Thursday, May 5, 2011

Penyakit: Mungkin Berpunca Daripada Amalan Harian Kita...Part I

Entry kali ini saya tulis berdasarkan pengetahuan setakat yang ada dan dikongsi untuk faedah bersama.

Seringkali terlintas di fikiran saya, kemungkinan besar penyakit yang menghinggapi tubuh badan kita berpunca dari amalan kehidupan harian kita sendiri. Sebagai contoh, bekas makanan yang kita gunakan adakah ianya bebas BPA yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan? Atau bekas masakan anti lekat (non-stick): adakah selamat untuk kita memasak makanan di dalamnya? Dan lain-lain faktor yang adakalanya kurang kita ambil perhatian tetapi memberikan impak yang sangat besar terhadap kesihatan. 
  
BEKAS MAKANAN / MINUMAN BERASASKAN PLASTIK

Botol Susu
Saya mula menyedari dan mengambil berat hal ini semenjak kelahiran anak sulung saya sekitar tahun 2006. Setiap kali memasukkan cecair yang bersuhu agak panas saya terfikir adakah ia selamat untuk anak saya? Maka carian saya di Internet telah menemukan saya dengan produk-produk BPA Free atau Bebas BPA. Kebanyakan botol susu dan bekas makanan bayi ketika itu masih menggunakan bahan plastik berbahaya seperti Bisphenol A (BPA), Polypropylene (PP), Polycarbonat (PC) dll (setakat yang saya tahu...). Malah rupanya botol2 yang cantik yang berwarna warni (biasanya jenama Felton) juga menggunakan bahan PC. Bayangkan apa terjadi sekiranya kita menggunakannya untuk mengisi air masak dan ianya tertinggal di dalam kereta dan terdedah kepasa suhu yang tinggi.

Jadi saya mengambil keputusan mencari botol susu yang bebas BPA walau agak sedikit mahal tetapi boleh digunakan untuk tempoh yang lama. Saya jatuh hati dengan jenama MAM malah bekas makanan anak2 juga saya pilih dari jenama ini. 

Dan lagi, saya perhatikan ibu bapa yang menggunakan botol susu jenis biasa untuk anak2 tetapi menggunakannya hingga kelihatan retak2 dan hitam legam putingnya. Ibu bapa sila ambil perhatian tentang perkara ini kerana ia boleh mengundang penyakit kepada anak anda.

Bekas makanan dan minuman
Seperkara yang agak saya geruni ialah...perhatikan jika ke rumah saudara mara di kampung-kampung terutamanya...ada antara mereka yang membancuh air teh panas di dalam bekas plastik. Agak ngeri hendak meminumnya tetapi inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita yang rata2 masih cetek ilmu kesihatan. Sebaiknya pilih jenis botol minuman dari jenis yang bebas BPA seperti jenama BROS atau La Gourmet yang mudah didapati di pasar raya terkemuka di Malaysia.

Jika makan di restoran, perhatikan pinggan yang digunakan biasanya adalah berasaskan melamine yang agak berbahaya sekiranya anda mengisi makanan panas ke dalamnya. Di rumah saya, bekas2 melamine hanya digunakan untuk mengisi makanan atau minuman yang sudah sejuk. Jika nasi masih panas, gunakan pinggan seramik atau kaca. Maka pilih2lah restoran yang ingin anda kunjungi. Restoran yang sedikit mahal biasanya menggunakan pinggan seramik atau kaca. Dan jangan lupa jenis senduk yang digunakan untuk mengambil lauk pauk. Sebaiknya gunakan jenis Stainless Steel dan elakkan penggunaan jenis plastik.

Pembungkus Makanan

Tidak dapat dinafikan penggunaan beg plastik dan polisterin sangat meluas di Malaysia terutamanya untuk mengisi makanan yang masih panas. Pilihan yang anda ada ialah (itupun jika muka anda cukup tebal untuk melakukannya) dengan membawa bekas makanan bebas BPA sendiri ke restoran. Cara ini lebih menjimatkan plastik tuan kedai dan juga dapat memelihara kesihatan anda sekeluarga. Sebagai seorang ibu saya sering ditimpa perasaan bersalah sekiranya setiap perkara yang saya lakukan berkemungkinan memudaratkan keluarga saya.

Masalah ini juga sering berlaku ketika musim2 perayaan di mana kebanyakan rumah terbuka memilih menggunakan bekas makanan dan minuman polisterin. 

Baguslah kerajaan sudah mengambil langkah mengharamkan penggunaan bahan ini...



Wednesday, May 4, 2011

KLIBF 2011 and Us!

It's our annual activity. More often than not, I went to KLIBF every year with my dear yet so dear cousins. I haven't got the chance to attend KLIBF 2010 last year due to confinement of my 3rd baby last year and this year, hey...here I am WITH the baby! :)

Looking at our plan since the beginning, It's almost impossible for the plan to have been worked out so smoothly. I've been telling my darling hubby since about 2 months ago that by hook or by crook I must set my foot at this year's KLIBF event. So he promised me he'll take care of the baby and the kids at home while I go enjoying myself at KLIBF 2011. But, man can only plan and the fate stays in Allah's hand. My husband to be in Dubai and was supposed to be landed in KLIA on 30th April...the same day we plan to go to KLIBF but at 3.00pm. Voila...and who's suppose to take care of my kids anyway?

Memang ditakdirkan murah rezekiku nak ke KLIBF tahun ini. Last minute, my cousin Khalil said he wanted to join us. And then, Mak Su and her kids also. Rombongan kami yang sepatutnya hanya 4 orang termasuk baby Nehal...dah jadi ramai pula. The more the merrier, I guess. Dan makin ramailah yang boleh angkut buku-buku aku kan?!


Sehari sebelum event, dh kutitipkan dan kubisikkan ke telinga Nehal...agar jadi budak baik. Maka kurang-kurangkanlah menangis dan meragam...malah kalau boleh tidur sajalah sepanjang hari kerana Mama kamu yang gila buku ini kalau dah dikelilingi buku tentulah tak ingat dunia termasuklah kamu Nehal! I got no choice. Abang dan kakaknya aku tinggalkan dengan Atuk dan Opah di Shah Alam dan aku bawa Nehal seorang. Agak sukar nak tinggalkan Nehal kerana anakku ini menyusu badan sepenuhnya. Tak dapat aku bayangkan jika dia melalak mencari susu...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada tarikh 30 April itu. Aku amanahkan sepupuku Siti Zakiah yang pulang dari Johor sehari sebelumnya dan sampai di Kuala Kubu Bharu jam 3 pagi untuk menjadi pemandu kami ke PWTC hari itu. Aku lihat steady saja si Siti memandu. pagi itu berlaku sedikit kekecohan kerana tiba-tiba masing2 punya rancangan sendiri. Izzat nk guna VIOS si Siti untuk ke majlis kahwin rakannya di Shah Alam. Pak Uda pulak nak ke Hopital Besar Klang melawat saudaranya yang sakit leukemia. Semuanya berebut kereta. Mak Su pula tiba2 nak join dengan anak2nya..jadi tiba2 kereta jadi tak muat dan kaum lelaki (Khalil dan anak2 Mak Su yang lelaki) terpaksa naik komuter. Kami bertemu di PWTC saja dan alhamdulillah parking agak mudah. Nehal pun well behaved dan tidur sepanjang hari. Dia cuma bangun sekejap2 dan tidur kembali dibawah jagaan Pak Ngah Khalilnya.

Banyak yang aku borong kerana aku tidak menghadkan bahan bacaanku kepada satu-satu genre sahaja. Maka, habis majalah, buku motivasi, novel, buku kanak-kanak (untuk Wifaq dan Rihaab) semuanya kuborong.Ada beberapa orang yang kukenali dan tidak kukenali menegur gelagat aku yang menarik beg beroda di KLIBF. Ramai pula yang menumpang tu! Akhirnya aku serahkan Zahir anak Mak Su Ramlah menariknya. Pada aku, alang2 ke Pesta Buku biarlah aku betul2 berpesta dengan membeli semua bahan bacaan yang dah alam aku idamkan. Memang sepanjang tahun aku menahan diri dari membeli terlalu banyak buku agar aku dapat 'menikmati' saat memilikinya menjelang hari2 seperti ini. Aku dapat lihat kegilaan aku terhadap buku sudah menurun kepada Wifaq dan Rihaab. Wifaq sangat menyerupai aku kecil2 dahulu. Apa sahaja signboard, buku, bahan bacaan, tulisan di dinding2, pembungkus makanan..akan ku baca sampai habis. Wifaq pun begitu. Walau penat macam mana sekalipun mata tak boleh terlelap kalau tak membaca sebelum tidur. Kesimpulannya aku memang memperuntukkan bajet yang sangat besar untuk bahan bacaan.

Aku masih ingat ketika usiaku sekitar 5-6 tahun, Mama membawaku ke event2 seperti Pesta Buku ini dan beliau telah membelikan aku satu set encyclopaedia jenama Grolier dengan harga RM7000. Kerana aku memang 'hantu' buku jadi pelaburan Mama aku kira berbaloi. Setiap helaian aku baca sungguh2 dan kesannya dapat aku lihat hingga ke hari ini. Membaca membuatkan anda dari jahil kepada tahu...

 Hasil rampasan saya tahun ini...

 Sesi photoshoot saya dan para sepupu sepapat untuk majalah Keluarga

Seronok juga KLIBF tahun ini. Bawak baby yang well behaved dan bantuan di kiri dan kanan dari sepupu2ku yang ramai dan baik hati. Honestly, perkara terbaik yang aku miliki dan hargai dalam dunia adalah keluargaku yang besar dan sangat rapat. Pada kami taraf sepupu itu menyamai adik beradik. Maka itu, jadilah hari ini beg beroda yang penuh buku (aku pinjam beg Mama...) disorong orang lain, anak aku dijaga orang lain, buku aku dibayarkan oleh orang lain. Syukur Ya Allah Kau permudahkan urusanku hari ini...

Event yang paling dinanti2kan ialah sesi photoshhot magazine cover di booth Karangkraf. Khalil memang datang semata2 kerana ini. Aku ambil kesempatan bergambar dgn Nehal untuk cover Pa & Ma dan ramai2 dengan sepupu2 untuk majalah Keluarga. Waktu beratur nak membayar majalah dan buku2 yang aku rembat, sempat bersembang dengan editor majalah Impiana Dapur. "Mesti dapur akak cantik kan...?" Kataku. Dia jawab "Tak jugak. Sama macam arkitek. Dia buatkan rumah orang lain cantik tapi rumahs sendiri biasa2 saja". Lepas itu berduyun2 souvenir aku dapat...dapat baja, dapat sos, dapat pewangi udara, pencuci muka (tapi for men).
Dalam banyak2 item yang aku borong yang paling aku suka ialah My First Al Quran yang aku belikan untuk Wifaq. Sangat comel dan menarik minat kanak2 nk membacanya. Gerai terakhir ialah Telaga Biru di mana aku borong banyak juga buku motivasi. Akhirnya menjelang malam barulah kami dapat makan dengan puas di Restoran Cina Muslim Al Munawarah, Seksyen 9, Shah Alam...setelah melapik perut dengan Nasi Goreng Seafood di The Mall tadi. Konon plan nak belanja semua makan yang sedap2 akhirnya ke restoran biasa2 saja. 

Malam, kebetulan suamiku baru tiba dari Dubai...jadi ramai pula yang menyambut kepulangannya memandangkan semua berkumpul di rumah ayahanda bondaku di Shah Alam. Pak Andak dan Mak Andak pun join sama. Rumah berselerak dengan buku...buku2 aku terutamanya. 

Ini barulah dinamakan Pesta Buku!!!






Friday, April 29, 2011

Dearest the Special One: The Late Raihana Zainudin- Part I

Al Fatihah for the late Raihana Zainudin who passed away on September 2010.

Aku hidup dalam kenanganmu Nana...that is all I can say now.
Well, there are too much to write about this special person yet the idea only came after she's gone.
Untuk mereka yg pernah mengenali dan rapat dengan arwah, pastinya sangat terasa dengan pemergiannya. Aku hanya ingin menulis mengenai insan hebat ini...dan berkongsi rasa tentang betapa kami sekeluarga sangat terasa kehilangannya...dan apakah yang menyebabkan kami terasa seperti itu.

Arwah Raihana atau lebih rapat dengan panggilan Nana merupakan sepupuku dari sebelah ibu iaitu anak kepada Pak Andak Zainudin. Tidak keterlaluan jika kukatakan kami tak pernah berpeluang untuk bena2-benar rapat dengan arwah kerana sejak kecil arwah tinggal jauh dari kami mengikut Baba dan Mamanya yg ditugaskan di Utara dan Selatan tanah air. Jadi peluang untuk kami berjumpa hanya sekejap-sekejap pada Hari Raya atau kenduri. Penghujung 90-an, arwah mengikut keluarganya ke Kanada. Pulang dari Kanada, arwah tinggal di Pulau Pinang dan selepas itu beberapa negeri kerana Pak Andak merupakan pegawai besar kerajaan. Arwah bersekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang~Sekolah Menengah St.Georges. Jika diikutkan sebenarnya tidak pernah memasuki sekolah agama tetapi akhlak yang ditunjukkanya jauh lebih cemerlang dari mereka yang bersekolah agama.

Kami betul-betul rapat setelah arwah belajar di Kolej YPM, Bangi untuk kursus persediaan ke Jepun. Waktu itu aku di UIA Gombak. Memandangkan keluarga arwah tinggal di Kuantan ketika itu, jadi setiap hujung minggu arwah kerap 'balik' (istilah yang arwah gunakan..,dan sesungguhnya aku merasa amat terharu kerana penggunaan istilah ini menunjukkan arwah menganggap rumah kami seperti rumahnya juga). Jadi kami sering berjanji pada setiap Jumaat untuk bertemu di KL Sentral. Arwah ambil komuter dari Bangi dan aku dari Gombak. Biasanya aku tak lupa membeli sedikit minuman dan makanan untuk kami berdua 'ratah' sambil bersembang sepanjang perjalanan ke Shah Alam. Oh sungguh indah waktu itu.

Malam hari biasanya kami akan tidur bersama-sama. Sebelum tidur, bersembang panjang dahulu tentang macam2 hal. Yang paling aku suka ialah memaksa arwah mengajar aku bahasa Jepun. Adakalanya kami bercerita kisah2 yang menyentuh hati sehingga sama2 menangis...saat ini akan kukenang sepanjang hayat.

Sebenarnya aku kagum dengan arwah yang berjaya menguasai bahasa Jepun yang tersangat asing padanya dalam tempoh singkat. Arwah insan cemerlang sejak kecil~semua ahli keluarga kami mengetahuinya. Selalu mewakili sekolah dalam pertandingan matematik dan debat yang biasanya dimonopoli kaum Cina di Pulau Pinang. Dan ia terbukti dengan keputusan SPM yang cemerlang. 

Pada aku arwah seorang yang next to perfect..kalaupun tidak perfect. Dianugerahkan wajah yang comel (iras2 Siti Nurhaliza), senyuman menawan, akhlak yang baik, personaliti menarik, otak yang sangat bijak dan sangat positif dalam setiap perkara..aku kira aku bertuah punya sepupu sepertinya. Arwah Nana orangya penjimat...dan susah amat mahu berbelanja. Tidak seperti aku dan gadis2 lain...arwah Nana agak lokek berbelanja barangan seperti alat solek, pakaian atau wangian yang berjenama ataupun tidak. Pada aku ini memang personaliti budak bijak.Dan arwah juga tidak pernah terjebak dalam cinta monyet.

Arwah ke Jepun ketika aku sedang bergelar pelajar Master di UIA pada tahun 2004. Dengan itu kami hanya berhubung melalui YM sahaja. Ada juga sesekali aku kirimkan hadiah dari sini. Belajar di Tokai University, Jepun tanpa ditemani keluarga arwah Nana sentiasa positif. Tidak akan sesekali kita mendengar keluh kesah atau kata2 berbaur negatif dari mulutnya. Maka aku pun terfikir amat bertuah siapa yang menjadi suaminya satu hari nanti.

Selepas tamat degree, arwah sambung pula Sarjana di Uni yang sama. Di penghujung2 pengajian Masternya barulah kami terdengar2 desas desus mengenai jejaka istimewa di hati arwah. Jejaka itu sama2 belajar di Jepun dan khabarnya sama-sama aktif dalam pertubuhan jamaah di sana. Aku lihat arwah Nana banyak berubah sejak ke Jepun. Tudungnya semakin labuh dan arwah sentiasa berstokin. Bagi orang yang tidak berlatarbelakangkan agama kukira perubahan ini tersangat baik. Dan aku pasti bakal suaminya juga sebaik arwah.

Arwah kembali ke Malaysia pada 2009 dan inilah kali pertama arwah beraya bersama kami di sini. Dan dalam pada itu juga arwah sudahpun bertunang dengan jejaka pilihan hatinya. Walau menempuh berbagai dugaan, akhirnya arwah diijabkabulkan juga pada 21/3/2010. Takkan kulupa tarikh ini..kerana sehari sebelum itu aku sepatutnya ditahan di hospital untuk melahirkan anak ke-3 ku Nehal tetapi aku berkeras juga mahu pulang dan menghadiri walimah arwah. I think I have the right decision ever. Kalau tidak tentulah aku terkilan hingga ke saat ini. Kami antara yang paling sibuk untuk persiapan kahwin beliau. Banyak kenangan manis berlaku pada tarikh ini.

Beberapa bulan selepas itu, aku mendapat perkhabaran bahawa arwah Nana hamil anak sulung. Aku masih ingat, kata2 arwah di YM...kalau boleh mahu anak yang bijak seperti Wifaq. Aku jawab, dia xperlu bersusah payah untuk mendapatkan anak yang bijak macam Wifaq (itupun kalau betul Wifaq bijak...) kerana mak dan ayahnya mmg dh bijak...dua2 belajar di Jepun. Dan selepas itu sms susulan tentang betapa beliau rindukan suaminya....(ketika itu arwah ditugaskan di Petronas Kerteh, Terengganu dan sering berulang alik hujung minggu menaiki bas atau menumpang kereta rakan). Jarang2 aku dengar arwah mengucapkan kata2 seperti rindu dan sewaktu dengannya. Aku kata, ada perasaan juga Nana ni. Arwah pun jawab: "Apa ingat selama ni Nana xde perasaan ke?". Dan sms itu masih tersimpan dalam telefon Samsung ku...

Arwah pernah beberapa kali ke rumahku sejak Nehal lahir. Dan kali terakhir kami bertemu ialah sebulan sebelum arwah dijemput Ilahi...bulan 8 ketika majlis perkahwinan Fariz dan Fizi di KKB. Entah mengapa ketika itu tergerak aku nak ambil gambar bersama2 arwah...ada juga gambar arwah memegang Nehal. Sesekali aku meraba2 perut arwah dan tanya : "Baby dah gerak ke?". Arwah dijangka melahirkan bayi lelaki.
 Kali terakhir aku bertemu arwah...entah kenapa tergerak hati nk bergambar bersama

Nehal dan arwah Nana (dan baby dlm kandungan)...sweet memories remain forever!

Seminggu sebelum Hari Raya Puasa menjelang...jam 5.00pagi...aku dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan arwah terkorban dalam kemalangan ngeri. Lepas itu berduyun2 panggilan lain dari sepupu2ku masuk. Hidangan sahur pagi itu tiba terasa pahit dan kelat. Termenung seketika aku. Lalu dengan kadar segera kukemaskan baju2 dan lepas sahur kami bergegas ke Kuala Kubu Bharu kampung datukku sebelah emak. Buat Siti Zakiah dan Ra Haslina...tanpa seorang Raihana Zainudin akhirnya kita tinggal bertiga!


Wednesday, May 19, 2010

Everything...coz of you, Nehal!

I was supposed to deliver my 3rd baby on 9th April 2010.
 
But Allah knows best. During my last prenatal checkup (that was on 19th March 2010) at Az Zahrah Islamic Medical Centre, the Gaeny (Dr.Noraini Nor...who's so professional) told that she traced an abnormality with the tense in the cord blood. The tensed is so hight that she worried that whatsoever food or oxygen cannot reach the baby. So decided that I must be admitted ASAP!

Oh no! I have a wedding to attend tomorrow. My cousin Raihana Zainuddin is going to get married tomorrow and I must be there. And..on Sunday...another cousin, Rabiatun Haslina will get engaged! And again...I have to be there.

The Doc said, whatever happen...I must turn myself in by Monday! This is the 1st time ever I know exactly when I am going to deliver my baby! So on 22/3/2010...I turned myself in.

The process was quite long since this is the 1st time I had to be induced to deliver the baby. The pain...was...speechless!!! Finally I managed to deliver the baby at 10.50 p.m...weighing only 2.5kg. The smallest baby I ever had so far. I named her (since 8 months ago indeed) Sharifah Nehal Ridaan. Nehal is so tiny...her skin is so fair (like WIfaq on the day he was born) and the nose is quite high. And above all, she's healthy alhamdulillah.
                                      Nehal a.k.a Teby :) (the name her sister used to call her)

By the time I am writing this entry, she's nearly 2 months old weighing 5kg! She got her 2nd jab today and the Doc was quite surprised looking at her graph! My biggest baby ever.

I got so many good news since the day I knew her existence in my tummy! We got a new sponsored car...I got 3 years of sabbatical leave...and so many good things since her arrival.
Nehal is so special to me in her very own special way. Well, of course, all of my kids are special though in their own special way. But Nehal brings so much happiness and prosperity for us...and I hope this last forever.

Maybe it's her name after all. Nehal means the one who brings luck and joy!

Saturday, April 25, 2009

To me...NORHAYATI BERAHIM = SIDNEY SHELDON


Keletihan meronda booth, kami lepak dengan selambanya di kaki lima sambil membelek buku!

Setiap tahun, aku dan sepupu2 mesti akan bertemu di KLIBF ni. Dah macam event tahunan pun iya juga! Kebetulan depa ni semua sekepala dengan aku, semuanya kaki sastera dan ulat buku! Dan setiap tahun aku kena belanja depa makan sebagai upah tolong mengangkut buku-buku aku yang berat. Tahun ni Yahya (sepupuku, anak Mak Teh) jadi mangsa. Tapi aku rasa macam satu kenikmatan dikelilingi buku-buku. Cuma tahun ni aku bajet kecil aja...disebabkan next week dah nak terbang ke Beijing...jadi aku harus cut perbelanjaan bacaan aku. Buku-buku PhD ada juga aku beli tapi tak banyak pilihan.

Aku, CT, Yahya and penulis buku berkaitan sulaman, Pn.Rosita. Siap dia yang minta bergambar ngan kami...
CT, aku, Sarah, Yahya and Aishah (depan) bergambar dengan Sasterawan Negara A. Samad Said...bertuahnyaa...
Nilah saat paling berharga pada aku. Dapat akhirnya aku bergambar, bersalam and dapat signature Norhayati Berahim (NB). Selama ni aku memang collect hampir semua novel-novelnya...tapi semuanya aku dah baca! Aku cakap dgn CT, next year akulah yg akan duduk dan sign buku orang. Sepatutnya dah bertahun-tahun lepas aku duduk sign buku peminat...tak tahu apa yang menghalang aku selama ni...

Pada aku, novel2 NB belum ada yang tak best! Semuanya best! Sama juga dengan Noor SUraya, except time kami ke gerai Jemari Seni (JS) Kak Su pergi solat! Tapi aku tak terkilan sebab tahun lepas dia dah tandatangan Surat Ungu Untuk Nuha.

Memang enjoy la harini!

Friday, April 24, 2009

Lelaki hensem vs Lelaki x hensem


Kalau lelaki hensem : banyak bercakap
Perempuan akan cakap : petah berbicara dan banyak idea
Kalau lelaki buruk : banyak bercakap
Perempuan akan cakap : memekak je..ingat orang suka ke!

Kalau lelaki hensem : dituduh buat jahat
Perempuan akan kata : itu semua karut!..ada orang sakit ati kat dia tuh!..
Kalau lelaki buruk : dituduh buat jahat
Perempuan akan cakap : memang sah dia yang buat!..muka pun macam pecah rumah!


Kalau lelaki handsome : menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap : wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki buruk : menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata : entah-entah yang ganggu tadi tu.. kawan-kawan dia...

Kalau lelaki handsome : jalan dengan perempuan cantik
Perempuan akan kata : wah..padan sangat...
Kalau lelaki buruk : jalan dengan perempuan cantik
Perempuan akan kata : mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome : ditinggal kekasih
Perempuan akan kata : jangan sedih...(dalam hati-Bodoh betul perempuan tuh!)
Kalau lelaki buruk : ditinggal kekasih
Perempuan akan kata : jangan sedih...(dalam hati -
"padan muka! Ada ati nak bercinta)

Kalau lelaki handsome : menyayangi binatang
Perempuan akan cakap : perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki buruk : menyayangi binatang
Perempuan akan cakap : sesama spesis memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome : memandu BMW
Perempuan akan cakap : muda-muda dah berjaya.
Kalau lelaki buruk : memandu BMW
Perempuan akan cakap : kalau tak drebar, sahih kereta curik!

Kalau lelaki handsome : tak mau diambil gambarnya
Perempuan akan cakap : dia pasti bimbang kalau-kalau gambarnya dipergunakan
Kalau lelaki buruk : tak mau diambil gambarnya
Perempuan akan kata : dia tau, kalau cuci pun.. mesti tak jadi punya!

Kalau lelaki handsome : terpijak kaki perempuan
Perempuan akan cakap : eh.. tak pe..tak pe..saya yang patut minta maaf..
Kalau lelaki buruk : terpijak kaki perempuan
Perempuan akan kata : oi..buta ke?..p#@%&*%!!!!...

Moral : jgn menilai seseorang melalui rupa parasnya sahaja.

Thursday, April 23, 2009

I Can't Believe He's my Husband...

That novel by Noor Suraya really inspires me...and that makes we want to write something about my husband...The husband I really..umm..well...adore...and...love of course...
Kenapa ya...kali ni about him? Dan bukan mengenai perkara lain?

Sebenarnya...aku tertanya2...dan sampai ke saat ini masih tertanya2...bagaimana sebenarnya perasaan dan isi hati seorang lelaki bernama Wan Isham...yang kini dah hampir 4 tahun sah bergelar suami kepada seorang aku...

Semenjak detik pertama aku kenal dia, bolehlah dikatakan...dia lelaki paling cool pernah aku jumpa dalam dunia. Dan itu jugak yang aku dengar dari mereka yang mengenali dirinya. Hinggakan, salah seorang biras pernah berkata...Bertuahnya Shana' dapat Isham sebagai suami...

Memang ye...aku rasa bertuah dan bersyukur...kerana...aku x pasti pernah ke aku buat kebaikan hinggakan Allah membalas kebaikan itu dengan suami yang sangat baik, sangat bertanggungjawab...

Mungkin suami orang lain pernah marah atau bad mood tatkala sampai dari ofis (my hubby has to travel from KL-Bangi everyday...except he doesnt have to follow strict 9-5 office hour...), tapi suamiku belum pernah lagi muncul di muka pintu dengan muka masam mencuka. Biasanya akulah yang masam mencuka sebab janjinya sampai jam 8 tapi delay hingga jam 10 malam...

Mungkin ada suami yang jarang ke dapur, malah tak pernah menjenguk dapur pun. But my hubby loves to be in the kitchen dan selalu saja mencuba resipi baru. Tapi peristiwa yang paling aku xboleh lupa ialah...waktu aku mengandungkan Rihaab sekitar awal 2008, waktu tu aku mabuk2...terharu rasanya bila dia cuba juga goreng ikan dan masak sayur...dan bawa naik ke atas...layanan 1st class. Makan dalam bilik. Ada sekali lagi sebelum tu, makan dalam bilik jugak..atas katil lagi...haduii....betul2 macam adegan dalam salah satu novel Aina Emir...

Mungkin ada suami patah kaki jaga anak kalau isteri tak ada...tapi sebaliknya akulah yang patah kaki kalau suami tak ada. Biasanya he can handle the children very well without me..

Sebelum ada maid, dialah yang selalu gosokkan baju aku kalau aku xsempat gosok. Dan dia akan tanya ok tak dia gosok? Atau...kurang licin. Biasanya aku x akan kompelin apa-apa. Aku terharu hingga x dapat berkata-kata...

Sometimes kalau nak shopping barang2 wanita macam handbag, kasut dan lain2 yg xde kena mengena dengan lelaki, aku minta duit hubby. Saje-saje. Dan dia pun sedia maklum penyakit kaki shopping tegar isterinya ini...tapi yang heran,..he never says no terhadap apa yang aku minta. Selalu ayat yang dia ucap ialah:" Duit boleh cari". Maybe ini ayat standard seorang businessman. Belum pernah kalau aku minta sesuatu, dia kata TAK BOLEH. Sungguh. Belum pernah! jadinya aku ni bolehlah dikatakan isteri yang terlebih manja. Nak apa semuanya dapat....

Em, macam yang aku pernah tuliskan sebelum ni...aku suka lelaku berbaju pink. jadi aku pernah belikan dia kemeja pink dan t-shirt pink. Dia pakai tanpa banyak kompelin...sebab aku yang pilih dan bagi...

Walaupun anak dah dua dan body dah xmacam anak dara...dia masih berjalan dengan memegang tanganku tanpa malu. And that makes me proud of myself. Secara tak langsung dia meninggikan harga diri aku..terima kasih ye...atas penghargaan itu...

Mungkin rezeki, dia selalu travel ke luar negara serata dunia dan ke Mekah tiap2 tahun sebagai Manager syarikat untuk umrah dan haji. Mungkin barakah bumi Mekah sentiasa menyelubungi membuatkan dia jarang marah2 dan sentiasa tenang menghadapi apa jua situasi yang berlaku. Aku? sampai sekarang belum layak menjadi tetamu Allah. dan setiap kali pulang macam2 lah hadiah yang dilambakkan depan aku. kegemaran suamiku membelikan barang2 yang aku suka x kira mahal atau murah...Yalah! kan pada dia duit boleh dicari...asalkan hati puas...

Suamiku tak pernah bad mood, tak pernah marah-marah, tak pernah berkata NO terhadap permintaan aku, sentiasa menjaga hati aku dan orang lain...dan belum pernah sekalipun semenjak aku kenal dia kali pertama...aku mendengar dia mengata yang buruk tentang orang lain. Jadinya, suasana kehidupan kami sangat harmoni tanpa perlu memikirkan yang buruk2 tentang manusia sekeliling...

Itulah lelaki yang membuat aku jatuh cinta hampir 7 tahun lepas...
Dan lelaki itulah suamiku!!!!!!!!!!!