Thursday, March 8, 2012

TRAVELOG UMRAH HALF BACKPACK COLOMBO-MADINAH-MAKKAH Part I

Salam 'Alaik....
Sekadar berkongsi catatan perjalanan dan pengalaman yang ditempuhi sepanjang perjalanan menuju Baitullah...
Tiadalah niat untuk berbangga diri atau riak...
Jujurnya saya akui sebelum ini saya rasa kurang bersedia untuk ke Makkah.
Mungkin merasakan diri kurang baik...atau juga hairan melihat segelintir orang yang sering ke sana namun pulang tanpa sebarang perubahan.
Tapi semenjak saya menjadi rapat dengan majalah SOLUSI dan kerap pula menonton TV AlHIjrah....terutamanya rancangan Law Kana Bainana itu...semakin rasa terpanggil untuk ke sana...
Rindu kepada Rasulullah semakin menggamit...

Rasanya sudah tiba masa saya berubah..dan untuk berubah saya mahu bermula di titik dan tempat yang betul.
Betullah kata orang jika niat kita betul, berdoalah maka Allah akan makbulkan doa kita.
Dalam tempoh sebulan...tanpa perancangan rapi...jemputan untuk ke sana dipermudahkan.
Hendak ke sana, tak semestinya kita punya wang yang banyak.
Ada banyak cara Allah membawa kita menjadi tetamunya...tugas kita hanya berdoa berdoa dan berdoa.

Waktu ini saya tidak punya banyak wang dalam simpanan kerana baru saja membayar wang untuk membeli sebuah lagi rumah. Semuanya berlaku tiba2.
Mungkin Allah mahu menguji saya...adakah niat saya ke Makkah benar2 mahu beribadat atau sebaliknya
Jika saya ke sana dengan wang yang banyak mungkin niat saya akan terpesong.
Semua orang tahu saya ini penyoping tegar....haha
Jadi perancangan untuk ke sana sekadar angan2...

Masuk bulan Januari pun segalanya masih samar2.
Perlu saya ceritakan di sini, suami saya merupakan pengurus cawangan di Kuala Lumpur bagi Syarikat Pelancongan Yaskin. Ia sebuah syarikat yg diurus oleh bapa mertua saya beribupejabat di Kota Bharu dan mempunyai cawangan lain di Terengganu dan Kedah.
Suami sering berulang alik ke Makkah namun saya belum pernah kerana beberapa halangan seperti mengandung dan punya anak kecil.


Tahun ini nampaknya sangat sesuai....jadi saya secara bergurau berkata kepada suami yg saya teringin nak pergi umrah bulan Februari.
Kebetulan anak kecil saya bakal berusia 2 tahun menjelang Mac dan tiket flight akan jd mahal selepas itu.
Lagi pula...bulan Februari cuaca masih dingin dan Makkah tidaklah sepanas bulan2 lain...
Ada banyak sebab mengapa saya mahu ke sana pada bulan Februari 2012..
Namun saya hanya berangan2 tanpa persediaan kewangan.
Dalam pada itu tiap hari saya berdoa 'Ya Allah jemputlah daku ke sana...'.

DOA TERJAWAB

Tidak semena2 pertengah bulan Januari...ketika suami masih lagi di Makkah menguruskan kontrak hotel untuk musim umrah dan haji sepanjang 2012, beliau SMS saya dan bertanya: "Betul ke nak pergi umrah bulan Februari ni?".
Semestinya saya mahu....kebetulan jiran saya merangkap pengasuh Wifaq semasa kecil pun ada menyatakan hasrat untuk ke Makkah bulan Februari 2012. Kebetulan suaminya En. Azmi baru saja berpencen.

Suami minta saya deal hal2 imigresen dengan adik ipar saya yang menjaga cawangan KL.
Sedar tak sedar tiba2 saja segala impian saya jadi kenyataan.
Saya memang berhasrat jika ditakdirkan kami ke Makkah, biarlah suami saya tidak menguruskan mana2 jemaah supaya boleh menumpukan perhatian buat saya dan anak2.
Hasrat saya tercapai.
Kami pergi secara backpack dan transit di Colombo dan hanya bertemu jemaah Yaskin yang lain ketika di Madinah.
Ketika ini...saya tidak punya wang tetapi Allah makbulkan doa saya dan segala perbelanjaan ditanggung suami saya.
Saya langsung tidak membawa sesen wang ke sana namun emak dan ayah ada memberi sedikit wang Ringgit Malaysia dan USD kalau2 saya mahu membeli apa2.
Terharu...
Tetapi saya memang tidak berniat untuk bershopping dan niat saya hanya mahu fokus pada ibadah sahaja.
Saya sangat hargai wang yang suami keluarkan untuk kami...
Jadi sebolehnya saya mahu gunakan setiap saat di sana untuk ibadat paling maksimum.
Selama ini saya bukanlah hamba Allah yang baik sangat....
Harap Allah terima saya dengan baik.

Kesimpulannya, untuk ke sana kuncinya bukanlah wang...tetapi ia lebih kepada rezeki kita untuk dijemput Allah menjadi tetamuNya.
Oleh itu....berdoalah sebanyak2nya...

Hari Keberangkatan: 17/2/2012 Jumaat (KUALA LUMPUR-COLOMBO)

Kami bangkit tidur seawal jam 3 pagi kerana flight kami jam 6.30 pagi.
Kami memilih cara yang paling murah dengan menaiki penerbangan Air Asia ke Colombo.
Ramai jemaah dari Malaysia dan Indonesia memilih cara ini kerana bezanya hampir RM1000 berbanding direct flight ke Madinah.
Semala petang, Pak Uda dan Mak Uda kesayangan saya buat surprise dengan muncul tiba2 depan pagar rumah.
Alhamdulillah kehadiran Pak Uda dan Mak Uda menyelesaikan masalah pengangkutan kami kerana beg yang agak banyak kerana travel dengan anak2 kecil seramai 3 orang.
Thanx to Pokde dan Mokde yang tiba2 muncul depan pagar dan sediakan sandwich untuk bekalan kami...tuan punya badan yg nak fly dah xlarat nak fikir hal makan...:)

 Alhamdulillah anak2 tak meragam.
Lepas mandikan anak2 dan siapkan mereka saya solat sunat mohon perjalanan kami dipermudahkan terutamanya anak2. 
Rihaab anak kedua saya paling OK pagi ini sedangkan selalunya dia yang paling banyak kerenah. 

Jam 4 pagi, semua dah siap...kami ambil K.Nor n Abg Mi di rumah mereka (berhadapan rumah saya).
Kami bawa 2 biji kereta~Honda saya dan Avanza Pak Uda. Pak Uda sudah bekalkan kami sandwich yang dibuatnya sejak malam semalam.
Terharu betul...
Penerbangan dari LCCT jam 6.30 pagi mengambil masa 2 jam setengah. 
Beza waktu Malaysia dan Colombo ialah 2 jam. 

Wajah-wajah jam 4 pagi di LCCT...Alhamdulillah budak2 OK
Wifaq macam biasalah jual mahal

Kami mendarat di Bandaranaike International Airport, Colombo jam 8.30 pagi waktu Malaysia (6.30 pagi waktu Sri Lanka).
Airport ini kecil saja menyerupai airport Subang 30 tahun dahulu.
Kerusi untuk menunggu tak banyak. Kemudahan awam pun biasa2 saja.
Taraf hidup rakyat Sri Lanka juga agak rendah. Insaf dan syukur saya jadi rakyat Malaysia yang maju dan makmur.
Welcome to Sri Lanka

Sampai Colombo tengok2 ada internet free...report fesbuk dulu..:P


Lepak kejap sambil makan sandwich dari Malaysia..untung sandwich dpt berjalan sampai Sri Lanka

Suami saya pernah ke Colombo sebelum ini dan punya business partner, Muslim Sri Lanka bernama Mr. Kamal Din.
Beliau agak sibuk hari itu namun telah mengarahkan stafnya menyambut kami di airport.
Kenderaan yg disediakan sangat selesa.
Tourist guide kami bernama Mr. Sunil dan melayan kami dengan baik.
Stewardess Air Lanka....seksi meksi sungguh...

Kami dibawa ke Negombo, sebuah bandar bersebelahan Colombo yang terkenal dengan pantainya yang cantik.
Rupanya hotel kami di tepi pantai diberi nama Catamaran Beach Resort.
Pantai ini tidak terkena tsunami pada tahun 2004.

Catamaran Beach Hotel...dan kenderaan yang mengangkut kami...bersama Kak Nur jiran aka travel partner
Our hotel by the beach...view from our room


 Swimming pool di tepi Negombo Beach, Sri Lanka....pantai dia macam kt Malaysia jugak...
2 jam selepas check in dan makan pagi, kami keluar berjalan2 sekitar Negombo dan Colombo.
Mulanya kami merancang hendak melihat kesan tapak kaki Nabi Adam dikenali sebagai Adam's Peak (atau Sri Pada dalam dialek Singhalese iaitu bahasa rasmi Sri Lanka).
Ia terletak di atas puncak gunung 6 jam dari kota Colombo. 
Seorang Sami berdoa di hadapan kesan tapak kaki Nabi Adam~gambar ihsan Google Images.

Adam's Peak dari kejauhan (Gambar ihsan Google Images)

Sri Pada bererti 'sacred footprint' yang sering dikunjungi pelancong dari semua agama dan bangsa mungkin kerana semua manusia di dunia percaya bahawa Nabi Adam manusia pertama dicipta Allah di dunia ini.
Ia terletak di daerah Ratnapura di negeri Sabaragamuwa, Sri Lanka.
Namun niat kami hendak ke sana terpaksa dibatalkan memandangkan keadaan jalanraya di sana agak teruk dan sesak.
Tempat yang jaraknya hanya 15km akan mengambil masa 2 jam untuk tiba ke sana.
Rata-rata penduduk Sri Lanka boleh dikategorikan sebagai...tidak kaya.

Jadi kami hanya bersiar2 sekitar Colombo.
Colombo ialah ibu negara Sri Lanka namun bangunan tertinggi saya dapat lihat hanyalah setinggi menara Komtar di Pulau Pinang.
Bandar Colombo juga tak ubah seperti Pulau Pinang dengan kesan2 binaan British.
Juga terdapat laut di pinggir bandar Colombo.
Bandar Colombo terbahagi kepada beberapa kawasan seperti Colombo 1, Colombo 2, Colombo 3 dan seterusnya.
Colombo 3 adalah kawasan mewah seperti di Ampang di mana terdapat pejabat2 kedutaan dan konsulat.
Menurut Mr. Sunil, pembiayaan persekolahan hinggalah ke universiti adalah percuma namun harga barang sangat mahal dan keadaan jalanraya agak teruk.

Alahai comel je lori sampah...

 Saya perhatikan orang2 Sri Lanka agak extreme dengan patung dan penganut Kristian yang kuat.
Di mana2 di kiri kana jalan terdapat gereja besar dan kecil...adakalanya berbentuk binaan kecil seperti tempat sembahyang orang Cina di Malaysia yg terdapat di tepi2 jalan dan wajib terdapat patung2 seperti Jesus dan Mary.
Keadaan ini sedikit merimaskan saya dan membuat saya rasa loya.
Rupanya di sini terdapat kilang membuat pinggan mangkuk terkenal dari Jepun iaitu Noritake.
Mungkin kerasa kos buruh di sini murah.
Sri Lanka amat terkenal dengan pembuatan seramik dan local brand yang terkenal di sini ialah jenama Dankotuwa yang sering digunakan di hotel2.
Bagaimana saya tahu? Setiap kali makan saya akan melihat bahagian bawah pinggan mangkuk dan melihat jenamanya..:)
Di Malaysia jenama Noritake biasanya digunakan golongan Datin dan orang2 kaya.
Tak pernah termimpi saya akan memiliki jenama ini.
Outlet Noritake terletak di Colombo 3 di tepi jalan sahaja namun kami tak sempat hendak singgah dan membelinya.
Jika terbeli pun agak susah hendak mengangkutnya ke Makkah.
Mungkin dalam perjalanan pulang dari Makkah kami akan singgah Insya Allah.
Sudah termimpi2 Noritake yang mencecah ribuan ringgit di Malaysia.
 

Lepas itu kami di bawa ke Spice Grove iaitu sebuah kebun herba milik peribadi seorang rakyat Sri Lanka.
Tiada yg menarik di sini kerana kebanyakan herba2 itu boleh ditemui di Malaysia.
Sewaktu taklimat tentang produk2 berasa herba kami tak begitu berminat
Jadi saya pura2 bangun bawa anak ketiga saya Nehal berjalan2...hihihi
Jadi bila kami tak mahu membeli beliau membebel2 dalam dialek Sinhalese.
Nasib kamulah...apatah lagi ubat2an yang dijual sangat mahal.
Sekali pandang, orang2 Sri Lanka mirip orang India.
Namun bahasa yang digunakan sangat berbeza seperti orang Indonesia berbeza dari orang Malaysia.
Masing2 buat muka boring...bilalah mamat ni nak habis taklimat..pulak tu kt dinding dia ada gambar dewi Hindu nampak &*^%...sabo jelah aku
Kami pulang ke hotel dan sepanjang jalan kelihatan barangan kulit dijual di tepi2 jalan.
Terbeliak juga biji mata...namun kami tak singgah membeli kerana perjalanan masih jauh.
Kami hanya singgah di Colombo City untuk membeli souvenir seperti fridge magnet namun tak banyak pilihan seperti di negara2 lain yang pernah kami jejaki sebelum ini...
Nampak gaya pelancongan bukanlah industri paling popular di sini.


Antara tempat shopping mahal...tp xbest sangat pun...


Depa ada budget taxi bernama NANO CAB..Malaysia takde...
Negombo adalah bandar bersebelahan Colombo yang mempunyai pantai yg cantik...
At Negombo Beach. Tak rasa nak mandi pun.
Wifaq snapped this pic...ok la jugak...
 Saya buat kesimpulan sendiri...ramai yang masih belum tahu keistimewaan Sri Lanka.
Sewaktu mula2 tiba saya sendiri tertanya2 apa ada di sini?
Namun inilah yang dapat saya senaraikan:
1) Adam's Peak iaitu tapak kaki Nabi Adam yang terletak 6 jam dari Colombo.
2) Perusahaan seramik terutaman jenama Noritake yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Seorang sahabat Kak Nor yang tinggal di India sanggup turun ke sini semata2 untuk memborong Noritake.
3) Ladang teh terutamanya jenama Dilmah dan Lipton.
4) Pantainya yang cantik yang banyak dikunjungi orang2 putih.

Malamnya, kami makan malam di hotel.
Waktu mengambil saya terlihat satu keluarga seusia saya anak beranak juga mengambil makanan.
Kami bertegur sapa. Rupanya beliau dari Dubai mengikut suaminya bekerja di sana dan mahu pulang ke Malaysia.
Rumahnya di Bukit Mahkota berhampiran rumah saya!
Oh kecilnya dunia.
Kami bertukar2 profile facebook. Seronok dapat kenalan baru.
Menurut beliau, flight yang transit di Sri Lanka jauh lebih murah berbanding penerbangan terus ke Malaysia...neza sekitar RM700...

Malam itu kami makan malam yg istimewa.
Pasta carbonaranya adalah yang paling lazat pernah saya rasa seumur hidup saya.
Manager di situ asyik datang ke meja kami bertanya kalau2 kami mahu apa2 yang special.
Rupanya Mr. Kamal Din sudah pesan supaya layan kami sebaik2nya.
Jadi kami minta Udang Bakar.
Kami tanya siapa yang masak Pasta Carbonara yang sangat sedap itu?
Tak lama kemudian Chef yang bertanggungjawab keluar bertemu kami.
Rupanya beliau pernah bekerja di Italy..patut pun pastanya sangat sedap...terbaik di dunia pada tekak saya!
Memang biasanya kalau ada pelanggan yang bertanya tentang Chef, beliau akan keluar menemui pelanggan untuk menerima apa2 komen.
kalau dapat komen negatif pun kena telan saja...huhu
Udang bakar special request special treatment by Mr. Kamal Din biz partner husband di Colombo!

Pasta Penne Carbonara tersedap di dunia...believe me! Tak pernah rasa yg sesedap ni...

Malam itu kami berehat secukupnya sebelum meneruskan penerbangan ke Arab Saudi esok pagi. 
Sungguh dingin sampai terpaksa matikan air cond...
Mula2 cadangnya nak menonton TV tetapi setelah tertengok satu adegan 18SX filem Inggeris terus saya matikan TV. Mujur anak2 tidak terlihat sama...


Thursday, February 9, 2012

Bermimpilah...tetapi jangan lupa merealisasikannya!!!

Assalamualaikum...
Sekian lama saya tidak menjengah blog...

Saya kembali menulis setelah terinspirasi dengan kata2 ini yang telah saya terjemahkan ke Bahasa Melayu:
"Semua manusia bermimpi tetapi tidak semuanya sama. Mereka yang bermimpi di malam hari akan bangkit keesokan hari dan sedar ia sekadar mainan tidur. Tetapi takutlah dengan mereka yang bermimpi di siang hari...kerana mereka bermimpi dalam keadaan sedar dan waras dan bersedia merealisasikan mimpi2 itu!!!!!!"
Macam mana...bersemangat tak?
Bila2 semangat saya hendak menulis seakan terbang, saya akan Google mana2 inspirational quotes yang boleh mengikat kembali semangat itu.
Maaf saya bukanlah insan yang berilmu sangat. Tetapi saya suka mencedok semangat dari insan2 lain yang telah berjaya dan kekal tawadhuk setelah berjaya...
Ya Allah, sekiranya aku berjaya menamatkan perjuangan ini maka jadikanlah segala ilmu yang ada bermanfaat kepada insan2 lain di sekelilingku...
Sekarang saya sedang mempersiapkan diri untuk berangkat menjadi tetamu Allah. Insya Allah di lain masa akan saya catatkan serba sedikit apakah yang mencetuskan niat untuk ke sana...
Sekadar bercerita pada yang sudi.
Wassalam.


Thursday, December 1, 2011

Pengasuh Baru, Permulaan Baru dan Asam Pedas

Salam sejahtera semua pembaca aktif dan pembaca senyap :)
Hari ini dah masuk 1 December...(whaaatttt?)
Ini bererti target tesis saya semakin hampir....dan jantung saya semakin laju sehingga kehilangan rentak....
Saya yang letak target ini sendiri...supaya menjelang Januari 2012 tinggal sikit2 saja lagi yang perlu saya lakukan untuk menyiapkannya
Dengan suami yang selalu ke luar negara...dan 3 kanak2 kecil yg sedang membesar...
Segalanya terasa menyesakkan nafas....
Tapi takpe....
Just do it gracefully...
Cerita hari ini ialah tentang pengasuh yang mula bekerja hari ini.
Beliau dikenali dgn nama Zuraidah, dipanggil Kak Zu oleh anak2 saya.
Beliau ialah pelajar Sarjana Kaunseling di UKM dan sengaja cari kerja part time untuk isi masa lapang...
Pertama kali bertemu saya tahu budak ini budak bijak.
Saya ada minta Zu hantarkan resume sebelum ini...and guess what...beliau memiliki degree Biology dari UiTM.
(wahh ini sudah bagus...ada kaitan sikit2 dengan tesis saya...mungkin sayalah yg akan banyak belajar dari beliau)
Sangat berminat dengan kanak dan psikologi...sehingga beralih bidang ke Kaunseling.
Saya nampak beliau bawa buku Perkembangan Awal Kanak-kanak...yang isinya dihiglight sana sini...

Yang kelakarnya anak sulung saya, Wifaq siap interview Kak Zu.
"Macam mana eja nama Kak Zu? Z.U ke Z.O.O? Macam Zoo Negara je bunyinya..."
Suami saya yang jarang ketawa pun terketawa. Mujur Zu supporting...dan ketawa sama.

Agaknya doa emak saya makbul di Makkah. Ketika ini emak belumpun pulang dari menunaikan haji...
Emak doakan agar saya mendapat bantuan dari segenap sudut demi meneruskan pelajaran dan menjaga sendiri anak2 pada yang sama.
Janganlah tanya mengapa saya tidak hantar saja anak2 saya ke nursery...
Hantar ke nursery memang jalan mudah.
Tetapi saya akan menyesal sepanjang hayat saya...
Pada saya, ini sajalah peluang yang saya miliki untuk betul2 mendidik dan membesarkan anak2 dengan tangan saya 100% (terutamanya si kecil Nehal...) sementelah saya cuti belajar
Sebelum dan selepas ini saya hanya sibuk dengan kerjaya....
Sebelum ini anak2 saya duduk dengan Bibik...lepas Bibik balik ke Bandung, mereka duduk pula dengan jiran kami yg sudi mengasuh mereka...
Tetapi...semacam ada kepedihan di hati saya...setiap kali meninggalkan mereka di muka pintu rumah orang lain...
Melihat air muka mereka ketika saya memasuki kereta dan berlalu ke pejabat
Wajah2 itulah yang...kalau boleh saya mahu elakkan dari melihatnya lagi
Jadi bila lagi...

Mulanya agak sukar untuk saya bahagikan masa dan menyesuaikan keadaan tubuh badan dengan kelesuan dan tidak cukup tidur..
Tapi alhamdulillah, after a year I am doing fine...
Saya hanya tidur 2-3 jam sehari..adakalanya bila letih sangat saya tumbang juga

Tadi bila Zu lihat ada mangkuk aluminium tertiarap atas singki dapur saya...terus beliau bertanya: "Mana akak dapat ni?".
Maka bermulalah cerita kami tentang Korea Selatan...
Rupanya Zu pernah training selama 2 bulan di Daejeon pada tahun 2010.
Dan kami pula ke sana pada March tahun ini....

Saya harapkan ukhuwah ini berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Jadi, hari ini mood saya sedikit baik...
Maka saya rasa macam nak masak Asam Pedas hari ini...
Ya. Asam Pedas Gaya Saya...
Sejak ada kamera baru ni....Asam Pedas pun kelihatan tempting dalam gambar..
Nampak merah menyala betul...


Ini resipinya...lantak p lah walaupun semua org dh tahu macam mana nak masak asam pedas kan...

ASAM PEDAS MY STYLE (untuk 2-4 orang makan)
Bahan2:

1 senduk cili boh
3 keping ikan tenggiri/parang/kembung
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tangkai bunga kantan
1 tangkai daun kesum
3 tangkai daun limau purut
segenggam ikan bilis-dicuci dan dibelah
1 inci halia
1 sudu kecil halba
4 batang bendi
1 biji tomato
Air asam jawa
Garam
Gula
Air

CARA MEMASAK:
-Tumis cili boh hingga garing.
-Masukkan halba.
-Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis yg sudah ditumbuk lumat
-Masukkan ikan.
-Masukkan air yang dicampur asam jawa agak2 separas ikan.
-Masukkan garam dan sedikit gula.
-Masukkan bunga kantan yang dihiris kasar, daun kesum dan daun limau purut.
-Masukkan bendi dan tomato.
-Agak2 ikan sudah masak..boleh tutup api dan hidangkan panas2.

Mari makan dengan nasi panas2 !

Wednesday, November 30, 2011

Testing Kamera Baru...

Salam 'Alayk...
Sebelum dapat, bukan main termimpi2...
Bila dah dapat..menggigil2 tangan nak memegang....huhu...

Saya baru cuba2 snap sekitar rumah je...

Still lots to be explored....

shoot to kill..heheh

mouse pn jadi mangsa


Anak dara saya...Rihaab

Rihaab lagi

mug pun boleh

henpon

Bunga bakal pengantin cik Siti Zakiah Idris..

Bunga kemboja bonzai depan rumah saya


Ada lagi tapi malu nak tunjuk...:)

Cukuplah dulu ye. End.

My New Toy!


Assalamualaikum :)

Sempena Anniversary ke 6...saya mendapat new toy...alhamdulillah..
Terima kasih buat en.suami yang selalu menunaikan permintaan saya...


Nak warna merah jugak...xnak kaler lain. Dh survey NIKON d3100 kaler merah yang limited edition tu tp dh sold out...






Jadi dah boleh mula menembak sekarang!

Sunday, November 27, 2011

Paella Malaysiana

Salam alaik...
Entry sebelum ini menyebut tentang ulangtahun perkhawinan kami yang ke-6.
Jadi inilah harinya....
Tiada apa2 aktiviti istimewa.
Cuma jamuan makan kecil...yang dihasilkan tangan saya sendiri.

Alhamdulillah.
Rasanya semakin sederhana, semakin terasa barakahnya.
Asalnya keluarga Mak Uda nak datang hari ini dari Kuala Kubu Bharu untuk melengkapkan barang2 hantaran sepupu saya yang secara tiba2 disahkan bakal menikah 23 Disember ini..
Begitulah jodoh...jika sudah ditakdirkan, kita cuba lewatkan akan jadi cepat juga.
Kami sekeluarga gembira kerana akhirnya sepupu kesayangan saya ini bakal bergelar Puan.
Sedikit sebanyak kami akan terasa kehilangan...kerana selama ini apa2 hal dalam keluarga, beliaulah yang jadi orang kuat...atau penyelamat...
Jika emak, ayah atau suami tiada...
Beliau sekeluargalah yang akan bertindak menyelamatkan saya anak beranak.
Cukup besar jasa mereka sejak saya masih dalam buaian lagi....
Inilah sepupu yang amat rapat dengan saya...kembar saya sejak kecil...

Hari ini sekali lagi saya buat Paella. Kebetulan semalam suami saya pulang dari KL, ternampak ada gerai tepi jalan menjual kupang.
Dah nak jadi rezeki.biasanya agak payah nak dapatkan di sini. Bukannya ada laut di Bangi ni...
Sebaik saja beliau serah pada saya...dalam kepala dah terfikir: "Paella".
Kebetulan pula, malam harinya menonton Master Chef Malaysia...Kuliah Master Chef menunjukkan masakan Paella Valenciana!
Macam tahu2....:P
Itu yang terkeluar dari mulut suami saya: "Alahai, Chef ni setaraf wife aku je..".
Saya sengih saja. Tapi saya anggap itu pujian.
I take it as: "Wife aku memasak dah setaraf Chef...". Hihi.

Saya memang pernah buat Paella sebelum ini. tp disebabkan ada bahan2 yang kurang...jadi kurang menjadi.
Kali ini baru saya puas hati sangat.
Berapa kali entah pujian keluar dari mulut suami...alhamdulillah.
Lepas itu kata beliau: "Apa kata kita bukak restoran..."
Dah ke situ pulak.
Saya kurang minat nak buka restoran..kerana dunia kerjaya saya adalah akademik.
Saya boleh beri idea, tp untuk run the business would definitely be...not me.
Saya suka menyampaikan ilmu dan bertemu students.
Pakai cantik (bukannya pakai apron) untuk ke pejabat dan bergaul secara ilmiah (walaupun hakikatnya saya seorang gila-gila...)

Berbalik kepada sambutan anibeseri kali ini...
Kami sekeluarga bukanlah pemakan kek..tapi teringin juga nak beli sikit2..
Jadi kami hanya beli beberapa potong...dan pelbagaikan perisanya...
Cukuplah....
Lebih sempoi lebih baik :P

Jadi inilah rupa Paella Malaysiana saya yang telah saya ubah2 resipinya:

Paella Malaysiana sebab ada bubuh cili padi...(ala2 Master Chef..)
Jangan risau. Resipi seperti berikut:

Bahan2: (untuk 4-6 orang)

2 pot beras Basmathi-rendam setengah jam.
1 labu bawang merah/ Holland-hiris
3 ulas bawang putih-diketuk
1 batang celery / leek
1 biji capsicum-dibakar atas api, dihiris.
1/2 biji lobak merah-dihiris
3-4 biji cendawan butang-hiris nipis
1 pokok daun sup / daun bawang
1 pokok daun parsley
2 sudu besar sos spaghetti / tomato paste
3-4 biji cili padi-hiris.
Kupang-beberapa ekor
Udang-beberapa ekor (saya xbuang kulit)
Sotong-buang kulit, tulang dan hiris bentuk gegelung.
Garam
Paprika
Lada sulah
Minyak zaitun
Lada hitam
Saffron
Serbuk pati ayam / stok ayam buatan sendiri
1 biji Lemon-belah 4

Cara2: 
-Saya tiada oven besar, jadi sebagai alternatif...saya perapkan terlebih dahulu KUPANG (yang telah dibelah dan buang banagian sebelah yang tiada isi), UDANG (saya xbuang kulit pun) dengan menggunakan GARAM, SERBUK PATI AYAM, PAPRIKA dan LADA SULAH.

-Perapkan selama setengah jam.
-Kemudian bakar kesemua yang diperap tadi atas grilling pan. Jangan lupa, percikkan sedikit MINYAK ZAITUN (saya merasmikan GRILLA yang dibeli di IKEA minggu lepas..hehe).

Kupang yang sedang dibakar atas GRILLA
-Rendamkan beras selama setengah jam.

-Tumiskan BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH hingga naik bau.

-Kemudian masukkan CAPSICUM, CILI PADI, CARROT, CELERY/LEEK, CENDAWAN BUTANG  Biarkan sedikit kering.

-Masukkan SOTONG.

-Masukkan SPAGHETTI SAUCE / TOMATO PASTE.

-Perasakan dengan GARAM, LADA SULAH, LADA HITAM, SERBUK PATI AYAM, PAPRIKA.

-Masukkan DAUN SUP yang dihiris kasar.

-Masukkan beras dan gaul sebati.

-Masukkan 6 cawan air (saya gunakan bekas yg sama anda cedok beras tadi).

-Masukkan SAFFRON. Kemudian tutup kuali dan tunggu hingga nasi masak.

-Agak2 air dh agak kering, susunkan cantik KUPANG, UDANG dan PARSELY di tengah2 kuali. Percikkan lagi sedikit PATI AYAM, LADA SULAH dan PAPRIKA.

-Tutup semula hingga nasi benar2 kering.

-Tutup api dan susunkan LEMON yang dipotong baji. Hidang panas2.

*Jangan pandai2 senduk dan kaut Paella ke bekas lain. Hidang panas2 dengan kuali leper yang anda gunakan.

Selamat mencuba :P

Dah pun siap...


Habis berselerak meja...lantaklah janji happy!

Zoom sket....

Ini yang dalam pinggan saya...jemput makan ye :P