heheh dan kebetulan masih dalam bajet kami. Dan lagi satu reason kukuh...kami kenal orang persendirian yang memang pakar dalam menservis mesin brother ni..jadi apa2 hal...senang.

Dan lagi satu sebab ia kompak dan ringan.

Lepas ambik mesin ni, tokey kedai kasi souvenir 10 benang sulam percuma. Saya boleh pilih la warna apa yang saya nak. Rupanya benang sulam ni ada benang special rupanya...ingat boleh belasah je benang biasa. Maka saya pun pilih la semua kaler pastel yang kiut miut...

Saya taklah expert sangat hal jahit menjahit...tetapi biasalah juga menjahit masa zaman anak dara dulu. Jahit kusyen, sarung kusyen, langsir....design sendiri wedding dress masa nak kahwin dulu....jahit manik pada wedding dress...

So agaknya melihatkan kebolehan isterinya ini, suami rasa amat rugi kalau bakat ini tak digilap semula. memandangkang pengajian PhD saya sudah di tahun akhir....lepas ni bolehlah bergiat aktif semula....

Orang pmpuan dengan mesin jahit ni....ibarat perasaan orang lelaki terhadap kereta dan motor dan gadjet. Tergedik2 dan excited....hehe

Tapi sementara nak habiskan study, danlah mesin ni berabuk dulu...

Ada cerita kelakar masa nak bayar mesin ni. Kami dh siap bawak cash cukup2. Tapi waktu nak bayar...husband kata pakai credit cardlah. Sebab kami ada credit card tapi tak pernah guna....teringinlah nak swipe CC kan. Tapi lepas swipe terus p bank bayar balik. hihihi....

reason being saya tak suka berhutang. Bila berhutang rasa stress memikir ada benda tak setel. Tetiap bulan dapat stetmen kosong je dari bank. mesti bank rasa ruginya ada pemegang CC macam kami....tak pernah guna langsung...

Seeloknya janganla diamalkan berhutang ni. Bila ada duit yang cukup baru beli barang yang kita nak. Kalau takde duit duduk diam2 dulu. Cukuplah kita hanya berhutang untuk benda2 besar yang tak dapat nak elak macam hutang study PTPTN, MARA...hutang kereta dan rumah...yang lain2 elakkan.

Bebas hutang, hati tenang.

Insya Allah.

#Masa nak balik, dapat pulak katalog untuk aksesori tambahan. Pergh meleleh ayaq liuq ni...kalau nak complete pakej ni mau berapa ribu lagi nak kena keluar. Takpe...kita himpun duit sikit-sikit....sekarang kome tau kenapa sampai lani aku masih takde gadget mahal2...dan takleh nak berwassap dengan aku. Duit aku habis ke benda2 seperti ini...

Sekian. Wassalam.



Sunday, April 21, 2013

Oh Allah, Please Guide Him and His Family (and Us)!

Ada sesuatu mengganggu fikiran saya akhir-akhir ini.



Listen... 

Saya bukanlah baik sangat hinga layak hendak berdakwah pada orang lain but every Muslim has a role as a daie. Untuk betulkan diri sendiri and at the same time...jika berpeluang, membimbing orang lain ke jalan yang boleh menyelamatkan mereka.

Di kejiranan saya ada satu keluarga bangsa Cina. Beragama Buddha. 

Kami baru rapat sejak akhir2 ni kerana buah kuini. 

Satu hari di beberapa minggu yang lalu, Uncle Cina (saya tak tahu nama beliau...kerana selalu nampak beliau berjoging dan lalu depan rumah saya.) tegur pokok kuini depan rumah saya sangat lebat sedangkan di rumah orang lain semuanya tak berbuah langsung. 

Pokok ni developer yang tanam dan lepas suami siram air zam2 barulah berbunga dan berbuah lebat. Uncle kata bau kuini sedap sangat, lalu saya janji nanti saya akan bungkuskan buah2 yang elok untuk beliau. Bila masak saya akan hantar ke rumah.


Banyak buah saya bungkuskan utk uncle, malangnya Jumaat lepas ada pihak  tak bertanggungjawab mencurinya. 

Tinggal 2 biji je untuk Uncle. Saya pun ke rumah Uncle dan minta maaf sebab hanya boleh beri 2 biji saja, yang lain semua dah kena curi. (Saya sendiri tak makan kuini, hanya simpankan untuk orang lain).

Masa ke rumah Uncle, saya lihat tempat sembahyang yang besar dalam rumahnya. Dalam hati saya, sayangnya...Uncle ni baik. Dah berusia sekitar 60-70 tahun tapi masih kuat maybe kerana rajin bersenam

...kalau boleh janganlah beliau mati dalam keadaan tidak Islam. Di akhirat kelak, mereka yang tidak Islam takkan dikira langsung amalan baiknya sebaiknya segala dosanya tetap ditimbang. Sayang sangat2...kebaikan di dunia sia2 hanya kerana silap pilih agama...dan juga kerana orang Islam di sekeliling tak sudi menunjukkan jalan yang benar.

Dua tiga menjak tergerak hati nak berdakwah pada beliau...tapi taknak terang2an sebab kami sekeluarga baru nak rapat.

Logik tak kalau saya langgankan majalah SOLUSI atas nama beliau dan alamatkan ke rumah beliau. Saya cuma risau beliau takkan membacanya.....apa cara lain yang boleh saya lakukan? Mungkinkah dengan mengepos keratan2 artikel dakwah dalam bahasa Inggeris? 

#Ya Allah berikanlah hidayah buat Uncle sekeluarga sebelum beliau meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Sayang jika baik di dunia tapi kebaikan itu tak dapat menyelamatkannya dari siksaan neraka....semata2 kerana beliau bukan Islam#

*pic from www.jazakallah.in*

Sunday, April 14, 2013

Shawl Suri by Saraya Zahret

Salam alayk.

Rasanya nak dekat beratus kali google tentang review shawl Suri by Saraya Zahret tapi tak ketemu.

Mungkin yang membeli tak kuasa nak review...dan yang rajin review pula tak terbeli.

Sebenarnya...

Dalam banyak2 jenis shawl di Malaysia ni, this range yang dinamakan Suri oleh Saraya Zahret yang betul2 memikat hati saya.

Malangnya kalau pergi ke butik...selalu je sold out. Harganya sehelai sekitar RM109++...

Menurut salesgirl, kaum wanita di Bangi ni bila tau je ada shawl Suri baru release diorang memang tak berkira2 berbelanja...kadang2 ada yang beli shawl saje nak mencecah RM satu ribu!!!

Apa yang saya suka ye tentang shawl Suri ni....(sebab dah banyak kali saya beli shawl dari company lain...takde yang sebest Suri...huhu)


Material~high quality chiffon........pakai pun tak panas. Sesuai la dengan harganya. Kalau ada yang komplen satu2 jenama jual tudung agak mahal...try pergi kedai kain, pilih sendiri material yang berkualiti...akhirnya anda akan dapati kalau buat sendiri pun lebih kurang harga kat kedai jugak...

Kombinasi warna~koleksi shawl Suri saya ada beberapa helai. To me kombinasi warnya memang menarik....cantik2 semuanya...


Labuh~yes ini yang paling penting when speaking about hijab. Mestilah labuh dan tidak jarang. Shawl Suri sangat labuh....malah ia adalah 2 layer shawl yang berlainan warna dan boleh diejas mengikut labuh yang kita mahu. Boleh pakai dua2 belah ikut mood anda hari itu...company lain ada juga keluarkan design 2 layer tapi labuh tak menepati piawaian saya iaitu mesti mencecah bawah pusat dan belakang mesti mencecah punggung....kalau setakat paras dada itu bukan labuh sebab bila kita mengangkat tangan atau bergerak still ternampak bahagian yang sepatutnya ditutup.......

Cutting~saya memang peminat halfmoon shawl...dan Suri ialah halfmoon shawl yang mudah digayakan.

Embellishment~shawl Suri disertakan sekali dengan pemberat...jadi bila pakai eloklah ia terletak dan tidak terbang2....(^_^)

Terpaksa buat review disebabkan ramai yang bertanya..........eh korang jangan la beli banyak2 tinggalkan saya sikit....hihu

Sekian Wassalam.

Ini adalah kombinasi Grey dan Yellow Green...dan ada piping Pink. Inner kaler sedondon tu daku beli di pasar malam dengan harga RM10 dapat 3.....hihi *siapa kata semua perlu mahal?*





Thursday, April 4, 2013

..Kerana Sebiji Kuini

Salam alaik...Salam Jumaat.

Status hari ni saya copy je status yang saya post di wall facebook...disebabkan terlampau rajin....hikss



"Salam Jumaat (^_^)..

Ini buah kuini yang sedang berbuah lebat di depan rumah saya. Dah berpuluh orang jiran menegur betapa lebatnya buah ini...termasuklah pagi ini seorang Uncle berbangsa Cina menegur: "woaaaa you punya pokok sangat cantik...itu hari bunga lebat...".

"Uncle tau itu air zam2? Saya siram air zam2 sebab tu buahnya lebat..." (Jiran depan rumah pun ada tanam pokok sama tapi belum rezeki berbuah)

Uncle mencium sebiji buah. "Huiii banyak sedap oo bau dia".

Saya: "Takpe saya bungkuskan utk uncle..nanti dh masak saya hantar rumah uncle. Uncle duduk hujung sana kan?".

Uncle: "Aiya banyak terima kasih aaa....". Kemudian beliau tanya saya tak kerja ke? I said I am on study leave. Rupanya anak beliau pun tgh buat PhD tp sgt susah nak concentrate sbb bekerja dan ada anak kecil...believe me, I understand the situation.

#Nikmat perpaduan...nikmat keamanan...bukan setiap hari istimewa, tetapi carilah sesuatu yang istimewa dalam setiap hari. Perkara2 kecil pun bisa membuat kita bahagia jika kita pandai menghargainya.....(^_^)
— di Teratak buruk@home sweet home."

Sunday, March 24, 2013

Benarkah SPM bukan Segala-galanya?

Salam Alayk.

"Recipe for success: Study while others are sleeping; work while others are loafing; prepare while others are playing; and dream while others are wishing.” ~ William A. Ward"

Dah beberapa hari since keluarnya result SPM. 

Status-status di Facebook pun kebanyakannya mengenai SPM...

Antara yang kerap saya lihat ialah status2 berbunyi begini:

"SPM bukan segala-galanya. Gagal SPM bukan bererti gagal dalam hidup".

"SPM bukan penentu kebahagiaan hidup...."

Dan macam-macam lagilah. Ayat ini sangat de-motivating. Ayat ini kalau di ulang-ulang pada adik-adik yang baru nak menduduki SPM, motivasi mereka akan menurun untuk struggle mencapai kejayaan yang maksimum. 

Honestly, for me...memang betul SPM bukan segala-galanya dalam hidup. SPM is not EVERYTHING, but it is SOMETHING. Something yang boleh kita gunakan sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan hidup dengan lebih mudah.

You see...

SPM umpama wang ringgit. Wang ringgit bukan segala-galanya, tapi dengan wang yang banyak kebahagiaan dan ketenangan hidup buat diri kita dan ahli keluarga akan diraih lebih mudah. 


Begitu juga result SPM yang cemerlang membantu membawa kehidupan yang lebih cerah andai kita bijak memanfaatkannya.

Sebagai seorang yang telah mencapai result SPM cemerlang dan berjaya grad dari Universiti, believe me, result SPM yang cemerlang itu sangat banyak memberi faedah dalam kehidupan anda.......

Satu ketika dulu, seseorang yang rapat dengan saya mencapai keputusan corot dalam SPM. Beliau sebenarnya bukan tidak bijak tetapi kurang kesungguhan. 

Beliau meneruskan pengajian ke peringkat Sijil dan Diploma. Akkhirnya di usia yang agak lanjut memohon untuk buat degree secara PJJ. Saya lihat subjek degree yang beliau ambil semuanya subjek2 semasa SPM dahulu yang, kalaulah beliau bersungguh2 semasa SPM dahulu....beliau masih tetap akan dapat buat degree tetapi di usia yang lebih muda dan tak perlu mengulang semula subjek2 yang pernah beliau lalui semasa Tingkatan 5.

I said to her: "Kalau dulu kau bersungguh2 masa SPM, kau tak perlu belajar semula benda2 ni....kau bukannya tak pandai tapi dulu kau belajar main2".

"Yelah dulu aku malas....". yeah that's the thing. Bukannya beliau tak pandai, tapi beliau malas dan kurang motivasi. Apabila gagal mencapai result cemerlang SPM...kita masih boleh berjaya tapi dengan cara yang lebih susah dan dalam tempoh yang lebih lama.

Tidak ada manusia yang suka cara ini melainkan terpaksa. 

Dan ada juga seorang insan lain yang amat2 negatif mengenai SPM. Kata beliau: "Rezeki kita bukan ditentukan oleh SPM". Kini, beliau sudah berkahwin...dan punya seorang anak...tetapi terpaksa struggle untuk mencari rezeki disebabkan ketiadaan sijil SPM merumitkan beliau memohon pekerjaan. 

SPM ini satu ikhtiar untuk kita memakmurkan hidup. 

Dengan keputusan SPM cemerlang, kemungkinan besar kita boleh memilih kos apa yang kita suka di Univerisiti instead of terpaksa mengambil apa2 saja kos yang layak untuk keputusan SPM kita yang kurang cemerlang...

Dengan result SPM cemerlang, kita berpeluang masuk ke U. Betul Univerisiti bukan juga segala2nya unless kita struggle untuk berjaya....tapi...tanpa result SPM cemerlang dapatkah kita menjejak kaki ke Universiti?

Dan berpunca dari SPM cemerlang itu....kita akhirnya grad dari Universiti dengan segulung ijazah. Kalau pun satu hari nanti kita tidak mahu bekerja dalam bidang kelulusan itu...orang akan tetap memandang education level kita.

Memang benar segalanya bergantung pada takdir. Kita hanya usaha, takdir Allah yang menentukan rezeki kita.

Tetapi secara jujur saya belum pernah jumpa mana2 insan yang struggle bersungguh2 untuk berjaya tapi akhirnya tidak berjaya. Jika cara usaha kita betul, Insya Allah Dia beri apa yang kita mahu...Allah itu tidak kejam. Yang kejam adalah manusia terhadap dirinya sendiri....

Orang bukan Islam, walaupun mereka tak solat...tak mengaji dan tak beribadah kepada Allah, dengan usaha mereka Allah SWT masih beri kejayaan di dunia. Orang yang tak sembah Allah pun diberi kejayaan...sepatutnya kita umat Islam boleh lebih cemerlang lagi...

Kita kurang kesungguhan. That's the point.

Mulai hari ini berhenti menyalahkan takdir....

Usahalah. In the end, it'll be all wotth it. Believe me.

Wallahua'lam.

pic from rishikajain :)
Tidak ada manusia yang suka gagal dan tidak bahagia. Jalan terbaik ialah berusaha mengelak kegagalan itu.

Thursday, March 21, 2013

On Tebi's 3rd Birthday...

Hari ini 22/3/2013...


Hari ini, bersempena ulang tahun ke-3 kelahiran anak ketiga saya yang gelemer dengan gelaran Tebi sedangkan nama dalam MyKID ialah SHARIFAH NEHAL RIDAAN...kita semua dikejutkan dengan pemergian seorang ulama besar dari Syria...

Hepi besday Tebi semoga jadi anak solehah yang membela agama, bangsa dan negara...jangan tau nangis je....hoho

Itulah dia AlAllamah AsySyahid Syeikh Said Ramadhan Al Bouti...yang kitab tulisan beliau menjadi rujukan saya ketika menuntut di UIA dahulu iaitu Fiqh al-Sirah. 


Beberapa tahun lalu pada tarikh yang sama 22/3/2004...dunia dikejutkan juga dengan pemergian Asy Syahid Sheikh Ahmad Yassin dari Palestin...


Semoga yang pergi akan berganti dengan ilmu dan ketokohan yang sama hebat...Innalillahi wainnailihi raji'un.