Tuesday, November 6, 2012

Mengapa Berhijab?


Amatlah besar bezanya antara wanita berhijab dan yang tidak...


Gambar pinjam dari SINI


Dan begini cara berhijab yang sebenar:

Pic pinjam dari: destination-jannah.com

Renung-renungkan dan selamat beramal! (^_^)


A Day On My 32nd Birthday (^_^)

Hari ini 6 November 2012 genap 32 tahun saya hidup dan bernafas di bumi Allah SWT.

Alhamdulillah.

Dan kebetulan hari ni jugak saya kena present kat Kolokium yang dianjurkan oleh institusi tempat saya bekerja. Orang lain yang bercuti sama batch dengan saya ada yang dah 2 kali present...saya baru ni la first time.

Sebelum ni saya tak ready. Dan saya memang tak suka melakukan sesuatu dalam keadaan tak ready sepenuhnya sebab hasilnya...sama ada mengecewakan audiens atau...saya sendiri :(

Anak2 memang dah tahu harini besday mama dia. Jadi antara dialog2 yang berlangsung malam birthday saya ialah:

Situasi 1: Saya tengah sibuk edit slaid presentation dan si kakak datang minta macam2. Marah jugak...

Si kakak kata: "Eiii mama ni mana boleh marah2. Esok kan besday mama...mama kena senyummmm..."

Pandailah kau!

Situasi 2: Si Wifaq tanya: "Esok kan besday mama kenapa mama kena pegi opis pulak...?" *dengan muka tak puas hati sebab selalunya mama tak pegi opis pun*

Mama jawab acuh tak acuh sambil mata dan tangan tgk slide: "Ala diorang tu saja la tu dengki ngan mama..." ahahahaha. 

Situasi 3: Tebi kata..."Mama mama...esok kan mama beli la kek Angry Bird...". Err...ni besday mama besday Tebi ni...? *konpius kejap*

So the day is today. Kebetulanlah hari program ni jatuh pada besday saya. Dari semalam duk bergedebuk gedebak risau kalau present entah apa-apa dan kena asak soalan bukan2...atau kena hentam dengan sape2 *ada pengalaman pahit sebelum ni...tapi saya belajar dari pengalaman itu....alhamdulillah*

Pagi2 alhamdulillah semua anak2 bangun awal dan Tebi pun nak ikut Opah pulak harini. Jadi kesempatan masa lapang yang sekejap saya duduk baca Ma'thurat dulu. Dah tak kuasa dah nak tengok slide...sekadar nak tenangkan hati. Huhuhu...

Mula2 rasa nak pakai baju lain yang kaler lebih malap tapi susah pulak nak iron. Last2 ambik je baju kurung 2 tones hijau oren tu sebab senang iron. Lagipun mata dah mengantuk sgt semalam malas nak iron lama2. Tudung pun tak payah iron *pemalas...*. Tapi baju ni banyak beadings le pulak....emm belasah saje.

Sampai2 kat Auditorium tempat Kolokium berlangsung rupanya saya terawal. Diorang baru nak set up meja pendaftaran dan makanan. Pegawai bertugas kata 8.30 kena datang daftar. Tengok jam baru jam 8.15...jadi saya jalan2 naik atas jenguk bilik lama saya....(sekarang dihuni oleh my besfren Kak Ayu Nor Azilah) dan bilik kengkawan lain...sume belum datang lagi. Maklumlah lani kelas takde...cuti sem...dan KUIS takde punch card...jadi bolehlah datang sesuka hati....(^_^).

Masa tengah2 berdiri tu....datanglah kawan2 yang dah lama saya tak jumpa. Sembang2. Seronoknya jumpa kawan2....banyak benda nak cerita...tapi tak sempat sebab saya kena lari masuk Audi pulak.

Disebabkan pembentang tak ramai...2 parallel sessions (satu kat Audi, satu lagi kat DK) jadi 1 session je. Dimulai oleh talk dari Dr. Zaidi Ismail dari IKIM. Pasal epistemology...benda yang saya tak minat sangat tapi penting untuk ambil tahu.

Lepas break minum pagi (emmm sedap teh tariknyaa....) dan sembang2 santai dengan kengkawan...masuk balik. Tup2 presenter dari FPM sume dh siap2 masukkan slaid. Eh...bukan patut AI dulu ke sebab venue memang venue kami yang asal. Tapi takpelah tunggu jelah....

Lepas habis presentation dari lecturers FPM...yang kebanyakannya saya memang tak faham sebab banyak berkait dengan bisnes, officer in charge kata masih sempat satuuuuuuuuuu lagi presentation untuk sesi pagi ni.

Lagipun saya memang dah duduk kat depan awal ready je nak naik stage. Dalam hati Allah je tau. Asik duk baca 'hasbunallah wa ni'mal wakil' banyak2 kali.

Kak Zetty (kawan saya dari Faculty of Education) tau yang today is my besday. She said: "sesuaii...". Heheh.

Disebabkan saya tengok penonton agak bosan tengok presentation sebelum2 ni jadi saya memikirkan satu cara camne nak bagi audiens tak bosan dan faham apa yang disampaikan. Saya memang menyampah kalau saya tengah bercakap ada yang menguap dan buat muka boring......pantang tok nenek.

Jadi I decided to present in a bilingual mode. Guna dwibahasa jelah senang sebab research saya melibatkan banyak medical terms yang orang biasa tak faham. Jadi there I went on babbling in Malay and English at the same time.

To my surprise...audiens memberikan respon dan mengikuti dengan penuh minat. Alhamdulillah. Banyak la yang bertanya...dan ada yang kata 'saya suka dengan kajian awak ni...'. *Smile...*

Habis je present...kawan2 tepuk tangan. Terima kasih sangat2 atas perhatian dan support kawan2. Memang dihargai sangat2.

Habis je present kawan2 datang salam dan ucap tahniah. Kata diorang...this is the best presentation for today....

Pinjam kata2 Kak Zetty (yang juga tengah study): Shana memang nampak betul2 faham apa yang Shana' kaji. Kalau masa viva Shana' boleh present camni kak Zatty rasa Insya Allah.........

Subhanallah. Rasa bersemangat semula dengar kata2 Kak Zetty.

Kemudian duduk dengan Kak Maryam (Dr. Maryam yang baru je konvo baru2 ni....) she said kajian saya sangat mantap dan memang nampak ada sesuatu dengan kajian ini. Kak Yam doakan hasil kajian ni nanti dapat dimanfaatkan.

Sebenarnya...kita tak boleh aim research kita untuk mengubah dunia...tapi kalau memang boleh mengubah atau menghasilkan sesuatu, itu satu kepuasan.

Paling tak boleh lupa bila mantan Dekan (sebelum ni segan dengan beliau tiba2 semalam ngam le pulak) siap pesan: "Kami tunggu awak balik ke Fakulti....".

Dan kawan Dekan kata (saya tak pasti nama beliau dan dari fakulti mana sebenarnya tapi bersembang panjang jugak): "Silap2 habis PhD ni awak kena sambar mana2 IPTA...research macam ni selalu diorang memang berebut2 nak kepakaran......".

Huii entahlah. Jujur saya katakan belum terdetik lagi dalam kepala untuk pindah IPT lain. Tempat kerja saya sekarang walau tak gah tapi kurang tekanan dan pijak memijak untuk mempromot diri sendiri. 


Dan paling penting~dekat dengan rumah, senang boleh ambik hantar anak2 sekolah...kalau ada baby tengahari boleh balik jenguk. Tak perlu lalu tol. Dan saya belum pernah Monday blues lagi sejak berkerja....mungkin disebabkan ofis berada di sekitar kediaman yang kami memang familiar.

Esok lusa saya belum tau lagi.

All in all...masa duduk lunch...ada adik2 junior lecturers datang bertanya pengalaman dan minta motivasi.

Huhu. Saya ni tunggang langgang memang tak layak nak motivate orang lain. Belum masanya. Tapi saya kongsikan jugak sikit2 pengalaman....nantilah bila betul2 dah layak nak advice orang lain..saya akan share pengalaman2 itu.

Lepas bersalam dan berjumpa semua orang....akhirnya petang balik rumah. Hujan berhenti sekejap. Lepas mandi dan solat Asar, siap2 nak keluar balik sebab emak ajak pegi makan2. Emak kata tak tau nak kasi hadiah apa sebab semua dah ada...belanja makan jelah. Mekasih Opah!!!

Lepas makan kat Secret Recipe...(budak2 yg lebih2 excitednya...nak makan kek...macam biasa saya order kek feveret saya le...Yogurt Cheese Cake 1 slice je...), Wifaq kata...dia nak belikan sesuatu sebagai hadiah besday saya.

Jadi lepas makan pegi kedai stationary. Wifaq kasi hadiah sebatang pen....kaler pink!!!!

Hahah obvious sangat ke mak kau ni suka pink. Tak fikir lama terus dia ambik pen kaler pink (ink pun pink) tu dan pinjam duit Opah utk bayar. Nanti tolak duit raya..katanya.

Hehehe.

Apa2 pun alhamdulillah semua berjalan baik dan lancar harini.

Rasanya segala bantuan Allah SWT harini datang kena pada masanya. Pada masa yang saya sangat2 perlukan bantuanNya.

Dah bertambah usia....perlu juga ada perubahan dari segi kualiti ibadah dan sahsiah diri dan pencapaian yang lebih baik dari segenap segi.

Hepi Besday to me....!!!! (^_^)

32 tahun usia bersama 3 kanak-kanak ini....I'm old enough!!!



Sunday, November 4, 2012

Sekalung Tahniah Untuk Wifaq!

Entry ni sekadar nak mengucapkan tahniah kepada anakanda Wifaq yang dapat Academic Ecxellence Award 2012 semalam secara khusus. Entry semalam too general. 

Sebenarnya semua kanak2 diberi macam-macam award kategori lain tapi yang utama pada mamanya ialah award yang ini. Yang terletak atas sekali dalam senarai dan yang paling awal naik ke atas stage walaupun nama Wifaq bermula dengan huruf W.

Ada kisah sedih masa mula2 Wifaq lahir dulu. Wifaq lahir bulan Disember (hujung tahun). Masa tu, ada sorang hamba Allah ni dia kata...anak-anak yang lahir bulan Disember ni slow dan lembab. Tak percaya nanti tengoklah bila Wifq besar...sebab dia kata anak dia yang lahir bulan Disember agak slow berbanding adik beradiknya yang lain.

Masa tu perasaan mama bercampur baur. Dahlah anak sulung, takde pengalaman. Tiba2 orang cakap macam tu.

Tapi, menjelang 6 tahun kelahiran Wifaq...terbukti dakwaan hamba Allah itu salah sama sekali. 

Apa pun....tahniah Wifaq. Mama tak rasa kamu dapat semua ini sebab mama tapi sebab kamu sendiri yang kuat usaha. Semoga kamu terus berjaya dalam hidup.

Graduan cilik...the receiver of Academic Excellence Award 2012.
The Award. Mak kau imagine benda lain....terbayang kat situ tulis: ACADEMIC EXCELLENCE AWARD FOR  BIOCHEMISTRY ENGINEERING bla bla apa2 yang berkaitan...dah Wifaq nak sangat jadi saintis
Mula-mula angan-angan. Lama-lama jadi kenyataan.

Saturday, November 3, 2012

Al-Fatih Ihtifal and Graduation Ceremony 2012


"If children grew up according to early indications, we should have nothing but 

geniuses" ~Goethe~

Harini berlangsungnya majlis graduasi anakanda Wifaq yang pertama dalam sepanjang 5 tahun usia kehidupannya di Al Fatih Integrated Preschool dengan tema tahun ini: Ummati We Care!. (Umatku...Kami Parihatin).

Yang pertama. Dan saya harap semoga menyusul lebih banyak lagi majlis graduasi untuk beliau di masa akan datang sepanjang hayatnya.

Dah lebih seminggu Wifaq duk berlatih persembahan drama untuk majlis ni. Kadang2 kena stay back kat sekolah. Dan bila balik rumah malam-malam mesti akan terkeluar dialog2 drama tersebut...siap dengan skrip orang lain sekali dihafalnya.

Banyak kali saya pesan kalau kawan2 terlupa skrip Wifaq jangan tolong deliver pulak ye! Tak boleh imagine kalau dia sibuk2 ajar kawan dia apa sepatutnya nak cakap.

Majlis bermula jam 8.30 pagi. 

Walaupun anak2 semua dah bersiap awal tapi mamanya duk rilek2 lepak2 dulu tunggu jam 8.15 baru keluar rumah. Majlis diadakan di Auditorium Admin Block KUIS...5 minit je dari rumah pun *tu yang rilek kemain tu...almaklum tempat kerja sendiri...tapi dah lama tak jengah sebab cuti belajau...*

Sampai kat parking, teacher Yan yang in charge drama dah call tanya mana Wifaq. Apa lagi jalan la laju2. Lepas hantar Wifaq kat backstage aiya baru teringat baju salin untuk drama tertinggal pulak dalam kereta.

Atuk, Kakak dan Tebi masuk dewan dulu dan saya patah balik ke kereta ambil baju. Lepas tu tanya teacher kat mana nak hantar baju ni. Teacher kata kat Bilik Anggerik...oho saya tau tempat tu *memangla tau sebab masa kerja selalu ada program kat sini khennn...*

Opah pulak pagi ni kena jaga exam kat IPG. Kesian Opah lari2 kejap sana kejap sini semata2 nak tengok cucu sulung perform. Atuk yang mula2 kata malas nak datang pun akhirnya malam semalam meredah renyai hujan dengan Virago beliau datang ke Bangi. Alhamdulillah.

But still....terkilan yang baba Wifaq tak dapat menyaksikan saat penuh berharga ini. Anak sulung. Konvo juga sulung. Tskkk. *mama yang over Wifaq rilek je...*

Wifaq datang ke majlis dah siap berbaju Melayu merah jambu gelap (ke terang eh?) lengkap bersampin bersongkok. Baju Melayu pun dah senteng tangannya mujur sempat Opah alter malam tadi kasi labuh tangan. *Sadis betul*

Harini altogether Wifaq ada beberapa performance yang memerlukan beliau bersalin baju.

Sebaik mula majlis, Wifaq akan mengalunkan (nope. kalau guna perkataan 'mengalunkan' mesti pembaca akan imagine si Wifaq membaca dengan tarannum yang hebat...padahal sebenarnya dia hanya membaca tanpa lagu yang merdu...tapi oklah bagi seorang kanak-kanak. Taklah sedap sangat tapi tajwid betul. Oklah tu...)
Berjalan masuk untuk memperdengarkan bacaan Qur'an diiringi 2 orang translator English dan BM. Wifaq yang baju Melayu merah. Gambar kurang kualiti sebab duk belakang. I really need a new lense now.
Wifaq yang tengah...sedang membacakan kalimah Allah SWT

Majlis ni diacarakan sepenuhnya oleh students Al Fatih. Kira hebat budak2 ni. Tapi anak2 Al Fatih memang hebat2 sebab ada banyak program sebelum ni yang bantu gilap confidence level mereka.

Lepas tu ada banyak performance mengikut center. Al Fatih ada 3 center semuanya. Umar Al Khattab, Uthman bin Affan dan Abu Bakar as-Siddiq (tempat Wifaq).

Untuk drama, Wifaq perform sebagai wartawan berita BERNAMA bernama Wifaq Mansor (mansor mana pulak la ni weh...). Disebabkan dia nak jadi wartawan, saya sebagai ibu yang gigih terus mengorek almari dan mencari baju lama Wifaq yang ada necktie dan blazer.
Wifaq Mansor baca berita.....

Bersiaran secara langsung dari lokasi kejadian
Thank Allah ada jugak faedahnya tabiat saya yang memang suka beli baju merepek untuk anak. Ada satu kemeja Wifaq yang memang ada necktie melekat di kolarnya (mujur muat lagi padahal beli 2 tahun lepas dan beli tu tak tau tujuan apa...sebab comel lalu terus beli)...lepas tu kebetulan memang ada blazer yang dibeli untuk pakai masa pergi Korea last year. So complete dah uniform wartawan Wifaq. Bersungguh betul mak kau...wkwkwkwkwk

Masa Wifaq keluar pegang mic dan baca berita tu....para hadirin ketawa dan tersenyum-senyum.
Wifaq sedang menemuramah mangsa kejadian ribut
Wifaq menemuramah besfren dia Alaudin. Kisahnya Alaudin ni pun one of the top student . Selama ni i wonder entah2 saya kenal parentsnya. Harini barulah saya tau yang emak Alaudin ni staf KUIS juga dan masa kami pregnen anak ke-2 dulu kami pernah sama-sama bersembang tentang Salindah. Emak Alaudin pun pengguna setia Salindah juga mcm saya. 
Jalan cerita drama ni ialah penduduk kampung Seri Ketam (kat mana la tu) dilanda ribut. Mula2 anak2 kat situ gembira bermain bersama2 tiba2 ribut melanda habis semua kanak2 tu melayang2 (sila imagine camne diorang melayang...hahaha) dan pengsan semuanya. Ada yang siap kena timpa pokok...ada yang ditimpa kerusi....

Pandai betul anak2 ni berlakon. Bergenang air mata saya menonton dan kejap2 kesat air mata dengan lengan baju.

Tiba2 terbayang scene iklan susu Fernleaf...yang anak dia nyanyi atas stage: "Ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku....". Dulu macam meluat je tengok iklan ni. Apahal anak nyanyi pun nak nangis terharu? No big deal okeh. Lagi satu iklan Enfagrow yang anak dia buat musik guna air dalam gelas tu....mak dia nangis jugak terharu. Apakah...

Pada hari ini barulah saya faham perasaan itu. Nasib baiklah Allah SWT izinkan saya punya anak sendiri. Kalau tidak saya terus bergelumang dalam kejahilan sampai tua....tsk. Dahla anak tunggal...kalau takde zuriat pulak....takleh imagine lah persepsi salah saya terhadap iklan2 susu yang terdapat di serata dunia....(^_^)

Selain tu ada persembahan angklung. Pandainya budak2 ni main angklung dan buat lagu Twinkle twinkle Little Star dan lain lain. Terharu. Rasanya parents anak2 ni lebih2 lagi terharu.

Hakikatnya yang buat kita ibu bapa terharu bukanlah persembahan itu. Tapi sebab kita mengenang betapa anak kita sudah membesar dengan baik ke tahap ini. Kita bersyukur. Anak yang kita kandungkan susah payah selama 9 bulan...dan bertarung nyawa pula melahirkannya akhirnya hari ini berdiri di atas pentas bersama rakan-rakan seusia dan membuktikan kepada dunia bahawa mereka mampu melakukan sesuatu.

Mempersembahkan sesuatu. Dan kehadiran mereka disedari dunia. Dihargai oleh semua. Terutama ibu dan ayah yang membawa mereka ke dunia.

Itulah sebenarnya yang saya rasakan hari ini. 

Saya bukan hanya terharu bagi pihak anak saya (sebab masa anak saya perform atau ambil scroll saya tak nangis pun tapi duk sibuk snap gambar. Duk ke belakang dan ke depan dewan dengan DSLR merah hati sambil diikuti oleh dua lagi anak dara kecik itu....(^_^)).

Tetapi saya terharu betapa nasib kanak2 di Malaysia tersangat baik. Sangat bertuah. Dan kalaulah semua ibu bapa mampu beri sepenuh perhatian dan sanggup berkorban segala2nya untuk mereka...insya allah semua anak2 mampu berjaya dunia dan akhirat. Itu sebabnya bila tengok anak2 orang lain perform...otomatik air mata saya bergenang dan jatuh ke pipi. Bukan sikit2...sampaikan bila nak patah balik ke belakang dewan saya kena lap dulu air mata barulah berani berjalan ke tempat duduk (Saya duduk di bahagian belakang dewan).

Dah sejak bila pulak saya ni prihatin dengan nasib kanak2 di Malaysia.....?!

Masa Wifaq ambil scroll, ada dipaparkan muka beliau di layar putih besar. Teringat saya konvo di UIA dan UiTM dulu ada background music dan wajah dan nama kita terpapar dengan gah semua orang boleh tengok.
Diarak dengan bunga manggar lagi...
Rupanya Wifaq dapat Academic Excellence Award 2012.  Alhamdulillah syukur.
Ada tertulis nama penuh beliau di layar putih. Kalaulah baba Wifaq ada di sini hari ini...agaknya beliau bangga kerana di belakang nama si anak yang berjaya itu ada nama beliau di belakangnya. WAN AHMAD WIFAQ ARHAM BIN WAN ISHAM. Kalau den jadi bapak den banggoooo....
Teacher Iman suruh Wifaq tengok official camera and photoG

Masa Wifaq berjalan atas stage tu...MC pun sebut: 

"Wan Ahmad Wifaq Arham is the receiver of the Academic Excellence Award...and he's our newscaster today...". Semua orang gelak. Sempat lagi encik MC ni. FYI, award ni ada 5 orang yang menerimanya bukan Wifaq sorang saja. Di setiap center akan dipilih 1-2 orang penerima kategori ini dan ada juga kategori lain.

Sempat saya beri pesanan penaja pada adik2nya si kakak dan si Tebi: Nanti kalau kakak dengan Tebi grad pun mama nak kakak dgn Tebi dapat award ni jugak...mama taknak yang lain...boleh? *boleh jawab diorang...konfiden je. padahal saya taklah mendesak pun...biarlah anak2 belajar mengikut kemampuan masing2*
Berkelah atas lantai dewan...
Towards the end, ada tayangan video anak2 ni. Semua bercakap kat kamera sebut nama dan cita2. Tapi tak sempat nak snap yang gambar Wifaq. Dalam video tu dia kata:

"Nama saya Wifaq. Cita-cita saya nak jadi Saintis bila besar sebab boleh main-main dengan bahan kimia....". Bahan kimia bukan mainan nak oi. Lately memang setiap kali lalu dekat Agensi Nuklear Malaysia dia akan sebut nanti dah besar Ipak nak kerja kat sini.

Mak dia hanya jawab: "Elok jugak tu. Senang kau nak pegi kerja rumah mama dah ada boleh ikut Bangi lama tak payah lalu tol...". Setakat itu jelah pemikiran mak kau ni.

Wifaq sebenarnya punya saiz tubuh yang amat kecil berbanding rakan seusianya. Bila tengok dia berdiri dengan rakan-rakannya hari ini memang ketara sangat anak saya paling cenonet sekali....alahai...

Tiba2 je otak ni mengimbas kembali saat-saat Wifaq keluar dari perut. Saat doktor pegang dia dalam keadaan berlendir dan berdarah dan letak atas perut saya. Saat pertama kali menatap wajahnya...saat pertama kali menyentuh tangannya yang masih hangat baru keluar dari rahim saya....

Ya Allah. Berkatilah kehidupan anak ini dan anak2 lain dan keseluruhan zuriat dan keturunanku. Jadikanlah mereka ahli syurgamu dan berupaya menarikku ke syurgamu bersama-sama mereka...dan jadikanlah mereka sentiasa di jalan taqwa.

Mempunyai anak adalah ujian dan rahmat dalam masa yang sama. Pada saya mempunyai anak semacam Wifaq adalah ujian yang sangat besar. Sangat-sangat besar terutamanya apabila ayahnya jarang berada di rumah untuk sama-sama memantau perkembangan mereka.
Tempat kejadian bersebelahan opis Ustaz Don. Tapi harini cuti jadi Ustaz Don takde...bunting yang ada pic Ustaz pun jadilah...
Masa mula2 tau yang Wifaq kena baca Qur'an untuk pembukaan saya dengan excitednya berkata sambil mengusik Wifaq: "Haa yeke? yeke Wifaq kena baca Qur'an atas stage? Eeee tak sabarnya mama nak tengok...excitednya mama....bangganya mama dengan Ipak...." sambil usik2 pipi dia...*saya ni emak yang gila-gila...agaknya budak2 ni pening tengok mak dia macam ni*

Reaksi beliau? : "Eiisshhh apa mama ni..." lepas tu terus main restoran-restoran dengan Tebi tanpa mempedulikan mama lagi.

K. Budak ni memang takde perasaan (macam ayahnya jugak lettew....)

Sekian.
Budak bertuah ni habis je program mintak dukung....adik2 sume terpaksa jalan kaki...







Monday, October 29, 2012

Tersentuh Hati

Puisi ni saya pinjam dari facebook Ustazah Norhafizah Musa seorang pendakwah yang sedang meningkat naik.

Sebak betul membacanya.

Baca dan renungkan...


Kakak Dah Makin Lancar Membaca

Alhamdulillah.

Malam semalam cek bacaan si kakak, dah semakin lancar.

Sekarang kakak membaca Bacalah Anakku 3 dan officially berusia 3 tahun 10 bulan.

Walaupun letih nak kena mengadap beliau setiap malam, namun usaha mama (yang busy ini) sudah mula menampakkan hasil.

Sejak akhir-akhir ni pun, kakak dah jarang sangat menangis bila bangun pagi.

Dah seronok pergi sekolah.

Dan hafal bacaan dalam solat dan beberapa surah lazim.

Syukur (^_^)

Amboi kemain kau ye....dalam toilet pun baca paper (^_^). Gambar pinjam dari photobucket.

Monday, October 22, 2012

Young Khalifah Camp (YKC) 2012

Assalamualaikum.

Seperkara yang sangat saya gemor dengan taska Al-Fatih Integrated Preschool ni ialah modulnya yang jarang ditemui di taska-taska lain.

Seingat saya tahun ni je dah banyak outdoor activity yang anak-anak saya sertai. Bila saya update status di fesbuk, maka ramailah parents lain bertanya tentang modul al-fatih ni sama ada boleh diadaptasi di sekolah lain.

Terbaru, Young Khalifah Camp (YKC) yang disertai anak-anak berumur 6 tahun sahaja. Si Wifaq memang suka bebeno aktiviti macam ni. YKC berlangsung pada 27/9/2012 (Khamis) hingga 28/9/2012 (Jumaat).

Dah namanya camp, jadi mestilah bermalam kan. Tapi bermalam kat sekolah je. Wifaq excited siap pinjam sleeping bag Opah yang dipakai masa musim haji 2011. Yuran kem ni ialah RM50.

Dalam banyak2 aktiviti, paling saya kagum ialah...petang Khamis tu saya ke kedai di kawasan berdekatan. Tiba-tiba terserempak sekumpulan kanak-kanak Al-Fatih tengah approach orang awam dan serah brosur korban...dan kanak2 ni kena explain brosur tu mengenai apa.

Masa tu Wifaq di kumpulan lain dan ditugaskan untuk pergi ke KUIS (sah budak ni cakap ni opis mama ni...hehe).
Apa yang bagus, kanak-kanak ni dilatih untuk improve communication skill dan   develop confidence level. 

Antara aktiviti: 

Khamis:
~Young Khalifah Care and Share (trip to Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Semenyih for Kanak-kanak OKU)
~Young Khalifahs Find Out (fun science experiments)
~Young Khalifahs in Action (Community Work Part I and Part II~around Bandar Seri Putra...masa nilah terjumpa kanak-kanak ni. Lepas tu the public pun macam impressed dan berminat nak tau lebih lanjut pasal Al-Fatih ni)
~Young Khalifahs Unite (practice sessions group)

Jumaat:
~Young Khalifahs Get Fit (swimming and leadership circle at Bukit Mahkota Clubhouse)
~Young Khalifahs Have Fun (group performance)

Berikut adalah gambar2 sekitar hari pertama (Khamis):

Sampai di SM Pendidikan Khas, Setapak (jauh jugak budak2 ni per



Turun bas kena beratur
Wifaq cenonet mesti depan sekali
Dengar taklimat
Merasa pegang dan lihat buku braille
Teacher tunjuk mesin braille


Pergi pasar edar risalah kat public. good to develop their  confidence and communication skill.

Day 2: Friday


Wifaq yang baju renang hitam merah
Terjun!
Group activity
Tutup mata.
Wifaq masuk group Hamzah dan alhamdulillah grup Hamzah juara antara juara . Hadiahnya dapat buku dan macam-macam lagi. Teacher kata group binding dan teamwork Hamzah sangat bagus sebab tu boleh menang.

Petang Jumaat ambik Wifaq nampak letih sangat. Asyik nak meragam je. Mengantuklah tu.

Semua gambar ni dipinjam dari facebook Al Fatih  Integrated Integrated Preschool (^_^).

Ada banyak gambar aktiviti tapi saya ambik yang muka anak teruna saya je. Masalahnya anak teruna tak suka bergambar jadi ada la beberapa keping je buat kenangan.

Next year Wifaq dah nak darjah satu...semua ni akan tinggal kenangan.

Untung kamu ada mak yang rajin nak menulis aktiviti yang maknya sendiri tak pergi. Esok dah besar update sendiri lah ye..hehe.

Sekian.