Sunday, November 27, 2011

CANON atau NIKON?

Salam alaik semua...

Terpanggil menulis entry ini setelah membaca entry di blog sahabat saya Ernie Suraya. Sila klik sini.

Tahniah Ernie, kamera idaman kamu sudah dalam genggaman. Tinggal saya masih termimpi2... 

Saya memang 'hantu' fotografi sejak kecil. Kamera pertama saya ialah jenama YASHICA. Tak pasti zaman lani ada lagi ke tidak.

Saya memang suka mengambil gambar...tetapi bukan gambar diri sendiri. Standardlah...profesional photographer biasanya low profile dan hanya menunjukkan hasil kerja tangannya. Hanya sesekali membuat cameo appearance. Hehe.
Selepas Yashica itu, ada beberapa jenama lain lagi...yang terbaik semasa zaman menggunakan gulungan filem pernah saya miliki ialah Canon yang jenis lens boleh zoom keluar dan masuk. Waktu itu rasa macam dah hebat sangat dah...:P

Kamera digital pertama, suami beli di Saudi. Dah jahanam pun. Kemudian kami beli lagi secara online jenama NIKON...
Saya pilih NIKON atas cadangan arwah sepupu saya, Raihana Zainuddin...kata arwah, yang terkenal dan top di Jepun ialah NIKON. Arwah belajar di Jepun dan tinggal di sana 5 tahun.

Jadi kamera inilah saya gunakan hingga kini. Saya beli dengan harga RM500 saja.

Disebabkan minat dan rajin explore, maka setting di kamera ini sering jugalah berubah...akhirnya hanya saya seorang yang tahu bagaimana menggunakannya. 

Tapi ada sesuatu yang saya kurang puas hati dengan NIKON. Hasil tangkapan gambar sering mengecewakan saya...

White balance selalu tidak kena dengan apa yang saya mahu. Jadi kena selalu mengubah setting. Berbanding dengan Canon, gambar dan pencahayaannya lebih soft.

Saya lihat gambar2 yang di'tangkap' oleh Canon selalu kelihatan cantik dan 'kena' pencahayaannya.

Oleh sebab itulah...saya masih dalam dilema. Dah bertahun2 saya survey...
antara NIKON dan CANON..umpama memilih antara Mercedez dan BMW...
Dua2 bagus...dua2 ada kelebihan masing2.
Ayahanda saya memiliki Mercedez dan Canon.
Jadi bagaimana pula dengan saya....hmmm

Sekarang saya duk termimpi2 kamera berwarna merah sama ada NIKON D3100 atau CANON 1100D.
Saya hanya mahukan yang entry level...memandangkan ada anak kecik...dan nak travel ke dalam dan luar negara...
Saya mahukan yang mudah digunakan, x banyak songel dan boleh hasilkan gambar yang memuaskan hati....

Ongkosnya sudah ada...
Yang belum ada keputusannya...
Inilah masalah saya....selalu ambil masa terlalu lama untuk buat keputusan...

Sekali lagi...Canon atau Nikon?

Lepas tu ada pulak rakan promote Olympus E-PL...
Function dia mcm DSLR...cuma dia bersaiz compact and functions mmg best
Boleh edit gambo terus xpayah edit kt PC pun
Lagilah saya semakin dilanda dilema....
Kalau fikirkan....bg yang ada anak kecik mcm saya memang elok benar ambik Olympus ni...
Cuma designnya xlah cantik sangat...cuma gambar2nya mmg superb...
Saya sudah survey kedua2nya dan masih dalam dilema...

Ini ialah CANON 1100D..yang Yuna jd spokeperson tu


Ini pulak NIKON D3100...isk2...cantik sungguh la....

Jangan pandang rendah kamera ini. Siri Olympus PEN memberikan gambar2 yg cantik seperti DSLR juga...



Friday, November 25, 2011

Our 6th Anniversary

Assalamualaikum :P

Mula2 tadi niat di hati nak tulis benda lain...kenapa benda lain pulak yang keluar? (garu kepala)

Lusa is our 6th Wedding Anniversary..that is on 27th November 2011.

This was 6 years ago...when I was 25...

Enam tahun yang membahagiakan, alhamdulillah.
Enam tahun dengan tiga kanak2 memeriahkan rumah dan tangga ini...syukur alhamdulillah.
Saya teringat kisah enam tahun lalu...terdapat suara2 sumbang yang mengatakan anak tunggal seperti saya sukar nak dapat zuriat.
Well, sudah terbukti sangkaan mereka salah.
Saya pun tak nafikan banyak persepsi negatif tentang anak tunggal...
Tapi percayalah...saya bukanlah typical anak tunggal seperti yang selalu anda lihat dan dengar.

And this is us in 2011...



Adik ipar saya sendiri pun pernah kata: "Tak sangka akak pandai masak, hias rumah, menjahit..bla bla bla...ingatkan anak tunggal tak pandai semua ni".
Saya hanya ketawa. Saya tak salahkan orang kerana persepsi itu...sebab hakikatnya mmg kebanyakan anak tunggal dimanjakan berlebihan hingga tak reti berdikari.

Terima kasih kepada Mama dan Baba saya...yang telah mendidik saya menjadi orang yang boleh berdiri atas kaki sendiri.
Sejujurnya, saya sudah dilatih memasak sejak sekolah rendah...seawal darjah dua...
Sering ditinggalkan sendirian di rumah (mak dan ayah sering outstation) selama seminggu atau lebih...dan thank God saya baik2 saja tanpa apa2 bencana menimpa.
Sewaktu ayah bertugas di UiTM Melaka dan emak di Shah Alam, saya sering diimport ke Melaka untuk jadi tukang masak ayahanda...
Jadi soal masak memasak dan mengurus rumahtangga alhamdulillah saya boleh handle dengan baik2 saja.

Saya bukan anak tunggal yang manja!
Saya juga pernah ditali pinggangkan oleh ayah sewaktu darjah 4 akibat main perang2 dalam hutan dengan budak2 lelaki di kampung arwah nenek di Kg. Jawa, Kelang.
Sekarang hutan itu dh jadi taman perumahan. Sungguh tak best jadi kanak2 zaman ini...kenalkah mereka dengan biji getah?

Berbalik kepada kisah perkahwinan saya..
Suami saya akui sedikit mencabar nak memperisterikan anak tunggal.
Ayahanda saya meletakkan pelbagai syarat....sampaikan ada yang menyangka ayahanda saya sengaja letakkan syarat2 begitu supaya perkahwinan kami tak terjadi.
Tetapi saya dapat lihat kini ayahanda saya sangat sayangkan menantu tunggalnya...
Malah suami saya akui, kalaulah beliau punya anak perempuan tunggal maka beliau akan lakukan perkara yang sama!
Alhamdulillah syukur untuk segala2nya....

Sejak sekolah rendah saya berdoa semoga Allah temukan jodoh saya dengan lelaki yang WAJIB lepasan sekolah agama, yang mempraktikkan ilmu2nya, yang mampu menjadi IMAM dan membimbing keluarganya.
Hari ini setelah enam tahun berlalu...beliau masih lelaki yang sama saya kenali dahulu...
Yang sabar, tidak pernah meninggi suara dengan sesiapa hatta anak2, tidak berkata yang buruk2 tentang orang lain...
Sentiasa tenang dalam apa jua situasi
Dan aura positif beliau telah terlampias kepada kami sekeluarga.

Kata orang, 5 tahun pertama adalah fasa ujian. Jika berjaya melalui 5 tahun pertama dengan baik, maka tahun2 seterusnya Insya Allah...(dengan izin Allah jua)

Saya tidak mahu bercerita terlalu banyak di sini...bimbang orang meluat pula macamlah kita sorang yang bahagia nak bercerita sangat itu dan ini.
Semoga tahun2 akan datang menjanjikan kebahagiaan kekal abadi buat kami sekeluarga...dikurniakan kesihatan, kejayaan dan kemurahan rezeki.
Tidak penting untuk mendapat pasangan kaya...tetapi yang sangat penting ialah pasangan yang mampu membimbing kita ke syurga...

Memetik kata2 dari Majalah Solusi:
"Orang yang kaya hati akan merasa cukup walaupun miskin dan serba kekurangan. Tetapi orang yang miskin hati akan sentiasa merasa kekurangan walaupun hakikatnya mereka kaya raya".

Salam Maal Hijrah.



Thursday, November 24, 2011

"Ikan Paus Mak Ilai Ilai..."

Satu malam, terdengar perbualan anak teruna saya si Wifaq (yang bakal genap 5 tahun Disember ini) dan adiknya Rihaab (yang juga akan genap 3 tahun Disember ini)

Waktu itu dah lewat malam, lampu pun dah dipadamkan...saya pun dah bersedia untuk tidur dan bangun awal keesokan harinya.

"Abang Ipak, macam lagu yang Mak Ilai Ilai tu? Ikan Paus Mak Ilai Ilai ke...?" Tanya Rihaab dengan suara sedikit confuse (tak dapat lihat ekspresi wajah sbb sudah gelap)

"Aah Ikan Paus...." Jawab Wifaq malas.

Lepas itu saya dengar Rihaab menyanyi2: "Ikan Paus Mak Ilai Ilai...". dengan gembiranya.

Saya ketawa sendirian. Lepas itu, saya tanya: "Kenapa Wifaq tak cakap betul2 dengan adik? Kan lagu tu tak de sebut ikan paus...ikan kekek dengan ikan gelama je ada kan...".

"Ala, kalau Ipak cakap ikan paus ke..ikan apa ke Yab bukannya tau..." Bagus betul jawapan kamu.

Sebenarnya banyak lagi yang nak saya komen, tapi mata sudah mengantuk...jadi entry ini sampai sini saja.
:)






 





Thursday, November 17, 2011

Naik Minyak

Assalamualaikum :P
Salam Jumaat yang tenang dan ceria.
Dari zaman kecik2...saya memang selalu suka hari Jumaat.
Waktu sekolah rendah suka Jumaat sebab jam 12 dah boleh balik rumah.
Sekolah menengah...suka Jumaat sebab hujung bulan boleh balik kampung, kalau tak hujung bulan dewan makan sediakan makanan spesel sikit dari hari biasa...
Bila dah kerja...suka Jumaat sebab kelas pagi sahaja. 
Lepas tu bolehla melepak atau merayau sepanjang hari...atau duk sembang2 kt bilik orang lain.
Hari Jumaat biasanya tenang dan damai...
Biasanya akan saya mulakan dengan Zikir2 Tok Guru Amalan Setiap Hari Jumaat.

Tajuk entry adalah mengenai minyak..
Tapi tak ada kene mengena dengan naik minyak. 
Jadi sila abaikan tajuk itu...huhuhu
Rakyat Malaysia akan naik minyak sekiranya harga minyak naik...tetapi minyak yang biasa saya gunakan harganya memang sejak azali sudah mahal..jadi takde sebab nak naik minyak. Hewhew

Saya nak cerita tentang minyak terkini dalam pasaran keluaran Sime Darby.
Pertama sekali, saya memang bagai cacing kepanasan jika melihat ada brand dan produk baru dalam pasaran. Mesti nak cuba juga...dan lepas tu boleh review.
Kalau bagus, beli lagi..kalau xbagus, xpayah beli lagi dan larang orang lain beli sama. Haha.

Saya gunakan 2 jenis minyak masak: Olife dan Alif..adik beradik seibu tapi satu nama Islamik, satu nama omputeh hehe :P Maklumle yang adik tu lahir oversea gamaknye...

Janganlah tertanya mengapa saya guna 2 jenis minyak untuk memasak. (sebenarnya 3 jenis...termasuk Extra Virgin Olive Oil)
Kedua2 minyak di atas adalah produk tempatan keluaran Sime Darby. Saje nak try sebab ada cousin kerja kt Sime Darby dan pernah dapat barang free dari beliau...
See...sedikit kebaikan akan mencetuskan kebaikan yang lain pula...

Alif ialah minyak biasa yang saya gunakan untuk deep frying. 
Tetapi biasanya yang ini lambat habis sebab di rumah kami jarang2 makan makanan yang perlu kepada deep frying.
Adalah sesekali kalau teringin makan ikan masin...atau nugget...dll

Yang satu jenis lagi ialah minyak yang baik untuk kesihatan...brand Olife ni ialah minyak canola (Canola Oil).
Sebelum2 ni saya bertukar2 jenis dan jenama minyak...
Kadang2 Soybean Oil..kadang2 Sunflower Oil..kadang2 Canola...kadang2 yang blended punya...asalkan bukan minyak biasa.
Minyak2 ini kaya dengan lemak baik dan low in cholestrol...

Yang pasti...semahal mana pun minyak..saya takkan sesekali ulang guna minyak yang dah digunapakai.
Sekali guna terus buang.
Walaupun ada sesetengah jenama yang kata boleh 2 kali...but don't believe it.
Itu salah satu sebabnya mengapa saya agak tak berapa gemar nak beli makanan bergoreng di pasar malam atau di kedai2...
Cubalah tengok minyaknya....hitam legam!
Bayangkanlah berapa banyak penyakit yang akan dibawa masuk ke tubuh anda...
Tapi kalau sesekali terpaksa atau teringin..baca sajalah 
Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syai un fil ardhi wala fissamaai wahuassammi'ul alim...:P


Terutamanya sebagai kaum ibu yang merupakan 'chef' di rumah...
Saya rasa bersalah betul jika memasak tetapi memasukkan bahan2 yang tidak sihat untuk dimakan seisi keluarga terutamanya anak2
Saya jadi takut...kalau disebabkan memakan masakan yang saya masak..
Seisi keluarga dapat mudharat.

Mulai hari ini...
Mari kita jalankan amanah ini dengan baik.
Renung2kan...dan selamat beramal (pinjam tagline Prof Izzy...:P)

Tuesday, November 15, 2011

Resipi HOT POT POTATO TAK PAYAH GUNA OVEN :P

Salam 'Alayk.
Beberapa hari ini saya super duper busy.
Mood memasak atau untuk apa2 pun tiada.
Tapi bila dah terpergi ke Giant...dan tertengok pula sayur2 yg hijau segar..
Terlihat pula2 bahan2 mentah dan masakan yang kelihatan menggeramkan hati seorang tukang masak tidak profesionalseperti saya..
Akhirnya terbeli...termasak...dan terupdate dalam blog.
Haih...

Saya nak share beberapa resipi yang telah berjaya saya masak beberapa hari lepas.
Ada yang untuk breakfast dan ada yang sesuai utk dinner.
Saya ambil idea ini dari insan2 lain yang lebih pakar tetapi saya olah guna bahan2 yang saya suka dan wujud dalam peti sejuk saya.
Ada antara cara masakannya pun saya ubah mengikut selera sendiri.

Semalam saya buat HOT POT POTATO.
Resipi ini saya dapat ideanya dari blog Cik Fazlinil Irma. Saya suka blog ni dan rajin pula melawatnya setiap hari.
Kalau nak tahu resipi asal sila klik sini. 
Terima kasih Cik Irma kerana share resipi...:P

Jadi ini rupa HOT POT POTATO versi saya.
Yang bezanya saya punya dgn Cik Irma ialah saya takde oven besar dan kena bakar atas dapur...jadi bimbang kentang xmasak...saya goreng dulu kentang2 tu dan hiris secara crinkle cut....
Sape2 yang ada oven xperlu goreng dulu.
Cuma teknik menggoreng ni memberikan rasa yang enak pada kentang.

Hot Pot Potato My Version....
Pandangan dari atas...

Close up..itu daun Rosemary petik dari pasu halaman rumah...feeling Martha Stewart kejap :P
Jemput makan! :P

Resipinya ini ha :) 

Bahan2: (untuk 5-6 orang makan)
~Beberapa biji kentang (saya kupas, hiris bulat2 menggunakan pisau yg ada ketak2 tu...supaya dpt bentuk crinkle cut nampak kiut sikit. Rendam dalam air garam beberapa minit dan goreng. *Pastikan kentang mencukupi untuk disusun berlapis2 menutupi seluruh permukaan bekas membakar yang akan anda gunakan). Kalau nak hiris biasa pun boleh.
~Bawang merah/besar/Holland (ikut banyak mana anda nak guna). Hiris2kan.
~Bawang Putih...saya guna 3-4 ulas.
~Cili Benggala (lebih cantik guna warna merah sbb bahan2 lain warna hijau...cili ni saya bakar dulu atas api untuk naikkan baunya kemudian potong kiub)
~Daging ayam cincang (minced chicken). Boleh juga guna minced beef, tp saya pilih ayam kerana beberapa sebab. 1) org berdarah A seperti saya x sesuai makan daging berwarna merah. 2) daging putih seperti ikan atau ayam lebih baik dr daging berwarna merah. 3) Rasanya jauh lebih lazat jika guna daging ayam. Saya pernah guna daging lembu tp rasanya kurang menyengat.
~Cendawan butang-hiris. cari jenama yang halal seperti REX.
~Carrot-potong kecil dan hiris.
~Celery-semalam saya xjumpa celery jd saya gantikan dgn daun sup kerana baunya hampir sama. Nampaknya lebih sedap guna daun sup..atau guna kedua2nya sekali...
~Leek-klu xkenal leek, sayur ni rupanya macam daun bawang tp bersaiz besar. Saja saya masukkan kebetulan ada dalam peti sejuk.
~Sos spaghetti-apa2 jenama pun boleh asal Halal. Saya guna Kimball yang ada Daun Selasih (Basil). Rasa basil ni menambah aroma herba.
~Daun Sup-dihiris sedikit kasar untuk dapatkan bau. Separuh digaul dengan base, separuh lagi utk ditabur di permukaan time dh nak masak)
~Cili Boh-1 sudu besar untuk 5-6 orang makan. Kalau lagi ramai, sila gandakan sendiri. Yang ni xde dlm resipi asal..saya tambah2 sendiri nakkan rasa cili sikit.
~Mintak zaitun utk menumis.
~Oregano-boleh dibeli di pasaraya dlm botol kecil cth jenama McCormicks.
~Parsley-lebih baik guna yg fresh dan dihiris. Klu xde, boleh juga guna yg dried dalam botol jenama McCormicks.
~Lada hitam-tumbuk
~Lada sulah
~Garam
~Kiub pati ayam-1 saja.

Bahan White Sauce:
~Mentega- dalam 2 sudu gitu.
~Tepung gandum-2-3 sudu
~Susu segar

Bahan Topping:
~Keju sama ada Cheddar / Mozarella. I prefer Cheddar yang diparut. 
~Sedikit garam
~Parsley
~Daun sup-pandai2 tambah

CARA MASAK:
-Masukkan minyak zaitun. Jangan lama sangat sbb olive oil cepat panas.
-Tumis cili boh sampai garing.
-Masukkan bawang merah dan bawang putih.
-Masukkan minced chicken...biarkan sedikit kering tapi jangan kering sangat..biar berair sikit2 sbb klu kering sangat jd xsedap dimakan.
-Masukkan garam, kiub pati ayam, oregano, lada hitam, lada sulah.
-Bila air agak kering, masukkan sayur2an cendawan, leek/celery, carrot, cili benggala, daun sup.
-Masukkan sos spaghetti dalam 1-2 sudu besar (agak2 meliputi semua bahan2 tadi...)
-Bila dah masak padamkan api dan pindahkan ke bekas kaserol utk dibakar nanti.
White sauce:
-Panaskan periuk dan masukkan1-2 sudu besar mentega.
-Kemudian masukkan susu segar dalam satu cawan gitu.
-Masukkan tepung gandum 1-2 sudu besar. (boleh adjust tambah mana2 bahan kalau kurang)
-Kacau2kan dengan senduk kayu sampai likat...
-perasakan dengan sedikit lada hitam
-Agak2 dah sebati dan agak pekat padamkan api dan tuang sebahagian ke atas bahan2 yang digoreng tadi.
-Simpan sebahagian lagi untuk dituang atas topping.

Topping:
~Susun secara berlapis2 kentang yang digoreng tadi macam ni...
Sepatutnya boleh lagi cantik...tp kentang saya xcukup jadi susun je asal boleh tutup bahagian bawah
~Kemudian taburkan keju meliputi seluruh permukaan kentang tadi.
~Taburkan parsley dan daun sup sikit.
~Taburkan sikit garam utk perasakan kentang tadi.
~Dah boleh taruk atas api / masuk oven.

Selamat Mencuba!!!


Monday, November 14, 2011

Sad Love Story: Kisah Saya

Assalamualaikum. Salam dinihari.
(Amaran: Sila baca entry ini sambil mendengar lagu mendayu2 di bawah itu...supaya anda boleh feel! Heh...)
Waktu di desktop saya menunjukkan angka 1.36 pagi.
Saya tak berniat nak memasukkan apa2 entri hari ni...
Tapi...
Sebaik saja terjumpa semula satu drama Korea yang pernah saya tonton lewat tahun 2006...
Arghh...
Rasa terpaksa jugak post entry ni di malam2 buta.

Drama Korea ini bertajuk Sad Love Story atau Sad Sonata.
Disiarkan di TV2 jam 6 petang (klu xsilap) setiap hari Isnin-Khamis.
Dengar je tajuknya....dh boleh agak ceritanya
Memanglah sedih dan tragis yang amat sangat.
Dan lagu temanya menusuk kalbu saya...

Waktu itu saya sedang sarat hamil anak sulung saya: Wifaq.
Sering pula ditinggalkan sendirian kerana suami kerap outstation.
Jadi setiap petang...pulang dari ofis sambil2 merehatkan minda dan tubuh yang dah mula2 sakit2 kerana due sudah dekat...
Termenonton drama ini sejak episod pertama.

Bila Wifaq lahir...rupanya saling tak tumpah hero drama Korea tersebut.
Dan cuba dengar tangisannya...
Orang2 yang mendengarnya akan kata tangisan Wifaq akan buat orang lain menangis sama. (masa kecik saja. Dah besar ni dengar dia menangis rasa nak hadiahkan penampar saja..hohoho)
Tak tau nak describe macam mana...
Inilah kesannya duk menangis tiap2 hari menonton drama tersebut. Hewhewhew.


Benci betullah.
Sebab terjumpa video clip lagu ini mood saya jadi caca merba malam ini.
Lain kali saya nak dengar dan lihat perkara2 yang ceria saja.
Saya terkenang kisah2 lama sebetulnya...
Dan ada antara mereka yang jd sebahagian dari masa silam saya itu..
Adalah rakan saya di Facebook kini.
Kami tidak pernah membincangkan kisah silam...tetapi sesekali kenangan itu datang juga.
Boleh agak ke apa maksud saya with those "kenangan silam"?
Lupakan sajalah.
Saya tidak pernah punya mana2 teman istimewa selain suami saya sekarang...ketika zaman anak dara saya.
Tapi biasalah...ada usikan2 dan lamaran2 nakal...
Yang terpaksa saya ketepikan kerana saya hanya boleh memilih satu.
Dan prinsip saya tidak akan menyerahkan hati kepada banyak orang...
Itulah kisahnya.

Ada insan yang saya tolak itu...
Saya tak pasti hati beliau yang sebenarnya tapi...beliau sudah jadi somebody sekarang.
 Beberapa tahun lalu, ketika saya masih lagi 'single',
Saya tak tahu bila masanya beliau berkahwin...tapi pada suatu malam saya bermimpi berjalan2 dengan beliau...(padahal dalam realiti beliau hanya menyukai saya dari jauh..dan bertanya khabar saya melalui rakan2)
Perjalanan kami sangat jauh..menyusuri hutan dan belukar, jumpa sungai...ada jalan berbatu2...jumpa banyak kotak2 (namapun mimpi)

Beliau kata: "Setakat ini saja kita boleh bertemu...sebab lepas ini saya ada tanggungjawab lebih berat menanti saya".
Dalam pertemuan akhir itu, beliau menangis....(tapi saya cool saja~nampak sangat la aku ni hati batu!)

Esoknya, pagi2...saya dapat perkhabaran dari seorang rakan bahawa isteri beliau telah selamat melahirkan bayi perempuan.
Tak tau kenapa tapi semacam ada perasaan pedih di hati saya.
Pedih tapi gembira bagi pihak beliau.
Lepas itu...saya tidak mengikuti lagi perkembangan beliau.

Hendak saya coret di sini: Beliau terlalu sempurna pada mata saya dan semua gadis.
Dengan tubuh yang tinggi lampai, paras rupa yang tampan, kehadiran beliau jadi buruan siswi.
Semua orang kenal beliau...kerana beliau merupakan seorang pensyarah.
Saya menolak beliau kerana saya fikir beliau bukan untuk saya.
Walaupun semua orang memuja beliau...saya tetap rasa beliau bukan untuk saya.
Jadi saya telah menolak beliau...
Dan selepas itu...salam saya pun tidak bersambut lagi.
Isterinya sekarang adalah yang paling layak utk beliau: sama cantik sama padan.

Hidup saya kembali sepi.
Dan selepas itu barulah saya bertemu dengan pemilik hati saya sekarang.
Iaitu bapa kepada anak2 saya :)

(Apa yang aku melalut tengah2 malam2 ni...ini semua penangan lagu Korea...grrrr...)
Bencinya!!!!!
Nak publish ke tak nak..







Sunday, November 13, 2011

Tiada Yang Setanding Barry Manilow!

Salam 'Alayk...
Phew lama sungguh empunya diri tak menjenguk blog. 
Hari ini...tiba2 terasa nak mencoret sesuatu. Sesuatu yang belum pernah saya coretkan di mana-mana.

Anda kenal siapa Barry Manilow?
Kalau tak kenal, sila klik pada lagu EVEN NOW di sebelah kanan blog saya yang cumil ini.
Itu salah satu lagu hit beliau.


Jika anda seusia saya, kemungkinan besar anda mengerutkan dahi berserta tanda soal besar.
Yang mengenali nama ini biasanya insan2 yg berusia sekitar 40-60 pada hari ini.
Mereka yg seusia saya pastinya kurang mengenali siapa Barry Manilow.

Baiklah. Saya akan cerita mengapa saya begitu obses dengan lelaki ini yang...menginjak usia 20an barulah saya tahu bahawa beliau seorang Yahudi.
Jadi apa patut saya lakukan dengan koleksi album dan lagu2 beliau yg banyak tersimpan di rak dan dalam komputer saya?
Saya akan terus menikmati muziknya kot....what else can I do?
Takkan nak buang semua album2 yg mencecah ratusan ringgit itu?
Harap Allah ampuni saya kerana kelalaian zaman muda saya yang satu ini.


Saya simpulkan diri saya sebagai seorang yg sangat cerewet dalam banyak hal..
termasuk jenis muzik, irama yang bakal jadi halwa telinga saya.
Sejujurnya saya tidak pernah benar2 meminati mana2 artis terutamanya yang sezaman dengan saya.
Mungkinkah saya tua sebelum waktunya?
Kebanyakan album dalam koleksi saya adalah artis dari era 70an...seperti Chicago, Eagles, ABBA dan terutamanyalah pakcik Barry Manilow ini.


Kali pertama saya mendengar lagi beliau adalah sekitar Tingkatan 3-4. Sewaktu rakan seusia duk sibuk melayan lagu2 Melayu yang meleret (bagi yang layan lagu Melayu) dan mereka yang fanatik boybands pula sibuk dengan single terbaru Backstreet Boys...
Saya hanya layan Barry Manilow.
Biasanya saya mendengar saluran Light & Easy (berlagak kan...xdengar saluran Melayu...waktu IKIM.FM pun jauh panggang dari api hendak wujud...)
Dari situlah saya pertama kali mendengar lunaknya suara Pakcik Barry mendendangkan lagu Somewhere In The Night.
Liriknya bagus dan jelas...(membolehkan saya memantapkan Bahasa Inggeris dengan baik~alasan!)
Iramanya menusuk ke hati...lontaran vokalnya xpernah saya jumpa pada mana2 penyanyi lelaki lain.
Kebanyakan lagu beliau dicipta sendiri.
Kalau nak tahu, beliaulah yang mencipta jingles KFC dan McDonald yang popular hingga ke hari ini.
Pendek kata...beliau sangkat berbakat. He's living legend!
Dan selepas itu saya cari maklumat siapa dia Barry Manilow.
Saya terjah MPH (waktu itu MPH bukan hanya jual buku tapi juga cakera padat dari penyanyi2 terkemuka dan berprofail tinggi)
Sejak itu...asal jumpa album Barry Manilow saya akan beli!
Gila betul budak ni.


 Kisah hidup beliau ada dipaparkan di Channel BIO. True Story (yang mana saya xdapat tengok sebab xsubscribe..huhu)
Album debut beliau tidak ke mana dan gagal menaikkan nama beliau.
Tuah beliau bermula dengan album kedua beliau yang menjuarai carta Billboard dengan single 'Mandy' (yang telah dipopularkan semula oleh...err...Westlife kalau xsilap saya) dan mula mengglamerkan beliau di era 70an.


Kalau dengar lagu2 pakcik Barry ni...hampir kesemuanya boleh jadi hits. 
Semuanya jadi inspirasi saya..peneman saya menulis novel di malam hari pada malam2 hujung minggu yang sunyi tatkala saya pulang ke rumah dan bercuti dari asrama.
Novel2 saya pun turut jadi hits juga hasil inspirasi lagu2 beliau.
Tapi novel2 saya hits di kalangan rakan sebaya, junior...dan senior di asrama sahaja.
Kenapa? Disebabkan masa itu saya baru Tingkatan 4 dan mana ada kemudahan untuk menaip.
Saya tiada pilihan selain tulis tangan.
Itupun setiap malam ada yg curi2 baca novel yg saya sorokkan bawah bantal..kot2 saya sudah update page baru.
Ada sekali...saya ternampak seorang senior tertunduk2 baca sesuatu di bilik prep...rupa2nya beliau baca novel saya.
Ah melalut sudah...tajuk entry kan tentang Barry Manilow!!!


Inilah rupa Barry Manilow masa muda...takde la hensem mana pun..tapi suara dan bakat beliau anugerah yang tidak ternilai (komen ala2 wartawan hiburan gitu...)
Hidung Pakcik Barry yang menjadi trademark beliau....
Dari segi penjualan album dan hayat karier beliau yang panjang...beliau merupakan salah seorang penghibur kontemporari paling berjaya dalam Sejarah.
Apa kesimpulan yang saya dapat?
Beliau seorang Yahudi yang diketahui sangat mahir dalam bidang muzik. Walau apa bidang mereka ceburi, mereka akan melakukannya bersungguh2.


Berikut adalah antara anugerah yang pernah Pakcik Barry raih:
  1. 1977 Grammy – I Write The Songs – Song of the Year (award went to the song's writer Bruce Johnston)
  2. 1977 Emmy for Outstanding Special – Comedy, Variety or Music – The Barry Manilow Special
  3. 1977 Special Tony AwardBarry Manilow on Broadway
  4. 1978 American Music Awards – Best Pop/Rock Male Artist
  5. 1979 GrammyCopacabana Best Pop Male Vocal Performance
  6. 1979 American Music Awards – Best Pop/Rock Male Artist
  7. 1980 American Music Awards – Best Pop/Rock Male Artist
  8. 2002 Songwriter's Hall of Fame
  9. 2006 Emmy for Outstanding Individual Performance in a Variety or Music Program – Barry Manilow: Music And Passion
  10. 2007 RIAA – Plaque commemorating worldwide record sales of 75 million
  11. 2009 Clio Awards Honorary award for prior work with commercial jingles
  12.  ? Kentucky Colonel
  13. 2009 Inducted into the Hit Parade Hall of Fame
KOLEKSI SAYA (Kalau dari dulu saya tahu beliau berbangsa 'itu' sumpah saya tak beli)


Dan ini pula antara album2 beliau yang masih dalam simpanan dan saya masih mendengarnya hingga ke hari ini (cuma saya malas nak berkongsi mengenainya di Facebook sebab saya tahu ramai yang tidak kenal beliau...):


Album ini dikeluarkan ketika saya masih bayi





dan lagi...

dan lagi...sungguh klasik bukan? Anda yang tidak kenal saya tentu menyangka saya di ambang usia 40-50an....huhuhu...tua sebelum waktukah saya?
Of all the albums I got, inilah feveret saya...semua lagu2 di dalamnya sedap di dengar
Rasanya saya tidak akan meminati mana2 penghibur lain selain beliau di masa2 akan datang.
Reason being, saya sudahpun mencecah angka 31 tahun ini baru2 ini...dan sudah tiba masanya saya menumpukan pada soal2 akhirat.
Barry Manilow adalah kenangan zaman remaja saya...yang banyak mempengaruhi saya dalam memilih genre muzik yang 'kena' dengan jiwa saya...
Dan kenangan itu akan kekal.


Okay...saya akan share sedikit lagu2 beliau ysng menjadi all time favourite :)




I Can't Smile Without You dan Somewhere In The Night




Download this mp3 from Beemp3.com













Download this mp3 from Beemp3.com